kajian kes grama'boy

19
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMA’S BOY YOGANANTHINI RAMACHANDRAN Laporan analisis kajian kes Grandma’s Boy (Lampiran 6) 1.0Pengenalan Bilik darjah merupakan satu tempat yang kompleks dan mempunyai banyak tuntutan (Doyle, 1986). Mengikut Richards (1990), pengurusan bilik darjah pula ditafsirkan sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Alberto dan Troutman (1986), pengurusan bilik darjah dimaksudkan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan, dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam pengurusan bilik darjah. Bagi menjalankan pengurusan bilik darjah dengan efektif, guru perlu memahami tingkah laku, personaliti, dan tabiat murid di dalam bilik darjah tersebut. Pembinaan hubungan yang baik antara guru dengan murid dan pengawasan perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, guru juga perlu mengetahui cara untuk mengenalpasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Bagi mengenalpasti masalah murid, pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya amat penting. Pengetahuan ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam pengurusan bilik darjah. 2.0Latar belakang kes Grandma’s Boy bermula dengan Cikgu Helen yang menceritakan kisah seorang murid iaitu Justin yang telah baru pindah ke sekolahnya dan dimasukkan dalam kelasnya Second Grade. Sebelum kedatangan Justin, Cikgu Helen telah menggunakan teknik pengurusan tingkah laku (behaviour management technique)

Upload: aiman-muhamad

Post on 26-Nov-2015

72 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian kes Grama'boy

TRANSCRIPT

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    Laporan analisis kajian kes

    Grandmas Boy (Lampiran 6)

    1.0 Pengenalan

    Bilik darjah merupakan satu tempat yang kompleks dan mempunyai banyak

    tuntutan (Doyle, 1986). Mengikut Richards (1990), pengurusan bilik darjah pula

    ditafsirkan sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan

    serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat

    dilaksanakan dengan berkesan.

    Menurut Alberto dan Troutman (1986), pengurusan bilik darjah dimaksudkan

    sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran,

    peranan, dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk

    pembelajaran.

    Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam pengurusan

    bilik darjah. Bagi menjalankan pengurusan bilik darjah dengan efektif, guru perlu

    memahami tingkah laku, personaliti, dan tabiat murid di dalam bilik darjah tersebut.

    Pembinaan hubungan yang baik antara guru dengan murid dan pengawasan

    perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, guru

    juga perlu mengetahui cara untuk mengenalpasti punca utama kepada masalah

    disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Bagi mengenalpasti masalah murid,

    pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara

    pelaksanaannya amat penting. Pengetahuan ini boleh dijadikan sebagai panduan

    dalam pengurusan bilik darjah.

    2.0 Latar belakang kes

    Grandmas Boy bermula dengan Cikgu Helen yang menceritakan kisah seorang

    murid iaitu Justin yang telah baru pindah ke sekolahnya dan dimasukkan dalam

    kelasnya Second Grade. Sebelum kedatangan Justin, Cikgu Helen telah

    menggunakan teknik pengurusan tingkah laku (behaviour management technique)

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    bagi menguruskan kelasnya dan turut menamai kelasnya Home of The Spartan.

    Akan tetapi, kemasukkan Justin telah menimbulkan masalah dimana dia suka

    memencilkan dirinya dan tidak bercampur dengan rakan sekelasnya.

    Selain itu, Justin juga didapati suka menyendirikan dirinya dan selalu sahaja

    termenung dalam kelas. Selain daripada itu, Justin akan berpura-pura belajar

    apabila rakan-rakannya cuba mendekatinya dan sikap pasif-agresif serta dia juga

    tidak mempedulikan teguran gurunya. Pencapaiannya dalam ujian bertulis dan lisan

    juga kurang memuaskan.

    Maka, sebagai langkah mengatasi masalah Justin, Cikgu Helen telah

    menghubungi guru lama Justin dan mengumpul maklumat peribadinya. Dia

    mendapat tahu bahawa ibu bapa Justin telah bercerai dan kini dia tinggal bersama

    ayahnya En.Richardson dan neneknya Ann Richardson. Di sekolah tersebut Justin

    telah mempamerkan sikap negatif seperti mana yang telah ditunjukkan di sekolah

    barunya.

    Langkah seterusnya, guru tersebut memanggil bapa Justin dan menceritakan

    tentang sikap Justin semasa di kelasnya. Cikgu Helen juga ingin mendapatkan

    persetujuan bapa Justin untuk melibatkan anaknya dalam program home-school

    behavior management program. Tetapi bapanya tidak mahu bekerjasama dengan

    cikgu Helen kerana ikut cakap nenek Justin, Ann Richardson.

    3.0 Analisis watak

    Cikgu Helen, Justin, En.Richardson, dan Ann Richardson memainkan peranan

    yang penting dalam kisah Granmas Boy. Pn. Richardson dan Cikgu Judy

    memainkan peranan sebagai watak sampingan dalam kisah ini.

    Cikgu Helen merupakan guru kelas Home of The Spartan yang selalunya

    mengambil berat tentang anak muridnya. Sebagai langkah mengatasi masalah

    muridnya Justin, Cikgu Helen telah menghubungi cikgu lama Justin,Judy bagi

    mendapatkan maklumat tentang pelajarnya. Cikgu Helen juga menunjukkan ciri-ciri

    guru yang asertif seperti yakin diri, konsisten, demokrasi, mudah didampingi dan

    berlaku adil terhadap setiap pelajarnya.

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    Seterusnya adalah Justin, anak murid Cikgu Helen yang mengalami masalah

    keluarga iaitu penceraian antara ibu dan bapanya. Hal ini memberikan impak yang

    teruk terhadap diri Justin dimana dia mula mengharapkan kasih sayang ibunya.

    Justin mula bersikap muram dan suka berkhayal di kelas memikirkan ibunya.

    Semasa melakukan kerja kumpulan Justin tidak memberi kerjasama malah dia

    bersikap pasif dan dia juga mula menjadi seorang pelajar yang agresif dalam

    kelasnya. Justin juga didapati mengendahkan kata-kata cikgunya.

    Perwatakan seterusnya ialah En.Richardson yang merupakan bapa Justin

    yang tidak memahami perasaan anaknya. Beliau selalu menyakitkan hati anaknya

    melalui bercakap buruk tentang ibunya setiap kali Justin bertanya mengenai ibunya.

    Beliau juga seorang yang tidak suka bekerjasama. Hal ini dapat dilihat melalui cara

    beliau respon terhadap program yang dicadangkan oleh cikgu Helen untuk

    mengetasi masalah yang dihadapi oleh Justin. Selain itu, beliau juga tidak

    mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh anaknya, walaupun beliau

    sudah mengetahui masalah anaknya melalui cikgu Helen.

    Ann Richardson merupakan nenek Justin yang merupakan seorang

    penyibuk. Beliau suka bercampur tangan dengan hal-hal yang berkaitan dengan

    pihak sekolah dan cucunya. Selain daripada itu, beliau juga suka menghasut

    anaknya En.Richardson supaya tidak bekerjasama dengan pihak sekolah dan selalu

    menyakiti perasaan cucunya melalui bercakap buruk tentang ibu Justin setiap kali

    Justin bertanya akan ibunya.

    Watak sampingan pula dimainkan oleh ibu Justin iaitu Pn.Richardson, Judy

    selaku cikgu daripada sekolah lama dan Cindy sebagai rakan yang mendengar akan

    keluhan cikgu Helen.

    4.0 Konflik yang timbul

    Konflik mula timbul apabila Justin berpindah dari satu sekolah ke sekolah ini dan

    memasuki kelas Helen iaitu Home of The Spartan. Justin merupakan seorang murid

    yang pasif dan tidak mahu bekerjasama dengan guru mahupun rakan sekelasnya.

    Guru kelasnya iaitu Cikgu Helen cuba berbincang dengan bapa Justin untuk

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    melibatkan Justin dalam program Home-School Behavior Management. Tetapi ayah

    Justin dan neneknya enggan bekerjasama dengan Cikgu Justin apabila beliau

    mencadangkan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah Justin.

    Mengikut jalan kisah ini, kita akan mendapati bahawa terdapat dua punca

    mengapa Justin berkelakuan sedemikian, iaitu punca dalaman dan punca luaran.

    Punca luaran berlakunya masalah ini adalah Justin mempunyai tahap

    kemahiran yang berbeza berbanding dengan rakan sekelasnya yang lain. Ini

    menyebabkan Justin menghadapi kesukaran dan masalah untuk mengikuti sesuatu

    pelajaran seperti rakan sekelasnya yang lain. Justin juga enggan bekerjasama

    dengan cikgu Helen apabila beliau cuba berbincang dengannya untuk

    menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak muridnya.

    Selain daripada itu, penceraian ibubapa Justin menyebabkan dia menghadapi

    masalah keluarga yang menyebabkan dia tidak tahu tempat untuk meluahkan

    perasaan dan masalahnya. Ini mengakibatkan Justin mula menunjukkan tingkahlaku

    yang tidak diingini di dalam bilik darjah seperti asyik termenung dan tidak

    mengendahkan teguran gurunya.

    Justin juga tidak menerima asuhan yang betul daripada keluarganya. Ini

    adalah kerana nenek dan ayah Justin sering memberi tanggapan dan maklumat

    negatif tentang Pn. Richardson iaitu ibu Justin kepada Justin. Justin yang menerima

    maklumat sebegini daripada ayah dan neneknya menjadi kelam-kabut dan tak tentu

    arah yang menyebabkan dirinya diselubungi konfik ataupun masalah dalaman.

    Keadaan sedemikian menjadikan Justin seorang murid yang pasif dan sekali-sekala

    menjadi agresif terhadap rakan sekelasnya yang cuba mendekatinya.

    Perasaan yang didendam oleh Justin menjadi punca dalaman dalam diri

    Justin. Justin menginginkan kasih sayang daripada ibunya iaitu Pn.Richardson.

    Justin juga mahu ibubapanya bersatu semula dan memberi Justin kasih sayang

    yang sepenuhnya sepertimana rakan sekelasnya yang lain. Apabila Justin mendapat

    tahu bahawa ayahnya enggan bersatu dengan ibunya, dia mula berasa rendah diri.

    Perkara ini turut mengundang kepada kelakuannya bertukar, seperti mula berkhayal,

    tidak mahu berinteraksi dengan rakan walaupun rakannya menjemput, tidak

    membuat sebarang kerja atau tugasan yang diberikan dan tidak bermotivasi.

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    Selain daripada itu, Justin juga tidak sedar akan realiti. Ini adalah kerana dia

    masih mengharapkan kasih sayang dari ibunya walaupun dia tahu ibubapanya telah

    bercerai dan ayahnya benci akan ibunya. Justin yang tidak sedar akan apa yang

    sedang berlaku disekelilingnya dan beranggapan bahawa jika dia berbuat demikian

    ibubapanya akan bersatu semula supaya keluarganya sempurna. Akan tetapi

    realitinya ialah, ibubapa Justin telah bercerai dan ibunya telah menghilangkan diri

    tanpa sebarang berita malah dirinya bersama ayah dan neneknya telah berpindah

    rumah. Keadaan ini menyebabkan dia tidak dapat tumpukan perhatian dalam

    pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku tetapi asyik buat tingkah laku

    bermasalah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

    5.0 Objektif

    Objektif yang ingin saya capai selepas menggunakan model Teori Psikologi

    Individu (Alderian) terhadap Justin ialah menukarkan sifatnya yang selalu

    bersendirian kepada seorang pelajar yang mudah didampingi oleh semua orang

    termasuk guru dan rakan sekelasnya.

    Seterusnya adalah Justin akan menjadi seorang pelajar yang peramah dimana

    daripada seorang pelajar yang pendiam kepada peramah. Maka, dengan ini Justin

    yang pendiam akan mula melibatkan diri dalam setiap aktiviti kumpulan yang

    dijalankan oleh gurunya bergaul dengan semua orang tanpa sebarang masalah.

    Objektif seterusnya adalah Justin perlu menjadi seorang pelajar yang mempunyai

    pencapaian akademik yang tinggi atau serata dengan rakan sekelasnya, supaya dia

    mempunyai keyakinan diri. Apabila Justin mempunyai keyakinan diri, dia akan mula

    melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan yang dijalankan oleh gurunya.

    Disamping itu, melalui model ini Justin juga akan menjadi seorang pelajar yang

    boleh berfikiran secara rasional dimana dia dapat memahami keadaan dirinya yang

    sebenar. Dia juga boleh menerima kenyataan bahawa ibu dan bapanya sudah

    berpisah dan ibunya tidak akan kembali lagi. Hal ini akan menyedarkan dia tentang

    apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Akhirnya Justin akan cuba menyesuaikan

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    diri dengan keadaan sebenar dan akan meneruskan hidupnya mengikut matlamat

    sendiri yang ditetapkan di akhir pelaksanaan model ini.

    6.0 Justifikasi model

    Saya bersama ahli kumpulan saya rasa bahawa Teori Psikologi Individu

    (Alderian) adalah lebih sesuai digunakan bagi mengatasi dan menangani masalah

    Justin berbanding dengan teori-teori lain yang sedia dikemukakan.

    Hal ini demikian kerana, melalui penggunaan teori ini, kita dapat

    mengenalpasti punca Justin berkelakuan sedemikian dimana model yang lain tidak

    dapat kesan punca kelakuan Justin. Selain itu, teori ini juga membantu kita

    menyelesaikan masalah Justin tanpa melibatkan ayah dan neneknya kerana

    merekalah yang menjadi penghalang untuk Cikgu Helen mengambil sebarang

    langkah bagi menyelesaikan masalah Justin.

    Mengikut teori yang dikemukakan oleh Alder, setiap manusia mempunyai

    tugasan hidup. Diantaranya adalah kerjaya, persahabatan dan kasih sayang.

    Apabila seorang manusia mengalami kekurangan salah satu tugasan hidup ini,

    maka dia akan mengalami kompleks inferioriti.

    Kompleks inferioriti ini merupakan sekumpulan idea dan perasaan yang

    timbul sebagai respons individu berdasarkan kekurangan yang dihadapinya.

    Mengikut Alder, individu ini akan mengurung dan mengasingkan dirinya daripada

    orang lain. Individu yang mengalami kekurangan ini juga akan berusaha

    memotivasikan dirinya untuk mendapat penghargaan kendiri. Jika usaha ini gagal,

    individu berkenaan akan mengalami kompleks inferioriti.

    Mengikut kisah ini, watak utama kes ini iaitu Justin sedang mengalami

    kompleks inferioriti akibat kekurangan kasih sayang ibunya. Apabila dia bertindak

    untuk mencari kasih sayang ibunya, dia akan dihukum teruk oleh ayah dan

    neneknya. Ini mengakibatkan Justin mempunyai tingkah laku bermasalah seperti

    mendiamkan diri dalam bilik darjah, menjadi pasif-agresif dan tidak mahu

    bekerjasama.

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    Saya bersama ahli kumpulan saya berasa, Teori Psikologi Alder lebih sesuai

    berbanding dengan teori Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Hal ini demikian kerana

    teori ini tidak akan kekal lama berbanding dengan teori yang dikemukakan oleh

    Alder.

    Pendekatan teori ini iaitu pengukuhan lebih kepada elemen-elemen luaran

    untuk mempengaruhi tingkah laku murid pada masa itu sahaja. Model ini tidak

    mewujudkan sebarang perubahan dari segi cara pemikiran pelajar tersebut tetapi

    hanya mempengaruhi tingkah lakunya buat seketika sahaja. Apabila pelajar tersebut

    tidak dapat sebarang rangsangan dari luaran iaitu pengukuhan, dia akan

    menghentikan tindakan yang ditunjukkan dan mula berkelakuan seperti biasa.

    Akan tetapi, Cikgu Helen telah menggunakan teori Modifikasi Tingkah Laku

    Skinner sebelum kedatangan Justin ke kelasnya dan dia mendapati ianya amat

    berkesan. Tetap, selepas pemindahan Justin ke kelasnya, Cikgu Helen tidak dapat

    menggunakkan teori ini untuk mengatasi masalah Justin kerana dia tidak respon

    kepada sebarang tindakan yang diambil oleh Cikgu Helen.

    Disamping itu, masalah yang dihadapi oleh Justin akan kekal buat selama-

    lamanya sekiranya ia tidak diberi ubat dalaman dimana dia harus sedar akan realiti

    dan kembali ke dunia realiti. Melalui teori Modifikasi Tingkah Laku Skinner, masalah

    ini hanya dapat diselesaikan buat sementara waktu sahaja dan akan kembali

    berulang apabila pengukuhan dihentikan.

    Maka kesimpulannya, Teori Psikologi Individu Alder lebih sesuai digunakan

    bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Justin kerana ia dapat membawa Justin

    ke dunia nyata dan dia akan sedar akan kebenarannya.

    7.0 Stategi Teori Terapi Alder

    Mengikut teori Psikologi Individu yang dikemukakan oleh Alder, terdapat

    sebanyak 12 langkah yang patut diamalkan bagi mengatasi masalah ini. Peringkat

    yang pertamanya ialah hubungan-empati. Mengikut peringkat ini, Cikgu Helen akan

    mula membina hubungan dengan Justin dengan menggunakan kemahiran empati.

    Ketika membina hubungan, Cikgu Helen perlu menunjukkan kefahaman, mesra,

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    penerimaan, perasaan empati, dan nyatakan idea yang boleh membantu Justin

    mengatasi konfliknya.

    Seterusnya, melalui soal selidik Cikgu Helen akan mengumpulkan maklumat

    tentang latar belakang, memori, mimpi, dan prestasi ketiga-tiga tugasan hidup Justin

    disamping pengaruh budaya dan agamanya. Pada akhir sesi ini, Cikgu Helen dapat

    membuat hipotesis mengenai perasaan inferiority, gaya hidup, logic persendirian,

    dan matlamat Justin berkelakuan sedemikian.

    Peringkat seterusnya ialah, peringkat penjelasan dimana Cikgu Helen akan

    menggantikan logic persendirian yang bukan rasional dengan konsep atau idea yang

    rasional dan logic yang boleh diteri umum. Pada peringkat ini, Cikgu Helen akan

    menggunakan Soalan Sokratik bagi meneroka idea dan konsep kendiri Justin . Hal

    ini demikian kerana, dengan ini matlamatnya yang kurang realistik akan dicabar dan

    demi memotivasikan Justin untuk merancang tindakan yang sesuai pada masa akan

    datang.

    Galakan akan diberikan apabila Justin memahami kebimbangannya dapat

    Berjaya diatasi jika sesuatu tindakan yang diambil adalah sesuai. Langkah demi

    langkah galakan akan diberikan untuk membina perasaan keberanian Justin dan

    seterusnya memperolehi keyakinan untuk mengatasi masalahnya.

    Seterusnya, peringkat interpretasi dan penerimaan dimana Cikgu Helen akan

    membantu Justin memahami bahawa adalah salah mengkritik orang lain yang

    menyebabkan tingkah laku agresif atau depresifnya. Justin akan dibantu untuk untuk

    menukarkan desakan oran lain kepada desakan dir dan bersedia untuk menghadapi

    situasi social yang baru.

    Peringkat pemahaman merupakan peringkat seterusnya yang akan

    diamalkan oleh Cikgu Helen dimana Justin akan memainkan peranan untuk

    menginterpretasi gaya hidup dan maklumatnya, dan membincang apa yang telah

    mengenal pasti dengan Cikgu Helen.

    Mengikut teori terapi Alder, peringkat pengalaman kompensatori merupakan

    peringkat yang seterusnya yang sepatutnya diamalkan oleh Cikgu Helen. Cikgu

    Helen akan cuba untuk menangani pengalaman negatif yang diwarisi daripada

    keluarganya dan memupuk pengalaman yang positif. Cikgu Helen akan

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    menggunakan latihan imageri berpandu, main peranan, dan imageri eidetic dalam

    peringkat ini untuk menangani konflik Justin.

    Justin mungkin aka nada keraguan terhadap langkah yang diambil dalam tuju

    arah barunya. Pada masa ini, Cikgu Helen akan menggalakkan Justin mengikut

    jadual langkah tindakan untuk mengubah pendekatan kepada ketiga-tiga tugasan

    hidupnya iaitu kerjaya, persahabatan, dan kasih sayang. Peringkat ini dikenali

    sebagai peringkat tindakan bermasalah.

    Seterusnya, peringkat peneguhan dimana Cikgu Helen akan membantu

    Justin untuk membuang tindakan egosentrik dan akan menggalakkannya untuk

    menangani rintangan yang dielakkan dahulu. Peneguhan akan diberikan kepada

    Justin oleh Cikgu Helen supaya Justin mengalami pengalaman dengan perasaan

    positif.

    Peringkat seterusnya ialah peringkat perasaan komuniti dimana Justin akan

    menerima hakikat penerimaan komuniti yang sebenar dimana Justin akan sedar

    bahawa orang-orang lain benar-benar sedia untuk membantunya. Kesedaran ini

    akan meningkatkan penghargaan kendirinya yang akan mendorongnya untuk

    bekerjasama dengan ahli kumpulannya.

    Peringkat yang ke-11 ialah peringkat penentuan matlamat semula. Pada

    peringkat ini, Justin akan menetapkan matlamat ke tahap yang lebih tinggi dimana

    dia akan berusaha untuk mencapai matlamatnya untuk menjadi seorang manusia

    yang sempurna.

    Peringkat yang terakhirnya ialah, peringkat dimana Cikgu Helen akan

    menggalakkan Justin untuk memilih sesuatu cabaran baru untuk dilaksanakan diri

    sendiri berdasarkan kebolehannya demi meningkatkan kualiti tugasan hidup yang

    lebih bermakna.

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    8.0 Penutup

    Sebagaimana pengajaran dan pembelajaran adalah penting, sebegitu juga

    dengan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku seseorangmurid turut memainkan

    peranan dalam keberkesannan sesuatu p & p. Jadi, sebagai seorang guru, beliau

    haruslah bijak menilai dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam

    menangani konflik yang timbul dalam kelasnya. Pengetahuan yang lluas mengenai

    teori-teori pengurusan masalah disiplin yang sedia ada akan membantu seseorang

    guru untuk mengatasi masalah yang sedia dihadapi oheh anak muridnya.

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    Refleksi

    Laporan mengenai analisis kajian kes ini telah memberi banyak pengetahuan

    manfaat kepada saya. Pada mulanya, saya berasa bahawa ianya satu bebanan

    yang memang susah untuk saya membuat dan menyiapkan laporan ini.

    Saya telah mencari maklumat daripada pelbagai punca seperti dari

    perpustakaan, buku-buku rujukan, majalah dan juga internet. Bantuan guru

    pembimbing Cik. Tan Sheu Yann, juga amat membantu saya dalam menyiapkan

    laporan ini.

    Semasa saya mula dan menyiapkan kerja kursus ini saya memang sangat

    gembira kerana maklumat- maklumat yang saya menggunakan untuk menyiapkan

    laporan ini memanglah memberi manfaat kepada diri dan ilmu pengetahuan saya.

    Dengan bantuan kawan-kawan, saya telah berjaya menganalisis, merekod, dan

    mengumpul data yang harus disertakan dalam laporan ini.

    Apabila saya membuat tugasan ini saya mendapati bahawa diri saya dapat

    menambahkan lagi pengetahuan tentang apa yang dikaitkan dengan teori-teori

    pengurusan disiplin bilik darjah dan langkah-langkah yang disarankan bagi setiap

    teori.

    Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang peranan guru dalam

    pengurusan disiplin bilik darjah dimana masalah disiplin akan kerap wujud dalam

    bilik darjah dan saya selaku seorang guru perlu menanganinya dengan berkesan.

    Secara kesimpulanya, saya berpendapat bahawa laporan ini telah berjaya

    memupuk nilai-nilai positif ke dalam diri saya disamping mengukuhkan pengetahuan

    saya mengenai teori-teori pengurusan disiplin bilik darjah.

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    Lampiran

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    Borang kolaborasi

    Bil.

    Tarikh Perkara Catatan Tandatangan

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN,

    27200 KUALA LIPIS, PAHANG.

    TUGASAN PROJEK

    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN IPGM

    PISMP PT SEMESTER 3 JAN 2010

    (AMBILAN JAN 09)

    Nama : YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    (890619-10-5330)

    PENSYARAH : Cik.TAN SHEU YANN

    TARIKH SERAHAN : 19 APRIL 2010

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    HALAMAN PENGAKUAN

    Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

    ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan :................................................

    Nama Penulis : YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    Tarikh : 19 APRIL 2010

    Penghargaan

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    Pertama sekali saya ingin berucapkan ribuan terima kasih kepada tuhan

    kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna tanpa

    sebarang masalah. Saya juga sangat berterima kasih kepada pensyarah saya

    Cik.Tan Sheu Yann kerana beliau telah memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada

    saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga tidak lupa merakamkan terima kasih

    kepada rakan-rakan saya yang banyak menolong saya dalam menyiapakan tugasan

    ini.

    Saya mendapat banyak faedah dan iktibar semasa membuat tugasan ini

    kerana saya mendapat pelbagai maklumat baru tentang pengurusan disiplin bilik

    darjah. Diharap segala usaha yang telah diberikan akan menjadi pembelajaran

    semakin berkesan dan membina bagi mencapai kejayaan pada masa yang akan

    datang.

    HALAMAN JUDUL

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    TAJUK TUGASAN

    ANALISIS KAJIAN KES

    NAMA JABATAN

    JABATAN ILMU PENDIDIKAN

    NAMA INSTITUSI

    IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

    KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    ISI KANDUNGAN

    HALAMAN BERJUDUL

    HALAMAN PENGAKUAN

    PENGENALAN

    PENGHARGAAN

    ANALISIS KAJIAN KES

    (GRANMAS BOY-LAMPIRAN 6)

    REFLEKSI

    BIBLIOGRAFI

    BORANG KOLABARASI

    LAMPIRAN

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104) GRANDMAS BOY

    YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

    Bibliografi

    Choong Lean Keow, PhD. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Halizah Hamzah. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Weinstein, C.S. & Mignano, Jr, A.J. (2007). Elementry Classroom Management: Lessons from Research and practice (4th ed). Boston: McGraw Hill. Lee Shok Mee (1994). Asas Pendidikan 2: Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

    Shok Mee Lee (1995). Murid dan Proses Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

    Ramlan hamzah & lily mastura harun PhD. (2003). Siri Pendidikan Perguruan Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan untuk Prasarjana Muda dan KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan budiman Sdn bhd www.searchyahoo.com / alferd alder www.searchyahoo.com /socratic questions