kajian kes

41
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kepakaran seorang kaunselor merupakan elemen yang penting dalam menentukan keberkesanan proses kaunseling (Whiston & Coker, 2000). Namun, kompetensi adalah lebih penting kerana pakar-pakar terapi berpendapat bahawa ia merupakan faktor yang paling utama dalam pemilihan calon kaunselor (Grunebaum, 1983; Neukrug & Williams, 1993; Neukrug, Miliken, & Shoemaker, 2001). Oleh yang demikian, setiap kaunselor bertanggungjawab untuk memastikan dirinya pakar dan kompeten sebagai syarat utama untuk memberikan perkhidmatan kaunseling dengan lebih berkesan dan cemerlang. Secara umum, kecemerlangan seseorang individu itu amat bergantung kepada keupayaannya untuk mengeksploitasi tiga aset utama: pengetahuan, kemahiran, serta kreativiti (Treasury Board of Canada, 2000), demi mengharungi era globalisasi. Kenyataan ini adalah bertepatan dengan pendapat Neukrug (2007) yang mengatakan bahawa kaunselor yang cemerlang dan kompeten sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan serta berminat untuk meneliti trenda dan pendekatan-pendekatan kaunseling terkini agar tidak ketinggalan dalam bidang yang diceburinya.

Upload: nuefail

Post on 27-Oct-2015

353 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Kajian Kes

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepakaran seorang kaunselor merupakan elemen yang penting dalam

menentukan keberkesanan proses kaunseling (Whiston & Coker, 2000). Namun,

kompetensi adalah lebih penting kerana pakar-pakar terapi berpendapat bahawa ia

merupakan faktor yang paling utama dalam pemilihan calon kaunselor (Grunebaum,

1983; Neukrug & Williams, 1993; Neukrug, Miliken, & Shoemaker, 2001). Oleh yang

demikian, setiap kaunselor bertanggungjawab untuk memastikan dirinya pakar dan

kompeten sebagai syarat utama untuk memberikan perkhidmatan kaunseling dengan

lebih berkesan dan cemerlang.

Secara umum, kecemerlangan seseorang individu itu amat bergantung kepada

keupayaannya untuk mengeksploitasi tiga aset utama: pengetahuan, kemahiran, serta

kreativiti (Treasury Board of Canada, 2000), demi mengharungi era globalisasi.

Kenyataan ini adalah bertepatan dengan pendapat Neukrug (2007) yang mengatakan

bahawa kaunselor yang cemerlang dan kompeten sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan

serta berminat untuk meneliti trenda dan pendekatan-pendekatan kaunseling terkini

agar tidak ketinggalan dalam bidang yang diceburinya.

Page 2: Kajian Kes

2

Selain penguasaan pengetahuan dan pendekatan terkini dalam kemahiran

kaunseling, kesepaduan antara kedua-duanya dengan aspek personaliti telah terbukti

menjadikan seseorang kaunselor itu kompeten kerana menurut Boyatzis (1982), aspek-

aspek seperti kebolehan, keupayaan, tret personaliti, dan sikap juga merupakan faktor-

faktor yang menentukan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas.

Justeru, kajian ini telah mengambil kira hubungan antara kompetensi kaunseling

dengan personaliti dalam kalangan guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya

Semenanjung Malaysia, dengan dapatan yang membuktikan bahawa kesepaduan antara

komponen kompetensi kaunseling dengan personaliti merupakan syarat utama yang

memenuhi keperluan profesional mereka dalam mengendalikan perkhidmatan

kaunseling.

Kompetensi pengetahuan dalam kajian ini merujuk keupayaan–keupayaan

minimum dalam tujuh bidang kaunseling yang telah ditetapkan selaras dengan garis

panduan Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor (2003), iaitu pentaksiran, kerja

kelompok kaunseling, perkembangan kerjaya, pertumbuhan dan perkembangan

manusia, identiti profesional, kepelbagaian sosial dan budaya, serta penyelidikan dan

penilaian program.

Kompetensi kemahiran pula difokuskan kepada kemahiran asas mikro iaitu

kemahiran memberikan perhatian (attentive behavior) yang merangkumi kontak mata

(eye contact), bahasa badan (body language), mutu vokal (vocal qualities), dan

menjejak jalan cerita (verbal tracking) (Ivey, 1983; 1996).

Dimensi personaliti yang diukur dalam kajian ini merangkumi 11 tret personaliti

diri yang terkandung dalam Profil Personaliti TAJMA iaitu asertif, analitikal,

keterbukaan, keyakinan diri, kepimpinan, jati diri, prihatin, intelektual, pencapaian,

integriti, dan ketidakselarasan (Mohd.Tajudin, 2007).

Hasil penemuan daripada kajian ini memaparkan tahap kompetensi kaunseling

dan personaliti, darjah kekuatan hubungan antara dimensi-dimensi kompetensi

kaunseling dengan tret personaliti, dan dimensi-dimensi utama kompetensi kaunseling

Page 3: Kajian Kes

3

yang mempengaruhi personaliti dalam kalangan guru kaunseling sekolah menengah di

bandar raya Semenanjung Malaysia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebanyakan model dan profil kompetensi mengandungi elemen-elemen yang

berhubung kait dengan aspek personaliti setiap individu (Vathanopas & Thai-Ngam,

2007). Begitu juga bagi seorang kaunselor, personaliti yang ada pada dirinya sangat

penting dalam mengintegrasi kemahiran komunikasi dan kaunseling (Mohamed Sharif,

Roslee, Sulaiman, & Azizi, 2005).

Boyatzis (2002) berpendapat, untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan

dan pembimbing eksekutif, seseorang itu perlu sensitif akan perasaan orang lain, yang

merujuk aspek empati. Di samping itu, untuk menjadi seorang yang sensitif akan

perasaan orang lain, dia perlu sensitif akan dirinya sendiri terlebih dahulu, yang

merujuk aspek kesedaran emosi kendiri. Kedua-dua kompetensi yang utama dan

kritikal itu, amat signifikan pada tahap kemahiran interpersonal. Para kaunselor

memerlukan latihan dan pembangunan kompetensi-kompetensi tersebut. Oleh yang

demikian, proses bimbingan pasti akan menjadi lebih berkesan jika kaunselor-kaunselor

tersebut berada pada tahap personaliti yang mantap.

Welfel (2006) telah menerangkan bahawa kepentingan kompetensi kaunseling

dan juga perkaitan antara komponen kompetensi kaunseling dengan aspek personaliti

dalam huraian berikut:

“Competence is in many respects the most obvious ethical obligation

of the practitioner because incompetent practice greatly increases the

likelihood of harm to a client and radically decreases the potential for

helping. Nevertheless, profesional competence defies easy definition;

however, three major components capture the essence of its meaning.

These components are knowledge, skill, and diligence” (ms. 47).

Page 4: Kajian Kes

4

Sebagai rumusan, jelas menunjukkan bahawa kompetensi-kompetensi ini bukan

sahaja merangkumi kemahiran-kemahiran intelektual yang terdiri daripada pengetahuan

dan kemahiran-kemahiran teknikal, tetapi juga kemahiran-kemahiran insani, seperti

keupayaan-keupayaan intrapersonal dan interpersonal yang berdasarkan kecerdasan

emosi (Goleman, 1995). Keupayaan-keupayaan ini ternyata berkait rapat dengan

kemantapan personaliti.

1.2.1 Komponen Kompetensi Kaunseling : Pengetahuan dan Kemahiran

Kompetensi dilihat sebagai keupayaan-keupayaan berdasarkan kecerdasan yang

memperlihatkan kelakuan-kelakuan atau kemahiran-kemahiran yang memberikan kesan

kepada prestasi kerja (Mitrani, Dalziel, & Fitt, 1992; Ulrich, Brockbank, Yeung, &

Lake, 1995; Catano, 2001). Kecerdasan yang selalu dkaitkan dengan kompetensi ini

ialah IQ (Intelligent Ouotient) iaitu kecerdasan untuk menyelesaikan masalah secara

logik yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran teknikal dalam

melaksanakan sesuatu pekerjaan (Brody & Brody, 1976; Hunter & Hunter, 1984).

Berdasarkan sorotan penulisan, didapati kajian kompetensi kaunseling telah

lama dijalankan. Buktinya, Worthington, Soth-Mcnett, Angela, dan Moreno (2007)

telah mengendalikan analisis kandungan dalam kajian empirikal terhadap kajian-kajian

kompetensi kaunseling pelbagai budaya yang telah dijalankan dalam tempoh 20 tahun.

Hasil analisis yang telah dikendalikan, mereka telah mengenal pasti bahawa, terdapat

sebanyak 75 dapatan daripada artikel-artikel tersebut telah menggunakan 81 sampel

kajian yang berbeza. Dapatan-dapatan tersebut merangkumi (a) data deskriptif yang

merujuk reka bentuk kajian, metodologi, dan ciri-ciri sampel kajian; (b) topik dan tema

utama dalam sorotan penulisan kajian empirikal terhadap kaunseling pelbagai budaya

dan sosial; dan (c) sumbangan terbaru daripada kajian-kajian tersebut.

Berdasarkan sorotan kajian lepas, banyak tumpuan diberikan kepada aspek

pengetahuan dan kemahiran kaunseling. Sebagai contoh, Corey (2001) telah

menghuraikan ciri-ciri kaunselor yang efektif; iaitu mereka yang memiliki kompetensi

dalam kaunseling dari aspek kepercayaan dan sikap, pengetahuan, dan kemahiran, serta

peka terhadap budaya kliennya.

Page 5: Kajian Kes

5

Seterusnya, Holcomb-McCoy (2000) telah meninjau faktor-faktor kompetensi

kaunseling pelbagai budaya yang terdapat dalam Association of Multicultural

Counseling and Development (AMCD). Melalui analisis faktor, beliau telah mengenal

pasti lima faktor kompetensi kaunseling pelbagai budaya; kesedaran, pengetahuan,

definisi-definisi istilah, pembangunan identiti, ras, dan kemahiran.

Berikutnya, Sodowsky (1994) telah membina instrumen Inventori Kaunseling

Pelbagai Budaya (MCI), iaitu instrumen laporan kendiri yang mengukur kompetensi

kaunseling pelbagai budaya. MCI telah ditadbirkan ke atas 604 orang pelajar psikologi,

ahli psikologi, dan kaunselor (kajian 1) dan juga ke atas 320 orang kaunselor universiti

(kajian 2). Keputusannya, pengkaji mendapati bahawa MCI mempunyai empat faktor

iaitu kemahiran, kesedaran, perhubungan dalam kaunseling, dan pengetahuan.

Hines (2002) pula berpendapat bahawa pengetahuan dan kemahiran teknologi

merupakan kompetensi yang penting. Sehubungan dengan itu, beliau telah menyorot

pertumbuhan teknologi dan pembangunan yang piawai berkaitan dengan teknologi

dalam kaunseling, pre-K-12, pendidikan, program-program persediaan guru, dan

bidang kaunseling di sekolah.

Berikutnya, Lewis (2004) telah membuat kajian berkaitan dengan komponen

kompetensi pengetahuan dan kesedaran kerana beliau telah mengenal pasti hubungan

antara laporan kendiri dengan penilaian tingkah laku untuk melihat perbezaan tahap

latihan. Alat ujian laporan kendiri yang digunakan ialah Skala Pengetahuan dan

Kesedaran Kaunseling Pelbagai Budaya (MCKAS) dan Counselor Rating Form-Short

Version (CRF-S) untuk mengukur kompetensi, sementara Cross Cultural Counseling

Inventory-R (CCCI-R) untuk mengukur tingkah laku.

Ridley, Mendoza, Kanitz, Angermeier, dan Zenk (1994) mengatakan bahawa

apabila kaunselor mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang perbezaan antara

budayanya dengan budaya klien, kaunselor akan lebih berkeupayaan untuk

memperoleh, memperkembang, dan menggunakan budaya klien secara aktif dan tepat

dalam proses kaunseling. Seterusnya, keadaan ini akan dapat membantu kaunselor

memilih strategi-strategi intervensi serta teknik-teknik yang sesuai untuk klien.

Page 6: Kajian Kes

6

Pendapat tersebut disokong oleh Atkinson dan Lowe (1995) melalui sorotan

literatur terhadap kajian berbentuk empirikal yang telah membuat kesimpulan bahawa

klien etnik minoriti misalnya, melihat kaunselor yang mempunyai kesedaran dan

pengetahuan pelbagai budaya bersikap lebih positif berbanding dengan kaunselor yang

tidak mempunyai kesedaran dan pengetahuan pelbagai budaya.

Di samping itu, proses kaunseling merupakan suatu proses yang saintifik dan

dinamik. Penguasaan pengetahuan, kemahiran pelaksanaan, dan kesedaran dalam

kalangan kaunselor adalah penting supaya sesuatu proses kaunseling itu berjalan

dengan baik (Hilmi, 2006).

Mallincrodt (1993) telah menjalankan kajiannya ke atas 61 orang klien dengan

43 orang kaunselor pelatih peringkat sarjana dan kedoktoran di pusat kaunseling

komuniti, Universiti Oregon. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sesi kaunseling

yang dijalankan dengan pendekatan lebih lembut dan relaks, mudah, dan selesa, adalah

penting terutamanya pada peringkat awal proses kaunseling. Keadaan sedemikian

menjadi pemangkin ke arah pembinaan dan pengukuhan ikatan kerjasama kaunselor-

klien, manakala penerokaan yang mendalam ke atas permasalahan yang dibincangkan

dalam sesi adalah penting dalam keseluruhan proses kaunseling.

Dapatan kajian ini adalah sepadan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh

Tryon dan Kane (1993) yang menyarankan agar kaunselor memulakan pembentukan

ikatan kerjasama kukuh pada sesi awal proses kaunseling. Kemahiran membina

hubungan pada peringkat awal sesi adalah penting kerana pembentukan ikatan

kerjasama kaunselor-klien pada peringkat ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan

ikatan kerjasama peringkat seterusnya sehinggalah tamat proses kaunseling.

Wan Rafaei (1995) menyatakan bahawa kaunselor harus sedar dan mengetahui

tentang nilai, sikap, dan bias budaya mereka. Pengetahuan tentang nilai, sikap, dan bias

budaya klien penting kerana dengan menyedari aspek-aspek ini, mereka akan dapat

mengawal dan menghindari daripada mempengaruhi dirinya apabila berhadapan

dengan klien berlainan budaya. Salah satu langkah pengawalannya adalah dengan cara

rundingan, penyeliaan, dan penyelidikan berterusan.

Page 7: Kajian Kes

7

Merentasi kesemua teori dan pendekatan dalam kaunseling, penggunaan teknik

dan kemahiran–kemahiran asas kaunseling dikatakan dapat mewujudkan suasana

terapeutik yang dapat memberikan kesan positif ke atas proses kaunseling (Hovarth &

Greenberg, 1994).

Kemahiran asas kaunseling yang diaplikasikan pada awal sesi dapat

menunjukkan keberkesanan pada hasil akhir proses kaunseling, walaupun hasil akhir

sesuatu proses kaunseling tersebut tidak dapat diukur dengan jelas dan tepat sama ada

proses itu benar-benar berkesan dan bermakna kepada klien. Namun begitu, dapatan

kajian Gillispie (1998) telah membuktikan bahawa persepsi klien terhadap tingkah laku

kaunselor untuk “lebih memahami” dengan merujuk kemahiran interpersonal, dapat

meramalkan tahap kepuasan klien dalam proses kaunseling secara signifikan.

Di samping itu, klien mendefinisikan sesi kaunseling yang baik sebagai sesi

yang menggunakan pendekatan yang lembut. Faktor ini adalah disebabkan bahawa

pendekatan seumpama itu membuatkan klien lebih percaya dan berasa selamat bersama

kaunselor sepanjang proses kaunseling berlangsung (Mallincrodt, 1993).

Melalui sorotan kajian lepas, didapati banyak kajian yang mengkaji komponen

pengetahuan dan kemahiran dalam kaunseling. Kedua-dua komponen tersebut

merupakan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dapat mempengaruhi keberkesanan

seseorang kaunselor (Hilmi, 2006).

1.2.2 Personaliti

Personaliti adalah satu bidang ilmu yang mengkaji individu dan dapat

menjelaskan perbezaan antara seorang individu dengan individu yang lain (Cloninger,

1993; Allport, 1937; Cattell, 1957; Jung, 1971; Hermans, 1988). Pelbagai cara telah

digunakan untuk menggambarkan perbezaan personaliti, sama ada kajian berkaitan

jenis personaliti, tret, atau faktor (Cloninger, 1993). Kajian menunjukkan bahawa

selain pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan, personaliti juga merupakan peramal

yang penting untuk kecemerlangan dalam kerjaya (Kierstead, 1998).

Page 8: Kajian Kes

8

Heyman dan Giles (2004) berpendapat bahawa konsep-konsep tret seperti

kepintaran, antisosial, dan sifat malu dapat dijadikan pengukur untuk menjelaskan dan

membuat ramalan tentang kehidupan sosial seseorang. Contohnya, kefahaman tentang

konsep tret seseorang individu boleh membantu kita untuk memahami cara individu itu

melihat kehidupan manusia.

Berikutnya, Ehler, McGhee, dan Evans (1999) telah mengkaji hubungan antara

tret personaliti ‘Lima Faktor’ dengan masalah tingkah laku yang dikenal pasti semasa

zaman kanak-kanak. Hasilnya, dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa corak

yang berbeza dalam masalah tingkah laku ialah berkait rapat dengan ciri-ciri

personaliti.

Tret Personaliti seseorang individu juga didapati mempengaruhi kemurungan

yang dialaminya. Dapatan kajian ini telah dibuktikan oleh Rosli (2009) yang telah

mengendalikan satu kajian kes terhadap seorang guru untuk mencari punca

kemurungannya.

Selain kajian tret, terdapat banyak kajian yang berkaitan dengan jenis

personaliti. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Sharifah Hanizah, Nor

Ashikin, Wong, dan Mohd. Zin (2008). Mereka mendapati bahawa jenis personaliti

memberikan kesan terhadap tahap kebimbangan kerana jika satu-satu kelompok

menganggap kebimbangan sebagai satu cabaran, mereka akan sentiasa bersedia untuk

menerima tugas dan tanggungjawab yang sukar dan mencabar. Semua tanggungjawab

diterima secara terbuka dan sanggup melakukannya tanpa rasa tertekan.

Selain itu, dapatan kajian Mohd. Aziz (2004) menunjukkan bahawa kebanyakan

guru memiliki personaliti ekstrovert dan berbeza mengikut pengalaman mengajar,

lokasi sekolah, dan tahap kelulusan mereka. Walau bagaimana pun, pemboleh ubah

status perkahwinan dan pengalaman mengajar menjadi pemboleh ubah utama yang

menyumbang kepada personaliti ekstrovert guru.

Personaliti seseorang juga dapat mempengaruhi sikap dan kesedaran seperti

yang telah ditemui oleh Christophel, Hardy, Johnson, Kramer, Neil dan Williams

(1997) dalam kajian mereka yang menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang

Page 9: Kajian Kes

9

positif dan signifikan antara jenis personaliti dengan sikap guru-guru terhadap

kemahiran teknologi maklumat. Dapatan kajian ini juga menunjukkan wujudnya

hubungan antara jenis personaliti seseorang individu dengan cara belajar, kematangan,

kemahiran, dan isu-isu pencapaian dalam kerjayanya.

Berikutnya, Fontana dan Abouserie (1993) telah menunjukkan bahawa

ekstrovert dan neurotik ialah peramal untuk stres. Oleh yang demikian, berdasarkan

dapatan kajian, didapati bahawa dimensi personaliti dapat mempengaruhi tahap stres

berbanding pemboleh ubah yang lain seperti jantina dan usia.

Melalui sorotan kajian lepas, dapat disimpulkan bahawa personaliti merupakan

pemboleh ubah yang dapat menjelaskan perbezaan antara seorang individu dengan

individu yang lain. Perbezaan tersebut diterangkan oleh tret atau jenis personaliti setiap

individu yang dikaji. Personaliti juga didapati dapat mempengaruhi pemboleh ubah-

pemboleh ubah yang lain termasuklah faktor-faktor demografi dan telah digunakan

secara meluas oleh pakar psikologi untuk menggambarkan personaliti seseorang

(Allport, 1937; Buss, 1989) dan personaliti itu mempunyai nilai peramal (Cattell,

1979).

.

1.2.3 Kompetensi Kaunseling : Tanggungjawab Profesional dan Etika

Menjadi seorang kaunselor yang kompeten merupakan satu tanggungjawab dari

segi profesional, etika, dan perundangan (Corey, Corey, & Callanan, 2006; Welfel,

2006). Sebagai contoh, garis panduan etika oleh American Counseling Association

(ACA, 2005) telah menetapkan lapan bidang kompetensi; salah satu daripadanya ialah

seseorang kaunselor perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya sejajar dengan

keperluan semasa dengan melibatkan dirinya secara berterusan dalam aktiviti-aktiviti

pendidikan dan pembelajaran.

Oleh yang demikian, dalam usaha untuk memenuhi tanggungjawab etika,

perundangan, serta keperluan profesional, seseorang kaunselor itu perlu sentiasa

berusaha untuk mencapai tahap kompetensi yang tinggi. Impian ini hanya akan dapat

direalisasikan dengan mengikuti proses pembelajaran yang berterusan (Neukrug, 2007).

Page 10: Kajian Kes

10

Keperluan untuk meningkatkan profesionalisme dan potensi diri adalah

bertepatan dengan saranan kerajaan agar semua guru termasuklah guru kaunseling,

memenuhi permintaan semasa dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi, bertujuan memantapkan pengetahuan dan kemahiran. Para guru kaunseling

amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang mantap sebagai persediaan untuk

memberikan perkhidmatan yang terbaik memandangkan tanggungjawab mereka yang

agak rencam dan pelbagai.

Perkara ini telah mendapat perhatian daripada dekan Sekolah Pendidikan,

Universiti Industri Selangor (UNISEL), Prof. Dr. Abd. Rahim Selamat yang

menegaskan bahawa kaunselor harus menyuburkan minda dengan menerima perubahan

idea, maklumat, dan teori kaunseling terkini. Inisiatif sedemikian akan memantapkan

keupayaan kaunselor, sekaligus dapat memenuhi keperluan khidmat yang dikehendaki

pelanggan (Berita Harian, 18 Ogos 2006).

Di samping itu, perkhidmatan kaunseling telah pun diiktiraf sebagai satu

profesion di Malaysia dengan termaktubnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998.

Justeru, demi memelihara taraf profesion kaunseling, para kaunselor memang

sewajarnya sentiasa didedahkan dengan idea dan penemuan terkini dalam bidang

kaunseling.

Merujuk tanggungjawab seorang kaunselor dari segi perundangan pula, dia

perlu sentiasa berusaha untuk menguasai tahap kompetensi yang tinggi, sejajar dengan

garis panduan berikut:

”Psychoterapists commit professional malpractice if they are visibly

less competent than the average of their peers...........One function of

lawsuits is to encourage competent therapy” (Swenson, 1997: 166).

Namun begitu, dalam usaha untuk memantapkan perkhidmatan dan latihan

dalam bidang kaunseling di Malaysia, beberapa permasalahan yang timbul perlu

ditangani. Antaranya ialah piawai latihan, etika dan identiti profesional, perkembangan

teori, penyelidikan, dan penerbitan (Abdul Halim, Md. Shuib & Sapora, 2000).

Page 11: Kajian Kes

11

Senario perkhidmatan kaunseling di Malaysia telah menyaksikan kemunculan

program latihan dan pendidikan kaunselor di institusi-institusi pengajian tinggi sejak

tahun 1980 lagi. Program latihan kaunseling ini dilaksanakan dalam pelbagai bentuk

seperti latihan dalam perkhidmatan, latihan guru-guru khas, latihan di peringkat Ijazah

Pertama, Diploma, Sarjana, dan seterusnya Ijazah Doktor Falsafah (Ishamuddin, 1997).

Terdapat institusi yang memberikan penekanan dalam bidang Psikologi apabila

menyediakan program persediaan kaunselor, manakala institusi yang lain pula lebih

mengutamakan bidang Pendidikan. Oleh yang demikian, Abdul Halim (1999)

mencadangkan agar bidang Kaunseling di Malaysia mempunyai identiti yang tersendiri

dengan mencipta model yang bersesuaian dengan nilai-nilai setempat. Dengan ini lebih

mudah jika bidang kaunseling ini mempunyai satu model yang tersendiri

memandangkan bidang ini lambat laun akan terlibat juga dengan isu-isu perundangan,

kewangan, dan politik pada masa hadapan.

Isu yang timbul di sini ialah model pelaksanaan latihan di institusi-institusi

tersebut tidak seragam dan pelbagai kerana setiap institusi melaksanakannya mengikut

falsafah, misi, dan matlamat masing-masing (Abdul Halim et al., 2000). Keadaan ini

menyukarkan penyeragaman latihan. Kaunselor akan mendapat latihan yang

piawaiannya sukar ditentukan, sedangkan Davies (1981) menyebut bahawa, antara

langkah yang perlu dilaksanakan sebelum kaunseling boleh dianggap sebagai satu

profesion ialah pembekalan perkhidmatan kaunseling sebagai satu perkhidmatan unik,

yang hanya dapat diberikan oleh pakar terlatih sahaja iaitu kaunselor. Ekoran itu,

kompetensi kaunselor juga turut dipertikaikan.

Bentuk latihan persediaan kaunselor yang berbeza-beza dalam setiap Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini mengakibatkan implikasi kepada

kaunseling profesional (Abdul Halim, 2001; Quek, 2001). Hal yang demikian, wujud

isu terhadap pengiktirafan kaunselor profesional. Kepelbagaian dalam jenis program

latihan dan kurikulum yang sedia ada di IPTA menunjukkan tidak berlakunya satu

bentuk latihan yang piawai. Keadaan ini menghalang usaha untuk meningkatkan

perkhidmatan kaunseling sebagai satu profesion.

Page 12: Kajian Kes

12

Di samping itu, ketiadaan pengalaman latihan juga boleh menjejaskan

kompetensi guru kaunseling. Banyak kajian tentang keberkesanan latihan dalam

perkhidmatan dan proses kaunseling yang telah dijalankan, terutamanya di institusi-

institusi latihan kaunselor di Amerika Syarikat (Constantine, Ladany, Inman &

Ponterotto, 1996; D’Andrea, Daniels & Heck, 1991; Holcomb-McCoy, 2000; Sue,

Arredondo & McDavies, 1992; Whitfield, 1994). Sebagai contoh, Ponterotto,

Alexander, dan Grieger (1995) mendapati bahawa keadaan pelaksanaan yang kabur

dalam program latihan kaunselor tentang kaunseling pelbagai budaya akibat daripada

kurangnya kepastian institusi latihan tentang cara-cara hendak melaksanakannya secara

komprehensif.

Lanjutan dari itu, terdapat juga aduan tentang kaunselor yang baru tamat latihan

yang dikatakan sering menghadapi masalah, terutamanya dalam mengaplikasikan teori

dan kemahiran kaunseling apabila berhadapan dengan klien (Feltham & Dryden, 1994).

Pada hakikatnya, tiada perbezaan yang nyata antara kaunselor yang baru atau yang

telah berpengalaman (Welfel, 2006) kerana kaunselor yang berpengalaman juga

menghadapi masalah kurang kompeten. Dapatan kajian Neukrug, Milliken, dan

Walden (2001) membuktikan bahawa :

“…… that the most common complaint they receive is for an

inappropriate dual relationships. Of all complaints, 24% fall into that

category. Complaints about incompetent practice rank second,

representing 17% of all complaints,…” (ms. 15).

Dalam hal ini, penetapan kompetensi dibina sebagai satu garis panduan untuk

mereka yang berminat dalam peningkatan kerjaya dan profesion. Penetapan kompetensi

merangkumi tenaga pengajar kaunseling, penyelia, dan golongan lain yang berkaitan

dengan garis panduan yang minimum. Di samping itu, penetapan kompetensi ini juga

menjadi panduan kepada kaunselor profesional yang menjalani latihan untuk

melayakkannya muncul sebagai seorang kaunselor yang terlatih sebagaimana yang

telah disyaratkan oleh National Association for College Admission Counseling

(NACAC, 2000).

Page 13: Kajian Kes

13

Sebagai usaha untuk penambahbaikan, Jawatan kuasa Teknikal Pendidikan dan

Latihan Lembaga Kaunselor (2003) telah menerbitkan dokumen garis panduan Piawai

dan Kelayakan Latihan Kaunselor bagi Institusi Pengajian Tinggi, organisasi, orang

awam, dan klien bagi mengetahui piawaian minimum latihan yang perlu dilalui oleh

seseorang calon kaunselor yang berdaftar. Piawaian tersebut memastikan agar

seseorang kaunselor memiliki dan menguasai tahap pengetahuan dan kemahiran

minimum dalam lapan bidang kaunseling. Namun begitu, pelaksanaannya harus

dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan latihan kaunselor dapat dilaksanakan

seperti yang telah dipiawaikan.

Usaha ini adalah sejajar dengan keperluan pada masa kini kerana para kaunselor

memainkan pelbagai peranan. Mereka diperlukan sebagai kaunselor di sekolah, kolej,

agensi-agensi dan firma-firma persendirian, kaunselor pemulihan, kaunselor-kaunselor

perniagaan, serta industri. Walau pun para kaunselor tersebut berkhidmat di seting yang

berbeza, tetapi mereka perlu memiliki tugasan yang piawai dalam orientasi profesional,

perhubungan menolong, kaunseling kelompok, perkembangan insan, asas-asas sosial

dan budaya, pembangunan cara hidup dan kerjaya, pengujian dan pentaksiran, serta

penyelidikan dan penilaian program (Neukrug, 2007).

Tidak dinafikan bahawa kedudukan dan peranan kaunselor dalam masyarakat

sangat penting. Masyarakat telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap

perkhidmatan kaunseling, dengan tanggapan bahawa kaunselor diharapkan menjadi

seorang yang berkewibawaan untuk memandu manusia kepada perubahan. Berdasarkan

kepercayaan ini, maka permintaan kepada “kaunselor” secara tiba-tiba telah meningkat

sehingga memerlukan sebuah badan untuk mengawal selia mengikut peruntukan

undang-undang.

Menurut Marzita (Utusan Malaysia, 3 Ogos, 2004), bebanan guru bimbingan

dan kaunseling pada masa kini semakin bertambah ekoran daripada masalah-masalah

runcing pelajar seperti isu samseng, sumbang mahram, lumba haram, kegiatan

penyalahgunaan dadah, membunuh, dan merogol. Perkara ini ditambahberatkan lagi

dengan bebanan untuk menyediakan Laporan Adab Pelajar mulai tahun 2004.

Page 14: Kajian Kes

14

Keperluan kepada perkhidmatan kaunseling menggambarkan harapan

masyarakat terhadap guru bimbingan dan kaunseling dalam membantu menangani

masalah pelajar. Hal ini selaras dengan pandangan Menteri Pembangunan Wanita,

Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Mingguan Malaysia, 2

Disember, 2007) yang mengatakan bahawa kaunselor merupakan pakar yang sering

dirujuk dalam menentukan sesuatu keputusan. Tanggungjawab yang semakin

bertambah mendorong guru kaunseling untuk keluar daripada kepompong tradisi

dengan menguasai lebih daripada tiga aspek berikut; kaunseling, penyelarasan khidmat

kaunseling, dan konsultasi (Campbell & Dahir, 1997).

Kajian Sidek, Nordin, Mohd. Yusoff, Shamsudin, dan Halimatun (2005) yang

berkaitan dengan status dan keberkesanan perkhidmatan kaunseling menunjukkan

bahawa perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang paling penting di sekolah

kerana 96% responden yang terdiri daripada pengetua, kaunselor, guru, dan pelajar

sekolah menengah menyedari akan kepentingan dan peranan perkhidmatan tersebut.

Oleh yang demikian, sewajarnyalah mereka yang terlibat dalam bidang ini merupakan

pakar-pakar yang terlatih supaya dapat memperlihatkan mutu perkhidmatan profesional

yang terpuji.

Untuk mengekalkan mutu perkhidmatan yang profesional, para guru kaunseling

perlu berusaha untuk meningkatkan kompetensi kaunseling sebagai memenuhi

tanggungjawab profesional. Perkara ini perlu diberi perhatian yang lebih serius oleh

semua pihak yang terbabit, berikutan laporan akhbar yang menyatakan bahawa kaedah

kaunseling yang digunakan di sekolah diakui berada pada takuk lama, bersifat

konvensional, serta tidak selari dengan perkembangan remaja di sekolah, yang ketika

ini lebih suka mencari alternatif lain untuk meluahkan perasaan mereka (Berita Harian,

27 Oktober, 2009).

Isu yang dihadapi oleh para kaunselor seterusnya adalah untuk memenuhi

ketetapan dan garis panduan bagi tujuan akreditasi, pensijilan, perlesenan, dan

seterusnya pengiktirafan. Isu ini perlu diketengahkan kerana amalan perkhidmatan

kaunseling yang dijalankan secara teratur di Malaysia memerlukan usaha untuk

mengawal dan mengendalikan proses kaunseling sebagai satu profesion.

Page 15: Kajian Kes

15

Tambahan pula, masyarakat ingin melihat kaunselor memainkan peranan

dengan sebaik-baiknya. Oleh yang demikian, perlu ada usaha untuk menunjukkan

kepada masyarakat akan kepentingan perkhidmatan kaunseling. Salah satu daripada

caranya ialah status perlesenan yang dapat membantu perkhidmatan kaunseling untuk

mendapat pengiktirafan daripada masyarakat (Neukrug, 2007).

Selain itu, perkara yang perlu dititik beratkan ialah tanggungjawab etika dalam

pengamalan kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor, terutamanya bagi

negara yang berbilang kaum seperti di Malaysia. Casas, Ponterotto & Gutierrez (1986)

menegaskan bahawa menjalankan kaunseling dengan individu yang berbeza budaya

tanpa mendapat latihan dalam kaunseling pelbagai budaya adalah dianggap tidak

beretika.

Menurut Othman (2000), sesuatu profesion itu akan mencapai tahap profesional

apabila berupaya memantau set etika profesion agar dipatuhi mengikut peraturan dan

undang-undang yang telah ditetapkan. Perkara ini mencerminkan satu praktis yang

profesional.

Di samping itu, Boy dan Pine (1982) menjelaskan bahawa sebelum

perkhidmatan kaunseling boleh disahkan sebagai satu profesion, beberapa syarat perlu

dipenuhi. Antara syarat ini ialah kaunselor terlatih harus memiliki satu bidang

pengetahuan, kepakaran, dan kemahiran yang khusus. Untuk mencapai hasrat tersebut,

para kaunselor memerlukan program latihan yang mantap.

Namun begitu, sebelum tahun 1998 didapati belum wujud satu model latihan

yang mantap dan piawai dalam kalangan institusi-institusi kaunselor di Malaysia

(Abdul Halim et al., 2000). Dalam keadaan kepelbagaian ini, kaunselor yang dilatih

dan bergraduan sebelum itu kebanyakannya tidak layak untuk dipertimbangkan kerana

gagal memenuhi prasyarat yang ditetapkan bagi mendapatkan sijil pengamalan

kaunseling.

Dapatan kajian Hilmi (2006) menunjukkan bahawa hanya seramai 6.5%

responden daripada guru kaunseling sekolah menengah yang memiliki sijil pengamalan

kaunseling yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia mengikut Akta

Page 16: Kajian Kes

16

Kaunselor 1998 (Akta 580). Selebihnya seramai 93.5% lagi masih belum mempunyai

sijil pengamalan kaunseling. Status perlesenan ini perlu diberi perhatian yang serius

kerana dengan pelaksanaan Akta 580, seseorang yang mengadakan perkhidmatan

kaunseling bagi sesuatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain dikehendaki

mendaftar (Percetakan Nasional Malaysia, 1998). Di samping itu, kaunselor perlu

diikat oleh satu kod etika bagi tujuan mengawal tingkah lakunya serta ahli-ahli lain

dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling (Boy & Pine, 1982; Davies, 1981).

Isu berikutnya yang perlu diberi perhatian ialah perkhidmatan pengurusan

kaunseling yang merupakan salah satu daripada tanggungjawab dalam senarai tugas

guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 1994;1996). Tugas ini merangkumi

perkhidmatan inventori individu dan rekod iaitu mengendalikan fail-fail bimbingan,

mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian, dan pentafsiran

minat pelajar di samping merangka dan menyusun program-program.

Namun begitu, perkhidmatan kaunseling di sekolah juga pernah dilaporkan

oleh akhbar, berdepan dengan masalah kualiti kepemimpinan yang ditafsirkan sebagai

kabur dari segi arah tuju dan misi, serta pentadbiran program yang lemah menyebabkan

perkhidmatan kaunseling itu tidak efektif (Berita Harian, 1 November, 2007).

Kelemahan dalam perkhidmatan pengurusan ini boleh menimbulkan masalah kurang

kompeten dan ketidakcekapan guru kaunseling sepenuh masa.

Secara umumnya, isu-isu global berkaitan dengan tanggungjawab profesional

dan etika yang telah diutarakan telah menunjukkan betapa perlunya kompetensi

kaunseling digarap dan dimantapkan secara serius oleh semua guru kaunseling demi

memartabatkan profesion kaunseling. Kegagalan guru kaunseling untuk menguasai

kompetensi pengetahuan dan kemahiran memberikan implikasi yang besar kepada

perkhidmatan kaunseling di sekolah.

Page 17: Kajian Kes

17

1.2.4 Kompetensi Kaunseling : Kesepaduannya dengan Kemantapan Personaliti

Para kaunselor perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan tahap

kompetensi dari semasa ke semasa. Selain itu, ciri-ciri personaliti yang sesuai juga

perlu diambil kira. Perkara ini telah dijelaskan oleh Dameron (1980) dalam bukunya

“The Professional Counselor: Competencies, Performance, Guidelines, and

Assessment”, yang menitikberatkan bahawa kompetensi dalam kaunseling harus:

(1) mempunyai senarai ciri personaliti yang sesuai bagi kaunselor untuk

menjalankan kaunseling.

(2) menetapkan kepakaran untuk menjalankan kaunseling individu, kaunseling

sekolah, terapi permainan, kaunseling keluarga, dan berkelompok.

Kajian Boyatzis dan Burruss (1995) yang berkaitan dengan keberkesanan

kaunselor mendapati bahawa elemen-elemen yang berkait dengan pembangunan

psikologi seperti kecerdasan emosi iaitu empati, ketulenan, dan efikasi kendiri

merupakan kompetensi yang perlu ada kepada seorang kaunselor yang efektif. Begitu

juga dengan motivasi dan tret personaliti juga terbukti memberikan impak yang tinggi

terhadap konsep kendiri dan kemahiran kaunseling (Boyatzis, 1982).

Bandura (1977) juga turut menegaskan bahawa seseorang individu boleh

melakukan sesuatu tugas apabila memiliki pengetahuan dan kemahiran. Walau

bagaimanapun, untuk menghadapi situasi yang tertekan dan tekanan dalam

melaksanakan sesuatu tugas merupakan sesuatu yang mencabar. Dalam keadaan ini,

seseorang itu perlu ada kepercayaan terhadap diri sendiri untuk terus berusaha dan

berjaya.

Kemantapan personaliti sangat penting dan perlu seiring dengan pengetahuan

dan kemahiran bagi memastikan sesuatu proses kaunseling itu berkesan. Kedua-dua

elemen tersebut memastikan agar sesuatu proses kaunseling berlangsung dalam suasana

muhibah dan saling memahami antara kaunselor dengan klien (Hilmi, 2006).

Di samping itu, kemantapan personaliti seorang kaunselor adalah perlu untuk

menjadikannya seorang yang berkeyakinan terhadap dirinya, tugasnya, dan apa-apa

yang dihajatinya dalam kehidupan. Keadaan inilah yang menjadikan seseorang

Page 18: Kajian Kes

18

kaunselor itu lebih bertanggungjawab dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan

dalam tugasnya. Aspek ini menjadi lebih penting memandangkan sorotan penulisan

para profesional dalam tempoh lebih daripada 20 tahun, telah berulang kali

memberikan saranan agar semua kaunselor memiliki sikap kebertanggungjawaban

(Nims, James, & Hughey, 1998). Sikap kebertanggungjawaban ini memerlukan

seseorang kaunselor itu berada dalam keadaan personaliti yang mantap.

Kesimpulannya, pembangunan seorang kaunselor itu, memerlukan kepada

pemahaman dirinya, nilai, dan sikap serta kualiti hubungannya dalam kalangan orang

perseorangan sebelum dapat beroperasi secara berkesan. Hal yang demikian

menjelaskan bahawa, untuk berfungsi dalam spektrum pelbagai suasana dan keadaan,

seorang kaunselor itu memerlukan suatu pemahaman, kemahiran, serta sikap yang

bersepadu dan menyeluruh (Mohamad Suhaimi, 1993).

1.3 Pernyataan Masalah

Faktor kompetensi sebagai satu tanggungjawab profesional dan etika serta

keperluan kesepaduannya dengan aspek personaliti telah menyediakan gambaran

sebenar tentang perkhidmatan kaunseling, yang berhubung kait dengan piawai latihan,

etika, dan identiti profesional. Namun, isu utama yang dapat dikesan ialah wujudnya

tanggapan bahawa kepincangan dalam perkhidmatan kaunseling telah menimbulkan

masalah ketidakcekapan dan kurang kompeten dalam kalangan kaunselor termasuklah

guru-guru kaunseling.

Sehubungan itu, untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunseling, satu

kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti tahap kompetensi kaunseling dan tahap

kemantapan personaliti, seterusnya meneroka pengaruh kompetensi pengetahuan dan

kemahiran kaunseling terhadap personaliti guru kaunseling sekolah menengah.

Usaha ini bertepatan dengan keperluan untuk menjana kepemimpinan diri

melalui peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kemantapan personaliti.

Tambahan pula, sebagai langkah untuk penambahbaikan, Abd. Halim (Berita Harian, 1

November, 2007) mencadangkan agar perkhidmatan kaunseling di sekolah perlu

Page 19: Kajian Kes

19

melalui proses pemantapan dan transformasi yang melibatkan ketiga-tiga elemen

tersebut.

Di samping itu, sehingga kini, kajian berkaitan hubungan kompetensi

kaunseling dengan personaliti sangat kurang dijalankan terutamanya yang melibatkan

guru kaunseling sekolah menengah, sedangkan kepentingannya diakui oleh semua

pihak.

Tambahan pula, analisis literatur menunjukkan bahawa kebanyakan kajian yang

dijalankan sama ada di dalam atau di luar negara hanya mengukur bidang kompetensi

tertentu sahaja, misalnya kaunseling pelbagai budaya (Hilmi, 2006; Maldonado, 2005;

Otavi, 1994; Williams, 2001; Havens, 2003; Constantine, Ladany, Inman & Ponterotto,

1996; D’Andrea, Daniels & Heck, 1991; Holcomb- McCoy, 2000; Sue, Arredondo, &

McDavies, 1992; Whitfield, 1994; Ponterotto, Alexander, & Grieger, 1995).

Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat bahawa kajian kompetensi

kaunseling perlu dikembangkan kepada bidang-bidang lain yang meliputi pentaksiran,

kerja kelompok kaunseling, perkembangan kerjaya, pertumbuhan dan perkembangan

manusia, identiti profesional, serta penyelidikan dan penilaian program yang menjadi

fokus dalam kajian ini.

Analisis literatur juga menunjukkan bahawa pemboleh ubah personaliti

merupakan peramal yang mempengaruhi pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lain

termasuk faktor demografi (Heyman & Giles, 2004; Ehler et al., 1999; Fontana &

Abouserie, 1993). Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji

pengaruh kompetensi kaunseling terhadap tret personaliti guru kaunseling sekolah

menengah supaya dapat dibuktikan kesepaduan dan saling mempengaruhi antara

kedua-dua pemboleh ubah tersebut.

Di samping itu, penyelidik berpendapat bahawa satu set kompetensi guru

kaunseling sekolah menengah yang berpandukan sorotan penulisan dan kurikulum

latihan kaunselor perlu dibentuk berdasarkan kesesuaian seting. Perkara ini penting

kerana cabaran-cabaran yang spesifik yang dihadapi oleh kaunselor-kaunselor di

Page 20: Kajian Kes

20

kawasan yang tertentu juga perlu diambil kira, dan sudah pasti berbeza dengan seting

yang lain (Lee, 2005; Holcomb- McCoy, 2000).

1.4 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara

kompetensi kaunseling dengan personaliti guru kaunseling sekolah menengah. Secara

khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.1 mengkaji tahap kompetensi guru kaunseling sekolah menengah di

bandar raya Semenanjung Malaysia.

1.4.2 mengkaji tahap kemantapan personaliti guru kaunseling sekolah

menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.

1.4.3 mengenal pasti hubungan antara komponen kompetensi kaunseling iaitu

pengetahuan dan kemahiran kaunseling dengan personaliti guru kaunseling

sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.

1.4.4 mengenal pasti dimensi-dimensi kompetensi kaunseling yang merupakan

peramal utama kepada personaliti guru kaunseling sekolah menengah di

bandar raya Semenanjung Malaysia.

1.4.5 membentuk satu kerangka kajian hubungan antara dimensi kompetensi

kaunseling dengan tret personaliti.

Page 21: Kajian Kes

21

1.5 Soalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian, soalan-soalan kajian berikut dikemukakan:

1.5.1 Apakah tahap kompetensi pengetahuan kaunseling guru kaunseling

sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia?

1.5.2 Apakah tahap kompetensi kemahiran kaunseling guru kaunseling

sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia?

1.5.3 Apakah tahap kemantapan personaliti guru kaunseling sekolah

menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia?

1.5.4 Adakah terdapat hubungan antara kompetensi pengetahuan kaunseling

dengan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya

Semenanjung Malaysia?

1.5.5 Adakah terdapat hubungan antara kompetensi kemahiran kaunseling

dengan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya

Semenanjung Malaysia?

1.5.6 Apakah dimensi-dimensi kompetensi kaunseling utama yang

menentukan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di

bandar raya Semenanjung Malaysia?

Page 22: Kajian Kes

22

1.6 Hipotesis Kajian

Bagi menjawab soalan kajian yang keempat, hipotesis nol berikut telah dibentuk

untuk diuji:

Hipotesis nol 1:

Tidak terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap kompetensi

pengetahuan kaunseling dengan tahap kemantapan personaliti guru kaunseling

sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.

Bagi menjawab soalan kajian yang kelima, hipotesis nol berikut telah dibentuk

untuk diuji:

Hipotesis nol 2:

Tidak terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap kompetensi

kemahiran kaunseling dengan tahap kemantapan personaliti guru kaunseling

sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.

Bagi menjawab soalan kajian yang keenam, hipotesis nol berikut telah dibentuk

untuk diuji:

Hipotesis nol 3:

Tidak terdapat pengaruh pemboleh ubah dimensi-dimensi kompetensi

kaunseling ke atas personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya

Semenanjung Malaysia.

Page 23: Kajian Kes

23

1.7 Kerangka Teori Kajian

Kerangka teori kajian dibentuk berdasarkan model utama kajian iaitu Model

Kompetensi Bungkah Air Batu (Iceberg Competency Model) oleh Spencer dan Spencer

(1993). Teori-teori sampingan yang dikemukakan untuk menyokong teori utama

berkenaan ialah Teori Pengetahuan: Teori Cairan dan Kecerdasan Hablur Horn dan

Cattell (1967), Pendekatan Kemahiran Mikro Ivey E. Allen (1983;1996), Teori

Kompetensi Kecerdasan Emosi Goleman (1995), Profil Personaliti TAJMA (Mohd.

Tajudin, 2007), Perspektif Personaliti Muslim (1967; 1989; 1992; 1999), dan Hierarki

Keperluan Maslow (1970; 1971).

Rajah 1.1 merupakan kerangka teori kajian yang telah direka bagi menyatakan

secara langsung berhubung dengan keseluruhan kajian yang akan dijalankan. Pemboleh

ubah bebas kajian ini ialah kompetensi kaunseling, sementara pemboleh ubah bersandar

ialah tret personaliti guru kaunseling yang menggambarkan kedua-dua pemboleh ubah

ini mempunyai hubungan secara langsung di antara satu sama lain.

Rajah 1.1 ialah rajah yang menunjukkan komponen-komponen yang dikaji

untuk meninjau hubungan kompetensi kaunseling dan tret personaliti dalam kalangan

guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.

Page 24: Kajian Kes

24

Petunjuk :

Hubungan Langsung

Garisan Lingkungan Pengaruh

Rajah 1.1: Kerangka Teori Hubungan antara Komponen Kompetensi

Kaunseling dengan Tret Personaliti

Ase

rtif

Ana

litik

al

kete

rbuk

aan

Key

akin

an d

iri

Kep

impi

nan

Jati

Dir

i

Prih

atin

Inte

lekt

ual

Penc

apai

an

Inte

griti

Ket

idak

sela

rasa

n

KOMPONEN KOMPETENSI KAUNSELING

PENGETAHUAN

PENTAKSIRAN

KERJA KELOMPOK

KAUNSELING PERKEMBANGAN

KERJAYA PERTUMBUHAN DAN

PERKEMBANGAN MANUSIA

IDENTITI

PROFESIONAL KEPELBAGAIAN

SOSIAL DAN BUDAYA PENYELIDIKAN DAN

PENILAIAN PROGRAM

KEMAHIRAN KONTAK

MATA BAHASA

BADAN MUTU VOKAL

MENJEJAK

JALAN CERITA

Kem

ahiran Mikro Ivey (1996) dan K

ompetensi K

ecerdasan E

mosi G

oleman (2001)

Teo

ri C

aira

n da

n K

ecer

dasa

n H

ablu

r (1

967)

Profil Personaliti TAJMA (Mohd. Tajudin, 2007), Perspektif Personaliti Muslim (1967; 1989; 1992; 1999), dan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1970)

TRET PERSONALITI

Page 25: Kajian Kes

25

Kerangka teori kajian yang bersepadu ini menjelaskan bahawa struktur

penyelidikan ini dibentuk berasaskan pendekatan holistik yang selari dengan objektif

penyelidikan. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada kerangka teori kajian (rujuk

Rajah 1.1), maka terhasillah kerangka konsep bagi kajian ini (rujuk Rajah 1.2).

1.8 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian ini yang dilakarkan di dalam Rajah 1.2,

menggambarkan hubungan langsung antara komponen kompetensi kaunseling sebagai

pemboleh ubah–pemboleh ubah bebas dengan tret personaliti guru kaunseling sebagai

pemboleh ubah bersandar.

Dimensi kompetensi pengetahuan terdiri daripada pentaksiran, kerja kelompok

kaunseling, perkembangan kerjaya, pertumbuhan dan perkembangan manusia, identiti

profesional, kepelbagaian sosial dan budaya, serta penyelidikan dan penilaian program.

Dimensi kompetensi kemahiran pula terdiri daripada kontak mata, bahasa badan, mutu

vokal, dan menjejak jalan cerita, manakala dimensi personaliti pula terdiri daripada tret

asertif, analitikal, keterbukaan, keyakinan diri, kepimpinan, jati diri, prihatin,

intelektual, pencapaian, integriti, dan ketidakselarasan (Mohd.Tajudin, 2007).

Rajah 1.2 menunjukkan rajah skematik kerangka konsep kajian yang

menggambarkan hubungan antara komponen kompetensi kaunseling dengan tret

personaliti.

Page 26: Kajian Kes

26

Ase

rtif

Ana

litik

al

Ket

erbu

kaan

Key

akin

an d

iri

Kep

impi

nan

Jati

Dir

i

Prih

atin

Inte

lekt

ual

Penc

apai

an

Inte

griti

Ket

idak

sela

rasa

n

Petunjuk:

Hubungan Langsung

Rajah 1.2: Kerangka Konsep Hubungan antara Komponen Kompetensi

Kaunseling dengan Tret Personaliti

KOMPONEN KOMPETENSI KAUNSELING

PENGETAHUAN

PENTAKSIRAN

KERJA KELOMPOK KAUNSELING

PERKEMBANGAN KERJAYA

PERTUMBUHAN DAN

PERKEMBANGAN MANUSIA

IDENTITI PROFESIONAL

KEPELBAGAIAN SOSIAL

DAN BUDAYA

PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN PROGRAM

KEMAHIRAN

KONTAK MATA

BAHASA BADAN

MUTU VOKAL

MENJEJAK JALAN CERITA

TRET PERSONALITI

Page 27: Kajian Kes

27

1.9 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini dijangka dapat memberikan input yang penting kepada guru

kaunseling, pihak pentadbir sama ada di sekolah, pejabat pelajaran daerah, dan jabatan

pelajaran negeri. Di samping itu, dapatan ini dapat memberikan maklumat dan data

yang penting kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi pengajian tinggi,

institut pendidikan guru, pusat latihan kaunseling, dan Lembaga Kaunselor Malaysia.

1.9.1 Guru Kaunseling

Dapatan kajian ini akan dapat memberikan faedah kepada perkhidmatan

kaunseling khususnya kaunselor sekolah yang tugas dan tanggungjawab mereka adalah

berat dan memerlukan latihan, pendidikan, dan komitmen yang tinggi terutama sekali

dalam proses meningkatkan tahap kompetensi kaunseling (Shertzer & Stone, 1974).

Hasil kajian ini dapat memberikan kefahaman yang jitu tentang keperluan

seorang guru kaunseling untuk menyiapkan diri mereka agar menjadi seorang kaunselor

yang kompeten dan berkesan kerana kaunselor yang menguasai kompetensi

pengetahuan dan kemahiran, serta kemantapan personaliti, sudah tentu dapat

menangani dengan bijak pelbagai masalah yang melibatkan klien pelbagai golongan

dan latar belakang. Dengan menguasai kompetensi dan kemantapan personaliti,

seorang guru kaunseling dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kliennya.

1.9.2 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia

menyusun perancangan yang sesuai tentang kaedah untuk melantik dan mengiktiraf

guru kaunseling sebagai kaunselor di sekolah. Kajian ini juga akan memberikan

kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan pengetahuan dan kemahiran kaunseling

untuk disepadukan dengan kemantapan personaliti dalam kalangan guru kaunseling di

sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Page 28: Kajian Kes

28

Ekoran itu, adalah perlu bagi guru-guru kaunseling di sekolah menengah

mempunyai kompetensi-kompetensi tertentu sebagai syarat utama untuk diberi Sijil

Perakuan Amalan atau “Certificate of Practice” sebelum mereka dilantik sebagai

kaunselor sepenuh masa.

Maklumat dan data yang diperoleh daripada dapatan kajian ini juga membantu

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyusun program-program dan

memberikan kursus-kursus yang bersesuaian bertujuan untuk pembangunan diri dan

peningkatan kompetensi guru kaunseling.

1.9.3 Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, dan Jabatan Pelajaran Negeri

Bagi pihak pentadbir sekolah pula, penyelidikan ini diharapkan dapat

memberikan kesedaran bahawa sokongan pentadbir menjadi penyumbang yang sangat

penting kepada keberkesanan kaunselor. Sokongan pentadbir sekolah baik dari segi

moral, pembangunan diri, idea, atau pun material dapat menjana kompetensi guru

kaunseling dalam melaksanakan program-program kaunseling di sekolah secara lebih

berkesan.

Dalam erti kata yang lain, untuk melihat kejayaan dan keberkesanan program

bimbingan dan kaunseling di sekolah sebagaimana yang diharapkan oleh masyarakat

dan negara, pihak pentadbir sekolah juga memainkan peranan penting bagi memenuhi

hasrat tersebut kerana keberkesanan program ini bukan hanya terletak di atas bahu guru

kaunseling sahaja. Pihak pentadbir harus memberikan peluang dan menyediakan ruang

yang sewajarnya kepada guru kaunseling untuk memainkan peranannya secara lebih

cekap dan berkesan.

Page 29: Kajian Kes

29

1.9.4 Institusi Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru, dan Pusat Latihan

Kaunseling

Dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai satu sumber rujukan kepada institusi

pengajian tinggi, institut pendidikan guru, dan pusat latihan kaunseling, terutama

kepada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah yang berkaitan dengan bidang

Kaunseling dan Psikologi. Pihak institusi pengajian tinggi, institut pendidikan guru,

dan pusat latihan kaunseling juga dapat mengemas kini dan menambah baik program-

program pengajian dan latihan Kaunseling dan Psikologi yang akan ditawarkan kepada

pelajar-pelajar berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh daripada kajian ini.

1.9.5 Lembaga Kaunselor Malaysia

Kajian yang dijalankan ini menyokong usaha Jawatankuasa Teknikal

Pendidikan dan Latihan Lembaga Kaunselor (2003) yang telah menerbitkan dokumen

garis panduan Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor bagi institusi pengajian tinggi,

organisasi, orang awam, dan klien bagi mengetahui piawaian minimum latihan yang

perlu dilalui oleh seseorang calon kaunselor yang berdaftar.

Garis panduan piawai tersebut telah menetapkan penguasaan pengetahuan dan

kemahiran yang minimum dalam bidang-bidang tersebut sebagai syarat untuk diterima

sebagai seorang calon kaunselor yang berdaftar. Sebagai usaha ke arah

penambahbaikan, penyelidik telah merujuk kurikulum dalam Piawai dan Kelayakan

Latihan Kaunselor sebagai panduan membina instrumen untuk mengukur kompetensi

kaunseling mengikut kesesuaian dan keperluan perkhidmatan kaunseling di negara ini.

Seterusnya, penyelidik telah menstruktur kerangka kompetensi guru kaunseling secara

lebih spesifik sebagai cadangan untuk diuji dan diubah suai oleh pengkaji-pengkaji

yang akan datang.

Kesimpulannya, kajian ini relevan dan akan memberikan sumbangan yang amat

bermakna kepada banyak pihak terutamanya mereka yang terlibat secara langsung

dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling; merangkumi guru-guru

kaunseling, institusi-institusi pengajian tinggi, institut pendidikan guru, pusat-pusat

Page 30: Kajian Kes

30

latihan kaunseling, pentadbir-pentadbir sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan

Lembaga Kaunselor Malaysia.

1.10 Skop dan Batasan Kajian

Penyelidik telah menetapkan skop tertentu bagi kajian ini yang mengambil kira

faktor masa, kos, sempadan kesesuaian, dan pengoperasian penyelidikan. Pemboleh

ubah-pemboleh ubah kajian pula dipilih setelah meneliti sorotan penulisan tentang

kepentingan komponen kompetensi kaunseling untuk disepadukan dengan personaliti.

Pemboleh ubah-pemboleh ubah bebas iaitu kompetensi pengetahuan yang

diukur adalah melibatkan dimensi-dimensi pengetahuan dalam bidang-bidang

kaunseling yang telah ditetapkan dalam garis panduan Piawai dan Kelayakan Latihan

Kaunselor (2003) iaitu pentaksiran, kerja kelompok kaunseling, kaunseling kerjaya,

pertumbuhan dan perkembangan manusia, identiti profesional, kepelbagaian sosial dan

budaya, dan penyelidikan dan penilaian program.

Di samping itu, dimensi-dimensi kemahiran pula ialah merujuk kepada

kemahiran asas Mikro oleh Ivey (1983;1996) iaitu kontak mata, bahasa badan, mutu

vokal, dan menjejak jalan cerita. Dalam konteks kajian ini, penyelidik cuba meneroka

hubungan dan pengaruh kompetensi kaunseling terhadap tahap kemantapan personaliti

guru kaunseling secara keseluruhan, secara langsung dan tidak langsung.

Pemboleh ubah bersandar iaitu personaliti melibatkan tret-tret berikut; asertif,

analitikal, keterbukaan, keyakinan diri, kepimpinan, jati diri, prihatin, intelektual,

pencapaian, integriti, dan ketidakselarasan (Mohd.Tajudin, 2007).

Kajian ini juga mempunyai beberapa batasan. Bagi tujuan pemilihan lokasi dan

sampel kajian, kajian tersebut dibuat berdasarkan kepada persampelan rawak mudah,

yang memberi tumpuan kepada lima daripada sepuluh buah bandar raya metropolitan

utama. Bandar-bandar raya tersebut dikenal pasti berada di antara kedudukan teratas

mengikut pangkatan perbandaran (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000). Bandar-

bandar raya tersebut juga telah disenaraikan berdasarkan negeri pelbagai etnik untuk

Page 31: Kajian Kes

31

mewakili bandar raya Semenanjung Malaysia. Dua buah bandar raya yang telah

dipilih secara rawak mudah sebagai lokasi kajian ialah bandar raya Johor Bahru dan

Georgetown. Oleh yang demikian, kajian ini hanya tertumpu kepada guru kaunseling

di dua buah bandar raya yang terpilih sahaja.

Pemilihan guru-guru kaunseling sekolah menengah di dua buah bandar raya

Semenanjung Malaysia yang merupakan populasi sasaran bagi kajian ini dipilih secara

rawak mudah mengikut negeri yang terpilih. Kajian ini melibatkan guru-guru

kaunseling sekolah menengah yang terlatih secara formal dan sedang berkhidmat di

sekolah-sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia dan terhad kepada

ciri-ciri berikut:

1) Dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2) Berkhidmat sepenuh masa di sekolah.

3) Mempunyai latihan sekurang-kurangnya Ijazah Pertama dalam bidang

Pendidikan Kaunseling atau Psikologi.

4) Berpengalaman berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun.

1.11 Definisi Konsep

Dalam konteks kajian ini, konsep dan istilah-istilah yang digunakan bagi

mewakili pemboleh ubah-pemboleh ubah utama didefinisikan sebagai berikut:

1.11.1 Kompetensi Kaunseling

Cloninger (1993) mengatakan bahawa kompetensi merupakan beberapa

pemboleh ubah yang dimiliki oleh seseorang individu yang berkaitan dengan apa-apa

yang mampu dilakukannya dan disokong oleh Welfel (2006) yang telah mendefinisikan

kompetensi dengan lebih spesifik iaitu merujuk pencapaian profesional seseorang,

bukannya kebolehan. Oleh yang demikian, set kompetensi seseorang individu

mencerminkan keupayaannya atau pun apa-apa sahaja yang dapat dilakukannya

berdasarkan kebolehannya

Page 32: Kajian Kes

32

Pendekatan kompetensi juga didapati berbeza antara konsep yang digunakan di

negara Amerika Syarikat dengan konsep yang digunakan di United Kingdom.

Haffernan dan Flood (2000) menjelaskan:

“……Boyatzis, who exemplifies the US approach, defines

competency broadly as “an underlying characteristic of a

person”…… The UK aproach identifies the outcomes expected

from a job when it is performed adequately. Day’s definition of

competence, “ the ability to put skills and knowledge into action”,

is an apt description of the UK approach (ms 128).

Pada hakikatnya, konsep kompetensi antara kedua-kedua tafsiran tersebut tidak

menunjukkan perbezaan yang nyata. Rumusannya, kompetensi dalam tugas merupakan

satu kebolehan dan keupayaan. Kompetensi mungkin merangkumi motivasi, tret

personaliti, kemahiran, penampilan diri, dan pengetahuan yang digunakan, atau pun

ciri-ciri peribadi yang tidak dapat dikesan oleh individu lain. Spencer dan Spencer

(1993) bersetuju dengan definisi di atas dan menambah huraian tersebut dengan

mengatakan bahawa kompetensi sebagai:

“an underlying characteristic of an individual that is causally

related to criterion-referenced effective and/or superior performance

in a job or situation” (ms. 9).

Begitulah juga, tidak terkecuali dalam profesion kaunseling, kompetensi untuk

melaksanakan perkhidmatan amat ditekankan untuk menjadi kaunselor sekolah yang

efektif ke tahap yang maksimum (NACAC, 2000).

United Nations Industrial Development Organizations (UNIDO, 2002) telah

mendefinisikan kompetensi sebagai satu set kemahiran, pengetahuan dalam sesuatu

bidang yang berkaitan, dan sifat-sifat tertentu yang membolehkan seseorang individu

melaksanakan tugas atau aktiviti dalam tugas dan fungsi yang spesifik. Apabila

individu tersebut telah dapat menguasai ketiga-tiga elemen tersebut, maka tugas itu

akan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif lagi.

Page 33: Kajian Kes

33

Schoonover Associate (2001) pula melihat kompetensi sebagai satu keupayaan

dalam pengetahuan, kemahiran-kemahiran, keupayaan-keupayaan tertentu, dan sifat-

sifat peribadi yang kesemuanya menjadi tunggak kepada pencapaian prestasi kerja.

Hal yang demikian, definisi operasi kompetensi kaunseling merujuk keupayaan

minimum dalam pengetahuan kaunseling yang disepadukan dengan kemahiran asas

kaunseling yang perlu dikuasai oleh setiap guru kaunseling yang telah mendapat latihan

di institusi-institusi pengajian tinggi.

1.11.2 Kompetensi Pengetahuan Kaunseling (KPK)

Pengetahuan merangkumi maklumat tentang teori dan penyelidikan dalam

bidang tertentu, khususnya yang berkaitan dengan cara seseorang itu membuat

pemilihan dan pertimbangan dalam sesuatu perkara, seterusnya mengetahui pendekatan

untuk membuat intervensi dalam sesuatu situasi yang berlaku (Spruill, Rozensky,

Stigall, Vasquaze, Bingham, & Olvey, 2004).

Dalam konteks kajian ini, kompetensi pengetahuan merujuk keupayaan

minimum dalam pengetahuan, pemahaman, dan kemahiran teknikal yang diukur

berdasarkan tujuh dimensi iaitu bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Lembaga

Kaunselor dalam Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor (2003). Kurikulum ini

membahagikan bidang-bidang yang perlu dikuasai oleh setiap kaunselor dalam latihan

yang dilalui iaitu pentaksiran, kerja kelompok kaunseling, kaunseling kerjaya,

pertumbuhan dan perkembangan manusia, identiti profesional, kepelbagaian sosial dan

budaya, serta penyelidikan dan penilaian program. Huraian setiap bidang pengetahuan

seperti yang telah digariskan oleh Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor

(2003) adalah seperti berikut:

Pentaksiran Pengetahuan asas dalam menilai karakter peribadi seseorang merangkumi bakat,

pencapaian, minat, nilai, dan tret personaliti (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan

Kaunselor, 2003).

Page 34: Kajian Kes

34

Kerja Kelompok Kaunseling Pengetahuan asas dalam memilih teknik yang sesuai dengan matlamat dan keperluan

kelompok kaunseling (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor, 2003).

Perkembangan Kerjaya Pengetahuan tentang asas teori kaunseling kerjaya dan memahami teori-teori, model,

dan proses kaunseling kerjaya serta teknik-teknik yang bersepadu di dalamnya

(Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor, 2003).

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

Pengetahuan dan pemahaman tentang teori pembelajaran dan perkembangan personaliti

(Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor, 2003).

Identiti Profesional Pengetahuan tentang garis panduan yang minimum berhubung dengan sistem

pengiktirafan profesional dan memahami peranan, fungsi, dan perhubungan profesional

dengan perkhidmatan profesional yang lain (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan

Kaunselor, 2003).

Kepelbagaian Sosial dan Budaya Pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan keperluan kelompok yang berbeza

jantina, etnik, ras, keupayaan mental dan fizikal, dan status sosioekonomi (Kurikulum

Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor, 2003).

Penyelidikan dan Penilaian Program Pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan kajian serta dapat membuat

penilaian program (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor, 2003).

Page 35: Kajian Kes

35

1.11.3 Kompetensi Kemahiran Kaunseling (KKK)

Selain domain kesedaran dan pengetahuan, domain kemahiran menuntut

kaunselor supaya mengenal pasti cara berkesan apabila berhadapan dengan keadaan

dan situasi klien (Hilmi, 2006).

Norman (1985); Overholser dan Fine (1990) telah membahagikan komponen

kemahiran seseorang kaunselor kepada dua jenis kemahiran; kemahiran klinikal yang

berkaitan dengan penggunaan yang sesuai dalam kemahiran-kemahiran asas temu duga,

dan kemahiran teknikal yang berkaitan dengan penggunaan pendekatan yang berkesan

dalam intervensi terapeutik secara spesifik.

Muhd. Mansur dan Siti Nurdinar (2003) telah menetapkan kemahiran-

kemahiran asas bagi seorang kaunselor dalam proses kaunseling iaitu kemampuan

melihat kliennya, merangkumi tingkah laku tanpa kata-kata, cara duduk, cara

mengemukakan soalan terbuka, sepi sejenak, mendengar dengan teliti, memparafrasa,

dan merumuskan isi.

Dalam kajian ini, kemahiran yang akan diberi fokus ialah kemahiran asas mikro

iaitu kemahiran memberikan perhatian yang merangkumi kontak mata, bahasa badan,

mutu vokal, dan menjejak jalan cerita (Ivey, 1983;1996).

Penyelidik merujuk Kemahiran Asas Mikro (Ivey, 1983;1996) yang

menggalakkan klien supaya bebas bertutur atau bercakap sementara kaunselor pula

berkomunikasi secara lisan dengan klien, yang berteraskan empat komponen; kontak

mata, bahasa badan, mutu vokal, dan menjejak jalan cerita. Definisi setiap kemahiran

tersebut seperti yang telah dihuraikan oleh Ivey (1983;1996) adalah seperti berikut:

Kontak Mata Kemahiran untuk memelihara hubungan atau kontak mata secara terus dan bersahaja

(Ivey, 1983;1996).

Page 36: Kajian Kes

36

Bahasa Badan Kemahiran untuk memberikan tumpuan dengan menggunakan bahasa badan sehingga

klien dapat merasakan bahawa kaunselor menunjukkan minat melalui ekspresi wajah

dan gerak-geri badan sama ada klien dalam keadaan sedang duduk tegak atau semasa

mencondongkan badan dalam jarak hubungan yang selesa (Ivey, 1983;1996).

Mutu Vokal Kemahiran untuk memberikan perhatian dengan menggunakan nada suara yang sesuai

sama ada tinggi atau rendah serta kadar lambat atau cepat gaya pertuturannya (Ivey,

1983;1996).

Menjejak Jalan Cerita Kemahiran untuk mengekalkan topik perbualan dan urutan jalan cerita klien dengan

perasaan penuh tanggungjawab (Ivey, 1983;1996).

1.11.4 Personaliti Guru Kaunseling (PGK)

Allport dan Odbert (1936) melihat personaliti sebagai penyusunan sistem-sistem

psikofizikal yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku,

pemikiran, dan penyesuaian dengan alam sekelilingnya. Maksudnya personaliti

terbentuk daripada gabungan beberapa sifat diri yang tersendiri, yang disebut sebagai

"struktur personaliti individu”. Struktur ini pula terbentuk hasil daripada gabungan

beberapa sifat individu yang berbeza perkembangannya.

Adler (1932) mengatakan bahawa antara konsep yang digunakan dalam

psikologi individu ialah kesepaduan personaliti (unity of personality). Di sini individu

digambarkan sebagai satu kesepaduan, tret, atau pun naluri semula jadi. Apa-apa sahaja

yang berkaitan dengan individu, perkara itu merujuk kepada bentuk kesepaduan yang

menjadi satu daya gerak ke arah pencapaian matlamat. Dengan yang demikian,

psikologi individu merupakan satu psikologi yang berbentuk holistik atau menyeluruh.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa personaliti merupakan satu himpunan emosi,

Page 37: Kajian Kes

37

pemikiran, dan corak tingkah laku yang unik bagi seseorang individu yang konsisten

dalam satu tempoh masa.

Jika dibandingkan dengan jenis personaliti, tret lebih jelas untuk

menggambarkan personaliti kerana setiap dimensi tret merujuk satu set karakter secara

lebih berfokus (Allport, 1937; Kelly, 1955; Cloninger, 1993) yang membezakan

seseorang individu dengan yang lain, seterusnya menghasilkan perlakuan atau tingkah

laku yang konsisten (Cloninger, 1993). Menurut Feldman (1987) pula, definisi tret

adalah seperti berikut:

“..traits are relatively enduring dimensions of personality

characteristics along which people differ from one another”

(ms 412).

Fatimahwati (2008) mentakrifkan tret sebagai huraian deskriptif yang berkaitan

dengan tingkah laku, pemikiran, dan perasaan individu. Tret tingkah laku merangkumi

ciri-ciri mesra, pendiam, menghormati, bekerjasama, dominan, tegas, serius, girang,

patuh, malu, dan segan; tret pemikiran merangkumi ciri-ciri imaginatif, konkrit,

terbuka, konservatif, berorientasikan idea dan penyelesaian; dan tret perasaan

merangkumi ciri-ciri yakin, bimbang, relaks, tegang, tenang, dan tergesa-gesa.

Tret personaliti ‘Lima Faktor’ yang telah dipelopori oleh McDougall (1932)

merangkumi tret-tret ekstrovert, kebimbangan, kepersetujuan, kehematan, dan

keterbukaan yang dianggap asas kepada tret-tret personaliti yang lain. Pada

hakikatnya, kajian tentang teori tret merupakan pendekatan yang utama dalam kajian

personaliti (Cloninger, 1993).

Ekoran itu, penyelidik mengaplikasikan konsep tret dalam kajian ini untuk

menerangkan personaliti guru kaunseling kerana konsep tret meliputi skop tingkah laku

yang lebih berfokus, dan telah digunakan secara meluas oleh pakar psikologi untuk

menggambarkan personaliti seseorang (Allport, 1937; Buss, 1989) dan ianya

mempunyai nilai peramal (Cattell, 1979).

Page 38: Kajian Kes

38

Oleh yang demikian, untuk mengukur personaliti guru kaunseling, penyelidik

merujuk kepada teori tret dengan menggunakan profil personaliti TAJMA (Mohd.

Tajudin, 2007) yang merangkumi 11 tret personaliti diri iaitu asertif, analitikal,

keterbukaan, keyakinan diri, kepimpinan, jati diri, prihatin, intelektual, pencapaian,

integriti, dan ketidakselarasan (Mohd.Tajudin, 2007). Interpretasi secara terperinci

berkaitan dengan tret-tret yang diukur adalah seperti berikut:

Asertif

Tret personaliti yang menunjukkan individu yang berkecenderungan mempamerkan

ketegasan diri (Mohd.Tajudin, 2007).

Analitikal

Tret personaliti yang menunjukkan individu yang peka dengan persekitarannya, suka

membuat pemerhatian dan seterusnya menganalisa sesuatu perkara sebelum membuat

keputusan (Mohd.Tajudin, 2007).

Keterbukaan

Tret personaliti yang menunjukkan individu yang suka berinteraksi dan bekerjasama

dengan orang lain (Mohd.Tajudin, 2007).

Keyakinan diri

Tret personaliti yang menunjukkan individu yang mudah memperkatakan dan

mengakui kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan orang lain. Tret ini juga

menunjukkan kestabilan emosi dan psikologi seseorang individu (Mohd.Tajudin,

2007).

Kepimpinan

Tret personaliti yang menunjukkan kemampuan individu dalam memimpin sesuatu

kumpulan, tegas, dan gemar membuat keputusan (Mohd.Tajudin, 2007).

Jati diri

Tret personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk

menghabiskan atau menyelesaikan sesuatu tugas, percaya kepada diri sendiri, yakin,

rasa selamat, dan matang (Mohd.Tajudin, 2007).

Page 39: Kajian Kes

39

Prihatin

Tret personaliti yang menunjukkan kemampuan individu untuk memahami perasaan

orang lain (Mohd.Tajudin, 2007).

Intelektual

Tret personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang

memberikan cabaran dari segi intelektual, berfikiran abstrak, cerdas, dan kreatif

(Mohd.Tajudin, 2007).

Pencapaian

Tret personaliti yang menunjukkan individu yang bermotivasi, mahukan status yang

tinggi dan suka akan persaingan. Individu yang juga mempunyai daya usaha yang

tinggi dalam mencapai sesuatu matlamat (Mohd.Tajudin, 2007).

Integriti

Tret personaliti yang boleh membuktikan sifat jujur dan amanah seseorang individu

terhadap tanggungjawab yang diberikan organisasi (Mohd.Tajudin, 2007).

Ketidakselarasan

Skala khas yang direkabentuk untuk mengenal pasti persepsi individu terhadap diri

sendiri. Tret ini juga digunakan untuk menilai sama ada individu itu cuba memberikan

respons dengan ikhlas atau sebaliknya (Mohd.Tajudin, 2007).

1.11.5 Guru Kaunseling

Guru kaunseling merujuk guru-guru kaunseling sekolah menengah yang

bertugas sepenuh masa dan telah dilantik dan ditauliahkan oleh Jabatan Pelajaran

Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Senarai guru kaunseling sepenuh masa

telah diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri bagi negeri-negeri berkenaan.

Page 40: Kajian Kes

40

1.11.6 Sekolah Menengah

Sekolah Menengah merujuk sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di dua

buah bandar raya di Semenanjung Malaysia yang terpilih secara rawak iaitu bandar

raya Johor Bahru dan Georgetown.

1.11.7 Bandar Raya Semenanjung Malaysia

Bandar raya merujuk bandar raya Johor Bahru dan Georgetown yang telah

dipilih secara rawak dalam mewakili bandar raya di Semenanjung Malaysia. Kriteria

pemilihan ini ialah berasaskan kepada status bandar-bandar raya tersebut sebagai ibu

negeri. Kewujudan komposisi kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik di negeri-

negeri berkenaan adalah berdasarkan data perangkaan taburan penduduk dan ciri-ciri

demografi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2000). Kedua-dua

buah bandar raya tersebut juga mewakili bandar metropolitan utama (Jabatan

Perangkaan Malaysia (2001). Oleh yang demikian, adalah sesuai dengan sifat kajian

ini yang akan mengkaji kompetensi guru-guru kaunseling di daerah bandar raya

disebabkan penduduknya lebih banyak terdedah dengan bidang-bidang yang menjadi

fokus kajian serta dapat memberikan kerjasama untuk memberikan maklumat dengan

lebih tepat terutamanya dalam bidang kaunseling pelbagai sosial dan budaya.

Tambahan pula, cabaran yang dihadapi oleh guru kaunseling di bandar raya adalah

lebih besar.

1.12 Rumusan

Bab ini menggambarkan keseluruhan kajian yang dimulakan dengan pengenalan

dan diikuti oleh latar belakang kajian yang membincangkan isu-isu yang mendorong ke

arah pelaksanaan kajian. Kemudian diikuti pula dengan perbincangan tentang

pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, hipotesis kajian, kerangka teori

kajian, Kerangka konsep kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian, dan

definisi konsep dan istilah.

Page 41: Kajian Kes

41

Kajian ini mengandaikan bahawa kompetensi guru kaunseling mempunyai

hubungan dengan personaliti secara langsung atau tidak langsung. Andaian ini dibuat

berdasarkan model utama kajian iaitu model Bungkah Air Batu (Spencer & Spencer,

1993) yang disokong oleh Teori Pengetahuan (Horn & Cattell, 1967), Pendekatan

Kemahiran Mikro (Ivey, 1983;1996), Kompetensi Kecerdasan Emosi (Goleman,1995),

Profil Personaliti TAJMA (Mohd. Tajudin, 2007), Perspektif Personaliti Muslim (1967;

1989; 1992; 1999), dan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1970).

Untuk mencapai objektif yang ditetapkan, enam soalan kajian dikemukakan dan

soalan-soalan tersebut disokong dengan tiga hipotesis nol. Walau pun kajian ini

dihadkan kepada skop dan batasan tertentu, adalah diharapkan dapatan yang diperoleh

dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkaitan demi memartabatkan profesion

guru kaunseling.