kajian kes

4
AINAH BINTI MARINSAH CT11210677 TUGASAN 1 KAJIAN KES 9.1 : MENUBUHKAN PERNIAGAAN YANG BERJAYA DAN BERKEKALAN 1. Apakah jenis perniagaan yang sesuai bagi ketiga-tiga sahabat berkenaan? Kenapa ? Jenis perniagaan yang sesuai bagi mereka iaitu perniagaan jenis perkongsiaan diantara ketiga-tiga mereka seperti perniagaan hartanah. Ini kerana ketiga-tiga mereka ini mempunyai kemahiran dan kepakaran masing-masing bagi membantu menaikkan nama perniagaan mereka jika mereka sentiasa bersama-sama dalam menjayakan perniagaan yang mereka tubuhkan 2. Pada pendapat anda, siapakah yang patut menjaga urusan pentadbiran, kewangan dan pemasaran syarikat? Jelaskan Pada pendapat saya, mengikut pemahaman saya mereka ini memunyai kemahiran masing-masing dan layak mengurus bidang masing seperti : a) Goku layak mengurus kewangan syaikat ini kerana beliau merupakan seorang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dengan modal yang banyak dan latarbelakang keluarga yang berada. Serta beliau boleh menjadi pelabur yang bijak, mahir dan tahu pasaran semasa. Malah belia juga seorang yang boleh mentadbir kewangan dengan lebih baik kerana sikapnya yang suka menyimpan wang dan ,menyimpan wang dengan penuh rasa tanggungjawab. b) Sarah mampu mengurs bahagian pentadbiran ini kerana kita boleh lihat dari segi keutamaan dan kemahiran yang dimiliki ini kerana adanya kemahiran berkomunikasi yang sangat baik. Selain dari itu, beliau juga seorang yang teliti,teratur dan mahir dalam perundangan perniagaan.

Upload: cik-baco

Post on 21-Jul-2015

57 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian kes

AINAH BINTI MARINSAH CT11210677

TUGASAN 1

KAJIAN KES 9.1 : MENUBUHKAN PERNIAGAAN YANG BERJAYA DAN

BERKEKALAN

1. Apakah jenis perniagaan yang sesuai bagi ketiga-tiga sahabat

berkenaan? Kenapa ?

Jenis perniagaan yang sesuai bagi mereka iaitu perniagaan jenis perkongsiaan

diantara ketiga-tiga mereka seperti perniagaan hartanah. Ini kerana ketiga-tiga

mereka ini mempunyai kemahiran dan kepakaran masing-masing bagi membantu

menaikkan nama perniagaan mereka jika mereka sentiasa bersama-sama dalam

menjayakan perniagaan yang mereka tubuhkan

2. Pada pendapat anda, siapakah yang patut menjaga urusan pentadbiran,

kewangan dan pemasaran syarikat? Jelaskan

Pada pendapat saya, mengikut pemahaman saya mereka ini memunyai kemahiran

masing-masing dan layak mengurus bidang masing seperti :

a) Goku layak mengurus kewangan syaikat ini kerana beliau merupakan

seorang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dengan modal yang

banyak dan latarbelakang keluarga yang berada. Serta beliau boleh menjadi

pelabur yang bijak, mahir dan tahu pasaran semasa. Malah belia juga

seorang yang boleh mentadbir kewangan dengan lebih baik kerana sikapnya

yang suka menyimpan wang dan ,menyimpan wang dengan penuh rasa

tanggungjawab.

b) Sarah mampu mengurs bahagian pentadbiran ini kerana kita boleh lihat dari

segi keutamaan dan kemahiran yang dimiliki ini kerana adanya kemahiran

berkomunikasi yang sangat baik. Selain dari itu, beliau juga seorang yang

teliti,teratur dan mahir dalam perundangan perniagaan.

Page 2: Kajian kes

AINAH BINTI MARINSAH CT11210677

c) Donald boleh diberi keutamaan untuk menguru bahagian pemasaran

syarikat. Ini kerana penampilan beliau yang mempunyai ketrampilan sebagai

seorang pegawai pemasaran yang baik.

Selain itu, Beliau boleh berkomunikasi dengan baik selain daripada

mempunyai kemahiran menguasai bahasa Mandarin,bahasa Inggeris dan

bahasa Melayu dengan baik. Kelebihan yang turut ada pada Donald ialah

beliau boleh bergaul dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira

bangsa dan agama.

3. Apakah jenis kemahiran perniagaan yang perlu mereka ketahui dalam

perniagaan yang bakal diceburi? Jelaskan.

Kemahiran yang perlu mereka ini kuasai bagi memastikan kelancaran

perniagaan mereka kemahiran mengaplikasikan teknologi dalam membuat

iklan atau maklumat tentang perniagaan mereka secara atas talian

termasuklah aplikasi di telefon pintar. Kemahiran ini sangat meluas dan

mudah serta popular masa kini. Trend pelanggan masa kini banyak membuat

urusan untuk membeli atau menjual tanah banyak secara atas talian. Ini

adalah kerana penyewa atau pembeli tanah dapat melihat gambar kawasan

tanah langsung dan amat mudah membuat penilaian. Maklumat seperti

nombor untuk dihubungi, lokasi tanah dan sebagainya dengan cepat dan

mudah.

Selain itu, kemahiran berunding, ini kerana kejayaan sesuatu

perniagaan amat bergantung kepada strategi yang digunakan.

Page 3: Kajian kes

AINAH BINTI MARINSAH CT11210677

TUGASAN 2

TUGASAN KAJIAN KES 10.1 : SKANDAL SANLU GROUP CO.

1. Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Sanlu Group?

Kesalahan yang dilakukan oleh Sanlu Group amat jelas dan menjejaskan

keselamatan pengguna ini kerana mereka tidak mematuhi kawalan kualiti

untuk memastikan keselamatan produknya. Ketidakpatuhan ini menyebabkan

tepung tenusu bayi keluarannya telah didapati tercemar dengan bahan kimia

melamin yang berbahaya.

Bahkan Sanlu Group juga tidak mengambil apa-apa tindakan kawalan

seperti menarik balik produk yang tercemar, walaupun telah menerima

laporan tentang kesakitan bayi akibat meminum susu tercemar ini dan

mengambil tindakan terhdapa orang tengahn. Sikap yang ditunjukkan oleh

Sanlu Group ini telah melanggar prinsip-prinsip etika perniagaan yang perlu

bersikap jujur, menepati janji dan bertanggungjawab dalam menjalankan

perniagaan.

2. Mengapakah pemilik syarikat ini dihukum oleh mahkamah sedangkan

melamin dimasukkan oleh orang tengah.

Ini kerana disebabkan kecuaian daripda syarikat kerana tidak mengambil

berat tentang keselamatan produk dan hanya untuk mengaut keuntungan

semata-mata.

Selain itu, Sanlu Group kawalan kualiti yang diterima daripada

pembekal adalah tanggungjawab Sanlu Group sebelum susu diproses untuk

menghasilkan produk tenusu. Kecuaian dalam mengawal kualiti untuk

memastikan keselamatan produk menyebabkan Sanlu Group

dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan oleh pihak berkuasa

3. Apakah kesan ketiadaan etika perniagaan pada sesebuah perniagaan

seperti Sanlu Group?

Perbuatan seperti ketiadaan etika perniagaan ini mampu menimbulkan

banyak kesan kepada semua pihak, sama ada dari pihak pengguna, pekerja

dan syarikat.

Jika dari pihak pengguna akan memberi kesan dari segi hilangnya

kepercayaan mereka terhadap produk yang mereka klurakan dan mampu

menjeaskan keselamatan pengguna.

Page 4: Kajian kes

AINAH BINTI MARINSAH CT11210677

Manakala, kesan kepada syarikat iaitu mampu menjejaskan prestasi

dan nama baik syarikat serta mendatangkan kerugian yang teruk kepada

syarikat.