kajian kes 1,3 - btul

23
Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes 2014 1.0 Pengenalan Dan Latar Belakang Kaedah “Kajian Kes” adalah cerita yang digunakan sebagai bahan pengajaran yang menggarapkan pengaplikasian teori atau konsep terhadap situasi sebenar yang berlaku. Pelbagai displin ilmu telah menggunakan “Kajian Kes” termasuk bidang kemanusiaan, sains sosial, sains, kejuruteraan, undang-undang, perniagaan dan perubatan. Muhamad Muda (2003: 3) mendefinisikan “Kajian Kes” sebagai “satu deskripsi tentang sesuatu situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran”. Ia adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan. Surjit Singh dan Osman Md. Zain (t.th: 1) pula memberi takrifan, “Kajian Kes” ialah satu “metode latihan yang menggunakan kes-kes sebagai bahan pengajaran”. Metode kajian ini digunakan secara meluas dalam bidang perundangan dan perubatan. The University of Chicago Department of Sociology, di Amerika Syarikat, telah mempelopori “Kajian Kes” diawal abad 1900 sehingga 1935. Malangnya, terdapat segelintir cendekiawan mempersoalkan aspek kebolehpercayaan (reliability) metod ini berdasarkan penggunaan satu sampel sahaja atau sampel bersaiz kecil dan ketidakmampuan dapatan kajian untuk digeneralisasikan kepada umum. 1

Upload: muhammad-adib-asniza

Post on 08-Apr-2016

151 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kajian kes

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

1.0 Pengenalan Dan Latar Belakang Kaedah

“Kajian Kes” adalah cerita yang digunakan sebagai bahan pengajaran yang

menggarapkan pengaplikasian teori atau konsep terhadap situasi sebenar yang berlaku.

Pelbagai displin ilmu telah menggunakan “Kajian Kes” termasuk bidang kemanusiaan, sains

sosial, sains, kejuruteraan, undang-undang, perniagaan dan perubatan.

Muhamad Muda (2003: 3) mendefinisikan “Kajian Kes” sebagai “satu deskripsi tentang

sesuatu situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran”. Ia

adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat

keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan. Surjit Singh dan Osman Md.

Zain (t.th: 1) pula memberi takrifan, “Kajian Kes” ialah satu “metode latihan yang menggunakan

kes-kes sebagai bahan pengajaran”.

Metode kajian ini digunakan secara meluas dalam bidang perundangan dan perubatan.

The University of Chicago Department of Sociology, di Amerika Syarikat, telah mempelopori

“Kajian Kes” diawal abad 1900 sehingga 1935. Malangnya, terdapat segelintir cendekiawan

mempersoalkan aspek kebolehpercayaan (reliability) metod ini berdasarkan penggunaan satu

sampel sahaja atau sampel bersaiz kecil dan ketidakmampuan dapatan kajian untuk

digeneralisasikan kepada umum.

Selepas 1935, penggunaan “Kajian Kes” semakin berkurangan kerana peralihan dunia

penyelidikan kepada kaedah kuantitatif. Walaubagaimanapun, kekangan yang terdapat pada

metod kuantitatif, menukar lensa dunia penyelidikan kepada bentuk “Kajian Kes” pada tahun

1965 (Tellis, 1997: 3). Sehingga hari ini, Harvard University adalah universiti tersohor dalam

menggunakan kajian kes sebagai wadah utama pembelajaran. Terkini, muridan Sains,

Pendidikan, ICT, Ekonomi, Perniagaan dan Pemasaran mempunyai banyak laman web yang

menawarkan sampel-sampel kajian kes untuk dimuat-turun secara percuma bagi tujuan

pedagogi dan endragogi.

1

Page 2: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

Terdapat lima kategori kes yang terdiri daripada kes berbentuk:

2.0 Kelebihan Dan Kaedah Perlaksanaan

Setiap bentuk kajian kes mempunyai kelebihan tersendiri. Kes boleh ditulis berdasarkan

kesesuaian bidang berkenaan dengan objektif pembelajaran.

“Kajian kes” tidak lari dari skop dan metodologi kajian-kajian lain. Ia berbentuk deskriptif dan

tertakluk kepada unsur-unsur kesahan dan kebolehpercayaan (validity and reliability)

sebagaimana kesemua metod kajian yang lain. “Kajian Kes” sebagai wadah pembelajaran

menghuraikan suatu teori dalam jangkamasa yang pendek, tetapi diolah dengan cara yang

menarik dan tersendiri untuk menepati suasana kuliah yang lazimnya mengambil masa tidak

lebih dari dua jam.

Para murid bertanggungjawab sepenuhnya dalam mencerakinkan kes yang diberi dan

mencari pendekatan terbaik untuk mendapatkan penyelesaian win-win-win. Proses

pembudayaan ilmu (Ad-Tadayyun) secara kajian kes akan memperkasakan pembentukan

2

- Masalah/Keputusan (Problem/Decision).

- Penilaian (Appraisal).

- Sejarah (Case Histories).

- Catatan Industri (Industry Notes).

- Kes Bersiri/Berkelompok (Series Cases).

Page 3: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

kognitif (pengetahuan), afektif (keperibadian) dan psikomotor (kemahiran) individu (Muhamad

Muda, 2003: 3).

Tujuan asas penggunaan metode kes sebagai strategi pengajaran ialah bertujuan untuk

“memindahkan tanggungjawab belajar daripada guru, kepada murid yang memainkan peranan

dan hasilnya ia dapat menukar penyerapan pasif ke arah pembangunan aktif”. Melalui

perbincangan kes secara teliti, murid dapat mengenal pasti punca masalah, mengenali pembuat

keputusan dan agendanya dan menjadi peka terhadap keadaan persekitaran yang

menyumbang kearah keputusan yang diambil dalam kes tersebut.

Murid juga didorong untuk membuat keputusan berdasarkan analisa mereka sendiri dan

mengaplikasi pengetahuan mereka tentang teori-teori masalah tersebut. Di samping itu juga,

murid mampu menyelesaikan masalah-masalah yang lebih rumit dengan cara mengenalpasti

dan menganalisa faktor-faktor penting, mampu mencambahkan idea, menyelaraskan idea

dengan fakta sebenar dan menggabungkan idea tersebut secara kreatif.

Perbincangan kes juga dapat membantu para murid untuk menghadapi masalah yang

timbul dalam situasi dan krisis dunia yang sebenar dengan fakta kes yang digarap berdasarkan

simulasi keadaan sebenar (contohnya situasi bilik kuliah, dewan, mahkamah atau hospital).

Dengan demikian, melalui pendedahan terhadap kajian kes, para murid berpeluang untuk

mengasah tahap profesionalisme mereka melalui cabaran, keperitan dan pengalaman sebenar

dan liputan dari dapatan kajian orang lain.

2.1 Kelebihan Pembelajaran Kajian Kes

Kelebihan metode kajian kes adalah para murid didedahkan kepada realiti hidup yang

benar-benar berlaku, yang mungkin tidak pernah dan tidak akan mereka alami di luar kuliah.

3

Page 4: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

Sebagai contoh, seseorang murid yang tertarik untuk mengkaji kesan kemiskinan kepada

pencapaian akademik murid sekolah menengah secara keseluruhannya, dapat mengakses dan

menganalisa maklumat daripada sekolah-sekolah yang berbeza di Perlis, Kedah, Sabah dan

Sarawak tanpa perlu meninggalkan bilik kuliah.

2.2 Kaedah Pembelajaran Kajian Kes

Metode kajian kes juga menggabungkan idea individu dan idea ahli-ahli kumpulan di

mana para murid saling bergantung dan belajar daripada satu sama lain. Idea-idea yang

dicerna akan dikupas bersama melalui perdebatan dan pertikaian ahli-ahli kumpulan dan

dilontarkan semula untuk dimurnikan bersama. Kesimpulannya, para murid mampu berdikari

dan mempunyai kemahiran untuk merumus soalan sekaligus meningkatkan pemahaman proses

pembelajaran mereka.

Kes yang baik mempunyai unsur pengajaran yang boleh dimuridi daripada masalah

yang timbul, adanya masalah atau keputusan yang perlu diselesaikan, terdapat pembuat

keputusan, fakta kes lengkap dan jelas dan diolah berdasarkan konvensyen penulisan kes serta

menarik perhatian murid untuk melibatkan diri dalam perbincangan kes itu (Muhamad Muda

2003: 7). Kes-kes yang baik juga mempunyai ciri-ciri berikut; cerita yang baik, terkini, ada

dialog, mewujudkan empati terhadap watak utama, relevan kepada pembaca, memenuhi fungsi

pengajaran dan bersifat umum

3.0 Kajian Kes (Case Study) Dalam Bidang Sejarah

Unit Pengurusan Sejarah (UPS) telah menyiapkan satu “Kajian Kes” yang bertajuk

“Membentuk minat belajaran Sejarah” (Irwan(a) 2003: 1-9) beserta Panduan Mengajar

(Teaching Guide) kes ini (Irwan(b) 2003: 1-6). Kajian kes ini boleh digunakan sebagai sampel

4

Page 5: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

atau bahan pengajaran di dalam bilik-bilik kuliah dan tutorial. Ia bukan sahaja sesuai digunakan

dalam bidang pengajian Sejarah, bahkan ia juga sesuai untuk bidang ekonomi, pengurusan,

perubatan dan yang berkaitan dengannya.

UPS telah membahagikan Kajian Kes “Membentuk minat belajaran Sejarah” ini kepada

lima bahagian iaitu mukaddimah, fakta, kronologi, kesan dan tindakan lanjut yang sewajarnya

diambil. Penulis telah menyediakan maklumat yang mencukupi sebagai asas kepada murid

untuk memahami perkara yang perlu dibincangkan. Untuk bahan pengajaran bagi tema satu,

penulis memfokuskan konsep pengenalan yang berpaksikan pemahaman mengenai sejarah

dalam kaedah yang paling sesuai untuk mengaplikasikan ia kedalam Pembelajaran dan

Pengajaran mata muridan Sejarah.

Para murid perlu membincangkan dan berkongsi mengenai apa yang mereka tahu

mengenai Sejarah serta memantapkan lagi bersama contoh peristiwa yang telah mereka lalui

Guru perlu bijak membimbing murid untuk terus melalui landasan yang ditetapkan berdasarkan

objektif P&P.

Sebagai contoh, murid berkongsi mengenai keistimewaan tempat tinggal mereka secara

sepintas lalu mersama setiap murid yang lain dan guru perlu bertanya mengapa ia menjadi

sangat istimewa. Setiap murid akan menilai dan memberi pendapat terhadap sejarah dan

keistimewaan tempat tersebut dan merungkai kesan dan implikasi transformasi di masa kini.

Contoh kedua ialah perbincangan dua hala. Setiap murid boleh menceritakan mengenai

keistimewaan tempat tinggal mereka serta berkongsi bersama murid lain dalam bentuk

penulisan. Guru akan membimbing murid tersebut untuk terus mengkaji sejarah tempat tinggal

tersebut dengan bantuan sumber rujukan serta mengumpulkannya dan mendedikasikannya

dalam bentuk buku. Disini terdapat dua bentuk pembelajaran yang boleh melahirkan konduksi

P&P yang sinikfisen didalam kelas. Yang pertama konstroktif dan inkiuri. setiap murid akan

5

Page 6: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

mengenali dan mendalami setiap rakan-rakannya dalam nukilan mereka di samping mengkaji

sejarah hidup mereka.

Pendekatan “one way traffic” yang diamalkan selama ini oleh kebanyakan pengajar

subjek Sejarah bersifat “spoon feeding”. Kebanyakan murid sukar memahami dan cepat lupa

apa yang dimuridinya dalam kelas. Metode begini juga tidak membangunkan pemikiran kritis

para murid. Berbanding metode “Kajian Kes” yang lebih bersifat kendiri murid dalam

menyelesaikan sesuatu isu. Ia dapat menarik minat para murid untuk turut serta dalam

perbincangan kes yang dibentangkan. Hasilnya murid dapat memahami muridan dengan lebih

efektif kerana mampu menggabungkan teori dan praktikal sebagai persediaan menghadapi

cabaran dunia sebenar. Ini kerana Kajian Kes amat berguna dalam menggalakkan

perbincangan mengenai cara terbaik dan strategi penyelesaian masalah-masalah).

Bentuk pengajaran “Kajian Kes” lebih sesuai jika jumlah murid adalah kecil dan kerusi-

meja di susun atur bulat supaya setiap murid dapat berhujah dengan bernas mengikut simulasi

keadaan kes tersebut. Murid diberi peluang untuk mengutarakan pandangan masing-masing

dan pensyarah hanya perlu bertindak sebagai fasilitator. Di akhir sesi, tiada resolusi yang

dianggap benar atau salah. Para murid dianggap telah memainkan peranan masing-masing

dengan jayanya sekiranya mereka dapat mengaplikasikan teori yang sepatutnya digunapakai

semasa perbincangan kes tersebut.

Kejayaan metod kajian kes ini bergantung kepada cara pembelajaran mahasiswa di

institusi pembelajaran terbabit. Menurut kajian Victoria Salin pada tahun 2001, mahasiswa

boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama, “Dependent learner”, “Collaborative learner”

dan “Independent learner”. Kumpulan pertama akan bertindak pasif dan menanti arahan,

kumpulan kedua akan melibatkan diri secara aktif didalam perbincangan dan kumpulan ketiga

akan cuba untuk mengubahsuai kandungan dan struktur kes semasa perbincangan. Fasilitator

perlu bijak mengenalpasti kategori murid dan menggunakan pendekatan yang bersesuaian.

6- Membincangkan sinopsis kes (mengenalpasti objektif dan isu utama kajian).

- Melakukan Kajian Lapangan.

- Soalan-soalan (soalan spesifik yang perlu dikenalpasti oleh penulis kajian kes).

- Cara menulis laporan akhir Kajian Kes (format kes, konvensyen penulisan kes).

Page 7: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

Yin (1994: 75) pula mencadangkan agar mahasiswa digalakkan memahami pendekatan

kaedah kajian kes itu sendiri dengan penekanan terhadap aspek-aspek berikut:

Para penulis “Kajian Kes” perlu melengkapi “Kajian Kes”nya dengan satu set Panduan

Mengajar (Teaching Guide) yang mengandungi sinopsis, objektif, kumpulan sasaran berserta

panduan terperinci pengendalian kes tersebut, termasuk strategi memimpin kes, soalan dan

penyelesaian. Panduan Mengajar ini hanya diberikan kepada pengajar atau fasilitator yang

menngendalikan kelas dan tidak diberikan kepada para murid. Ini untuk memudahkan pengajar

atau fasilitator yang menggunakan kes itu dalam pengajarannya.

Pengajaran yang menggunakan metode “Kajian Kes” dapat mengubah suasana bilik

kuliah daripada keadaan muram kepada keadaan yang ceria dengan adanya “brain storming” di

kalangan para murid. Di samping dapat melatih mereka berinteraksi, berkomunikasi, berdebat

dan melahirkan pendapat, mereka juga akan berasa bangga kerana diberi peluang bertindak

sebagai penyelesai masalah. Sewajarnya pengajar menghargai pendapat mereka dan tidak

menghentam mereka jika pendapat mereka salah, kerana tujuan “Kajian Kes” bukanlah untuk

mencari siapa benar dan siapa salah.

4.0 Kesimpulan

7

Page 8: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

Seperti yang dinyatakan oleh Kinsella dan Sherak (1998), gaya pembelajaran dan gaya

bekerja seseorang bukanlah semula jadi atau tidak boleh diubah, tetapi sebaliknya ianya

berakar umbi terhasil dari peranan dan norma bilik darjah konvensional yang bertahun tahun.

Mereka menyatakan kita hanya boleh menyediakan strategi dan menggalak mereka mencuba

dan memilih apa yang paling berkesan bagi mereka. Pada lahirnya, walaupun mereka semua

mendapati strategi auditori dan visual yang diperkenalkan dan diamalkan di dalam kelas

berkesan bagi mereka dan membantu dalam pembelajaran mereka, ini tidak bermakna mereka

akan menggunakannya kelak. Vann (1998) menyokong pemerhatian ini dengan mengatakan

kita perlu memberi pilihan dari segi strategi dan menghormati hak murid untuk melawan

perubahan. Katanya lagi kita boleh menggalak mereka tetapi jangan sekali memaksa mereka

menggunakan apa yang kita perkenalkan kepada mereka. Seperti yang ditegaskan oleh

Claxton dan Murrell (1987), ciri personaliti dan kekuatan untuk memproses maklumat dikatakan

sebagai komponen gaya pembelajaran seseorang yang paling stabil dan ianya juga adalah

yang paling sedikit berkemungkinan untuk merubah walaupun guru cuba mempengaruhi.

Kerana itulah dapatan kajian mengenai kajian kes ini mendapati murid akan menjadi lebih

terdorong dan berdikari untuk memdalami bidang ilmu dan menjadi anjakan bagi murid untuk

membuat perubahan dalam gaya pembelajaran mereka.

8

Page 9: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

BIBLIOGRAFI

Irwan Mohd Subri. 2001. Metode Ahl al-Ra’y dan Ahl al-Hadith Dalam Mengistinbatkan Hukum Dan Pengaruhnya Terhadap Imam-mam Empat Mazhab. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Irwan Mohd Subri et al (a). 2003. Pencegahan SARS. Kajian Kes. Universiti Sains Islam Malaysia.

Irwan Mohd Subri et al (b). 2003. Pencegahan SARS. Panduan Mengajar. Universiti Sains Islam Malaysia.

Muhamad Muda. 2003. Apa Itu Kajian Kes? Kertas Kerja. Dibentangkan di Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Kes Siri I. Universiti Sains Islam Malaysia. 5-6 Mac.

Muhammad Ismail Ibrahim. 1978. A’immah al-Madhahib al-Arbacah: Abu Hanifah, Malik, al-Shaficiyy, Ibnu Hanbal. t.tp: Dar al-Fikr al-cArabiyy.

Surjit Singh & Osman Md. Zain. t.th. The Case Method And Types Of Cases. Artikel.

Tellis, W. 1997. Introduction to case studies. The Qualitative Report [On-line serial], 3(2). Available: http://www.nova.edu/ssss/QR/QR3-2/tellis1.html

9

Page 10: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

Yin, R. 1994. Case study research: Design and methods. ed.2. Beverly Hills, CA: Sage Publishing.

Fast Guide to Case Studies. 2003. http://whatis.techtarget.com/definition/0,,sid9_gci 546256,00. html.

Case Studies. 2003. http://www.vanderbilt.edu/cft/resources/gleanings/casestudies/. Vanderbilt University.

Case Studies. 2003. http://writing.colostate.edu/references/research/casestudy/com2a3. cfm.

TUGASAN 3.

MENYEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

DAN PENGAJARAN MIKRO

10

Page 11: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

Mata Muridan dan Kelas Sejarah Tahun 4 MawarTarikh 12 Ogos 2014Masa 9.00 – 10.00 pagiJumlah Murid 30Tema/Tajuk 1. MARI BELAJAR SEJARAHStandard Kandungan 1.1 Kemahiran mengkaji sejarahStandard Pembelajaran 1.1.1 Menyatakan pengertian sejarah dan sumber sejarah

1.1.2 Mengenal sumber sejarah1.1.3 Mengenal pasti keguanaan sumber sejarah1.1.4 Menggunakan sumber sejarah dalam kajian

K.1.1.3 Menerapkan perasaan cintakan NegaraK.1.1.8 Menyatakan kehidupan masyarakat lalu dan kesinambungan dimasa kini.

Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid akan dapat1. Menjelaskan maksud sejarah2. Membina garis masa berdasarkan peristiwa-peristiwa

sejarah yang mereka alami3. Menggunakan sumber sejarah

11

Page 12: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

Eleman Merentasi Kurikulum (EMK)

TMK: menggunakan komputer untuk membuat buku folio. Moral: menghargai keistimewaan tempat tinggal

Elemen Kewarganegaraan Perkongsian SejarahPeka

Kemahiran Pemikiran Sejarah Mengkaji signifikan buktiMengkaji penambahan dan kesinambungan

Kemahiran Berfikir MenghubungkaitKemahiran belajar Merujuk Sumber, gambar, klip video dan akhbarBahan Bantu Mengajar Gambar kawasan perumahan, klip video sejarah tempat

tinggal.

LANGKAH / ISI MURIDAN AKTIVITI KPS/KBF/KB CATATAN

Induksi set (5 minit)

Konsep sejarah, peristiwa bersejarah dan kaitan dengan Mitos atau Lagenda

Soalan: Tahukah anda tentang sejarah tempat tinggal anda ?

1. Guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan potongan akhbar dan video melalui tanyangan slide

2. Guru memperkenalkan konsep sejarah dan menghubungkannya dengan sejarah tempat tinggal (dengan menyebut sahaja)

Contoh: Antanom

BBB

multimedia- Video dan keratan akhbar

Langkah 11. Guru memberi peluang

KPSMeneroka Contoh:

12

STRATEGI PEMBELAJAN DAN PENGAJARAN

Page 13: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

Mengkaji sejarah tempat tinggal mereka

Keistimewaan

kepada murid untuk berkongsi mengenai sejarah tempat tinggal mereka. Berdasarkan perkongsian pengalaman murid, guru bersoal jawab dan meminta pandangan murid mengenai peristiwa tersebut dan menghubungkaitkan dengan konsep sejarah

2.Penerangan guru perlu diselang seli dengan soalan 5W 1H untuk merangsang daya berfikir murid.

3.Guru juga menerangkan aktiviti yang akan murid jalankan untuk proses selanjutnya

bukti

KB Merujuk sumber untuk mengambil maklumat

KBFMenghubung kait

Asal usul nama sungai petani

Kaitkan peristiwa dengan tempat

Aktiviti 2 (25 minit)

Meneroka sumber

1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan didalam setiap kumpulan terdapat 4 orang

2. Guru memberi arah kepada murid untuk membincangkan keistimewaan kawasan tempat tinggal mereka dari sudut sejarah

3. Guru mengarahkan murid untuk melihat tayangan video mengenai sejarah tempat tinggal (batu belah batu bertangkup)

4. Guru mengedarkan kad aktiviti 1A dan mengarahkan

KPS Membuat interprestasi

Membuat penjelasan

KB Menghubung kaitKerja sama

BBB

Tayangan video Peristiwa sejarah

Kotak undi

Kad aktiviti 1A

13

Page 14: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

murid untuk mencatat isi penting berdasarkan peta minda yang diundi

*setiap murid perlu melengkapkan kempat-empat peta pemikiran berdasarkan keistimewaan tempat tinggal mereka dan melekatkannya ke dalam buku nota

Aktiviti 3 (15 minit) Konsep kronologi

Membina garis masa pembentukan kawasan tempat tinggal mereka.

Setiap murid akan membandingkan perubahan infrastruktur dan persekitaran kawasan tempat tinggal mereka semenjak ia dibina sehingga sekarang.

1. Guru mengedarkan 5 kad tahun kepada setiap kumpulan

2. Guru menerangkan mengenai konsep garis masa dan memberi contoh di papan hitam

3. Guru menggunakan ICT (internet) untuk mengkaji struktur perubahan kawasan tempat tinggal murid

4. Setiap murid dikehendaki menyusun kad tahun berdasarkan garis masa yang diberi dan melukis perubahan infrastruktur dan persekitaran kawasan tempat tinggal mereka dalam bentuk peta.

KPS Memahami kronologi

Membuat penjelasan

NilaiPeka

Penutup (5 minit)

Membuat rumusan mengenai aktiviti

Menerapkan elemen kewarganegaraan dan

1. Guru membimbing murud untuk merumuskan mengenai apa yang dipelajari pada hari ini

2.Aktiviti Pengukuhan- Guru menggunakan kad aktiviti untuk dilekatkan ke

14

Page 15: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

cinta kepada negara dalam buku folio individu. Buku tersebut dijadikan laporan untuk kajian kes.

KAD AKTIVITI 1A

15

PETA MINDA TULANG IKAN

PETA MINDA BUIH

PETA MINDA SEBAB DAN AKIBATPETA MINDA KESAN

Page 16: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

16

Peta Peta

Peta Peta

Page 17: Kajian Kes 1,3 - btul

Kaedah Pengajaran Sejarah Pembelajaran Kajian Kes

2014

KAD AKTIVITI 2A

17