kajian kaum bajau

14
KKBI Contoh Tugasan Projek IPGDocument Transcript INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA TUGASAN PROJEKTAJUK PROGRAM: NAMA GURU PELATIH:TAJUK KURSUS: SEMESTER:TARIKH MULA: TARIKH HANTAR:Hasil Pembelajaran Kursus (ikut proforma)1 Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia2 Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan3 Menganalisis kepelbagaian sosio-budaya dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran4 Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya5 Mahir berkomunikasi untuk mendepani kepelbagaian kelompok6 Menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah7 Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaKerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran contoh 1,2,3,5 dan 7 (perludicatat berdasarkan kesesuaian hasil pembelajaran)Objektif Kerja Kursus: (selaras dengan hasil pembelajaran akhir tugasan)Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:1 Mengenal pasti satu dari etnik/kaum di Malaysia2 Menjelaskan aspek sejarah, adat resam, pantang larang, kepercayaan dan kebudayaan etnik/kaum tersebut bermula dari kelahiran hingga kematian3 Menghasilkan sebuah buku skrap mengikut etnik/kaum yang dipilih4 Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasanTugasan Projek (50%)Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilangkaum dan etnik dari pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya tersebut

Upload: kelvin-oh

Post on 18-Feb-2015

217 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Hubungan etnik dalam Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kaum Bajau

KKBI Contoh Tugasan Projek IPGDocument Transcript

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

TUGASAN PROJEKTAJUK PROGRAM: NAMA GURU PELATIH:TAJUK

KURSUS: SEMESTER:TARIKH MULA: TARIKH HANTAR:Hasil

Pembelajaran Kursus (ikut proforma)1 Menjelaskan konsep budaya dan

kepelbagaian kelompok di Malaysia2 Menghuraikan konsep ketaksamaan

peluang pendidikan3 Menganalisis kepelbagaian sosio-budaya dan

implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran4 Membina

persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya5 Mahir

berkomunikasi untuk mendepani kepelbagaian kelompok6 Menangani isu-

isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah7 Mewujudkan

persekitaran bilik darjah yang mesra budayaKerja kursus ini bagi menilai

hasil pembelajaran contoh 1,2,3,5 dan 7 (perludicatat berdasarkan

kesesuaian hasil pembelajaran)Objektif Kerja Kursus: (selaras dengan

hasil pembelajaran akhir tugasan)Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas

berikut:1 Mengenal pasti satu dari etnik/kaum di Malaysia2 Menjelaskan

aspek sejarah, adat resam, pantang larang, kepercayaan dan kebudayaan

etnik/kaum tersebut bermula dari kelahiran hingga kematian3

Menghasilkan sebuah buku skrap mengikut etnik/kaum yang dipilih4

Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasanTugasan

Projek (50%)Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai

penduduk berbilangkaum dan etnik dari pelbagai budaya. Kepelbagaian

budaya tersebut telahmempamerkan keunikan negara kita. ....Berdasarkan

penyataan di atas pilih satu etnik/kaum .......Gambarkan keseluruhan

tugasan anda dengan membina sebuah buku skrapyang ....

Sub TugasanSecara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung

dengan tugasan diatas. Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman

anda terhadap penulisanrefleksi.Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1.

Page 2: Kajian Kaum Bajau

Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Anda boleh bergerak secara

kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. 3. Format penulisan

tugasan adalah seperti berikut: 3.1 Muka depan hendaklah mengikut

templet terkini. 3.2 Fon Arial. 3.3 Saiz huruf 12 3.4 Langkau 1.5 baris 3.5

Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) 3.6

Lampiran adalah wajib 3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris

sahaja (ikut proforma) 4. Panjang tugasan antara 2,500 hingga 3,000

patah perkataan atau tidak lebih 15 muka surat. 5. Rujukan tidak termasuk

dalam jumlah pengiraan perkataan. 6. Amalan plagiat adalah tidak

dibenarkan. 7. Tugasan ini perlu di siapkan dalam tempoh dua hingga tiga

minggu (dari tarikh makluman). 8. Tugasan ini membawa markah 100%

dengan wajaran 50%.Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-

Kriteria Berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan

terperinci. 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut: (mengikut

kehendak soalan tugasan) a. Pengenalan yang menarik dan dapat

mengupas .... b. Perkembangan ... c. Implikasi .... d. Rumusan/cadangan

dan menjawab persoalan tugasan. 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang

dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah di kemukakan. 4.

Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan

sokongan ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan

koheren. 6. Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan

bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan

kematangan hujah.

7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi

kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3

internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain).Disediakan oleh: Disahkan

oleh:(NAMA HURUF BESAR) (NAMA HURUF BESAR)Penyelaras Kursus

Ketua Jabatan Ilmu PendidikanJabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu

PendidikanIPGKBA IPGKBATarikh: Tarikh:Sumber: Buku Panduan

Pelaksanaan Kerja Kursus Institut Pendidikan Guru, KP (IPG)8282/600/1

(08) Jld 9. Lampiran 2. Tarikh Berkuat kuasa: Jun 2012 Dibina semula oleh

Pengendali@2006 bertarikh 2012-07-14

Page 3: Kajian Kaum Bajau
Page 4: Kajian Kaum Bajau

REFLEKTIF

Sejak sahaja saya mendapat tugasan ini, saya telah menjangka akan banyak perkara atau

pengalaman yang akan saya harungi semasa menyiapkan tugasan ini sehingga selesai kelak.

Hal ini kerana dalam tugasan ini, banyak hal yang memerlukan saya membuat kajian atau pun

pencarian maklumat daripada pelbagai sumber dan memerlukan saya mengolah dan

membandingkan banyak maklumat yang untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk tugasan

WAJ 3106 Hubungan Etnik ini.

Pengalaman

Saya telah menjalani banyak kaedah dan strategi untuk memperoleh maklumat

berkaitan dengan Suku Kaum Bajau, antaranya ialah melaksanakan temu bual dengan orang

sumber yang berbangsa Bajau di kawasan perkampungan dan juga kawasan pekan Tuaran

kerana di kawasan-kawasan ini terdapat ramai yang berbangsa Bajau. Melalui temu bual ini,

saya rasakan banyak pengalaman baru yang saya alami. Saya teruja untuk menemu bual ramai

orang, antaranya ialah nenek-nenek yang berada di pekan Tuaran yang berbangsa Bajau ini.

Mereka tidak keberatan untuk menceritakan pelbagai cerita mengenai adat-adat Bajau dan

makanan yang menjadi kegemaran suku kaum ini. Saya juga sempat merasa makanan-

makanan yang mereka jualkan secara percuma kerana mereka telah menganggap saya dan

rakan-rakan yang lain sebagai anak mereka sendiri. Apabila saya mengambil gambar dengan

mereka juga, mereka amat gembira dan membuat saya terasa terharu dengan keperihatianan

mereka. Di pekan ini juga, saya banyak bertemu dan berbual dengan peniaga-peniaga yang

menjual barang atau makanan. Saya akan singgah ke gerai-gerai yang menarik perhatian saya

dan mempunyai ciri-ciri kebajauan yang menarik perhatian saya seperti gerai menjual kuih

penjaram, menjual kima, nenek yang menjual tudung saji yang berasal dari kampung

Mengkabong dan kakak yang berasal dari Kota Belud yang berbangsa Bajau menjual kain

selisir untuk majlis keramaian.

Selain itu, menjadi pengalaman pertama saya juga dengan pergi ke kg. Kindu Tuaran

dan melawat ke rumah seorang warga kampung yang sudi bercerita tentang pakaian suku

kaum Bajau sama ada untuk majlis perkahwinan, majlis keramaian atau pun untuk pakaian

tarian tradisional Bajau iaitu tarian Runsai dan Limbai. Daripada temu bual ini saya dapat lihat

sendiri pakaian-pakaian Bajau dan mendengar sendiri secara langsung cerita mengenai adat

resam dan budaya Bajau walaupun selama ini saya hanya mengetahui hanya sedikit mengenai

Page 5: Kajian Kaum Bajau

bangsa saya sendiri. Oleh itu, saya semakin tertarik untuk mendengar dan mendalami serta

mengamalkan budaya dan adat resam suku kaum Bajau ini selagi ia tidak bercanggah dengan

agama.

Selain itu, menjadi pengalaman saya juga apabila mengumpul maklumat ilmiah

berpandukan buku rujukan. Kini barulah saya sedar betapa terhadnya buku rujukan yang

berkaitan dengan etnik Bajau ini. Hal ini pastinya akan membuat anak bangsa lupa dan tidak

mengetahui tentang asal keturunan kaum mereka atau kaum lain. Oleh sebab itu, saya banyak

kali membuat kolaborasi dengan kakitangan perpustakaan tidak kira di perpustakaan institut

atau pekan Tuaran. Oleh itu, saya perlu merujuk dan bertanya kepada mereka yang mahir

dalam penempatan dan pemerolehan buku rujukan ini. Walaupun terhad tapi saya akan

manfaatkan dengan sebaiknya.

Masalah dan bagaimana mengatasi semasa membuat tugasan.

Antara masalah semasa membuat tugasan ini adalah dari segi pemerolehan bahan rujukan

yang terhad. Seperti yang dikehendaki dalam tugasan ini, sumber bahan haruslah yang

pelbagai termasuklah daripada jurnal, buku rujukan dan sumber orang. Namun malangnya,

menjadi masalah pula apabila bahan yang diperlukan mengenai suku kaum ini amat-amat

terhad sumbernya. Sebagai contoh, buku rujukan mengenai kaum Bajau. Saya mencari berhari-

hari buku rujukan tersebut dengan mencari bahan bacaan itu di dua pusat sumber institut dan

juga perpustakaan daerah Tuaran. Tetapi apa yang diharapkan berkecai apabila segala bahan

sukar diperoleh walaupun saya sudah berjam-jam mencari bahan walau hanya ada berkaitan

sedikit pun dengan kajian yang saya lakukan. Bagi bahan internet pula, kebanyakan hasil

dapatan carian adalah sama, maklumat yang amat ringkas, web yang menyediakan maklumat

juga adalah amat kurang berkaitan suku kaum Bajau ini, huraian yang sukar untuk difahami

dengan jelas dan kesahihan yang kurang mantap apabila maklumat yang dipamerkan tidak

menyatakan sumber yang jelas bagi maklumat yang diperoleh. Oleh sebab itu, saya hanya

menggunakan bahan internet ini sebagai sumber kedua atau ketiga selepas buku rujukan

ataupun jurnal yang mempunyai penulis sendiri yang membuat kajian berkenaan tajuk yang

disampaikan itu.

Masalah orang sumber pula adalah memerlukan masa kerana untuk bertemu dengan

orang yang benar-benar mahir dengan adat dan budaya Bajau ini memerlukan proses seperti

Page 6: Kajian Kaum Bajau

membuat pemberitahuan awal untuk ke rumahnya kerana orang sumber utama saya ialah di

kawasan perkampungan Kg. Kindu Tuaran yang mana orangnya yang mahir membuat tentang

pakaian Bajau dan masyarakat kampung yang mengamalkan adat, pantang larang serta

budaya dari segi tarian, makanan dan kegiatan ekonomi yang lain. Oleh itu, saya harus

menghormati individu yang menjadi orang sumber saya agar mereka boleh membuat persiapan

sebelum bertemu bual dengan saya. Oleh itu, menjadi masalah kepada saya kerana saya

bukan selalu berada di kampung kerana mempunyai tanggungjawab lain selain membuat kajian

ini. Selain itu, menjadi masalah kepada saya juga apabila saya terpaksa untuk turun ke pekan

Tuaran untuk membuat pemerhatian dan tinjauan mengenai budaya yang menjadi amalan suku

kaum Bajau khususnya. Pekan Tuaran menjadi tempat utama kerana faktor pendudukan

majoriti peniaga atau pembeli di pekan ini adalah berbangsa Bajau. Maka dengan itu, saya

harus membuat pemerhatian yang mendalam kerana banyak ragam yang saya perhatikan. Ada

juga permasalahan yang timbul apabila saya bertemu dengan peniaga makanan Bajau yang

kurang memberikan kerjasama kerana setiap kali soalan diajukan jawapan yang saya peroleh

hanyalah tidak tahu daripada beliau. Ada juga individu yang apabila ditanya mengenai adat

yang diamalkan oleh beliau sebagai kaum Bajau hanya tersenyum tanpa ada jawapan.

Kekangan masa ini bukan sahaja dari masalah carian orang sumber, tetapi juga kerana

tanggungjawab lain yang harus dilaksanakan dan diselesaikan. Hal ini menjadi kekangan bagi

saya apabila masa untuk menyiapkan kajian ini hanyalah beberapa minggu sahaja, tetapi

malangnya, dalam keperluan tugasan ini saya juga mempunyai tanggungjawab lain pada

minggu yang sama, contohnya mengendalikan minggu-minggu debat Piala Pengarah yang

mana juga memerlukan komitmen saya sebagai ahli jawatankuasa pengelola. Tanggungjawab

ini bukanlah sekejap kerana sejak membuat persiapan untuk pertandingan ini telah mengambil

masa salama tiga minggu selain setiap malam saya dan rakan-rakan harus turun padang dalam

mengendalikan majlis ini dari peringkat saringan hinggalah membuat persiapan peringkat akhir

pertandingan debat ini. Memang tidak dinafikan setiap aktiviti akan mendatangkan tekanan,

apabila memikirkan banyak lagi tugasan yang lain harus disiapkan. Oleh sebab itu, dalam

mengolah hasil laporan kajian Hubungan Etnik ini, saya akan laksanakan pada wakti malam

yang memerlukan saya berjaga pada waktu ini walaupun mengantuk sudah menjadi peneman

setia saya. Hal ini harus saya lalui memandangkan pada waktu siang saya harus ke kelas,

menyiapkan tugasan pembentangan pada setiap masa dan mencari sumber bahan bukan

sahaja bagi tugasan ini tetapi juga tugasan lain seperti EDU 3104 Pengurusan Tingkah Laku

pelajar, BMM 3106 KKBI Pengayaan dan Pemulihan, membuat blog dan sebagainya. Oleh

sebab itu, kekangan masa memang menjadi masalah kepada saya dalam membuat tugasan ini.

Page 7: Kajian Kaum Bajau

Bukan itu sahaja, masalah lain yang timbul semasa membuat tugasan ini adalah

masalah teknikal iaitu, komputer riba yang lambat memproses. Memandangkan tempoh

penghantaran tugasan ini adalah singkat di samping memerluka banyak kajian lain, saya juga

menghadapi masalah komputer riba yang harus diperbaiki. Oleh sebab itu, mamandangkan

masa yang singkat, tetapi saya terpaksa juga untuk menghantar komputer riba ini untuk proses

format semula agar cepat saya melaksanakan tugasan ini, memandangkan selalunya apabila

saya menggunakan komputer riba ini terlalu lama, ia tidak akan berfungsi dan juga apabila

mencari bahan daripada internet, saya seperti sempat lagi tertidur menunggu respon daripada

komputer ini untuk meneruskan pemprosesan. Tempoh format pula memerlukan masa dua hari.

Dalam tempoh ini, ketiadaan komputer riba umpama hari-hari saya yang serba kerisauan

kerana tugasan yang makin bertambah dan tempoh yang semakin singkat membuat hati saya

tidak tenang dan memerlukan komputer riba saya ini secepatnya.

Namun bak kata orang tua-tua, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya

bergantung kepada individu tersebut dalam mengatasi sesuatu permasalahan yang timbul itu.

Maka itu, saya menjadikan semua masalah itu sebagai suatu yang positif dan menganggapnya

suatu pengalaman, pengajaran dan ilmu yang baru bagi saya. Antara langkah yang akan saya

lakukan apabila menghadapi masalah ialah dengan mengenal masalah-masalah yang timbul itu

dengan menyenaraikannya di atas kertas. Saya akan membuat sasaran yang mana harus

diselesaikan terlebih dahulu dan saya akan menentukan langkah penyelesaian yang berkaitan.

Oleh itu, dalam penyelesaian masalah dalam kajian ini, saya telah membuat jadual pelaksana

walaupun kadang terganggu oleh masalah lain yang dihadapi tanpa dijemput.

Bagi masalah sumber bahan yang tidak mencukupi pula, saya terpaksa mengolah

segala hasil dapatan dengan membandingkan ketiga-tiga sumber maklumat, iaitu daripada

buku rujukan berbahasa Melayu dan English, jurnal ataupun majalah serta cerita daripada

orang sumber semasa proses temu bual dilaksanakan. Memandangkan juga jumlah perkataan

dalam tugasan ini adalah terhad, maka saya hanya mengambil isi penting dan maklumat yang

berkaitan dengan kehendak tugasan sahaja yang saya masukkan. Oleh itu, setiap ada bahan

maklumat yang terkini saya akan update segala isi yang telah saya olah agar mendapat

kupasan yang lebih kritikal dan mantap. Faktor masa memang menjadi pemburu hebat semasa

saya membuat tindakan ini, namun walau lambat bagaimana pun, jika sesuatu itu akan

mendatangkan manfaat pasti ianya berbaloi. Maka itu, masa pelaksanaan akan akan tolak tepi

hanya fokuskan kepada masa penghantaran yang pastinya sayalah orang pertama menghantar

selepas sahaja tugasan selesai.

Page 8: Kajian Kaum Bajau

Penyelesaian yang lain ialah dengan banyak kali bertanya kepada pensyarah dan juga

rakan-rakan serta orang ramai berkaitan kajian. Saya akan bertanya pendapat, nasihat dan

informasi dalam memastikan tugasan yang saya lakukan itu betul dan berjalan mengikut

kehendak tugasan. Saya juga akan meminjam sumber bahan mereka daripada buku rujukan

agar dapat menambah dan memperkukuhkan lagi maklumat untuk hasil kajian saya ini.

Kefahaman tentang kepelbagaian etnik

Memang tidak dapat disangkal lagi, hasil yang didapati daripada kajian ini adalah kefahaman

yang mendalam berkaitan sesuatu etnik atau suku kaum di Malaysia ini. Namun walaupun saya

hanya berfokus kepada suku kaum Bajau, namun hasil daripada pembacaan, carian maklumat,

dan perbincangan dengan rakan membuat saya memahami banyak lagi suku kaum yang lain

seperti Dusun, Kadayan, Sungai dan sebagainya.

Daripada pengalaman tugasan ini juga, sejak sejarah, adat, budaya, pantang larang,

kepercayaan, pakaian, tarian, makanan, pertempatan, ekonomi, bahasa dan banyak lagi

mengenai kaum Bajau ini membuat saya lebih memahami dan berbangga mengenai suku kaum

saya ini. Sebelum saya membuat kajian ini, memang sejujurnya saya saya hanyalah kaum

Bajau yang wujud hanya pada nama. Segala asal usul dan sebab musabab sesuatu adat atau

budaya itu, bagi saya sebelum ini amat cetek pengetahuan saya mengenainya. Namun apabila

sahaja saya melaksanakan tugasan ini, membuat banyak kajian, pemerhatian dan soal selidik,

saya kini berasa bangga kerana tergolong dalam suku kaum Bajau ini. Saya rasakan terdapat

keunikan suku kaum ini berbanding dengan suku kaum yang lain.

Seterusnya apabila difikirkan secara meluas dan mengambil kira kepelbagaian etnik di

tanah air kita ini, saya merasakan Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai

masyarakat berbilang kaum sejak sekian lama. Daripada pembacaan saya mengenai sejarah,

yang terpampang bukan sahaja suku kaum Bajau tetapi turut diselitkan dengan asal usut

penduduk Malaysia yang mula mendiami negara ini. Hal ini bermakna kemajmukan budaya dan

masyarakat, nilai dan system dan kepercayaan bukanlah sesuatu yang baharu bagi masyarakat

Melayu di rantau Nusantara ini.

Seperti yang disebutkan, dalam memahami kepelbagaian hubungan etnik dalam Negara

kita ini, saya rasakan mengetepikan faktor sejarah. Sejarah perlu untuk untuk dijadikan

landasan dalam menentukan kedudukan dan hala tuju pembinaan bangsa dan negara

Page 9: Kajian Kaum Bajau

Malaysia. Hal ini kerana sejarahlah yang berperanan mencorakkan bentuk, jenis dan suasana

hubungan etnik dalam negara ini. Masa lalu ialah landasan bagi masa kini.

Pada pendapat saya juga, aspek kepelbagaian dari segi agama, sosial dan budaya

menjadi latar kepada hubungan antara kaum di Malaysia. Sering juga dikatakan bahawa

kelainan atau kepelbagaian peganggan agama, kepercayaan dan adat resam, budaya dan

amalan hidup untuk menjadi halangan atau perhubungan dan persefahaman antara kaum dan

etnik yang harmoni. Hal ini kerana, kelainan ini sering menimbulkan persepsi yang tidak begitu

baik antara kaum dan etnik berlainan tersebut. Namun, daripada pemerhatian saya, semua itu

tidak menjadi pemasalahan kerana, saya sendiri dapat melihat kepelbagaian dan pencampuran

dan hubungan yang terjalin antara suku kaum Bajau sendiri dengan kaum lain. Contohnya,

semasa saya memerhatikan budaya dan kegiatan ekonomi Bajau di pekan Tuaran, saya dapati

banyak juga interaksi suku kaum Bajau ini dengan suku kaum lain seperti Kadazandusun,

Bugis, Dusun Lotud dan kaum Cina, namun mereka saling menerima dan menganggap semua

sebagai sahabat. Oleh sebab itu, perbazaan itu bukan menjadi faktor yang boleh menjarakkan

hubungan entik ini dengan suku kaum mereka sendiri.

Faktor bahasa juga tidak kurang dilihat sebagai satu faktor yang mustahak dibahasakan

dalam wacana mengenai hubungan antara kaum di Malaysia. Seperti yang sedia maklum,

bahasa adalah suatu identiti sesuatu kaum. Setiap kaum mempunyai bahasa pertuturan mereka

sendiri, dan hanya mereka sahaja yang mungkin benar-benar tahu dan memahami ertinya

sebenarnya. Namun perbezaan ini sebenarnya tidak menggangu akan kepelbagaian kaum dan

kemajmukan masyarakat di nagara kita ini. Saya dapat kaitankan faktir bahasa ini antara suku

kaum Bajau apabila berinteraksi dengan suku kaum lain, walaupun mereka mempunyai bahasa

mereka sendiri, namun ketika berbual dengan rakan yang berbangsa bukan sahaja Bajau,

mereka akan bertutur menggunakan bahasa Melayu walaupun bahasa baku bahasa Melayu itu

agak lari sedikit. Namun apa yang dapat saya perhatikan di sini, perbezaan bahasa itu pastinya

membuat sesbuah negara itu semakin bervariasi dan penghormatan antara bahasa sesuatu

kaum itu juga terwujud. Malah apa yang saya perhatikan juga, atau dialami oleh orang

sekeliling, kebanyakan suku kaum selain Bajau yang menetap di Kawasan Tuaran ini, sepeti

Dusun dan Bugis, mahir dan fasih dalam bertutur bahasa Bajau. Mereka boleh berinteraksi

dengan baik dan mampu melahirkan komunikasi yang baik menggunakan bahasa kauman

walaupun bukan bahasa sendiri.

Page 10: Kajian Kaum Bajau

Sebagai rumusannya, pengalaman dalam melaksanakan tugasan WAJ 3106 Hubungan

Etnik ini amat memneri impak besar kepada saya sebagai seorang rakyat Malaysia, kerana

bukan sahaja bermanfaat kepada saya dala bidang pendidikan ini malah turut memberikan

kesedaran kepada saya betapa pentingnya memahami dan menghayati kepelbagaian kaum di

nagara kita ini. Melalui kefahaman dalam kajian ini juga membuat saya lebih menghargai

perpaduan dan mengekalkan tradisi suku kaum yang saya miliki kini. Sesungguhnya, saya

berasa pengalaman sepanjang membuat kajian ini amat bermakna dan sesuatu ilmu yang

mampu membuka mata saya seluas-luasnya mengenai kepelbagaian etnik di Malaysia.

Yang benar,

______________________

(SITI NIRWANAH DARASIN)

Page 11: Kajian Kaum Bajau