lampiran 1: adat kelahiran bajau kota belud …studentsrepo.um.edu.my/7500/5/lampiran.pdf ·...
TRANSCRIPT
LAMPIRAN 1: ADAT KELAHIRAN BAJAU KOTA BELUD DAN
SEMPORNA
Sumber: Kajian Lapangan, 2014-2016
Gambar 1: Majlis gunting umur (cukur jambul) dalam adat kelahiran di Kg. Taun
Gusi Kota Belud Sabah.
Gambar 2: Imam menggunting rambut bayi sedikit demi sedikit di samping
mendoakan keberkatan kepada bayi tersebut. Kajian lapangan di Kg.
Taun Gusi Kota Belud Sabah.
Gambar 3: Majlis bergunting secara berjemaah di Kg. Gusung Melanta Pulau Bum-
Bum Semporna. Hamper berbentuk rumah tersebut mewakili anak bayi
perempuan dan akan disedekahkan kepada hadirin yang datang.
Gambar 4: Majlis bergunting secara berjemaah di Kg. Gusung Melanta Pulau Bum-
Bum Semporna. Hamper berbentuk kapal tersebut mewakili anak bayi
lelaki dan akan disedekahkan kepada hadirin yang datang.
1 2
3 4
LAMPIRAN 2: ADAT PERKAHWINAN BAJAU KOTA BELUD
DAN BAJAU SEMPORNA
Sumber: Kajian Lapangan 2014-2016
Gambar 1: Pengantin lelaki meletakkan tangan di atas ubun atau kepala isteri di Kg.
Suang Punggor Kota Belud.
Gambar 2: Pengantin lelaki diusung ketika upacara menghantar pengantin lelaki ke
rumah pengantin perempuan sebelum bernikah. Pengantin lelaki dilarang
memijak tanah. Kajian lapangan di Kg. Suang Punggor Kota Belud.
Gambar 3: Pengantin Bajau Semporna memakai baju tradisional Bajau Semporna
ketika perayaan Regatta Lepa-lepa di daerah Semporna.
Gambar 4: Majlis tarian magigal di majlis perkahwinan Bajau di Kg. Bugaya
Semporna Sabah.
1 2
3 4
LAMPIRAN 3: ADAT BERKAITAN KEPERCAYAAN TRADISI BAJAU
KOTA BELUD (AMALAN NELUS DAN NGALAI)
Sumber: Kajian Lapangan, 2016
Gambar 1: Bomoh (tabit) melaksanakan upacara nelus untuk menilik dan mengenal
pasti kewujudan sesuatu penyakit misteri dengan menggunakan sebiji
telur (demonstrasi).
Gambar 2: Barang-barang untuk melaksanakan upacara nelus. Barang-barang ini
tidak sepenuhnya lengkap kerana barang tersebut sepatutnya disediakan
oleh pesakit yang ingin mendapatkan rawatan (demonstrasi).
Gambar 3: Tabit menjalankan upacara ngalai untuk membuang penyakit yang
dialami oleh pesakit. Upacara ini diselangi dengan bacaan selawat dan
bacaan mantera (demonstrasi).
Gambar 4: Gambar pengkaji dan tabit tersebut. Tabit tersebut wajib memakai baju
khas untuk merawat pesakit
1 2
3 4
LAMPIRAN 4: ADAT BERKAITAN KEPERCAYAAN TRADISI BAJAU
SEMPORNA (AMALAN MAGOMBBO’)
Sumber: Kajian lapangan Dr. Hanafi Hussin pada tahun 2005 di daerah Semporna.
Sumber boleh dilihat dalam bukunya “Magpaii-Bahau: Reunion Between
Living and Dead among Bajau Community of Semporna” dalam
Southeast Asian Religion, Culture and Art of the Sea.
Pengkaji juga dapat melaksanakan observasi magombbo di Kg. Gallam-
Gallam, Pulau Bum-Bum dan di Pulau Selakan, tetapi tidak dibenarkan
menangkap gambar oleh kelamat tersebut.
Gambar 1: Persediaan orang Bajau Kubang untuk melaksanakan upacara
mag-pai bahau
Gambar 2: Proses penyembuhan akibat terkena penyakit tulah kebusungan
(sumpahan roh nenek moyang) yang dilakukan oleh kelamat
kepada pesakit.
Gambar 3 dan 4: Upacara Barzanji selepas upacara magombbo’ (kiri) yang
dilakukan oleh komuniti Bajau di Sitangkai Filipina. Upacara ini
sama dengan upacara yang dilakukan oleh komuniti Bajau di
Semporna. Manakala gambar (kanan) merupakan tarian Igal di
Sitangkai yang bertujuan menyajikan tarian kepada roh nenek
moyang.
1 2
3 4
LAMPIRAN 5: Batu Nisan Masyarakat Bajau dari Suku Kaum Omadal
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
Gambar 1: Contoh Batu Nisan dari suku kaum selain Bajau Omadal di daerah
Semporna. Kajian lapagan di Kg. Rahman Semporna.
Gambar 2: Contoh batu nisan kaum lelaki masyarakat Bajau Omadal. Kajian
lapangan di Pulau Omadal
Gambar 3: Masyarakat Bajau daripada kepulauan Indonesia menziarahi perkuburan
nenek moyang di Pulau Selakan Semporna. Kajian lapangan di Pulau
Selakan.
Gambar 4: Contoh batu nisan kaum wanita masyarakat Bajau Omadal. Kajian
lapangan di Pulau Omadal
1 2
3 4
LAMPIRAN 6: ADAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL DI DAERAH
SEMPORNA SABAH
Sumber: Kajian Lapangan, 2013
Gambar 1: Amalan Barzanji dibaca sewaktu majlis Maulidur Rasul. Kajian lapangan
di Kg. Tagasan Semporna Sabah.
Gambar 2: Replika berbentuk burung disediakan ketika majlis Maulidur Rasul.
Burung ini dinamakan burung linggisan dan dipercayai burung tersebut
merupakan medium komunikasi pada zaman para Nabi dan Rasul untuk
menyebarkan agama Islam.
Gambar 3: Sambutan Maulidur Rasul diadakan secara meriah di Kg. Tagasan
Semporna. Duit dihiasi dalam bentuk pokok untuk disedekahkan kepada
hadirin yang datang ke masjid.
Gambar 4: Hamper juga turut disediakan untuk para tetamu yang hadir dalam majlis
Maulidur Rasul.
1 2
3 4
LAMPIRAN 7: ADAT KENDURI ARWAH, ADAT MAGLUGU’ DAN
BANGKAI-BANGKAIAN
Sumber: Kajian Lapangan, 2014-2016
Gambar 1: Majlis kenduri arwah di Kg. Gusung Melanta Pulau Bum-Bum Semporna
Gambar 2: Bacaan al-Qur’an dan bacaan Barzanji di tepi bangkai-bangkaian
sepanjang tujuh hari tempoh bangkai-bangkaian. Kajian lapangan di Kg.
Gusung Melanta Pulau Bum-Bum.
Gambar 3: Bacaan maglugu’ (taranum Bajau) sepanjang malam secara bergilir-gilir
menjaga bangkai-bangkaian.
Gambar 4: Adat Ngeduang ketika Hari Raya. Sumber foto dari internet.
1 2
3 4
LAMPIRAN 8: CONTOH SOALAN TEMU BUAL
Tema 1: Konsep Sinkretisme Menurut Barat Dan Islam
1. Bolehkah Dr jelaskan apakah konsep dan pengertian sinkretisme?
2. Adakah Dr mengetahui istilah sinkretisme menurut terminologi Islam atau
perspektif Islam?
3. Sinkretisme sering dibahaskan dalam bidang teologi atau akidah. Adakah
sinkretisme hanya berlaku dalam ruang lingkup teologi/akidah atau boleh berlaku
dalam ruang lingkup yang lain?
4. Sinkretisme sering dibahaskan dengan konotasi negatif. Adakah semua keadaan
fenomena sinkretisme itu berbentuk negatif?
5. Apakah pandangan Dr tentang fenomena sinkretisme dalam kalangan masyarakat
peribumi lain seperti masyarakat Bajau, Bugis, Kedayan dan sebagainya di
Sabah? Adakah terdapat persamaan antara unsur sinkretisme dalam adat
masyarakat peribumi di Sabah?
6. Ramai sarjana barat menganggap Islam di Nusantara merupakan Islam sinkretik.
Adakah Dr bersetuju dengan kenyataan tersebut?
7. Adakah terdapat perbezaan takrif sinkretisme yang diberikan oleh sarjana barat
dan Islam?
Tema 2: Sinkretisme Dalam ‘Urf Masyarakat Bajau Di Sabah
1. Boleh Dr terangkan secara ringkas kosmologi masyarakat Bajau ?
2. Dr ada menyatakan dalam artikel-artikel Dr bahawa kosmologi Bajau telah
berlaku sinkretis. Boleh Dr terangkan bagaimana proses sinkretisme berlaku
dalam kosmologi masyarakat Bajau?
3. Dalam adat kelahiran dan kematian, banyak unsur-unsur adat masyarakat Bajau
yang dipengaruhi oleh fahaman Hindu, walaubagaimanapun tidak terdapat fakta
yang mengatakan terdapat kesan peninggalan agama Hindu di Sabah.
Bagaimanakah pengaruh hindu boleh didapati dalam adat masyarakat Bajau?
4. Pembauran antara agama dengan adat dalam budaya Bajau, agama mana yang
banyak mempengaruhi adat-adat masyarakat Bajau KB? Animisme atau Islam?
5. Dalam aspek kepercayaan tradisi hingga adat kematian, dalam aspek manakah
pembauran antara adat tradisi dengan agama yang paling ketara?
6. Berdasarkan pendapat dan pengamatan Dr, dalam adat kematian,unsur-unsur
sinkretisme yang berlaku (Islam dan pra-Islam) memberikan implikasi hukum
yang bersesuaian dengan syarak atau sebaliknya?
7. Sejauh mana sinkretisme yang berlaku dalam adat masyarakat Bajau di Sabah?
Adakah ia menimbulkan pegangan yang baru atau hanya wujud dalam
penyelenggaraan adat?
8. Bagi pandangan Dr, adakah terdapat konflik antara adat tradisi Bajau dengan
ajaran Islam?
Tema 3: Sinkretisme Dalam Kepercayaan Tradisi Bajau Semporna dan Kota
Belud
Semporna
1. Terangkan sedikit tentang upacara magombbo? Bagaimanakah upacara
magombbo dilaksanakan? Kenapa upacara ini perlu dilaksanakan? Kaitkan
dengan upacara magjamu dan magjikil.
2. Apakah perbezaan antara magombbo dengan magpaii bahau?kaitkan dengan
magduwata kabusungan.
3. Apakah peranan kelamat dan orang yang berjin? Perbezaan di antara keduanya.
4. Apakah tujuan upacara anambal?
5. Terangkan tentang ilmu-ilmu sihir seperti Ilmu-ilmu pugai, panglias, pukau,
bungkang dan sebagainya?
6. Amalan mandi safar adakah masih diamalkan? Tujuan mandi safar?
7. Dalam adat adat ini, adakah terdapat percampuran antara kepercayaan Islam dan
kepercayaan tradisional Bajau?
Kota Belud
1. Masyarakat Bajau Kota Belud sangat percaya dengan kewujudan meron.
Bolehkah tuan jelaskan upacara rawatan nelus akibat gangguan meron? Soalan
diajukan kepada bomoh.
2. Masyarakat Bajau KB percaya dengan kewujudan mangat. Apakah yang
dimaksudkan dengan mangat? Adakah mangat ini mampu memberi manfaat dan
mudharat kepada manusia (generasi Bajau yang masih hidup)? Soalan diajukan
kepada bomoh.
3. Bolehkah tuan tolong jelaskan upacara ngalai dalam proses rawatan tradisional.
Kaitkan dengan penyakit kerasukkan, keembo-emboan dan terua’ rojo. Soalan
diajukan kepada bomoh.
4. Dalam pengubatan tradisional Bajau, terdapat mantera-mantera yang cuba
disesuaikan dengan ajaran Islam. Bolehkah tuan berikan contoh mantera yang
ada unsur pengaruh agama Islam dan bahasa yang tidak difahami? Soalan
diajukan kepada bomoh.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan saksagan (keteguran). Bolehkah tuan berikan
contoh saksagan dalam kehidupan masyarakat Bajau KB?
6. Adakah semangat padi masih dipercayai dalam masyarakat Bajau KB?
7. Kenapa bulan Muharram dan Safar digelar buaan naas (bulan nahas)? Adakah
terdapat pantang larang dalam bulan-bulan ini?
Tema 4: Sinkretisme Dalam Adat Kelahiran
Semporna
1. Apakah pantang larang bagi ibu mengandung sewaktu tempoh kehamilan?
2. Apakah tujuan tanda kelahiran ketika bayi berumur 7 bulan?
3. Apakah tujuan adat maglenggang perut dan bagaimanakah perlaksanaanya?
4. Apakah tujuan adat magtimbang dan bagaimanakah perlaksanaanya?
5. Bolehkah terangkan sedikit upacara pesakat nirundangan (naik buaian)?
6. Dalam adat adat ini, adakah terdapat percampuran antara kepercayaan Islam dan
kepercayaan tradisional Bajau?
Kota Belud
1. Bolehkah tuan jelaskan maksud mandi peruai. Kenapakah dilaksanakan mandi
peruai ketika ibu hamil mencapai usia kandungan 9 bulan?
2. Apakah adat nimbang dan bagaimanakah ia dilaksanakan?
3. Bagaimanakah uri ditanam? Adakah terdapat pantang larang dalam proses
penanaman uri?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan adat nitikan anak dan bagaimana ia
dilaksanakan?
5. Apakah pantang larang bagi ibu mengandung sewaktu tempoh kehamilan?
6. Dalam adat adat ini, adakah terdapat percampuran antara kepercayaan Islam dan
kepercayaan tradisional Bajau?
Tema 5: Sinkretisme Dalam Adat Perkahwinan
Semporna
1. Adakah adat magtilau(merisik) masih diamalkan? Kaitkan dengan adat menilik
jodoh
2. Sejauh mana peranan Mahkamah Anak Negeri Sabah dalam menguruskan hal
ehwal adat istiadat masyarakat Bajau Semporna.
3. Peranan barang-barang hantaran seperti Basinggan (kain putih), kehampitan
(kuih penyaram), sokat (pemintaan tambahan pihak perempuan) dalam
perkahwinan. Kenapakah barang-barang ini diwajibkan ketika upacara
perkahwinan?
4. Tujuan diadakan upacara maulud nikah?
5. Dalam adat adat ini, adakah terdapat percampuran antara kepercayaan Islam dan
kepercayaan tradisional Bajau?
Kota Belud
1. Adakah dalam adat tilau-tilau idaan, amalan ngedrasi masih diamalkan? Kaitkan
dngan kitab tajul muluk.
2. Apakah perbezaan adat mendo dan seruan?
3. Pengertian ramalan dua belas?
4. Tujuan mandi badak dilaksanakan. Kaitkan dengan mandi langsir.
5. Bolehkah tuan tolong jelaskan adat norong dan malad?
6. Apakah adat ngendo dan ngedede? Boleh tuan tolong jelaskan?
Tema 6: Sinkretisme Dalam Adat Kematian
Semporna
1. Adakah bacaan maglugu selepas berlakunya kematian masih diamalkan?
2. Penggunaan air lubi (santan) dalam proses memandikan mayat. Apakah peranan
air lubi’ tersebut?
3. Apakah tujuan adat bangkai-bangkaian dan bagaimana perlaksaannya?
4. Apakah tujuan adat magjaga-jaga dilaksanakan? Adakah masih diamalkan
sehingga kini
5. Apakah pantang larang dalam adat kematian masyarakat Bajau Semporna?
6. Dalam adat adat ini, adakah terdapat percampuran antara kepercayaan Islam dan
kepercayaan tradisional Bajau?
Kota Belud
1. Bolehkah tuan jelaskan adat bejogo? Adakah adat bejogo masih diamalkan
sehingga kini?Apakah tujuannya? Bagaimana ia diamalkan?
2. Kenapa digunakan badak langsir dalam proses memandikan mayat?
3. Apakah tujuan sair jomo matai dinyanyikan?
4. Definisi adat naja-naja? Perbezaan dengan pesuk? Apakah tujuannya?
5. Kenapakah batang lidi dimasukkan ketika proses pengkebumian dilaksanakan?
Apakah tujuan dan simboliknya?
6. Apakah adat guris? Bagaimana ia diamalkan dan kenapa dilaksanakan?
7. Apakah adat mangan bangi dan bagaimana ia dilaksanakan?
8. Tujuan adat bangkai-bangkaian dan bagaimana ia dilaksanakan?
9. Apakah adat adat ngeduang dan bagaimana ia diamalkan? Adakah adat ini telah
berlaku perubahan dengan menerima pengaruh agama Islam?
10. Apakah Pantang larang dalam adat kematian masyarakat Bajau KB?
11. Dalam adat adat ini, adakah terdapat percampuran antara kepercayaan Islam dan
kepercayaan tradisional Bajau?