kajian bab 3

Upload: mohd-muhan-ismail

Post on 16-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kajian Teknik Simulasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

TRANSCRIPT

18

RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KRL 3033KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK :

BAB III KAJIANKEBERKESANAN TEKNIK SIMULASI DALAM PENULISAN KARANGANMURID TAHAP DUA DI SEKOLAH KEBANGSAAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMANO. MATRIKPROGRAM

HARNIMIZAM BIN ABD HAMIDD20102042932UPSI145

PENSYARAH/PENYELIA: ENCIK RAZALI BIN AYOB

Tarikh: 30 APRIL 2014

KANDUNGAN 1

BAB III : METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan23.2 Reka Bentuk Kajian23.3 Populasi dan Sampel3 3.3.1 Kumpulan Populasi Sampel43.4 Alat Kajian4 3.4.1 Ujian Pra5 3.4.2 Ujian Pos5 3.4.3 Kajian Soal Selidik53.5 Teknik Pengutipan Data73.6 Kaedah Analisis Data8 3.6.1 Data Melalui Pemarkahan dan Kretiria10 3.6.2 Data Penilaian Setiap Kretiria123.7 Kesimpulan14

RUJUKAN15

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Kajian ini bermatlamat menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan pada awal bab penyelidikan berhubung dengan keberkesanan teknik simulasi dalam penulisan karangan murid-murid tahap dua. Penyelidikan ini dianggap penting kerana selain melihat kepada keberkesanan teknik simulasi, ia juga dapat menilai tentang pemarkahan yang perlu diberi penekanan oleh guru dalam membantu murid mendapat markah yang baik. Sehubungan dengan itu, ini akan dapat dilakukan berdasarkan reka bentuk kajian yang dipilih dan alat kajian yang digunakan serta pemilihan sampel yang bersesuaian. Selain itu, bab ini menerangkan secara terperinci tentang reka bentuk kajian, lokasi kajian, alat kajian dan teknik pengutipan data serta kaedah analisis data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kuasai eksperimen yang melibatkan murid-murid di dalam bilik darjah yang sedia ada (Wiersma 1991: 135) ujian yang dijalankan menggunakan reka bentuk ujian awal dan ujian pasca bagi menentukan keberkesanan teknik simulasi. Hasil penulisan murid dinilai daripada aspek:-

i. Isi karangan atau kandungan karangan meliputi pengetahuan mendalam dan perkembangan isi karangan yang sempurna dan berkaitan dengan tajuk.ii. Organisasi karangan dilihat daripada aspek susunan idea yang jelas, padat, logik dan kohesif.iii. Kosa kata dinilai daripada aspek pemilihan kata tepat, beraneka dan mencakupi makna yang luas daniv. Mekanis penulisan iaitu aspek ejaan, tanda baca, huruf besar dan perenggan.

Markah penulisan ujian awal dianalisis dan dibandingkan dengan ujian pasca iaitu setelah teknik simulasi dijalankan selama tiga minggu. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah teknik pengajaran yang digunakan manakala pembolehubah bersandar pula ialah mutu pencapaian pelajar dalam penulisan karangan. Pengkaji sendiri akan menjalankan pengajaran bagi kajian ini untuk memastikan kesan pembolehubah guru dapat dikawal dan bersifat tekal.

3.3 POPULASI DAN SEMPEL

Gay dan Airasian ( 2003 ), mendefinisikan populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Sampel kajian pula adalah responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi.

Kajian ini melibatkan tiga kumpulan pelajar tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2, Klang yang terdiri daripada 30 orang murid kesemuanya. Kumpulan satu terdiri daripada kumpulan murid yang lemah dalam penguasaan penulisan karangan mereka. Kumpulan dua pula adalah terdiri daripada kumpulan murid yang sederhana dalam pencapaiaan serta penguasaan penulisan karangan mereka. Manakala kumpulan tiga pula terdiri daripada kumpulan murid yang baik dan mengusai kemahiran dalam penulisan karangan mereka. Oleh yang demikian, murid yang terlibat dalam kajian ini ialah kumpulan murid yang mempunyai latar belakang penguasaan Bahasa Melayu yang berbeza. Mereka telah diasingkan mengikut pencapaian dalam mengikut ujian dan peperiksaan akhir tahun darjah lima.

3.4.1 Kumpulan Populasi Sampel

KumpulanPenguasaanBilangan

Kumpulan 1Lemah10 Orang

Kumpulan 2Sederhana10 Orang

Kumpulan 3Baik10 Orang

Jumlah30 Orang

Jumlah : 30 Orang Responden

3.4 ALAT KAJIAN

Instrumen kajian ini adalah bertajuk Keberkesanan Teknik Simulasi Dalam Penulisan Karangan Murid-murid Tahap Dua. Bentuk kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah berbentuk ujian dan tinjauan yang menggunakan kaedah ujian serta soal selidik. Ujian pula adalah berbentuk ujian pra dan ujian post berdasarkan standart pemarkahan penulisan karangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah-sekolah. Bagi ujian pra dan ujian post, kedua dua jenis ujian ini akan dilaksanakan seperti berikut :

3.4.1 Ujian Pra

Murid akan diberi dua buah soalan karangan dan perlu memilih satu karangan sahaja untuk dijawab. Soalan karangan diberikan berdasarkan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan teknik simulasi. Kumpulan pelajar terdiri daripada 3 kumpulan iaitu lemah, sederhana dan baik.

3.4.2 Ujian Post

Murid akan diberi dua buah soalan karangan yang lain daripada ujian pra dan perlu memilih satu karangan sahaja untuk dijawab. Soalan karangan diberikan berdasarkan pengajaran dan pembelajaran setelah guru menggunakan teknik simulasi sebagai kaedah pengajaran. Kumpulan pelajar terdiri daripada 3 kumpulan iaitu lemah, sederhana dan baik.

3.4.3 Kajian Soal Selidik

Soal selidik pula dibahagikan kepada tiga iaitu Bahagian 1, Bahagian II dan Bahagian III serta IV. Soal selidik Bahagian I merupakan maklumat latar belakang responden dan kedudukan kelas responden. Mengetahui secara langsung tentang murid tersebut sama ada beliau berada dalam kumpulan lemah, sederhana atau baik yang mempunyai kaitan dengan penguasaan menulis karangan Bahasa Melayu.

Bahagian II pula, responden perlu menjawab soalan berbentuk skala likert yang dikemukakan. Terdapat 10 soalan yang dikemukakan yang lebih menjurus ke arah pendapat dan pandangan murid tentang minat mereka yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan teknik simulasi sebagai medium pengajaran. Selain itu, responden berhak untuk memberi jawapan berdasarkan pendapat mereka sama ada 1, 2, 3, 4 dan 5. Ini bertujuan mendapat maklumat yang lebih telus dan tepat.

Bahagian III , responden juga perlu menjawab setiap persoalan kajian yang telah ditetapkan. Terdapat 10 soalan yang dibahagikan kepada satu skop kajian iaitu yang menjurus kepada percambahan idea murid yang mereka perolehi ketika menerima pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan teknik simulasi. Soal selidik ini juga menggunakan skala jenis lima mata Likert supaya memudahkan responden dapat membuat satu pilihan yang tepat terhadap setiap persoalan yang dikemukakan.

Bahagian IV , responden juga perlu menjawab setiap persoalan kajian yang telah ditetapkan. Terdapat 10 soalan yang dibahagikan kepada satu skop kajian iaitu yang menjurus kepada kerjasama murid yang mereka berikan ketika menerima pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan teknik simulasi. Soal selidik ini juga menggunakan skala jenis lima mata Likert supaya memudahkan responden dapat membuat satu pilihan yang tepat terhadap setiap persoalan yang dikemukakan.

Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis akan diadakan terhadap beberapa kumpulan murid di sekolah tersebut yang sedang belajar di dalam kelas yang berlainan. Selain itu, cuba mendapatkan pandangan guru yang mengajar di dalam subjek Bahasa Melayu di dalam kelas yang terpilih. Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan keboleh percayaan terhadap ujian yang dilakukan dan kesahan item-item soalan di dalam borang soal selidik. Mohd. Najib (1997), alat ukur yang mengukur sesuatu pemboleh ubah dengan tekal perlu mempunyai keboleh percayaan yang tinggi, nilai indeks keboleh percayaan yang melebihi 0.6 boleh dianggap mencukupi. Semua data diproses menggunakan perisikan SPSS bagi mengira pekali keboleh percayaan.

Tujuan utama pelaksanaan kajian rintis adalah untuk menguji pekali keboleh percayaan setiap item dalam soal selidik. Menurut Mohd. Najib (1997), instrumen yang dibina sendiri oleh pengkaji dan dengan itu, kajian juga adalah berbentuk kajian rintis untuk menguji keobjektifan, kesahan dan keboleh percayaan alat. Melalui kajian rintis, keboleh percayaan soal selidik dapat ditentukan iaitu kebolehpercayaan memberikan darjah ketekalan dan ketetapan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang tekal atau hampir sama setiap kali ia digunakan dalam situasi yang setara.

3.5 TEKNIK PENGUTIPAN DATA

Kajian ini dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh pengkaji. Tatacara ini untuk melicinkan perjalanan pengumpulan data dan supaya dijalakan secara sistematik. Menurut Wiersma ( 2000 ) peraturan yang baik perlu diikuti adalah deskripsi perlu terperinci supaya pembaca dapat membuat replikasi kajian ini.

Langkah pertama bagi menjalankan kajian ini adalah penyediaan proposal. Penyediaan proposal ini amat penting bagi menentukan bidang kajian yang ingin dikaji serta menyatakan kaedah dalam menjalankan kajian tersebut. Pengkaji akan memohon kebenaran untuk menjalankan kajian daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, surat rasmi untuk menjalankan penyelidikkan dan perlu dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Pengutipan data dilakukan sendiri oleh pengkaji melalui ujian dan borang soal selidik yang telah disediakan. Seterusnya pengkaji akan membuat surat kebenaran kepada guru besar ataupun pengetua sekolah berkenaan untuk memohon kebenaran melakukan soal selidik bagi menjayakan cadangan kajian ini. Setelah semua kelulusan diperolehi, pengkaji akan memulakan langkah mendapatkan maklumat soal selidik melalui jadual waktu kerja kajian yang telah disediakan.

Sebelum ujian dan soal selidik dijalankan pengkaji terlebih dahulu telah mendapatkan maklumat ringkas melalui pemerhatian dan tinjauan sendiri yang telah dilakukan semasa membuat kajian rintis. Ini sebenarnya bertujuan memudahkan perjalanan kajian dan penyelidikan selain mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada guru-guru dan bakal guru sebelum ini.

3.6 KAEDAH ANALISIS DATA

Data yang dikutip dianalisis berdasarkan kaedah deskriptif yang bertujuan untuk menjelaskan subjek berdasarkan profil ujian yang telah disediakan. Data yang diperoleh dihimpun dalam bentuk kuatitatif. Ia boleh dilakukan dengan dengan memberi nilai atau skor numeric kepada setiap respons untuk semua item. Ia berpandukan skala likert yang telah digunakan di dalam kajian yang dilakukan berdasarkan pilihan variabel dan tahap nilaian.

Sebelum analisis dibuat, data mentah yang diperolehi iatu akan diproses terlebih dahulu yang bertujuan untuk mendapat latar belakang subjek kajian seperti peratus guru mengikut jantina, latar belakang murid, kumpulan murid iaitu samada mempunyai kemahiran menulis karangan yang baik atau sebaliknya. Data daripada kajian melalui soal selidik yang dilakukan akan diubah kepada variabel-variabel kajian. Ia biasanya akan dibuat dengan mengunakan pengiraan, seperti mengira jumlah atau min item-item tertentu untuk mengira skor variable. Jika skor dilakukan secara manual, maka semakan ketepatan perlu dilakukan oleh pengkaji. Setelah semua data tentang latar belakang subjek kajian dan semua skor variable diperolehi, pengkaji akan mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan kajian.

Analisis statistik yang digunakan dalam kajian ini adalah statistik deskriptif. Statistik diskriptif dapat menjelaskan perkara-perkara atau ciri-ciri yang berkaitan tentang sampel. Melalui statistik ini termasuklah menggunakan statistik kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai yang bertujuan menjelaskan profil atau latar belakang responden dan sebagainya. Oleh itu, analisis statistik diskriptif dianggap sesuai kerana ia dapat digunakan untuk menjelaskan profil / latar belang responden dan menjawab soalan-soalan kajian.

Selain itu, analisis statistik yang diperolehi akan diprogramkan oleh pengkaji ke dalam komputer untuk mendapat kekerapan bagi setiap skor kepada item yang dimasukkan, yang bertujuan untuk menyemak sekiranya terdapat skor yang tersalah masuk. Menurut ( George & Mallery ) 2001, sekiranya pengkalan data hilang bagi responden tertentu, anda boleh menggunakan beberapa teknik untuk menggantikan data ini seperti menggunakan min kumpulan. Kesemua analisis data ini akan dilakukan dengan menggunakan pakej statistic, seperti Package for the Social Sciences SPSS agar data dapat dianalisis dengan cepat dan tepat.

Walaubagaimanapun Analisis Korelasi Pearson akan diguna oleh pengkaji untuk menerangkan antara pembolehubah yang berkaitan dengan sikap, minat, bakat dan pengetahuan guru dan bakal guru terhadap program pendidikan khas. Menurut (Sulaiman) 1991, kolerasi merupakan cara yang digunakan bagi menerangkan perhubungan antara dua pembolehubah. Dalam kajian ini, Kolerasi Pearson digunakan untuk mengukur darjah perhubungan pemboleh ubah pertama dan kedua. 3.6.1 Data Melalui Pemarkahan dan Penilaian Kriteria Hasil penulisan pelajar diperiksa dan diberi markah oleh pengkaji sendiri dengan menggunakan kaedah analitis. Abd. Aziz Abdul Talib (1993) menyatakan, sekiranya tujuan guru memberi sesuatu ujian untuk mendapatkan maklum balas bagi mengesan kekuatan dan kelemahan pelajarnya tentang sub kemahiran penting yang berkaitan dengan sesuatu karangan (aspek kesesuaian isi, pengolahan idea, penggunaan kosa kata, keterangan, huraian dan contoh ) maka kaedah analisis adalah lebih sesuai.

Jadual 3.1a: Panduan pemarkahan penulisan Bahasa Melayu tahap 2KretiriaSkor

Kesesuaian isi9 Markah

Pengolahan idea6 Markah

Penggunaan kosa kata6 Markah

Keterangan, huraiaan dan contoh6 Markah

Kreativiti3 Markah

Jumlah30 Markah

Jadual 3.1b: Aspek Penilaian Keseluruhan Pemarkahan KaranganPENSKORANUKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

ACemerlang(27 30)

1. Karya atau penyampaian isi yang jelas dan menarik untuk dibaca.2. Pengolahan idea yang sangat baik, menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema.3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema atau soalan.4. Pengunaan tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan.5. Penggunaan ejaan yang betul berdasarkan jenis karangan.6. Mengandungi pendahuluan, minimum tiga isi, dan penutup yang bernas.

Sangat Baik(23 26)

PENSKORANUKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

BBaik( 17 22 )

1. Karya atau penyampaian isi yang jelas untuk dibaca.2. Pengolahan idea yang baik, dengan menggunakan ayat yang gramatis bertepatan dengan tema atau soalan.3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema atau soalan.4. Terdapat beberapa kesilapan tanda baca dan tidak menjejaskan karangan.5. Terdapat beberapa kesilapan ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan.6. Mengandungi pendahuluan, minimum dua isi, dan penutup yang sesuai.

Sederhana( 14 16 )

PENSKORANUKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

CMemuaskan( 11 13 )1. Karya atau penyampaian isi yang mudah dan ringkas untuk dibaca.2. Pengolahan idea atau menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar yang bersesuaian dengan tema atau soalan.3. Menggunakan kata dan kosa kata tetapi terhad, masih sesuai dengan tema.4. Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah, dan koma) dan terdapat banyak kesalahan tanda baca dalam karangan.5. Terdapat banyak kesalahan ejaan dalam karangan.6. Mengandungi pendahuluan, minimum satu isi, dan penutup yang sesuai.

PENSKORANUKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

DPencapaianTahapMinimum(1 10)1. Karya atau penyampaian isi yang tidak sesuai dengan tema karangan.2. Pengolahan idea atau isi tidak tepat dan tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami jalan ceritanya.3. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema.4. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dalam ayat atau penulisan.5. Tidak menguasai kemahiran ejaan dalam ayat atau penulisan.6. Karangan yang tidak mengikut format atau kehendak soalan.7. Pendahuluan, isi karangan dan penutup kabur atau tidak jelas maksudnya.8. Isi karangan tidak berkaitan atau tidak menepati kehendak soalan.9. Karangan terpesong atau tergelincir dari landasan soalan atau tajuk.

Sumber : Format penandaan karangan UPSR 2010

3.6.2 Data Penilaian Setiap Kriteria

Jadual 3.1c: Kretiria dari segi kesesuaian isi pentingLEMAHSEDERHANABAIK

1 3 Markah4 6 Markah7 9 Markah

Jadual 3.1d: Kretiria dari segi pengolahan ideaLEMAHSEDERHANABAIK

1 2 Markah3 4 Markah5 6 Markah

Jadual 3.1e: Kretiria dari segi penggunaan kosa kataLEMAHSEDERHANABAIK

1 2 Markah3 4 Markah5 6 Markah

Jadual 3.1f: Kretiria dari segi huraian dan contohLEMAHSEDERHANABAIK

1 2 Markah3 4 Markah5 6 Markah

Jadual 3.1g: Kretiria dari segi kreativitiLEMAHSEDERHANABAIK

1 Markah2 Markah3 Markah

Sumber : Format penandaan karangan UPSR 2010

3.7 KESIMPULAN

Seramai 30 orang murid yang belajar di dalam kelas tahun 6 dan dan menerima pembelajaran dan pengajaran bahasa menggunakan teknik simulasi terlibat dalam kajian ini yang melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Selain itu, murid-murid ini terbahagi kepada 3 kumpulan yang berlainan aras kemahiran menulis karangan mereka dan sedang belajar di dalam 3 kelas berasingan iaitu lemah, sederhana dan baik. Memandangkan pemiliham sampel adalah berdasarkan kepada 10 orang murid sahaja yang terlibat dalam setiap kumpulan yang terpilih serta berbeza tahap penguasaan kemahiran menulis karangan mereka, maka tidak semua murid yang belajar di dalam kelas tersebut akan terlibat sebagai responden kajian. Kajian ini akan menggunakan kaedah tinjauan yang berbentuk ujian pra dan post terhadap murid serta soal selidik terhadap pandangan dan pendapat mereka. Pentadbiran ujian ini akan dijalankan sendiri oleh penyelidik dengan kerjasama guru terlibat serta pihak pentadbir sekolah. Analisis data hanyalah menggunakan kaedah statistik deskriptif dan ujian kolerasi.

SENARAI RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib. 1987. Langkah-langkah permulaan dalam mengajar kanak- kanak menulis karangan: satu pendekatan. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka.12(8): 718-726.

Abdullah Hassan. 1987. Isu-isu pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 28.

Alias Mohd. Yatim dan Darwis Harahap. 1990. Kegiatan belajar mengajar bahasa Melayu berpedoman kurikulum bersepadu sekolah menengah. Satu tinjauan ringkas. Kertas Kerja Seminar Bahasa dan Sastera Dalam Pendidikan IV Anjuran Persatuan Lingusitik Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ann Raimes. 1992. Exploring through writing. New York: St. Martin Press.

Asmah Omar. 1984. Kaedah pengajaran bahasa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 186.

Atan Long.1977. Kedudukan kesusasteraan dalam sitem pelajaran Malaysia ditinjau dari sudut kemudahan. Dlm. Mohd Taib Osman (ed). Pengajaran bahasa dan kesusasteraan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Mohd Amin. 1986. Kaedah pengajaran penulisan (karangan) bagi sekolah rendah dan menengah. Dlm. Mengajar B. Malaysia. Azman Wan Chik, ed., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka hlm.9.

Awang Mohd Amin. 1981. Beberapa aspek kelemahan penguasaan Bahasa Malaysia di Kalangan pelajar Melayu menengah atas. Satu tinjauan awal di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Jurnal Bahasa, 23 (96): 90-95.

Awang Mohd Amin. 1981. Kaedah pengajaran penulisan. Kertas Kerja Seminar Pengurusan Cabaran-Cabaran Dalam Latihan Perguruan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Bahasa Fakulti Pendidikan UM dengan DBP. 20-30 Dis.

Ayadirai Nallandran. 1995. Kaedah kumpulan perbincangan kecil sebagai perintis dalam penguasaan kemahiran menulis karangan. Kajian Ilmiah UKM.

Azman Wan Chik. 1981. Prinsip dan kaedah mengajar kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Dayang Ku Hajjah Jauyah Pengiran Hj. Damin. 1996. Kesan dua pendekatan pengajaran kemahiran menulis terhadap markah pencapaian penulisan karangan pelajar menengah tingkatan empat. Brunei. Latihan Ilmiah UKM.

Faziah Sulaiman. 1994. Teknik bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dlm. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Haron.1979. Panduan mengajar bahasa Malaysia di sekolah menengah. Pembinaan Satu conceptual framework dalam penulisan karangan. Jurnal Dewan Bahasa, Februaria: 9.

Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Billy Chong. 1992. Kemahiran membaca. Dlm. Asas Kemahiran Berbahasa KBSR, Jilid 3. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamaluddin Aziz. 1996. The effectiveness as simulations as pre and post reading activities in a Few selected form four classes. Latihan Ilmiah. UKM.

Jones. 1987. Simulation : A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page Ltd. Jones, K. 1992. Simulations in language teaching. Cambridge: Cambridge University Press.

Kamaruddin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abd. Aziz. 1997. Penguasaan kemahiran menulis. Petaling Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Kamaruddin Husin. 1988. Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd.

Kaplan A.G. dan Saccurzzo. 1972. Psychologikal testing: principles applicatioan and Issues California Books, Coleman Publishing Compony.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1985. Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1989. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia, Tingkatan Dua, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1992. Siri Panduan KBSR: Aktiviti Bahasa. Jilid 7. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1994. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu, Institut Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon. 1987. Pengajaran bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon. (ed). 1989. Perspektif-perspektif dalam pengajaran bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman Web http//www.IB/Com.my. 1997. Pedagogi bahasa Melayu. Menu rujukan: Drama Dalam Pengajaran.

Loban,W.1964. The language of elementary school children. Champaign, Illilinos.

Mohd Dahalan Moh Ramli (1990). Teknik simulasi dan main peranan dalam penjajaran dan pembelajaan Bahasa Malaysia. Kertas kerja KONPEN III. Institut Bahasa.

Omar Mamat. 1984. Jurnal Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur. Institut Bahasa.

Omar Mamat. 1984. Teknik simulasi dalam proses mengajar dan belajar bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pelita Bahasa hlm. 18-19.

Rahmah Bujang. 1982. Drama Melayu 25 tahun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Fatimah Raja Kamarul Zaman. 1994. Teknik sumbang saran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dlm. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran et al. 1985. Kajian Bahasa. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sameon Hj. Sidek. 1990. Kesan teknik simulasi dan main peranan dalam pengajaran karangan tingkatan dua. Satu perbandingan. Projek Khas. Kuala Lumpur: Institut Bahasa.

Safie Hj. Damin. 1987. Satu kajian tentang kaedah pendramaan dalam pengajaran bahasa Melayu peringkat sekolah menengah rendah. Latihan Ilmiah UPM.

Salleh Mohd Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood. 1975. Prinsip dan kaedah Pengajaran bahasa. Kelantan: Pustaka Amin Press.

Teuku Iskandar. 1989. Kamus Dewan. Kuala Lumpur.

Way Brian. 1980. Development through drama. London: Longman.

Wong Kuek Seng dan Tan Peik Lee.1994. Persepsi guru bahasa Melayu yang baik. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Oktober Jilid 38. Bil 10.

Yahya Othman. 1997. Kesan dua pendekatan mengajar karangan terhadap markah pencapaian karangan bentuk imaginatif: Tingkatan 1. Projek Penyelidik UKM.

18