hbef4303 - kajian tindakan berasakan sekolah-bab 1 - 3

75
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks 1

Upload: ehalee7267

Post on 22-Jul-2016

118 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

KAjian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

BAB 1

PENGENALAN1.0 Pengenalan

“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara

meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan

seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi

perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan

membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang

secara langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia

mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir,

kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di

medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu,

masyarakat, budaya, bangsa dan negara.

Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan kemahiran

pemikiran tinggi yang dapat diproses dengan teknologi multimedia merentasi

pelbagai disiplin ilmu. Penggunaan perisian multimedia adalah cara penyampaian

pengajaran konvensional kepada model baru pengajaran dan pembelajaran

berasaskan pelajar.

1

Page 2: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Salah satu kaedah yang sesuai untuk mengajar penulisan karangan Bahasa

Melayu adalahmenggunakan perisian multimedia. Vijaya Kumaran K.K Nair (1996)

menyatakan bahawa multimedia sebagai gabungan teknologi bunyi, audio, grafik

berbentuk static, animasi dan tayang video. Penggunaan teknologi multimedia

bukanlah bererti bertujuan menggantikan peranan guru terus ke tahap fasilitator.

Menurut beliau lagi, multimedia mewujudkan satu situasi pembelajaran yang

berkesan dan menyeronokkkan kerana pelajar akan mengingati 20% daripada apa

yang mereka lihat, 30% dari apa yang mereka lihat dan dengar dan 60% ke 70%

dariapada apa yang mereka interaksi.

1.1 Latar Belakang Kajian

            Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A ,

bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis.

Kajian saya berkaitan dengan masalah Bahagian A. Masalah membina ayat yang

lengkap dalam penulisan terutama dalam penulisan bahagian A akan mengganggu

murid mendapat markah yang baik dalam penulisan Bahasa Melayu. Selain itu , jika

murid tidak dapat membina ayat dengan baik , menyebabkan murid juga tidak

mampu untuk membina sebuah karangan yang baik dalam penulisan bahagian B dan

C. Masalah membina bina ayat ini dikesan semasa saya menyemak latihan murid di

dalam buku latihan penulisan. Saya dapati murid gagal membina ayat dengan baik.

Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul. Murid gemar menggunakan bahasa

pasar semasa menulis ayat.  Tanda bacaan yang ditulis  tidak menepati ciri-ciri

2

Page 3: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

penulisan yang sebenar.  Berdasarkan refleksi pengajaran saya , saya dapati murid

belum boleh membina ayat secara gramatis  dengan hanya melalui aktiviti

perbincangan dalam kelas dan perbincangan melalui kumpulan. Melalui aktiviti

pembentangan hasil kerja murid dalam pembinaan ayat juga tidak banyak membantu

murid saya.  Jadi , melalui perbincangan saya dengan rakan sealiran juga termasuk

guru pemeriksa kertas Penulisan Bahasa Melayu, saya berpendapat untuk

menggunakan kaedah pembelajaran berbantukan komputer iaitu menggunakan

perisian paparan eletronik bagi mengatasi kelemahan murid ini.

Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah

pembelajaran berbantukan komputer iaitu menggunakan perisian paparan eletronik

terhadap peningkatan penulisan karangan dan seterusnya dapat meningkatkan

pencapaian pelajar.Kajian ini hanya tertumpu kepada teknik penulisan karangan

yang merupakan salah satu bidang utama pembelajaran utama dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu.

Di negara maju,penggunaan pengajaran berbantukan komputer (PBK) telah

diterima oleh guru, pendidik dan pelajar dalam dunia pendidikan.Di Malaysia pula,

penggunaan kaedah perisian paparan elektronik ini telah digunakan secara oleh

semua guru terutamanya dalam sesi pengajaran TMK dalam Kurikukulum Standard

Sekolah Rendah(KSSR).Kajian-kajian yang lepas menunjukkkan bahawa PBK

mempunyai peranan yang besar dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu.

3

Page 4: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Ia juga berfungsi sebagai alat yang boleh meningkatkan minat pelajar untuk

mempelajari penulisan Bahasa Melayu dan membantu mereka mempelajari teknik

penulisan melalui pengalaman yang menyeronokkan.

Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan

merupakan tugas mencabar bagi guru dan murid ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran.Pelaksanaan kemahiran menulis serta strategi pengajaran yang

diaplikasikan oleh guru dan murid-muridnya harus selaras dan berkesan.Tetapi apa

yang dilihat sekarang adalah murid-murid tidak minat menulis karangan. Kebolehan

penulisan dapat membantu murid-murid mengolahkan idea mereka yang asli. Di

sekolah luar bandar khasnya, murid-murid lemah dari segi penulisan dalam Bahasa

Melayu. Asas penulisan yang lemah menyebabkan prestasi yang rendah terutamanya

dalam penulisan karangan.

Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana

hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam

bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam

bentuk ayat. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik sering

menghadapi masalah untuk menjawab soalan. Lantaran itu, murid perlu menguasai

kemahiran menulis untuk menghuraikan data-data yang tepat, berupaya menyusun

jawapan dalam bentuk yang mudah, teratur dan meyakinkan.

4

Page 5: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis adalah sangat penting dan

perlu dilaksanakan berdasarkan penguasaan kemahiran. Roselan Baki (2003)

berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Oleh

sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara

sistematis. Menurut Suhaimi Yunus (2009) ternyata kemahiran menulis dilihat

begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia mesti

dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis.

Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-

mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan

(Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran

kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis

huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila

dibaca (Yahya Othman, 2005). Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang

juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata

perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan,

memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan huraian

juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan.

Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang

baik semasa di bangku sekolah. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran

menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk

tulisan.

5

Page 6: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Guru sentiasa mencari pendekatan baru bagi mengajar mata pelajarannya yang

dapat memotivasikan pelajar melakukan penyelidikan, menelaah, menulis dan

merangsang pelajar mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kepercayaan kini

perisian multimedia berbantukan computer adalah cara dalam mana pendidikan lebih

baik akan diperolehi. Menurut Ismail ( 2002 ). Perisian multimedia boleh menjadi

permudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaraan dengan sebab-sebab

dan kebijaksanaan untuk berjaya.

Kajian ini dilaksanakan bagi meninjau keberkesanan penggunaan perisian

paparan elektronik(Powerpoint) untuk murid Tahun Lima semasa proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas di SK Penakup Ulu, Mukah. Sekolah ini terletak

Mukah, Sarawak. Kajian yang dilakukan ini tertumpu pada mata pelajaran Bahasa

Melayu dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Lima. Pelajar dapat

mengingati 20% daripada apa yang mereka lihat. 30% daripada apa yang mereka

lihat dan dengar serta 60% ke 70% daripada apa yang mereka interaksi.

6

Page 7: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

1.1.1 Faktor kelemahan dalam penulisan

Latihan murid-murid menunjukkan murid berkenaan masih lemah

mengemukakan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk karangan. Oleh sebab

kekurangan isi, murid-murid ini gagal untuk membuat huraian yang tepat dan

berkaitan.Ada di antara mereka mengemukakan isi yang kurang jelas dan

mengulang-ulang.Walau bagaimanapun, proses penulisan adalah rekursi (Berninger

& Swanson, 1994; Hayes & Bunga, 1980). Ini menyebabkan isi karangan mereka

terpesong dan terkeluar daripada tajuk.Kelemahan ini menyebabkan mereka tidak

dapat menghasilkan karangan yang baik dan seterusnya menjejaskan markah

mereka.

Dalam perkataan lain, terdapat dua sebab mengapa pencapaian murid-

murid ini berada pada tahap yang agak rendah. Pertama, murid-murid ini masih

belum dapat menguasai dengan baik kemahiran mengemukakan isi-isi penting serta

membuat huraian terhadap isi-isi tersebut. Kedua, kaedah penulisan yangdigunakan

selama ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman mereka.

7

Page 8: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

1.1.2 Cara penyelesaian masalah penulisan

Guru bertanggungjawab mencari alternatif-alternatif untuk mengatasi isu

penulisan terutamanya dalam kalangan penutur jati ini.Tidak dinafikan,

penggunaan kaedah perisian paparan elektronik merupakan salah satu cara yang

dapat meningkatkan prestasi penulisan karangan mahupun dalam Bahasa Cina

atau Melayu (Campos, 2010).Persembahan perisian paparan elektronik

terdiri daripada beberapa halaman individu atau "slaid". Analogi "slaid" adalah

merujuk kepada projektor slaid.Slaid boleh mengandungi teks, grafik, bunyi,

wayang, dan objek lain yang boleh diatur secara bebas.

Perisian paparan elektronik memudahkan penggunaan gaya yang konsisten

dalam persembahan menggunakan template atau "Master Slide".

"Kajian kami menunjukkan korelasi yang kuat antara anak-anak dengan menggunakan teknologi dan corak yang lebih luas membaca dan menulis,"

( Jonathan Douglas, Pengarah National Literacy Trust, BBC News.)

Ismail Zin (2006) menyatakan bahawa masalah pengajaran yang kurang

memberikan penekanan kepada unsur pemetaan minda dalam sesuatu teknik telah

menyebabkan pelajar tidak bersedia untuk belajar.Oleh itu, teknik penggunaan

perisian paparan elektronik interaktif yang sesuai, berdasarkan strategi pengajaran

bahasa yang lebih berkesan perlu diperkenalkan.

8

Page 9: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Kecerdasan pelajar ialah hasil utama pembelajaran yang berasaskan

rangkaian (Harasim, 2006). Ini bermakna bahawa pelajar melibatkan diri secara

langsung dalam proses berbahasa. Pelajar yang cerdas mampu meletakkan

tanggungjawab untuk menguruskan pembelajaran, selain berjaya

menyesuaikannya dengan pelbagai gaya pembelajaran (Dodge, 2006).

1.2 Pernyataan Masalah

Bagi kebanyakan pelajar, penulisan merupakan matapelajaran yang

sukar untuk dipelajari serta kurang diminati. Oleh yang demikian kaedah

pembelajaran yang berkesan adalah perlu bagi meningkatkan pengetahuan dan

penguasaan serta pemahaman mereka terhadap sesuatu format penulisan dan

seterusnya memupuk minat pelajar terhadap teknik penulisan. Pelajar-pelajar di

dalam satu kelas mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar-pelajar

yang cerdas akan belajar dan menyelesaikan latihan dengan cepat mengikut tahap

pemahaman serta kreativiti idea mereka.Pelajar yang lemah pula lambat untuk

mempelajari topik yang sukar mereka faham.Oleh yang demikian, tumpuan

kepada kaedah pembelajaran yang dapat membantu pelajar lemah dan menarik

minat mereka harus di dilaksanakan.

9

Page 10: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut

ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu

kurikulum lama yang disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula

pada tahun 2003.Kepentingan penulisan karangan tergambar dalam kurikulum

bahasa sebagai mata pelajaran tersendiri (Roselan Baki, 2003). Selain itu, sukatan

pelajaran Bahasa melayu, Cina dan Tamil yang mula dilaksanakan pada awal

2003 juga mengandungi tiga bidang kemahiran baru, iaitu komunikasi

interpersonal, berfikir dan nilai. Menurut Abdullah Hassan (2004) sukatan

pelajaran lama yang terdahulu tidak memberi tekanan kepada tiga kemahiran baru

ini. Murid hanya diajarkan tatabahasa dan terpulanglah kepada murid tersebut

menggunakan bahasa menurut tafsiran sendiri.

Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana

hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab

dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar

dalam bentuk ayat. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik

sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan. Lantaran itu, murid perlu

menguasai kemahiran menulis untuk menghuraikan data-data yang tepat,

berupaya menyusun jawapan dalam bentuk yang mudah, teratur dan meyakinkan.

10

Page 11: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis adalah sangat penting dan

perlu dilaksanakan berdasarkan penguasaan kemahiran. Roselan Baki (2003)

berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang

kompleks.Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-

tahapnya secara sistematis. Menurut Suhaimi Yunus (2009) ternyata kemahiran

menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan

bertulis.

Kemahiran menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar

untuk dikuasai (Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding

dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir

menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh yang demikian, proses menulis

memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis karangan,

semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan

dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006).

Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti

kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran

ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan

peluang yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik. Dalam penghasilan

penulisan karangan, murid-murid mengalami dua proses iaitu proses dalaman dan

proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005).

11

Page 12: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis

seharusnya dilaksanakan dengan berkesan (Roselan Baki, 2003). Penguasaan

kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah

dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya

Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran

kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis

huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila

dibaca (Yahya Othman, 2005).

Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu

menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu

disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan, memujuk,

memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan huraian juga

dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan.

Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang

baik semasa di bangku sekolah. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran

menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk

tulisan.

12

Page 13: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan

pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk tulisan. Menurut Yakop

(1985), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer menerusi

penggunaan powerpoint ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar

yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza.Pelajar-pelajar yang cerdas

boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap

pemahaman mereka. Pelajar yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar

dengan berulang-ulang kali sehingga mereka faham.Ini dapat memotivasikan

pelajar yang lemah untuk meningkatkan prestasi mereka.

Kaedah pembelajaran menggunakan powerpoint ini dapat mengatasi

masalah guru dalam mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan

berbeza.Jean Piaget (1950) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu

berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan

persekitaran.Menurut Kalat (1999) kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan

umum dan kemahiran praktis.Pembelajaran berbantukan komputer dengan

menggunakan powerpoint serta animasi yang menarik dapat memberikan peluang

kepada pelajar belajar dan memahami sesuatu teknik dan format penulisan

mengikut keupayaan sendiri.

13

Page 14: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Menurut Rashidi (1986), kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan powerpoint dengan pelbagai animasi dan warna ini dapat

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran

yang sihat seronok untuk pelajar.Walau bagaimanapun, Rashidi (1986)

menyatakan sebenarnya komputer tidak boleh menggantikan guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru sebagai fasilitator atau pembimbing

yang bertanggungjawab untuk menggerakkan dan menghidupkan perbincangan

dan penerokaan ilmu di kalangan pelajar.

Pelajar dikehendaki mentafsir sendiri melalui garis panduan yang

diberikan oleh guru.( Thomas, 1994). Memandangkan penggunaan komputer

telah berkembang dengan pesat, maka tumpuan seharusnya diberikan untuk

menghasilkan slaid power point yang menarik dan yang berkualiti ( Yusuf

Hashim, 1998 ). Oleh yang demikian kaedah ini wajar dijalankan bagi meninjau

keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan.

14

Page 15: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

1.3 Kerangka Konseptual

Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan keberkesanan kaedah

pembelajaran menggunakan perisian paparan elektronik dan pembelajaran bagi

penulisan karangan serta pencapaian minat murid Tahun Lima. Berikut adalah

kerangka konseptual kajian tersebut.

Objektif utama kaedah pembelajaran tersebut adalah untuk melihat

peningkatan prestasi penulisan karangan dan pencapaian minat murid Tahun

Lima. Penyelidik akan menggunakan ujian pra dan pasca kepada murid-murid ini.

Borang soal selidik akan diberi kepada responden untuk melihat sejauh mana

keberkesanan dan minat responden terhadap kaedah pembelajaran menggunakan

perisian multimedia. Untuk menguji pencapaian prestasi, penyelidik akan

menganalisa min markah ujian pra dan ujian pasca responden.

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual

15

Konsep Jelas Minat Pencapaian Prestasi

Ujian soal selidik Perbezaan peratusan ujian pra dan pos

KAEDAH PEMBELAJARAN*Penggunaan Perisian Paparan Elektronik’

Page 16: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

1.4 Persoalan Kajian

I. Apakah punca murid-murid tidak dapat menguasai penulisan karangan Bahasa

Melayu?

II. Bagaimanakah pelaksanaan paparan elektronik dalam meningkatkan penulisan

karangan Tahun Lima?

III. Sejauh manakah keberkesanan kaedah penggunaan Perisian Paparan Elektronik

terhadap daya penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid

Tahun Lima?

IV. Adakah penggunaan perisian paparan elektronik (Powerpoint) dapat

memberikan kesan positif terhadap minat murid-murid di dalam kelas?

1.5 Objektif Kajian

Secara spesifik,objektif kajian adalah:

I. Untuk mengenalpasti punca murid-murid tidak dapat menguasai penulisan

karangan bahasa Melayu.

II. Untuk menghuraikan bagaimana pelaksanaan Perisian Paparan Elektronik

dalam meningkatkan penulisan karangan Tahun Lima.

III. Untuk mengkaji keberkesanan kaedah penggunaan Perisian Paparan Elektronik

terhadap daya penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid

Tahun Lima.

IV. Untuk mengenalpasti kesan positif ke atas minat murid-murid terhadap

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan penggunaan kaedah

penggunaan Perisian Paparan Elektronik .

16

Page 17: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

1.6 Batasan Kajian

Ketepatan dapatan kajian bergantung kepada tindakbalas sampel kajian dari aspek

kesungguhan menjawab soalan ujian pra dan ujian pos dan soal selidik yang

dikemukakan.Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut:

i. Kajian hanya melibatkan pelajar Tahun Lima di sebuah sekolah

kebangsaan (sk) sahaja sebagai sampel kajian. Oleh yang demikian dapatan

kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada semua pelajar Tahun Lima

sekolah lain.

ii. Kajian hanya terhad untuk matapelajaran penulisan bagi matapelajaran

Bahasa Melayu Tahun Lima dan bukannya untuk keseluruhan sukatan

pelajaran bagi Bahasa Melayu.

iii. Dalam kajian wujud kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang

memesong dari tujuan kajian misalnya maklumat palsu yang mungkin

diberi oleh sampel kajian.

17

Page 18: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memperlihatkan keberkesanan dalam

pembelajaran menggunakan Perisian Paparan Elektronik bagi proses pengajaran

dan pembelajaran dan dapat menarik minat pelajar dalam menguasai kemahiran

dan memahami teknik dan format penulisan dengan lebih baik.

Pembinaan slaid Perisian Paparan Elektronik ini juga diharap dapat

membantu pelajar meneruskan pembelajaran mengikut keupayaan

sendiri.Sehubungan dengan itu, pelajar yang cerdas dapat mempelajari teknik dan

format dalam penulisan dengan lebih cepat sebagai pengayaan untuk

mengukuhkan lagi pemahaman mereka manakala bagi pelajar yang sederhana dan

lambat mereka boleh mempelajarinya sebagai pengukuhan dan pemulihan dengan

membuat ulangkaji yang berkali-kali sehinggalah mereka teknik dan format di

dalam penulisan dengan baik malah meningkatkan minat dan motivasi mereka

untuk belajar menguasai penulisan karangan di dalam Bahasa Melayu.

Kajian ini juga dapat dijadikan contoh atau panduan kepada para guru

untuk mata pelajaran lain dalam membantu para guru menggunakan kaedah

pembelajaran menggunakan Perisian Paparan Elektronik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mereka dan secara tidak lansung meningkatkan

kemahiran guru menggunakan Perisian Paparan Elektronik dan pengendalian

alatan komputer.

18

Page 19: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Kajian juga dijalankan bagi memenuhi keperluan dalam bidang pendidikan

di mana Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan peruntukan yang

besar bagi melaksanakan projek pembestarian sekolah-sekolah di Malaysia.

Kajian ini juga penting khususnya kepada guru bahasa, pelajar dan juga

penggubal kurikulum.

Kajian ini membolehkan guru mengenalpasti dan menggunakan kaedah

yang lebih sesuai dalam pengajaran.Hasil kajian ini juga diharapkan dapat

mengubah tanggapan pelajar terhadap mata pelajaran penulisan dan menganggap

penulisan itu mudah dan menyeronokkan untuk dipelajari seterusnya dapat

meningkatkan pencapaian pelajar akhirnya. Secara terperincinya, kepentingan

kajian ini terbahagi kepada empat pihak, iaitu, murid-murid, guru, sekolah dan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1.7.1 Murid-murid

Pembelajaran berbantukan multimedia akan dapat mempelbagaikan bahan

rujukan murid kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti

pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan

sebagainya. Selain daripada itu, murid-murid tidak perlu terikat dengan sesuatu

gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantukan multimedia ini dapat

menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan pengajaran

mengikut kebolehan ( Sharifah Alawiah, 1987 ). Secara tidak langsung, ianya

akan meningkatkan kefahaman murid dan seterunya meningkatkan pencapaian

akademik murid-murid.

19

Page 20: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

1.7.2 Guru

Kajian ini dapat membantu proses memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas dan juga dapat mengurangkan beban guru. Oleh itu,

pembelajaran berbantukan multimedia ini dapat menjadi sumber rujukan dan

motivasi kepada guru untuk membuat inovasi pada pengajaran agar proses

pengajaran dan pembelajaran lebih difahami dan diikuti oleh murid-murid.

1.7.3 Sekolah

Pembelajaran berbantukan multimedia dijangka dapat meningkatkan

prestasi murid di samping member pendedahan kepada guru dan pelajar kepada

penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu mengajar. Dengan secara

tidak langsung ianya dapat meningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai

sebuah sekolah yang memnuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang

cemerlang.

1.7.4 Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM )

Kajian yang dihasilkan ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk pihak KPM

khususnya sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dalam menyediakan keperluan-

keperluan yang mencukupi bagi melaksanakan kaedah pengajaran dan

pembelajarn berbantukan multimedia bagi penulisan karangan Bahasa Melayu

Tahun Lima.

20

Page 21: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

1.8 Penutup

Daripada kajian ini akan dapat mengetahui ke sejauh manakah keberkesanan

kaedah Penggunaan Perisian Paparan Elektronik terhadap daya penulisan

karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Tahun Lima. Selain itu,

melalui kajian ini juga akan dapat mengatahui adakah murid-murid Tahun Lima

berminat terhadap penggunaan kaedah penggunaan Perisian Paparan Elektronik

terhadap daya penulisan karangan Bahasa Melayu.

21

Page 22: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pendahuluan

Secara umumnya, tinjauan kajian atau ulasan risalah adalah bab yang

menerangkan tentang kajian yang pernah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji

lepas. Menurut Neuman (dipetik daripada Rohana, 2003) menjelaskan tinjauan

kajian ialah himpunan pengetahuan yang dapat membantu penyelidik

membina apa yang belum ada dalam sesebuah karya. Oleh yang demikian, ia

akan menjadi panduan kepada penyelidik untuk menjawab persoalan-

persoalan yang ingin dirungkai dalam kajian.

Selain itu, tinjauan kajian ini merujuk kepada istilah tinjauan literatur

secara amnya, ia didefinisikan sebagai aktiviti mencari, meneliti, menilai dan

merumuskan literature yang ada.Tinjauan literatur juga merupakan aktiviti

bersistem yang memerlukan perancangan yang sistematik, komprehensif dan

dijalankan serentak dengan peringkat lain dalam proses penyelidikan supaya

rujukan daripada pengkaji-pengkaji atau penulis yang pernah membuat kajian

yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini dapat membantu pengkaji

sekaligus memandu penyelidikan ini.

22

Page 23: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Menurut Sundralingam (1989), kegagalan murid menulis karangan yang

baik ialah kerana guru bahasa masih menggunakan pendekatan yang

tradisional. Guru mengemukakan satu tajuk karangan, seterusnya

membincangkan isi-isi penting bersama murid dan kemudian murid

akanmenulis tajuk tersebut. Pendekatan ini bukan sahaja tidak menggalakkan

hasil penulisan yang baik, kerana guru tidak memberi rangsangan yang sesuai

untuk mencetuskan pemikiran murid serta tidak mengerakkan minat, malah

murid juga kurang dipandu dari aspek proses menulis mengikut tahap-tahap

tertentu.

Kesimpulannya, daripada penyataan masalah yang telah dibincangkan,

didapati prestasi dan kemampuan murid menulis karangan yang baik masih

rendah dan perlukan pendekatan pengajarandan pembelajaran (p&p) menulis

karangan yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan murid sendiri.

Dalam proses p&p kemahiran menulis karangan di Tahun 5 sekolah ini,

guru biasanya mengamalkan pendekatan tradisional iaitu guru menetapkan

tajuk karangan untuk dihasilkan oleh murid-murid. Ini diikuti dengan aktiviti

membincangkan isi-isi penting dan seterusnya murid diminta menulis

karangan.Menurut Keh (1990), penggunaan pendekatan proses dalam

pengajaran penulisan karangan bukanlah satu yang baru.

23

Page 24: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Pendekatan ini telah digunakan sejak 1970-an. Schwartz (1990)

menerangkan bahawa pendekatan proses berperanan penting dalam penulisan

karangan yang mana murid dibantu untuk melalui proses merancang,

membuat draf dan menyemak teks. Model ini menekankan interaksi di antara

guru dengan murid melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model,

kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks.

Dalam bab ini juga akan meninjau tentang hasil kajian yang berkaitan

keberkesanan pembelajaran menggunakan perisian paparan elektronik dalam

pengajaran. Antara aspek yang dibincangkan ialah beberapa hasil kajian yang

berkaitan dengan penggunaan kaedah pembelajaran menggunakan perisian

paparan elektronik dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar menguasai

konsep, teknik dan memahami penulisan dengan lebih baik dan dapat menarik

minat pelajar terhadap penulisan serta kelebihan-kelebihan dalam

menggunakan perisian paparan elektronik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

24

Page 25: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

2.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer

Di Malaysia pendidikan komputer telah mula diperkenalkan pada tahun

1993 dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah. Sekolah-sekolah tersebut

dibekalkan dengan 20 buah komputer.Pembelajaran Berbantukan Komputer

juga mula berkembang dengan wujudnya sekolah bestari dan terkini

Kementerian Pelajaran telah melaksanakan projek Pembestarian Sekolah.

Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat menguji

tahap kefahaman pelajar dengan memberi ujian pendek tentang bahan yang

telah dipelajari. Selepas pelajar menjawab ujian tersebut komputer dapat

menilai jawapan yang diberi oleh pelajar itu betul atau salah.Sekiranya

terdapat kesalahan pelajar diberi peluang untuk mengulangi soalan tersebut.

Kaedah PBK juga dapat membantu pelajar-pelajar lemah yang

menghadapi masalah-masalah dalam menguasai dan memahami sesuatu

pelajaran yang dipelajarinya dalam pendidikan pemulihan. Komputer

berupaya memberi penerangan mengenai masalah pembelajaran kepada

pelajar-pelajar. Dengan adanya ciri-ciri penerangan ini, pendidikan pemulihan

dapat dilakukan dengan segera menurut Rusdina (1993).

Merujuk kepada kaedah pengajaran yang menggunakan komputer sebagai

bahan bantu mengajar dan komputer merupakan aplikasi teknologi komputer

dalam pendidikan. Komputer digunakan sebagai alat untuk membantu dan

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh komputer

boleh digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran atau menyimpan 25

Page 26: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

rekod. Dengan ini pengajaran menjadi mudah dan prosespembelajaran dan

pemahaman pelajar lebih berkesan.Maklumat-maklumat yang diperoleh itu

boleh disimpan di dalam disket dan dibuka semula apabila diperlukan.

i. Perisian Paparan Elektronik (Microsoft Power Point )

Power Point merupakan salah satu daripada perisian yang berguna dalam

program Microsoft Windows.Secara amnya, Power Point digunakan sebagai

alat persembahan. Perisian ini mempunyai keistimewaannya tersendiri:

i. Boleh digunakan untuk membuat slaid persembahan.

ii. Dapat dimuat dengan gambarajah atau grafik yang menarik.

iii. Melukis carta atau jadual dengan lebih cepat.

iv. Kesan animasi dapat dimasukkan kepada teks dan objek dalam slaid.

Jika dilihat sebelum ini, semasa guru menggunakan perisian paparan

elektronik dalam kelas, murid menunjukkan reaksi teruja. Namun, murid

jarang diberi peluang untuk mencuba sendiri perisian tersebut. Justeru, dengan

adanya perisian ini, ia dapat memberi peluang murid merasai sendiri

pengalaman belajar yang menyeronokkan.Murid dibiarkan bermain, mencuba,

menjawab dan meneroka sendiri perisian inovasi ini demi untuk meningkatkan

mutu penulisan karangan mereka

26

Page 27: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Kemudian, perisian ini membahagikan isi pelajaran mengikut tajuk dan

bahagian. Ianya dibuat berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini. Murid

akan mempelajari setiap tajuk dengan teratur seperti yang dirancang oleh

guru. Soalan pemahaman dibuat secara menyeluruh oleh guru mengikut tahap

dan kemampuan murid. Di sini guru boleh memantau terus perkembangan

murid. Memandangkan perisian ini hanya menggunakan PowerPoint dan

boleh diubah bila-bila masa, guru boleh menambah atau mengubah soalan

yang lebih sesuai dengan murid sekiranya murid gagal atau tidak faham.

Perisian inovasi ini memerlukan murid meneroka sendiri pengetahuan,

maka ianya dapat membantu murid yang pasif dan pemalu dalam kelas untuk

belajar dengan lebih berkesan. Seterusnya motivasi murid juga semakin

bertambah baik.Hal ini menepati matlamat penggunaan ICT dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.Selalunya, apabila dalam kelas murid kurang

berkeyakinan untuk mencuba sesuatu perkara.

Dengan adanya inovasi ICT ini, ianya dapat membantu murid mencuba

dan melakukan perkara yang sukar dilakukan semasa proses pengajaran guru

biasa. Hal ini memupuk nilai yakin diri dan keberanian murid semasa proses

pembelajaran.

27

Page 28: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

2.2 Kelebihan Menggunakan Pembelajaran Berbantukan Komputer

i. Kaedah ini dapat memenuhi kebolehan dan keperluan pembelajaran

individu. Pelajar boleh belajar mengikut kadar kecepatan proses

pembelajaran masing-masing dan justeru itu dapat menyelamatkan masa

pembelajaran berbanding dengan pengajaran secara biasa dalam bilik

darjah. Pelajar dapat mengawal kadar dan urutan pembelajaran.

ii. Tindakbalas serta-merta dan secara peribadi memberi kesan peneguhan

yang sangat positif.

iii. Komputer dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam

pengajaran. Ciri-ciri komputer yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat,

tidak sakit hati dan sabar semasa membuat dan menggunakan program

menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang

kurang cerdas. Ini jelas sekali dalam strategi latih tubi di mana beberapa

percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.

iv. Atribut media yang terdapat dalam bahan ini seperti warna, muzik, animasi

dan visual menambahkan realisme (Levie, 1976) dalam pembelajaran

secara latih tubi,uji kaji dalam makmal, permainan, simulasi dan

sebagainya.

v. Pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan pencapaian

pelajar.

28

Page 29: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

vi. Komputer juga dapat menyediakan pembelajaran yang konsisten dan

terjamin. Ia tidak tertakluk kepada kesediaan guru, masa dan lokasi proses

pengajaran itu berlaku.

2.3 Kajian-kajian yang berkait dengan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Kajian daripada Gladwin, R.P. Margerison, D.& Walker,S.M. (1990)

mendapati bahawa PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran membawa

banyak kebaikan berbanding dengan cara tradisional. Kebaikan-kebaikan itu

ialah:

i. Pelajar-pelajar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada

pelajaran.Ini disebabkan terdapat pemaparan grafik berwarna-warni yang

dapat menarik perhatian pelajar.Penjelasan sesuatu konsep pelajaran yang

lebih berkesan berbanding dengan cara melukis di papan hitam.

ii. Pengiraan yang kompleks dapat diselesaikan dengan mudah, cepat dan

tepat. Ini dapat menjimatkan masa pelajar dengan memberi arahan yang

kepada komputer untuk melakukan kerjanya kerana pelajar hanya perlu

memasukkan data ke dalam komputer sahaja seterusnya komputer yang

akan memproses data dan memberi semua output yang ada. Pelajar akan

mendapat hasil output melalui paparan skrin komputer.

29

Page 30: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

iii. Pelajar dapat menjelajah skrin komputer. Ini memberikan cara

pembelajaran yang tidak dapat dilakukan melalui buku teks seterusnya

secara lansung memberipeluang kepada pelajar supaya dapat membiasakan

diri dengan teknologi.

Rashid Azizan & Abdul Razak Habib (1995) menyatakan PBK dapat

memberikan kebaikan-kebaikan dalam pengajaran terancang, pengajaran

individu, pengajaran pengayaan dan pengajaran pemulihan. Melalui

pengajaran terancang, guru dapat membina program-program yang dirancang

khas untuk keperluan para pelajar mengikut tahap kebolehan pengetahuan dan

jangka masa yang sesuai dengan diri mereka. Dalam pengajaran individu,

pelajar dapat berinteraksi dengan komputer tanpa rasa segan atau takut kepada

keadaan persekitarannya kerana persekitaran mereka hanya melibatkan

komputer dan individu pelajar sahaja.

PBK dapat memperkayakan lagi pengetahuan pelajar-pelajar yang telah

memahami sesuatu konsep melalui latih-tubi atau ujian yang sesuai dalam

pengajaran pemulihan.PBK juga dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah

di dalam sesuatu mata pelajaran atau topik dalam pengajaran

pemulihan.Penyampaian secara tutorial, latih-tubi atau simulasi dapat

membantu mereka memahami konsep yang disampaikan oleh guru.Pengajaran

dan pembelajaran berbantukan komputer dapat menggalakkan

penglibatanmpelajar secara aktif dalam aktiviti kelas semasa pengajaran dan

pembelajarandilaksanakan.

30

Page 31: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Pelajar-pelajar boleh mengawal kandungan pembelajaran terutamanya

dari segi susunan bahan pembelajaran. Mereka juga boleh mengawal strategi

pembelajaran seperti cara persembahan dan jumlah latihan yang dibuat.

Pelajar juga diberi peluang belajar mengikut kadar sendiri dan seterusnya

menguasai pelajaran mereka. Ternyatalah PBK dapat meningkatkan kualiti

proses pengajaran dan pembelajaran (Qi Chen, 1995).

2.4 Kelebihan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Multimedia ialah kombinasi grafik, bunyi, video, teks dan animasi yang

menghasilkan persembahan yang menakjubkan.Multimedia mempunyai

interaktif yang tinggi maka ia digunakan dalam program yang memerlukan

interaksi guru.Pelajar sekolah berinteraksi melalui multimedia untuk

memperoleh pengetahuan yang berguna dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mereka (Zackeriya, 1995).

Kajian yang dilaksanakan di sekolah-sekolah daerah Sacramento,

Carlifornia, Amerika Syarikat mulai tahun 1987 telah membuktikan bahawa

multimedia telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih

menarik dan memuaskan.Bahan pelajaran adalah mudah untuk difahami dan

juga kaedah penyampaian pula lebih menyeronokkan melalui multimedia.

Kombinasi pelbagai media dalam penerangan memberi penjelasan yang lebih

menyeluruh tentang sesuatu konsep, proses atau kejadian. Program

multimedia telah membolehkan pelajar mengambil bahagian yang lebih aktif 31

Page 32: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Floyd,1991).

2.5 Kelebihan Microsoft Power Point Sebagai Bahan Bantu Mengajar

Microsoft Power point merupakan salah satu daripada perisian

persembahan grafik yang popular. Program ini dapat membantu guru-guru

untuk menghasilkan persembahan slaid yang menarik, sama ada pada skrin

komputer atau pun dalam bentuk slaid transperensi. Program ini menyediakan

beberapa cara yang mudah untuk membina sesuatu persembahan yang

professional.

Guru boleh memilih cara yang sesuai dengan kehendak atau kemahiran

mereka. Perisian ini juga menyediakan pelbagai alatan yang akan diperlukan

untuk membina sebuah perisian persembahan. Power point juga merupakan

program yang mudah untuk dipelajari dan dikendalikan. Perisian ini juga

mempunyai unsur-unsur multimedia yang dapat menarik minat pelajar untuk

mempelajari apa yang terkandung dalam perisian persembahan. Adalah

diketahui bahawa pelajar akan minat dan bermotivasi untuk blajar jika mereka

diajar dengan suasana pembelajaran yang berbeza maka situasi ini akan

meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.

32

Page 33: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Adalah diketahui bahawa pelajar akan minat dan bermotivasi untuk blajar

jika mereka diajar dengan suasana pembelajaran yang berbeza maka situasi ini

akan meningkatkan kualiti pembelajaran mereka. Menurut Leong Mei Wei

(1998) kelebihan penggunaan komputer dalam proses P&P secara umumnya

adalah :

i. Membantu Pelajar Lemah.

Pelajar yang lemah boleh belajar mengikut keupayaannya.Pelajar ini juga

boleh mengulangkaji pelajaran sehingga berjaya memahami konsep-

konsep yang diajar tanpa mengganggu perjalanan pelajar lain yang lebih

cerdas.Dengan ini, perbezaan tahap kognitif dan psikologi antara pelajar

akan berkurangan jika teknologi komputer dijadikan sebagai satu

pendekatan dalam membantu proses P&P.

ii. Membantu Dalam Pemahaman

Bahan pelajar dapat difahami dengan baik dan cepat.Ini kerana

penggunaan grafik, animasi, warna, muzik, simulasi dan dialog akan

mempercepatkan lagi proses pemahaman pekara-perkara atau konsep-

konsep yang ingin disampaikan dengan berkesan.

33

Page 34: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

iii. Jangka Masa Pendek

Seseorang pelajar berupaya memahami suatu konsep lebih cepat dengan

kaedah menggunakan power point berbanding konvensional.Ini kerana

penggunaan komputer berupaya memberi motivasi dalam pembelajaran

pelajar.

iv. Mutu dan Perhatian

Apabila komputer membantu tugas yang biasanya dilakukan

oleh guru.Perhatian yang lebih dapat diberikan kepada kepekaan

seseorang pelajar. Guru juga mempunyai masa yang lebih untuk

memperbaiki mutu bahan pelajar serta merancang dan menghasilkan

perisian yang lebih baik untuk kesesuaian pengajian P&P mengikut tahap

pelajar-pelajarnya.

v. Meringankan Beban

Guru juga mempunyai masa yang lebih untuk memperbaiki

mutu bahan pelajar serta merancang dan menghasilkan perisian yang

lebih baik untuk kesesuaian pengajian P&P mengikut tahap pelajar-

pelajarnya.

34

Page 35: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

vi. Sikap Positif

Kebanyakan perisian kursus mempunyai ciri interaksi dengan pelajar

secara tidak langsung ini memaksa pelajar menjadi aktif apabila

menggunakan perisian PBK.Ini dapat mengatasi sikap pelajar yang

negatif dan menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam

perhubungan pelajaran.

vii. Paparan Menarik

Kombinasi warna dan muzik yang tepat menghasilkan paparan yang

menarik. Penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur akan

memberikan persembahan yang menarik.Semua ini dapat menghasilkan

cara pembelajaran yang berkesan.

2.6 Keberkesanan

Keberkesanan adalah melibatkan sesuatu kegiatan hasil atau pengaruh

akibat daripada didorong oleh atau menyaksikan sesuatu kejadian.Ia

merujuk kepada sejauh manakah pengajaran yang dijalankan oleh guru-

guru (Teuku Iskandar, 1970).Kamus Dewan pula mendefinisikan

keberkesanan bermakna perihal berkesan atau tidak berkesannya sesuatu

tindakan dan perubahan.Hornby (1989) pula menyatakan bahawa

perkataan kesan membawa makmal perubahan yang disebabkan oleh satu

tindakan.

35

Page 36: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Manakala keberkesanan pula didefinisikan sebagai keupayaan atau

kebolehan untuk membawa serta mewujudkan hasil yang diingini. Chang

Song Huat & Lai Choy (1997), menyatakan ‘kesan’ bererti perasaan atau

akibat daripada menyaksikan sesuatu dan keberkesanan pula sebagai satu

perihal bagi kesan atau berkesannya satu tindakan.

Di sini jelas menunjukkan seseorang akan menjalani sesuatu

kesan apabila wujudnya suatu ransangan atau tindakan.Ransangan yang

dimaksudkan dalam kajian ini adalah penggunaan perisian paparan

elektronik ,kesan pula meliputi tindakbalas, reaksi atau tahap pencapaian

pelajar dalam sesuatu topik dengan penggunaan perisian paparan

elektronik.

Keberkesanan pula adalah merujuk kepada sejauh mana

keberkesanannya pengguna kaedah pembelajaran penggunaan perisian

power point interaktif dalam pembelajaran penulisan Bahasa Melayu

melalui dapatan yang diperolehi daripada tahap penguasaan pelajar.Oleh

itu, keberkesanan penggunaan kaedah penggunaan perisian paparan

elektronik dalam pembelajaran penulisan karangan dinilai dengan

mengukur tahap penguasaan pelajar dengan membuat perbandingan

dengan kaedah tradisional.

36

Page 37: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

2.7 Ringkasan

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dan

menggunakan perisian paparan elektronik bukanlah merupakan satu

fenomena yang baru. Teknik ini berupaya menukarkan pengajaran secara

konvensional kepada suasana yang lebih baik dan banyak memberi manfaat.

Daripada tinjauan literatur yang dibuat,kebanyakan kajian menunjukkan

penggunaan teknologi dalam pembelajaran membuahkan hasil yang

merangsangkan.Ini disebabkan teknologi maklumat berupaya membina

program pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Hasil tinjauan literatur

menunjukkan kegiatan penggunaan komputer harus dipergiatkan lagi untuk

mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran supaya membantu

para pelajar minat untuk belajar penulisan dan mudah memahami sesuatu

teknik dan format penulisan yang dipelajari mereka.

37

Page 38: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN3.0 Pendahuluan

Hasil tinjauan literatur menunjukkan kegiatan penggunaan komputer

harus dipergiatkan lagi untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran supaya membantu para pelajar minat untuk belajar penulisan dan

mudah memahami sesuatu teknik dan format penulisan yang dipelajari mereka.

Banyak kajian lepas yang menunjukkan bahawa terdapat kesan positif dalam

penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada mengesan

keberkesanan penggunaan perisian yang dibina berdasarkan perisian Power Point

dapat membantu pelajar peningkatan penulisan.Di samping itu, kajian ini juga

bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah tersebut terhadap peningkatan

minat pelajar terhadap penulisan setelah menggunakan kaedah perisian paparan

elektronik(Powerpoint).

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan bukan eksperimental iaitu

post-then-pre design (Klatt & Taylor-Powell, 2005). Dalam reka bentuk

ini, penilaian dilakukan setelah responden selesai mengikuti

pengajaran.Sampel akan diberi dua soalan bagi setiap item.

38

Page 39: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Soalan pertama adalah soalan pasca-ujian (post-test questions)

yang bertujuan menilai kebolehan responden selepas menjalani

latihan.Soalan kedua pula berbentuk soalan pra-ujian (pre-test questions)

iaitu untuk mengukur tahap kebolehan responden sebelum mengikuti sesi

pengajaran menggunakan kaedah Powerpoint.

Hasil perbandingan pasca-ujian dan pra-ujian akan menentukan

keberkesanan powerpoint ke atas sampel. Reka bentuk ini dipilih kerana

ia dianggap antara yang paling sesuai untuk menilai perubahan dalam

pengetahuan, kesedaran, kemahiran, sikap, keyakinan dan tingkahlaku

sampel (Rockwell and Kohn, 1989; Davis, 2003). Secara grafik, reka

bentuk kajian dapat digambarkan dalam gambarajah berikut:

Rajah 3.1: Reka Bentuk Kajian Pra dan Pasca

Stimulasi/ Soalan

Treatment pasca-ujian

(ujian)

Soalan pra-ujian

Ukuran Perbandingan

39

Page 40: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

3.2 Sampel

Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah

Mukah. Sekolah ini mempunyai 1 kelas sahaja yang terdiri daripada kedua-dua

jantina dan pelbagai kaum Pencapaian penulisan dalam ujian bulanan 1 bagi

kedua-dua kelas ini menunjukkan mereka mempunyai pencapaian yang agak

lemah dan markah yang diperolehi hampir sama. Oleh kerana kelas ini terdiri

daripada pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih kurang sama maka

tidak menjadi masalah dalam kajian ini untuk menentukan kelas kawalan dan

kelas eksperimen. 20 orang pelajar akan terlibat dalam kumpulan kajian ini.

3.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, instrument kajian pelajar terdiri daripada borang

maklumat pelajar, dua kertas ujian pra, kertas ujian pos dan soal selidik. Ujian

pra digunakan untuk mengesan tahap pencapaian pelajar dalam penulisan dengan

kaedah pengajaran biasa. Manakala ujian pasca pula digunakan untuk menguji

kesan penggunaan kaedah Perisian Paparan elektrik menggunakan perisian

Powerpoint. Manakala soal selidik pula untuk menentukan persepsi pelajar

terhadap keberkesanan penggunaan kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer

menggunakan perisian Powerpoint.

40

Page 41: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

3.3.1 Borang Maklumat Pelajar

Borang maklumat pelajar digunakan dalam kajian ini untuk

mendapatkan maklumat tentang latar belakang sampel kajian (Lampiran

1).Maklumat yang dikehendaki meliputi nama, bangsa, tahap kemahiran

menggunakan komputer, minat pelajar terhadap sains, tempat tinggal, pekerjaan

bapa, markah ujian dalam peperiksaan sebelumnya serta beberapa maklumat lain

yang berkaitan dengan diri pelajar.

3.3.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian yang diberikan kepada pelajar adalah menepati huraian Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu tahun Lima. Soalan-soalan ujian adalah dirujuk

daripada buku-buku rujukan untuk dijadikan instrumen. Item-item ujian ini

adalah berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Lima.

Kedua-dua ujian pra dan pascas adalah hampir sama di mana terdapat beberapa

pindaan soalan akan dilakukan pada ujian pasca.

Ujian Pra akan diambil sampel pada hari yang sama dalam masa 1 jam.

Selepas tiga minggu penggunaan kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer

menggunakan perisian paparan elektronik dijalankan, ujian pasca pula akan

diberikan kepada semua sampel. Ujian pos ini juga akan dijalankan dalam jangka

masa yang sama.

41

Page 42: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

3.3.3 Borang Soal Selidik

Ujian Pra akan diambil sampel pada hari yang sama dalam masa 1 jam.

Selepas tiga minggu penggunaan kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer

menggunakan perisian paparan elektronik dijalankan, ujian pasca pula akan

diberikan kepada semua sampel. Ujian pos ini juga akan dijalankan dalam masa

yang sama.

Salah satu instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah soalan soal

selidik. Menurut majid ( 2000 ), penggunaan borang soal selidik dapat

meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh

responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh geraklaku pengkaji.

Soalan soal selidik yang digunakan dalam kajin ini dibina pleh penyelidik

berpandukan daripada rujukan kajian lepas dan pandangan rakan-rakan guru di

SK Penakup Ulu, Mukah. Soal selidik juga dibina berpandukan jadual spesifikasi

tahap afektif Krathwohl dengan mempertimbangkan kategori penerimaan,

gerakbalas, penghargaan, organisasi dan ciri nilai. Soal selidik terbahagi kepada

dua bahagian.

Bahagian A adalah mengandungi item yang berkaitan tentang latar

belakang murid seperti jantina, pekerjaaan ibu/bapa/penjaga, taraf pendidikan

ibu/bapa/penjaga dan tahap pencapaian akademik terkini. Maklumat akademik

murid akan digunakan untuk melihat prestasi pelajar di peringkat awal.

42

Page 43: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Bahagian B pula mengandungi soalan yang berkaitan dengan faktor-

faktor yang mempengaruhi perlaksanaan secara berkesan kaedah penggunaan

perisian paparan elektronik ( Powerpoint ). Terdapat tujuh soalan yang perlu

dijawab oleh murid dalam bahagian ini. Skala Likert yang menagandungi lima

pilihan digunakan bagimembantu murid menyatakan tahap persetujuan terhadap

setiap item yang dikemukakan. Skala Likert adalah difikirkan sesuai kerana ia

merupakan pengukuran utama yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan

yang tinggi.

Jadual 3.1 : Format Skala Likert ( Dipetik dari modul Statistik OUM )

Skor Nilai SkorSangat Tidak Bersetuju (STS) 1

Tidak Setuju ( TS ) 2Tidak Pasti ( TP ) 3

Setuju ( S ) 4Sangat Setuju ( SS ) 5

Data-data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan taburan frekuensi dan

peratusan bagi mengenalpati faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan

pelaksanaan kaedah pembelajaran menggunakan perisian paparan elektronik

(Powerpoint).

43

Page 44: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

3.4 Prosedur analisis data

Analisis data dilakukan dengan menentukan markah skor bagi kedua-dua

ujian iaitu ujian pra dan ujian pos.Skor-skor maksimum dalam setiap ujian ialah

100. Skor-skor yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian

pelajar iaitu baik, sederhana dan lemah seperti yang ditunjukkan dalam jadual

3.1:

Jadual 3.1 : Skor Markah Ujian dan Tahap Pencapaian Pelajar

Skor Tahap Pencapaian80 – 100 Sangat Baik60 – 79 Baik40 – 59 Sederhana20 – 39 Lemah0 – 19 Sangat Lemah

Manakala skor minat pula, skala minat adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Skor Minat Pelajar Terhadap Penulisan Karangan

Skor Tahap Minat3.4 – 5.0 Tinggi1.8 – 3.3 Sederhana1.0 – 1.7 Rendah

44

Page 45: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

3.3 Prosedur Kajian Untuk menjalankan kajian ini, penyelidik perlu mematuhi beberapa prosedur.

Antaranya adalah :

i. Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian

Kajian yang dilakukan telah mendapat kebenaran daripada

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia. Penyelidik juga telah berbincang dengan Guru

Besar SK Penakup Ulu, Mukah, iaitu Cik Hajjah Joairidah Bt Haji Seman

berkenaan dengan praktikum dan kajian yang perlu dilakukan oleh

penyelidik di sekolah tersebut.

ii. Pelaksanaan Kajian Rintis

Kajian rintis terhadap ujian telah dijalankan kepada beberapa sampel

murid Tahun Enam. Sampel ini telah diuji seramai lima orang murid yang

mempunyai pengetahuan kognitif sedia ada. Murid yang dipilih ini adalah

merupakan bukan ampel. Ini adalah bagi menguji soalan ujian pra dan

pasca serta soal selidik yang disediakan sesuai dengan tahap kemampuan

pelajar Tahun Lima. Justeru itu, setelah kajian rintis dilaksanakan,

beberapa perubahan telah dilakukan kepada ujian pra dan ujian pasca dan

juga soal selidik. Perubahan ini dilakukan adalah berhubung dengan

penggunaan ayat soalan dan juga jenis soalan yang diberikan.

45

Page 46: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

iii. Pelaksanaan Kajian Sebenar

Justeru itu, setelah kajian rintis dilaksanakan, beberapa perubahan telah

dilakukan kepada ujian pra dan ujian pasca dan juga soal selidik.

Perubahan ini dilakukan adalah berhubung dengan penggunaan ayat

soalan dan juga jenis soalan yang diberikan. Setelah perubahan dilakukan

selepas kajian rintis, barulah kajian sebenar dilakukan kepada sampel.

Murid-murid di dalam kelas Tahun Lima ini merupakan kelas yang diajar

oleh penyelidik sendiri.

Tempoh kajian dibahagikan kepada empat fasa, iaitu :

Fasa 1 - Setelah mencetak surat kebenaran dari Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pendidikan

Malaysia , penyelidik berjumpa dengan Guru Besar untuk mendapatkan

kebenaran. Sepanjang kajian dijalankan. Penyelidik telah dibimbing oleh

seorang guru pembimbing yang dilantik oleh Guru Besar SK Penakup

Ulu, iaitu Pn. Corina Rose Skah.

Fasa II - Seterusnya penyelidik bertemu dengan murid-murid Tahun

Lima. Di sini penyelidik perlu menerangkan tujuan kajian ini dijalankan.

Kerjasama dari murid-murid amat diperlukan di sepanjang kajian

berlangsung. Dalam fasa ini juga, ujian pra dan pasca dijalankan kepada

murid-murid tersebut.

46

Page 47: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Fasa III - Dalam fasa ini, penyelidik telah menjalankan pengajaran dan

pembelajaran. Murid-murid telah memberikan kerjasama yang padu

seperti menjawab soalan yang diajukan,bertanya dan memberikan idea

serta pendapat. Setiap kali habis satu sesi pengajaran, penyelidik akan

memberikan latihan yang terdapat di dalam buku teks atau lembaran kerja

yang disediakn oleh penyelidik sebagai kerja rumah. Latihan ini akan

disemak dan dibincangkan pada kesesokkan harinya.

3.6 Pengumpulan dan Pemprosesan Data

Setiap kali habis satu sesi pengajaran, penyelidik akan

memberikan latihan yang terdapat di dalam buku teks atau lembaran kerja

yang disediakn oleh penyelidik sebagai kerja rumah. Latihan ini akan

disemak dan dibincangkan pada kesesokkan harinya. Penganalisaan data

secara kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskritif dan

inferens.Statistik dilakukan dengan menentukan min, sisihan piawai,

frekuensi dan peratusan serta membandingkan tahap pencapaian pelajar

dalam ujian pra dan pasca.

47

Page 48: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

Bagi meninjau persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan

kaedah pembelajaran berbantukan computer menggunakan perisian

paparan elektronik dalam penulisan karangan, pengkaji akan mentafsir

datanya dalam bentuk peratusan dan min skor setiap item dalam soal

selidik.Purata min skor tertinggi akan menunjukkan penerimaan yang

positif dan purata min yang rendah menunjukkan penerimaan yang

negatif. Semua analisis dalam kajian ini akan menggunakan Perisian

Microsoft Excell supaya memperolehi keputusan yang tepat dan benar.

48

Page 49: Hbef4303 - Kajian Tindakan Berasakan Sekolah-bab 1 - 3

49