1-2-3-4 rumusan kajian- bab 5.pdf

53
201 BAB 5 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Perbincangan dalam bab ini akan mengikut tajuk-tajuk berikut iaitu pengenalan, rumusan kajian, perbincangan, implikasi dan cadangan, cadangan model Kurikulum M- Pembelajaran, cadangan kajian lanjutan dan penutup. Pengenalan Tujuan utama kajian ini adalah untuk mereka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah. Kajian ini akan dijalankan dalam tiga fasa. Kajian fasa pertama ialah kajian analisis keperluan. Data dikumpul menerusi soal selidik diedarkan kepada 30 orang guru sekolah menengah yang mempunyai latar belakang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kajian fasa kedua ialah Reka Bentuk Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah yang merupakan bahagian utama kajian. Data dikumpulkan menerusi Teknik Delphi 3 pusingan yang diubah suai menggunakan satu panel pakar seramai 16 orang. Kajian fasa ketiga ialah penilaian kepenggunaan kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah yang dibina berasaskan Model State Countenance Model of Evaluation (SCEEM). Sampel kajian ialah 8 orang pelajar tingkatan 1. Melalui analisis keperluan fasa pertama guru-guru telah mengenal pasti elemen- elemen yang diperlukan dalam pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah. Elemen-elemen yang dikenal pasti dan disetujui oleh responden yang perlu dimasukkan dalam kurikulum M-Pembelajaran seperti objektif M-Pembelajaran, perkakasan, perkhidmatan elektronik, peralatan sokongan di sekolah, cara pelaksanaan, mata pelajaran, strategi pengajaran, kemahiran guru, kemahiran pelajar dan cara penilaian. Elemen-elemen tersebut disenaraikan dalam soal selidik kepada kumpulan pakar melalui teknik Delphi 3 pusingan. Hasilan analisis konsensus pakar terhadap

Upload: trinhtuyen

Post on 08-Dec-2016

340 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

201

BAB 5

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Perbincangan dalam bab ini akan mengikut tajuk-tajuk berikut iaitu pengenalan,

rumusan kajian, perbincangan, implikasi dan cadangan, cadangan model Kurikulum M-

Pembelajaran, cadangan kajian lanjutan dan penutup.

Pengenalan

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mereka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran

Sekolah Menengah. Kajian ini akan dijalankan dalam tiga fasa. Kajian fasa pertama ialah

kajian analisis keperluan. Data dikumpul menerusi soal selidik diedarkan kepada 30

orang guru sekolah menengah yang mempunyai latar belakang Teknologi Maklumat dan

Komunikasi.

Kajian fasa kedua ialah Reka Bentuk Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah

Menengah yang merupakan bahagian utama kajian. Data dikumpulkan menerusi Teknik

Delphi 3 pusingan yang diubah suai menggunakan satu panel pakar seramai 16 orang.

Kajian fasa ketiga ialah penilaian kepenggunaan kurikulum M-Pembelajaran

sekolah menengah yang dibina berasaskan Model State Countenance Model of

Evaluation (SCEEM). Sampel kajian ialah 8 orang pelajar tingkatan 1.

Melalui analisis keperluan fasa pertama guru-guru telah mengenal pasti elemen-

elemen yang diperlukan dalam pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran Sekolah

Menengah. Elemen-elemen yang dikenal pasti dan disetujui oleh responden yang perlu

dimasukkan dalam kurikulum M-Pembelajaran seperti objektif M-Pembelajaran,

perkakasan, perkhidmatan elektronik, peralatan sokongan di sekolah, cara pelaksanaan,

mata pelajaran, strategi pengajaran, kemahiran guru, kemahiran pelajar dan cara

penilaian. Elemen-elemen tersebut disenaraikan dalam soal selidik kepada kumpulan

pakar melalui teknik Delphi 3 pusingan. Hasilan analisis konsensus pakar terhadap

Page 2: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

202

elemen-elemen tersebut digunakan untuk mereka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran

Sekolah Menengah. Kurikulum yang dibentuk kemudiannya diuji kepada pelajar

tingkatan 1 menerusi 8 sesi pengajaran mata pelajaran sejarah bagi mengenal pasti

kekuatan dan kelemahannya.

Rumusan kajian

Rumusan kajian adalah berdasarkan kepada dapatan kepada setiap fasa yang telah

dijalankan.

Rumusan kajian fasa pertama

Kajian fasa pertama merupakan kajian analisis keperluan yang bertujuan untuk

mengenal pasti keperluan M-Pembelajaran sekolah menengah. Dalam kajian yang

dilaksanakan melalui kaedah tinjauan, guru-guru diminta mengenal pasti elemen-elemen

yang diperlukan dalam pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran. Data yang diperoleh ini

digunakan sebagai asas untuk membina soal selidik dalam pusingan kedua iaitu kajian

menggunakan teknik Delphi. Rumusan kajian bahagian ini akan dibincangkan

berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

1) Rumusan analisis keperluan Objektif Kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah.

2) Rumusan analisis keperluan perkakasan Kurikulum M-Pembelajaran sekolah

menengah.

3) Rumusan analisis keperluan perkhidmatan elektronik Kurikulum M-Pembelajaran

sekolah menengah.

4) Rumusan analisis keperluan perkakasan sokongan di sekolah Kurikulum M-

Pembelajaran sekolah menengah.

5) Rumusan analisis keperluan tingkatan yang sesuai pelaksanaan Kurikulum M-

Pembelajaran sekolah menengah.

Page 3: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

203

6) Rumusan analisis keperluan tahun yang sesuai pelaksanaan Kurikulum M-

Pembelajaran sekolah menengah.

7) Rumusan analisis keperluan cara pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran sekolah

menengah.

8) Rumusan analisis keperluan mata pelajaran yang sesuai pelaksanaan Kurikulum M-

Pembelajaran sekolah menengah.

9) Rumusan analisis keperluan komponen yang sesuai pelaksanaan Kurikulum M-

Pembelajaran sekolah menengah.

10) Rumusan analisis keperluan teknik pengajaran yang sesuai pelaksanaan Kurikulum

M-Pembelajaran sekolah menengah.

11) Rumusan analisis keperluan aktiviti untuk Kurikulum M-Pembelajaran sekolah

menengah.

12) Rumusan analisis keperluan kemahiran guru untuk Kurikulum M-Pembelajaran

sekolah menengah.

13) Rumusan analisis keperluan kemahiran pelajar untuk Kurikulum M-Pembelajaran

sekolah menengah.

14) Rumusan analisis keperluan bentuk ujian untuk Kurikulum M-Pembelajaran sekolah

menengah.

15) Rumusan analisis keperluan bentuk peperiksaan untuk Kurikulum M-Pembelajaran

sekolah menengah.

Objektif

Berdasarkan dapatan kajian, keperluan Objektif Kurikulum M-Pembelajaran

ialah Supaya pelajar-pelajar dapat meneroka aktiviti-aktiviti pembelajaran yang baru

melalui pendekatan-pendekatan yang inovatif dalam M-Pembelajaran, Supaya dapat

Page 4: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

204

menggalakkan lebih banyak peluang belajar sendiri di mana-mana sahaja dan pada bila-

bila masa, Supaya dapat menyediakan perhubungan mobile yang pantas antara individu

kepada individu yang lain, Supaya dapat menjimatkan masa tenaga dan kos (kepada guru

dan juga pelajar), Supaya dapat mengekalkan minat pelajar untuk terus belajar, Supaya

dapat memperkukuhkan proses kolaboratif di kalangan murid-murid dan Supaya dapat

membuat penilaian dinamik dan pantas ke atas progres pembelajaran murid.

Perkakasan

Berdasarkan dapatan kajian keperluan perkakasan dalam Kurikulum M-

Pembelajaran iaitu Komputer riba, Komputer meja, Personal Digital Assistant (PDA),

Telefon bimbit biasa, Komputer Tablet dan Telefon bimbit 3G.

Perkhidmatan elektronik

Berdasarkan dapatan kajian, keperluan perkhidmatan elektronik Kurikulum M-

Pembelajaran ialah Laman Web, e-mel dan SMS.

Perkakasan sokongan

Berdasarkan dapatan kajian, keperluan perkakasan di sekolah dalam Kurikulum

M-Pembelajaran ialah Projek SchoolNet, Makmal komputer, Server, Rangkaian Local

Area Network (LAN), Komputer Laptop, Komputer Desktop, Access Point, Wireless

Receiver dan Rangkaian Wireless.

Tingkatan

Berdasarkan dapatan kajian, keperluan tingkatanyang sesuai untuk permulaan

pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran ialah Tingkatan satu.

Page 5: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

205

Tahun sesuai

Berdasarkan dapatan kajian, keperluan tahun yang sesuai untuk permulaan

pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran ialah tahun 2010

Cara pelaksanaan

Berdasarkan dapatan kajian, Kurikulum M-Pembelajaran perlu dilaksanakan

dengan cara bersepadu dengan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).

Mata pelajaran

Berdasarkan dapatan kajian, keperluan mata pelajaran dalam Kurikulum M-

Pembelajaran ialah Teknologi Maklumat, Matematik, Sains, Biologi, Kimia, Fizik,

Geografi, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu.

Komponen

Berdasarkan dapatan kajian keperluan komponen dalam Kurikulum M-

Pembelajaran ialah Komponen kemahiran, Komponen pengetahuan, Komponen

membina nilai-nilai murni, Komponen tugasan luar dan Komponen latihan.

Teknik pengajaran

Berdasarkan dapatan kajian, keperluan teknik pengajaran dalam Kurikulum M-

Pembelajaran ialah Teknik inkuiri penemuan, Teknik projek, Teknik perbincangan

kumpulan kecil, Teknik penyelesaian masalah, Teknik penyoalan, Teknik latih tubi dan

Teknik kajian kes.

Page 6: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

206

Aktiviti

Berdasarkan dapatan kajian, keperluan aktiviti dalam Kurikulum M-Pembelajaran ialah

Kuiz, Mencari maklumat dalam internet, Persidangan Video, Perbincangan kumpulan,

Memberi maklum balas, Mengumpul data di lapangan, Menghantar SMS, Menghantar

MMS, Menerima arahan guru, Membaca nota pelajaran dan Chat.

Kemahiran guru

Berdasarkan dapatan kajian, keperluan kemahiran guru dalam Kurikulum M-

Pembelajaran ialah Mengakses internet dan menggunakannya untuk mencari maklumat,

Menggunakan e-mel untuk berkomunikasi, Mengguna hamparan elektronik

(spreadsheet) untuk memproses maklumat, Mengguna pemprosesan kata untuk

membentuk bahan bercetak, Mengetahui cara merancang keperluan perkomputeran

organisasi, Menyenggara peralatan sistem komputer dan rangkaian, Mengurus

keselamatan data dan peralatan, Mengguna sistem pengurusan pembelajaran (LMS) dan

Menyelaras dan mengemaskini maklumat.

Kemahiran pelajar

Berdasarkan dapatan kajian, keperluan kemahiran pelajar dalam Kurikulum M-

Pembelajaran ialah Mengakses internet dan menggunakannya untuk mencari maklumat,

Menggunakan e-mel untuk berkomunikasi, Mengguna teknologi seperti kamera digital,

scanner dan pen drive, Mengguna hamparan elektronik (spreadsheet) untuk memproses

maklumat, Mengguna pemprosesan kata untuk membentuk bahan bercetak dan

Mengguna aplikasi persembahan untuk pembentangan.

Page 7: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

207

Bentuk ujian

Berdasarkan dapatan kajian, keperluan bentuk ujian dalam Kurikulum M-Pembelajaran

iaitu Membuat kerja kumpulan, Membuat folio, Menghasilkan produk, Ujian dalam

talian, Kuiz melalui sms, Forum, Ujian dalam bilik darjah dan Membuat kertas kerja.

Bentuk peperiksaan

Berdasarkan dapatan kajian, keperluan bentuk peperiksaan dalam Kurikulum M-

Pembelajaran iaitu Soalan objektif dalam talian (online), Pemerhatian, Ujian amali /

Praktikal dan Soalan esei dalam talian (online).

Rumusan kajian fasa kedua

Kajian fasa kedua menggunakan Teknik Delphi yang diubai suai. Sebanyak 16

orang pakar dari bidang pendidikan telah dipilih untuk melibatkan diri dalam kajian ini.

Teknik Delphi digunakan untuk memperoleh konsensus pakar bagi reka bentuk

Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah. Satu siri soal selidik diedarkan kepada

kumpulan pakar sebanyak tiga pusingan.

Dalam pusingan pertama, 16 orang pakar yang terlibat dalam kajian ini. Soal

selidiknya adalah berbentuk gabungan soal selidik berstruktur dan soalan terbuka

diedarkan kepada panel pakar. Panel pakar dikehendaki menandakan jawapan mereka

berdasarkan skala Likert kepada pernyataan-pernyataan yang diberikan dan pakar boleh

memberi komen terhadap pernyataan tersebut disamping mereka boleh memberi

cadangan tambahan pada ruangan yang disediakan.

Pada pusingan kedua pakar akan dikehendaki menilai dan menandakan tahap

persetujuan mereka terhadap pernyataan-pernyataan berkaitan pembinaan kurikulum M-

Pembelajaran. Pernyataan-pernyataan ini dibina berdasarkan dapatan dalam pusingan

Page 8: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

208

satu. Cadangan-cadangan tambahan pakar dimasukkan dalam soal selidik pusingan

kedua. Median item-item yang disenaraikan dalam pusingan pertama ditunjukkan dalam

soal selidik pusingan kedua.

Pada pusingan ketiga setiap pakar disediakan dengan: 1) Maklumbalas daripada

pusingan kedua berkenaan dengan konsensus kumpulan terhadap setiap item; 2) Alasan

yang diberikan oleh ahli panel kerana masih berada di luar Julat antara Kuartil pada

setiap item; dan 3) peluang untuk menilai semula mana-mana item yang diinginkan.

Responden akan diminta menyemak semula penilaian terhadap semua item sebelum ini,

petunjuk konsensus setiap item dan alasan-alasan perselisihan. Selepas

mempertimbangkan semua faktor, setiap responden akan diminta membuat membuat

keputusan akhir terhadap pilihan yang mereka buat. Mereka boleh mengekalkan pilihan

mereka atau mengubah mana-mana pilihan yang mereka inginkan.

Setelah selesai ketiga-tiga pusingan Ujian Wilcoxon-paired Signed-rank Test

digunakan bagi menentukan sama ada terdapat perubahan pandangan pakar di antara

pusingan kedua dan pusingan ketiga.

Rumusan Dapatan Kajian Fasa 2

Dapatan kajian Fasa 2 dapat dirumuskan sebagai Reka bentuk Kurikulum M-

Pembelajaran Sekolah Menengah. Dapatan kajian adalah seperti berikut:

Objektif

Berdasarkan kepada dapatan kajian, item-item dalam elemen Objektif Kurikulum

M-Pembelajaran Sekolah Menengah ialah Supaya pelajar-pelajar dapat meneroka

aktiviti-aktiviti pembelajaran yang baru melalui pendekatan-pendekatan yang inovatif

dalam M-Pembelajaran, Supaya dapat memperkukuh proses kolaboratif dalam kalangan

Page 9: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

209

murid, Supaya dapat membuat penilaian dinamik dan pantas atas progres pembelajaran

murid, Supaya dapat menyediakan perhubungan mobile yang pantas antara individu

kepada individu yang lain, Supaya dapat menggalakkan lebih banyak peluang belajar

sendiri di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, Supaya dapat mengekalkan minat

pelajar untuk terus belajar dan Supaya dapat menjimatkan masa tenaga dan kos (kepada

guru dan juga pelajar).

Perkakasan

Berdasarkan dapatan kajian, item-item dalam elemen perkakasan Kurikulum M-

Pembelajaran Sekolah Menengah ialah Komputer riba, Telefon bimbit biasa, Telefon

bimbit 3G, Personal Digital Assistant (PDA), Komputer Tablet dan Kamera Web.

Perkhidmatan

Berdasarkan dapatan kajian, item-item dalam elemen perkhidmatan elektronik

Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah ialah Laman Web, E-mel, MMS, GPRS,

Internet Jalur Lebar, SMS, Bluetooth dan Blog.

Perkakasan sokongan

Berdasarkan dapatan kajian, item-item dalam elemen perkakasan sokongan di

sekolah untuk Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah ialah Makmal komputer,

Server, Router, Rangkaian Wireless, Firewall, Access Point, Rangkaian LAN dan

Rangkaian WAN.

Page 10: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

210

Tingkatan

Berdasarkan dapatan kajian, tingkatan yang sesuai untuk melaksanakan

Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah ialah Tingkatan 1, Tingkatan 2,

Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.

Tahun pelaksanaan

Berdasarkan dapatan kajian, tahun pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran

Sekolah Menengah ialah Tahun 2010, Tahun 2012 dan Tahun 2020.

Cara pelaksanaan

Berdasarkan dapatan kajian, cara pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran

Sekolah Menengah ialah Bersepadu dengan KBSM

Mata pelajaran

Berdasarkan dapatan kajian, mata pelajaran Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah

Menengah ialah Teknologi Maklumat, Sains, Matematik, Geografi, Bahasa Inggeris,

Sejarah, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.

Komponen Kurikulum

Berdasarkan dapatan kajian komponen Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah

Menengah ialah Komponen kemahiran, Komponen latihan, Komponen tugasan luar,

Komponen pengetahuan dan Komponen membina nilai-nilai murni.

Page 11: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

211

Teknik pengajaran

Berdasarkan dapatan kajian, Teknik pengajaran dalam Kurikulum M-

Pembelajaran Sekolah Menengah ialah Teknik inkuiri penemuan, Teknik projek, Teknik

penyelesaian masalah, Teknik penyoalan, Teknik Kajian kes dan Teknik latih tubi.

Aktiviti

Berdasarkan dapatan kajian, aktiviti dalam Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah

Menengah ialah Kuiz, Mencari maklumat di dalam Internet, Memberi maklum balas,

Forum, Menghantar MMS, Persidangan Video, Menghantar SMS, Perbincangan

kumpulan, Menerima arahan guru, Chat, Membaca nota guru, Mengumpul data

dilapangan dan Menghasilkan laman Web interaktif.

Kemahiran guru

Berdasarkan dapatan kajian, kemahiran guru dalam Kurikulum M-Pembelajaran

Sekolah Menengah ialah Mengakses Internet dan menggunakannya untuk mencari

maklumat, Menggunakan e-mel untuk berkomunikasi, Menggunakan sistem pengurusan

pembelajaran LMS, Kemahiran berkomunikasi, Menggunakan hamparan elektronik

(spreadsheet) untuk memproses maklumat, Menggunakan aplikasi persembahan untuk

pembentangan, Mengetahui cara merancang keperluan perkomputeran organisasi,

Mengurus keselamatan data dan peralatan, Menggunakan aplikasi pemprosesan kata

untuk membentuk bahan elektronik, Kemahiran menganalisa data, Kemahiran berfikir

yang tinggi, Menyenggara peralatan sistem komputer dan rangkaian dan Menyelaras dan

mengemaskini maklumat dan data.

Page 12: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

212

Kemahiran pelajar

Berdasarkan dapatan kajian, kemahiran pelajar dalam Kurikulum M-

Pembelajaran Sekolah Menengah ialah Mengakses Internet dan menggunakannya untuk

mencari maklumat, Menggunakan e-mel untuk berkomunikasi, Menggunakan aplikasi

persembahan untuk pembentangan, Menggunakan pemprosesan kata untuk

menghasilkan bahan elektronik, Menggunakan peralatan teknologi seperti kamera

digital, scanner dan pen drive, Kemahiran bekerja dalam kumpulan, Kemahiran

menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan perisian seperti Movie Maker, Ulead

dan vcd cutter dan Menggunakan hamparan elektronik (spreadsheet) untuk memproses

maklumat.

Bentuk ujian

Berdasarkan dapatan kajian, bentuk ujian dalam Kurikulum M-Pembelajaran

Sekolah Menengah ialah Ujian kertas/pensil di dalam bilik darjah, Membuat kerja

kumpulan, Ujian dalam talian (online test), Forum, Menghasilkan e-folio, Kuiz melalui

SMS, Membuat kertas kerja, Pemerhatian, Interview dan Pembentangan tugasan.

Bentuk peperiksaan

Berdasarkan dapatan kajian, bentuk peperiksaan dalam Kurikulum M-

Pembelajaran Sekolah Menengah ialah Soalan berbentuk struktur, Menghasilkan e-folio,

Soalan objektif dalam talian (online test), Ujian kertas pensil dalam bilik darjah, Soalan

esei dalam talian (online test), Pemerhatian dan Ujian amali.

Page 13: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

213

Perkaitan fasa 1 dan fasa 2

Dalam kajian ini dapatan dalam fasa 1 digunakan untuk kajian dalam fasa 2.

Elemen-elemen yang disenaraikan dalam fasa 1 dimasukkan dalam soal selidik pusingan

1 kajian fasa 2. Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan dapatan kajian di antara

fasa 1 dengan fasa 2.

Dari segi elemen objektif kurikulum M-Pembelajaran, ketujuh-tujuh objektif ini

yang disenaraikan dalam analisis keperluan mengikut pandangan guru mencapai

konsensus pakar dalam fasa 2. Tiada objektif yang ditolak oleh pakar dan tiada

penambahan objektif yang disyorkan oleh pakar.

Dari segi elemen perkakasan kurikulum M-Pembelajaran terdapat persamaan dari

segi keperluan dengan persetujuan pakar terhadap perkakasan seperti komputer riba,

telefon bimbit biasa, telefon 3G, PDA dan komputer tablet. Pakar menolak penggunaan

komputer meja tetapi memasukkan kamera Web sebagai satu lagi perkakasan yang boleh

digunakan dalam kurikulum M-Pembelajaran.

Dari segi elemen perkhidmatan elektronik kurikulum M-Pembelajaran terdapat

persamaan dari segi keperluan mengikut pandangan guru dengan konsensus pakar iaitu

laman Web, e-mel dan SMS. Dalam fasa 2 pakar telah memasukkan tambahan

perkhidmatan elektronik seperti MMS, GPRS, Internet Jalur Lebar, Bluetooth dan Blog.

Dari segi elemen perkakasan sokongan M-Pembelajaran di sekolah terdapat

persamaan dari segi keperluan mengikut pandangan guru dengan konsensus pakar iaitu

item seperti makmal komputer, server, Rangkaian Wireless, Access Point dan Rangkaian

LAN. Perkakasan sokongan seperti Projek SchoolNet, Komputer riba, Komputer meja,

Wireless receiver ditolak oleh pakar tetapi memasukkan peralatan seperti Router,

Firewall dan Rangkaian WAN.

Page 14: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

214

Dalam fasa 1 guru berpendapat tingkatan 1 sebagai tahun yang sesuai

melaksanakan Kurikulum M-Pembelajaran tetapi berbeza dengan konsesus pakar yang

menyenaraikan semua tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 sebagai sesuai untuk

melaksanakan kurikulum M-Pembelajaran.

Analisis keperluan dalam fasa 1 menunjukkan guru-guru berpendapat tahun yang

sesuai melaksanakan kurikulum M-Pembelajaran ialah tahun 2010 dan ini berbeza

dengan konsensus pakar yang menyenarai tahun 2010, 2012 dan 2020 sebagai tahun

sesuai pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran.

Terdapat persamaan di antara pandangan guru dengan konsensus pakar mengenai

elemen cara pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran, iaitu pelaksanaannya bersepadu

dengan KBSM.

Dari segi elemen mata pelajaran kurikulum M-Pembelajaran terdapat persamaan

di antara dapatan analisis keperluan dalam fasa 1 dengan konsensus pakar dalam fasa 2.

Matapelajaran itu ialah Teknologi maklumat, Matematik, Sains, Geografi, Bahasa

Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Terdapat perbezaan dapatan di

antara fasa 1 dengan fasa 2 terhadap Mata pelajaran seperti Biologi, Kimia dan Fizik.

Matapelajaran ini ditolak oleh pakar kerana mengganggap ketiga-tiga mata pelajaran ini

tidak sesuai untuk pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran. Keputusan ini menunjukkan

mata pelajaran Teknologi maklumat, Matematik, Sains, Geografi, Bahasa Inggeris,

Sejarah, Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu dimasukkan sebagai mata pelajaran dalam

kurikulum m-pembelajaran sekolah menengah.

Dari segi elemen komponen kurikulum M-Pembelajaran terdapat persamaan di

antara dapatan kajian dalam fasa 1 dengan fasa 2. Kesemua 5 komponen iaitu Komponen

kemahiran, Komponen pengetahuan, Komponen membina nilai-nilai murni, komponen

tugasan luar dan komponen latihan yang menurut pandangan guru perlu untuk

Page 15: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

215

pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran diterima oleh pakar dan mencapai konsesus

pakar. Keputusan ini menunjukkan Komponen kemahiran, Komponen pengetahuan,

Komponen membina nilai-nilai murni, komponen tugasan luar dan komponen latihan

dimasukkan sebagai komponen-komponen dalam kurikulum M-Pembelajaran sekolah

menengah.

Dari segi elemen teknik pengajaran kurikulum M-Pembelajaran terdapat

persamaan dapatan fasa 1 dengan fasa 2 terhadap teknik inkuiri penemuan, teknik projek,

teknik penyelesaian masalah, teknik penyoalan, teknik latih tubi dan teknik kajian kes.

Terdapat perbezaan di antara pandangan guru dengan pandangan pakar terhadap teknik

perbincangan kumpulan kecil. Pakar tidak memilih teknik perbincangan kumpulan kecil

sebagai salah satu teknik pengajaran dalam kurikulum M-Pembelajaran. Berdasarkan

dapatan ini teknik inkuiri penemuan, teknik projek, teknik penyelesaian masalah, teknik

penyoalan, teknik latih tubi dan teknik kajian kes dimasukkan sebagai teknik pengajaran

dalam kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah.

Dari segi elemen kemahiran yang diperlukan oleh guru dalam kurikulum M-

Pembelajaran terdapat beberapa persamaan dan perbezaan dapatan kajian dalam fasa 1

dengan fasa 2. Antara persamaan dapatan fasa I dengan fasa 2 ialah item mengakses

internet dan menggunakannya untuk mencari maklumat, menggunakan e-mel untuk

berkomunikasi, menggunakan hamparan elektronik untuk memproses maklumat,

menggunakan pemprosesan kata untuk membentuk bahan bercetak, mengetahui cara

merancang keperluan perkomputeran organisasi, menyenggara sistem komputer dan

rangkaian, mengurus keselamatan data dan peralatan, mengguna sistem pengurusan

pembelajaran (LMS) dan menyelaras dan mengemas kini maklumat dan data. Dalam fasa

2 pakar telah menambah empat lagi kemahiran yang diperlukan oleh guru. Kemahiran-

kemahiran itu ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan aplikasi untuk

Page 16: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

216

pembentangan, kemahiran menganalisis data dan kemahiran berfikir yang tinggi. Oleh

yang demikinan item-item mengakses internet dan menggunakannya untuk mencari

maklumat, menggunakan e-mel untuk berkomunikasi, menggunakan hamparan

elektronik untuk memproses maklumat, menggunakan pemprosesan kata untuk

membentuk bahan bercetak, mengetahui cara merancang keperluan perkomputeran

organisasi, menyenggara sistem komputer dan rangkaian, mengurus keselamatan data

dan peralatan, mengguna sistem pengurusan pembelajaran (LMS), menyelaras dan

mengemas kini maklumat dan data, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan

aplikasi untuk pembentangan, kemahiran menganalisis data dan kemahiran berfikir yang

tinggi dimasukkan sebagai elemen kemahiran yang diperlukan oleh guru dalam

kurikulum M-Pembelajaran.

Rumusan ini menunjukkan terdapat persamaan keperluan M-Pembelajaran

mengikut pandangan guru dengan konsensus pakar berhubung dengan elemen kemahiran

pelajar dalam Kurikulum M-Pembelajaran. Item-item yang mempunyai persamaan

pandangan ialah mengakses internet dan menggunakannya untuk mencari maklumat,

menggunakan e-mel untuk berkomunikasi, menggunakan teknologi seperti kamera

digital, scanner dan pendrive, menggunakan hamparan elektronik untuk memproses

maklumat, menggunakan pemprosesan kata untuk membentuk bahan bercetak dan

menggunakan aplikasi persembahan untuk pembentangan. Pakar telah menambah dua

lagi kemahiran pelajar iaitu kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran

menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan perisian seperti Movie Maker, Ulead

dan VCD Cutter. Berdasarkan dapatan fasa 2 ini item mengakses internet dan

menggunakannya untuk mencari maklumat, menggunakan e-mel untuk berkomunikasi,

menggunakan teknologi seperti kamera digital, scanner dan pendrive, menggunakan

hamparan elektronik untuk memproses maklumat, menggunakan pemprosesan kata

Page 17: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

217

untuk membentuk bahan bercetak, menggunakan aplikasi persembahan untuk

pembentangan, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran menghasilkan bahan

pembelajaran menggunakan perisian seperti Movie Maker, Ulead dan VCD Cutter

dimasukkan sebagai elemen kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam Kurikulum

M-Pembelajaran

Rumusan ini menunjukkan terdapat persaman keperluan M-Pembelajaran

mengikut pandangan guru dengan konsensus pakar berhubung dengan elemen bentuk

ujian untuk Kurikulum M-Pembelajaran. Item-item yang mempunyai persamaan ialah

membuat kerja kumpulan, menghasilkan e-folio, menghasilkan produk, ujian dalam

talian, kuiz melalui sms, forum, ujian kertas pensil dan membuat kertas kerja. Dalam fasa

2 Pakar telah menambah tiga lagi bentuk ujian dan turut mencapai konsensus iaitu

pemerhatian, interview dan pembentangan tugasan. Berdasarkan dapatan fasa 2 ini item

membuat kerja kumpulan, menghasilkan e-folio, menghasilkan produk, ujian dalam

talian, kuiz melalui sms, forum, ujian kertas pensil, membuat kertas kerja, pemerhatian,

interview dan pembentangan tugasan dimasukkan sebagai elemen bentuk ujian dalam

Kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah.

Rumusan ini menunjukkan terdapat persamaan keperluan M-Pembelajaran

mengikut pandangan guru dengan konsensus pakar berhubung dengan elemen bentuk

peperiksaan untuk Kurikulum M-Pembelajaran. Item-item yang mempunyai persamaan

ialah soalan objektif dalam talian, pemerhatian, ujian amali dan soalan esei dalam talian.

Terdapat perbezaan dapatan dalam fasa 2 dimana terdapat tambahan item untuk bentuk

peperiksaan iaitu item soalan berbentuk struktur, menghasilkan e-folio dan Ujian kertas

pensil dalam bilik darjah. Berdasarkan dapatan dalam fasa 2, item soalan objektif dalam

talian, pemerhatian, ujian amali, soalan esei dalam talian, soalan berbentuk struktur,

Page 18: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

218

menghasilkan e-folio dan Ujian kertas pensil dalam bilik darjah dimasukkan sebagai

elemen bentuk peperiksaan dalam Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah.

Dapatan dalam fasa 2 digunakan untuk membentuk Kurikulum M-Pembelajaran seperti

yang terdapat dalam Rajah 1. Elemen-elemen dalam Kurikukum ini kemudiannya

digunakan untuk mereka bentuk 8 Rancangan Pengajaran Harian untuk pelaksanaan

penilaian kepenggunaan kurikulum M-Pembelajaran dalam fasa 3.

Rumusan Dapatan Kajian Fasa 3

Fasa 3 merupakan kajian penilaian kepenggunaan terhadap Kurikulum M-

Pembelajaran Sekolah Menengah. Kajian ini dilaksanakan melalui pelaksanaan

pengajaran sebanyak lapan sesi pengajaran kepada 8 orang sampel pelajar tingkatan satu.

Penilaian menggunakan Model Penilaian Stake’s Countenance.

Hasrat Sebelum Pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran

Analisis hasrat pelajar dengan bahan

Keputusan analisis data hasrat pelajar dengan bahan dapat dirumuskan bahawa

sebelum pelaksanaan pengajaran menggunakan Kurikulum M-Pembelajaran

menunjukkkan pelajar menunjukkan minat yang tinggi terhadap peralatan seperti

komputer riba, telefon bimbit dan Personal Digital Assistant (PDA). Pelajar juga sangat

teruja untuk mengetahui bagaimana cara belajar terutamanya menggunakan Personal

Digital Assistant (PDA) dan telefon bimbit. Ini kerana kaedah pembelajaran

menggunakan peralatan ini merupakan perkara baru kepada pelajar-pelajar. Pelajar juga

berasa seronok dapat belajar menggunakan ketiga-tiga peralatan. Pelajar juga

menyimpan hasrat memperoleh pengalaman baru, memahirkan diri dalam penggunaan

teknologi, dapat memperoleh maklumat yang dikehendaki dengan cepat, dapat

Page 19: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

219

berhubung dengan rakan dan guru dengan cepat dan boleh belajar bila-bila masa dan

dimana mana sahaja.

Keputusan analisis data hasrat pelajar dengan pelajar dapat dirumuskan bahawa

sebelum pelaksanaan pengajaran menggunakan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah

Menengah dua orang pelajar menyatakan tidak perlu rakan sebaya untuk belajar

sementara enam orang pelajar menyatakan perlu rakan sebaya.

Keputusan analisis data hasrat pelajar dengan guru dapat dirumuskan bahawa

sebelum pelaksanaan pengajaran menggunakan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah

Menengah dua orang pelajar menyatakan tidak memerlukan guru untuk belajar

sementara enam orang pelajar menyatakan memerlukan guru untuk belajar.

Hasrat selepas pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Tiga subtema telah dibentuk di bawah hasrat selepas pelaksanaan Kurikulum M-

Pembelajaran Sekolah Menengah iaitu:

1) Hasrat pelajar dengan bahan;

2) Hasrat pelajar dengan pelajar; dan

3) Hasrat pelajar dengan guru.

Keputusan analisis data hasrat pelajar dengan bahan selepas pelaksanaan

pengajaran menggunakan Kurikulum M-Pembelajaran menunjukkan pelajar mempunyai

minat yang tinggi terhadap peralatan seperti komputer riba, telefon bimbit dan Personal

Digital Assistant (PDA). Pelajar juga begitu seronok dapat belajar menggunakan

peralatan mobile seperti komputer riba, Personal Digital Assistant (PDA) dan telefon

bimbit. Ini kerana M-Pembelajaran merupakan kaedah pembelajaran baru kepada

mereka. Pelajar merasa seronok kerana M-Pembelajaran berbeza dengan cara

pembelajaran biasa. M-Pembelajaran lebih eksploratif, situatif, koperatif dan kontekstual

(Goth, Frohberg, & Schwabe, tanpa tarikh). Pelajar juga memperoleh pengalaman baru,

Page 20: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

220

memahirkan diri dalam penggunaan teknologi, dapat bertukar-tukar idea dengan rakan,

dapat berhubung dengan rakan dan guru dengan cepat dan yang paling penting mereka

dapat belajar bila-bila masa dan dimana mana sahaja. Mereka juga seronok dapat

melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam Kurikulum M-Pembelajaran. Melalui kaedah

belajar M-Pembelajaran pelajar dapat mencari maklumat yang diperlukan dengan cepat,

tidak membuang masa, mudah mengingati fakta sejarah dan ia menyokong pembelajaran

mereka di sekolah.

Hasrat pelajar dengan pelajar

Keputusan analisis data hasrat pelajar dengan pelajar dapat dirumuskan bahawa

selepas pelaksanaan pengajaran menggunakan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah

Menengah dua orang pelajar menyatakan tidak perlu rakan sebaya untuk belajar

sementara enam orang pelajar menyatakan perlu rakan sebaya.

Hasrat pelajar dengan guru

Keputusan analisis data hasrat pelajar dengan guru dapat dirumuskan bahawa

selepas pelaksanaan pengajaran menggunakan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah

Menengah tujuh orang pelajar menyatakan memerlukan guru untuk belajar sementara

seorang pelajar menyatakan kurang memerlukan guru untuk belajar.

Kongruen hasrat tercapai dan tidak tercapai

Tiga subtema ditentukan di bawah kongruen hasrat tercapai dan tidak tercapai iaitu:

1) Hasrat pelajar dengan bahan;

2) Hasrat pelajar dengan pelajar; dan

3) Hasrat pelajar dengan guru.

Page 21: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

221

Rumusan dapatan kajian hasrat sebelum pelaksanaan pengajaran Kurikulum M-

Pembelajaran dan selepas pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran menunjukkan semua

hasrat pelajar dengan bahan adalah tercapai dan tiada hasrat yang tidak tercapai.

Rumusan dapatan kajian hasrat pelajar dengan pelajar sebelum dan selepas program

pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah menunjukkan hasrat pelajar

pertama, kedua, ketiga, kelima, ketujuh dan kelapan tercapai iaitu mereka memerlukan

rakan sebaya untuk belajar sementara hasrat pelajar keempat dan keenam juga tercapai

iaitu mereka tidak memerlukan rakan sebaya untuk mengikuti pengajaran menggunakan

Kurikulum M-Pembelajaran. Keputusan ini menunjukkan hasrat semua pelajar telah

tercapai setelah pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah. Pelajar

pertama, kedua, ketiga, kelima, ketujuh dan kelapan dapat belajar secara koperatif

dengan rakan sebaya mereka. Sementara bagi pelajar keempat dan keenam mereka dapat

belajar sendiri tanpa bantuan rakan sebaya. Ini menunjukkan Kurikulum M-

Pembelajaran memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara koperatif dengan

rakan sebaya mereka. Pembelajaran secara koperatif sememangnya digalakkan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia boleh menghasilkan pengajaran yang

berkesan.

Rumusan dapatan kajian hasrat pelajar dengan guru sebelum dan selepas program

pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah menunjukkan hasrat pelajar

kelima dan ketujuh tercapai. Mereka memerlukan guru apabila menghadapi masalah

seperti "masalah sambungan internet," "masalah-masalah teknikal peralatan mudah

alih," "masalah virus."

Hasrat tidak tercapai ialah pelajar ketiga dan kelapan yang tidak memerlukan

guru sebelum pelaksanaan pengajaran Kurikulum M-Pembelajaran telah bertukar hasrat

kepada memerlukan guru selepas pelaksanaan pengajaran Kurikulum M-Pembelajaran.

Page 22: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

222

Fenomena ini berlaku setelah melalui lapan sesi pengajaran pelajar ketiga dan kelapan

mendapati mereka menghadapi kesukaran dalam mengendalikan masalah-masalah

teknikal seperti masalah sambungan internet, masalah teknikal peralatan mudah alih dan

masalah virus. Sementara pelajar pertama pula yang pada mulanya menyatakan

memerlukan guru telah bertukar kepada kurang memerlukan guru kerana beliau sudah

mahir. Bagi pelajar pertama beliau telah memperoleh kemahiran mengendalikan

peralatan mudah alih dan dapat melaksanakan tugasan dan aktiviti yang diberi tanpa

bantuan daripada guru. Beliau juga telah memperoleh keyakinan diri yang tinggi dan

dapat belajar sendiri tanpa bergantung kepada guru.

Rumusan kekuatan dan kelemahan Kurikulum M-Pembelajaran

Kurikulum M-Pembelajaran berjaya menarik minat pelajar dan mereka cukup

bermotivasi untuk belajar. Ini dibuktikan melalui penglibatan pelajar yang aktif semasa

sesi pengajaran.

Kurikulum M-Pembelajaran juga mempunyai ciri-ciri komunikasi dan interaksi

dua hala yang berkesan. Analisis data menunjukkan sampel seronok berinteraksi dan

berkomunikasi dengan rakan dan juga guru menggunakan perkhidmatan elektronik

dalam Kurikulum M-Pembelajaran seperti e-mel, SMS, Blog dan Forum. Interaksi guru

dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar dapat berlaku dengan pantas tanpa batasan

masa dan fizikal. Penggunaan perkhidmatan elektronik dalam Kurikulum M-

Pembelajaran seperti e-mel, SMS, Blog dan Forum membuka ruang interaksi dan

komunikasi yang lebih berkesan.

Kurikulum M-Pembelajaran menjadi penyokong pembelajaran pelajar di sekolah

melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ini seperti yang diakui oleh pelajar yang

ditemubual.

Page 23: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

223

Perkakasan yang digunakan seperti komputer riba, PDA dan telefon bimbit yang

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Kurikulum M-Pembelajaran ringan dan

mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Ini memudahkan pelajar menggunakan perkakasan

mobile ini apabila memerlukannya.

Terdapat beberapa kelemahan dalam Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah

Menengah yang dikesan semasa kajian. Antaranya saiz skrin peralatan mobile seperti

PDA dan telefon bimbit yang agak kecil. Talian internet yang tidak stabil merupakan

satu lagi kelemahan dalam pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran.

Masalah saiz skrin sememangnya menjadi satu isu dalam M-Pembelajaran. Skrin

yang kecil seperti di telefon bimbit menyukarkan sedikit pelajar untuk membaca dan

menghadkan bilangan teks yang dipaparkan (Zhang, Wang, Rao, Yang, Li, & Lu, 2006).

Selain daripada saiz skrin yang terhad, peralatan mobile juga menghadapi masalah lain

seperti kaedah memasukkan input yang lemah dan hayat bateri yang terhad (Parsons,

Ryu, & Cranshaw, 2007).

.

Page 24: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

248

Rajah 5.3. Cadangan Model

Kurikulum M-Pembelajaran

Sekolah Menengah

A. OBJEKTIF

1) Supaya pelajar-pelajar dapat meneroka aktiviti-aktiviti pembelajaran yang baru melalui pendekatan-pendekatan yang inovatif

dalam M-Pembelajaran;

2) Supaya dapat memperkukuh proses kolaboratif dalam kalangan murid;

3) Supaya dapat membuat penilaian dinamik dan pantas atas progres pembelajaran murid;

4) Supaya dapat menyediakan perhubungan mobile yang pantas antara individu kepada individu yang lain berbanding sistem

konvensional;

6) Supaya dapat menggalakkan lebih banyak peluang belajar sendiri di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa;

7) Supaya dapat mengekalkan minat pelajar untuk terus belajar; dan

8) Supaya dapat menjimatkan masa tenaga dan kos (kepada guru dan juga pelajar).

B. PERKAKASAN DAN PERKHIDMATAN

ELEKTRONIK

PERKAKASAN

1) Komputer riba; 2) Telefon bimbit biasa;

3) Telefon bimbit 3G; 4) Personal Digital Assistant

(PDA); dan 6) Kamera Web.

PERKHIDMATAN ELEKTRONIK 1) Laman Web; 2) E-mel; 3) MMS; 4) GPRS

5) Internet Jalur Lebar; 6) SMS; 7) Bluetooth; dan

8) Blog.

PERKAKASAN SOKONGAN DI SEKOLAH

1) Makmal computer; 2) Server; 3) Router;

4) Rangkaian Wireless; 5) Firewall; 6) Access Point;

7) Rangkaian LAN; dan 8) Rangkaian WAN

C. PERINGKAT PELAKSANAAN

TINGKATAN PELAKSANAAN

Tingkatan 1

CARA PELAKSANAAN

Bersepadu dengan KBSM

TAHUN PELAKSANAAN 2010

D. KANDUNGAN KURIKULUM

MATA PELAJARAN

1) Teknologi Maklumat; 2) Sains; 3) Matematik:

4) Geografi; 5) Bahasa Inggeris; 6) Sejarah; 7) Bahasa

Malaysia; dan 8) Pendidikan Islam.

KOMPONEN 1) Komponen kemahiran; 2) Komponen latihan;

3) Komponen tugasan luar; 4) Komponen pengetahuan;

5) Komponen membina nilai-nilai murni.

E. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEKNIK PENGAJARAN

1) Teknik inkuiri penemuan; 2) Teknik projek;

3) Teknik penyelesaian masalah; 4) Teknik penyoalan; 5)

Teknik Kajian kes; dan 6) Teknik latih tubi.

AKTIVITI 1) Kuiz; 2) Mencari maklumat di dalam Internet;

3) Memberi maklum balas; 4) Forum; 5) Menghantar MMS;

6) Persidangan Video; 7) Menghantar SMS; 8) Perbincangan

kumpulan; 9) Menerima arahan guru; 10) Chat; 11)

Membaca nota guru;

12) Mengumpul data dilapangan; dan 13) Menghasilkan

laman Web Interaktif.

F. KEMAHIRAN GURU DAN PELAJAR

KEMAHIRAN GURU

1) Mengakses Internet dan menggunakannya untuk mencari maklumat;

2) Menggunakan e-mel untuk berkomunikasi;

3) Menggunakan sistem pengurusan pembelajaran LMS;

4) Kemahiran berkomunikasi;

5) Menggunakan hamparan elektronik (spreadsheet) untuk memproses maklumat;

6) Mengguna aplikasi persembahan untuk pembentangan;

7) Mengetahui cara merancang keperluan perkomputeran organisasi;

8) Mengurus keselamatan data dan peralatan;

9) Menggunakan aplikasi pemprosesan kata untuk membentuk bahan elektronik;

10) Kemahiran menganalisa data;

11) Kemahiran berfikir yang tinggi; dan

12) Menyenggara peralatan sistem komputer dan rangkaian.

KEMAHIRAN PELAJAR

1) Mengakses Internet dan menggunakannya untuk mencari maklumat;

2) Menggunakan e-mel untuk berkomunikasi;

3) Menggunakan aplikasi persembahan untuk pembentangan;

4) Menggunakan pemprosesan kata untuk menghasilkan bahan elektronik;

5) Menggunakan peralatan teknologi seperti kamera digital, scanner, pen drive;

6) Kemahiran bekerja dalam kumpulan;

7) Kemahiran menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan perisian seperti

Movie Maker, Ulead dan vcd cutter; dan

8) Menggunakan hamparan elektronik (spreadsheet) untuk memproses maklumat.

KURIKULUM

M-PEMBELAJARAN

SEKOLAH MENENGAH

G. PENILAIAN

BENTUK UJIAN

1) Ujian kertas/pencil di dalam bilik

darjah; 2) Membuat kerja kumpulan; 3)

Ujian dalam talian (online test); 4)

Forum; 5) Menghasilkan e-folio; 6)

Kuiz melalui SMS; 7) Membuat kertas

kerja; 8) Pemerhatian; 9) Interview;

dan 10) Pembentangan tugasan.

BENTUK PEPERIKSAAN

1) Soalan berbentuk struktur;

2) Menghasilkan e-folio;

3) Soalan objektif dalam talian (online

test);

4) Ujian kertas pencil dalam bilik

darjah;

5) Soalan esei dalam talian (online

test);

6) Pemerhatian; dan

7) Ujian amali.

Page 25: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

269

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian bidang M-Pembelajaran masih terbuka luas dalam berbagai-bagai aspek

kerana ia masih baru khususnya di Malaysia. Antara kajian lanjutan yang dicadangkan

ialah:

1) Reka bentuk perisian pengajaran dan pembelajaran yang serasi dengan peralatan

mobile dan bahan itu hendaklah mesra pelajar;

2) Mereka bentuk satu modul pembelajaran khusus untuk pengajaran dan pembelajaran

menggunakan M-Pembelajaran mata pelajaran tertentu;

3) Menilai sejauh manakah peralatan mobile boleh membantu pengajaran pembelajaran

pelajar;

4) Kajian tentang bilakah teknologi mobile selalu digunakan oleh pelajar dan apakah

tujuan penggunaannya;

5. Kajian tentang potensi masa depan penggunaan teknologi mobile berskala besar dalam

institusi pendidikan atau dalam bidang perniagaan;

6) Kajian melihat potensi penggunaan peralatan mobile sebagai alat komunikasi dalam

pendidikan dan latihan;

7) Kajian tentang faedah dan kekangan penggunaan teknologi mobile untuk

pembelajaran secara kolaboratif dan juga untuk mentoring; dan

8) Perbezaan dalam corak penggunaan M-Pembelajaran antara disiplin ilmu dan antara

pendekatan pedagogi.

Penutup

Page 26: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

270

Berikut adalah kesimpulan keseluruhan yang diperoleh daripada data kajian:

1) 123 pernyataan dalam reka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

mencapai konsesus pakar;

2) Terdapat lima (5) pernyataan yang tidak mencapai konsensus pakar, iaitu item nombor

2.1 (komputer meja), 2.8 (scanner), 7.2 (pelaksanaan berasingan dengan KBSM), 8.13

(Mata pelajaran MPV-elektrik dan Elektrikal) dan 10.8 (Teknik Syarahan);

3) Majoriti pernyataan dalam Reka Bentuk Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah

Menengah telah mencapai konsensus pakar sejak pusingan kedua lagi;

4) Tidak ada perubahan yang signifikan dalam pendapat pakar antara pusingan kedua dan

ketiga untuk 128 item; dan

5) Keputusan analisis penilaian Stake Countenance Model ke atas Kurikulum M-

Pembelajaran Sekolah Menengah menunjukkan pelaksanaannya telah mencapai hasrat

pelajar dengan bahan, hasrat pelajar dengan pelajar dan juga hasrat pelajar dengan guru.

Perbincangan

Bahagian ini merupakan perbincangan hasilan kajian fasa satu dan fasa dua dan

perkaitan dapatan kajian kedua-dua fasa dengan kajian-kajian lepas. Perbincangan dibuat

Page 27: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

271

mengikut elemen-elemen dalam reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah

menengah.

Objektif Kurikulum M-Pembelajaran.

Berdasarkan tujuh objektif kurikulum M-Pembelajaran yang diperolehi dalam

kajian jelas menunjukkan ia selaras dengan prinsip-prinsip pembinaan sesuatu objektif

dalam reka bentuk kurikulum seperti yang disyorkan oleh Taba (1962). Objektif

Kurikulum yang dihasilkan juga selaras dengan apa yang dikatakan oleh Ornstein &

Hunkins (2004) iaitu objektif adalah suatu penyataan khusus yang menunjukkan hasil

yang diperolehi secara umum atau spesifik.

Dapatan kajian menunjukkan objektif utama Kurikulum M-Pembelajaran ialah

untuk menggalakkan pelajar meneroka aktiviti-aktiviti pembelajaran yang baru melalui

pendekatan-pendekatan yang inovatif dalam M-Pembelajaran. Objektif boleh dicapai

kerana M-Pembelajaran menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran baru yang berbeza

dengan bentuk pendekatan pembelajaran tradisional. Aktiviti-aktiviti dalam M-

Pembelajaran seperti memungut data dilapangan, menghantar dan menerima SMS, MMS

dan Forum merupakan aktiviti-aktiviti pembelajaran baru yang menarik perhatian

pelajar. Dalam kajian ini pelajar mendapat maklumat yang lebih jelas dan spesifik

mengenai candi-candi yang terdapat di Lembah Bujang apabila mereka sendiri pergi ke

sana dan merekodkan maklumat tersebut dalam bentuk teks dan gambar. Pelajar juga

menunjukkan respon yang positif terhadap aktiviti menjawab soalan-soalan berkaitan

tajuk ‟Sejarah dan Kita” melalui SMS. Tambahan pula penggunaan peralatan mudah alih

seperti telefon bimbit, PDA, komputer riba dalam pengajaran dan pembelajaran

merupakan satu inovasi dalam M-Pembelajaran. Pelajar lebih bebas belajar dan tidak

terikat dengan ruang fizikal dan masa.

Page 28: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

272

Berdasarkan kajian ini objektif tersebut telah dapat dicapai melalui pembelajaran

secara kolaboratif.

Objektif Kurikulum M-Pembelajaran untuk menggalakkan proses kolaboratif

pelajar dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti dalam M-Pembelajaran seperti forum,

perbincangan kumpulan, SMS dan MMS. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut proses

kolaboratif pelajar telah berlaku. Di dalam kajian ini telah membuktikan bahawa aktiviti

tersebut telah dijalankan dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar telah dapat memberikan

pendapat masing-masing dalam ruang forum dalam Blog Sejarah Tingkatan 1 dan telah

menunjukkan penglibatan yang aktif dalam sesi perbincangan semasa pelaksanaan

aktiviti pembelajaran. Setiap kumpulan telah menghasilkan jawapan-jawapan yang baik

berdasarkan kepada perbincangan mereka terhadap soalan-soalan yang telah diberikan.

Berdasarkan analisis fasa 2, di antara Objektif Kurikulum M-Pembelajaran ialah

untuk menentukan proses penilaian dapat dilakukan secara dinamik dan pantas melalui

penggunaan teknologi. Sokongan teknologi dalam Kurikulum M-Pembelajaran juga akan

membantu proses penilaian dapat dilakukan secara dinamik dan pantas. Hasilan penilaian

kepenggunaan fasa 3 menunjukkan bahawa jawapan-jawapan yang diberikan oleh pelajar

terus dapat dinilai dan dikomen oleh guru secara spontan melalui SMS tanpa perlu

bersemuka dengan pelajar.

Berdasarkan analisis fasa 2 menunjukkan bahawa Objektif Kurikulum M-

Pembelajaran untuk menyediakan sistem penyampaian pengetahuan yang pantas antara

individu dengan individu yang lain. Hasilan kajian ini menunjukkan bahawa

penggunaaan peralatan mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan

komunikasi berlaku dengan lebih pantas. Ini terbukti bahawa peralatan mudah alih yang

digunakan dalam kajian ini mempunyai pelbagai fungsi dalam penyampaian maklumat.

Page 29: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

273

Kajian ini telah membuktikan pembelajaran secara kolaboratif telah berlaku.

Contohnya pelajar dapat menghubungi rakan atau guru mereka di luar waktu

persekolahan dengan cepat dan mudah untuk bertukar maklumat, berbincang atau

bertanya sesuatu perkara. Selain daripada itu kajian ini mendapati di antara Objektif

Kurikulum M-Pembelajaran ialah untuk menyediakan banyak peluang untuk belajar

sendiri di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa telah dapat dicapai melalui

peralatan mudah alih, sokongan teknologi dan perkhidmatan lain yang disediakan di

sekolah. Fenomena ini adalah selari dengan objektif M-Pembelajaran mengikut kajian

lepas iaitu selain belajar di sekolah, M-Pembelajaran menyediakan pembelajaran secara

Personalise Learning (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) dan juga Self-Directed

Learning (Piskurich, 1993). Kajian ini telah membuktikan bahawa dengan bantuan

peralatan mudah telah memudahkan pelajar mengakses dan mengumpul maklumat

berkaitan pembelajaran. Misalnya pelajar dengan mengggunakan komputer riba mencari

maklumat berkaitan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara dengan melayari internet.

Dengan sokongan teknologi wireless mereka boleh melakukan aktiviti ini tanpa terikat

pada tempat dan masa.

Objektif keenam daripada hasilan kajian ini ialah untuk mengekalkan minat

pelajar terus belajar. Objektif tersebut telah tercapai dalam kajian ini kerana

pembelajaran melalui Kurikulum M-Pembelajaran yang menggunakan peralatan mudah

alih berserta aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan telah menjadikan pelajar tidak

merasa bosan untuk terus belajar. Buktinya seperti terdapat dalam analisis pada akhir

kajian ini yang menggunakan model Stake telah menunjukkan minat yang tinggi dalam

kalangan pelajar untuk terus mengikuti pembelajaran melalui M-Pembelajaran. Pelajar

telah memberi respon yang sangat positif terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan

seperti melakukan perbincangan dalam Blog, melayari internet mencari maklumat

Page 30: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

274

mengenai kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara, menggunakan sms untuk menjawab

soalan kuiz, memungut data dilapangan menggunakan telefon bimbit dan merekod

maklumat mengenai zaman pra-sejarah menggunakan peralatan mudah alih.

Hasilan kajian ini juga mendapati di antara Objektif Kurikulum M-Pembelajaran

ialah supaya masa, tenaga, kos guru dan pelajar dapat dijimatkan melalui penggunaan

peralatan mudah alih (Ngambi, 2005). Hasilan kajian ini menunjukkan objektif tersebut

telah tercapai, Misalnya guru dapat memberi arahan dengan pantas menggunakan telefon

bimbit. Begitu juga pelajar telah dapat mencari maklumat yang dihendaki dengan cepat,

serta dapat melayari internet pada bila-bila masa. Kos seperti penggunaan kertas untuk

latihan pelajar, nota dapat dikurangkan, kerana semuanya dapat disediakan dalam bentuk

elektronik tanpa menggunakan kertas.

Perkakasan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Dapatan kajian selaras dengan kajian-kajian terdahulu yang telah menggunakan

peralatan mudah alih seperti komputer riba (Devinder Singh & Zaitun Abu Bakar., 2006;

Efaw, Hampton, Martinez, & Smith., (2004), telefon bimbit (Strohlein, 2005; McNeal &

Van’t Hooft, 2006), PDA (Chen, Kao, & Shen, 2003), komputer tablet (Corlet &

Sharples, 2004) dan kamera Web dalam kajian M-Pembelajaran. Begitu juga kajian oleh

Devinder Singh dan Zaitun Abu Bakar (2006) yang menggunakan perkakasan seperti

Pocket PC, notebook dan telefon bimbit. Disamping itu penggunaan peralatan mudah

alih seperti komputer bimbit dapat menyediakan ruang untuk menyokong pembelajaran

secara konstruktivisme dan secara kolaborasi ke arah mencapai penciptaan ilmu

pengetahuan yang baru (Zurita & Nussbaum, 2004). Kajian oleh Fisher dan Stolarchuk

(1998) pula mendapati melalui penggunaan riba menggalakkan kemahiran inkuiri dan

memberikan kesan yang positif ke atas pembelajaran dan sikap pelajar. Rockman (1998)

Page 31: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

275

melaporkan melalui penggunaan riba dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat

peningkatan dalam pembelajaran secara koperatif. Dapatan kajian ini juga mengesahkan

kajian yang telah dijalankan oleh Mohamed Alley (2004) yang menunjukkan bahawa

peralatan mudah alih boleh digunakan bagi menyampaikan bahan pembelajaran kepada

pelajar dengan pengubah suaian reka bentuk untuk disesuaikan dengan saiz skrin

peralatan mudah alih yang kecil. Dapatan kajian mendapati bahan pembelajaran perlu

lebih berbentuk bahan multimedia berbanding dengan teks. Kenyataan ini selari dengan

kenyataan Benta, Cremene & Padurean (2004) yang mendapati pembelajaran dengan

menggunakan bahan multimedia melalui telefon bimbit adalah lebih menarik perhatian

pelajar dan lebih merupakan alat pembelajaran yang berguna.

Rajah 5.1. Bahan Multimedia berbentuk Klip Video

Perkhidmatan elektronik Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Perkhidmatan elektronik seperti dapatan kajian di atas menjadi medium

komunikasi penting untuk pelajar berhubung, berbincang dan mengakses maklumat.

Perkhidmatan elektronik seperti laman Web merupakan medium terpenting untuk pelajar

mencari maklumat. Disamping itu banyak kajian yang telah dilaksanakan berkaitan

Page 32: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

276

dengan pembelajaran berasaskan laman Web (Agarwal & Day, 1998; Dwyer, Barbieri,

& Doerr, 1995; Sculman & Sim, 1999). Walau bagaimanapun Kurikulum M-

Pembelajaran bukanlah pembelajaran berasaskan laman Web. Penggunaan laman Web

hanya untuk pelajar mencari maklumat yang sedia ada berkaitan dengan pembelajaran

pelajar. Perkhidmatan elektronik lain seperti e-mel, SMS, MMS seperti dalam dapatan

kajian dapat digunakan oleh pelajar untuk menghubungi rakan atau guru. Disamping itu

melalui e-mel atau bluetooh pelajar dapat menghantar fail-fail (yang berkapisisti kecil

yang kurang dari 10MB) kepada rakan. Bluetooth bukan sahaja dapat berfungsi sebagai

medium penghantaran fail dan bahan malah ia sekaligus menggalakkan pembelajaran

secara kolaboratif (Voong, n.d.). Penyelidik juga mendapati pembelajaran dalam

persekitaran wireless dapat memperbaiki komunikasi dan kolaborasi dalam bilik darjah

dan peningkatan penglibatan pelajar di dalam dan di luar bilik darjah (Liu, Wang, Liang,

Chan, Ko, & Yang (2003).

Perkhidmatan elektronik yang paling popular dan paling banyak digunakan ialah

SMS. Hasilan pemerhatian semasa kajian mendapati pelajar cukup selesa

menggunakan SMS untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan, menghubungi

rakan dan guru. Ini kerana penggunaan SMS telah menjadi sebahagian aktiviti harian

pelajar. Oleh yang demikian mereka tidak merasa janggal menggunakan SMS dalam

konteks pembelajaran. Menurut Laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia (2006), sehingga suku kedua tahun 2006 sebanyak 7,600 juta SMS telah

dihantar. Kadar penembusan telefon selular di Malaysia pada tahun 2005 ialah 74.1%

dan dijangka mencapai 82.6% pada tahun 2006. Sementara menurut saudara

Pengerusi Audit Bureau of Circulation (ABC), Peter Anthony Das, dalam tempoh

lima tahun akan datang penggunaan internet dan SMS akan menguasai pasaran iklan,

menggantikan media tradisional seperti akhbar, televisyen dan radio (Berita Harian,

2008, Mac 27)

Angka-angka dan fakta tersebut menunjukkan perkhidmatan gandingan telefon

selular dan SMS sangat berpotensi tinggi untuk dimanfaatkan dalam bidang pendidikan.

Kajian oleh Ngambi (2005) menunjukkan penggunaan perkhidmatan SMS dalam

pengajaran dan pembelajaran telah menghasilkan kesan yang positif terhadap

pembelajaran pelajar. Antara kesan itu ialah; 1) Meningkatkan kefahaman pelajar

terhadap pembelajaran; 2) Mewujudkan persekitaran yang selamat dan ini menggalakkan

Page 33: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

277

pelajar bertanya dan memberi respon kepada soalan; 3) Pelajar dapat mengawasi

perkembangan dan peningkatan pelajaran; dan 4) Guru dapat memberi respon dengan

cepat terhadap kesukaran dan keperluan pembelajaran pelajar.

Internet Jalur lebar merupakan perkhidmatan rangkaian yang penting untuk

mencapai akses kepada Internet. Pemerhatian pengkaji semasa kajian dijalankan

mendapati pelajar-pelajar mencari maklumat-maklumat yang dikehendaki berkaitan tajuk

Kerajaan-Kerajaan Awal dan Sejarah Lembah Bujang dengan lebih mudah dan cepat

menggunakan talian jalur lebar. Kelajuan memuat turun maklumat lebih baik berbanding

talian biasa. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (2006) menjangkakan kadar

penembusan Internet jalur lebar di Malaysia akan mencapai 25% pada tahun 2006.

Peningkatan dalam kadar penembusan Internet jalur lebar merupakan perkembangan

yang positif ke arah menghasilkan masyarakat bermaklumat.

Satu lagi perkhidmatan elektronik yang semakin popular ialah Blog. Dapatan

kajian menunjukkan Blog sebagai salah satu perkhidmatan elektronik yang dapat

digunakan dalam Kurikulum M-Pembelajaran. Blog dapat menyediakan ruang

perbincangan antara guru dengan pelajar dan juga antara pelajar. Blog juga menyediakan

ruang untuk guru menyalurkan maklumat. Penggunaan Blog dapat menggalakkan

pembelajaran berlaku secara berterusan tanpa mengira masa dan tempat. Pelajar boleh

mengakses Blog, memberi pendapat, membaca maklumat yang disediakan pada bila-bila

masa dan di mana sahaja ia ada kelapangan.

Page 34: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

278

Rajah 5.2: Blog Sejarah Tingkatan 1

Perkakasan sokongan di sekolah untuk melaksanakan Kurikulum

M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Perkakasan sokongan di sekolah adalah penting dalam melaksanakan Kurikulum

M-Pembelajaran sekolah menengah. Secara umumnya hampir semua sekolah di

Malaysia telah pun mempunyai makmal komputer dan di dalamnya telah dilengkapi

dengan perkakasan seperti server, router, access point, gabungan rangkaian wireless dan

rangkaian LAN dan juga firewall. Malah talian Internet turut dibekalkan menerusi projek

SchoolNet. Sehingga Januari 2007 sebanyak 370 buah sekolah telah dilengkapi dengan

SchoolNet. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan RM120 juta sebagai

persediaan pusat capaian internet di sekolah. Sebanyak 1584 pusat capaian sudah

dipasang daripada 2790 buah yang dicadangkan (Utusan Malaysia, 2007, Januari 18).

Di Malaysia hampir semua sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah

menengah telah mempunyai banyak komputer riba yang berteknologi wireless yang

dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan menerusi projek Pengajaran dan Pembelajaran

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Maka adalah tidak menjadi

masalah dari segi teknikalnya untuk melaksanakan Kurikulum M-Pembelajaran.

Tambahan yang perlu hanya dari segi peralatan seperti PDA, telefon bimbit, ataupun

komputer tablet. Pelaksanaan kajian penilaian kepenggunaan M-Pembelajaran di sekolah

kajian membuktikan perkara ini. Kemudahan yang sedia ada di sekolah kajian seperti

Page 35: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

279

Makmal komputer, Pelayan (Server), Internet jalur lebar, Router, Wireless Access Point,

komputer riba telah membolehkan M-Pembelajaran dijalankan. Perkakasan lain yang

belum ada seperti PDA disediakan oleh pengkaji dan telefon bimbit menggunakan

telefon bimbit pelajar sendiri. Berdasarkan kajian ini menunjukkan perkakasan tambahan

yang perlu disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah PDA dan telefon

bimbit.

Tingkatan untuk melaksanakan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Tingkatan 1 dianggap sebagai tahun yang paling sesuai untuk pelaksanaan

Kurikulum M-Pembelajaran berdasarkan pandangan pakar dalam fasa 2. Penilaian

kepenggunaan M-Pembelajaran yang dijalankan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 telah

membuktikan tiada masalah besar yang dihadapi dalam pelaksanaannya.

Tahun pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Dapatan kajian menunjukkan panel pakar telah mencadangkan tiga tahun

pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran sama ada tahun 2010, 2012 atau 2020.

Tahun 2010 sebagai tahun persediaaan dengan melaksanakan latihan kepada guru-

guru dan juga penyediaan peruntukan untuk penyediaan peralatan mudah alih seperti

komputer riba, telefon bimbit dan PDA. Tahun pelaksanaan juga bergantung kepada

Kementerian Pendidikan kerana ia juga melibatkan soal dasar kerajaan serta ia

melibatkan peruntukan kewangan kerajaan.

Walau bagaimanapun pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran bukanlah sesuatu

yang sukar kerana ia tidak melibatkan perubahan secara besar-besaran dalam kurikulum

sedia ada. Ianya tidak melibatkan peruntukan kewangan yang besar kerana sebahagian

insfrastruktur telah sedia ada, cuma perlu kepada penambahbaikan dan menaik taraf serta

menambah beberapa perkakasan serta peralatan seperti komputer riba, PDA dan

Komputer Tablet. Peralatan lain seperti telefon bimbit tidak memerlukan pembelian oleh

kerajaan tetapi menggunakan telefon bimbit yang sedia ada pada pelajar. Ini kerana

majoriti pelajar pada hari ini mempunyai telefon bimbit sendiri. Cuma apa yang perlu

Page 36: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

280

dilakukan ialah Kementerian boleh bekerjasama dengan pihak swasta membangunkan

sistem rangkaian murah yang dapat digunakan untuk pendidikan. Contohnya seperti

sistem sms yang dibangunkan oleh syarikat MyPresto yang dilaksanakan di 88 buah

sekolah Bistari di Malaysia. Sistem tersebut boleh di perluaskan kesemua sekolah di

Malaysia.

Cara pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran bersepadu dengan KBSM melibatkan

tokok tambah dan pengubahsuaian kepada kurikulum KBSM. Pengubahsuaian dan tokok

tambah perlu dilakukan terutamanya terhadap kaedah dan teknik pengajaran yang sedikit

berbeza dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam KBSM. Berdasarkan kepada

hasilan kajian, kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza sedikit daripada KBSM ialah

seperti menggunakan peralatan mudah alih untuk mencari maklumat pembelajaran,

menggunakan SMS untuk menjawab soalan guru, perbincangan dalam blog, kuiz melalui

SMS dan memberi maklum balas kepada soalan-soalan guru melalui SMS.

Mata pelajaran Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Dapatan kajian menunjukkan panel pakar bersetuju dengan lapan mata pelajaran

yang sesuai untuk pelaksanaan M-Pembelajaran. Mata pelajaran itu ialah Teknologi

Maklumat, Sains, Matematik, Geografi, Bahasa Inggeris, Sejarah, Bahasa Melayu dan

Pendidikan Islam. Penilaian kepenggunaan M-Pembelajaran dalam mata pelajaran

Sejarah yang dijalankan dalam kajian ini telah membuktikan kejayaan pelaksanaannya.

Dapatan ini selaras dengan kajian-kajian lalu telah membuktikan banyak matapelajaran

dapat dilaksanakan pengajaran menggunakan M-Pembelajaran seperti Matematik

(Mitchell, 2007; Zhao & Okamoto, 2008; Yerushalmy dan Ben-Zaken, 2004)

Page 37: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

281

Sains (Pastore, Boccato, Nobili, Lazzaretto, dan Benacchio, 2005; Scanlon, Jones, &

Waycott, 2005; Wu, Yang, Hwang, & Chu, 2008), Bahasa Inggeris (Liu, Yu, & Ran,

2008; Saran, Cagiltay, & Seferoglu, 2008; Lin, Liu, & Niramitranon, 2008; Upadhyay &

Upadhyay, 2007) bahasa asing (Shih, 2005; Kimura, 2006) dan aktiviti kerja lapangan

(Rost & Holmquist, 2008).

Komponen Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Dapatan kajian menunjukkan sebanyak lima komponen Kurikulum M-

Pembelajaran sekolah menengah telah mencapai konsesus pakar. Dapatan kajian adalah

selaras dengan kandungan kurikulum KBSM yang turut mengandungi lima komponen

ini iaitu komponen kemahiran, komponen latihan, komponen tugasan luar, komponen

pengetahuan dan komponen membina nilai-nilai murni (Laporan Jawatankuasa Kabinet,

1979)

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Sejarah tingkatan 1 dan 2, komponen

kemahiran meliputi kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,

kemahiran pemikiran sejarah dan kemahiran generik (Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah

KBSM Sejarah Tingkatan 1 & 2, 2002).

Teknik pengajaran Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Berdasarkan dapatan kajian sebanyak enam teknik pengajaran telah mencapai

konsesus pakar. Kajian oleh Ahmad Sobri Shuib (2002) mendapati keenam-enam teknik

pengajaran tersebut iaitu Teknik inkuiri penemuan (Atan Long, 1981: Crawford, 1996;

Gilstrap & Martin, 1975; Martin, 1983; Othman Hj. Said, 1993; Peterson, 1969; Shahril

Marzuki, Quek Ai Hwa & Chang Lee Hoon, 1994), Teknik projek (Gilstrap & Martin,

1975; Omardin Hj Ashaari & Yunus Muhammad, 1996; Peterson, 1969; Shahril

Page 38: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

282

Marzuki, Quek Ai Hwa & Chang Lee Hoon, 1994), Teknik penyelesaian masalah (Juriah

Long, 1990; Peterson, 1969; Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983), Teknik penyoalan (Atan

Long, 1981; Juriah Long, 1990; Martin, 1983; Omardin Hj. Ashaari & Yunus

Muhammad, 1996; Peterson, 1969; Shahril Marzuki, Quek Ai Hwa & Chang Lee Hoon,

1994), Teknik kajian kes (Peterson, 1969; Shahril Marzuki, Quek Ai Hwa & Chang Lee

Hoon, 1994; Zaidatol Akmaliah & Habibab Elias, 1987), dan Teknik latih tubi (Atan

Long, 1981; Gilstrap & Martin, 1975; Juriah Long, 1990; Othman Hj. Said, 1993;

Peterson, 1969; Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983) sangat disukai oleh pelajar. Oleh itu

penggunaannya dalam Kurikulum M-Pembelajaran tidak akan menimbulkan masalah.

Penggunaan teknik pengajaran seperti teknik penyoalan (melalui SMS), Teknik Kajian

kes (kes Lembah Bujang), Teknik inkuiri penemuan (mencari maklumat mengenai

Lembah Bujang) dalam kajian telah membuktikan guru perlu mengubah suai teknik

pengajaran mengikut kesesuaian seperti objektif pengajaran, aktiviti dan teknologi.

Aktiviti dalam Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Berdasarkan dapatan kajian sebanyak tiga belas aktiviti telah mencapai konsesus

pakar, iaitu kuiz, mencari maklumat di dalam internet, memberi maklum balas, forum,

menghantar SMS, menghantar MMS, persidangan video, perbincangan kumpulan,

menerima arahan guru, chat, membaca nota guru, mengumpul data dilapangan dan

menghasilkan laman Web yang interaktif. Dapatan kajian mengesahkan kajian oleh

Waycott & Kukulska-Hulme (2003) yang menilai penggunaan PDA oleh pelajar untuk

aktiviti membaca bagi kurus Sarjana yang dianjurkan oleh UK Open Universiti. Dapatan

kajian menunjukkan pelajar sangat teruja dengan pelbagai fungsi pada PDA dan bahan

dalam bentuk elektronik mempunyai banyak kelebihan seperti mudah dibawa ke mana

sahaja dan tidak membebankan. Bahan juga boleh di baca bila-bila masa.

Page 39: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

283

Begitu juga kajian oleh Bollen, Eimler dan Hoppe (2004) yang menggunakan

SMS sebagai aktiviti perbincangan untuk mata pelajaran kesusasteraan. Kajian ini

menunjukkan SMS dapat digunakan sebagai salah satu aktiviti dalam pengajaran dan

pembelajaran M-Pembelajaran. Kajian-kajian lain yang hampir serupa ialah kajian oleh

Devinder Singh & Zaitun Abu Bakar (2006) yang mengkaji penggunaan peralatan

mudah alih dalam bilik darjah menggunakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti

bilik sembang, kolaboratif teks editor, sinkronis slaid Power Point, capaian perisian

kursus dalam talian melalui peralatan mudah alih, menghantar dan menerima maklum

balas, e-mel dan capaian kepada maklumat di dalam server.

Kemahiran guru dalam Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Kemahiran guru dalam pelbagai bidang adalah penting dalam apa jua

pelaksanaan kurikulum. Dapatan kajian ini mengesahkan kajian oleh (Bahrudin,

Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), yang mendapati kemahiran guru dalam

bidang ICT adalah penting untuk mengatasi kelemahan dalam kaedah pengajaran sains

yang di ajar secara tradisional. Guru yang mahir ICT akan dapat mengintergrasikan

kemahiran penggunaan komputer seperti komputer riba dalam pengajaran dan

pembelajarannya. Dalam pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran kemahiran dalam

bidang ICT adalah sesuatu yang perlu sebagai sokongan untuk melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran dengan berkesan. Oleh yang demikian, guru-guru perlu diberi latihan

kemahiran ICT. Berdasarkan dapatan kajian kemahiran yang perlu ada pada guru

berkaitan ICT seperti kemahiran menggunakan internet untuk mencari maklumat

berkaitan pembelajaran, kemahiran menggunakan e-mel, kemahiran menggunakan

hamparan elektronik (spreadsheet), kemahiran menggunakan aplikasi persembahan

(power point) dan kemahiran asas teknikal berkaitan penyelenggaraan komputer.

Page 40: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

284

Latihan kemahiran ICT kepada guru-guru bukanlah perkara asing dalam sistem

pendidikan di Malaysia. Program Pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI) telah melibatkan peruntukan yang besar daripada Kementerian

Pendidikan. Sepanjang tahun 2004, sebanyak RM 359.9 juta telah diperuntukkan bagi

PPSMI. Dari peruntukan tersebut, sebanyak RM60 juta telah diagihkan untuk

menghasilkan Alat Bantuan Mengajar bagi pelaksanaan PPSMI di sekolah dan

pembangunan perisian kursus pendidikan bestari. Guru-guru dan pentadbir di sekolah

Bestari juga telah diberikan pelbagai kursus berkaitan ICT dari peringkat asas

penggunaan System Administrator dan Office Suite, kepada kursus kemahiran

pembangunan laman Web, pendedahan terhadap Linux dan Open Source System

sehinggalah kursus-kursus yang melibatkan penyelenggaraan dan pengenal pastian

masalah komputer (Hishammuddin Tun Hussein, YAB. Dato’, 2004a).

Latihan kemahiran ICT kepada guru adalah penting kerana kajian oleh Azwan

Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohd Zohir Ahmad dan Abdul Rahman Hj. Abd Aziz

(2005) mendapati bahawa guru sejarah mempunyai tahap efikasi kendiri terhadap ICT

yang sederhana tetapi tahap amalan pengajaran berbantukan ICT pula adalah rendah.

Sementara itu wujud hubungan yang sederhana kukuh antara efikasi kendiri guru

terhadap ICT dengan amalan pengajaran berbantukan ICT. Keputusan regrasi berganda

pula menunjukkan bahawa efikasi guru terhadap ICT mempengaruhi amalan pengajaran

berbantukan ICT itu sendiri. Kajian ini menunjukkan latihan berterusan kepada guru-

guru sememangnya perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan

Pendidikan Negeri dan pihak sekolah sendiri untuk meningkatkan kemahiran ICT guru-

guru.

Page 41: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

285

Kemahiran pelajar dalam Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Berdasarkan dapatan kajian, daripada lapan kemahiran pelajar yang mencapai

konsensus pakar, tujuh daripadanya adalah kemahiran dalam bidang teknologi,

sementara satu lagi adalah kemahiran dalam bidang lain. Dapatan tersebut menunjukkan

kemahiran pelajar dalam bidang ICT sangat penting untuk pelaksanaan Kurikulum M-

Pembelajaran. Kemahiran pelajar dalam bidang ICT penting sebagai sokongan untuk

melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan aktiviti-

aktiviti dalam M-Pembelajaran memerlukan kemahiran dalam bidang ICT.

Perkongsian pintar Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Microsoft dalam

Program Microsoft Partners-in-Learning melaksanakan program latihan ICT melibatkan

521 buah sekolah seluruh Malaysia. Program tersebut akan memberi manfaat kepada

guru dan pelajar di sekolah-sekolah yang terlibat (Hishammuddin Tun Hussein, YAB.

Dato’, 2007).

Bentuk penilaian dalam Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

Penilaian menjadi satu proses untuk mengetahui setakat mana pengalaman

pembelajaran yang telah dibentuk dan disusun itu dapat mencapai objektif yang

ditetapkan. Penilaian melibatkan proses bagi menentukan sejauh mana perubahan dalam

tingkah laku sebenarnya berlaku (Tyler, 1991). Maka adalah penting untuk guru mereka

bentuk penilaian yang menarik (Brookhart & Durkin, 2003)

Berdasarkan dapatan kajian sebanyak sepuluh bentuk ujian dan tujuh bentuk

peperiksaan telah mencapai konsesus pakar. Dapatan kajian mengesahkan kajian oleh

Saedah Siraj dan Faridah Abdullah (2005) yang mendapati penggunaan teknologi dalam

kurikulum akan memberi kesan kepada cara pelaksanaan penilaian dan juga format

Page 42: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

286

penilaian. Dapatan kajian ini menunjukkan bentuk penilaian dalam kurikulum M-

Pembelajaran agak berbeza dengan bentuk penilaian dalam kurikulum sedia ada.

Menurut Sharples (2003) terdapat tiga situasi pembelajaran yang perlu diberi perhatian

dalam membuat penilaian. Antaranya ialah: 1) Pembelajaran melalui peralatan mudah

alih; 2) Mobiliti pelajar (Tanpa mengambil kira peralatan mudah alih mereka); dan 3)

Mobiliti isi kandungan atau sumber dengan mengambil kira ia dapat dicapai dimana-

mana sahaja.

Model Penilaian Stake Countenance

Model-model yang boleh digunakan dalam penilaian kurikulum seperti Action

research, Eisner’s Connoisseurship Evaluation Model, Illuminative Evaluation Model,

Portraiture Model dan Stake’s Congruence-Contigency Model (Ornstein & Hunkins,

2004).

Dapatan penilaian Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah yang

dilaksanakan kepada pelajar-pelajar tingkatan satu menggunakan matapelajaran Sejarah

menunjukkan ia mencapai hasrat yang telah ditetapkan ke atasnya berdasarkan Model

Penilaian Stake Countenance. Dapatan kajian juga menunjukkan Kurikulum M-

Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan berbanding kelemahannya. Dapatan kajian

ini selaras dengan kajian oleh Norlidah Alias (2003) ke atas penilaian pelaksanaan

program M-Pembelajaran di sebuah sekolah rendah yang mendapati program tersebut

telah mencapai hasrat yang telah ditetapkan ke atasnya berdasarkan Model Penilaian

Stake Countenance.

Page 43: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

287

Implikasi dan cadangan.

Dapatan kajian dapat memberi implikasi kepada beberapa pihak seperti

Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar.

Dapatan kajian akan dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dan

Pusat Perkembangan Kurikulum melaksanakan kurikulum M-Pembelajaran seiring

dengan perkembangan era digital pada masa kini. Ianya juga seiring dengan hasrat

Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan pendidikan di Malaysia untuk melahirkan

insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan rohani; meningkatkan kreativiti dan

inovasi di kalangan pelajar; meningkatkan budaya ilmu; membudayakan sains dan

teknologi; membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; menyediakan sistem

pendidikan yang lebih cekap dan berkesan, dan bertaraf dunia; menjadikan Malaysia

Page 44: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

288

sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serta meningkatkan martabat pendidikan

Malaysia pada peringkat antarabangsa (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001).

Objektif Kurikulum M-Pembelajaran yang terhasil dalam kajian adalah relevan

dengan kurikulum yang dibina. Dalam menentukan objektif kurikulum M-Pembelajaran

tercapai, langkah-langkah dalam pelaksanaan kurikulum perlu diberi perhatian oleh

semua pihak bermula dari Kementerian Pelajaran hinggalah kepada guru-guru sendiri.

Kejayaan dan kegagalan pelaksanaan akan menentukan objektif yang dirancang tercapai

atau tidak. Guru-guru sebagai pelaksana perlu diberi kefahaman yang jelas dan

mendalam tentang kurikulum ini. Ia boleh disampaikan dalam bentuk kursus dan juga

bahan bercetak seperti risalah atau buku. Disamping itu media elektronik dan media

cetak juga boleh memainkan peranan memberi penjelasan dan penerangan kepada

masyarakat.

Perlaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran akan melibatkan implikasi kewangan

kerajaan. Menurut Traxler (2004) kos yang perlu dipertimbangkan dalam

membangunkan M-Pembelajaran ialah; 1) Kos pembangunan isi kandungan; 2) Kos

pengajaran; 3) Kos pembangunan perisian; 4) Kos perkakasan; dan 5) kos penggunaan;

seperti caj telefon. Sementara Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, (2004)

mengemukakan beberapa cadangan yang perlu diberikan perhatian dalam

membangunkan M-Pembelajaran iaitu: 1) Mengenalpasti kos untuk model insfrastruktur,

teknologi dan perkhidmatan. Bajet perlu disediakan untuk membeli peralatan mudah

alih, perkakasan rangkaian, kos sokongan teknikal dan beberapa kos tersembunyi; 2)

Mengkaji keperluan semua yang terlibat dalam teknologi (pelajar, guru dan pereka

bentuk isi kandungan) untuk memastikan ia berguna dan dapat diterima; dan (3)

Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan sesuatu teknologi supaya ia bersesuaian

dengan tujuan pembelajaran.

Page 45: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

289

Oleh yang demikian bagi menampung kos yang terbabit dengan pelaksanaan

Kurikulum M-Pembelajaran, pihak kementerian pelajaran perlu menyediakan bajet

kewangan yang mencukupi. Kementerian pelajaran boleh menggunakan kemudahan dan

perkhidmatan sedia ada bagi mengurangkan kos. Perkakasan dan peralatan seperti

komputer riba, makmal komputer, server, access point (AP) dan perkhidmatan Internet

telah sedia ada hampir diseluruh sekolah di Malaysia. Sehingga berakhir RMK-8, 97

peratus sekolah telah dirangkaikan dengan akses Internet jalur lebar. Bakinya adalah

sekolah- sekolah yang tidak mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Kementerian pelajaran

telah membangunkan 4,500 buah makmal komputer dan membekalkan 99,000 unit

komputer ke sekolah-sekolah. Sehingga Disember tahun 2006, sudah ada 5,266 buah

makmal. Bagi sekolah kurang murid (SKM), Kementerian Pelajaran Malaysia akan

mengadakan bilik komputer dan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai ruang atau di

pedalaman akan diperkenalkan konsep kabin. Di samping itu sebanyak 1,584 pusat akses

diadakan di sekolah-sekolah dan melalui pusat ini sebanyak 15,840 unit komputer

dibekalkan ke sekolah-sekolah yang terlibat (Utusan Malaysia, 2007, April 4).

Dengan perkakasan yang sedia ada di sekolah kos menyediakan perkakasan

dalam melaksanakan Kurikulum M-Pembelajaran di sekolah tidak begitu tinggi

kerana perkakasan yang sedia ada boleh digunakan. Walau bagaimanapun

perkakasan yang sedia ada perlu ditambah. Misalnya menambah bilangan access

point, membekalkan komputer tablet, telefon bimbit, PDA dan menyediakan

perkhidmatan khas SMS untuk tujuan pendidikan.

Pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran akan lebih banyak menumpukan

kepada penggunaan perkhidmatan elektronik yang mempunyai perkaitan dengan talian

Internet seperti laman Web, blog, e-mel dan sebagainya. Maka setiap sekolah perlu

Page 46: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

290

mempunyai talian Internet yang lebih stabil dan berkelajuan tinggi. Ini untuk

mengelakkan kesesakan talian apabila ramai pelajar menggunakannya.

Pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran bermula dengan pelajar tingkatan 1

kerana merupakan saat yang sesuai kerana mereka baru memulakan pembelajaran di

sekolah menengah. Pendedahan mulai dari peringkat awal akan memudahkan mereka

meneruskan pembelajaran dengan lebih mudah pada tahun-tahun berikutnya.

Tahun untuk melaksanakan Kurikulum M-Pembelajaran banyak tertakluk kepada

keputusan kementerian pelajaran sendiri. Dapatan kajian ini menunjukkan pakar telah

mencadangkan Kurikulum M-Pembelajaran boleh dilaksanakan mulai tahun 2010.

Kementerian boleh melaksanakan kurikulum ini dalam tiga Fasa. Fasa 1 ialah persediaan

awal. Fasa 2 pelaksanaan Kurikulum dan Fasa 3 peringkat penilaian. Fasa 1 dicadangkan

mulai tahun 2010 -2011. Antara persediaan awal yang dicadangkan ialah mengadakan

kajian rintis pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran ini di beberapa buah sekolah di

Malaysia. Persediaan bajet untuk pembekalan perkakasan ke sekolah seperti komputer

riba, PDA, Access Point juga perlu dibuat. Disamping itu latihan kemahiran kepada

guru-guru untuk melaksanakan kurikulum ini juga boleh dilaksanakan. Hasil analisis

kajian rintis boleh digunakan untuk memperbaiki kelemahan dan masalah yang timbul

dalam pelaksanaan kurikulum ini.

Fasa yang kedua ialah pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran ini kepada semua

sekolah-sekolah di Malaysia. Fasa ini boleh dimulakan mulai tahun 2012 hingga 2017.

Fasa ketiga ialah peringkat penilaian semula terhadap kkurikulum M-Pembelajaran bagi

melihat kelemahan, kekuatan dan masalah yang timbul. Sebarang kelemahan perlu

dibaiki dan sebarang masalah yang timbul perlu diselesaikan. Walau bagaimanapun

peringkat menilai ini tidak semestinya hanya dilaksanakan dalam fasa tiga. Semasa Fasa

dua lagi sebarang masalah dan kelemahan yang timbul perlulah diselesaikan.

Page 47: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

291

Pelaksanaan Kurikulum M-Pembelajaran secara intergrasi dengan KBSM tidak

menimbulkan banyak masalah. Ia tidak merubah sepenuhnya KBSM. Perubahan hanya

minimum kepada aspek-aspek tertentu sahaja. Misalnya seperti penggunaan peralatan

seperti Komputer riba, PDA, telefon bimbit dan komputer tablet. Begitu juga kaedah

penyampaian pengajaran berubah dari kaedah lama kepada kaedah baru yang lebih

berorientasikan teknologi. Peranan guru juga berubah seperti yang di katakan oleh Marsh

& Willis (1995) :

“Under the impact of the new technologies, therefore, teachers are less likely in the future

to be seen as dispenders of information and more likely to become resources who aid

students in identifying problems and in locating, analyzing and applying information”

pg 363.

Perlaksanaan kurikulum M-Pembelajaran tidak melibatkan perubahan mata

pelajaran dan isi kandungan pelajaran. Ianya dijalankan secara intergrasi dengan KBSM.

Matapelajaran Teknologi Maklumat yang diajar kepada pelajar-pelajar tingkatan empat

dan lima pada masa kini patut diperluaskan kepada pelajar-pelajar tingkatan satu hingga

tiga.

Pelbagai komponen yang diterapkan dalam kurikulum ini akan dapat melahirkan

pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2001). Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal

insan yang berkualiti. Pelajar akan memiliki pelbagai kemahiran seperti kemahiran

mencari maklumat, memperoleh kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran

kerja, kemahiran mengurus pembelajaran, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran

mengendalikan peralatan teknologi dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

(Saedah Siraj & Faridah Abdullah, 2005).

Pelaksanaan kurikulum ini memerlukan kepada peningkatan kemahiran guru.

Guru perlu melakukan perubahan pada diri mereka dengan mempertingkatkan kemahiran

dalam bidang ICT. Guru perlu mengambil inisiatif mengubah paradigma dan mengubah

Page 48: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

292

cara berfikir mereka supaya tidak terus berada pada takuk lama. Pihak kementerian

pelajaran juga perlu menjalankan lebih banyak kursus yang berkaitan mengintergrasikan

penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak kementerian juga perlu

menyediakan lebih banyak peruntukan untuk melatih guru-guru kemahiran ICT.

Penyediaan perkakasan yang canggih sahaja tanpa latihan yang diberikan akan

menyebabkan pembaziran berlaku, iaitu perkakasan yang dibekalkan tidak digunakan

secara maksimum.

Pihak sekolah juga boleh mengambil inisiatif dengan melaksanakan kursus ICT

di sekolah masing-masing. Tenaga pengajar boleh diambil dalam kalangan guru-guru

sekolah tersebut yang mempunyai kemahiran ICT. Kaedah ini lebih praktikal kerana

kursus boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian masa sekolah tersebut. Ia boleh

dilaksanakan pada sebelah petang selepas waktu persekolahan atau pada hari Sabtu.

Bentuk ujian dan peperiksaan dalam Kurikulum M-Pembelajaran akan

mengalami perubahan. Perubahan-perubahan ini memerlukan persediaan semua pihak.

sama ada pihak kementerian pelajaran hinggalah pihak sekolah.

Penggunaan teknologi seperti dalam kurikulum M-Pembelajaran akan memberi

beberapa implikasi ke atas pelaksanaan penilaian. Antara implikasi yang dijangkakan

ialah penyemakan dilakukan melalui sistem komputer, masa peperiksaan akan lebih

fleksibel, peperiksaan boleh dilakukan di mana-mana sahaja, soalan dapat diedarkan

kepada setiap pelajar dengan cepat, penilaian dapat dilakukan dalam talian dan

peperiksaan ditadbir oleh pihak sekolah (Saedah Siraj & Faridah Abdullah, 2005). Ini

akan mengurangkan beban kerja guru, menjimatkan masa dan kos serta mengurangkan

kesilapan kecil.

Begitu juga dari segi format penilaian akan mengalami sedikit perubahan.

Menurut Saedah Siraj & Faridah Abdullah (2005) format penilaian akan lebih berbentuk

Page 49: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

293

penyelidikan, pentaksiran yang lebih fleksible, pentaksiran yang lebih adil kepada semua

pelajar, penilaian berbentuk rujukan kriteria, membantu meningkatkan prestasi pelajar,

pentaksiran memerlukan pengelibatan aktif pelajar, pentaksiran aspek afektif diabaikan,

pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas akan tercicir dan pentaksiran berbentuk

penguasaan kendiri.

Implikasi kepada dunia pendidikan secara keseluruhan.

Dalam era mobiliti pada masa kini, peluang terbuka luas untuk mereka bentuk

pembelajaran yang berbeza, mencipta komuniti pembelajaran yang luas, menghubungkan

manusia dalam dunia nyata dan maya, menyediakan kepakaran atas permintaan dan

menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Sharples, 2006). M-Pembelajaran dilihat

sebagai alat perantara dalam proses pembelajaran. M-Pembelajaran tidak boleh terasing

dan patut dikaitkan dengan alat pembelajaran lain yang telah sedia diguna oleh guru dan

pelajar (Winters, 2006).

Kebanyakan pelajar pada masa kini mempunyai peralatan mudah alih seperti

telefon bimbit, alat pemain media mudah alih, dan alat mainan bimbit. Mereka juga

sering melayari Internet sama ada di sekolah, rumah, kafe siber atau di mana-mana

sahaja tempat yang mempunyai akses Internet. Mereka melakukan aktiviti pembelajaran

menerusi Internet browsing, Web searching, mesej, forum, chat dan komuniti dalam

talian (Sharples, 2006). Ini adalah sebahagian daripada pendidikan secara tidak formal di

luar bilik darjah. Malangnya pada hari ini sekolah dan kolej tidak mengiktiraf rangkaian

interaksi tidak formal ini sebagai pembelajaran yang sah dan mereka melarang pelajar

membawa telefon bimbit dan komputer riba ke dalam bilik darjah. Keadaan mewujudkan

ketegangan yang boleh membawa konflik dalam kalangan golongan pelajar. Ini boleh

berlaku apabila pelajar mempunyai komputer yang lebih canggih berbanding yang boleh

disediakan oleh sekolah dan apabila mereka melihat pembelajaran di bilik darjah sebagai

Page 50: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

294

gangguan kepada aktiviti tidak formal mereka yang pelbagai serta sekolah tidak

berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan dunia mobiliti dan rangkaian interaksi

(Sharples, 2006).

Ini kerana mobile learning is not just about learning using portable devices, but

learning across context (Walker, 2006). M-Pembelajaran membolehkan pelajar membina

pengetahuan dalam kontek yang berbeza, membolehkan pelajar membina kefahaman

mereka, mengubah aktiviti dan corak pembelajaran serta belajar tanpa had ruang dan

masa (Sharples, 2006)

Page 51: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

295

Rajah 1. Cadangan Model

Kurikulum M-Pembelajaran

Sekolah Menengah

OBJEKTIF

1) Supaya pelajar-pelajar dapat meneroka aktiviti-aktiviti pembelajaran yang baru melalui pendekatan-pendekatan yang inovatif

dalam M-Pembelajaran;

2) Supaya dapat memperkukuh proses kolaboratif dalam kalangan murid;

3) Supaya dapat membuat penilaian dinamik dan pantas atas progres pembelajaran murid;

4) Supaya dapat menyediakan perhubungan mudah alih yang pantas antara individu kepada individu yang lain berbanding sistem

konvensional;

6) Supaya dapat menggalakkan lebih banyak peluang belajar sendiri di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa;

7) Supaya dapat mengekalkan minat pelajar untuk terus belajar; dan

8) Supaya dapat menjimatkan masa tenaga dan kos (kepada guru dan juga pelajar).

B. PERKAKASAN DAN PERKHIDMATAN

ELEKTRONIK

PERKAKASAN

1) Komputer riba; 2) Telefon bimbit biasa;

3) Telefon bimbit 3G; 4) Personal Digital Assistant

(PDA); dan 6) Kamera Web.

PERKHIDMATAN ELEKTRONIK 1) Laman Web; 2) E-mel; 3) MMS; 4) GPRS

5) Internet Jalur Lebar; 6) SMS; 7) Bluetooth; dan

8) Blog.

PERKAKASAN SOKONGAN DI SEKOLAH

1) Makmal computer; 2) Server; 3) Router;

4) Rangkaian Wireless; 5) Firewall; 6) Access Point;

7) Rangkaian LAN; dan 8) Rangkaian WAN

C. PERINGKAT PELAKSANAAN

TINGKATAN PELAKSANAAN

Tingkatan 1

CARA PELAKSANAAN

Bersepadu dengan KBSM

TAHUN PELAKSANAAN 2010

D. KANDUNGAN KURIKULUM

MATA PELAJARAN

1) Teknologi Maklumat; 2) Sains; 3) Matematik:

4) Geografi; 5) Bahasa Inggeris; 6) Sejarah; 7) Bahasa

Malaysia; dan 8) Pendidikan Islam.

KOMPONEN 1) Komponen kemahiran; 2) Komponen latihan;

3) Komponen tugasan luar; 4) Komponen pengetahuan;

5) Komponen membina nilai-nilai murni.

E. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEKNIK PENGAJARAN

1) Teknik inkuiri penemuan; 2) Teknik projek;

3) Teknik penyelesaian masalah; 4) Teknik penyoalan; 5)

Teknik Kajian kes; dan 6) Teknik latih tubi.

AKTIVITI 1) Kuiz; 2) Mencari maklumat di dalam Internet;

3) Memberi maklum balas; 4) Forum; 5) Menghantar MMS;

6) Persidangan Video; 7) Menghantar SMS; 8) Perbincangan

kumpulan; 9) Menerima arahan guru; 10) Chat; 11)

Membaca nota guru;

12) Mengumpul data dilapangan; dan 13) Menghasilkan

laman Web Interaktif.

F. KEMAHIRAN GURU DAN PELAJAR

KEMAHIRAN GURU

1) Mengakses Internet dan menggunakannya untuk mencari maklumat;

2) Menggunakan e-mel untuk berkomunikasi;

3) Menggunakan sistem pengurusan pembelajaran LMS;

4) Kemahiran berkomunikasi;

5) Menggunakan hamparan elektronik (spreadsheet) untuk memproses maklumat;

6) Mengguna aplikasi persembahan untuk pembentangan;

7) Mengetahui cara merancang keperluan perkomputeran organisasi;

8) Mengurus keselamatan data dan peralatan;

9) Menggunakan aplikasi pemprosesan kata untuk membentuk bahan elektronik;

10) Kemahiran menganalisa data;

11) Kemahiran berfikir yang tinggi; dan

12) Menyenggara peralatan sistem komputer dan rangkaian.

KEMAHIRAN PELAJAR

1) Mengakses Internet dan menggunakannya untuk mencari maklumat;

2) Menggunakan e-mel untuk berkomunikasi;

3) Menggunakan aplikasi persembahan untuk pembentangan;

4) Menggunakan pemprosesan kata untuk menghasilkan bahan elektronik;

5) Menggunakan peralatan teknologi seperti kamera digital, scanner, pen drive;

6) Kemahiran bekerja dalam kumpulan;

7) Kemahiran menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan perisian seperti

Movie Maker, Ulead dan vcd cutter; dan

8) Menggunakan hamparan elektronik (spreadsheet) untuk memproses maklumat.

KURIKULUM

M-PEMBELAJARAN

SEKOLAH MENENGAH

G. PENILAIAN

BENTUK UJIAN

1) Ujian kertas/pencil di dalam bilik

darjah; 2) Membuat kerja kumpulan; 3)

Ujian dalam talian (online test); 4)

Forum; 5) Menghasilkan e-folio; 6)

Kuiz melalui SMS; 7) Membuat kertas

kerja; 8) Pemerhatian; 9) Interview;

dan 10) Pembentangan tugasan.

BENTUK PEPERIKSAAN

1) Soalan berbentuk struktur;

2) Menghasilkan e-folio;

3) Soalan objektif dalam talian (online

test);

4) Ujian kertas pencil dalam bilik

darjah;

5) Soalan esei dalam talian (online

test);

6) Pemerhatian; dan

7) Ujian amali.

Page 52: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

296

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian bidang M-Pembelajaran masih terbuka luas dalam berbagai-bagai aspek

kerana ia masih baru khususnya di Malaysia. Antara kajian lanjutan yang dicadangkan

ialah:

1) Reka bentuk perisian pengajaran dan pembelajaran yang serasi dengan peralatan

mobile dan bahan itu hendaklah mesra pelajar;

2) Mereka bentuk satu modul pembelajaran khusus untuk pengajaran dan pembelajaran

menggunakan M-Pembelajaran matapelajaran tertentu;

3) Menilai sejauh manakah peralatan mobile boleh membantu pengajaran pembelajaran

pelajar;

4) Kajian tentang bilakah teknologi mobile selalu digunakan oleh pelajar dan apakah

tujuan penggunaannya;

5. Kajian tentang potensi masa depan penggunaan teknologi mobile berskala besar dalam

institusi pendidikan atau dalam bidang perniagaan;

6) Kajian melihat potensi penggunaan peralatan mobile sebagai alat komunikasi dalam

pendidikan dan latihan;

7) Kajian tentang faedah dan kekangan penggunaan teknologi mobile untuk pembelajaran

secara kolaboratif dan juga untuk mentoring; dan

8) Perbezaan dalam corak penggunaan M-Pembelajaran antara disiplin ilmu dan antara

pendekatan pedagogi.

Page 53: 1-2-3-4 Rumusan Kajian- BAB 5.pdf

297

Penutup

Berikut adalah kesimpulan keseluruhan yang diperoleh daripada data kajian:

1) 123 pernyataan dalam reka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah

mencapai konsesus pakar;

2) Terdapat enam (5) pernyataan yang tidak mencapai konsensus pakar, iaitu item

nombor 2.1 (komputer desktop), 2.8 (scanner), 7.2 (pelaksanaan berasingan dengan

KBSM), 8.13 (Matapelajaran MPV-elektrik dan Elektrikal) dan 10.8 (Teknik Syarahan);

3) Majoriti pernyataan dalam Reka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah

Menengah telah mencapai konsensus pakar sejak pusingan kedua lagi;

4) Tidak ada perubahan yang signifikan dalam pendapat pakar antara pusingan kedua dan

ketiga untuk 128 item; dan

5) Keputusan analisis penilaian Stake Countenance Model ke atas Kurikulum M-

Pembelajaran Sekolah Menengah menunjukkan pelaksanaannya telah mencapai hasrat

pelajar dengan bahan, hasrat pelajar dengan pelajar dan juga hasrat pelajar dengan guru.