kaifiat - ekhutbah.ns.gov.myekhutbah.ns.gov.my/upload/4483-teks khutbah 'idulfitri 1437h... ·...

Download KAIFIAT - ekhutbah.ns.gov.myekhutbah.ns.gov.my/upload/4483-Teks Khutbah 'Idulfitri 1437H... · Sifat-sifat Sabu ‘iyyah (sifat ... Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang

If you can't read please download the document

Upload: vomien

Post on 06-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • i

    KAIFIAT SOLAT SUNAT IDULFITRI / IDULADHA

    Lafaz niat:

    /

    Lafaz tasbih:

    RAKAAT PERTAMA

    Takbiratul Ihram disertai dengan niat di dalam hati.

    Selepas Takbiratul Ihram, membaca Doa Iftitah.

    Takbir sebanyak tujuh kali (7x), diselangi setiap kali takbir dengan

    tasbih sehingga takbir yang keenam (6).

    Selepas takbir ketujuh (7), membaca Surah al-Fatihah dan diikuti

    selepasnya Surah al-Quran (disunatkan membaca Surah al-Ala atau Surah

    al-Kafirun).

    Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

    RAKAAT KEDUA

    Selepas takbir perpindahan rukun, takbir sebanyak lima kali (5x),

    diselangi setiap kali takbir dengan tasbih sehingga takbir yang keempat (4).

    Selepas takbir kelima (5), membaca Surah al-Fatihah dan Surah al-

    Quran (disunatkan membaca surah al-Ghashiyah atau Surah al-Ikhlas).

    Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

    Memberi salam.

  • 1

    JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

    NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

    KHUTBAH IDULFITRI

    TAJUK : IDULFITRI DALAM MEMAHAMI JIHAD YANG SEBENAR

    6 JULAI 2016M / 1 SYAUWAL 1437H

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

  • 2

    Firman Allah dalam ayat 14-17 Surah al-Alaa :

    Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima

    peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal

    yang soleh), dan menyebut dengan lidah dan hatinya akan nama

    Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi

    kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu

    mengutamakan kehidupan dunia; pada hal kehidupan akhirat lebih baik

    dan lebih kekal.

    Hari ini bertepatan dengan 1 Syauwal yang diraikan oleh umat Islam,

    mimbar akan membicarakan khutbah yang bertajuk IDULFITRI

    DALAM MEMAHAMI JIHAD YANG SEBENAR.

    MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

    Selamat hari raya Idulfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan

    muslimat.

    Di pagi yang penuh kecerian dan keberkatan ini, marilah sama-sama kita

    mengungkapkan rasa syukur yang mendalam dengan erti kata mematuhi

    segala tuntutan Allah serta menjauhi segala larangan-Nya.

    Bertaqwalah kepada Allah pada setiap masa. Marilah kita saling

    mengucapkan tahniah dan doa kepada saudara kita yang lain dengan

    kehadiran Idulfitri al Mubarak pada kali ini. Hal ini adalah kerana

    mengucapkan tahniah sempena hari raya merupakan sebahagian

  • 3

    daripada tuntutan syariat di dalam kita berkongsi kesyukuran dan

    kegembiraan.

    Al-Hafiz al-Imam as-Suyuti di dalam karya beliau al-Tahani

    menggariskan sebelas keadaan bagi seseorang muslim sunat

    mengucapkan tahniah kepada saudaranya. Antaranya ialah bersempena

    sambutan hari raya. Bahkan jumhur ulama menyatakan adalah lebih

    baik lagi kita mengucapkan:

    yang membawa

    maksud: semoga Allah menerima amalan kita semua.

    MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN,

    Anugerah hari raya ini akan lebih bermakna apabila kita berjaya

    menyuburkannya dengan amalan soleh yang telah dijinakkan dengan diri

    kita sepanjang Ramadhan lalu, seperti solat berjemaah di masjid atau

    surau, membaca dan mentadabbur al-Quran, zikir kepada Allah,

    istighfar, taubat, iktikaf, bersedekah dan sebagainya. Kita tidak mahu

    hanya setakat menjadi hamba Ramadhan, iaitu yang begitu rajin

    beribadat sepanjang Ramadhan namun bila berlalunya Ramadhan maka

    kita kembali menjadi hamba kepada hawa nafsu dan syaitan. Mohonlah

    kepada Allah agar kita istiqomah di dalam jalan yang benar ini.

    Kita boleh mengenali dengan jelas perbezaan antara sambutan raya

    hamba Allah dengan sambutan raya hamba hawa nafsu. Hamba

    Allah menyambut raya mengikut adab Islam dengan kembali kepada

    fitrah kesucian, kesyukuran dan keinsafan. Manakala hamba hawa nafsu

    pula hanya memenuhi program hari raya mengikut kehendak syaitan,

    antaranya pergaulan bebas, mendedahkan aurat, hiburan melampau,

    pembaziran dan perkara-perkara lain yang melanggar hukum syarak.

    Ibnu Abbas berkata :

  • 4

    Maksudnya: Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia.

    Apabila manusia menyebut nama Allah maka ia akan mengundur diri

    dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan.

    (Hadith riwayat Ibnu Abi Syaibah)

    Firman Allah dalam Surah al-Zukhruf ayat 36:

    Maksudnya: Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (al-

    Quran yang diturunkan oleh Allah) ar-Rahman, Kami akan adakan

    baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu ia menjadi

    temannya yang tidak renggang daripadanya.

    MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,

    Idulfitri dipanggil hari kejayaan atas kembalinya kita kepada fitrah

    dengan didikan Ramadan, yang mana ia menghasilkan tiga kesan

    utama, iaitu selalu berbuat yang indah, benar dan baik mengikut

    panduan syarak. Malangnya terdapat sekolompok manusia apabila

    berlalunya Ramadhan, ia kembali mengotorkan diri dengan noda dosa

    yang mengundang kemurkaan Allah di dunia dan di akhirat pada

    sebelas bulan selepasnya. Ini adalah akibat daripada gagal mengawal

    hawa nafsu. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya

    Ulumuddin telah menukilkan bagaimana berlakunya perbuatan dosa

    akibat didorong oleh empat faktor, iaitu:

    1. Sifat Rububiyyah (sifat ketuhanan), iaitu apabila seseorang

    mengambil atau memakai sifat-sifat Tuhan seperti takabbur, sukakan

    pujian dan sanjungan sedangkan sifat-sifat itu hanya layak bagi Allah

    di mana mereka ini susah menerima teguran dan nasihat sehingga

    lemas dalam dosanya.

  • 5

    2. Sifat Syaitaniyyah (sifat syaitan), iaitu apabila wujud dalam diri

    seseorang sifat seperti hasad dengki, tipu helah dan sebagainya. Sifat ini

    boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat yang

    membahayakan dirinya dan orang lain jika gagal diubati dengan segera.

    3. Sifat Bahimiyyah (sifat kebinatangan) seperti tamak haloba,

    menurut hawa nafsu perut, menimbun harta kekayaan untuk kepuasan

    nafsu semata-mata tanpa mengira halal haram.

    4. Sifat-sifat Sabuiyyah (sifat kebuasan) seperti sifat marah,

    dendam, membunuh, memukul, mencaci maki orang dan seumpamanya.

    Semua sifat berkenaan adalah punca dan pendorong ke arah perlakuan

    dosa dan maksiat. Apabila dibiarkan bermaharajalela, maka akan rosak

    binasalah manusia. Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang

    akan meresap ke seluruh tubuh badan dan boleh membawa maut jika

    tidak diubati dengan segera. Dosa juga adalah ketagihan di mana bila

    sudah melakukannya sekali, maka ia akan diulang buat sekian kalinya.

    MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

    Tarbiah puasa Ramadhan dan ibadah berzakat banyak mendidik diri kita

    untuk merasai penderitaan orang yang susah. Jika tarbiah ini dapat

    dihayati oleh setiap umat Islam, ia akan menyumbang kepada

    pembentukan negara yang aman dan berkat. Kembalilah kepada

    penghayatan Islam yang sebenar, nescaya kita akan selamat di dunia

    dan di akhirat.

    Puasa dan zakat turut mendidik diri kita agar sentiasa bergantung harap

    dengan Allah , sentiasa bersungguh-sungguh melakukan ketaatan

    dan fokus di dalam amalan-amalan tersebut. Allah memuji Nabi

    Zakaria dan keluarganya dengan tiga akhlak dan amalan yang mulia,

    iaitu bersegera melakukan ketaatan, berdoa dan berharap kepada Allah

    dengan rasa harap dan takut serta khusyuk di dalam beribadah.

  • 6

    Firman Allah didalam Surah al-Anbiya ayat 90:

    Maksudnya: Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan

    kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya

    (yang mandul), (untuk melahirkan anak) baginya, (Kami melimpahkan

    pelbagai ihsan kepada rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya

    mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan

    sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut;

    dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

    MUSLIMIN MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA,

    Memahami jihad dan kefardhuan semasa, antaranya mengawal hawa

    nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan. Hawa nafsu perlu

    dikekang dengan berpandukan kepada panduan al-Quran dan cahaya

    kenabian. Tarbiyah Rasulullah diperturunkan kepada para sahabat

    yang mulia dengan pendidikan yang menyeluruh dan sempurna. Ia

    seimbang di antara kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Islam meraikan

    fitrah manusia. Berbahagialah kita umat Islam yang berpegang dengan

    tarbiah kesufian ini. Kita tidak hanyut dengan kemewahan dunia bahkan

    kita hanya menjadikan dunia sebagai jambatan dan kenderaan menuju

    alam akhirat.

    Maka sewajarnya amalan-amalan seperti solat dhuha, tilawah al-Quran,

    puasa sunat, bersedekah dan mencintai orang-orang soleh merupakan

    amalan-amalan penting di dalam menjaga kesucian hati kita dan inilah

    jihad utama umat Islam. Menjaga kesucian hati adalah merupakan jihad

    besar di dalam mengawal hawa nafsu, dan ini hanya dapat

  • 7

    disempurnakan menerusi didikan murabbi dan muallim. Alhamdulillah

    masjid dan surau kita tidak kurang hebat di dalam mengatur halakah

    ilmu dan zikir bagi memantapkan kerohanian dan akal kita. Jangan

    dibiarkan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja tanpa menghadiri

    majlis-majlis ini. Syaikh Dr. Wahbah al-Zuhaily menerusi Tafsir al-Munir

    menyebutkan bahawa imarah daripada sudut bahasa ialah melazimi

    masjid, berada di dalamnya, beribadah, membina dan memperelokkan

    binaannya. Ia merangkumi dua kategori: hissi dan manawi.Imarah hissi

    boleh dilihat dan diukur dengan pancaindera seperti memperelokkan

    bangunannya, membersihkannya, memasang permaidani dan

    menyalakan lampu. Manakala imarah manawi pula bermaksud solat,

    zikir, itikaf, ziarah dan zikir yang paling agung ialah pengajian ilmu

    bahkan inilah imarah yang paling utama seperti yang disebut oleh Imam

    al-Zamakhsyari.

    MUSLIMIN MUSLIMAT YANG BUDIMAN,

    Jihad pengajaran dan pembelajaran ini mesti hidup dalam kalangan

    masyarakat. Kita mesti mencintai ilmu dan ulama. Pengajian ilmu

    bersanad terutamanya di masjid-masjid perlu diteruskan.

    Kata Saiyidah Aisyah

    : Kebaikan itu terdapat pada enam perkara,

    dan ia hanya diperoleh daripada dada para ulama. Keazaman,

    kesantunan, menanggung kesukaran, kesabaran, diam dan berkata

    benar.

    Mengakhiri khutbah, antara kesimpulannya ialah:

    1. Marilah bersama-sama kita menghidupkan amalan sunnah di pagi

    Syauwal dengan ucapan tahniah dan doa kepada sanak saudara

    serta umat Islam seluruhnya.

    2. Menjaga kesucian hati daripada perlakuan maksiat dan dosa

    adalah merupakan satu jihad yang besar.

    3. Imarahkan masjid dan surau mengikut disiplin ilmu turath Islam

    untuk menghindari serangan musuh-musuh Islam.

  • 8

    4. Jihad sebenar ialah memahami tuntutan semasa dengan kembali

    kepada fitrah yang berasaskan jihad ilmu dan mengawal hawa

    nafsu.

    Firman Allah dalam Surah Yasin ayat 12:

    Maksudnya: Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang

    mati, dan Kami tuliskan segala apa yang mereka telah kerjakan dan

    segala kesan perkataan dan perbuatan yang ditinggalkan oleh mereka;

    dan tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu di dalam kitab (ibu

    suratan) yang jelas nyata.

    .

  • 9

    KHUTBAH KEDUA

    IDULFITRI 2016M / 1437H

  • 10

  • 11

    .

    .

    :

    .

    .

    .

  • 12

    .

    Bukakan pintu hati kami dengan pancaran iman, sanubari kami dengan

    penuh yakin dan kepercayaan, fikiran kami dengan ilmu pengetahuan,

    jiwa rohani kami patuh dan taat kepada ajaran al-Quran dan hadis Nabi

    akhir zaman, berikanlah kesudahan kami mati di dalam iman. Jauhi kami

    daripada segala sengketa dan perbalahan, jadikanlah kami ummah yang

    dirahmati dan diredhai sepanjang zaman.

    .

    *

  • 13

    .

    *

    .

    *

    .

    *

  • 14

    .

    *

    .

    .

    .

    .

    .

  • 15

    .

    *(Khatib hendaklah membaca doa untuk D.Y.M.M. Tuanku, doa untuk Y.T.M. Dato Undang mengikut luak masing-masing dan

    doa untuk Y.T.M. Tunku Besar Tampin)