kaifiat menunaikan solat tarawih

Upload: alismaz-haklat

Post on 10-Mar-2016

321 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sangat berguna untuk orang eamai

TRANSCRIPT

3

KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH

Bilal dan jemaah sama-sama membaca

Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;

Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih;Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Rakaat pertama: Surah At Takaatsur

Rakaat kedua: Surah Al Ashry

Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4;Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:Rakaat ketiga: Surah Al Humazah

Rakaat keempat: Surah Al Fiil

.

Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4;Bilal dan jamaah membaca Tasbih dan Selawat:

Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:

Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6;Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:Rakaat kelima: Surah Al Quraisy

Rakaat keenam: Surah Al Mauun

.

Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8;Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:Rakaat ketujuh: Surah Al Kautsar

Rakaat kelapan: Surah Al Kaafiruun

Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jamaah membaca Tasbih dan Selawat:

Apabila selesai mendirikan 8 rakaat Solat Tarawih, membaca doa berikut;Doa Solat Tarawih

. . Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman. . . Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di atas Tahta Kehormatan di dampingi bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam. [ (3)] . . Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

. [ (3)] . [ . (3)] Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

. Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!

Solat Sunat WitirSetelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:

.Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

Bacaan selepas Fatihah:Rakaat pertama:Surah Al-AlaaRakaat kedua:Surah Al-Kafiruun

Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;

Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

Selepas bacaan al-Fatihah, pada rakaat terakhir, dibaca pula surah;Al-Ikhlas,

Al-Falaqdan

An-Naas..Imam membaca doa.Disediakan oleh Panitia Pendidikan IslamSMK Tmn Desa Tebrau