kaedah pembelajaran masteri.pdf

34
KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI OLEH NOR AZILA ABDULLAH SHAHIDATUL AIN SULAIMAN

Upload: reza-anwar

Post on 25-Oct-2015

484 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

teknik

TRANSCRIPT

KAEDAH PEMBELAJARAN

MASTERI OLEH

NOR AZILA ABDULLAH SHAHIDATUL AIN SULAIMAN

MAKSUD

PM suatu pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang memastikan semua murid

menguasai hasil pembelajaran yang

dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran

sebelum berpindah ke unit pembelajaran

seterusnya. Pendekatan ini memerlukan

peruntukan masa yang mencukupi dan proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

PENEKANAN

Kebolehan dan keperluan berbeza

Pendekatan P&P sesuai dan berkesan

Menguasai ilmu, kemahiran dan

sikap

PRINSIP ASAS

Murid normal

Unit pembelajaran

Arahan jelas

Masa mencukupi

LANGKAH PEMBELAJARAN

MASTERI

Menentukan Hasil Pembelajaran

Tindakan susulan

penilaian

Menentukan Pengajaran

dan

Pembelajaran

Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu

mengajar

Membantu membina ujian

formatif dan sumatif

Memberi tumpuan

dalam penguasaa

n HP

Mengenal pasti apa

yang perlu dikuasai

MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN PERLU

DITENTUKAN

Menentukan Pengajaran

dan Pembelajaran

• Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.

Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan

• Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran

Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya: a. pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pelajaran. b. Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.

• pendekatan yang boleh digunakan

(1) Berpusatkan guru

penerangan, penjelasan, becerita, huraian, memberi nota, syarahan, demonstrasi. (2) Berpusatkan murid

bercerita, bacaan, latih tubi, pembelajaran akses kendiri, inkuiri penemuan, soal jawab, main peranan, demonstrasi, penyelesaian masalah, sumbang saran, projek, pembelajaran koperatif, amali.

• Kemudahan yang sedia ada.

• Masa yang diperuntukkan

Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru harus

mengambil kira perkara yang berikut:

P&P MENGGUNAKAN PELBAGAI STRATEGI, PENDEKATAN DAN KAEDAH

Inkuiri

Pembelajaran konstektual

Pembelajaran interaktif

Pembelajaran koperatif

Eksperimen

Perbincangan

Simulasi

Projek

Kajian lapangan

PENILAIAN

DEFINISI PENILAIAN

• Penilaian adalah suatu proses unuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan

pencapaian murid. Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan secara berterusan.

TUJUAN PENILAIAN

Mengesan pencapaian murid

Mengenal pasti jenis murid

Mengesan sama ada HP telah dikuasai atau belum

Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran

Menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan

Menentukan keberkesanan kaedah p&p

• Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina,

dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik.

• Penilaian boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti: 1) Semasa pengajaran dan pembelajaran 2) Selepas sesuatu unit pembelajaran 3) Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.

• Penilaian dalam Pembelajaran Masteri meliputi domain Kognitif, Afektif dan Psikomotor.

• Cara Penilaian: lisan, pemerhatian, penulisan.

TINDAKAN SUSULAN

TINDAKAN SUSULAN

Pemulihan Pengayaan

Pengukuhan Pengembangan

PEMULIHAN

Tujuan: (a) Untuk membantu murid yang belum

melepasi aras masteri. (b) Untuk memperbaiki kelemahan

pembelajaran yang telah dikenal pasti.

CONTOH AKTIVITI PEMULIHAN

Mengajar semula dengan kaedah yang berbeza

Memperbetulkan perlakuan yang salah

Menggunakan bahan visual

Mempermudahkan dan mempelbagaikan latihan

Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas

PENGAYAAN Tujuan: (a) Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik. (b) Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid. (c) Menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir. (d) Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran. 2 aktiviti pengayaan, iaitu: 1) Aktiviti Pengukuhan Tujuan: Memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran 2) Aktiviti Pengembangan Tujuan: Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri.

Memberi latihan yang lebih mencabar

Memberi latihan dalam pelbagai bentuk

Membuat projek

Membuat kajian

CONTOH AKTIVITI PENGAYAAN

PERANAN

• Sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran – menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta

menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar

– menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai

– mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara;

– menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar; dan

– menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan

• Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu.

• Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.

• Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.

• Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan

Peranan pelajar:

• sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.

• Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.

• Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari

• Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:

– tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai

– belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi

– betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar

– memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai

– membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi

KAEDAH P&P UNTUK

PEMBELAJARAN MASTERI

PENGENALAN

• Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.

• Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.

• Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.

PENGGUNAAN BAHAN

RUMUSAN