kaedah pembelajaran koperatif

28
Kaedah Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah: a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif, b. saling berinteraksi secara bersemuka, c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, d. kemahiran koperatif, dan e. pemprosesan kumpulan Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

Upload: nurmawaddah

Post on 12-Jan-2016

57 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teknik pembelajaran

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Pembelajaran Koperatif

Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

b. saling berinteraksi secara bersemuka,

c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,

d. kemahiran koperatif, dan

e. pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

Apabila guru-guru pelatih merancang kerja kumpulan, sering kali tiga jenis lembaran kerja diberi kepada 3 kumpulan murid (cerdas, sederhana dan kurng sederhana!). Murid-murid dalam setiap kumpulan diminta membuat latihan masing-masing tanpa menggangu orang lain. Selepas itu, lembaran kerja dipungut dan guru pelatih berkenaan membuat sedikit rumusan. Apakah itu kerja kumpulan? Ini menunjukkan pelatih tersebut tidak memahami prinsip-prinsip pembelajaran koperatif dan dinamika kumpulan.

Berikut dijelaskan prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif. Model yang diutarakan oleh Johnson & Johnson (PIGS) serta Kagan (PIES) mempunyai persamaan yang nyata.

Page 2: Kaedah Pembelajaran Koperatif

Johnson & Johnson Kagan

Positif Interdependence Positif Interdependence

Individual Accountability Individual Accountability

Group Interaction Equal Participation

Social Skills Simultaneous Interaction

Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)

Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuna boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.

Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)

Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.

Group Interaction (Interaksi Kumpulan)

Pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.

Social Skills (Kemahiran Sosial)

Agar pembelajarn koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.

Struktur Koperatif - Pasport Parafrasa

(Liz Warner)

Pelajar berkongsi ideanya hanya selepas mereka memparafrasa dengan tepat orang yang bercakap sebelumnya.

Pelaksanaan:

Page 3: Kaedah Pembelajaran Koperatif

1. Guru memperuntukkan satu topik.2. Pelajar A memberi pendapatnya.3. Pelajar B memparafrasa pendapat itu, kemudiannya memberi pendapatnya.4. Teruskan pemberian idea dan memparafrasa.Hak untuk menyampaikan idea diperoleh dengan memparafrasa dengan tepat idea yang telah disampaikan oleh ahli pasukan lain. Orang yang telah menyampaikan idea adalah pengadil tentang ketepatan parafrasa.

Pengurusan

Lakukan percambahan idea untuk kata-kata parafrasa seperti 'Apa yang saya dengar tentang pendapat anda ialah ...', 'Apa yang saya fahami tentang pendapat anda ialah ...', 'Adakah anda bermaksud ...?'.

Kemahiran Sosial

- Mengambil giliran- Pendengaran aktif- Memparafrasa pendapat orang lain

Idea-idea Untuk

*Membina Pasukan- Apakah yang anda suka tentang kelas kami?- Apakah yang anda ingin ubahkan tentang kelas ini?

*Bahasa- Cerita yang digemari- Apakah motivasi watak dalam cerita?

*Sains- Langkah-langkah dalam siri- Interpretasi hasil dapatan daripada ujikaji makmal.

*Matematik- Cara-cara menyelesaikan masalah- Cara-cara menggunakan matematik dalam hidup

*Seni dan Apresiasi Muzik- Apakah perasaan anda apabila anda mendengar sesuatu muzik atau melihat karya seni?

Struktur Koperatif - Persemukaan

(Liz Warner)

Page 4: Kaedah Pembelajaran Koperatif

Selepas membaca masalah pasukan, ahli kumpulan menulis jawapan masing-masing. Kemudiannya ahli-ahli pasukan mengadakan persemukaan atau 'showdown' dengan menunjukkan jawapan masing-masing.

PELAKSANAAN

Setiap pasukan memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad.

1. Semua kad diterbalikkan dan diletak dalam pertengahan meja pasukan.2. Pelajar No. 1  membalikkan soalan No. 1 dan membacanya dengan kuat.3. Semua ahli pasukan menulis jawapan secara individu atas kertas atau papan batu. (Sekira pelajar tidak tahu jawapan, ia dikehendaki menulis '?').4. Ahli pasukan menunjukkan ibu jari jika ia sudah bersedia.5. Pelajar No. 1 sebut 'SHOWDOWN' dan semua ahli pasukan menunjukkan jawapan dengan meletakkannya di tengah meja.6. Pelajar No 1 memimpin pasukan dalam menyemak dan mengajar semula jika perlu.7. Pasukan meraikan kejayaan.8. Berganti peranan. Pelajar No. 2 memimpin pasukan.

KEMAHIRAN SOSIAL - menunggu dengan senyap, membimbing dan memuji.

IDEA-IDEA KANDUNGAN:

Bahasa - soalan kefahaman, ejaan, tata bahasa, simbol-simbol fonetik, jenis isi Matematik - masalah, formula, bentukSains - kenal pasti batuan, formula, prosedurKajian Sosial - tata bahasa, peristiwa, watak-watak bersejarah

Struktur-struktur Interaksi Koperatif

Struktur-sturktur Koperatif Yang Ringkas dan Mudah

Struktur-struktur berikut boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran untuk menggalakkan interaksi pelajar dalam aktiviti p&p. Ia mudah digunakan oleh guru pelatih yang menjalankan praktikum mahupun dalam kelas biasa.

1. Membentuk-Berkongsi-Mendengar-Mencipta

2. Semakan Pasangan

3. Roundrobin/Roundtable

4. Aktiviti Menyelesaikan Masalah Secara Pasukan

5. Tulis-Berpasang-Berhadapan

1. Membentuk-Berkongsi-Mendengar-Mencipta - Karl A. Smith, University of Minnesota

Membentuk sesuatu jawapan secara individu.

Berkongsi jawapan anda dengan pasangan/pekongsi.

Page 5: Kaedah Pembelajaran Koperatif

Mendengar dengan teliti jawapan pasangan/pekongsi anda.

Mencipta jawapan baru selepas perbincangan.

2. Semakan Pasangan- Spencer Kagan, Kagan Cooperative Learning, Inc.

Setiap kumpulan terdiri dari dua pasangan.

Setiap pasangan terdiri daripada Pekongsi A dan Pekongsi B.

Kumpulan diberi dua atau lebih masalah.

Pekongsi A menyelesaikan masalah pertama sementara Pekongsi B membimbing.

Pekongsi B menyelesaikan masalah kedua sementara Pekongsi A membimbing.

Semak dengan pasangan lain dalam kumpulan.

Sekiranya jawapan berbeza, fikirkan sebab-sebabnya.

Pastikan setiap ahli pasukan bersedia menerangkan jawapan kepada pasukan lain jika perlu.Peringatan:(a) Semasa giliran menyelesaikan masalah, cakapkan langkah-langkah yang diambil. Pembimbing akan menolong anda jika anda menghadapi kesukaran.(b) Semasa giliran membimbing, beri isyarat dan galakan, serta menyoal tetapi jangan hanya memberi jawapan.

3. Roundrobin/Roundtable - Susan Ledlow, Arizona State University

Arahan untuk Roundrobin

Ini merupakan suatu struktur menjawab secara lisan mengikut giliran.

Dengar soalan dengan baik.

Fikirkan semua jawapan yang sesuai.

Sumbangkan satu jawapan secara lisan.

Dengar jawapan yang disebutkan oleh ahli kumpulan.

Sumbangkan lagi jawapan anda yang belum disebut oleh ahli kumpulan bila sampai giliran anda.Dengar jawapan seterusnya daripada ahli-ahli kumpulan.

Teruskan sumbangan jawapan anda, satu demi satu, sehingga tamat masa.

Arahan untuk Roundtable

Ini merupakan suatu struktur menjawab secara menulis mengikut giliran.

Keluarkan sehelai kertas untuk kegunaan kumpulan.

Dengar soalan dengan baik.

Fikirkan semua jawapan yang sesuai.

Tuliskan dan sebutkan satu jawapan atas kertas.

Panjangkan kertas itu kepada ahli kumpulan di sebelah kiri.

Dengar jawapan yang disebut oleh ahli kumpulan.

Teruskan sumbangan jawapan, satu demi satu, sehingga tamat masa.

Page 6: Kaedah Pembelajaran Koperatif

4. Aktiviti Menyelesaikan Masalah Secara Pasukan - Karl Smith, University of Minnesota

Masalah: Guru menyediakan masalah yang sesuai.

Komponen Koperatif: Hanya satu jawapan daripada setiap pasukan. Semua ahli pasukan mesti bersetuju dan dapat menerangkannya.Akauntabiliti Individu: Seorang ahli akan dipanggil secara rambang untuk menjelaskan jawapan pasukan.Tingkah laku Sosial yang dijangkakan: Penglibatan saksama, menyemak untuk konsensus, ketidaksetujuan yang bersopan.

5. Tulis-Berpasang-Berhadapan - Ruth Yabes, ASU

Tulis sebanyak mungkin jawapan untuk soalan yang diberi.

Lukis satu garisan melintang selepas jawapan terakhir.

Berpasang dengan seorang ahli pasukan dan bandingkan jawapan anda.

Tulis jawapan-jawapan oleh rakan pasangan anda sekiranya jawapan itu tidak sama dengan jawapan anda.Lukis satu garisan melintang selepas jawapan terakhir yang diambil daripada pasangan anda.Bandingkan nota dengan pasangan yang lain dalam kumpulan anda.

Catatkan jawapan-jawapan oleh pasangan lain sekiranya jawapan itu tidak sama dengan jawapan yang sedia ada.Berkongsi senarai kumpulan anda dengan kelas apabila diminta oleh guru.

Teori Konstruktivisme

1. Pengenalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.

Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

2. Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Page 7: Kaedah Pembelajaran Koperatif

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.

Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-

Page 8: Kaedah Pembelajaran Koperatif

galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas.

Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi

Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.

Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.

Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.

Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.

Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Page 9: Kaedah Pembelajaran Koperatif

Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.

Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.

Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan

Objektivisme Konstruktivisme

Tanggapan Utama

Pengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran pelajar

Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak

Kesan

Guru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan untuk membantu murid

Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi

Respons Guru

"ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya tahu""Saya ajari ini, mereka belajar ini""Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan"

"Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya""Saya ajar ini, mereka belajar itu""Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka"

Model Konstruktivisme 5-Fasa

Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa

Page 10: Kaedah Pembelajaran Koperatif

terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-

Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah

I

Orientasi Menimbulkan minat dan menyediakan suasana

Amali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar

IIPencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar

tentang idea terdahuluAmali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan

III

Penstrukturan semula idea

i. Pernjelasan dan pertukaran

ii. Pendedahan kepada situasi konflik

iii. Pembinaan idea baru

iv. Penilaian

Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik.Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.

Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiriMenguji kesahan idea-idea sedia ada

Pengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran idea

Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina

Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan

Perbincangan, pembacaan, input guru.

Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru

IVPenggunaan idea

Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa

Penulisan sendiri kerja projek

V

Renungan kembali

Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.

Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain.

Adakah Anda MempraktikkanPendekatan Konstruktivisme

Page 11: Kaedah Pembelajaran Koperatif

Anda telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya:Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.

Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.

Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.

Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah

Pelajaran berpusatkan murid

Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'

Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebutMurid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya

Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina

Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai

Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori

Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan

Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid

Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru

Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid

Murid bekerja dalam kumpulan

Prinsip-prinsip Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar.

Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme:

1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.

2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek sahaja.

3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya.

4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.

5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.

6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.

Page 12: Kaedah Pembelajaran Koperatif

7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.

8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.

9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.

10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.

11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.

12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan masing-masing.

Ciri-ciri P&P Konstruktivisme

Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p konstruktivisme berasaskan pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole (1991), Paul Ernest (1995), Honebein (1996), dan Vygotsky (1978) untuk menghasilkan senarai berikut:

Pelbagai perspektif dan representasi konsep dan isi kandungan didedah dan digalakkan

Matlamat dan objektif diperoleh oleh pelajar atau dalam perundinan dengan guru atau sistemGuru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudahcaraAktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan untuk menggalakkan metakognisi, anlisis-, kawalan-, refleksi- dan penyedaran kendiri.Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawalkan pembelajaran

Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan tugasan adalah relevan, realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi dunia sebenarSumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan kompleksiti dunia sebenarPembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta diutamakan

Proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui rundingan, kolaborasi dan pengalaman sosial.Sikap, kepercayaan dan pembinaan pengetahuan yang lalu diambilkira dalam proses pembinaan pengetahuan semasaPenyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi dan pemahaman mendalam ditegaskanKesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan pengetahuannya yang laluPenerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnyaPelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan; di mana tugasan, kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks.Kompleksiti pengetahuan dicerminkan dalam saling hubungan konsep dan pembelajaran antara disiplinPembelajaran koperatif dan kolaboratif diketengahkan agar pelajar didedahkan kepada pandangan alternatifTetangga (scaffolding) digunakan untuk membantu pelajar mencapai di seberang

Page 13: Kaedah Pembelajaran Koperatif

(beyond) had kebolehannyaPenilaian adalah autentik dan dianyamkan dengan pengajaran

Perbezaan Instruksi:Behaviorisme, Kognitivisme &

Konstruktivisme

Aspek Behaviorisme Kognitivisme Konstruktivisme

Fokus Pengajaran Berfokuskan pembentukan tingkah laku pelajar

Berfokus kepada transmisi proses pemikiran pelajar

Berfokuskan pembinaan mental realiti pelajar.

Instruksi & ManipulasiPengajar memanipulasikan perubahan tingkah laku dengan pengukuhan terpilih

Pengajar memanipulasikan proses pemikiran pelajar dengan membekalkan model mental yang perlu diikuti oleh pelajar.

Pengajar fasilitasikan pemodelan konseptual pelajar. Pengajar mesti memahami struktur kognitif sedia ada pada pelajar dan membekalkan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk membantu pelajar membina pengetahuannya.Menggunakan konteks dan strategi yang benar serta coaching. Mencipta pelbagai persekitaran untuk pelajar agar ia dapat melatih berfikir dengan berbagai-bagai kaedah. Hasilnya ialah pelajar yang lebih bersedia untuk menangani situasi berbeza-beza.

Realiti Yang dipromosikan

Realiti pelajar adalah konvergen - semua realitinya dipusatkan kepada satu realiti yang sama.Pengajaran berpusatkan realiti tersebut

Realiti pelajar adalah konvergen.

Realiti pelajar adalah divergen. Pelajar digalakkan untuk memajukan realiti yang berbeza-beza.

 

Perbezaan Proses Pembelajaran:Behaviourisme, Kognitivisme &

Konstruktivisme

Aspek Behaviourisme Kognitivisme KonstruktivismePengetahuan dan tingkah laku Pelajar mengadaptasikan Perubahan tingkahlaku Terdapat hubungan antara

Page 14: Kaedah Pembelajaran Koperatif

- Apakah kaitannya? tingkah lakunya kepada kontingensi peristiwa dan objektif.

Pembelajaran merupakan pengukuhan hubungan antara isyarat dan tingkahlaku yang dicorakkan oleh akibat. Proses ini disebut pembentukan (shaping). Dengan latihan yang cukup, hubungan ini bertambah kuat dan masa antara isyarat dan tingkahlaku bertambah singkat.

walaupun boleh dikaji tetapi ia hanya merupakan indikator-indikator tentang apa yang berlaku dalam otak pelajar.

isyarat dengan tingahlaku tetapi tingkahlaku hanya indikator tak langsung tentang keadaan struktur pengetahuan seseorang.

HeuristikSuatu jenis pengetahuan tentang pemikiran dan pengetahuan yang memandu strategi yang anda boleh gunakan demi membantu pelajar menyelesaikan masalah.

Anda merupakan pengadil sendiri untuk mempertimbangkan keputusan sendiri.

Realiti dan Peraturan Pembelajaran berlaku apabila tertubuhnya hubungan yang boleh diramalkan antara sesuatu rangsangan dalam persekitaran, suatu tingkahlaku, dan suatu akibat. Semua orang mempunyai 'sejarah pengukuhan'.'Sejarah pengukuhan' merupakan keseluruhan pengalaman serta semua hubungan antara rangsang, tingkahlaku dan akibat. Ini akan mempengaruhi tindakan seseorang apabila ia menemui corak rangsangan yang pernah dialami.Contohnya, anda akan mamandu mengikut cara dahulu yang berjaya walaupun ia bukan cara yang terbaik.

Realiti dikuatkuasakan secara sosial dan dipersetujui secara universalnya. Pelajar mencerminkan realiti objektif dengan menggunakan realiti luaran sebagai model mental.

Contohnya, jika anda dibesarkan di Sandakan, anda akan menerima realiti berasaskan pandangan sosial Sandakan. Ini akan mempengaruhi pandangan anda terhadap semua situasi yang dihadapi.

Peraturan melibatkan tindakan. Sekiranya anda melakukan langkah-langkah dengan kerap, prosedur akan menjadi tindakan yang berjalan licin.

Pelajar menginterpretasi realiti luaran berasaskan pengalaman individu.Pengetahuan adalah berdasarkan premis bahawa kita membina perspektif dunia kita dengan menggunakan refleksi pengalaman individu. Kita mencipta peraturan sendiri untuk mencari makna tentang pengalaman sendiri. Dengan menyesuaikan model mental kita untuk merangkumi pengalaman baru, kita mengalami proses pembelajaran.

Kawalan Pelajar Pelajar mengawal latihan tingkahlaku baru berasaskan rangsangan baru sehingga tingkahlau itu menjadi automatik.

Jenis-jenis hubungan antara rangsangan dan tingkahlaku:

Hubungan

Hubungan mudah antara rangsangan unik dan tingkahlaku membawa akibat tertentu.

Contohnya, apabila telefon berdering, anda akan menjawab panggilan.

Pelajar memproses simbol dan bergelut dengan pengertian simbol tersebut. Ia berkebolehan membezakan pengetuan konsep dan pengetahuan langkah-langkah prosedur yang terlibat dengan konsep. Pengetahuannya diorganisasikan dalam skemanya.

Contohnya, jika seorang ingin bangun ketika jam berdering maka ia perlua mengekalkan pengetahuan tentang konsep 'jam berdering' tetapi mencantumkan konsep ini dengan tindakan bangun. Pengertian atau interpretasi mental tentang 'jam berdering' bertukar kepada

Realiti dikawal secara dalaman. Ini mengizinkan pelajar mengawal apa dan bagaimana ia belajar. Manusia mencipta interpretasi sendiri terhadap realiti objektif berasaskan skemanya.

Misalnya, jika seorang menerima 'C' bagi tugasanya, reaksinya mungkin puas hati atau kehampaan, bergantung kepada skemanya. Jika ibu bapanya tidak mementingkan gred maka 'C' boleh dianggap sebagai baik. Skema pelajar telah menganggap bahawa 'C' sebagai memuaskan.

Sebaliknya, jika pelajar diasuh

Page 15: Kaedah Pembelajaran Koperatif

Rantaian

Hubungan di mana suatu tingkahlaku merupakan rangsangan seterusnya untuk tingkahlaku yang lain.

Contohnya, apabila ingin mengingati numbor telefon, seseorang tidak dapat menyebut empat number akhir tanpa menyebut tiga numbor awal.

Diskriminasi

Ini seolah-olah hubungan tetapi ia melibatkan leibh daripada satu rangsangan yang untuk mencetuskan satu tingkahlaku

Contohnya apabila seseorang menjawab telefon, ia bertindak balas terhadap dua rangsangan:

1. Telefon berdering

2.Dia di rumah (bukan di luar).

'bangun'. Interpretasi mental yang baru diintegrasikan dalam tindakannya.

Mula-mulanya wujud peraturan. Kemudiannya terdapatnya tindakan.

Peraturan baru: Apabila jam berdering, bangun.

Tindakan baru: Bangun.

oleh ibu bapa yang memandangkan gred kurang daripada 'A' adalah tidak memuaskan maka skema pelajar itu akan mencerminkan perkara itu. Jadi apabila pelajar terima 'C' maka ia berasa dirinya kurang berjaya.

 

Strategi P&P Konteksual - R.E.A.C.T

Pengajaran dan kurikulum yang berteraskan strategi p&p konteksual sebaik-baiknya distruktur untuk menggalakkan lima bentuk asas pembelajaran: Relating (Menghubung), Experiencing (Mengalami), Applying (Mengaplikasi), Cooperating (Berkoperasi), dan Transferring (Pindahan).

RELATING

Pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup, atau membuat kaitan, merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku dikalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan-keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan-keadaan harigan itu dipautkan dengan maklumat baru untuk diinternalisasikan atau menyelesaikan sesuatu masalah.

EXPERIENCING

Page 16: Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan, dan reka cipta - merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi p&p seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.

APPLYING

Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks berguna kerap kalinya dapat melonjakkan pelajar ke masa hadapan yang dibayangkan (pekerjaan yang akan ditempuri) atau lokasi yang tidak begitu biasa (tempat kerja sebenar). Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja.

COOPERATING

Koperasi - pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain - merupakan strategi p&p yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman berkoperasi bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majian mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat, dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran koperasi di sekolah.

Kerja-kerja makmal yang merupakan salah satu kaedah pengajaran utama dalam kursus konteksual, juga berbentuk koperatif. Biasanya pelajar-pelajar bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali makmal. Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.

TRANSFERRING

Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan kemuliaan dan keyakinan pelajar dengan menyediakan titian yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar.

Senarai Semak P&P Konteksual

Senarai semak ini digunakan untuk menentukan sejauh mana design pengajaran berbentuk konteksual. Ia boleh digunakan untuk membantu anda menyediakan desain p&p konteksual.

Integrasi

1. Adakah pelajar mempunyai peluang untuk meneliti salingan perhubungan antara pelbagai disiplin atau subjek?Bagaimanakah pelajar-pelajar meneliti saling perhubungan antara disiplin?

Page 17: Kaedah Pembelajaran Koperatif

2. Adakah desain pelajaran menggalakkan kolaborasi guru dari pelbagai disiplin?Bagaimanakah pelajaran anda menggalakkan guru-guru untuk berkolaborasi?

3. Adakah pelajaran menggalakkan perkongsian dengan ahli-ahli dari komuniti yang lebih luas?Bagaimanakah pelajaran anda menggalakkan perkongsian?

Berfokuskan Konteks

4. Adakah pelajar-pelajar membuat pemerhatian dan manipulasi tentang artefak autentik yang berasaskan situasi sebenar?Bagaimanakah pelajar membuat pemerhatian dan manipulasi artefak autentik?

5. Adakah titian atau tetangga untuk mengikatkan isi kandungan dengan konteks?Apakah titian atau tetangga untuk mengikatkan isi kandungan dengan konteks?

6. Adakah isi kandungan mengekalkan minat pelajar bagi masa yang panjang?Bagaimanakah isi kandungan mengekalkan minat pelajar?

7. Adakah persekitaran konteks menjelaskan pengalaman positif untuk pelajar?Bagaimanakah konteks persekitaran menjelaskan pengalaman untuk pelajar?

8. Adakah konteks berasaskan dunia sebenar (misalnya amalan autentik tentang dunia kerja)?Bagaimanakah konteks berasaskan dunia sebenar?

Berpusatkan Pelajar

9. Adakah pelajar dicabar dan dilibatkan secara aktif?Bagaimanakah pelajar dicabar dan dilibatkan dengan aktifnya?

10. Adakah bukti nyata tentang motivasi dan kreativiti pelajar?Bagaimanakah anda mengetahui bahawa pelajar dimotivasi dan menunjukkan kreativiti?

11. Adakah pengalaman pelajar digunakan dalam p&p?Bagimankah anda mengetahui bahawa pengalaman pelajar diguna pakai?

Amalan Reflektif

12. Adakah pelajar menilai, memeriksa dan merenung tentang latar belakang dan bahan konteksual daripada pelbagai sumber untuk membantu dalam interpretasi dan prestasi?Bagaimanakah pelajar menilai, memeriksa, dan merenung tentang latar belakang dan bahan konteksual daripada pelbagai sumber untuk membantu dalam interpretasi dan prestasi?

13. Adakah isi kandungan relevan kepada pelajar, bersifat kontempori dan praktikal?Bagaimana anda mengetahui bahawa isi kandungan relevan kepada pelajar, kontenporari dan praktikal?

14. Adakah pelajar berpeluang untuk mengorganisasikan semula isi kandungan mengikut cara-cara yang bermakna kepada dirinya?

Page 18: Kaedah Pembelajaran Koperatif

Bagaimanakah anda mengetahui bahawa pelajar mempunyai kesempatan untuk mengorganisasi semula isi kandungan dalam cara-cara yang bermakna untuk dirinya?

15. Adakah pelajar berpeluang untuk merenung tentang pembelajarannya?Apakah peluang-peluang pelajar merenung tentang pembelajarannya?

16. Adakah pelajar dengan sengajanya memeriksa dan merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya?Apakah peluang-peluang yang anda sediakan agar pelajar dengan sengajanya memeriksa dan merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya?

17. Adakah pelajar membina interpretasi tentang pemerhatian dan aktiviti serta membentuk hujah tentang keesahan interpretasi tersebut?Apakah peluang-peluang yang anda sediakan agar pelajar dengan sengajanya memeriksa dan merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya?

18. Adakah disediakan peluang untuk penyemakan dan kolaborasi rakan sebaya?Apakah peluang yang anda sediakan untuk penyemakan dan kolaborasi rakan sebaya?

Konformasi

Apakah matlamat dan ekspektasi yang dikaitkan dengan realiti bersama?Bagaimanakah pelajaran disesuaikan dengan piawaian kebangsaan?

Berkualiti Tinggi

20. Adakan disediakan proses untuk peningkatan berterusan bagi tugas dan aktiviti pembelajaran?Apakah peluang yang disediakan untuk peningkatan berterusan bagi tugas dan aktiviti pembelajaran?

21. Adakah disediakan proses peningkatan bahan resos p&p?Apakah proses yang digunakan untuk meningkatkan bahan resos p&p?

22. Adakah disediakan proses penilaian untuk menentukan masteri pelajar?Apakah proses yang disediakan untuk penilaian untuk menentukan masteri pelajar?

Taksonomi Kognitif: Gaya Konkrit-Sekuens

Kathleen A. Butler, (Ph.D.) mengabungkan gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Antony Gregorc dan taksonomi kognitif Bloom untuk menunjukkan hubungan di antara taksonomi dan gaya pembelajaran. Tujuannya ialah untuk memudah dan menyesuaikan penilaian kognitif dengan gaya pembelajaran seseorang. Contohnya adalah seperti jadual berikut:

Aras Kognitif Tingkah laku Pelajar

Page 19: Kaedah Pembelajaran Koperatif

Penilaian

Pelajar dapat melakukan penilaian:- pengkadaran (rating)- skala- laporan- Kesimpulan

SintesisPelajar dapat:- mencipta produk yang realistik dalam bentuk yang berstruktur, seperti sebuah kota, robot, alat, perisian komputer atau jejak alam sekitar.

Analisis

Pelajar dapat:- mengikuti latihan yang dibimbing- mengalami latihan 'hands-on'- membuat pemerhatian lapangan (on-site) dan pengumpulan data- menyelesaikan tugasan berstruktur seperti merancang, menyusun, klasifikasi, lengkuk, rajah, carta, kategori atau projek dalam kumpulan atau individu

Aplikasi

Pelajar mengikuti arahan berstruktur untuk- menunjukkan pengetahuan berstruktur dengan lakaran, model.- mengorganisasikan maklumat secara konkrit dengan rajah, peta dan bahan terkumpul- mengikuti ujikaji berstruktur dan panduan makmal

Kefahaman

Pelajar dapat:- menunjukkan kebolehan ingatan tentang pengetahuan khusus dengan menama, menyenarai dan mendefinisi, mengulang, mengeluar, dan menghafal.- Menggunakan alat bantu mengajar untuk belajar abstraksi- belajar daripada pengalaman lawatan

Pengetahuan

Pelajar dapat:- mengikuti pendekatan tutorial 'hands-on'- menggunakan instruksi berbantukan komputer dan instruksi terancang- menggunakan buku kerja, memiliki pengukuhan melalui ulangan dan hafalan.

 Taksonomi Kognitif: Gaya Abstrak-Sekuens

Kathleen A. Butler, (Ph.D.) mengabungkan gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Antony Gregorc dan taksonomi kognitif Bloom untuk menunjukkan hubungan di antara taksonomi dan gaya pembelajaran. Tujuannya ialah untuk memudah dan menyesuaikan penilaian kognitif dengan gaya pembelajaran seseorang. Contohnya adalah seperti jadual berikut:

Aras Kognitif Tingkah laku Pelajar

Penilaian

Pelajar dapat melakukan penilaian:- verdik- gred- taksiran- pengadilan

SintesisPelajar dapat:- menggunakan penyelidikan asli untuk digabungkan dengan rujukan dan hasil penyelidikan untuk menghasilkan teori, laporan atau rumus.

Analisis Pelajar dapat:

Page 20: Kaedah Pembelajaran Koperatif

- membentuk hipotesis- mencadangkan penyelesaian- membahas pendapat- mengembangkan bibliografi- menggunakan perbincangan, seminar, dan perbincangan panel- mengarang esei analitik- mengkaji aliran-aliran pendapat

Aplikasi

Pelajar mengikuti arahan berstruktur untuk- menggunakan penyelidikan untuk menyokong sesuatu teori- menggunakan bahan rujukan untuk menyangga sesuatu idea- menambahkan kandungan intelekual- menggunakan bibliografi

Kefahaman

Pelajar dapat:- memberi maklumat untuk menyangga idea- mendengar kuliah dan membincangkan idea, tema, trend atau teori- menggunakan bahan rujukan daripada bacaan untuk menyokong kedudukan dan menghasilkan laporan

Pengetahuan

Pelajar dapat:- mendengar kuliah informasi daripada guru- membuat laporan umum- menggunakan maklumat asas buku teks, membaca luas- menggunakan rekod, sliad atau pita pendidikan

 Taksonomi Kognitif: Gaya Abstrak-Rambang

Kathleen A. Butler, (Ph.D.) mengabungkan gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Antony Gregorc dan taksonomi kognitif Bloom untuk menunjukkan hubungan di antara taksonomi dan gaya pembelajaran. Tujuannya ialah untuk memudah dan menyesuaikan penilaian kognitif dengan gaya pembelajaran seseorang. Contohnya adalah seperti jadual berikut:

Aras Kognitif Tingkah laku Pelajar

Penilaian

Pelajar dapat melakukan penilaian:- kenyataan berunsur nilai- penghargaan- syor

Sintesis

Pelajar dapat:- mencipta produk yang astetik, emosi, atau hasil interpretatif, seperti kerja seni (visual atau persembahan), puisi, muzik, temuduga, kaunseling, dan laporan.- memimpin kumpulan koperatif,- mengarang, berimaginasi, dan membimbing

Analisis

Pelajar dapat:- mengikuti perbincangan kumpulan yang intensif- mendefinisi dan membebakan emosi dan perasaan- membangunkan hubungan antara idea, manusia dan produk- mengaitkan ungkapan artistik dengan pengertian verbal- Fasilitasikan pembelajaran koperatif

Aplikasi Pelajar mengikuti arahan untuk- mengajar rakan sebaya- mengorganisasikan projek kumpulan

Page 21: Kaedah Pembelajaran Koperatif

- memindahkan pengertian interpersonal, emosi dan psikologi- menyimpan jurnal- memahami imageri panduan, seni, metafora, dan filem sebagai karya interpretif

Kefahaman

Pelajar dapat:- menerangkan emosi dan perasaan- memahami muzik, filem, and seni sebagai ungkapan atau interpretasi perasaan atau hubungan- menggunakan kerja kumpulan untuk menyatakan idea

Pengetahuan

Pelajar dapat:- mengumpuln maklumat dari pelbagai sumber, termasuk manusia dan tindak balas manusia- menggunakan muzik, filem, televisyen, dan seni untuk menyampaikan perasaan- menggunakan kerja kumpulan untuk mengumpul pelbagai idea

 Taksonomi Kognitif: Gaya Konkrit-Rambang

Kathleen A. Butler, (Ph.D.) mengabungkan gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Antony Gregorc dan taksonomi kognitif Bloom untuk menunjukkan hubungan di antara taksonomi dan gaya pembelajaran. Tujuannya ialah untuk memudah dan menyesuaikan penilaian kognitif dengan gaya pembelajaran seseorang. Contohnya adalah seperti jadual berikut:

Aras Kognitif Tingkah laku Pelajar

Penilaian

Pelajar dapat melakukan penilaian:- pilihan- pendapat- editorial- rekomendasi

SintesisPelajar dapat:- mencipta produk yang asli atau luar biasa, rekaan, atau penyelesaian, seperti mengarah perfileman, mendesain permainan, atau model baru

Analisis

Pelajar dapat:- mengikuti projek pembelajaran bebas- menjanakan beraneka idea yang luar biasa- meramal- mengujikaji dan menyiasat- mendesain- memproses pengalaman terbuka- menggunakan pembelajaran berbentuk penemuan dan inkuiri

Aplikasi

Pelajar mengikuti arahan untuk- memahami simulasi- menggambarkan idea secara visual- menyelesaikan masalah bagi soalan spesifik- mengikuti penyiasatan panduan- menyusun semula kemungkinan-kemungkinan

Kefahaman Pelajar dapat:- menggunakan mainan dan aktiviti pilihan untuk menunjukkan kefahaman- membuat kerja tentang situasi hipotetikal dan kajian kes

Page 22: Kaedah Pembelajaran Koperatif

- menunjukkan kebolehan pemikiran divergen

Pengetahuan

Pelajar dapat:- menggunakan tugasan pembacaan opsyenal- brainstorm- meninjau melalui pengalaman dan aktiviti hands'on- membina situasi banding dan beza untuk menjanakan informasi

 Banding & Beza Di Antara Pembelajaran Koperatif Dan Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif.

Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif.

Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif

Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif

Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.

Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid.Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.

Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawap atas pembelajaran diri sendiri.Kedua-dua bentuk pembelajaran menghendakkan pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil.Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan.

Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan kejayaan pelajar dan ingatan pengetahuan.Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian pelajar.

 

Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolabaratif

Dalam Pembelajaran Koperatif... Dalam Pembelajaran KolaboratifPelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial.

Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik.

Pelajar-pelajr merunding dan mengorganisasi usaha sendiri.

Page 23: Kaedah Pembelajaran Koperatif

Guru memantau, mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu.

Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan.

Pelajar dikehendai menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai.

Pelajar menyimpan draf kerja untuk kerja-kerja lanjutan.

Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.

Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru.