keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif (2)

23
KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PEMBELAJARAN BACAAN PEMAHAMAN TEKS DI KALANGAN MURID SJK ( C ) DAN SJK ( T ) oleh Cheah Tong Tiat Adlan b. Abdul Baskaran a/l Nadeson Lim Chin Li (Jabatan Bahasa) ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar BPPP (Student Teams-Achievement Divisions-STAD) dan kaedah Pembelajaran Tradisional (PT) terhadap pencapaian bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di kalangan murid darjah lima dari dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK C) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJK T). Seramai 160 orang murid dari dua buah sekolah Cina dan Tamil telah terlibat sebagai sample kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa kaedah PK (BPPP) merupakan kaedah yang lebih berkesan berbanding dengan kaedah PT dalam pencapaian bacaan pemahaman teks. Secara perbandingan, peningkatan pencapaian pemahaman teks bagi pelajar yang mengikuti kaedah PK (BPPP) heterogenous adalah lebih tinggi daripada pelajar yang mengikuti kaedah PK (BPPP) homogenous. Berdasarkan dapatan kajian ini, cadangan telah disarankan untuk amalan pendidikan dan kajian lanjutan. LATAR BELAKANG Menurut Johnson (1981), dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru boleh merancangkan pelajaran mengikut tiga kaedah yang utama: i) pelajar bekerjasama dalam kumpulan kecil secara pembelajaran koperatif (PK) dengan memastikan setiap ahli kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Upload: pjayamala

Post on 08-Sep-2015

248 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pembelajaran koperatif

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PEMBELAJARAN BACAAN PEMAHAMAN TEKS DI KALANGAN MURID SJK ( C ) DAN SJK ( T )

olehCheah Tong TiatAdlan b. AbdulBaskaran a/l NadesonLim Chin Li(Jabatan Bahasa)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar BPPP (Student Teams-Achievement Divisions-STAD) dan kaedah Pembelajaran Tradisional (PT) terhadap pencapaian bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di kalangan murid darjah lima dari dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK C) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJK T). Seramai 160 orang murid dari dua buah sekolah Cina dan Tamil telah terlibat sebagai sample kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa kaedah PK (BPPP) merupakan kaedah yang lebih berkesan berbanding dengan kaedah PT dalam pencapaian bacaan pemahaman teks. Secara perbandingan, peningkatan pencapaian pemahaman teks bagi pelajar yang mengikuti kaedah PK (BPPP) heterogenous adalah lebih tinggi daripada pelajar yang mengikuti kaedah PK (BPPP) homogenous. Berdasarkan dapatan kajian ini, cadangan telah disarankan untuk amalan pendidikan dan kajian lanjutan.

LATAR BELAKANG

Menurut Johnson (1981), dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru boleh merancangkan pelajaran mengikut tiga kaedah yang utama:1. pelajar bekerjasama dalam kumpulan kecil secara pembelajaran koperatif (PK) dengan memastikan setiap ahli kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.1. pelajar-pelajar bersaing antara satu sama lain melalui pembelajaran persaingan untuk menempatkan kedudukan pelajar mengikut kebolehan masing-masing.1. Pelajar belajar secara perseorangan atau pembelajaran individu untuk mencapai matlamat masing-masing pada kadar sendiri.

Kaedah PK dipilih sebagai subjek kajian atas dorongan oleh dapatan-dapatan positif tentang keberkesanan PK di kebanyakan negara Eropah. Justeru, pasukan pengkaji ingin mengesan keberkesanan PK di kalangan murid-murid sekolah rendah di Malaysia yang berbeza dari konteks aliran dan bahasa pengantar. Kaedah PK yang menekankan interaksi sosial antara rakan sebaya membawa kesan positif terhadap pencapaian pelajar, perubahan hubungan antara ahli dan sikap terhadap mata pelajaran dan sekolah.

Cooperative learning is group learning activity organised so that learning is dependent on socially structured exchange of information between learners in groups and in which each learner is held accountable for his or her own learning and is mitivated to increase the learning of others. (Kagan & Olsen, 1992)

0. Pernyataan Masalah

Banyak kajian dan eksperimen tentang PK dari segi kesannya dan prosesnya telah dilaporkan positif di dalam dan di luar negara. Ini dapat dibukti oleh Hamida Bee (1998) yang merumuskan bahawa PK adalah kaedah yang berkesan untuk mengajar pelajaran bahasa. Di Malaysia, kajian dan laporan tentang keberkesanan kaedah PK dalam mata pelajaran bahasa Cina dan Tamil amatlah terhad. Justeru itu, kajian ini ingin meninjau dan mengetahui sama ada kaedah PK juga berkesan dalam sistem pendidikan Malaysia yang mempunyai latar belakang sosio budaya yang berbeza. Satu tinjauan telah dibuat ke atas prestasi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dalam UPSR ke atas empat buah sekolah ( dua buah SJK(C) dan dua buah SJK (T) ) di Negeri Kedah. Analisis peratusan kelulusan UPSR di keempat-empat buah sekolah ini pada tahun 2000 adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.1 dan 1.2:

Jadual 1.1 : Analisis Peratus Kelulusan UPSR Mengikut Mata Pelajaranpada Tahun 2000 Bagi SJK (C) A dan SJK (C) B.

SekolahMata PelajaranSJK ( C ) A

SJK ( C ) B

BC Kefahaman73.97 %76.90 %

BC Karangan75.60 %83.00 %

BM Kefahaman62.57 %72.2 %

BC Karangan64.84 %48.10 %

B. Inggeris62.16 %61.10 %

Matematik81.08 %81.5 0%

Sains75.67 &83.30 %

( Sumber : Dua Buah SJK (C) di Negeri Kedah )Nama asal sekolah tidak dinyatakan dalam kajian ini.

Daripada jadual 1.1, didapati pencapaian min kelulusan mata pelajaran BC Kefahaman bagi kedua-dua buah SJK (C) hanya berada pada tahap sederhana sahaja jika berbanding dengan min kelulusan BC Karangan dan Matematik. Ini menunjukkan pencapaian BC kefahaman masih perlu dipertingkatkan lagi.

Jadual 1.2 : Analisis Peratus Kelulusan UPSR Mengikut Mata PelajaranPada Tahun 2000 Bagi SJK (T) A dan SJK (T) B.

ekolahMata PelajaranSJK ( T ) A

SJK ( T ) B

BT Kefahaman74.0072.60

BT Karangan78.0046.30

BM Kefahaman49.3061.10

BM Karangan31.9041.10

B. Inggeris47.8052.60

Matematik92.8066.30

Sains69.6066.30

( Sumber : Dua Buah SJK (T) di Negeri Kedah )Nama asal sekolah tidak dinyatakan dalam kajian ini.

Jadual 1.2 menunjukkan analisis Peratus Kelulusan UPSR di dua buah SJK (T) di negeri Kedah. Didapati pula pencapaian min kelulusan bagi mata pelajaran Bahasa Tamil Kefahaman bagi kedua-dua buah SJK (T) adalah berada pada tahap sederhana sahaja jika dibandingkan dengan pencapaian mata pelajaran yang lain. Ini menunjukkan bahawa prestasi mata pelajaran Bahasa Tamil kefahaman masih perlu dipertingkatkan lagi.

0. Tujuan Kajian

Harris Durkin (1979), Smith (1980), dan Sofiah Osman (1986) dalam hasil kajian mereka menunjukkan bahawa kebanyakan guru bahasa tidak dapat mengajar pemahaman teks dengan berkesan. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sama ada kaedah pembelajaran koperatif Bahagian Pencapaian-Pasukan Pelajar BPPP (Student Teams-Achievement Divisions STAD), boleh menghasilkan pencapaian akademik dari segi pencapaian ujian bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional yang berpusatan guru. Bagi mencapai matlamat di atas, kajian ini dilaksanakan berdasarkan tujuan-tujuan berikut:

1. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C).1. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T).1. Membandingkan kesan kaedah PK BPPP bagi kumpulan homogenus dan kumpulan heterogenus di SJK(C) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks.1. Membandingkan kesan kaedah PK BPPP bagi kumpulan homogenus dan kumpulan heterogenus di SJK(T) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks.

0. Persoalan Kajian

Berdasarkan matlamat dan tujuan kajian yang dinyatakan, kajian ini cuba mencari jawapan bagi soalan-soalan kajian berikut:

1. Adakah terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C) ?1. Adakah terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T) ?1. Adakah kaedah PK BPPP berkesan untuk kumpulan homogenus atau kumpulan heterogenus di SJK(C) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks?1. Adakah kaedah PK BPPP berkesan untuk kumpulan homogenus atau kumpulan heterogenus di SJK(T) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks?

0. Hipotesis-Hipotesis Kajian

Berhubung dengan persoalan yang dikemukakan, hipotesis-hipotesis nol yang akan diuji dalam kajian ini dengan berdasarkan aras signifikan p