kaedah menulis nota

6
KAEDAH-KAEDAH MENGAMBIL NOTA (NOTETAKING): quotation - citation. Jenis kutipan (nukilan/ambilan) dari sumber primari dan sekondari ialah: 1. fakta (bukti) - fakta-fakta merupakan poin-poin tetap daripada pemikiran historikal. - bukti - seumpama batu-batu binaan dalam sejarah. 2. kenyataan dan pendapat - pendapat merupakan rumusan individu/perseorangan, sama jenis dengan inferen tetapi tidak mempunyai sebarang sokongan atau persandaran fakta. 3. Inferen (hipotesis/penghubung antara fakta-fakta, merupakan penilaian atau perumusan yang kumulatif (terhimpun tambah) ke atas bukti-bukti. Pembacaan Sumber Primari: Hendaklah dibaca kesemua (seluruh sumber itu). Sumber yang dibaca itu hendaklah selalu dipersoal (ditanya) ketepatan (accuracy) dan kesahihannya (validity) Memahami pertalian (perkaitan) eksplisit (huraian- fakta-rumusan) yang dipaparkan oleh sumber tersebut. Para pelajar hendaklah selalu mencuba membaca sumber sumber primari dalam kontak nilai zaman sumber itu dihasilkan. Terdapat empat peraturan (pertanyaan atau teknik) yang diterima pakai bagi mencungkil kepentingan (huraian/karya) sumber primari. 52

Upload: harunzz-abdullah

Post on 12-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

z

TRANSCRIPT

KAEDAH-KAEDAH MENGAMBIL NOTA (NOTETAKING):

PAGE 55

KAEDAH-KAEDAH MENGAMBIL NOTA (NOTETAKING):

quotation - citation.

Jenis kutipan (nukilan/ambilan) dari sumber primari dan sekondari ialah:

1. fakta (bukti)

fakta-fakta merupakan poin-poin tetap daripada pemikiran historikal.

bukti - seumpama batu-batu binaan dalam sejarah.

2. kenyataan dan pendapat - pendapat merupakan rumusan

individu/perseorangan, sama jenis dengan inferen tetapi tidak mempunyai sebarang sokongan atau persandaran fakta.

3. Inferen (hipotesis/penghubung antara fakta-fakta, merupakan

penilaian atau perumusan yang kumulatif (terhimpun tambah) ke atas bukti-bukti.

Pembacaan Sumber Primari:

Hendaklah dibaca kesemua (seluruh sumber itu).

Sumber yang dibaca itu hendaklah selalu dipersoal (ditanya) ketepatan (accuracy) dan kesahihannya (validity)

Memahami pertalian (perkaitan) eksplisit (huraian-fakta-rumusan) yang dipaparkan oleh sumber tersebut.

Para pelajar hendaklah selalu mencuba membaca sumber sumber primari dalam kontak nilai zaman sumber itu dihasilkan.

Terdapat empat peraturan (pertanyaan atau teknik) yang diterima pakai bagi mencungkil kepentingan (huraian/karya) sumber primari.

1. Wujudkan ke dalam analisis anda keadaan sekitaran atau perkembangan tempoh waktu sumber awalan dibentuk. Kemudian adakan hipotesa tentatif atau sekurang-kurangnya satu jangkaan terhadap kepentingan huraian yang dibaca dari sumber itu.

2. Tempatkan hipotesa anda dalam keadaan terawangan (tergantung/terbuka), baca teks sumber dengan baik dari awal hingga akhir sehingga satu bentuk makna (kefahaman) atau kepentingan terjelma.

3. Bandingkan hipotesa awal/tentatif tadi dengan bentuk kefahaman/kepentingan yang dicapai setelah habis ditelaah sumber tersebut. Jika bentuk kefahaman yang terjelma tidak mengiakan hipotesa awalan itu, maka lenyapkan hipotesa tersebut. Sebaliknya, jika hipotesa dan bentuk kefahaman itu bertindih dengan kadar yang banyak tetapi tidak sejajar dalam beberapa hal, maka pertimbangkan sama ada bentuk kefahaman yang terjelma (dicetuskan) adalah sepenuhnya atau hanya sebahagian sahaja merupakan interpretasi yang sah/tepat ke atas maksud dan kepentingan huraian sumber. Jika kurang pasti, baca semula teks/sumber, kalau perlu beberapa kali, bagi memperolehi interpretasi yang sah.

4. Guna bentuk-bentuk kefahaman (pengertian) am yang anda telah jelmakan (pra-membaca sumber tersbut) bagi menjadi panduan kepada interpretasi setiap perincian huraian teks (sumber). Telaah teks dari satu paragraf ke satu paragraf dan dari satu ayat ke satu ayat sambil menjelmakan kesemua implikasi huraian ke dalam satu interpretasi umum. Setiap idea dan rujukan dalam teks harus ada perkaitan (dengan pelbagai cara) dengan bentuk kefahaman am yang telah terjelma kepada anda.

Dengan cara demikian anda akan sampai kepada satu interpretasi umum terhadap sumber tersebut yang sejajar (bersepadu) dengan setiap kenyataan dalam teks - dan seterusnya membolehkan anda membentuk satu `tesis' (rumusan) yang bermakna.

Jenis-Jenis Sumber Primari dan kepentingan masing-masing.

Karya-karya rasmi:

peraturan/perlembagaan/perundangan/perjanjian/deklarasi dan seumpamanya.

Masing-masing mengandungi:

Motif - yang memaparkan cara-cara pelaksanaan yang bertentangan dengan matlamat atau hasil. Biasanya memuatkan unsur percanggahan dalaman yang tidak selesai di dalam diri penulis (penggubalnya).

Mengandungi asumsi-asumsi yang mendasari rumusan/tanggapan.

Mempunyai implikasi-implikasi rhetoric (unsur-unsur seni pengukapan kata yang baik - selalunya pula bersifat laungan kosong)

Memuatkan doktrin yang merupakan sama ada (i) unsur psikologi seseorang (biografi psikologi), atau (ii) unsur kebijaksanaan seseorang (birografi intelektual) yang biasanya dapat membentuk teori)

Karya sejarah rasmi Kontemporari:

Biasanya karya seseorang sejarawan itu cuba memaparkan sejarah (atau peristiwa dan kehidupan manusia tertentu) mematuhi corak atau bentuk tradisional tertentu. Dalam kata lain, dicari tipolgi yang dianggap sesuai.

Rekod-rekod Awam (Dokumen Kontemporari).

Sumber rujukan utama bagi sejarawan politik, ekonomi dan sosial.

Rekod-rekod awam - merupakan dokumen yang memuatkan catatan perjuangan berterusan manusia mengejar kuasa, kekayaan dan ketertipan.

Ada lima kategori rekod awam:

a.rekod-rekod kerajaan dan hal-ehwal pengurusan pentadbiran.

b.rekod-rekod perdebatan majlis perundangan (parlimen dan seumpamanya)

c.kes-kes dan keputusan-keputusan mahkamah.

d.statut, undang-undnag dan proklamasi.

e.surat-surat awam, yakni surat-surat yang ditulis oleh negarawan, ahli politik dan eksekutif perniagaan ketika mereka menjalankan urusan awam.

Para pelajar dikehendaki mempunyai penguasaan yang kukuh terhadap sejarah am tempoh dokumen-dokumen itu dihasilkan.

Cara menganalisis dokumen (jenis a-d):

a.mengkaji perjalanan institusi (functioning of institutions) yakni memahami kaedah dan tahap pencapaian kuasa, kekayaan dan ketertipan sosial dan aspek kebajikan.

b.memahami matlamat dan dasar kerajaan atau korpratasi sama ada dipaparkan secara eksplisit atau secara kaitan (implied)..

c.memahami asumsi-asumsi yang mendasari tanggapan dan nilai-nilai yang menunjukkan wujudnya pengukapan teori sosial dan politik yang dipegang oleh penulis (para penulis) dokumen tersebut.

d.menyedari atau peka kepada petunjuk-petunjuk perubahan sezaman (dengan dokumen) yang perlu dihadapi oleh kerajaan atau pihak korpratasi.

Surat-surat Persendirian dan Jurnal-jurnal.

Sumber-sumber jenis ini memberi kita gambaran terhadap orang-orang tertentu berfungsi dan berinteraksi dengan keluarga, kawan-kawan dan kenalan ketika mereka tidak di dalam urusan rasmi atau dalam hal-hal sosial yang besar/luas.

Surat kiriman persendirian dan buku catitan boleh dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut penulisnya:

1.oleh tokoh-tokoh awam (dalam istilah Jerman disifatkan mereka ini sebagai world historical-individuals) biasanya mereka ini sama ada negarawan, ahli politik, penulis terkenal, artis, ahli musik, ahli sains dll.

2.oleh individu-individu yang tidak terkenal atau orang kebanyakan yang (sebagai seorang individu) tidak memberi pengaruh kepada perjalanan sejarah).

3.oleh individu-individu separa-awam - misalnya tokoh tempatan dan lelaki atau perempuan yang duduk di pinggir kuasa (biasanya mereka mempunyai hubungan dengan tokoh-tokoh awam yang agung dan masyhur tetapi mereka sendiri tidak mencapai tahap agung dan masyhur).

Karya-karya sastera dan sumber-sumber bukan lisan.

Sumber-sumber ini berguna bagi

a. mengukuh atau menjelaskan lagi perkembangan sejarah am.

b. menyampaikan nilai dan idea-idea zamannya.

SUMBER SEKONDARI:

Baca semua poin-poin pandangan dan inferen-inferen yang termuat di dalam sumber sekondari. Para pelajar hendaklah juga membaca sumber sekondari secara historiographically (berdasar kepada metodologi sejarah - mengenal pasti dan memahami tujuan penulisan, skop penulisan, bahan rujukan, kaedah perbincangan, gaya dan kecondongan interpretasi, teknik penulisan dll).

Membaca secara historiographically kerana historiografi adalah penelitian kepada asumsi dan penilaian sejarawan terhadap manusia dan masyarakat yang menentukan bentuk rumusan atau tanggapan seseorang sejarawan. Justeru itu seseorang pembaca (pelajar) hendaklah mampu memisahkan antara fakta dengan inferen dan menuruti kesahihan inferen.

Dengan kata lain, bagi memperolehi hasil/makna dari pembacaan sumber sekondari, seseorang pelajar perlu berfikir tentang sejarah dan membawa karya sejarah secara historiographically.

Ingatlah bahawa anda tidak membuktikan apa-apa jika memetik begitu sahaja rumusan sejarawan - anda perlu menilai kekuatan pembuktian, proses bahasan fikiran (reasoning) dan pendasaran asumsi-asumsi penulis sumber/karya sekondari.