kae3013 tugasan 1-upload

Upload: hafizah-hamid

Post on 04-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    1/19

    ISI KANDUNGAN

    1.0 PENGENALAN

    2.0 KREATIVITI KANAK-KANAK

    2.1 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI

    2.2 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

    2.3 CIRI-CIRI KREATIVITI

    3.0 SENI LUKIS

    3.1 KEBAIKAN PENDIDIKAN SENI LUKIS KEPADA PERKEMBANGANKANAK-KANAK

    3.2 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS

    3.3 KEPENTINGAN SENI LUKIS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN

    3.4 SENI LUKIS DAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

    3.4.1 TEMA LUKISAN LAT

    4.0 KESIMPULAN

    BIBLIOGRAFI

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    2/19

    TUGASAN 1

    1.0 PENGENALAN

    Seni merupakan suatu bentuk yang abstrak yang muncul dari jiwa atau diri manusia.

    Senia akan selalu hidup di tengah-tengah kehidupan manusia kerana di dalam diri setiap

    manusia pasti memiliki jiwa seni baik disedari mahupun tidak. Manusia mewujudkan dan

    mengekspresi jiwa seni mereka melalui bermacam-macam cara dan media. Seni dapat

    muncul melalui idea-idea atau cara berfikir manusia, misalnya dalam mengembangkan ilmu

    pengetahuan dan teknologi.

    Proses perkembangan kognitif dan artistik kanak-kanak adalah mengikut peringkat-

    peringkat tertentu. Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui

    dunia di sekeliling mereka. Pemahaman terbentuk apabila mereka mempelajari sesuatu

    yang baru. Kanak-kanak perlu mengetahui fakta-fakta yang tersirat serta menghubungkait

    idea-idea tersebut. Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak ini berkait rapat dengan

    umur dan kematangan mereka. Estetika kanak-kanak meliputi estetika sikap, pengalaman

    dan respon kanak-kanak dalam aktiviti seni visual dan seni persembahan. Ianya diterjemah

    menerusi gerak-geri dan pergerakan mereka. Pengalaman estetika kanak-kanak lebih

    menjurus kepada visual, emosi, jiwa dan pemikiran mereka. Kanak-kanak boleh mencipta

    satu pemahaman tentang bagaimana untuk menghubungkait seni dengan perasaan, intuisi

    dan kreativiti manusia. Aktiviti seni mampu membangunkan potensi kanak-kanak untuk

    menjadi insan yang kreatif dan imaginatif sebagai memenuhi keperluan dan keinginan

    mereka.

    Seni dalam Pendidikan boleh dijadikan wadah untuk membolehkan murid

    mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Pengetahuan dibina secara aktif melalui

    interaksi sosial dalam persekitaran yang baik. Pembelajaran dicapai melalui penerokaan,

    eksperimen dan mengolah bahan atau objek. Bidang seni kreatif bertujuan melahirkan

    individu yang menghargai keindahan ciptaan Tuhan, meningkatkan pengetahuan, daya

    kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan

    yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengintergrasian tiga komponen ini

    akan melengkapkan pembinaan otak kanak dan otak kiri. Perkembangan menyeluruh dari

    segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku. Membina jati diri ke arah

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    3/19

    pembentukan Negara bangsa dapat diterapkan. Nilai-nilai murni dapat diamalkan melalui

    aktiviti seni yang telah dijalankan.

    Bagi manusia, seni lebih terasa dan nyata jika diekspresikan melalui media tertentu.

    Perwujudan seni melalui benda misalnya seni lukis, seni patung dan lain-lain lagi. Selain itu,

    perwujudan seni dapat melalui suara dan gerak tubuh seperti seni muzik dan seni tari. Masih

    banyak lagi cara manusia dalam berekspresi, bahkan ada jga mengekspresikan jiwa seni

    mereka dengan media tubuh mereka sendiri.

    2.0 KREATIVITI KANAK-KANAK

    Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan

    ini disokong dengan sifat semula jadi kanak kanak yang gemar meneroka, dan penuh

    dengan perasaan ingin tahu. Dalam bidang seni lukis aspek kreativiti sangat penting bagi

    kanak-kanak.

    Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud

    membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi.

    Kamus Dewan,(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan)

    mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan

    mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

    Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang

    menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan

    kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

    2.1 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI

    Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik

    dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di

    dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau

    telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.

    June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang

    mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.

    Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    4/19

    sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor

    tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang

    dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu

    kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab

    akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya.

    Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni

    ataupun sains, Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh

    diukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )

    fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian

    (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat,

    merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses

    pengamatan dan merekod.)

    2.2 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

    Perkembangan Kreativiti Fisher

    (a) Peringkat Rangsangan

    Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya.

    Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.

    (b) Peringkat Penerokaan

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    5/19

    Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab

    persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.

    (c) Peringkat Perancangan

    Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua

    aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.

    Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:

    Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian,

    interaksi dan sebagainya.

    Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

    (d) Peringkat Aktiviti

    Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui

    tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu

    melalui persoalan-persoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas

    cadangan tersebut?

    (e) Kajian Semula

    Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses

    penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Murid-murid digesa untuk

    memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk

    refleksi diri.

    Laura H. Chapman memperkenalkan 3 kaedah iaitu :

    (a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

    Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan

    karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilankarya selain menerangkan kaedah menjana idea.

    (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)

    Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang

    lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej

    atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif

    penghasilan.

    (c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    6/19

    Guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan

    serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya

    pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

    Calvin W. Taylormenyenaraikan lima tahap kreativiti kanak-kanak iaitu :

    (a) Kreativiti Bersifat Ekspresif

    Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh

    dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas mengikut

    kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil.

    Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan

    mudah.

    (b) Kreativiti Melalui Penghasilan

    Guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah

    yang lebih sistematik dan tersusun.

    (c) Kreativiti Bersifat Inventif

    Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek

    melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi

    dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.

    (d) Kreativiti Bersifat Inovatif

    Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada

    idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan

    menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.

    (e) Kreativiti Bersifat EmergenIni merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal

    diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura

    manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanak-

    kanak apabila melukis.

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    7/19

    2.3 CIRI-CIRI KREATIVITI

    (a) Bersifat Fleksibel

    Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan

    situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

    (b) Sensitif dan Peka

    Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk

    gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

    (c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen

    Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan

    yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber.

    Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini

    biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang

    mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    8/19

    (d) Bersifat Terbuka

    Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain

    mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

    (e) Logik

    Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan

    yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.

    (f) Berfikiran Bebas

    Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu

    perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang

    dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati

    dan bijak membuat keputusan.

    3.0 SENI LUKIS

    Seni lukis adalah salah satu cabang dari seni rupa. Dengan dasar pengertian yang

    sama, seni lukis adalah satu pembangunan yang lebih kukuh dari menggambar. Melukis

    adalah kegiatan mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi

    untuk mendapat kesan tertentu. Medium lukisan boleh berbentuk apa saja seperti kanvas,

    kertas, papan dan filem di dalam fotografi juga boleh dianggap sebagai media lukisan. Alat

    yang digunakan juga boleh bermacam-macam dengan syarat ianya boleh menghasilkan

    imej tertentu kepada media yang digunakan.

    3.1 KEBAIKAN PENDIDIKAN SENI LUKIS KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-

    KANAK

    (a) Aspek Kognitif

    Penganjuran aktiviti seni lukis yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-

    kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuatpenilaian dan bijak membuat keputusan.

    (b) Aspek Fizikal

    Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot

    tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

    (c) Aspek Kreativiti

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    9/19

    Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

    mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni lukis

    mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

    (d) Aspek Persepsi

    Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria

    melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling

    mereka.

    (e) Aspek Sosial dan Emosi

    Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain

    meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat

    bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

    3.2 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS

    (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi

    Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk

    bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

    (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

    Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.

    Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina

    kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

    (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)

    Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa

    yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahappemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya

    sensitiviti pancaindera.

    Lowenfeld dan Britain pula menjelaskanTeori Perkembangan Artistik Kanak-kanak

    mencakupi enam peringkat umur.

    (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    10/19

    Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak

    terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan

    lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

    (b) Preschematic (4-7 Tahun)

    Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis

    objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.

    (c) Pada peringkat Schematic (7-9 Tahun)

    Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih

    diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia

    dan objek yang terdapat di sekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan,

    bebas dan berskala besar.

    (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)

    Peringkat ini pula menggalakkan kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan

    konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan

    mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal

    dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan

    sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta

    menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

    (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)

    Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam

    menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional

    imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek

    di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

    (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)

    Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya

    seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam

    membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya

    seni.

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    11/19

    3.3 KEPENTINGAN SENI LUKIS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN

    1) Pengalaman optima melalui seni lukis membawa kepada keyakinan diri dan

    kemahiran belajar.Selaras dengan sains dan teknologi, seni lukis dalam pendidikan dapat membantu membina

    keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.

    Pengalaman melalui seni lukis sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita.

    Contohnya dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang

    lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap

    sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut , ianya

    memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan

    kemahiran yang kita pelajari

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    12/19

    2) Memperkembangan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.

    Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap

    kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita

    memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh

    menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu. Justeru itu, kemahiran

    meramal tingkah laku akan dapat dikenal pasti.

    3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

    Kreativiti semulajadi akan merangsang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada

    keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif . Seni banyak dihubungkaitkan dengan

    personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi

    kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian

    masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk disiplin diri, mengukuhkan esteem kendiri dan

    menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

    berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang

    dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

    4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

    Integrasi seni lukis dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan

    otak kanan. Pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan.

    Melalui seni lukis, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi

    kendiri. Justeru itu, seni lukis dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam

    pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat membantu kita belajar dengan lebih

    menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka,

    hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

    5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps

    Bidang seni lukis menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan

    dalam memahami dengan gerak hati, membuat penaakulan, berimaginasi dan kepantasandalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait antara

    kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam

    kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan

    penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi.

    Bidang seni lukis sebenarnya dapat meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak.

    Oleh itu kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat

    merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan

    objek alam. Terdapat pelbagai jenis alat dan media seperti kertas lukisan, berus, warna dan

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    13/19

    krayon.Selain daripada itu gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang

    pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi

    objek alam yang lain. Pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam

    karya lukisan mereka. Guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada

    para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di sekolah-

    sekolah.Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan

    memanipulasikan perisian-perisian yang ada. Penggunaan komputer, pengimbas, kamera

    digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan.

    Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar,

    deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-

    kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi

    yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. Melalui seni lukis kanak-kanak dapat

    diterapkan dengan cara belajar yang sistematik dan teratur. Contohnya, teknik bekajar

    secara Visual Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang

    gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan

    maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih

    cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar.

    Terdapat juga teknik belajar Belajar Secara Auditori Pelajar auditori mendengar

    dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya

    pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri

    penjelasan guru. Di samping itu, aspek lukisan sangat mementingkan sentuhan dan

    penghayatan dalam penghasilan karya seni lukis. Dengan menggunakan teknik belajar

    secara kinestetik, pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan

    dan pergerakan di mana golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on.

    Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat

    memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

    menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni

    dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat

    merangsang ke arah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat menggalakkan pelajar

    bergerak aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung kerana tertarik

    dengan kaedah yang digunakan ini.

    3.4 SENI LUKIS DAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    14/19

    Seni sangat erat kaitannya dengan manusia. Seni dianggap sebagai produk atau

    proses dari manusia itu sendiri. Art is as old as mankind, umur seni sama tuanya dengan

    peradaban manusia. Seni dikatakan sebagai manifestasi dari kehidupan manusia yang

    diolah dalam kepala (idea) dan diungkapkan dalam bentuk suatu karya. Seni, sama halnya

    dengan manusia, selalu mencari dan meningkatkan kekuatan yang ada di luar dirinya yang

    bersifat magis, sakral dan religius.

    Seni adalah sebahagian dari budaya yang diciptakan oleh masyarakat.

    Koentjaraningrat, dalam bukunya Pengatar Ilmu Antropologi, mengatakan bahawa suatu

    kebudayaan memiliki tujuh unsur penting, iaitu bahasa, sistem pengetahuan, organisasi

    sosial, sistem peralatan hidup dan teknologi, sistem mata pencarian, sistem religi, dan

    kesenian. Dalam hal ini, seni yang mempengaruhi kehidupan manusia, dapat tercermin dari

    bentuk-bentuk atau benda-benda yang merupakan hasil dari karya seni, misalnya candi,

    patung, ukiran dan kaligrafi. Seni merujuk kepada keindahan (estetika).

    Menurut The Liang Gie, dalam bukunya Garis Besar Estetik (Filsafat Keindahan),

    kata indah sendiri merupakan kata yang memiliki makna yang sepadan dalam Bahasa

    Inggeris beauty, dalam Bahasa Perancis beau dan dalam Bahasa Spanyol bello. Kata-

    kata ini berasal dari Bahasa Latin bellum yang akar katanya adalah bonum, memiliki artikebaikan dalam Bahasa Indonesia. Kata ini merujuk dalam term Islam, iaitu maruf yang

    memiliki erti kebaikan atau nilai-nilai yang baik dan dapat diterima oleh akal mahupun

    masyarakat. Dari penjelasan kata ini, seni dianggap sebagai suatu hal yang erat pula

    kaitannya dengan kebaikan, yang merupakan tujuan hidup manusia.

    Pengajaran seni ini dapat meningkat dan mengembangkan kesenian dan

    kebudayaan dalam masyarakat yang akan terus bergerak secra dinamis mengikut

    perkembangan semasa. Pola pemikiran manusia juga akan terus berkembang. Pengertian

    seni menurut Plato dan Aristotle adalah suatu kegiatan meniru atau tiruan dari dunia, alam,

    benda dan manusia. Pengertian ini dikenal dengan nama konsep Mimesis. Bagi mereka,

    mimesis bersifat positif, kerana di dalamnya terdapat suatu gagasan atau idea. Mimesis

    bukanlah bersifat meniru mentah-mentah apa yang sudah ada, melainkan penciptaan hal

    baru dalm menginterpretasi apa yang ada di sekeliling kita. Dalam hal ini mimesis memiliki

    makna representatif. Plato dalam memandang mimesis sangat dipengaruhi oleh makna

    idea.

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    15/19

    Bagi Plato, idea alam pemikiran manusia adalah suatu hal yang sempurna dan tidak

    berubah (ideal). Kerana pandangan ini, Plato menganggap rendah para seniman dan

    sasterawan yang bisanya hanya men-copy kehidupan atau idea itu sendiri. Mimesis yang

    dilakukan oleh para seniman dan sastrawan, menurut Plato, hanyalah sebuah khayalan

    yang jauh dari kebenaran kerana mereka terlalu mementingkan nafsu dan emosi saja.

    Pengertian ini bertentangan dengan Aristotle yang lebih memaknai seni (mimesis) itu

    sebagai sesuatu yang boleh meninggikan akal fikiran. Teew (1984: 221) mengatakan bila

    Aristotle memandang seni sebagai katharsis, penyucian terhadap jiwa.

    3.5 TOKOH SENI LUKIS YANG MEMPAMERKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA

    DUNIA

    Dato Mohd Nor Khalid yang juga dikenali sebagai Lat merupakan kartunis yang tidak

    asing bagi rakyat Malaysia. Hasil lukisan kartun Lat juga sangat terkenal di Asia Tenggara

    malah dengan usahanya yang berterusan mencetak dan menterjemah semula kartun-

    kartunnya, Lat telah dikenali seluruh dunia. Kartun-kartunnya juga telah banyak muncul di

    akhbar tempatan sejak tahun 1960-an lagi, di mana pertama kali dikeluarkan di Berita

    Minggu dan kemudiannya dalam The New Straits Times.

    Dato' Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, banyak menghasilkan lukisan

    kartun yang menceritakan budaya kehidupan di kampung serta rakyat Malaysia. Lat telah

    dilahirkan di Kota Baru, Perak, pada 5 Mac 1951. Bakat luarbiasanya dalam bidang lukisan

    mula dikesan ketika dia melukis sebuah komik pada usia kanak-kanaknya. Pada usia 9

    tahun, Lat telah menggunakan bakat yang dimilikinya itu bagi membantu keluarganya

    mencari sumber pendapatan.

    Buku pertama yang dihasilkannya adalah 'Tiga Sekawan' yang menceritakan tentang

    tiga orang kawan yang bersatu padu untuk menangkap perompak. Buku tersebut telah

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    16/19

    dicetak ketika Lat bersekolah di Sekolah Rendah Jalan Pasir Puteh, Ipoh, dan pada ketika

    itu Lat masih lagi di darjah enam. Lat telah dibayar sebanyak RM25 bagi setiap lukisan yang

    dihasilkannya dan pada 1968, Lat telah berjaya memperolehi pendapatan RM100 sebulan.

    Lat kemudiannya telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi seorang kartunis. Dia

    telah ditawarkan untuk menyertai New Straits Times sebagai wartawan jenayah. Tidak lama

    selepas itu Lat telah menjadi seorang kartunis di New Straits Times pada tahun 1974.

    Bagaimanapun, Lat kemudiannya telah meninggalkan syarikat akhbar tersebut dan

    memutuskan untuk menjadi seorang pelukis bebas.

    Buku autobigrafinya yang pertama 'Kampung Boy', telah dicetak pada 1979 dan telah

    terjual beribu salinan dalam tempoh tiga bulan. 'Kampung Boy' juga telah dicetak di Perancis

    oleh seorang penerbit buku di Perancis. Ekoran pencapaiannya, Lat telah dianugerahkah

    gelaran 'Datuk' pada tahun 1994. 'Kampung Boy' edisi Amerika juga telah diterbitkan pada

    Ogos 2006 dan merupakan buku pertama Lat yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Malah

    'Town Boy' juga telah dicetak pada Oktober 2007 dan menjadi karya kedua Lat yang dicetak

    di Amerika Syarikat. Kartun-kartun yang dihasilkan Lat mencerminkan pandangannya

    tentang kehidupan rakyat Malaysia dan dunia.

    Sebuah lagi karya Lat yang terkenal adalah buku komik 'Mat Som', yang

    menceritakan tentang seorang remaja perempuan yang berada dalam dunianya yang baru.

    Ia menunjukkan gambaran serta ilustrasi permandangan di sekitar bandar Kuala Lumpur.

    Lat juga telah menghasilkan sebuah buku berjudul 'Dr Who?!, yang didedikasikan kepada

    bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd

    Ali.

    3.4.1 Tema lukisan Lat

    Tema utama lukisan Lat adalah tentang kehidupan pelbagai kaum di Malaysia yangmeliputi kenangan peribadinya sendiri di dalam 'Kampung Boy', Isu-isu politik yang sering

    dibahaskan dan kehidupan sebagai perantau di luar negara dari sudut pandangan Malaysia.

    Lat sering mencampurkan elemen kelakar dan pandangan peribadinya di dalam setiap

    karya yang dihasilkannya. Elemen-elemen ini dapat dilihat dalam karyanya seperti 'The

    Kampung Boy', 'Budak Kampung', 'Entahlah Mak ', 'Its A Lat Lat Lat Lat World', 'Kampung

    Boy: Yesterday and Today', 'Keluarga Si Mamat', 'Last as Usual', 'Lat at Large', 'Lats Lot',

    'Lots More Lat', 'Town Boy', 'With a Little Bit of Lat', 'Be Serious Lat', 'Better Lat Than Never',

    'Dr. Who?', 'Lat and Gang', 'Lat and His Lot Again', 'Lat Gets Lost', 'Lat was Here', 'Lat with a

    Punch', 'Mat Som' dan 'The Portable Lat'.

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    17/19

    Apa yang ingin ditekankan oleh Lat adalah dengan memasukkan semua pengalaman

    zaman kanak-kanaknya di kampung serta menceritakan kehidupan keluarga Melayu dan

    diceritakannya dalam buku autobiografinya iaitu 'Kampung Boy' dan 'Town Boy'.

    Buku tersebut juga telah dicetak semula dalam bahasa Jepun. Lat menceritakan

    berbagai kenangannya di kampung dengan suasana yang aman biarpun terpaksa berpindah

    ke kota moden dan hidup di sana. Lat adalah seorang yang sangat bangga dengan

    kehidupannya yang 'simple' di kampung. Justru, dia selalu menggunakan latar belakang

    kampung dalam lukisannya.

    Pelukis yang dikenali ramai ini juga merupakan abang kepada pengarah filem,

    Mamat Khalid, yang mengarah filem seperti 'Kala Malam Bulan Mengambang' dan 'Estet'.

    Malah cara unik lukisan Lat pada bentuk hidung setiap wataknya juga telah diguna pakai

    oleh seorang pelukis kartun Sepanyol, Sergio Aragones, dalam satu edisi lukisannya 'Groo'

    bagi memberi tanda penghormatan kepada Lat.

    Lat merupakan pelukis serta anak Malaysia yang telah mengharumkan nama negara

    dengan berbagai usaha dalam memperkenalkan budaya Malaysia melalui lukisan kartunnyasehingga kini. Lat juga merupakan kartunis negara yang mendapat pengiktirafan

    antarabangsa. Ia juga memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka XIII pada tahun 2002 dan

    pada 11 Ogos 2007, Lat telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Terhormat dalam pengajian

    Anthropology dan Sosiology oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pastinya

    pengiktirafan Lat di peringkat antarabangsa menjadi kebanggaan kita juga kerana berjaya

    mengharumkan nama Malaysia. Wajah-wajah Malaysia diabadikan dalam lukisannya.

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    18/19

    4.0 KESIMPULAN

    Guru yang mengajar mengenai seni perlu mengaplikasikan pengajaran tersebut

    dengan sebaik mungkin supaya murid dapat memahami dengan dengan jelas mengenai

    unsur-unsur seni yang berkaitan dengan elemen dan prinsip rekaan. Dengan pengaplikasian

    ini pelajar dapat meningkatkan daya kreativiti yang tinggi yang dapat menghasilkan karya

    dan produk yang bermutu dan mempunyai nilai estetika tinggi yang berupaya

    mengharumkan nama Negara ke peringkat antarabangsa.

    Pengajaran seni ini bermula semenjak kita kecil lagi, kita diajar mengenai bentuk,

    rupa, warna melalui buku, alat permainan, pakaian dan sebagainya. Pengajaran secara

    tidak langsung ini berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut umur. Perkembangan

    seni berkembang secara bebas melalui kegiatan harian tanpa kita sedar. Sebagai contoh

    penggunaan pakaian, setiap hari kita bermain dengan warna kita akan berfikir mengenai

    warna apa yang sesuai dipadankan mengikut faktor cuaca, tempat, dan citarasa. Melalui ini

    kita dapat merangsang otak supaya berfikiran lebih kreatif dan kritis dalam menyelesaikan

    masalah.

    Seni amat penting dalam pengajaran kerana dapat membina kreativiti pelajar dalam

    mencipta sesuatu yang kreatif dengan bimbingan yang diberikan kreativiti dapat

    dipertingkatkan dan dapat melahirkan ramai lagi seniman. Aplikasi seni dalam pengajaran

    membantu pelajar menganalisis, menginterprestasi, menilai dan kesimpulan dalam

    mengkritik karya.

    Melalui seni ini pelajar dapat berfikir secara luar kotak yang dapat melihat sesuatu

    benda itu dalam keadaan sama ada 2 dimensi atau 3 dimensi yang dapat menghasilkan

    benda yang unik yang tinggi nilai estetik. Dengan adanya seni, perkembangan otak dapat

    berkembang dan pelajar tidak akan berasa bosan kerana mereka menggunakan keseluhanotak mereka dalam berfikir termasuk ilmu sains, matematik, bahasa dan sebagainya yang

    saling berhubung dengan seni. Kesimpulannya aplikasi seni dalam pengajaran penting

    dalam menerapkan ilmu seni ke peringkat yang lebih baik agar dapat melahirkan pelajar

    yang berfikiran kreatif,kritis dan inovatif yang dapat meningkatkan sumber ekonomi Negara.

  • 7/30/2019 Kae3013 Tugasan 1-Upload

    19/19

    BIBLIOGRAFI

    Csikszentmihalyi, M., Implications of a Systems Perspective for the Study of Creativity In

    Sternberg, R. J, (Eds.), 2003. Handbook of Creativity. Cambridge: University Press.

    Mohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis. Skudai : Penerbit

    Universiti Teknologi Malaysia.

    Sternberg, R.J. & Lubart, T. I. The concept of creativity: Prospects and Paradigms In

    Sternberg, R. J. (Eds.), 2003. Handbook of Craetivity. Cambridge : University Press.

    Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.