jurnal reflektif t2a3 hbef2803

6
SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2014 ( SMP ) HBEF 2803 ( SMP ) HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( JURNAL REFLEKSI T2A3) NAMA : SAMSUL FUAD B. MAHMUD NO. MATRIK : 6501135573003 NO. KAD PENGENALAN : 650114 – 03 – 5573 NO TELEFON : 019 – 6464371 TARIKH : 5 APRIL 2014 PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN OUM, BATU PAHAT

Upload: samsul-fuad-mahmud

Post on 20-Jan-2016

650 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Jurnal reflektif

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Reflektif t2a3 Hbef2803

SAMSUL FUAD B. MAHMUD650114035573003

HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2014 ( SMP )

HBEF 2803 ( SMP )HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

( JURNAL REFLEKSI T2A3)

NAMA : SAMSUL FUAD B. MAHMUD

NO. MATRIK : 6501135573003

NO. KAD PENGENALAN : 650114 – 03 – 5573

NO TELEFON : 019 – 6464371

TARIKH : 5 APRIL 2014

PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN OUM, BATU PAHAT

Page 2: Jurnal Reflektif t2a3 Hbef2803

SAMSUL FUAD B. MAHMUD650114035573003

HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

PENGENALANKertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin b. Basar Ketua Penolong

Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan

Malaysia dan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tn. Hj. Ibrahim B. Sakimin, Bahagian

Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai banyak intipati yang boleh

dirujuk demi pperkembangan profesionalisme perguruan kini.

Sebagai seorang guru, apa yang saya dapati adalah cara-cara bagaimana saya harus

mempersiapkan diri saya sebagai seorang guru bagi menghadapi alaf baru dalam bidang

pergurun ini. Dr. Nasaruddin menasihatkan kepada semua guru-guru untuk harus

mempersiapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu yang terkini bagi menghadapi keperluan

bidang perguruan di masa akan datang. Dalam erti kata lain, guru haruslah multi disiplin.

Dengan cara ini, seseorang guru tidak hanya memberi input yang asas sahaja, malah dengan

mengaitkan molekul-molekul ilmu pendidikan yang lain, sesuatu pengajaran itu akan menjadi

lebih berkesan dan bermakna. Penerokaan ilmu menjadi semakin meluas dan murid-murid

akan menjadi insan yang berdaya saing dan boleh berdikari.

Ini boleh menjadi kenyataan dengan wujudnya Universiti Terbuka Malaysia bersama

dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, akan berusaha merealisasikan harapan negara agar

keperluan guru berijazah semakin bertambah di sekolah-sekolah rendah dan penambahan di

sekolah-sekolah menengah.

TRANSFORMASI

Transformasi atau perubahan adalah sangat perlu bagi memastikan seseorang guru itu

mempunyai ilmu yang cukup bagi menghadapi pelajar-pelajar zaman kini. Pembentukan

modal insan yng boleh lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan juga sosial

amat dititikberatkan bagi menjamin kelangsungan pelajar-pelajar di masa akan datang. Segala

ini tidak akan menjadi kenyataan jika guru bersifat dan bersikap pasif, mempunyai nilai-nilai

salesman yang kurang baik ataupun tidak bersedia atau mempunyai ilmu yang kurang

mencukupi bagi membentuk pelajar-pelajar yang bersikap kolaboratif, boleh berkomunikasi

mahupun multi-disiplin.

Page 3: Jurnal Reflektif t2a3 Hbef2803

SAMSUL FUAD B. MAHMUD650114035573003

HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

Terdapat 6 ciri utama untuk bersaing di peringkat global. Guru haruslah berusaha agar

setiap pelajar mempunyai:

1. Kemahiran memimpin

2. Kemahiran dwi bahasa

3. Etika dan kerohanian

4. Identiti nasional

5. Pengetahuan

6. Kemahiran berfikir

Perkaitan di antara bentangan oleh Dr. Nasaruddin dan ceramah motivasi Tn. Hj.

Ibrahim amat ketara persamaannya kerana kedua-dua menjurus kepada perkembangan

pofesionalisme pergurun masa kini. Banyak nasihat-nasihat dari T. Hj. Ibrahim sejajar dengan

apa yang dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin.

Tn. Hj. Ibrahim banyak menekankan keistimewaan seseoang guru itu jika mereka

melnjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah atau lebih tinggi. Semakin tinggi tingkt

pembelajaran mereka maka semakin tinggilah nanti kedudukan mereka. Pendapatan mereka

turut bertambah di samping keistimewaan-keistimewaan yang lain. Tn. Hj. Ibrahim jug

memberitahu akan kemudahan-kemudahan yng disediakan oleh pihak OUM selama man

mereka melanjutkan pelajaran mereka melaluinya.

HASRAT BPG DAN KPM

Pihak BPG bersama Kementerian berhasrat untuk menaiktarafkan status guru samada

di mata masyarakat Malaysia mahupun di mata masyarakat dunia. Sebuah negara yang maju

adalah disebabkan penjawat awam mereka bertaraf profesional. Justeru itu, dengan

menaikkan taraf bidang perguruan ke tahap profesional, maka negara Malaysia akan dapat

berdiri sama tegak dengan negara-negara maju yang lain. Ini adalah kerana, bidang perguruan

merupakan perkerjaan yang kedua terbesar atau teramai di negara kita.

Dengan menaikkan taraf bidang perguruan, maka pendapatan perkapita seorang guru

dapat ditimgkatkan. Dengan peningkatan pendapatan guru, maka dapatlah Malaysia

Page 4: Jurnal Reflektif t2a3 Hbef2803

SAMSUL FUAD B. MAHMUD650114035573003

HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

menunjukkan kepada dunia bahawa ia bakal menjadi negara maju kerana salah satu ciri-ciri

negara maju adalah penjawat awam mereka berpendapatan tinggi.

SAYA SEBAGAI SEORANG GURU

Sebagai seorang guru, menurut Dr. Nasaruddin mahupun Tn. Hj. Ibrahim, say harus

kreatif dan berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya juga harus berdedikasi.

Seorang guru yang mempunyai nilai akan memberi kesan kepada pelajarnya sehingga

pelajarnya dewasa.

Saya harus peka dan harus bertanya kepada diri sendiri apa yang telah saya sumbang

jika selama enam tahun pelajar belajar tetapi masih tidak boleh membaca. Sebagai seorng

guru, saya harus mempunyai integriti sendiri. Saya harus bertanggungjawab di atas

kemenjadian pelajar-pelajar saya.

Pelajar yang dihasilkan oleh guru-guru yang berstatus siswazah haruslah lebih berilmu

memandangkan guru-guru yang telah mengikuti program pensiswazahan ini telah disuntik

dengan ilmu-ilmu keguruan yang bertahap profesional.

KESIMPULAN

Apa yanag dijelaskan oleh kedua-dua tetamu itu adalah cara-cara untuk menjadi

seorang guru yang bersedia menghadapi perubahan pendidikan global dan juga apa yang perlu

dibuat untuk persedian mereka menambah ilmu. Sebagai seorang guru, amanat-amanat yang

diberikan oleh kedua-dua penceramah tersebut amatlah berguna sebagai panduan dalam

kehidupan saya sehari-hari sebagai seorang guru yanag bermatlamat positif, berdaya maju dn

ingin memperkembangkan lagi profesionalisma keguruan saya ini.