jurnal reflektif perkembangan profesionalisme keguruan
TRANSCRIPT
SEMESTER / TAHUN
JANUARI/2013
KOD KURSUS
HBEF 2801
TAJUK KURSUS
JURNAL REFLEKTIF
PERKEMBANGAN PROFESIONAL
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN : kelantan learning centre
JURNAL REFLEKTIF
Bersyukur saya kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan HBEF 2803. Walaupun
terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti kekangan masa,
perselisihan faham dan sumber kewangan dan sebagainya perkara lain yang berlaku semasa saya
menyiapkan tugasan ini.
Berkat kesungguhan dan azam yang tinggi saya mampu menyiapkan juga kerja kursus ini
pada masa yang ditetapkan walaupun terpaksa melalui banyak masalah semasa menyiapkannya.
Bagi melaksanakan tugasan ini, saya dikehendaki untuk mengkaji perayaan di Malaysia tetapi tidak
boleh memilih perayaan agama sendiri. Kami diminta merancang dan melaksanakan program
tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan itu saya telah memilih sambutan Hari Raya
Aidilfitri.
Daripada aktiviti pertama, saya dikehendaki mencari maklumat tentang perayaan tersebut.
Kajian dokumen iaitu mencari maklumat melalui penulisan buku-buku, jurnal-jurnal, makalah-
makalah bercetak dan pencarian internet berkaitan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja telah dapat
menambahkan pengetahuan dan pengalaman saya, malahan menjadikan saya lebih memahami
perayaan/aktiviti keagamaan kaum Melayu (Islam). Sebab maklumat yang terdapat dalam pelbagai
sumber di atas adalah berdasarkan kajian, pemerhatian, temuramah dan pengalaman penulis.
Dapatan yang terkumpul bukanlah rekaan seseorang penulis, tetapi data, gambar foto, carta, jadual
dan seumpamanya diperoleh daripada individu, agensi/jabatan kerajaan serta rakaman yang
dilakukan oleh seseorang penulis sebelum karyanya ditulis, diedit dan diterbitkan. Walaupun lahir
dan dibesarkan dalam lingkungan perkampungan dan masyarakat Melayu (Islam), saya sudah biasa
terdedah dengan pelbagai perayaan yang disambut oleh orang Melayu. Pengetahuan dan
pengalaman diperoleh melalui pembacaan, pergaulan dengan rakan-rakan dan maklumat di kaca
televisyen. Namun, melalui kajian ini pengetahuan dan kefahaman saya khususnya berkaitan Hari
Raya Aidilfitri makin bertambah. Antaranya berkaitan tujuan sambutan, apa yang dilakukan,
kepentingan sambutan ini kepada umat Islam, suasana sambutan di Malaysia/Negara-negara Islam
di seluruh dunia dan sebagainya.
Berdasarkan kajian dokumen ini, timbul juga di kotak fikiran, bahawa saya sendiri kurang
mengetahui sejarah perayaan/aktiviti keagamaan sendiri. Misalnya pengetahuan tentang sambutan
Tahun Baru Cina, Perayaan Cheng Beng. Chap Goh Meh, Moon Cake Festival, Hungry Ghost
Festival dan sebagainya. Menyedari hakikat ini saya akan berusaha untuk menambahkan
pengetahuan saya berkaitan perayaan kaum sendiri melalui kajian dokumen dan memanfaatkan
kemudahan internet yang ada. Tradisi patut diamalkan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan
selagi tidak menyekat kemajuan. Jika dihayati perayaan keagamaan sememangnya mempunyai
banyak kepentingan dan maksud tersirat.
Melalui kajian ini, saya lebih memahami perayaan/aktiviti keagamaan kaum lain di
Malaysia. Hal ini penting untuk membantu saya menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan
harmoni dengan rakan-rakan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Natijahnya akan lahir
semangat muhibah dan perpaduan yang kukuh dalam masyarakat sejajar dengan usaha dan aspirasi
kerajaan yang menekankan intergrasi kaum sejak dahulu lagi.
Pada tahun lepas, saya berkesempatan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama rakan yang
beragama Islam di rumah beliau. Disamping merakam video saya juga berkesempatan menemubual
3 generasi mengenai Perayaan Aidiladha. Melalui temubual ini saya dapati bahawa Perayaan
Aidilfitri adalah Perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam menyambut
sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Melalui kunjungan saya itu, saya dapat berbual dan mendapat maklumat daripada keluarga
tersebut. Kunjungan saya disambut dengan baik sekali. Ada sedikit sebanyak amalan-amalan yang
semakin dilupakan. Contohnya, menziarahi ke rumah sanak saudara. Kebanyakkan generasi muda
tidak suka menziarahi ke rumah orang-orang tua. Mereka lebih suka menonton televisyen di rumah.
Begitu juga dalam penyediaan kuih-muih. Jika dulu, begitu meriah membuat biskut bersama-sama
tetapi sekarang boleh dikatakan semuanya dibeli. Ini kerana kekangan masa untuk menyediakan
semua itu. Jika dulu, penghantaran kad-kad raya sangat meriah tetapi sekarang kanak-kanak pun
tidak lagi mengenal kad raya. Zaman serba canggih dan teknologi lebih laju daripada pos.
Malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk
individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk
mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.
Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan
memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih
kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin
membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti
hari ini. Amalan ini semakin kurang disambut dan sekarang ramai yang memasang lampu
berbanding pelita. Lebih-lebih lagi kos untuk minyak tanah pun meningkat.
Selepas saya membuat kajian tentang perayaan ini dan nampak kelebihan dan kekurangan yang
berlaku pada perayaan ini, sebagai seorang guru di negara Malaysia yang berbilang bangsa saya
rasa adalah tanggungjawab saya untuk memperkenalkan setiap perayaan yang disambut oleh bangsa
di Malaysia. Kajian saya tidak patut berhenti selepas ini, saya harus mengenali setiap perayaan
secara mendalam dan juga akan memperkenalkan perayaan melalui pengajaran dan pembelajaran
saya contohnya,
1 Memberi kesedaran bahawa pentingnya pemahaman antara agama, budaya dan adat resam
setiap bangsa di negara kita.
2 Setiap ibu bapa perlu bersama-sama anak mereka memeriahkan malam tujuh likur dengan
memasangkan pelita di sekeliling rumah mereka.
3 Guru-guru pula perlu menggalakkan pelajar menghantar kad ucapan raya kepada kawan-
kawan dan sanak-saudara mereka supaya tradisi ini tidak dilupakan begitu saja.
4 Guru-guru juga perlu memupuk semangat kekitaan dengan pergi menziarahi ke rumah-
rumah rakan dan saudara-mara. Ibu bapa juga memainkan peranan. Jangan biarkan anak-
anak di rumah dengan menonton tv sahaja tanpa megajak mereka untuk berziarah. Begitu
juga dengan amalan menziarahi pusara nenek moyang yang telah meninggal dunia.
5 Amalan bermaafan juga patut diamalkan. Kadang-kadang anak-anak ini hanya tahu
menerima duit sahaja sewaktu hari raya. Sepatutnya ibu bapa memberitahu bahawa pada
hari raya ini kita mesti bermaafan sesame sendiri.
Di Negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitri sangat meriah. Meskipun cuti yang pendek,
umat Islam tetap mengambil kesempatan untuk balik ke kampong dan merayakan Hari Raya dengan
meriah di samping menunaikan sembahyang hari raya, dan berkunjung ke rumah saudara mara. Hal
ini dapat mengeratkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan ukhwah Islamiah sesama umat
Islam. Pelbagai peringkat umur individu yang ditemubual bersetuju tentang kepentingan sambutan
Hari Raya sebagai salah satu Hari Kebesaran dalam agama Islam.
Terdapat juga kekangan yang terpaksa saya hadapi seperti terpaksa menyelesaikan banyak
kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat saya.
Sebagai contoh terpaksa menyelesaikan beberapa tugasan lain dalam satu-satu masa. Namun,
sebagai bakal seorang pendidik kami telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi
dan berfikiran positif untuk menanganinya.
Akhirnya kami berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang ditetapkan sebelum
menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Pelbagai faedah serta pengalaman yang
kami perolehi semasa menjalani tugasan ini yang mana segala ilmu yang kami pelajari telah dapat
kami praktikkan semasa menyiapkan tugasan ini.