jurnal reflektif

3
Jurnal Reflektif Minggu 1 Syukur Alhamdulillah saya akhirnya berjaya mengharungi praktikum di Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu selama seminggu. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya dapati sepanjang tempoh seminggu ini. Sepanjang minggu pertama ini saya tidak mengajar. Hal ini disebabkan jadual lambat diberi. Semua guru baru pulang dari cuti jadi masing-masing berada dalam situasi agak kelam kabut. Saya hanya berfokus kepada aspek pengawalan kelas. Pada praktikum kali ini, untuk minggu pertama saya memang tidak mengajar sebaliknya memperkenalkan peraturan kelas dan bertindak tegas. Seseorang guru perlu bertindak tegas dan memperkenalkan peraturan agar murid-murid tidak ada peluang untuk memperlekeh dan mempermainkan kita. Sekiranya mereka mengetahui bahawa kita adalah seorang guru yang baik dan terlalu lembut, mereka akan mengambil kesempatan untuk mempermainkan kita malah tidak serius dalam kelas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya sudah belajar dari praktikum sebelum ini. Jika saya tidak tegas dan tidak serius, mereka tidak akan serius dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan membuat bising dan tidak mendengar arahan. Hal ini menyebabkan apsek pengawalan kelas saya sangat lemah dan saya ditegur oleh guru pembimbing. Pandangan pertama saya mengenai sekolah ini ialah suasana sekolah ini sangat positif dan harmoni, Hal ini kerana masalah disiplin sangat kurang atau boleh dikatakan tiada lansung. Mungkin disebabkan majoriti murid adalah orang kampung yang

Upload: mohamad-nazmie-mohamed-tarmizi

Post on 09-Apr-2016

15 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Reflektif

Jurnal Reflektif Minggu 1

Syukur Alhamdulillah saya akhirnya berjaya mengharungi praktikum di Sekolah

Kebangsaan Pasir Gebu selama seminggu. Banyak pengalaman dan pengetahuan

baru yang saya dapati sepanjang tempoh seminggu ini. Sepanjang minggu pertama

ini saya tidak mengajar. Hal ini disebabkan jadual lambat diberi. Semua guru baru

pulang dari cuti jadi masing-masing berada dalam situasi agak kelam kabut. Saya

hanya berfokus kepada aspek pengawalan kelas. Pada praktikum kali ini, untuk

minggu pertama saya memang tidak mengajar sebaliknya memperkenalkan

peraturan kelas dan bertindak tegas.

Seseorang guru perlu bertindak tegas dan memperkenalkan peraturan agar murid-

murid tidak ada peluang untuk memperlekeh dan mempermainkan kita. Sekiranya

mereka mengetahui bahawa kita adalah seorang guru yang baik dan terlalu lembut,

mereka akan mengambil kesempatan untuk mempermainkan kita malah tidak serius

dalam kelas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya sudah belajar dari

praktikum sebelum ini. Jika saya tidak tegas dan tidak serius, mereka tidak akan

serius dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan membuat bising dan

tidak mendengar arahan. Hal ini menyebabkan apsek pengawalan kelas saya

sangat lemah dan saya ditegur oleh guru pembimbing.

Pandangan pertama saya mengenai sekolah ini ialah suasana sekolah ini sangat

positif dan harmoni, Hal ini kerana masalah disiplin sangat kurang atau boleh

dikatakan tiada lansung. Mungkin disebabkan majoriti murid adalah orang kampung

yang masih ada rasa hormat terhadap guru berbanding pelajar di bandar. Selain itu,

hubungan antara guru juga begitu baik dan positif. Tiada pergaduhan antara guru

sama ada guru lelaki mahupun guru perempuan. Mereka sangat ramah dan tidak

lokek untuk memberi tunjuk ajar.

Disebabkan kebanyakan murid adalah mendengar kata, maka pengawalan disiplin

menjadi sangat mudah. Begitu juga dengan pengawalan kelas. Guru-guru tidak perlu

terlalu memarahi.

Page 2: Jurnal Reflektif

Jurnal Reflektif Minggu 2

Dalam minggu kedua ini, saya sudah mula melaksanakan sesi pengajaran dan

pembelajaran. Terdapat beberapa kekuatan yang saya sedari sepanjang minggu ini.

Antara kekuatan ialah keyakinan. Saya sedar bahawa keyakinan saya untuk

bercakap semakin mengingkat. Hal ini dibuktikan apabila guru pembimbing

mengarahkan saya untuk berucap di depan untuk memperkenalkan pertandingan

mengumpul tin-tin terpakai. Walaupun saya tidak bersedia untuk bercakap, saya

gagahi juga diri saya untuk berucap. Akhirnya ketakutan itu dapat juga saya atasi.

Sebelum ini, saya memang tidak ada keyakinan untuk berucap sehinggakan saya

tidak yakin sama ada saya layak untuk menjadi guru ataupun tidak. Saya tidak

mampu lansung untuk berucap terutamanya ketika pembentangan di bilik kuliah.

Akan tetapi, pengalaman berpraktikum mengajar saya meningkatkan keyakinan diri.

Kekuatan kedua yang saya dapati sepanjang minggu ini ialah aspek pengawalan

kelas. Saya berjaya mengawal kelas saya dengan baik. Untuk mengawal kelas

dengan baik, saya perlu menetapkan peraturan kelas yang jelas dan fleksibel. Saya

juga tegas dengan prinsip saya iaitu saya akan mengikut dan melaksanakan

peraturan yang saya cipta. Sama ada memberikan denda yang bersesuaian apabila

peraturan tidak dipatuhi oleh murid. Saya juga menunjukkan mimik muka yang

serius dan tidak senyum dengan pelajar. Hal ini penting dari sudut psikologi kerana

murid akan takut dan serius sekirannya guru serius dan tegas. Dengan pengawalan

kelas yang baik, murid tidak bercakap di belakang ketika saya bercakap. Kebersihan

diri dan kelas dijaga dengan baik serta mereka mematuhi dan melaksanakan segala

arahan saya. Pengawalan kelas sangat penting terutamanya waktu pendidikan

jasmani kerana masalah ruang belajar menyukarkan guru mengawal murid. Murid

juga akan hilang kawalan diri kerana terdorong dengan faktor keseronokan bermain.

Hal ini perlu diberi perhatian dan dititikberatkan oleh saya.