jurnal refleksi (1)

15
JURNAL REFLEKSI PENGURUSAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT LMCR2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT PEMBINAAN LAMAN WEB TAMAN BANGI VILLA DAN BANGI RIA NAMA PENSYARAH Encik Ahmad Rafizi bin Salleh TARIKH 15 Disember 2014 KUMPULAN 2 Mohamad Afiudin bin Jalaludin A151574 Siti Atiqah binti Mokhter A151751 Nurul Amiera binti Norazizan A151713 Nur Nadhirah Nasuha binti Rozaimi A152059 Yong Yi Ying A149058

Upload: the-national-university-of-malaysia

Post on 14-Aug-2015

100 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal refleksi (1)

JURNAL REFLEKSI

PENGURUSAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT LMCR2273 APRESIASI

TEKNOLOGI MAKLUMAT

PEMBINAAN LAMAN WEB TAMAN BANGI VILLA DAN BANGI RIA

NAMA PENSYARAH

Encik Ahmad Rafizi bin Salleh

TARIKH

15 Disember 2014

KUMPULAN 2

Mohamad Afiudin bin Jalaludin A151574

Siti Atiqah binti Mokhter A151751

Nurul Amiera binti Norazizan A151713

Nur Nadhirah Nasuha binti Rozaimi A152059

Yong Yi Ying A149058

Faqihah binti Abul Khair A151944

Page 2: Jurnal refleksi (1)

PENDAHULUAN

Jurnal refleksi ini ditulis bertujuan melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan dalam

usaha menjayakan program “Mini Family Day Taman Bangi Villa dan Bangi Ria. Taman

tersebut terletak di pekan Bangi Lama, Selangor

Dalam jurnal ini kami akan mengemukakan beberapa refleksi yang telah berlaku dalam usaha

menjayakan program ini. Selain itu, kami juga menyatakan peristiwa-peristiwa yang berlaku

sebelum, semasa dan selepas program tersebut. Program yang dilaksanakan memerlukan

komitmen yang tinggi dan ahli jawatankuasa pelaksana yang efektif. Tambahan pula,

berlakunya peristiwa-peristiwa penting yang urutannya haruslah dikenal pasti. Kami

sekumpulan berpendapat bahawa peristiwa dan urutan peristiwa tersebut adalah penting

kerana tanpanya, program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya

Kajian ini juga dilakukan dengan kerjasama semua ahli kumpulan dan juga dengan bantuan

penduduk taman yang merupakan ahli jawatankuasa tertinggi taman. Setelah itu, kami juga

akan menyatakan pengalaman pembelajaran yang diperolehi  dalam proses membuat program

tersebut. Proses membuat program ini merupakan pengalaman kali pertama kami semasa di

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walaupun kami merupakan pelajar daripada jurusan yang berbeza dengan kursus ini, kami

tetap berusaha dalam melakukan segala perkara yang harus dilakukan. Tambahan pula,

setiap daripada kami tidak mempunyai pengalaman dalam melaksanakan sebarang jenis

program ketika di bangku persekolahan. Jadi, segala pengalaman yang diterima selama

pelaksanaan program ini merupakan sesuatu yang baharu dan asing bagi kami sekumpulan

Seterusnya kami juga menyatakan kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam kumpulan

kami semasa menjalankan tugasan ini. Kami menganggap tugasan ini sebagai satu cabaran

kerana program ini amat unik dan asing kepada kami selaku pelajar daripada jurusan yang

berbeza dengan kursus ini. Walaupun kami sekumpulan mengenali satu sama lain selama

beberapa bulan, beberapa kelemahan dan kekuatan ahli kumpulan telah dikenal pasti melalui

projek ini. Kami telah membahagikan kelemahan dan kekuatan kepada dua perenggan

berasingan yang kami akan menganalisa secara terperinci.

Akhir sekali, kami akan memberikan langkah-langkah dan cadangan untuk memperbaiki dan

membuat penambahbaikan terhadap program yang telah dilaksanakan. Segala kelemahan dan

kekurangan telah dikaji dan diteliti agar perkara tersebut tidak diulangi selepas ini.

Page 3: Jurnal refleksi (1)

PERISTIWA SEPANJANG PELAKSANAAN PROGRAM

Sebelum Pelaksanaan Program

Setelah selesai memilih tajuk kajian kami atas nasihat yang diberikan oleh pensyarah

Apresiasi Teknologi Maklumat, En. Ahmad Rafizi bin Salleh, kumpulan kami telah

mengadakan satu perbincangan ringkas untuk membincangkan cara-cara melakukan program

yang diberikan ketika kuliah. Perbincangan ringkas ini telah diadakan pada 24 September

2014 bersamaan hari rabu di Perpustakaan Tun Sri Lanang. Perbincangan diadakan dengan

kehadiran semua ahli kumpulan tanpa sebarang pengecualian. Pada mulanya, kami

merancang untuk mengadakan perbincangan ini di kafe kolej sahaja. Namun, beberapa

anggota kumpulan kami berpendapat ia adalah lebih mudah dan selesa sekiranya diadakan

perbincangan ini di perpustakaan sahaja. Tambahan pula, kesemua ahli kumpulan selalu

singgah di perpustakaan sehingga waktu senja.

Perbincangan kali pertama setakat diadakan secara basa-basi sahaja. Perbincangan dilakukan

secara kasual dengan masing-masing mengutarakan pendapat dan pengalaman membuat

program. Kesemua ahli kumpulan menyatakan pernah melibatkan diri secara langsung dan

tidak langsung dalam beberapa program ketika di zaman persekolahan. Kami juga

membincangkan taman yang terdapat di sekitar kawasan Bangi serta program yang boleh

dilaksanakan. Pendek kata, pada perbincangan pertama ini, kami hanya mengutarakan

pendapat dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman masing-masing mengenai kawasan

taman perumahan dan apa yang boleh dilakukan sahaja. Pada akhirnya, perbincangan ini

berakhir dengan setiap ahli kumpulan ditugaskan untuk mencari dan menghubungi pengerusi-

pengerusi taman yang boleh dipilih untuk dijadikan tempat program.

Perbincangan seterusnya diadakan  dua minggu selepas hari perjumpaan pertama ahli

kumpulan kami iaitu pada 24 September 2014. Perbincangan tersebut dijalankan di

perpustakaan Tun Seri Lanang. Dalam perbincangan ini, setiap seorang daripada kami telah

memberikan cadangan tempat pelaksanaan program. Antara tempat yang dicadangkan adalah

Kampung Abu Bakar Baginda dan Taman Bangi Villa. Setiap ahli kumpulan memberikan

kelebihan-kelebihan tempat tersebut serta diikuti sebab-sebab mengapa tempat tersebut patut

dipilih sebagai tempat untuk menjalankan kajian ini.

Page 4: Jurnal refleksi (1)

Setelah menimbangkan pro dan kontra kedua-dua pilihan ini secara masak-masak, kami

sebulat suara memilih Taman Bangi Villa kerana kawasan tersebut merupakan tempat tinggal

salah seorang daripada ahli kami dan menjadikan ia lebih mudah untuk berurusan dengan

penduduk taman. Dalam perbincangan ini kami juga mengagihkan tugasan-tugasan kepada

setiap ahli kumpulan untuk memastikan kerjasama diperolehi daripada setiap ahli kumpulan.

Ekoran itu, pembahagian tugasan ini juga memastikan program ini berjalan dengan lancar

tanpa masalah yang serius. Tugasan juga dibahagikan secara adil dan saksama. Setiap ahli

kumpulan kami juga diberikan tarikh akhir untuk menyiapkan kerja masing-masing bagi

memastikan langkah seterusnya untuk menyiapkan projek ini dapat diaturkan.

Dalam usaha untuk menjayakan kajian ini, pelbagai peristiwa-peristiwa telah dilalui oleh

setiap daripada ahli kumpulan kami. Hal ini kerana terdapat beberapa isu yang timbul semasa

menyiapkan tugasan ini. Antaranya adalah kami perlu berbincang untuk memastikan fokus

program kami adalah tepat dengan tajuk yang dikehendaki. Kami juga perlu memastikan

setiap ahli kumpulan diagihkan kerja secara adil supaya tidak berlakunya pertelingkahan

antara anggota kumpulan kerana kami prihatin bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai

banyak perkara yang perlu dilaksanakan sebagai seorang mahasiswa.

Setelah itu, timbul beberapa masalah yang dihadapi ketika merancang perlaksanaan kajian.

Antara masalahnya adalah terdapat ahli kumpulan yang tidak dapat hadir sesi perbincangan

kerana masalah peribadi. Selain itu, kerjasama yang diperlukan juga sukar untuk diperolehi

kerana majoriti penduduk di situ sibuk dengan kerja masing-masing. Kami juga menghadapi

kekangan masa kerana semester menjalankan kajian ini adalah semester pertama. Hal ini

bermakna kami masih berada dalam proses menyesuaikan diri dengan alam universiti.

Sehubungan dengan itu, projek ini merupakan projek yang besar maka projek ini akan

mengambil masa yang panjang serta memerlukan usaha dan komitmen daripada semua ahli

kumpulan.

Selepas itu,kami menghadapi kesukaran untuk menetapkan masa dan tarikh untuk melakukan

program serta untuk berjumpa dengan pengerusi taman kerana ramai ahli kumpulan yang

mempunyai komitmen dalam hal-hal yang lain seperti program kolej serta tugasan daripada

pensyarah-pensyarah yang lain. Ketua kumpulan kami menyarankan agar perjumpaan

bersama pengerusi diadakan pada 9 November 2014 selepas waktu maghrib. Semua ahli

kumpulan bersetuju dengan cadangan ketua kumpulan memandangkan tidak mempunyai

masa lain yang semua ahli kumpulan dapat berjumpa dengan beliau pada hari tersebut

Page 5: Jurnal refleksi (1)

Seorang daripada ahli kami mempunyai kereta memudahkan transportasi kami ke taman

tersebut. Setelah berjumpa dengan pengerusi taman tersebut, kami telah menetapkan tarikh

untuk melaksanakan program tersebut serta telah merancang untuk mengadakan program

“Mini Family Day Taman Bangi Villa dan Bangi Ria”. Program ini melibatkan dua taman

kerana ia berdekatan dan mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Program ini

dirancang dilaksanakan pada 29 November 2014 bersamaan hari sabtu dari pukul 8.30 pagi

hingga ke 12.30 tengah hari yang merupakan hari hujung minggu dan merupakan hari ahli

kumpulan kami semua boleh hadir bersama.

Semasa Pelaksanaan Program

Kami bertolak ke Taman Bangi Villa pada pukul 7.30 pagi dari kolej masing-masing dan tiba

di sana pada pukul 7.45 pagi. Sampai sahaja di sana, kami terus melakukan persiapan-

persiapan akhir untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Kami menyiapkan dan

menyusun segala perkara yang perlu diuruskan.

Pada jam 8.15 pagi, para penduduk mula tiba dia surau taman dan mula menjamah sedikit

sarapan yang telah disediakan. Tepat jam 8.30 pagi, aktiviti dimulakan bermula dengan

aktiviti mewarna bagi kanak-kanak serta perlawanan bola sepak di antara golongan veteran

taman dengan golongan remaja taman. Kemudiannya, program diteruskan dengan

pertandingan menggali tepung, iaitu satu pertandingan melibatkan kanak-kanak untuk

menggali timbunan tepung menggunakan mulut sahaja untuk mencari seberapa banyak gula

dalam masa 30 saat. Pada masa yang sama juga dilangsungkan dengan pertandingan congkak

berpasangan bagi golongan-golongan ibu. Selepas itu, pertandingan mengisi air dalam botol

yang melibatkan golongan kanak-kanak. Pertandingan terakhir yang diadakan ialah boling

kelapa berkumpulan. Sejurus selepas habisnya semua pertandingan para penduduk diminta

untuk melakukan sedikit gotong-royong membersihkan kawasan taman.

Setelah selesai segala aktiviti, para penduduk semua berkumpul semula di surau taman untuk

majlis penutup dan penyampaian hadiah. Majlis telah ditutup oleh pengerusi taman iaitu

Dato’Ahamad Shabki bin Mahmood. Beliau juga telah menerima sedikit cenderahati daripada

kami atas kerjasama yang telah diberikan oleh beliau kepada kami Selepas itu, sedikit

jamahan tengah hari telah dijamu kepada para penduduk. Kemudian, keluarga demi keluarga

mula beredar sehinggalah tinggal kami dan pembantu surau sahaja yang tinggal di surau

untuk memastikan kawasan tersebut bersih seperti kami tiba pada pagi tersebut. Selepas

menunaikan solat zohor, kami terus beredar pulang ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 6: Jurnal refleksi (1)

Selepas Pelaksanaan Program

Beberapa hari selepas program tersebut telah dilaksanakan, kami telah mula membahagikan

tugas kepada setiap ahli kumpulan untuk menyiapkan laporan dan segala kertas kerja yang

perlu dilakukan. Kami membahagikan kumpulan kami kepada 3 kumpulan kecil yang terdiri

daripada dua org ahli untuk setiap tugasan. Kumpulan pertama, Nurul Amiera binti Norazizan

dan juga Siti Atiqah binti Mokhter, telah ditugaskan dalam menyiapkan laporan . Kumpulan

kedua pula terdiri daripada Yong Yi Ying dan Faqihah binti Abul Khair pula ditugaskan

untuk menyiapkan jurnal refleksi ini. Yang terakhir sekali, kumpulan ketiga, Mohamad

Afiudin b Jalaludin dan Nur Nadhirah Nasuha binti Rozaimi ditugaskan untuk menyediakan

persembahan multimedia untuk dibentangkan kepada En Ahmad Rafizi bin Salleh iaitu

pensyarah bagi kursus Apresiasi Teknologi Maklumat.

Beberapa masalah telah timbul dalam setiap kumpulan dalam melaksanakan tugas masing-

masing. Kumpulan pertama menghadapi masalah dalam memenuhi kehendak laporan yang

perlu disiapkan. Banyak soalan telah diajukan kepada pensyarah untuk mengenal pasti

perkara yang perlu ada dalam laporan tersebut dan rujukan melalui panduan menulis laporan

yang telah disediakan oleh beliau. Kumpulan kedua pula menghadapi masalah kerana tidak

tahu untuk membuat jurnal refleksi ini. Mereka mengambil sumber rujukan daripada internet

untuk menyiapkan jurnal ini. Bagi kumpulan ketiga pula, masalah yang dihadapi ialah

kekangan masa dan kekurangan kebolehan yang diperlukan untuk menggabungkan dan

mencipta video pembentangan ini. Maka, kami telah meminta sedikit bantuan daripada rakan

kenalan kami untuk memberi tunjuk ajar dalam pembikinan video tersebut.

Setelah selesai segala masalah, kami telah membentangkan video kami kepada En Rafizi

pada 15 Disember 2014 pada jam 8.30 pagi di dewan kuliah di fakulti sains social dan

kemanusiaan. Pelbagai perkara perlu dibaiki dan laporan kami masih tidak memenuhi

kehendak dan kami terpaksa membaiki laporan kami. Kami telah mengenal pasti segala

kesalahan yang terdapat dan cuba untuk membaikinya agar ia memenuhi kehendak pensyarah

kami

Page 7: Jurnal refleksi (1)

Pengalaman Yang Diperolehi

Semasa pelaksanaan program ini, pelbagai perkara telah kami pelajari. Antaranya, kami

mempelajari cara menguruskan sesebuah program dengan lebih teratur dan kemas. Perjalanan

sesebuah program haruslah lancar agar masalah-masalah yang tidak diingini dapat dielakkan.

Daripada ini, kami telah mampu untuk memperbaiki diri dengan lebih dalam hal-hal

berkaitan pengurusan program

Selain dari itu, kami juga mempelajari bagaimana untuk bekerjasama dalam sebuah

kumpulan. Dalam kajian ini, kerjasama sangat penting kerana jika terdapat pertelingkahan

sesama ahli kumpulan, perkara ini boleh menyebabkan program ini tidak dapat dijalankan

dengan lancar. Disebabkan wujudnya kerjasama antara  ahli kumpulan, program kami dapat

diselesaikan dengan lancar dan tepat pada waktu yang ditetapkan. Setiap ahli kumpulan

diminta untuk mengumpul tugasan-tugasan yang diberikan kepada ketua kumpulan untuk

tujuan menjadikannya sebagai satu laporan. Pada waktu yang sama, setiap ahli kumpulan

akan bersama untuk mengesan sebarang kesilapan yang ada supaya dapat dibetulkan maka

tiada sebarang kesalahan wujud.

Selain itu, kami juga mempelajari persepsi yang berbeza-beza antara ahli kumpulan. Oleh

sebab terdapatnya pandangan-pandangan dari ahli kumpulan yang berlainan, perbincangan

perlu dilakukan dan persetujuan untuk menggunakan alternatif yang terbaik perlu dikenal

pasti. Kami juga mempelajari sikap bertolak ansur sesama ahli kumpulan dan sanggup

menerima kritikan dari ahli kumpulan sendiri dengan hati yang terbuka untuk sedar akan

kesilapan yang telah dilakukan. Ekoran itu, kami juga berlajar bahawa kritikan amat penting

kepada setiap individu untuk menambah baik diri lagi serta belajra daripada kesalahan-

kesalahan agar tidak mengulanginya lagi. Begitulah antara pengalaman pembelajaran yang

telah kami perolehi sepanjang kami melaksanakan kajian ini.

Page 8: Jurnal refleksi (1)

Kelemahan Semasa Pelaksanaan Program

Sepanjang menjalankan kajian, kami telah mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam

kumpulan kami. Kelemahan-kelemahan yang didapati adalah pada tahap minimum di mana

ianya dapat diterima secara terbuka oleh setiap ahli kumpulan. Kelemahan yang paling utama

adalah kurangnya kesedaran mengenai tanggungjawab masing-masing. Kesedaran yang

kurang mengenai tanggungjawab masing-masing ini kebanyakannya adalah berpunca tentang

kecuaian diri sendiri.

Kecuaian diri sendiri yang dimaksudkan adalah mengenai kegagalan kami untuk

menyesuaikan keadaan diri dengan semester pertama. Walaupun kami sudah belajar lebih

kurang sebulan di Universiti Kebangsaan Malaysia, namun kami tidak berbuat langkah yang

sepatutnya dalam gerak kerja kami. Kami seolah-olah menganggap yang kami mempunyai

banyak masa lagi di mana terdapat 14 minggu dalam satu semester. Kami gagal untuk

membuat kerja-kerja dengan lebih cepat dan efisien. Kebanyakan gerak kerja hanya

dilakukan setelah mendapat desakan daripada ahli kumpulan yang lain ataupun setelah

diingatkan oleh pensyarah semasa dalam kuliah.

Kesemua ahli kumpulan menerima kelemahan ini sebagai sesuatu yang boleh diterima

asalkan kesemua tugasan masing-masing dapat disiapkan dan dikumpul di mana seterusnya ia

dapat dihantar kepada pensyarah sebelum tarikh akhir penerimaan. Kami menggunakan

pengalaman ini sebagai pengajaran agar kami tidak lagi mengulangi kesilapan ini dan

melaksanakan setiap tugasan dengan cepat supaya tidak lagi perlu tergesa-gesa

menyiapkannya.

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, dengan kesemua ahli kumpulan kami mempunyai

sedikit pengalaman dalam melaksanakan sesebuah program, kami kekurangan ilmu

pengetahuan mengenai cara-cara untuk menguruskan program dengan efisien. Kami telah

berkongsi pendapat dan mengambil keputusan untuk meminta pertolongan daripada rakan-

rakan dan penduduk taman yang lebih berpengalaman dalam hal-hal ini . Dengan mempunyai

pertolongan daripada mereka, kami telah mampu mempelajari sedikit demi sedikit cara-cara

untuk melaksanakan sesebuah program

Page 9: Jurnal refleksi (1)

Langkah-Langkah Dan Cadangan Pembaikan

Langkah-langkah dan cadangan penambahbaikan yang telah kami persetujui bersama adalah

melibatkan kerja-kerja refleksi. Seperti yang telah dinyatakan, kami telah mengenal pasti

kelemahan-kelemahan yang terdapat pada setiap ahli kumpulan agar ia dapat dijadikan

pengajaran supaya tidak lagi diulangi pada masa depan.

Kami patut menyediakan kalendar yang membolehkan kami merancang semester kami.

Perkara ini walaupun boleh dianggap sebagai langkah yang digunakan sebagai seorang

pelajar sekolah rendah atau menengah tetapi langkah ini amat efektif dan patut lagi

dipraktikkan di universiti. Sebagai pelajar-pelajar semester pertama tahun pertama,

perancangan masa memang perkara yang berat dan susah pada mulanya. Walaupun kini

sudahpun di peringkat hujung semester kami, perancangan masa masih merupakan sesuatu

masalah kepada kami. Kami patut sedar dari awal beban dan tanggungjawab kami dalam

semester maka perancangan yang diperlukan dapat diambil. Hal ini akan mengelakkan

daripada berlakunya stres kepada seorang pelajar.

Kami juga sedar bahawa masyarakat kini kurang sedar akan kepentingan kerjasama dalam

sesebuah komuniti. Hal ini amat membimbangkan, kerana sifat bekerjasama sangat penting

dalam kehidupan bermasyarakat. Melalui projek kami ini, kami sedar kepentingan perpaduan

dan bagaimana ia dapat mengelakkan perpecah belahan dalam masyarakat. Kami bercadang

agar program-program sebegini yang mampu mengumpulkan masyarakat dalam satu aktiviti

bersama. Kempen-kempen ini tidak perlu berskala besar seperti peringkat negeri ataupun

Negara. Kempen-kempen ini hanya berskala universiti kami juga memadai kerana sekurang-

kurangnya lebih banyak orang sedar akan kepentingan nilai ini.

Dengan mengambil langkah-langkah yang telah dijelaskan di atas, segala masalah dan

kekusutan yang akan timbul pada masa depan semasa membuat kajian akan dapat diatasi.

Selain itu, kerjasama sesama ahli kumpulan adalah kunci segala-galanya. Hal ini penting bagi

memahami setiap ahli kumpulan kami dan saling membantu dalam melaksanakan program

ini.

Page 10: Jurnal refleksi (1)

Penutup

Sebagai kesimpulan bagi jurnal refleksi ini, program yang telah dilaksanakan oleh kami

banyak membantu kami dalam melengkapkan diri sebagai seorang pelajar yang mampu

bekerja dalam satu kumpulan.

Segala usaha kami dalam menyelesaikan tugasan ini mendatangkan hasil apabila ianya telah

lengkap dan siap untuk dihantar. Kejayaan program ini merupakan hasil daripada kerjasama

setiap ahli kumpulan yang tidak berbelah bahagi. Selain itu, pertolongan dan bimbingan

daripada pensyarah juga tidak dapat dilupakan. Segala ilmu yang diajar dalam waktu kuliah

sangat membantu kami dalam menyiapkan kajian ini mengikut kehendak pensyarah.

Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan semasa kami membentang idea kajian

ini juga banyak membantu. Ulasan-ulasan serta kritikan yang diberikan oleh pensyarah dalam

waktu kuliah kami jadikan sebagai garis panduan dalam membuat kajian ini.

Sebagai penutup, sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kesemua pihak

yang membantu kami dalam membuat kajian ini.