jurnal psiko

7
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DALAM TOPIK INTERNET Nurmaizura binti Abdul Wahab Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raa! Malaysia e"mail# lb$$%$&'(uthm)edu)my Abstrak Motivasi ialah *en++erak ke*ada kemahuan dan kein+inan hendak beraya atau*un hendak men,a*ai sesuatu) Motivasi u+a boleh dikatakan seba+ai ran+san+an untuk keayaan seseoran+ atau ran+san+an hendak men+elakkan diri dari*ada ke+a+alan) Motivasi ber*un,a dari dalam atau*un dari luar diri seseoran+) Motivasi yan+ ber*un,a dari dalam diri iaitu yan+ didoron+ oleh -aktor ke*uasan dan in+in tahu disebut .motivasi intrinsik/ manakala motivasi yan+ ber*un,a dari luar iaitu a*abila kita membuat sesuatu ba+i menda*atkan +anaranadalah .motivasi ekstrinsik/) Pen++unaan teori *embelaarn sosial se,ara tidak lan+sun+ menambahkan dan menin+katkan la+i motivasi intrinsik dan ekstrinsik *elaar ketika *roses *en+aaran dan *embelaaran berlan+sun+) Kata kunci: intrinsik, pembelajaran, sosial Abstract Motivation is the drivin+ -or,e to the 0ill and desire to su,,eed or to a,hieve somethin+) Motivation ,an be ,onsidered as a stimulus to one1s su,,ess or stimulus to avoid the -ailure) Motivation stems -rom 0ithin or -rom outside o- the individual) Motivation stems -rom 0ithin ourselves the *leasure"driven and ,urious ,alled 1intrinsi,1 motivation 0hile those o- e2ternal ori+in 0hi,h is 0hen do somethin+ to +et the re0ard is 1e2trinsi, motivation1) Usin+ so,ial learnin+ o- theory indire,tly in,rease and enhan,e student intrinsi, and e2trinsi, motivation durin+ the *ro,ess o- tea,hin+ and learnin+ take *la,e) Keywords : intrinsi,! learnin+! so,ial PENDAHULUAN Teori Pembelajaran Sosial Bandura Teori *embelaaran sosialdi*erkenalkan oleh Albert 3andura! seoran+ ahli *sikolo+i 4anada) 3andura dilahirkan *ada 5 6isember $7&8 di Mondare Alberta! 4anada) 3andura meru*akan anak bon+su dari*ada enam oran+ adik"beradik) 3andura menda*at *endidikan a0al di sebuah sekolah ke,il yan+ mem*unyai hanya dua oran+ +uru) 9etelah menamatkan *elaaran dalam bidan+ *sikolo+i selama ti+a tahun di Universiti3ritish :olumbia! 3andura meneruskan *elaaran ke *erin+kat ;azah 9arana di Universiti <o0a) 3andura men+ikuti*ro+ram yan+ men+kai teori *embelaaran sosial) Pada tahun $78'! beliau telah dianu+erahkan ;azah 6oktor Falsa-ah dalam bidan+ *sikolo+i klinikal) Pada tahun $78'! beliau telah mula berkhidmatseba+ai tena+a *en+aar di Universiti 9tan-ord sehin++a sekaran+)

Upload: nur-rossyy

Post on 01-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PSIKO

TRANSCRIPT

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DALAM TOPIK INTERNET

Nurmaizura binti Abdul WahabFakulti Pendidikan Teknikal dan VokasionalUniversiti Tun Hussein Onn MalaysiaParit Raja, Malaysiae-mail: [email protected]

Abstrak

Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi juga boleh dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang atau rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu disebut motivasi intrinsik manakala motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita membuat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran adalah motivasi ekstrinsik. Penggunaan teori pembelajarn sosial secara tidak langsung menambahkan dan meningkatkan lagi motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Kata kunci: intrinsik, pembelajaran, sosial

Abstract

Motivation is the driving force to the will and desire to succeed or to achieve something. Motivation can be considered as a stimulus to one's success or stimulus to avoid the failure. Motivation stems from within or from outside of the individual. Motivation stems from within ourselves the pleasure-driven and curious called 'intrinsic' motivation while those of external origin which is when we do something to get the reward is 'extrinsic motivation'. Using social learning of theory indirectly increase and enhance student intrinsic and extrinsic motivation during the process of teaching and learning take place.

Keywords : intrinsic, learning, social

PENDAHULUAN

Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Teori pembelajaran sosial diperkenalkan oleh Albert Bandura, seorang ahli psikologi Kanada. Bandura dilahirkan pada 4 Disember 1925 di Mondare Alberta, Kanada. Bandura merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-beradik. Bandura mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah kecil yang mempunyai hanya dua orang guru. Setelah menamatkan pelajaran dalam bidang psikologi selama tiga tahun di Universiti British Columbia, Bandura meneruskan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Lowa. Bandura mengikuti program yang mengkaji teori pembelajaran sosial. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang psikologi klinikal. Pada tahun 1953, beliau telah mula berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti Stanford sehingga sekarang.

Menurut Albert Bandura, manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan dan pemerhatian iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan. Pada awalnya, teori ini dikenali sebagai teori pembelajaran sosial. Teori sosial kemudiannya berkembang sebagai teori kognitif-sosial kerana proses kognitif juga terlibat dalam teori ini. Teori ini menekankan bahawa secara semula jadi manusia belajar melalui proses peniruan. Manusia meniru bukan sahaja tingkah laku yang baik tetapi juga tingkah laku yang tidak diterima masyarakat. Contohnya, kanak-kanak dan remaja pada hari ini memperaga pelbagai fesyen hasil ikutan penyanyi atau pelakon kesukaan mereka tanpa memikirkan pandangan masyarakat terhadap frsyen tersebut. Teori sosial menjelaskan bagaimana proses peniruan ini berlaku.

Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behaviour( Bandura 1986, 1997 )

Teori sosial juga dikenali sebagai teori pembelajaran peniruan dan pembelajaran pemerhatian ataumodeling. Terdapat tiga bentuk peniruan iaitu peniruan secara langsung, peniruan sekatan laluan dan tak sekat laluan serta peniruan elisitasi. Peniruan secara langsung ialah peniruan yang berlaku secara langsung apabila melihat model melakukan sesuatu. Contohnya, guru menunjukkan cara menyepak bola, maka pelajar mengikut langkah menyepak bola tersebut. Manakala peniruan elisitasi pula ialah peniruan yang melibatkan emosi dan keinginan. Contohnya, apabila melihat manusia melakukan perniagaan dan berjaya dalam perniagaan tersebut, maka timbul keinginan individu untuk melibatkan diri dalam perniagaan tersebut. Seterusnnya, peniruan sekatan laluan dan tak sekatan laluan pula ialah peniruan yang melibatkan tindakan yang boleh dillakukan dalam semua situasi dan tindakan yang hanya boleh dilakukan dalam situasi tertentu. Contoh bagi peniruan ini ialah sapaan tidak formal sesuai digunakan dalam situasi tidak formal. Panggilan sapaan ibu, kakak, abang atuk dan ayah pula boleh digunakan mengikut kesesuaian.

Terdapat empat langkah meniru menurut Bandura. pokok bunga langkah demi langkah. Sambil membuat tunjuk cara Langkah pertama ialah tumpuan perhatian. Dalam langkah ini, individu hendaklah memerhatikan perlakuan model. Proses pemerhatian ini boleh berlaku berulang-kali. Pemerhatian juga boleh dilakukan ke atas beberapa tingkah laku. Contohnya, pelajar memerhati tunjuk cara guru menanam anak, guru tersebut memberi penerangan. Langkah kedua ialah penyimpanan dalam ingatan. Semasa memerhati tingkah laku guru, pelajar akan menyimpan dalam ingatan. Hal ini menyebabkan berlakunya proses mental yang melibatkan proses menyimpan dan merekod. Seterusnya, langkah ketiga iaitu pengeluaran. Dalam langkah ini, segala maklumat, tingkah laku atau kemahiran yang disimpan akan dikeluarkan dalam bentuk perlakuan. Contohnya, setelah guru selesai melakukan tunjuk cara, pelajar melakukan aktiviti menanam anak pokok bunga secara berkumpulan. Langkah terakhir ialah motivasi dan pengukuhan. Apabila pelajar berasa seronok, berjaya atau mendapat peneguhan daripada orang lain, maka tingkah laku akan diulang dan diperkukuhkan. Aktiviti menanam anak pokok bunga akan menjadi lebih mudah apabila pelajar mendapat peneguhan daripada guru dan rakan-rakan. Ini seterusnya akan mendorong pelajar untuk sentiasa bersemangat dalam apa jua aktiviti yang dijalankan dalam kelas.Dalam teori sosial, orang yang ditiru tingkah laku dipanggil model dan tekniknya ialahmodeling. Menurut Ormrod (2008), model dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu model sebenar dan model simbolik. Model sebenar juga dikenali sebagai model hidup. Model ini merupakan tingkah laku orang, haiwan atau objek yang ditiru. Contohnya, guru merupakan model sebenar apabila dia menunjuk cara menanam anak pokok kepada pelajar. Model simbolik pula merujuk kepada langkah kerja atau prosedur. Model simbolik boleh dalam bentuk bahasa atau bentuk visual iaitu gambar, carta alir dan gambar rajah. Contohnya, resepi memasak. Model simbolik termasuklah watak dalam cerita, tokoh sejarah serta tingkah laku watak-watak yang ditonton dan didengar melalui media dan televisyen.

Satu kajian yang telah dibuat oleh Albert Bandura iaitu uji kaji anak patung Bobo. Kanak-kanak tadika dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menonton video. Kumpulan 1 menonton video orang dewasa bertindak kasar dengan memukul, mengetuk dan menendang Bobo. Perbuatan itu mendapat peneguhan. Kumpulan 2 pula, menonton video yang sama tetapi tidak mendapat peneguhan. Manakala kanak-kanak kumpulan 3 menonton tindakan orang dewasa yang tidak bertindak ganas. Selepas menonton, kanak-kanak dimasukkan ke dalam bilik permainan yang terdapat patung Bobo. Kanak-kanak kumpulan 1 bertindak ganas seperti yang diperhatikan dalam video. Kanak-kanak kumpulan 2 kurang bertindak ganas tetapi apabila diberi peneguhan kanak-kanak bertindak sebagimana yang diperhatikan. Kanak-kanak kumpulan 3 pula tidak menunjukkan sikap ganas terhadap anak patung Bobo. Kesimpulan bagi kajian ini ialah kanak-kanak meniru tingkah laku yang diperhatikan, terutama tingkah laku yang mendapat peneguhan.

Secara keseluruhannya, unsur utama teori pembelajaran sosial ialah pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model juga boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Dalam teori ini, pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagi model. Ringkasnya, proses pembelajaran sosial meliputi pemerhatian, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan yang positif. Oleh itu, guru perlu memastikan pelajar dapat melihat model dengan jelas dengan menegaskan perlakuan yang hendak ditiru dan diperkukuhkan. Ulang dan tegaskan langkah yang penting serta beritahu sebab dan kewajaran langkah tersebut.

Motivasi EkstrinsikMotivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorongkan pelajar belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan kepada tingkahlaku seseorang pelajar.Di dalam kelas, guru perlu tahu jenis peneguhan yang hendak diberikan dan sekerap mana ia perlu diberikan. Ada peneguhan yang dapat diberikan dengan kerap, contohnya pujian sokongan ataupunpujukan. Menurut Kazdin(1984), peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-baiknya diberikan pujian dan sokongan dengan kerap. Hukuman ataupun deraan adalah suatu bentuk peneguhan negatif dan ia sebaik-baiknya tidak diberikan. Hukuman lazimnya digunakan oleh guru bagi menghapuskan kelakuan pelajar yang tidak baik. Hukuman ini mungkin sebagai kerja tambahan, kelas tahanan, deraan fizikal dan pelbagai jenis hukuman lagi. Guru juga menggunakan sindiran, kemarahan dan kritikan bagi mengawal kelakuan pelajar. Hampir semua jenis hukuman memberikan kesan buruk kepada pelajar. Oleh itu, peneguhan jenis ini lebih baik dielakkan. Hukuman boleh diberikan sekiranya jenis hukuman itu dibenarkan oleh pihak sekolah, Jabatan Pendidikan ataupun Kementerian Pendidikan. Motivasi Intrinsik Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran. Sebagaimana yang sudah dibincangkan, Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah. Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi. Terdapat juga motivasi intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya. Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran. Dimensi-dimensi ini adalah cabaran, insentif bekerja bagi memuaskan minat dan sifat ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas, penilaian yang bebas berkenaan apa yang hendak dilakukan di dalam kelas dan kriteria dalaman untuk kejayaan. Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat gred yang baik. Mereka lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada bergantung pada bantuan ataupun bimbingan guru. Mereka juga menerapkan suatu sistem penguasaan matlamat dan taraf penilaian yang membolehkan mereka membuat penilaian bebas berkenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat maklumat ataupun penilaian. Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Seseorang itu mengalami motivasi intrinsik yang tinggi sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari seperti memandu kereta, melawat tempat-tempat yang disukai, memilih tempat penginapan dan memilih makanan yang diidamkan. Sekiranya dia diberikan hadiah seperti lawatan ke tempat-tempat yang ditentukan oleh badan penganjur, tempat penginapan dan jenis makanan juga ditentukan oleh pihak itu, dia tidak mendapat peluang hendak menentukan segala-galanya sendiri. Oleh itu, motivasi intrinsiknya menjadi terlalu rendah. Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik perlu mewujudkan suasana akademik yang memberi peluang kepada pelajar mengawal. Guru juga perlu menentukan pelajar itu dapat melakukannya dengan cemerlang dalam keadaan itu. Walau bagaimanapun, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar itu mempunyai persepsi yang diri mereka berkebolehan. Sekiranya mereka tidak mempunyai persepsi seperti itu, peluang-peluang yang diberikan bagi mengawal tidak akan digunakan dengan sempurna.

Penggunaan Teori Pembelajaran Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran ICTL Tingkatan 2

Topik Internet telah dipilih untuk menunjukkan penggunaan teori pembelajaran social dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar tingkatan 2 berlangsung. Kelas yang ingin diajar adalah pelajar tingkatan 2 Bestari yang mempunyai pelajar seramai 30 orang. Proses pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung di dalam makmal bagi memudahkan guru membuat amali kepada pelajar dan waktu bagi pengajaran ini adalah pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.20 pagi iaitu selama 80 minit bersamaan 2 waktu persekolahan.

Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan guru memasuki kelas tingkatan 2 Bestari dan pelajar memberi salam hormat kepada guru. Selepas itu, guru meminta pelajar untuk membacakan doa sebelum memulakan pembelajaran pada hari tersebut. Secara tidak langsung mengikut teori pembelajaran, guru telah menunjukkan model yang baik kepada pelajar untuk diperhatikan dan ditiru. Peranan guru sebagai role model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya.

Seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan set induksi sebelum isi kandungan pembelajaran disampaikan kepada pelajar. Fungsi set induksi ini adalah untuk memastikan pelajar mendapat gambaran awal tentang topik yang akan dipelajari iaitu Internet. Guru telah menunjukkan tayangan video tentang cara manusia berkomunikasi pada zaman dahulu dan zaman sekarang. Pada zaman dahulu, manusia menggunakan burung, rebana sebagai alat berkomunikasi tetapi pada zaman sekarang manusia menggunakan telefon, email, chatting dan video. Pendekatan ini telah diapliksaikan dari teori pembelajaran sosial iaitu menggunakan model simbolik. Model simbolik terdiri daripada tayangan set induksi untuk pelajar memerhati dan meniru cara berkomunikasi menggunakan internet pada zaman sekarang.

Selesai set induksi, guru akan menyampaikan isi pengajaran kepada pelajar tentang kelebihan internet, keburukan internet, keperluan untuk mencapai internet dan bentuk-bentuk komunikasi dalam internet. Guru memberi penerangan dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh minat supaya pelajar akan lebih bermotivasi dalam pembelajaran mereka. Ini disebabkan, mengikut teori pembelajaran sosial segala tingkah laku guru akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar baik dari segi pertuturan, ketepatan masa, personaliti dan kosep kendiri. Guru seharusnya mempamerkan perwatakan yang baik serta menunjukkan minatnya dalam mengajar subjek ini.

Sebagai pengukuhan terhadap isi pengajaran yang disampaikan oleh guru, satu aktiviti telah dirancang supaya pelajar dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari pada hari tersebut. Guru meminta semua pelajar untuk mewujudkan satu email dan menghantar email kepada rakan lain yang merupakan salah satu alat berkomunikasi pada hari ni. Sebelum itu, guru dengan sendirinya akan menunjukkan dahulu prosedur-prosedur atau cara-cara untuk mewujudkan email kepada pelajar. Guru menunjukan satu persatu langkah yang diperlukan untuk mewujudkan email. Pelajar memerhati semua tingkah laku guru tersebut. Selepas itu, semua pelajar mencuba sendiri sambil dibimbing oleh guru untuk membuat aktiviti tersebut. Kemudian, guru menunjukkan pula cara untuk membina email dan menghantar email kepada rakan-rakan. Pelajar memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada guru ketika guru membuat amali sambil memberi penerangan. Selepas itu, pelajar akan membina email dan menghantar email secara berkumpulan sambil dibimbing oleh guru. Apabila selesai, guru meminta sekali lagi pelajar membina email dan menghantar email secara individu. Hadiah akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menghantar email dengan lengkap Tindakan dalam proses pengajaran ini terdapat dalam teori pembelajaran social ini di mana terdapat 4 langkah meniru menurut bandura. Pertama ialah tumpuan perhatian. Dalam langkah ini, pelajar hendaklah memerhatikan perlakuan guru. Proses pemerhatian ini boleh berlaku berulang-kali. Pemerhatian juga boleh dilakukan ke atas beberapa tingkah laku. Langkah kedua ialah penyimpanan dalam ingatan. Semasa memerhati tingkah laku guru, pelajar akan menyimpan dalam ingatan. Hal ini menyebabkan berlakunya proses mental yang melibatkan proses menyimpan dan merekod. Seterusnya, langkah ketiga iaitu pengeluaran. Dalam langkah ini, segala maklumat, tingkah laku atau kemahiran yang disimpan akan dikeluarkan dalam bentuk perlakuan di mana pelajar akan membina dan menghantar email sendiri kepada rakan-rakan di kelas.

Langkah terakhir ialah motivasi dan pengukuhan di mana guru memberikan hadiah dan pujian kepada pelajar atau lebih dikenali sebagai motivasi ekstrinsik. Apabila pelajar berasa seronok, berjaya atau mendapat peneguhan daripada orang lain, maka tingkah laku akan diulang dan diperkukuhkan sekaligus menambahkan lagi motivasi intrinsik mereka. Aktiviti membina dan menghantar email akan menjadi lebih mudah apabila pelajar mendapat peneguhan daripada guru dan rakan-rakan. Ini seterusnya akan mendorong pelajar untuk sentiasa bersemangat dalam apa jua aktiviti yang dijalankan dalam kelas.

Akhir sekali guru akan merumuskan semula pengajaran yang dipelajari pada hari tersebut sambil member nasihat supaya tidak menyalahgunakan email yang dibina. Dalam teori pembelajaran, pelajar akan menjadikan guru sebagai role model mereka untuk diikuti. Sehubungan itu guru perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar.

Kesimpulan

Di dalam bilik darjah, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai melalui beberapa cara. Antaranya ialah penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi role model yang gemar dicontohi oleh pelajar, demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan pelajar menirunya dengan mudah dan tepat dan hasilan guru atau contoh-contoh seperti kraf tangan, seni lukis, karangan dan sebagainya yang ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi. Selain itu, guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam kelas atau di luar bilik darjah. Guru juga boleh mengajar nilai murni dan watak-watak bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan dan simulasi.

RUJUKAN

Azizi Bin Yahaya & Nurul Ain Binti Hamsari. Teori-teori Motivasi. UTM

Mohad Anizu Mohd Noor & Siti Salwa Mohamad. Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes. UT

Mok Soon Sang, Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Sulistitiani, Wini. Hubungan Tayangan Televisi dan Reference Group terhadap Aspek Pengetahuan, Peniruan dan Perilaku Pelajar SMU Negeri 1 Sukaresmi, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat. Bogor Agricultural University.

Tulus, Kosmas. Perilaku Modelling Pada Remaja Pecinta Komik Shaman King. E-Journal Psychology.