jurnal prasekolah (zainiah mohamed isa upsi)

25
Pendidikan Kanak-kanak: Pengajaran dan Pembelajaran. FSKPM, UPSI (Bil. 1. 2007.ISBN 978-983-2063-17-9) 2007 z a i n i a h @ f p p m. u p s i. e d u. m y KEPENTINGAN SASTERA DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN KANAK- KANAK PRASEKOLAH Zainiah Mohamed Isa Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. [email protected] A. PENGENALAN Tidak banyak diperkatakan mengenai sastera di dalam pendidikan kanak-kanak,terutamanya di peringkat prasekolah. Namun dapat dilihat bahawa sastera kanak-kanak sememangnya memainkan peranan penting di dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut definisi yang diberikan oleh Clynch-Brown & Tomlinson (1999), sastera kanak-kanak adalah buku berkualiti yang terdapat di pasaran yang ditujukan kepada kanak-kanak daripada usia sejak lahir sehinggalah usia dewasa. Tajuk-tajuk buku tersebut adalah yang berkisar pada dunia kanak-kanak, serta dinukilankan dalam bentuk prosa, puisi, fiksyen dan bukan fiksyen.

Upload: yusyusob

Post on 24-Nov-2015

82 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Pendidikan Kanak-kanak: Pengajaran dan Pembelajaran. FSKPM, UPSI (Bil. 1. 2007.ISBN 978-983-2063-17-9)[email protected] SASTERA DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN KANAK- KANAK PRASEKOLAH

Zainiah Mohamed IsaJabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[email protected]

A. PENGENALAN

Tidak banyak diperkatakan mengenai sastera di dalam pendidikan kanak-kanak,terutamanya di peringkat prasekolah. Namun dapat dilihat bahawa sastera kanak-kanaksememangnya memainkan peranan penting di dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut definisi yang diberikan oleh Clynch-Brown & Tomlinson (1999), sastera kanak-kanak adalah bukuberkualiti yang terdapat di pasaran yang ditujukan kepada kanak-kanak daripada usia sejak lahirsehinggalah usia dewasa. Tajuk-tajuk buku tersebut adalah yang berkisar pada dunia kanak-kanak, serta dinukilankan dalam bentuk prosa, puisi, fiksyen dan bukan fiksyen.

Menurut Glazer (2000), buku kanak-kanak adalah buku-buku yang ditulis bagi tujuanpembacaan kanak-kanak ataupun buku yang menjadi bacaan kanak-kanak, tidak kira apa juabentuk penulisannya samada ianya buku cerita (berbentuk fiksyen) dan bukan fiksyen yang ditulis untuk memberi maklumat, atau pun buku yang menggunakan bahasa berirama sepertilagu, sajak pantun dan lain-lain.

Dapatlah disimpulkan sastera kanak-kanak adalah juga buku kanak-kanak yang menitikberatkan tema, minat kanak-kanak, sifat kanak-kanak, dan keperluan tahap pembacaan kanak-kanak. Ini bertujuan agar bahan bacaan yang dihasilkan bersesuaian dengan kanak-kanak. Oleh itu sastera kanak-kanak sebenarnya sesuai digunakan sebagai jambatan bagi membantuperkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

B. JENIS-JENIS PERKEMBANGAN

1. Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

Perkembangan bahasa dan komunikasi amat penting semasa kanak-kanak masih diperingkat prasekolah. Kurikulum pendidikan awal prasekolah (PKK, 2000) menggariskan prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar,bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari. Sastera kanak-kanak boleh digunakan untuk membantu perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Ini boleh dilakukan melalui bacaan secara kuat kepada kanak-kanakdi bilik darjah. Melalui aktiviti bacaan secara kuat ini kanak-kanak akan berpeluang mendengarsebutan yang betul, menyatakan idea atau pendapat melalui perbincangan, dan menceritakan semula cerita atau menulis, atau melukis cerita yang telah didengar atau yang telah dibaca oleh mereka (Allor & Mc Cathreen, 2003). Dengan mendengarkan pembacaan buku, secara tidak lansung kanak-kanak didedahkan dengan fungsi literasi yang bermakna dan menarik perhatian mereka. Disamping itu jugapembacaan buku akan dapat memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak. Bagi pembacabaru pula, membacakan buku secara kuat ini juga akan memperkenalkan cara menggunakanbuku serta fungsi buku kepada mereka (Allor & Mc Cathreen, 2003).

2.Perkembangan Kognitif

Menurut Kurikulum Pendidikan Awal (KPM, 2000), Komponen Perkembangan kognitifmenjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitifmempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Teori Perkembangan Kognitif Piaget diguna pakai dengan meluas di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Teori beliau juga dikenali sebagai teorikonstruktif kerana kanak-kanak secara terus menerus membina pengetahuan melalui proses membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan yang sedia ada (Wardel,2000). Jika dilihatpada teori Piaget kanak-kanak prasekolah adalah berada di peringkat praoperasi di mana padaperingkat itu berlaku perkembangan drastik dalam penggunaan simbol mental untuk menyatakan objek, orang dan peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak(Anselmo & Franz, 1995). Menurut Lynch- Brown (1999), melalui sastera juga perkembangan kognitif dapat diterapkan kepada kanak-kanak dengan cara memberikan pengetahuan baru dan mempertingkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap pengetahuan yang sedia ada. Buku kanak-kanak membekalkan banyak maklumat yang kanak-kanak tidak boleh dapati daripadapenerokaan dan pemerhatian persekitaran maereka. Melalui buku kanak-kanak boleh mencari nama saintifik sesuatu tumbuhan, maklumat tambahan mengenai apa jua bidang yang mereka sedang kaji, mengetahui maklumat mengenai kanak-kanak yang berada di nagara lain danbermacam-macam pengetahuan. Dengan adanya ensiklopedia kanak-kanak di bilik darjah akan membantu kanak-kanak yang boleh membaca untuk mencari maklumat secara berdikari. Hart-Hewins & Wells (1990), menyatakan bagi peringkat pembaca baru pula buku-buku mengenai sesuatu maklumat seperti bagaimana sesuatu benda dibuat contohnya bagaimana membuat roti, kasut dan sebagainya. Buku-buku sebegini memenuhi sifat semulajadi kanak-kanak yang ingin tahu bagaimana sesuatu terjadi. Dengan membacakan kepada mereka buku-buku sebegini membantu pemikiran kritikal kanak-kanak untuk berkembang. Buku-buku konsep seperti buku yang memperkenalkan abjad, bentuk, warna, binatang, buah-buahan, haiwan dan nombor amat berkesan dalam pendidikan di peringkat awal kanak-kanak ini. Guru boleh menggunakan buku konsep sebagai bahan yang menyokong pengajaran sesuatu tema yang diperkenalkan dalam kurikulum mereka. Namun begitu bentuk persembahan buku konsep perlu dibuat dengan lebih kreatif dan bermakna agar tidak membosankan. Menurut Glazer (2000), kanak-kanak di peringkat prasekolah juga boleh dilatih membuat andaian dengan cara menunjukkan kulit buku dan bertanyakan kepada kanak-kanak tentang gambar di kulit buku tersebut. Minta kanak-kanak membuat penekaan tentang cerita apakah yang bakal mereka dengar berdasarkan gambar di kulit buku tersebut. Setelah selesai membacabuku , minta mereka mengesahkan sama ada tekaan mereka tadi benar atau tidak benar. Semasa membaca buku juga galakkan kanak-kanak membuat penekaan terhadap cerita tersebut mengenai apa yang akan berlaku seterusnya. Cabar pemikiran mereka memikirkan kesudahan-kesudahan yang lain bagi cerita tersebut. Dengan menggunakan buku juga kanak-kanak akan dapat mempertingkatkan cara berfikir mereka serta berupaya melihat sebab musabab secara logik.Mereka juga menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal dan belajar bagaimana hendakmenyelesaikan masalah. Selain daripada itu membacakan banyak buku untuk kanak-kanak akan dapat mengajarkanak-kanak untuk membuat perbandingan. Contohnya, kanak-kanak akan dapat melihat buku tentang kucing yang kita baca hari ini berbeza dengan buku tentang kucing yang telah kita baca sebelumnya. Mungkin watak kanak-kanak yang kita baca kali ini membaca cerita yang berlainan terutama jika cerita itu dari siri yang sama akan mengundang penyataan-penyataan tentang apa yang berbeza daripada kanak-kanak. Begitu juga dengan membaca buku tentang kehidupan kanak-kanak lain yang berada di negara lain menggalakkan kanak-kanak membuat perbandingan tentang cuaca, masa dan cara kehidupan yang berbeza. Guru patut menggunakan peluang inijuga untuk memperkenalkan pakaian, makanan, dan perayaan-perayaan yang berbeza yang terdapat antara pelbagai budaya di negara kita.3 Sastera dan perkembangan personaliti kanak-kanak

Objektif perkembangan sosio emosi Kurikulum Prasekolah adalah untuk kanak-kanakmembina kemahiran emosi untuk memahami diri dan orang lain(KPM, 2000). Adalah diharapkan kanak-kanak akan mengamalkan tingkah laku yang baik dan mempunyai konsep kendiri yang positif serta membina kemahiran sosial dalam kehidupan bermasyarakat. Namunbegitu perkembangan sosio-emosi adalah lebih bersifat kurikulum berbentuk objektif jangkapanjang dan lebih bersifat afektif. .Pada usia prasekolah ini juga merupakan usia terbentuknya tentang kepercayaan tentang sikap kendiri dan juga penilaian kendiri tentang apa yang mereka boleh lakukan. Kanak-kanakyang tahu bahawa individu yang rapat dengannya begitu menghargai dirinya akan mendapat sikap mempercayai diri sendiri (Wardel, 2003). Oleh itu guru dan ibubapa boleh menggunakanbahan-bahan kesusasteraan bagi membentuk sikap kendiri kanak-kanak di usia ini. Ini kerana menurut teori perkembangan emosi kanak-kanak oleh Erickson, kanak-kanakdi peringkat pertamanya adalah diperingkat percaya lawan tidak mempercayai. Sifatmempercayai wujud apabila orang yang rapat dengan kanak-kanak menunjukkan kasih saying mereka kepada kanak-kanak (Tan et al, 2003) yang boleh dilakukan melalui aktiviti membacasecara kuat. Di peringkat seterusnya kanak-kanak mahukan autonomi, mahu membuateksplorasi sendiri dan mahu mengawal yang lawannya ialah rasa ragu-ragu. Peringkat ketigapula kanak-kanak mempunyai perasaan inisiatif lawan rasa bersalah. Buku cerita boleh jugadigunakan sebagai satu sumber bagi memberi panduan kepada kanak-kanak mengenai personalitiyang baik dan sesuai bagi kanak-kanak yang sebaya dengan mereka (Lynch- Brown, 1999).Melalui pembacaan buku kanak-kanak akan membuat pertimbangan samada pelakuan watak didalam buku itu bersesuaian atau tidak dan membuat pemilihan samada untuk dijadikan tauladan atau sempadan . Kanak-kanak juga akan belajar memahami perasaan mereka sendiri,menghargai diri sendiri dan belajar bagaimana untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka secara bersesuaian dan berkesan. Adalah menjadi keperluan bagi kanak-kanak bagi membuat pilihan dan mengambil tindakan sendiri dalam melakukan sesuatu. Begitu juga di peringkat yang keempat iaitu kanak-kanak berada di peringkat industri (menghasilkan sesuatu) lawan rasa rendah diri. Dengan memberi pilihan mengenai buku apa yang kanak-kanak hendak guru bacakan untuk mereka akan menggalakkan kanak-kanak membuat pilihan (Hart-Hewins & Wells, 1990). Bagi memudahkanproses membuat pilihan sediakan dua atau tiga pilihan buku bagi kanak-kanak. Guru harus memastikan beliau bersedia untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan bukuyang dipilih oleh kanak-kanak. Dengan membenarkan kanak-kanak membuat pilihan guru-guru memenuhi keperluan kanak-kanak yang suka kepada autonomi membuat keputusan bagi sesuatuperkara.Melalui pemilihan buku yang dubuat oleh kanak-kanak, guru-guru juga akan mendapat idea daripada buku yang dipilih oleh kanak-kanak mengenai minat kanak-kanak pada ketika itu. Melalui pemilihan tersebut juga guru-guru mengetahui tentang kebolehan kanak-kanak keranabiasanya kanak-kanak menyukai bahan yang boleh dikuasai oleh mereka. Biasanya kanak-kanakakan meminta dibacakan buku yang sama berulang-ulang kali, dan ini memberi peluang kepada mereka bagi membiasakan diri dengan buku tersebut sehingga mereka boleh menghafal cerita tersebut. Daripada penghafalan, kanak-kanak akan mendapat kefahaman tentang struktur ayatdan menghubungkan bunyi huruf dengan perkataan sebelum boleh mendekod teks sepenuhnya.4. Perkembangan Kerohanian dan Moral.

Komponen Kerohanian dan Moral mengandungi Pendidikan Islam untuk murid Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam. Pendidikan Islam memberi fokus kepadapenyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunah. Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan sesaorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral (KPM, 2000).

Piaget dan Kohlberg (Tan et all, 2003) melihat perkembangan moral berlaku peringkat demi peringkat selari dengan perkembangan kognitif. Piaget menerangkan 2 peringkat bagiperkembangan moral, iaitu di peringkat pertama kanak-kanak sukar melihat sesuatu situasi daripada perspektif orang lain dan mengadili sesuatu samada salah atau betul sahaja. Mereka mengadili sesuatu berdasarkan kesan dan bukannya niat sesuatu perbuatan itu dilakukan. Padatahap kedua kanak-kanak telah boleh melihat dari perspektif orang lain. Mereka akan lebih peka dalam pengadilan mereka dan mengadili sesuatu berdasarkan niat dahulu. Perubahan ini berlaku apabila kanak-kanak meningkat usia kepada lapan dan sembilan tahun.

Menurut Tan et all (2003), Kohlberg membahagikan perkembangan moral kepada 6peringkat yang mengfokus kepada keupayaan kanak-kanak mengadili dan bagaimana mereka menyelesaikan dilema yang berkaitan dengan moral. Di peringkat pertama orientasi ke arah hukuman dan ketaatan iaitu mereka mengikuti peraturan kerana takutkan hukuman. Di peringkat kedua pula ialah melakukan sesuatu berdasarkan keinginan dan untuk mendapatkan sesuatubalasan. Apabila mereka telah semakin matang, mereka telah berubah kepada tahap 3 di mana mereka melakukan apa yang sepatutnya baik dilakukan oleh budak baik. Pada tahap ini kanak-kanak telah boleh menerima norma yang telah ditetapkan oleh masyarakat.

Menurut Glazer (2000), melalui cerita kanak-kanak akan mendapat pengajaran mengenai sebab dan akibat sesuatu perlakuan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Kohlberg kanak-kanakpada ketika ini ingin melakukan sesuatu kerana takutkan hukuman dan inginkan balasan yangbaik. Untuk orientasi seperti ini cerita yang menggambarkan perbuatan baik dibalas baik danperbuatan jahat mendapat balasan buruk akan memberi pengajaran kepada kanak-kanak. Olehitu cerita-cerita yang berbentuk tauladan amat sesuai untuk peringkat usia kanak-kanak ketika ini. Melalui cerita juga kanak-kanak akan mendapat contoh-contoh perwatakan kanak-kanakyang dikatakan baik yang menjadi idola yang ingin diikuti oleh mereka sepertimana konsep budak baik. Buku-buku yang banyak menggambarkan perlakuan prososial ini bolehlah dijadikanpanduan oleh kanak-kanak yang sememangnya mencari-cari model yang baik yang boleh ditiruoleh mereka. Melalui pembacaan buku, kanak-kanak memperkukuhkan lagi konsep keadilaniaitu kanak-kanak dapat membuat penilaian mengenai perasaan orang lain. Mereka belajarmemikirkan mengenai orang lain juga dan belajar bertolak ansur dalam kehidupan. Jadi mereka harus tahu bagaimana mengambil giliran, meminta izin, berkongsi sesuatu, mempelawa, danlain-lain yang pada mulanya agak sukar dilakukan bagi usia mereka yang boleh digambarkan melalui perwatakan di dalam buku cerita kanak-kanak.

Dari sudut kerohanian pula sememangnya sastera kanak-kanak sememangnya kayadengan cerita-cerita anbiya dan juga kisah-kisah nabi. Guru boleh menggunakan cerita-cerita inisebagai cara menyemaikan sifat kerohanian kepada kanak-kanak melalui kisah dan tauladan.Guru-guru juga perlu memastikan buku-buku tersebut adalah yang mudah difahami oleh kanak-kanak dan guru boleh memperkenalkan istilah-istilah baru yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam kurikulum kerohanian prasekolah. Bagi amalan-amalan dalam agama Islam seperti ibadah dan sebagainya boleh disampaikan menggunakan buku yang menerangkan perkara inidengan jelas supaya mudah diikuti oleh kanak-kanak yang beragama Islam.

5.Perkembangan Sosial

Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajarmengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupanbermasyarakat (KPM, 2000).

Pada zaman ini kehidupan menjadi bertambah kompleks dan ini mengakibatkan kanak-kanak turut menerima sedikit sebanyak tekanan. Kanak-kanak memerlukan contoh bersosialisasi yang baik, dan mempelajari bagaimana untuk bersosialisasi dengan baik di dalam masyarakat.Dengan menggunakan buku, kanak-kanak akan melihat apa yang dilakukan oleh watak-watak didalam buku bagi menyesuaikan diri di dalam kehidupan harian. Melalui model-model yang baikyang terdapat dalam buku cerita kanak-kanak mempelajari bagaimana hendak menangani isu-isukehidupan.

Menurut Tan et al (2003), secara amnya pembentukan pelakuan berlaku melalui proses mengenal pasti dan peniruan. Menurut Bandura (Tan et al, 2003), kanak-kanak mempelajari sesuatu perlakuan melalui proses pemerhatian dan peniruan. Beliau telah banyak menjalankan kajian mengenai proses pemerhatian dan peniruan di dalam bilik darjah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian beliau menunjukkan kebanyakan pembelajaran manusiaberlaku melalui proses pemerhatian dan peniruan. Menurut Piaget, kanak-kanak berusia dua tahun hingga keenam tahun bersikap egocentrik iaitu terlalu mementingkan dirinya sendiri.Walau bagaimanapun semakin meningkat usia mereka , pemikiran mereka mula berkembang dan mereka telah mula memahami orang lain (Tan et al, 2003).

Glazer (2000) menyatakan peniruan boleh berlaku dengan menggunakan buku. Inikerana melalui buku akan terdapat perlakuan-perlakuan yang prososial seperti bertolak ansur,menunggu giliran, meminta izin, memohon maaf dan sebagainya. Di sini kanak-kanak akan mempelajari dan mencontohi tingkah laku yang betul dan yang boleh diterima oleh masyarakat.Tambahan pula kanak-kanak di usia ini masih baru dalam proses bersosialisasi dan ama tmemerlukan contoh yang perlu diikuti oleh mereka.

Melalui buku cerita juga kanak-kanak mempelajari mengenai perbezaan-perbezaan individu terutamanya dalam konteks masyarakat yang berbilang kaum. Melalui buku kanak-kanak akan mempelajari terdapat persamaan di antara mereka dengan rakan-rakan yangberlainan kaum seperti menyukai makanan atau mainan yang sama dan sebagainya dan terdapatperbezaan dari segi agama, rupa fizikal, budaya dan lain-lain lagi. Melalui cerita-cerita sebegini akan dapat menyatu-padukan masyarakat berbilang-bilang bangsa sejak dari usia muda lagi.

Begitu juga melalui perwatakan di dalam buku kanak-kanak akan mengetahui cara yangbaik bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, kemarahan mereka, kesedihan mereka dankegembiraan mereka melalui cara yang sesuai. Melalui model yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam buku cerita tersebut kanak-kanak secara tidak langsung mempelajari bagaimana menangani masalah emosi mereka dengan cara yang sesuai (Lynch-Brown & Tomlinson,1999).

Ilustrasi juga dapat memainkan peranan dalam perkembangan emosi kanak-kanak kerana ilustrasi di dalam buku berupaya menunjukkan perlakuan perlakuan positif dan negatif sesuatu watak. Ilustrasi yang baik akan menunjukkan emosi watak melalui mimik muka, perlakuan sertapersonaliti watak yang dapat diperhatikan oleh kanak-kanak. Oleh kerana gambar ini tidakbergerak, ianya boleh diamati oleh kanak-kanak dan secara tidak langsung berlakulah peniruan.Oleh itu pelukis ilustrasi haruslah menggunakan peluang ini seluas-luasnya dalam menyampaikan tunjuk ajar yang positif kepada kanak-kanak.

6. Perkembangan kretiviti dan Estetika

Komponen Kreativiti dan Estetika memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran(KPM, 2000). Guru-guru harus membantu kanak-kanak memperkembangkan pontesi kreativiti mereka dengan mengadakan peluang untukmereka mengambil bahagian dalam aktiviti kesenian yang menggunakan daya imaginasinya(Glaser, 2000). Guru yang baik memperkenalkan bentuk kesenian yang baru kepada kanak-kanak serta mengembangkan kemahiran ekspresi mereka secara beransur-ansur agar kanak-kanak dapat mengadaptasi maklumat baru dan menguasai teknik-teknik baru serta menggalakkan kanak-kanak menggunakan segala pontensi diri mereka yang kreatif. Potensi diri yang kreatif adalah cara penyelesaian masalah yang kreatif. Guru boleh menggalakkan dengan mengadakan suasana yang selamat di dalam bilik darjah agar kanak-kanak suka untuk menyuarakan pendapat dan idea mereka. Selalu bertanyakan soalan dan mengadakan aktiviti yang bersifat terbuka supaya kanak-kanak dapat menjawabnya denganpelbagai jawapan dan cara (Wardel, 2000). Kanak-kanak prasekolah memberikan respon kepada pelbagai bentuk seni. Tunjukkan kepada kanak-kanak yang setiap artis mempunyai cara tersendiri untuk melukis ilustrasinya(Glazer, 2000). Ini ditunjukkan melalui lukisan daripada pelbagai artis yang terkenal. Bantu kanak-kanak membuat pemerhatian danb membezakan hasil satu artis dengan artis yang lain.Sebagai lanjutan, libatkan kanak-kanak dalam aktiviti seni yang berkaitan dengan teknik yang digunakan oleh artis di dalam buku cerita. Kanak-kanak pada usia ini juga suka menggunakan sensori di dalam meneroka alamsekitar. Bacakan buku yang mengenai penggunaan deria sensori mereka. Begitu juga kanak-kanak gemar menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka. Menurut Wardel, 2000), gunakan bukuyang mempunyai lirik lagu dan perdengarkan iramanya kepada kanak-kanak atau guru bolehjuga menggunakan CD yang berunsurkan karaoke kepada kanak-kanak. Sambil mendengar lagu atau puisi galakkan juga kanak-kanak membuat pergerakan kreatif. Kanak-kanak pada usia ini juga suka menggunakan daya imaginasi mereka. Rancangpembacaan buku yang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian dan minta pendapat kanak-kanakcara penyelesaian mereka. Dengan melakonkan semula cerita yang telah dibaca juga akan membantu imaginasi kanak-kanak (Wardel, 2000).

C. MENGGABUNGJALINKAN SASTERA DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Adalah menjadi tugas guru untuk menerapkan kesusasteraan ke dalam pengajaran merekabagi memastikan kanak-kanak mendapat faeadah daripadanya. Bagi menggabungjalinkan kesusasteraan dalam pendidikan prasekolah beberapa cara boleh digunakan oleh guru bagi menjayakan tujuan tersebut. Antaranya ialah:

1. Penggunaan Bahan Bacaan Asas

Penggunaan bahan bacaan Asas (basal) telah lama digunakan di United State bagipengajaran sekolah rendah. Menurut Durkin (1987, Tomlinson dan Lynch-Brown) bahan bacaan asas adalah bacaan bersiri yang di peringkatkan daripada yang mudah meningkat kepada aras yang agak sukar peringkat demi peringkat. Bahan asas dalam program ini adalah buku bacaan bagi kanak-kanak, buku panduan guru, panduan penggunaan program secara keseluruhan dan sistem penilaian. Menurut Lapp, Flood dan Farnan 1992, (dalam Tomlinson dan Lynch Brown,1999) kekuatan bagi program yang berasaskan bahan bacaan berperingkat ini ialah ianya membantu guru dalam menyelenggarakan program bacaan secara sistematik. Ia membimbing guru serta membantu guru membuat keputusan mengenai bahan bacaan yang diperlukan oleh kanak-kanak pada peringkat tertentu. Ianya berasaskan teori bawah ke atas di mana pembacaanbermula daripada abjad dan berakhir dengan ayat. Setelah kanak-kanak boleh membaca,pelbagai jenis kesusasteraan akan diperkenalkan seperti sajak, bahasa berirama, cerita dan pelbagai jenis bahan bacaan. Set bacaan asas yang baik akan turut mengambil kira mengenai aspek-aspek kesasteraan disamping mengfokus kepada pengajaran berasaskan kemahiran fonikdan perbendaharaan kata. Sekiranya bahan bacaan asas tersebut tidak menyediakan buku yang berkualiti dari sudut kesasteraan mungkin guru boleh memperkenalkan juga buku- buku lain yangberkualiti daripada aspek kesasteraan untuk digunakan bersama-sama buku bacaan asas tersebut.

2. Menggunakan buku bagi tema tertentu

Bagi memudahkan guru menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan tema pada minggu tersebut, sediakan senarai buku yang akan digunakan bagi tema-tema tertentu sepanjang tahun. Misalnya tema seperti diri saya, keluarga saya, sekolah saya, pekerjaan, perayaan, bungadan sayuran adalah tema-tema yang biasa digunakan di prasekolah-prasekolah. Pamerkan buku-buku yang mempunyai tema-tema ini di rak pameran semasa tema-tema ini berlangsung. Iniakan menggalakkan kanak-kanak mencari maklumat atau membuat eksplorasi dengan lebih meluas lagi mengenai tema yang mereka palajari. Guru boleh membacakan buku dan menunjukkan kepada kanak-kanak bagaimana mencari maklumat menggunakan buku yangberkaitan dengan tema pembelajaran yang sedang dijalankan di bilik darjah.

3. Penyediaan Sudut Literasi

Penyediaan persekitaran yang sesuai bagi pembacaan secara langsung akan menggalakkan pembacaan di kalangan kanak-kanak. Oleh kerana kanak-kanak menyukai warna yang terang, warna-warna sebegini bolehlah digunakan di pusat bacaan agar dapat menarikperhatian kanak-kanak. Tempat yang agak terkepung juga disukai oleh kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka rasa terlindung dari laluan dan kebisingan.

Jadikan sudut bacaan sebagai tempat yang selesa dengan berkarpet serta mempunyaibanyak kusyen untuk kanak-kanak membaca dengan selesa. Sediakan rak pameran untukmempamerkan buku yang dibaca oleh guru pada minggu itu agar mudah dilihat oleh kanak-kanak juga buku yang berkaitan dengan tema mingguan. Rak terbuka pula untuk menyimpanbuku yang menjadi koleksi bilik darjah tersebut. Koleksi buku juga harus mengandungi pelbagaijenis buku bergambar dan buku-buku bacaan mudah. Selain dari itu alat perakam suara, buku interaktif dan juga komputer untuk digunakan oleh kanak-kanak di sudut bacaan. Ini akan meringankan beban guru untuk membacakan buku yang sama berulang-ulang kali kepada kanak-kanak. Ini kerana alat-alat tersebut dapat membantu dengan cara membacakan buku yang telah dibaca secara kuat kepada kanak-kanak pada bila-bila masa yang diperlukan oleh mereka.

Guru juga boleh melibatkan kanak-kanak dalam pengurusan sudut bacaan ini dengan membenarkan mereka membersihkan sudut ini serta menyusun buku dan peralatan secarabergilir-gilir.Ajak mereka menukar hiasan dan beri mereka peluang untuk menyatakan idea mereka terhadap hiasan disudut ini. Benarkan kanak-kanak menggunakan sudut ini secara bebas apabila mereka ada kelapangan seperti jika mereka menyudahi aktiviti pembelajaran lebih awaldari yang sepatutnya, semasa menunggu waktu pembelajaran bermula ataupun semasa menunggu waktu untuk pulang. Jadikan sudut bacaan ini aktif sepanjang masa dengan mengadakan aktiviti-aktiviti membaca yang boleh dijalankan secara bersendirian, bersama guru,bersama rakan dan juga dalam kumpulan yang kecil.

4. Penyediaan Koleksi Buku Kanak-kanak

Sediakan bahan bacaan yang daripada pelbagai jenis di dalam prasekolah anda. Pada mulanya galakkan kanak-kanak membaca daripada jenis yang sama. Apabila mereka telah lancar dan suka membaca mereka akan menyukai meneroka bahan-bahan bacaan daripada jenisyang berlainan. Guru juga boleh memilih buku berdasarkan pengarang atau pelukis yang kanak-kanak gemari ataupun koleksi dari pengarang dan pelukis yang terkenal. Buku yang mempunyai nilai-nilai kesusasteraan yang merujuk kepada gaya bahasa, plot, watak dan juga berasaskan tema-tema tertentu juga boleh dijadikan koleksi.

Guru perlu menyediakan bahan bacaan yang daripada pelbagai jenis di dalam sudut bacaan sebagai koleksi prasekolah. Pada mulanya galakkan kanak-kanak membaca daripada jenis yang sama. Apabila mereka telah lancar dan suka membaca mereka akan menyukai meneroka bahan-bahan bacaan daripada jenis yang berlainan. Guru juga boleh memilih buku berdasarkan pengarang atau pelukis yang kanak-kanak gemari ataupun koleksi dari pengarang dan pelukis yang terkenal. Buku juga boleh dikumpulkan berasaskan tema-tema tertentu.

C . KESIMPULAN

Secara keseluruhanya buku cerita kanak-kanak amat berguna dalam usaha bagi membantu perkembangan kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh. Oleh itu guru seharusnya mengambil peluang ini untuk menerapkan atau menggabungjalinkan bahan-bahan sastera di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Hasilnya akan dapat dilihat dalambentuk pulangan jangka panjang iaitu kanak-kanak tersebut bukan hanya akan mempunyai minat membaca yang mendalam serta mempunyai kemahiran membaca yang tinggi, malah merekajuga akan turut berkembang dari segi kognitif serta membina sahsiah diri yang baik.

D. RUJUKAN

Allor, J. & Mc Cathreen. (2003). "Developing Emergent Literacy Skills Through StorybookReading." Intervention in School and ClinicVol..39 (Issue 2):p72-79

Anselmo, S. F., W. (1995). Early Childhood Development Prenatal Through Age Eight. NewJersey, Merill-Prentice Hall.

Glazer, J.I. (2000), Literature for Young Children. Prentice Hall. USA.

Harun Mat Piah (2000), Kesusasteraan Melayu Tradisional. DBP: KL.

Lynch-Brown & Tomlinson, C.M. (1999), Essentials of Childrens Literature, Allyn & Bacon:London

Hart-Hewins,L & Wells, J. (1990). Real Books for Reading: Lerning to Read with ChildrenLiterature. USA, Pembroke Pub.

Molina, S. N. (1981). Apakah sastera kanak-kanak khasnya buku bergambar. Bengkel BukuBergambar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh & Abdul Ahmad . (1984). Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. DewanBahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Othman, P. (1977). Berbagai aspek buku kanak-kanak berdasarkan buku-buku yang telahditerbitkan. Satu tinjauan ringkas: Tema dan Struktur. Bengkel Penulisan Buku Kanak-kanak, Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum, K. P. M. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Oon Seng, R. D. P., Stephanie Lewis Hinson, Deborah Sardo-Brown (2003). EducationalPsychology: A Practitioner- Researcher Approach .An Asian Edition. Belmont, ThomsonLearning.

Wright, A. (2003) Storytelling with Children. Oxford: UK.

Wardle, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A MultidimentionalApproach to Child-centered Care and Learning. USA, Allyn and Bacon.