akta hasutan & isa

47
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM TAJUK: AKTA HASUTAN 1948 DAN ISA. NAMA PENSYARAH: EN MOHD SAIFULLAH BIN MOHD ZULKIFLI NAMA AHLI KUMPULAN: VASUKI BALASANTHARAN (4141000071) RAJESRI A/P SUBRAHMANIAN (4141004501) SARMILA NAIR A/P MORGAN (4141004491) DHANALAXMY A/P MURUGESU (4141004531) SWEETA A/P SUBRAMANIAN (4143008951) SHUBASHINI A/P SUBRAYAN (4141004742) ERWINA ANAK MASIR (4141000321) JASCIKA JAUNNY (4141003801)

Upload: erwina-masir

Post on 15-Apr-2017

1.051 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

MALAYSIAN LEGAL SYSTEM TAJUK: AKTA HASUTAN 1948 DAN ISA.

MALAYSIAN LEGAL SYSTEMTAJUK: AKTA HASUTAN 1948 DAN ISA.NAMA PENSYARAH: EN MOHD SAIFULLAH BIN MOHD ZULKIFLINAMA AHLI KUMPULAN: VASUKI BALASANTHARAN (4141000071)RAJESRI A/P SUBRAHMANIAN (4141004501)SARMILA NAIR A/P MORGAN (4141004491)DHANALAXMY A/P MURUGESU (4141004531)SWEETA A/P SUBRAMANIAN (4143008951)SHUBASHINI A/P SUBRAYAN (4141004742)ERWINA ANAK MASIR (4141000321)JASCIKA JAUNNY (4141003801)

ASAL AKTA HASUTAN 1948..Asal Akta Hasutan merupakan Enakmen Hasutan 1939 yang digubal oleh penjajah British.Akta ini diperkenalkan untuk menyekat aktiviti daripada golongan kiri dan Parti Komunis Malaya.

Akta Hasutan telah disemak semula dan diwartakan oleh kerajaan pada 1969.Akta ini menjadikan ucapan yang mempunyai kecenderungan menghasut sebagai suatu kesalahan jenayah.

Akta Hasutan di malaysia diwarisi dari inggeris yang risau anak-anak negeri mengunakan apa-apa sahaja cara untuk menghalaunya dari tanah melayu. Sekiranya seorang guru menanamkan semangat kemerdekaan dalam kalangan muridnya, maka guru itu telah melakukan jenayah dan dia boleh dihukum.Antara yang termasuk dalam akta ini ialah mempersoalkan perlembagaan khususnya berkaitan dengan raja-raja melayu,hak orang melayu dan kedudukan bahasa melayu.

DEFINISI HASUTANAKTA HASUTAN 1948 menterjemahkan hasutan sebagai apa-apa perbuatan,ucapan, perkataan, penerbitan, atau apa-apa benda lain yang mempunyai kecederungan menghasut.DEFINISI PENERBITANSemua perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yg boleh dilihat atau yang mengikut rupanya,bentuknya atau apa-apa cara lain yang boleh menggambarkan perkataan atau gagasan.DEFINISI PERKATAANApa-apa ungkapan,ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain sama ada secara lisan atau bertulis.

KESALAHAN DALAM AKTA HASUTANMenyebut apa-apa perkataan menghasut.

Mencetak,menerbitkan,menjual,menawarkan untuk di jual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut.

Mengimport apa-apa penerbitan menghasut.

HUKUMAN

Menurut akta hasutan 1948, antara hukuman yang boleh dikenakan ialah:Kesalahan kali pertama- didenda tidak melebihi rm5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.Kesalahan seterusnya- dipenjara tidak melebihi lima tahunApa-apa penerbitan yang digunakan sebagai keterangan atau bukti hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan.

Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab yang sah dengan apa-apa penerbitan menghasut telah dianggap melakukan kesalahan.Kesalahan pertama- didenda tidak melebihi rm2000 atau dipenjarakan tidak lebih 18bulan atau kedua-duanya.Kesalahan kedua- dipenjarakan tidak melebihi 3tahun dan penerbitan itu hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan dengan apa-apa sahaja cara yang diarahkan mahkamah.

TAKRIFAN KECENDERUNGAN MENGHASUT

Apa itu KECENDERUNGAN MENGHASUT?

Sambungan.

ISU POLITIK AKTA HASUTAN

ISU POLITIK AKTA HASUTANSIAPAKAH Profesor Madya Dr Azmi Sharom ?Beliau merupakan seorang peguam dan pensyarah undang-undang di Universiti Malaya.Beliau sebaris dengan Marina Mahathir, Karim Raslan, Tunku Abidin Muhriz yang menjadi kolumnis kepada akhbar The Star sebagai Melayu yang memperjuangkan liberalisme Barat di Malaysia.Artikel mereka dalam Bahasa Inggeris, bersifat protes, dengan itu kurang mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat Melayu.

Beliau adalah penganalisis isu-isu politik Malaysia terutama tentang ketuanan Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan kebebasan berugama. Beliau menulis beberapa artikel yang tersiar di akhbar The Star, portal berita Malaysian Insider seperti 'Melayu Ke mana?Bagi Azmi, , orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti. Pendapat Azmi Sharom segera disanggah oleh Tun Dr Mahathir ;Kita jangan lupa bahawa bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka tetapi bala tentera Melaka kalah.

KRONOLOGI KES Pada 19 Nov 2010Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung rencana Azmi Sharom dalam The Star bertajuk 'Sore need for plurality in law'.Rencana itu didakwa menghina mahkamah berhubung seorang Hindu memeluk Islam bersama dua anak kecilnya tanpa kebenaran isterinya. Azmi mendakwa Malaysia sebuah negara sekular dan memiliki perlembagaan sekular.

Pada 2 September 2014Azmi Sharom (45 tahun) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur didakwa menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak 2009.Lokasi di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014.

Pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang berikutnya, boleh dipenjara sehingga lima tahun. Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim selaku pegawai pendakwa manakala tertuduh diwakili peguam Gobind Singh Deo. Hakim Zainol Rashid Hussain membenarkan Azmi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Oktober 2014.

Pada hari Rabu, 10 September 2014Hartal mahasiswa dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)sebagai sokongan kepada Prof Madya Dr Azmi Sharom dan menuntut Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.Presiden PMUM , Fahmi Zainol menyatakan perhimpunan dan forum bersama Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) akan diadakan pada hari tersebut.

Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA)

PENGENALANAkta Keselamatan Dalam Negeri 1960, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act .Undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA.

ContinueISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960-an yang mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengekang ancaman komunis pada ketika itu.Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960.

TUJUAN PENGGUBALANMencegahan perbuatan keganasan yang mengancam keselamatan negara dan percubaan menggulingkan secara tidak sah (subversif) sebuah kerajaan yang tertubuh dengan sah di bawah perlembagaan negara(melalui pilihan raya demokrasi)

ContinueMenurut bekas Presiden Majlis Peguam, Haji Sulaiman Abdullah, Majlis Peguam Membantah akta ini kerana berpegang kepada sebab-sebab yang dikemukakan oleh Perdana Menteri kedua (Tun Abdul Razak) ketika beliau membentangkan ISA di Parlimen dahulu atas sebab ancaman subversif dan pengganas komunis.Sepatutnya, bila pergerakan dan ancaman kominis telah tidak wujuk lagi, akta ini dimansuhan terus oleh Parlimen.

Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kemunting, Perak.Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar.Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkanmelawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini

DAKWAAN TERHADAP PENAHANANPenyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA.Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini:Pukulan,Penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka.

Continue Juga ,tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia.Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.

BANTAHAN DALAM NEGERABeberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA.Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal yang telah ditahan di bawah ISA termasuklah:

Karpal SinghAnwar Ibrahim dari PKRLim Guan Eng dari DAP

Bantahan Luar NegaraKerajaan Amerika Syarikat pernah mengkritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W.Bush mengatakan bahawa

Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negera yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.

Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam., dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot USA(USA Patriot Act) selepas itu.

PEMBEBASAN TAHANAN ISAPembebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kali kedua di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Pembebasan terbaru membabitkan 13 individu yang dilihat oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak lagi memberikan ancaman kepada negara. Ia juga menunjukkan sifat prihatin kerajaan terhadap perspektif keperluan dan mengimbanginya dengan kesan penahanan ke atas negara.

TENTANGAN TERHADAP ISAAKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA adalah undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara murahanMereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti pemerintah kerana undang-undang ini mudah untuk membakar emosi rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu.

Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi manusia sejagat dan demokrasi liberal.Penahanan tanpa bicara selama dua tahun.Bagi ahli politik, ISA dilihat sebagai "ancaman" kepada gerakan dan aktiviti berpolitik. Mereka melihat ISA dalam perspektif bahawa kerajaan mampu menyalahgunakan kedudukan atas kuasa eksekutif untuk menahan mereka.

CADANGAN PINDAAN ISAMemandangkan ISA telah digubal semasa mengalami darurat dan ia merupakan warisan penjajah, adalah baik ISA dikaji semula untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.Mewujudkan Suruhanjaya Diraja yang terdiri dari pakar undang-undang dan wakil-wakil tertentu bagi mencari kecacatan ISA.Cadangan mengeluarkan Kertas Puteh ISA untuk dibincangkan di Parlimen dan ia nya lebih berkesan.

Cadangan mengeluarkan Kertas Puteh ISA untuk dibincangkan di Parlimen dan ia nya lebih berkesan.

PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) telah diadakan di sekitar ibu kota pada 1 Ogos 2009. Pihak polis telah menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kira-kira 10,000 penyokong sebuah badan bukan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlibat dalam demontrasi ini dan menjadi punca banyak premis perniagaan ditutup selain kesesakan trafik yang teruk

Bagi mengelak keadaan tidak terkawal, polis bertindak menyuraikan perhimpunan haram itu dengan gas pemedih mata selain pancutan air. Akibatnya, hampir 600 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dalam perhimpunan anjuran Gabungan Memansuhkan ISA (GMI) itu yang didalangi parti pembangkang. Dalam perhimpunan tersebut dapat dilihat melalui laungan yang dibuat ketika demonstrasi di ibu negara berlangsung tidak ada kaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walau bagaimana pun Kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan melalui demonstrasi jalanan kerana ia dilakukan hanya untuk tujuan politik dan kepentingan peribadi.

KESAN DARI PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISAMasyarakat antarabangsa akan menganggap bahawa negara ini berada dalam keadaan kucar kacir. Pelancong luar negara akan membuat keputusan tidak ke negara ini kerana berada dalam keadaan tidak aman. Ini menjejaskan industri pelancongan negara. Para pelabur asing akan mengalihkan pelaburan mereka ke negara yang lebih aman dan mempunyai kestabilan politik. Ini mereka mungkin menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Perkembangan ISA

Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa (ISA) yang telah lama bertapak dalam undang-undang Malaysia, memerlukan kajian semula secara komprehensif supaya sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa.

Dengan itu, detik sambutan Hari Malaysia 2011 yang telah diadakan pada 16 September 2011 melakar sejarah dalam arena politik Malaysia apabila Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Secara tidak langsung akta baru yang bersesuaian dengan era globalisasi dan peredaran semasa akan digubal bagi menggantikan ISA.

Cadangan ini difikirkan relevan dan sekaligus menunjukkan pihak kerajaan telah memikirkan satu mekanisme baru dalam usaha untuk melaksanakan proses transformasi undang-undang yang secara langsung memberi kesan positif terhadap sistem sosial dan hak asasi manusia.

TransformasiSejajar dengan aspirasi murni Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam usaha merealisasikan inisiatif Program Transformasi Politik Negara atau PTP yang telah beliau umumkan selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara empat tahun lalu, pemansuhan ISA disifatkan sebagai salah satu janji politik yang berjaya dilunaskan.

Beliau bersetuju bahawa akta-akta ISA terbabit tidak lagi relevan dengan prinsip demokrasi dan keadilan dalam arus politik masa kini.

Pemansuhan akta itu juga merupakan aspirasi kerajaan ke arah pentadbiran sistem perundangan yang lebih adil dan mendukung prinsip-prinsip sistem demokrasi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, satu perundangan alternatif perlu di gubal supaya dapat menjamin kebebasan bersuara oleh rakyat direalisasikan secara total.

Malaysia sememangnya berpegang teguh kepada prinsip demokrasi yang telah lama menjadi paksi kepada keamanan dan perpaduan negara.

Melalui pindaan, pemansuhan dan penggubalan undang-undang yang sedang dijalankan, kerajaan akan memastikan ruang demokratik yang subur disediakan untuk menyatakan perbezaan pendapat dan idea.Sambungan..

Kesan Positif Pemansuhan ISABerupaya mengurangkan pertelingkahan di antara pelbagai pihak.Mengurangkan konflik undang-undang dan politik.Persengketaan di kalangan aktivis politik, pembangkang dan masyarakat dapat dikurangkan.Mengelakkan peperangan kerana perbezaan pendapat berkenaan ISA.Ancaman demokrasi dapat dielakkan.Memperkukuhkan amalan hak asasi di negara ini.Meluaskan ruang demokrasi kepada rakyat.

SOSMASeperti juga ISA, SOSMA digubal berdasarkan peruntukan 149 Perlembagaan Persekutuan. Tujuan akta terbabit diperkenalkan adalah untuk mengenal pasti serta membanteras aktiviti pengganas, pengintipan dan ancaman terhadap keselamatan negara.

KUASA MUTLAK POLISAkta ini memberi kuasa mutlak kepada polis untuk mengumpul bahan bukti serta memintas atau gangguan maklumat komunikasi tanpa waran mahkamah. Dalam prosedur penahanan, pihak berkuasa diberikan tempoh 28 hari untuk menahan seorang suspek bagi tujuan siasatan. Selepas tempoh itu suspek hendaklah di bawa ke mahkamah di mana suspek boleh didakwa atau dibebaskan.Semua pendakwaan di bawah SOSMA mestilah dibawa ke Mahkamah Tinggi. Justeru, dalam kes ini pihak pendakwa telah meminta mahkamah Majistret Ampang memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.Mereka yang didakwa akan diberikan pengadilan sewajarnya di mahkamah. Malah, individu yang ditahan di bawah SOSMA boleh mencabar penahanan mereka di mahkamah. Tahanan boleh memfailkan writ habeas corpus ke atas sebab dan tujuan penahanan mereka.

AKTA LEBIH ADILJelaslah, bahawa di bawah penguatkuasaan akta baru itu, kuasa untuk membuat semakan kehakiman ke atas sebab penahanan dan perbicaraan mesti dibuat di mahkamah, berbanding ISA yang kuasanya hanya ada pada menteri berkaitan. Malah, SOSMA lebih adil berbanding undang-undang cegah keganasan

Kerajaan tidak menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya. ISA perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar daripada hak asasi Individu. Dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukan untuk memansuhkan terus ISA. Perkara ini perlu diberi fahaman kepada rakyat supaya tidak dikelirukan.

KESIMPULAN

Rujukan Pesuruhanjaya Penyemak Undang-undang, Malaysia Di Bawah Kuasa Akta Penyemakan Undang-undang 1968 Secara Usaha Sama Dengan Malayan Law Journal.(2006). Akta Hasutan 1948. Kuala Lumpur : http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%201/Akta%2015.pdf

Akta keselamatan dalam negeri (isa) dikekalkan demi menjamin kesejahteraan negara: http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fpmr.penerangan.gov.my%2Findex.php%2Fumum%2F4300-akta-keselamatan-dalam-negeri-isa-dikekalkan-demi-menjamin-kesejahteraan-negara.html&h=BAQFglDEo Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, Wilkipedia, KOSMO, HARIAN METRO.