jurnal praktikum week4

2
MINGGU KEEMPAT (4) TARIKH : 18 Februari 2011 HARI : Jumaat 1. Masalah Pada minggu ini, saya mengalami masalah ketidakhadiran murid yang kadangkala sakit dan mempunyai hal yang tertentu disamping ketiadaan murid yang harus menjalani aktiviti terapi yang dijalankan di Hospital Temerloh. Aktiviti terapi yang dijalankan tidak dapat diubah kerana tarikh dan waktu yang telah ditetapkan oleh pihak hospital terlebih dahulu. Terapi yang dijalankan biasanya memakan masa yang agak lama dan menyebabkan murid tidak dapat belajar dikelas pada hari tersebut. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang tidak dapat dijalankan. Justeru menyebabkan saya terpaksa menunda pengajaran dan pembelajaran yang dirancang kepada hari berikutnya. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti terapi merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan yang telah dirancang oleh pihak sekolah bagi setiap murid Pendidikan Khas. Terapi yang dijalankan biasanya di lakukan pada hari Khamis setiap 2minggu sekali. Dan aktiviti ini telah bermula pada awal bulan Februari dimana murid yang terlibat akan dibawa ke Hospital Temerloh bersama guru yang bertugas. Hal ini menyebabkan sekiranya ramai murid yang terlibat dengan aktiviti terapi tersebut, proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang terpaksa ditunda pada hari yang lain.

Upload: nor-maliza-mat-sulong

Post on 30-Jun-2015

814 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal praktikum week4

MINGGU KEEMPAT (4)

TARIKH : 18 Februari 2011

HARI : Jumaat

1. Masalah

Pada minggu ini, saya mengalami masalah ketidakhadiran murid yang kadangkala sakit dan mempunyai hal yang tertentu disamping ketiadaan murid yang harus menjalani aktiviti terapi yang dijalankan di Hospital Temerloh. Aktiviti terapi yang dijalankan tidak dapat diubah kerana tarikh dan waktu yang telah ditetapkan oleh pihak hospital terlebih dahulu. Terapi yang dijalankan biasanya memakan masa yang agak lama dan menyebabkan murid tidak dapat belajar dikelas pada hari tersebut. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang tidak dapat dijalankan. Justeru menyebabkan saya terpaksa menunda pengajaran dan pembelajaran yang dirancang kepada hari berikutnya.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti terapi merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan yang telah dirancang oleh pihak sekolah bagi setiap murid Pendidikan Khas. Terapi yang dijalankan biasanya di lakukan pada hari Khamis setiap 2minggu sekali. Dan aktiviti ini telah bermula pada awal bulan Februari dimana murid yang terlibat akan dibawa ke Hospital Temerloh bersama guru yang bertugas. Hal ini menyebabkan sekiranya ramai murid yang terlibat dengan aktiviti terapi tersebut, proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang terpaksa ditunda pada hari yang lain.

4. Tempoh Masa

Biarpun aktiviti terapi ini dijalankan sekali sahaja dalam sebulan dan murid yang dipilih sahaja akan terlibat, saya akan memastikan sekiranya murid saya tidak terlibat, setiap pengajaran dan pembelajaran yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Page 2: jurnal praktikum week4

5. Penilaian Kejayaan

Biarpun aktiviti terapi ini sedikit sebanyak menggangu P&P yang dirancang, saya tidak akan cepat patah semangat dalam membimbing mereka. Ini kerana aktiviti terapi yang dijalankan sebenarnya membantu perkembangan fizikal dan mental mereka. Saya akan sentiasa berusaha dengan meminta bimbingan, rujukan dan pandangan daripada guru pembimbing, rakan sekerja, supaya saya sentiasa boleh meningkatkan kemahiran saya untuk mendidik.

6. Tindakan Susulan

Saya akan cuba lebih peka dalam sebarang perubahan yang dilaksanakan sama ada dalam proses aktiviti kurikulum mahupun ko-kurikulum untuk menjamin pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.