jurnal praktikum week2

2
8/7/2019 jurnal praktikum week2 http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-praktikum-week2 1/2 MINGGU KEDUA (2) TARIKH : 28 Januari 2011 HARI : Jumaat 1. Masalah Pada minggu ini, saya sedikit sebanyak telah mula menyesuaikan diri untuk mengajar subjek Matematik mengikut tahap murid. Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar telah diadakan. Walaubagaimanapun, ada seorang murid yang kadang-kala tidak mahu memberikan kerjasama yang baik yang akhirnya mempengaruhi murid-murid lain untuk turut sama tidak minat untuk belajar. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran kadang-kala terganggu dan lebih memburukkan keadaan, tumpuan kumpulan lemah turut terjejas. Justeru menyebabkan pengurusan masa saya tidak berjaya diuruskan dengan tepat. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti pengajaran yang kadang-kala didominasi oleh murid yang agak bijak diantara mereka semua menyebabkan emosi pelajar terbabit terganggu. Murid bermasalah merasakan guru lebih memberi perhatian kepada murid yang pandai dan seterusnya murid mula membuat pelbagai ragam untuk tidak memberi tumpuan kepada pengajaran yang dijalankan dan seterusnya bertindak bermain dengan kumpulan lemah dan cuba menghasut murid lain agar memulaukan murid yang pandai. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Bagi memastikan pengajaran yang lebih berkesan, saya perlu memastikan pengurusan masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan agar tidak ada ruang untuk pelajar tersebut membuat pelbagai ragam disamping pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang seimbang dan menarik bagi kedua-dua kumpulan tersebut. Saya tidak boleh membuat pengajaran yang bersifat persaingan antara mereka kerana akan mengubah emosi pelajar yang sederhana dan lemah. Saya perlu bijak memainkan peranan dalam memastikan P&P dapat berjalan dengan lancer. Saya perlu memastikan emosi mereka baik sebelum meneruskan P&P

Upload: nor-maliza-mat-sulong

Post on 08-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal praktikum week2

8/7/2019 jurnal praktikum week2

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-praktikum-week2 1/2

MINGGU KEDUA (2)

TARIKH : 28 Januari 2011

HARI : Jumaat

1. Masalah

Pada minggu ini, saya sedikit sebanyak telah mula menyesuaikan diri untuk

mengajar subjek Matematik mengikut tahap murid. Pelbagai aktiviti yang dijalankan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar telah

diadakan. Walaubagaimanapun, ada seorang murid yang kadang-kala tidak mahu

memberikan kerjasama yang baik yang akhirnya mempengaruhi murid-murid lain untuk

turut sama tidak minat untuk belajar. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan

pembelajaran kadang-kala terganggu dan lebih memburukkan keadaan, tumpuankumpulan lemah turut terjejas. Justeru menyebabkan pengurusan masa saya tidak

berjaya diuruskan dengan tepat.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti pengajaran yang kadang-kala didominasi oleh

murid yang agak bijak diantara mereka semua menyebabkan emosi pelajar terbabit

terganggu. Murid bermasalah merasakan guru lebih memberi perhatian kepada murid

yang pandai dan seterusnya murid mula membuat pelbagai ragam untuk tidak memberitumpuan kepada pengajaran yang dijalankan dan seterusnya bertindak bermain dengan

kumpulan lemah dan cuba menghasut murid lain agar memulaukan murid yang pandai.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki

Bagi memastikan pengajaran yang lebih berkesan, saya perlu memastikan

pengurusan masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan agar tidak ada

ruang untuk pelajar tersebut membuat pelbagai ragam disamping pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran yang seimbang dan menarik bagi kedua-dua kumpulan

tersebut. Saya tidak boleh membuat pengajaran yang bersifat persaingan antara

mereka kerana akan mengubah emosi pelajar yang sederhana dan lemah.

Saya perlu bijak memainkan peranan dalam memastikan P&P dapat berjalan

dengan lancer. Saya perlu memastikan emosi mereka baik sebelum meneruskan P&P

Page 2: jurnal praktikum week2

8/7/2019 jurnal praktikum week2

http://slidepdf.com/reader/full/jurnal-praktikum-week2 2/2

disamping bersikap lebih prihatin dalam menarik minat dan perhatian mereka untuk

belajar dan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam proses pengajaran P&P kelak.

Bagi memastikan perkara tidak berulang, saya perlu bersikap tegas supaya

pelajar tidak melawan dan mendengar arahan.

4. Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan memastikan setiap aktiviti yang

dijalankan dalam P&P perlu tepat dengan waktu yang diperuntukkan agar mudah bagi

saya untuk mengawal keadaan kelas dan tingkah laku mereka semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran.

5. Penilaian Kejayaan

Saya akan sentiasa meminta bimbingan, rujukan dan pandangan daripada guru

pembimbing, rakan sekerja, supaya saya sentiasa boleh memperbaiki kelemahan dari

semasa ke semasa.

6. Tindakan Susulan

Saya akan cuba lebih peka dalam memahami tingkah laku setiap pelajar dan akan cuba

untuk memperbaiki tingkah laku mereka kearah yang lebih baik.