jurnal minggu 1

4
JURNAL MINGGU 1 2015 NAMA : FAZARUL ERNIEZA BINTI CHE WAN UNIT : PISMP PENDIDIKAN KHAS JANUARI 2013 TARIKH : 13 APRIL 2015 - 17 APRIL 2015 KETEGASAN DAPAT MENINGKATKAN DISIPLIN MURID PENDIDIKAN KHAS PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Pantai Kundur merupakan sekolah pertama yang saya jejaki untuk memulaka praktikum saya. Sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah di kawasan perkilangan dan kawasan pantai. Sekolah tersebut juga mepunyai kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan mempnyai murid-murid seramai 12 orang sahaja. Manakala gurunya pula seramai 3 orang sahaja dan 2 orang pembantu murid. Murid-murid hanya dibahagikan kepada dua kelas sahaja iaitu tahun 3 Ehsan dan tahun 2 Ehsan. MASALAH Sepanjang pemerhatian saya pada minggu pertama saya di Sekolah Pantai Kundur, saya dapati bahawa murid-murid pendidikan khas tidak akan menyiapkan tugasan yang guru berikan untuk disiapkan di rumah mereka. Namun bukanlah semua murid hanya terdapat segelintir murid sahaja yang sedemikian. Oleh itu, guru

Upload: fazarul-ernieza

Post on 18-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

JURNAL MINGGU 1

JURNAL MINGGU 12015

NAMA : FAZARUL ERNIEZA BINTI CHE WAN UNIT : PISMP PENDIDIKAN KHAS JANUARI 2013TARIKH: 13 APRIL 2015 - 17 APRIL 2015

KETEGASAN DAPAT MENINGKATKAN DISIPLIN MURID PENDIDIKAN KHAS

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Pantai Kundur merupakan sekolah pertama yang saya jejaki untuk memulaka praktikum saya. Sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah di kawasan perkilangan dan kawasan pantai. Sekolah tersebut juga mepunyai kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan mempnyai murid-murid seramai 12 orang sahaja. Manakala gurunya pula seramai 3 orang sahaja dan 2 orang pembantu murid. Murid-murid hanya dibahagikan kepada dua kelas sahaja iaitu tahun 3 Ehsan dan tahun 2 Ehsan.

MASALAH

Sepanjang pemerhatian saya pada minggu pertama saya di Sekolah Pantai Kundur, saya dapati bahawa murid-murid pendidikan khas tidak akan menyiapkan tugasan yang guru berikan untuk disiapkan di rumah mereka. Namun bukanlah semua murid hanya terdapat segelintir murid sahaja yang sedemikian. Oleh itu, guru terpaksa mengambil tindakan ke atas murid ini dan memberikan hukuman kepadanya. Selain itu, guru dan pembantu murid juga sentiasa bersikap tegas dengan mereka sekiranya melakukan kesalahan. Secara tidak langsung murid-murid akan mengubah sikap mereka. Disiplin merupakan hukuman atau peraturan yang dikenakan kepada pelajar dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman. Dengan ini pelajar akan berhati-hati pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, saya juga dapati bahawa murid-murid tidak memberikan salam sekirnya guru masuk ke kelas mereka. Mereka tidak menghiraukan guru yang berada di dalam kelasnya serta bercakap semasa guru bercakap dihadapan.

CARA MENGATASI

Di dalam bilik darjah guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar dan sebagai pengurusan manakala murid pula perlu mematuhi segalan arahan guru mereka. Oleh yang demikian guru perlu mewujudkan suasana dan keadaan bilik darjah yang membolehkan murid mengikuti pelajaran mereka tanpa gangguan. Justeru itu, semasa masuk ke kelas pada kali ke dua saya telah menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid semasa mengikuti kelas saya. Diantara peraturannya ialah :

Memberikan salam apabila guru masuk ke kelas mereka. Sebelum memulakan kelas murid perlu membaca doa. Mengucapkan ucapan terima kasih apabila habis waktu kelas. Menyiapkan kerja yang dierikan oleh guru dengan baik. Menghantar kerja rumah yang diberikan pada waktu yang ditetapkan oleh guru. Murid perlu senyap apabila menyiapkan latihan yang diberikan. Angkat tangan apabila ingin bertanya dan menjawab soalan. Senyap apabila guru mengajar di hadapan.

Menurut Abdullah Sani Yahya (2006), peraturan bilik darjah dapat membentuk keperibadian murid yang baik serta nilai-nilai murni juga dapat dipupuk dalam diri murid. Disiplin yang dibentuk di dalam bilik darjah dapat membawa kebaikan yang bermakna kepada guru dan murid antaranya ialah :

Pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Aktiviti dapat dijalankan dalam keadaan tenang dan teratur. Murid-murid akan lebih berdidiplin dan proaktif. Tugasan di dalam kelas dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah dirancang.

Kesimpulannya, peraturan sangat penting dijalankan ke atas murid supaya produk yang dilahirkan oleh seorang guru kelak merupakan seorang yang berdisiplin dan proaktif serta dapat melakukan apa-apa perkara atau urusan dengan teratur.

TEMPOH PELAKSANAAN

13 April 2015 hingga 24 April 2015 ( 2 minggu )

KESIMPULAN

Semua sedia maklum bahawa murid-murid pendidikan mempunyai pelbagai ragam dan tingkah laku yang kadang-kadang agak melucukan hati sesiapa sahaja. Murid pendidikan khas juga cepat bosan sekiranya melakukan perkara yang sama setiap hari. Oleh itu, guru dan ibu bapa serta keluarga terdekat perlu memainkan peranan mereka dalam membentuk sikap positif dan semangat yang kuat dalam diri murid untuk belajar. Bukan itu sahaja, guru juga perlu menggunakan strategi dan kaedah yang menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran supaya focus di dalam kelas.