jurnal mggu 5

Upload: nur-raili-akhmal-kiplie

Post on 18-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal 5

TRANSCRIPT

Murid Kurang Memberikan Tindak Balas Semasa Proses Pengajaran dan PembelajaranMuhammad Rozaimie bin ArbaaMasalahSaya mendapati segelintir murid-murid di sekolah tempat saya menjalankan latihan praktikum kurang memberikan tindak balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Walaupun guru telah menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang menarik, namun mereka masih kurang memberikan tindak balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Analisis masalahSetelah membuat pemantauan serta pemerhatian,murid-murid sekolah ini didapati kurang memberikan tindak balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana mereka tidak menguasai asas kepada pembelajaran seperti kemahiran membaca dan menulis. Selain daripada itu, mereka juga takut akan denda atau hukuman-hukuman kecil yang dikenakan oleh guru seandainya memberi jawapan atau pandangan yang salah terhadap apa yang di soal oleh guru. Ketakutan ini telah membataskan interaksi serta maklumbalas mereka bersama guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang ransangan yang dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas akan berlaku, Lee Shok Mee (1993). Menurut Mahmood Nazar Mohamed (1990), peneguhan positif ialah ransangan yang diberi kepada organisma selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang dapat meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang dikehendaki.Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, kurangnya tindak balas murid adalah dipengaruhi oleh kurangnya rangsangan kepada murid. ini adalah antara sebab murid-murid kurang memberikan tindak balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh hal yang demikian, beberapa perkara telah dikenalpasti :

1. Murid kurang aktif semasa berada di dalam kelas2. Murid kurang rangsangan sewaktu dalam kelas3. Murid kurang memberikan tindak balas semasa melakukan aktiviti di dalam kelas4. Murid menjadi pasif apabila guru memberikan soalan5. Murid terlalu takut kepada guru

Cadangan Teori Kecerdasan Pelbagai Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) mengikut Howard Gardner didefinisikan sebagai Anintelligence is the ability to create products that are valued within one or more cultural settings. (Gardner, 1983 ). Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan jenis iaitu Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis. Verbal-Linguistik adalah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalamlisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Logik-Matematik adalah kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks,membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakankomputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. Visual-Ruang pula merupakan kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya.Kecerdasan Kinestetik adalah kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Oleh hal yang demikian, antara langkah-langkah yang telah saya ambil bagi memperbaiki kelemahan murid-muird ini adalah : 1. Mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas2. Memberikan ganjaran dan pujian kepada murid-murid yang dapat memberikan tindak balas yang baik di dalam kelas.3. Mempelbagaikan bahan bantu mengajar serta aktiviti bersama murid-murid di dalam kelas.4. Cuba berinteraksi dan melebihkan perhatian kepada murid yang pasif.

Tempoh 18 Ogos 22 Ogos 2014 ( seminggu )Tindakan susulanWalaupun terdapat sedikit perubahan yang berlaku, namun fenomena ini masih lagi berlanjutan. Oleh hal yang demikian, saya menggunakan pendekatan psikologi untuk memastikan perubahan ini akan berterusan untuk satu tempoh yang lama. William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai sains kehidupan mental. John Watson (1919) pula menyarankan supaya definisi psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku yang berunsur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia. Daripada dua pandangan tersebut, psikologi moden boleh kita definisikan sebagai satu kajian yang saintifik tentang jiwa dan tingkah laku manusia.Menurut kamus dewan, ilmu mengenai jiwa atau mengenai fikiran manusia. Psikologi juga merupakan kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan. Oleh hal yang demikian, antara langkah yang saya terapkan adalah : 1. Berkomunikasi dengan semua orang yang berada dalam kelas.2. Tidak menumpukan perhatian yang lebih kepada sesetengah murid sahaja.3. Sentiasa melakukan aktiviti yang melibatkan semua murid.

KesimpulanKesimpulannya, permasalahan berkaitan kurangnya tindak balas murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran haruslah ditangani dengan segera. Hal ini kerana seandainya guru tidak mengambil peduli akan isu ini, murid-murid akan kurang mendapat input semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah memastikan pergerakan serta rangsangan murid-murid semasa berada di dalam kelas kerana ini akan akan mempengaruhi tahap kefahaman ilmu yang mereka dapati sewaktu di dalam kelas.