jurnal kritiks individual kurikulum

Download Jurnal Kritiks Individual kurikulum

If you can't read please download the document

Upload: victor-tec

Post on 19-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

jurnal kritiks

TRANSCRIPT

Description: C:\Users\X452L\Desktop\upsi.jpg

PROG. EKSEKUTIF SARJANA PENDIDIKAN KOHORT 2 SIBU

REKABENTUK KURIKULUM DANINSTRUKSIONALPPP 6144

TUGASAN INDIVIDU:KRITIKAN JURNAL

Bahagian abstrak

Jurnal yang dipilih bertajuk pengajaran kemahiran berfikir: persepsi dan amalan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara umumnya, fokus kajian ini adalah terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu untuk melihat persepsi dan amalan guru dalam mengamalkan pengajaran kemahiran berfikir. Tajuk yangdipilih menarik keranakemahiran berfikir terutamanya kemahiran berfikir aras tinggi telah diintergrasikan ke dalam peperiksaan dan pentafsiran dalam kurikulum baru-baru ini.Mohd YusofHj.Abdullah (2009) telah menyatatkan pada masa dunia sibuk merancang perubahan demi menangani pelbagai cabaran globalisasi dan teknologi, terdapat sesetengah pihak yang sering mempersoalkan kewibawaan guru masa kini.Oleh itu kajian ini amat releven dengankehendak pendidikan di Malaysia yang inginkan pengintergrasian kemahiran berfikir aras tinggiselaras dengan kehendak global.Pemintaantinggi dalam dunia pekerjaan menekankan kemahiran dan kebolehan untuk meningkatkan kompetensi kendiri merangkumi aspek pemikiran kreatif dan kritis, kemahiran menyelesaikan masalah , kemahiran komunikasi, kemahiran ICT dan juga kolaborasi (Partnership for 21stCentury Skills, 2009). Oleh itu, kemahiran danpengetahuan yang terkini dan fleksibel adalah penting untuk menyediakan pelajar untuk pekerjaan pada masa akan datang tetapi tidak dengan pengajaran tradisional yang berlaku sekarang yang mengabaikan perubahan yang berlaku ( Lainema & Numi, 2006).

Dapatan daripada PISA dan TIMMS baru-baru ini mengejutkan semua pihak di Malaysia kerana keputusan pelajar dalam kedua-dua kajian menunjukkan penurunan yang ketara sehinggakan Malaysia mendapat satu pertiga tanga tercorot daripada negara yang menyertainya.Kajian yang sama telah dilakukan olehNik Hartini (2010)yang mengkaji kesediaan guru dalam perlaksanaan kemahiran berfikir.

Di bahagian abstrak, penulis telah dapat menimbulkan minat pembaca denganmengemukakan secara umum kajian yang telah dilakukan. Daripadafokus kajian, kaedah metologi yang telah digunakan hingga ke hasil dapatan telah dimasukkan dan dikarang dengan ayat yang mudah dan senang difahami oleh pembaca. Artikel iniagaklengkap dan mudah untuk difahami tetapi tidak disertakan dengan sorotan kajian yang lepas. Penulistidak menyertakan rujukan-rujukan yang boleh dirujuk apabila memberikan apa-apa kenyataandi dalam artikel yang ditulis.2. Bahagian PengenalanUntuk bahagian ini, penulis memulakan penulisan mereka dengan menceritakankepentingan kemahiran berfikir demi mengharungi cabaran sekarang. Walaubagaimanpun, penulis hanya menghuraikan maksud kemahiran berfikir tanpa memberikan definisi kemahiran berfikir dalam kajian mereka.Setelah membaca dengansecara keseluruhankajianini,De Bono (1995)memberikan definisi yang sesuai kepada kajian ini.De Bono (1995) menekankan kemahiran berfikir membantu manusia memandang pebagai alternatif apabila hendak menyelesaikan masalah. Proses berfikir menurut beliau lagi terbahagi kepada dua iaitu melibatkan kognitif dan metakognitif. Kemahiran berfikir penting untuk membuat keputusan yang tepat beralaskan alasan dan bukti yang kukuh. Selain itu,Yee, M.H. et al(2013)menyatakankemahiran berfikir ialahsatu proses yang merangkumi pembentukan konsep, analisis, aplikasi, sintaksis dan penilaianmaklumat yang diterima. Selain itu, kemahiran berfikiradalah satu kemahiran yang bukan semula jadi malah boleh dilatih dan digilap melalui satu-satu tempoh, pengalaman danpembelajaran ( Othman & Rahman, 2011).Selain itu, dalam kajian ini, penulis mengkaji 2 jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran befikir aras rendah dan kemahiran berfikir aras tinggi.Kajian penulis terhadap kemahiran berfikir terbahagi kepada dua. Yang pertama adalah persepsi guru terhadap kemahiran berfikir aras rendah dan kemahiran berfikir aras tinggi. Sebenarnya, sejak dahululagi pendidikan di Malaysia didedahkan dengan kemahiran berfikir aras rendah.Walaubagaimanapun, kemahiran berfikir aras rendah ini tidak cukup lagi untuk membawa pendidikannegara ke tahap yang lebih tinggi demi mengharungi cabaran abad ke-21. Kemahiran berfikir aras tinggi diperkenalkan ke dalamsistem pendidikan kebangsaan dengan harapanboleh meningkatkan tahap kualiti yang lebih tinggi dan cemerlang untuk bersaing secara global dan dapat mencapai aspirasi negara.Walaubagaimanapun,kajian olehCoffman (2013)mendapatiterdapat perbezaanguru tidak selesa dalam melakukan pengajaran kemahiranberfikir aras tinggi berbanding guru yang selesa mengajar kemahiran pengajaran aras tinggi . Ini menjelaskan sebelum KBAT hendak diterapkan ke dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar, tenaga pengajarnyaperlu bersedia terlebih dahulu untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran mereka.Perkara ini turut dipersetujui olehkajian yang dibuat oleh Yee, et al. (2010).Yee, et al. (2010) menekankan guru mengunakan kemahiran berfikir aras tinggi Marzano yang mengandungi lima dimensiuntuk menggalakkan pemikiran pelajar ke tahap yang lebih tinggi. Empat dimensi kemahiran berfikir aras tinggi Marzano adalah membanding, mengklasifikasi, induktif dan deduktif.Kajian yang sama turut dijalankan olehGruberman(2005)yang mempunyai empat dapatan utama. Yang pertama program pendidikan guru memainkan peranan utama dalam pembinaan pemahaman kemahiranberfikir aras tinggi. Yang kedua budaya sekolah dan sokongan penting untuk persepsi guru terhadap kemahiran berfikir. Yang ketigaterdapat banyak halangan kepada persepsi guru terhadap kemahiran berfikir dan yang terakhir pemikiran guru yang membawa kepada pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi. Manakala kajianyang dijalankan olehBarnhart & Van Es ( 2014)mendapati guru yang dilatih untuk menganalisa dan bertindakbalas kepada pemikiran pelajar menunjukkan tahap pemerhatianyang lebih tinggi daripada guru yang tidak menjalani sebarang latihan. Kajian menunjukkan guru perlu dilatih dahulu dalam mengenalpasti keperluan pelajaran daripada segi kemahiran berfikirsebelum pengajaran mampu dilaksanakan.3. Bahagian objektifdan persoalan kajianTerdapat lima persoalan kajian yang dikemukan oleh pengkaji. Dengan adanya persoalan kajian, penulis menentukan objektif untuk mencapainya.Yang pertama untuk mengkaji persepsi guru empat aspek dalam pengajaran kemahiran berfikir.Yang kedua mengkaji lima aspek pengajaran kemahiran berfikir oleh guru matematik. Diantaranya adalah kemahiran berfikir aras rendah, kemahiran berfikir aras tinggi, bentuk dan kemahiran berfikir, strategi pengajaran dan sikap guru. Yang ketigapenulis ingin mengenal pasti amalan pengajaran berfikir antara jantina dan pengalaman mengajar. Yang terakhir mengenalpasti hubungan persepsi guru dan amalan pengajaran kemahiran berfikir.Secara keseluruhannya, penulis dapat mencapai empat objektif kajian mereka dengan menggunakan kajian quantitatif yang dibincangkan di bahagian seterusnya.4. Bahagian metodologi kajianDi bahagian ini, penulis hanya menerangkan secara ringkas kaedah kajian yang dijalankan. Untuk pembaca yang tidak mempunyai latar belakangpenyelidikanmungkin tidak faham akan apa yang ingin ditulis oleh penulis. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan menggunakanborang soal selidik untuk mengumpul maklumat. Analisa statistik digunakan untukmemperolehi dapatan bagi penyelidikan kuantitatif.(Zechmeister & Shaugnessy, 1997).Walaubagaimanapun, penulis tidak menerangkan bagaimana mereka mendapatkanborang soal selidik sama ada merekabentuknyasendiri atapun diadaptasikan daripada orang lain.Kajian penulis adalah berbentuk deskriptif kerana ia adalah untuk mengenalpasti dan mencari sesuatu perkara dalam konteks pengkaji mengenai pengajarankemahiran berfikir. Populasi kajian ini ialah sebanyak 235 orang guru matematik yang berada di daerah Muar, Johor. Sampelnya pula adalah seramai 144 orang guru menggunakan kaedah rawak strata. Menurut pengkaji, kaedah ini digunakan untuk memastikan semua sampel mendapat peluang yang sama rata.Namun sedemikian, penulis tidak memperincikan sedikit lagi dalam bahagian metodologinya khususnyapengkaji tiada menyertakan kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan instrument penting keranaia berkaitan sejauh mana satu-satu instrument mengukur apa yang sepatutnya diukur (Creswell, J. W. 2008) manakala kebolehpercayaan adalah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item (Chua, 2013).Selain itu, penulis juga tidak menerangkan jenis ujian statistik yang digunakan untuk mendapat hasil dapatan kajian. Mereka hanya menyatakan perisian SPSS digunakan tetapi tidak ujian yang digunakan. Ini menyukarkan pembaca lainuntuk memahami bagaimana penulis memprolehi hasil dapatan yang akan dibincangkan kemudian.5. Bahagian hasil dapatandan perbincanganUntuk bahagian ini, penulis menerangkan dengan terperincihasildapatan menggunakan statistic dan perbincanan .Penulis menyertakan jadual bagi membantu pembaca memahami hasil dapatan kajian.Perkiraan min digunakan untuk mendapatkan persepsi dan amalan guru matematik dalam melaksanakanpengajaran kemahiran berfikir. Selain itu, untuk mengenalpasti hubungan persepsi dan amalan pengajaran kemahiran berfikir, perkiraan kolerasi telah digunakan. Hasil dapatan penulis mendapati min yang tertinggi untuk persepsi guru terhadap pendekatan pengajaran kemahiran berfikir ialah penerapan separa. Seterusnyauntuk nilai dan kepentinganpengajaran kemahiran berfikir,guru bersetujuakan kepentingan dan nilai pengajaran kemahiran berfikir dengan mintertinggi 3.56.bagi efikasi kendiri pula, guru mempunyai efikasi diri yang tinggi dengan min 3.16. Guru dalam kajian yakin dan percaya dengan kebolehan mereka dalam menerapkan kemahiran berfikirdalam objektif pengajaran. Dapatan ini bertentangan dengan hasil dapatan oleh Coffman (2013). Coffman (2013) pula menyatakan sebaliknya guru berasa tidak selesa dalam mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran mereka. Walaubagaimanapun, hasil kajian Coffman (2013) diperolehi daripada kajian kualitatif yang mempunyai responden yang lebih kecil berbanding kajian ini.Selanjutnya,dapatan bagi persepsi guru terhadap sokongan kurikulum dan sekolah pada tahap sederhana iaitu 2.65. ini menunjukkan gurumempunyai pemahaman yang sederhana bagaimana kurikulum yang sedia ada boleh membantu guru mengajar kemahiran berfikir.Kajianoleh Yang & Wu (2012) mendapati murid yang menjalani pembelajaran yang berbentukpermainan digital lebih faham, berfikir secara kritis dan mempunyai motivasi untuk belajar. Selain itu lagi, pelajarsanggup untuk meneroka dan berkeupayaan untuk berfikir kritis sejajar dengan menyediakan pelajar kearah abad ke-21.Pengkaji telah menggunakan penyelidikan kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan hasil dapatan mereka.Pada bahagian persepsi ini, penulis turut menyertakan kajian yang lain untuk menyokong hasil yang diperolehi.Sementara itu, untuk amalan pengajaran kemahiran berfikir, penulis mendapatiguru mengamalkan KBAR pada min keseluruhan 3.05 dan KBAT pada min seluruhan 2.90. kajian penulis mendapati masih ramai lagi guru yang kurang mengamalkan kemahiran berfikir atas kekangan tersendiri. Penulis turut selitkan hasil kajian penulis lain untukmenguatkan lagi hasil dapatan mereka dan apa yang berbeza daripada dapatan yang lepas. Daripada 6 kriteria strategi pembelajaran, penulis mendapati guru kurang mengamalkan KBAT, pengurusan grafik dan pelbagaikan arahan semasa pengajaran dan pembelajaran.Sementara itu, penulis turut menjawab objektif mereka mengenai amalan berfikir anara jantina dan pengalaman guru mengunakan ujian T. penulis mendapati tiada perbezaan signifikan bagi amalan pengajaran berfikir antara guru lelaki dan perempuan. Penulis juga sertakan kajian lepas sebagai ukuran untuk hasil yang mereka perolehi. Satu perkara yang menarik hasil daripadadapatan penulis mendapati pengalaman guru tidak semestinya boleh mengajar dengan baik. Pernyataan ini turut disokong oleh pengkaji lain yang ada dalam penulisan seperti Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramli Mustapha dan Abdul Razak Habib (2009). Walaubagaimanapun,penulis turut menyertakan kajian yang menunjukkan hasil yang bercanggah dengan hasil dapatan mereka yang menyatakan pengalaman guru menunjukkan amalan yang lebih baik.Bagi hasil perbincangan pengkaji yang terakhir,pengkaji mendapati terdapat hubungan yang kuat persepsi guru dengan pengajaran berfikir dan amalan pengajaran berfikir. Pengkaji turut menyertakan beberapa dapatan kajian yang releven dengan hasil kajian mereka. Pengkaji memberikan rumusan guru perlu percaya akan amalan mereka agar dapat melaksanakan pengajaran berfikir yang berkesan.6. KesimpulanSecara kesimpulannya, pengkaji dapat mencapai objektif kajian dengan analisa yang telah digunakan secara statistik. Penerangan yang teliti di bahagian hasil dapatan dan perbincangan melengkapkan kajian pengkaji. Hasil kajian lepas yang turut disertakan juga adalah terkini seiring dan selari dengan kajian yang dilakukan. Untuk penambahbaikan artikel ini, pengkaji boleh menggunakan penyelidikan kualitatif yang menguatkan lagi hasil dapatan pengkaji.Pengkaji turut boleh memberikan alternatifditerapkan ke dalam kurikulumpada masa akan datangyang boleh mengalakkan kemahiran pemikiran seperti yang telahdilakukan oleh Yang & Wu (2012), Yang & Chang ;Yang (2013) dan Smhmitz , Schuffelen, Kreijns & Specht (2015). Mereka telah menyatakan pengajaran yang berasaskan permainan kolaboratif dan digital mampu meningkatan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Di samping itu, permainan sebegitu mampu meningkatkan minat dan kompetensi pelajar berbanding pengajaran yang bersifat tradisional. Kelemahan pada artikel ini hanyalah pada metodologinya yang ringkas dan tidak dimasukkan dengan lebih terperinci jenis-jenis statistic yang digunakan dan asal olahan borang soal selidik.

BibliografiBarnhart, T., & Es, E. V. (2015). Studying teacher noticing : Examining the relationship among pre-service science teachers ability to attend , analyze and respond to student thinking *.Teaching and Teacher Education.Carolyn Yang, Y. T., & Chang, C. H. (2013). Empowering students through digital game authorship: Enhancing concentration, critical thinking, and academic achievement.Computers and Education,68, 334-344.Coffman, D. M. (2013). Thinking about Thinking : An Exploration of Preservice Teachers Views about Higher Order Thinking Skills.Journal of Educational and Social Research,3(2).Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (3rd Ed.). New Jersey: Pearson Prentice Hall.David, C. L. & Abdul Said Ambotang. (2014). Profesional guru novis dengan pengurusan pengetahuan, kesedian mengajar dan kemahiran berfikir (KBAT) terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah. Dimuat turun pada 23 Mac 2015 darihttp://www.ums.edu.my/fpp/images/download/proseding_skik2014/Caroline__lorena_david.pdf.De Bono, E. (1995).Teach Yourself To Think. London: Penguin Books.Gruberman, R. S. (2005). Teacher conceptualizations of higher-order thinking| A case study.Unpublished doctoral dissertation. Boston College, Chestnut Hill, MA.Heong, Y. M., Jailani, M. Y., Widad, O., Razali, H., & Kiong, T. T. (2010). Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano Dalam Penjanaan Idea.Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA(pp. 1-10).Heong, Y. M., Yunos, J. M., Othman, W., Hassan, R., Kiong, T. T., & Mohamad, M. M. (2012). The Needs Analysis of Learning Higher Order Thinking Skills for Generating Ideas.Procedia - Social and Behavioral Sciences,59, 197-203. Dimuat turun pada 21 Mac 2015 dari http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042812037135.Johari Hassan, A. M. A. (2010).Tahap Penguasaan Kemahiran Pedagogi Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Di Fakulti Pendidikan Utm, Skudai Johor.Lainema, T., & Nurmi, S. (2006). Applying an authentic, dynamic learning environment in real world business. Computers & Education, 47(1), 94e115.Mohd Yusof Hj.Abdullah, Norizan Abdul Razak and Mohd Safar Hasim. (2010). Masyarakat digital di Malaysia:Perkembangan, aplikasi dan isu. Pusat Kajian e-Komuniti, UKM, Penerbit UKM.Nik Hartini Binti Nik Latif (2010). Kesedian guru dalam perlaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik di sekolah rendah : Satu kajian kes.Thesis Sarjana, Universiti Pendidikan Sultan Idris.Othman, F. & Rahman, S. (2011). Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Seacara Kritis dan Kreatif(KBKK) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Pembentangan Seminar Serantau ke 5/2011.Indonsia: Riau.Partnership for 21st Century Skills. (2009). Framework for 21st century learning. Dimuat turun pada 25 Mac 2015 darihttp://www.p21.org/our-work/p21-framework.Schmitz, B., Schuffelen, P., Kreijins, K. & Klemke, R. (2015). Putting yourself in someone elses shoes: The impact of a location-based, collaborative role-playing game on behaviour.Computers & Education,85, 160-169. Elsevier Ltd. dimuat turun pada 23 Mac 2015 darihttp://dx.doi.org/10.1016/j.compedu.2015.02.012.Shaughnessy, John J & Zechmeister, Eugene B., 1944- (1997).Research methods in psychology(4th ed). McGraw-Hill, New York.Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramli Mustapha & Abdul Razak Habib (2009).Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik Bagi Tajuk Pecahan: KajianKes di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) (2009): 131-153.Yang, Y.-T. C., & Wu, W.-C. I. (2012). Digital storytelling for enhancing student academic achievement, critical thinking, and learning motivation: A year-long experimental study.Computers & Education.Yang, Y.-ting C. (2015). Computers & Education Virtual CEOs : A blended approach to digital gaming for enhancing higher order thinking and academic achievement among vocational high school students.Computers & Education.Yee, M.H., Jailani Bin Md Yunos, Razali Bin Hassan, Mimi Mohaffyza Binti Mohamad, Widad Binti Othman & Tee, T.K. (2013).Penilaian Kualiti Manual Pembelajaran Kendiri Pengintegrasian Gaya Pembelajaran KOLB dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi MARZANO.Dimuat turun pada 21 Mac 2015 darihttp://worldconferences.net/proceedings/icssr2013/toc/319%20-%20YEE%20MEI%20-%20PENILAIAN%20KUALITI%20MANUAL%20PEMBELAJARAN%20KENDIRI%20PENGINTEGRASIAN%20GAYA%20PEMBELAJARAN%20KOLB%20DAN%20KEMAHIRAN%20BERFIKIR%20ARAS%20TINGGI%20MARZANO.pdf.