human individual)
TRANSCRIPT
TUGASAN INDIVIDU
CCA 2023
Disediakan oleh:
MOHAMAD ALIFF BIN MOHD YUSOF 129540
DISEDIAKAN UNTUK:
CIK SYARIZAN BINTI DALIB
26 February 2009
1 | P a g e
2 | P a g e
Student’s name
Mohamad Aliff B. Mohd Yusof
Matric no.
s129540
Lecturer’s name Miss Syarizan bt. Dalib
Subtopic Full Mark Mark given
1. Introduction 2
2. Theories/concepts 5
3. Application 7
4. Conclusion 3
5. Reference 3
Total 20 /20
Isi Kandungan
Pengenalan Tajuk……………………………………………………… 3
Penerangan Tajuk……………………………………………………...4-5
Pengenalan Teori……………………………………………………….6-7
Penerangan Teori……………………………………………………….7-8
Contoh Situasi…………………………………………………………..9-13
Kesimpulan……………………………………………………………..14
Rujukan…………………………………………………………………15
3 | P a g e
KOMUNIKASI KEMANUSIAAN
Komunikasi intrapersonal dan interpersonal dalam kumpulan kecil
Mengapa tajuk ini dipilih
Saya memilih tajuk ini kerana perkara ini berlaku dengan kita sedari atau tanpa kita
sedari sama sekali. Perkara ini relevan kerana berlaku komunikasi interpersonal dan
intrapersonal dalam konunikasi kumpulan kecil. Terdapat perbezaan yang besar dalam
komunikasi intrapersonal, interpersonal, dan juga komunikasi kumpulan kecil.Saya akan
huraikan dengan jelas perbazaan antara ketiga-tiga jenis komunikasi ini.
Malah saya akan terangkan bagaimana komunikasi ini akan mempengaruhi antara satu
sama lain.Dan boleh mewujudkan masalah komunikasi. Dalam situasi yang saya cuba ajukan
dalam tugasan ini wujud ketiga-tiga komunikasi yang diutarakan diatas. Saya akan cuba
mengupas tajuk ini dan mengaitkan fungsi ketiga-tiga bentuk komunikasi ini.Dan saya akan
berikan beberapa teori yang berkaitan dengan tajuk ini dan menjelaskan bagaimana teori ini
berfungsi dan kelemahan yang wujud dalam teori ini.
Komunikasi
Mengikut DeVito komunikasi adalah ‘proses seseorang(atau lebih) untuk menghantar dan
menerima mesej, berlaku dalam sesuatu konteks,memberikan kesan dan menghasilkan
maklumbalas’ (DeVito,2003)
4 | P a g e
Komunikasi Kemanusiaan
Komunikasi kemanusiaan adalah ‘proses menghasilkan perkongsian makna melalui interaksi
sosial’ mengikut Shockley-Zalabak, 2002
MODEL KOMUNIKASI KEMANUSIAAN MENGIKUT DEVITO,2003
Komunikasi Intrapersonal
Komunikasi intrapersonal atau komunikasi intraperibadi adalah pengunaan bahasa dan
pemikiran dalaman bagi penyampai atau lebih mudah difahami sebagai komunikasi dengan diri
sendiri. Ia tidak membabitkan komunikasi dengan orang lain. Individu menjadi pengirim dan
penerima sendirinya,menyediakan maklumbalas kepada dirinya dalam proses dalaman yang
berterusan.Diri kita sahaja yang terlibat dalam proses ini.
. Sebagai contoh, kita sedang berkata-kata pada diri kita apabila kita menghadapi
sebarang konflik atau sebagainya. Komunikasi intrapersonal adalah cara anda untuk memproses
maklumat atau informasi dan mempengaruhi diri dan komunikasi dengan orang lain.
5 | P a g e
Contoh komunikasi intrapersonal
Mengelamun atau berkhayal
Berkata-kata dengan nada yang kuat (terhadap dari sendiri),membaca dengan
kuat,mengulang apa yang didengar,apa yang kita fikirkan,meningkatkan daya
penumpuan,dan pengekalan.
Membuat pergerakan tubuh badan semasa memikirkan sesuatu,sebagai contoh,selain
berfikir,badan kita juga mungkin bergerak,mungkin meningkatkan
pemerhatian,membantu dalam penyelesaian masalah,dan membantu ingatan.
Komunikasi Interpersonal
Dikenali juga sebagai ‘dyadic communication’. Komunikasi ini tidak hanya membabitkan
komunikasi antara individu dengan individu lain. Ia juga boleh membabitkan dengan
sekumpulan kecil individu lain. Menurut DeVito komunikasi interpersonal adalah ‘komunikasi
antara dua individu yang melibatkan mesej personal dan intim’ DeVito,2006.
Semuanya ini akan melibatkan kemesraan,kepercayaan,tolong-menolong,berkongsi
keyakinan,serta tindakan secara spontan.Menurut Adler(1999)bahawa komunikasi interpersonal
bolehlah dianggap sebagai satu proses transaksi berterusan dan biasanya melibatkan mereka
yang berada pada satu suasana yang sama pengertian serta boleh boleh mewujudkan hubungan
melalui pertukaran mesej antara mereka.
6 | P a g e
Menurut Beebe dan Redmond(1999),komunikasi interpersonal akan berlaku apabila
seseorang melakukan interaksi secara serentak dengan orang lain dan saling mempengaruhi
dengan tujuan mengawal proses komunikasi tersebut.Sebagai contoh,jika kita mempunyai
seorang kawan yang baru dikenali kita harus berkomunikasi denganya agar kita dapat
mengenalinya dengan lebih mendalam lagi. Hubungan yag baik akan terjalin apabila kita selalu
berinteraksi dan memahami antara satu sama lain.
Terdapat sepuluh teori yang berada di bawah komunikasi Interpersonal,menurut
Griffin(2000)’Interaksi symbol(Symbolic Interactionism),Pengurusan Koordinasi
Makna(Coordinated Management of Meaning),Teori Melampaui Jangkaan(Expectancy
Violations Theory),Teori Pengkaburan Interpersonal(Interpersonal Deception Theory),Kritikan
Konstruktivisme(Constructivism),Teori Penembusan Sosial(Social Penetration Theory),Teori
Pengurangan Ketidakpastian(Uncertainty Reduction Theory),Pandangan Interaksi(Interaction
View),Perhubungan Dialek(Relational Dialecs),dan Teori Keadilan Sosial(Social Judgement
Theory)’.
Komunikasi kumpulan kecil
Komunikasi kumpulan kecil lazimnya mengandungi lebih dari dua orang ahli dan wujud
bersama dalam jangka masa tertentu. Menurut DeVito(1997),’kumpulan merupakan himpunan
individu yang berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama.Kumpulan dibina
atas persetujuan ahli-ahli kumpulan berdasarkan norma-norma tertentu’.
Menurut Barker,Wahles dan Watson(1995), ‘komunikasi kumpulan kecil dapat dibezakan
dengan komnikasi lain dalam tiga perkara, iaitu komunikasi kumpulan terdapat kesan pemerhati
yang dapat mempengaruhi kandungan dan cara mereka berkomunikasi. Kedua,biasanya
7 | P a g e
komunikasi dikalangan ahli akan akan menjadi lebih kompleks dengan pertambahan ahli baru.
Ketiga,akan berlaku pengaruh majoriti dan minoriti dalam kumpulan’. Oleh itu,bilangan
merupakan factor penting dalam proses membuat keputusan.
Kumpulan boleh dibahagikan kepada dua,iaitu formal atau tidak formal.Lazimnya.formal
mempunyai struktur yang jelas,iaitu rangka organisasinya sendiri iaitu Pengurus,Penolong
Pengurus dan seterusnya,mengikut rangka hierarkinya.Selain itu,kumpulan formal juga
mempunyai peraturan tersendiri.Manakala kumpulan tidak formal pula tidak mempunyai
sebarang struktur yang rasmi dan ketua yang dipilih adalah mengikut keadaan dan boleh berubah
bila-bila masa sahaja.
Komunikasi kumpulan kecil ini mempunyai pelbagai kelebihan.Menurut Ezhar
Tamam(1999) terdapat beberapa kelebihan jika bekerja secara berkumpulan berbanding dengan
bekerja secara bersendirian.Antaranya
Dengan berkumpulan kita akan memperoleh banyak maklumat dan pandangan dari ahli
kumpulan.
Konsep berkumpulan juga membolehkan ahli kumpulan berkongsi maklumat serta
bertukar-tukar pendapat sesama mereka.
Kumpulan biasanya mempunyai daya kritis dan kreatif yang jauh lebih baik berbanding
dengan daya pemikiran dan kreativiti seorang diri.Lebih banyak cara atau alternatif boleh
dikenalpasti atau difikirkan apabila dilakukan secara berkumpulan.
Dalam kumpulan juga kita boleh mengunakan pelbagai cara dan kaedah penyelesaian
yang proaktif dan berkesan untuk menyelesaikan masalah yang timbul malah dapat
membuat keputusan dengan lebih kreatif dan inovatif.
8 | P a g e
Proses pembelajaran juga akan menjadi lebih berkesan dan dan bagus sekiranya pelajar
belajar dalam bentuk berkumpulan.Kefahaman lebih mudah untuk didapati, malah daya
ingatan juga akan menjadi bertambah baik melalui cara perbincangan dan menanyakan
soalan jika tidak memahami sesuatu bahagian.
TEORI YANG DIKAITKAN DENGAN TAJUK INI
Teori Penembusan Sosial
Teori ini telah diperkenalkan oleh Irwi Alman dan Dalmas Taylor(1973)menjelaskan
bahawa komunikasi interpersonal adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat antara seseorang.
Teori ini yang juga dikenali sebagai teori kulit bawang mengambarkan diri sebagai kulit bawang.
Mempunyai banyak lapisan dari lapisan luar yang nipis,diikuti dengan lapisan-lapisan lain yang
semakin ke dalam semakin kuat dan padat. Ini juga boleh digambarkan dengan
gambaran,semakin lama kita berkenalan atau melakukan komunikasi interpersonal,maka kita
akan lebih mengenali dan memahami isi hati dengan individu yang terbabit.
Semakin banyak kita berkomunikasi dan semakin banyak yang kita ketahui mengenai
pasangan kita,maka komunikasi akan menjadi lebih peribadi.Ini juga bermaksud,semakin lama
kita mengenali kenalan kita maka semakin mendalam mengenai dirinya yang kita ketahui.
Biasanya perkara luaran lebih mudah untuk diceritakan kepada orang yang baru dikenali,seperti
nama,asal,dan minat mereka. Dan semakin ke dalam tembusan dirinya menjadi semakin
sukar,seperti kulit bawang.Bahagian dalam kulit semakin sukar untuk ditembusi.
Biasanya tembusan berlaku dengan dengan cepat pada peringkat awal perkenalan,namun
akan menjadi semakin lambat setelah sampai ke lapisan yang lebih tengah atau dalam.Sebagai
contoh,masalah peribadinya,kisah hidupnya,atau sikap yang tersembunyi dalam dirinya .Proses
9 | P a g e
yang terakhir mungkin berlaku adalah kebalikan tembusan yang merupakan proses penarikan diri
daripada satu lapisan ke satu lapisan seperti pada peringkat tembusan.
Sebagai contoh,komunikasi interpersonal yang berlaku dalam komunikasi kumpulan
kecil,saya akan cuba gambarkan dengan satu situasi,terdapat satu kumpulan pelajar yang
bekerjasama untuk menyiapkan tugasan yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa
tertentu.Mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain.Di dalam kumpulan tersebut
terdapat seorang lelaki dan empat orang perempuan.Pada permulaanya mereka hanya mengenali
serba sedikit antara satu sama lain. Namun pertemua demi pertemuan membuatkan mereka rapat.
Teori penembusan social menunjukkan kebenaranya pada tahap ini.Ini kerana pada
permulaanya mereka tidak mengenali antara satu sama lain.Namun mereka berubah menjadi
lebih rapat.Komunikasi interpersonal yang berlaku mungkin wujud antara lelaki tersebut yang
mungkin ada menaruh perasaan terhadap salah seorang dari gadis tersebut.Pertemuan demi
pertemuan dan semakin banyak mereka berkomunikasi akan membuatkan hubungan mereka
lebih intim dan mesej yang disampaikan juga boleh menjadi kepada mesej personal.
Ini sama sekali menunjukkan komunikasi kumpulan kecil yang biasanya adalah untuk
mencapai matlamat telah berubah.Ini dapat ditunjukkan apabila komunikasi kumpulan kecil yang
berbentuk formal apabila hendak mencapai sesuatu matlamat boleh berubah kepada hubungan
yang personal dan intim apabila berlaku banyak komunikasi interpersonal antara ahli kumpulan.
Begitu juga dengan komunikasi intrapersonal.Sudah pasti pada permulaan ahli kumpulan
mula berkenalan mereka pasti mempunyai persepsi masing-masing antara satu sama
lain.Keadaan ini berlaku apabila mereka tidak banyak melakukan komunikasi
interpersonal.Mereka hanya boleh mempunyai tanggapan mereka dari pandangan mereka yang
10 | P a g e
pertama terhadap ahli kumpulan yang lain.Berkata-kata dalam diri mengenai rakan menjadi
komunikasi intrapersonal mereka.
Terdapat kelemahan dalam teori ini.Teori ini menerangakan bahawa tembusan lapisan ke
bahagian dalam akan menjadi semakin sukar.Namun,pada pengalaman saya terdapat juga
individu yang bersifat lebih terbuka dan mudah untuk didalami.Ini kerana saya mempunyai
seorang kawan yang saya baru sahaja saya kenal semasa baru sahaja berada di UUM.Dia mudah
untuk menceritakan mengenai kisah hidupnya,pengalaman hidup,malah masalah yang
dihadapinya.
Pada pendapat saya,setiap individu mempunyai cara mereka yang tersendiri apabila mula
untuk mendekati antara satu sama lain.Ada yang bersifat tertutup dan agak perahsia untuk
berkongsi kisah hidup mereka dengan rakan yang baru yang dikenali.Namun terdapat juga
golongan yang mudah untuk dikenali dan bersifat terbuka mengenai kisah hidup mereka.Mungkn
kereka berasa lebih selesa untuk berkongsi masalah mereka dengan orang lain dan dapat
membantu mereka mengurangkan kegusaran perasaan mereka apabila dapat berkongsi masalah
mereka dengan individu lain.
Teori Pengurangan Ketidakpastiaan
Teori ini telah diperkenalkan oleh Charles Berger(1987).Teori ini memperkatakan dengan
memberi fokus terhadap pengunaan komunikasi manusia bagi memperoleh pengetahuan selain
membentuk persefahaman atau persamaan antara satu sama lain apabila saling berkomunikasi.
Lazimnya,semasa kita berkomunikasi dengan seseorang kita berpotensi untuk mengetahui
mengenai dirinya,berasal dari mana,dan pelbagai persoalan lagi yang timbul dalam fikiran kita.
11 | P a g e
Teori ini menyebutkan bahawa jika kita pertama kali bertemu dan berkomunikasi dengan
seseorang.maka kita akan berasa tidak pasti dan kebiasaanya akan berlaku dua jenis
ketidakpastian,iaitu ketidakpastian perlakuan yang boleh diatasi dengan melalui cara-cara
tertentu dan ketidakpastian kognitif yang boleh diatasi denganmencari maklumat yang kita
mahukan.Teori ini juga mempunyai aksiom atau pernyataan yang diterima benar,tanpa perlu
melalui proses ujian.
Terdapat tujuh aksiom yang telah diperkenalkan oleh Berger(1987),
I. Apabila tahap komunikasi verbal antara seseorang yang baru sahaja berkenalan
meningkat,maka tahap ketidakpastian akan berkurangan.
II. Apabila tahap komunikasi bukan verbal meningkat,maka tahap ketidakpastian
berkurangan.Kekurangan ketidakpastian menyebabkan bertambahnya komunikasi
bukan verbal.
III. Apabila tahap ketidakpastian tinggi,perlakuan mencari maklumat akan meningkat.Dan
begitu juga sebaliknya,
IV. Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi dalam sesuatu hubungan,boleh menyebabkan
kemesraan berkurangan.
V. Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi,akan menghasilkan kadar timbal balik yang
tinggi,begitu juga sebaliknya.
VI. Apabila berlaku,persamaan antara individu,ia akan mengurangkan
ketidakpastian.Sekiranya berlaku ketidaksamaan,ia akan meningkatkan ketidakpastian.
VII. Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi akan menyebabkan kita kurang
meminati,manakala kurangnya ketidakpastian akan menyebabkan kita lebih
menyukainya.
12 | P a g e
Namun begitu teori ini terdapat juga kelemahanyaa apabila digunakan dalam komunikasi
interpersonal kumpulan kecil.Dalam teori ini Charles Berger(1987) menyatakan ‘komunikasi
antara sesama manusia untuk mewujudkan persamaan dan persefahaman’. Namun dalam
keadaan tertentu teori ini tidak relevan.Ini kerana hubungan intim yang amat rapat boleh
menyebabkan ketidak sefahaman timbul dalam komuniksai kumpulan kecil.Ini kerana dalam
komunikasi kumpulan kecil,menurut DeVito(1997) ‘kumpulan merupakan himpunan individu
yang berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama’. Namun boleh berlaku
pertembungan antara komunikasi interpersonal dan komunikasi kumpulan kecil.
Sebagai contoh situasi bagi memudahkan pernyataan saya adalah, andaikan terdapat satu
kumpulan pekerja yang bekerjasama untuk menyelesaikan satu tugasan dalam satu tempoh masa
yang telah ditetapkan. Terdapat dua orang perempuan dan dua orang lelaki di dalam kumpulan
tersebut. Kita andaikan watak wanita bernama Hasnah dan Jamilah,manakala watak lelaki pula
adalah Haziq dan Hairul.Mungkin pada permulaan mereka bertemu mereka kurang
berkomunikasi dan tidak mengetahui mengenai latar belakang diri masing-masing.
Namun atas sebab tugasan,mereka sering bertemu.Berlaku banyak proses komunikasi pada
tahap ini.Pada permulaanya komunikasi yang berlaku mungkin berbentuk formal dan lebih
banyak berkisar tentang tugasan sahaja. Namun keadaan itu boleh berubah,apabila semakin
kerap mereka bertemu komunikasi yang berlaku juga akan berubah dan lebih tertumpu kepada
komunikasi Interpersonal dan menjadikan hubungan antara mereka lebih intim.Pada tahap ini
mungkin mereka masih boleh menjalankan tugas yang mereka perlu selesaikan.
13 | P a g e
Konflik akan mula berlaku jika terdapat antara anggota kumpulan lebih mengutamakan
komunikasi Interpersonal atau hubungan intim berbanding tugasan yang perlu diselesaikan.
Untuk lebih mudah difahami, kita andaikan hubungan interpersonal antara Hasnah dan Haziq
menjadi semakin intim.Mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Pada permulaan perkenalan
mereka berkomunikasi untuk mengurangkan ketidakpastian antara mereka.Dan apabila tahap
ketidakpastian antara mereka kurang,lebih mudah untuk mereka untuk menjadi lebih intim.
Masalah akan mula timbul apabila hubungan yang terlalu intim akan menyebabkan mereka
lalai untuk menjalankan tugas yang perlu mereka selesaikan.Ini kerana komunikasi yang akan
berlaku antara mereka berdua sudah semestinya akan lebih berkisar kepada mesej personal
berbanding formal.Jika keadaan ini berterusan semestinya akan menimbulkan perasaan kurang
senang pada Jamilah dan juga Hairul.Konflik antara interpersonal dan kumpulan kecil akan
timbul pada tahap ini.
Dalam teori pengurangan ketidakpastian,Charles Berger menyatakan pada aksiom ke-
7‘Apabila tahap ketidakpastian tinggi akan menyebabkan kita kurang meminati seseorang
itu,manakala kurangnya tahap ketidakpastian itu akan menyebabkan kita lebih
menyukainya’.Namun pernyataa ini sama sekali bercanggah dengan keadaan diatas.Kita boleh
lihat bagaimana Jamilah dan Hairul berasa kurang senang atau tidak menyukai Hasnah dan
Haziq walaupun mereka sering berkomunikasi interpersonal antara sesama mereka.Sudah
semestinya tahap ketidakpastian antara mereka kurang.Namun masih wujud perasaan kurang
senang dalam kumpulan tersebut.
Dan keadaan ini akan menjadi semakin sukar jika Jamilah dan Hairul tidak menerangkan
mengenai perkara ini kepada Hasnah dan Haziq.Mereka hanya berdiam diri atau hanya
14 | P a g e
berkomunikasi dalam diri mereka sahaja. Selain itu terdapat juga kelemahan lain dalam teori ini.
Dalam aksiom yang ke-3 Charles Berger menyatakan ‘Apabila tahap ketidakpastian
tinggi,perlakuan pencarian maklumat akan meningkat.Manakala jika tahap ketidakpastian
rendah,pencarian maklumat akan berkurangan’.Bagaimana jika individu yang terlibat tidak
berminat untuk mengambil tahu mengenai maklumat yang tidak pasti itu?
Setiap manusia berbeza antara satu sama lain.Setiap mereka mempunyai ragam yang
tersendiri.Kita ambil dari situasi diatas sebagai contoh,kita andaikan keintiman antara Hasnah
dan Haziq sudah disedari oleh Jamilah dan Hairul.Namun mereka mengambil tindakan untuk
mendiamkan diri.Keadaan ini jelas menunjukkan yang mereka tidak berminat untuk mengambil
tahu mengenai sebarang hubungan intim antara Hasnah dan Haziq.Jelas menunjukkan terdapat
kelemahan dalam teori yang telah diperkenalkan oleh Charles Berger ini.
15 | P a g e
Rumusan
Kesimpulanya,komunikasi ini adalah satu bidang yang tidak lagi mempunyai sebarang
teori yang dapat menyokong kukuh terhadap setiap senario komunikasi yang berlaku di seluruh
alam ini.Ini kerana komunikasi adalah satu proses yang melibatkan setiap perkara yang untuk
setiap individu yang berada diatas muka bumi ini.Komunikasi sentiasa berubah-ubah. Pelbagai
situasi yang timbul dan menimbulkan pelbagai konflik antara setiap disiplin yang wujud dalam
proses komunikasi ini.
Selain itu,bentuk komunikasi boleh berubah mengikut keadaan dan situasi yang berlaku
semasa proses komunikasi berlaku. Sebagai contoh,komunikasi berbentuk formal dan
berprotokol boleh berubah menjadi tidak formal mengikut situasi.Secara mudahnya,komunikasi
sukar untuk dikawal.Pelbagai aspek lain yang boleh mempengaruhi proses komunikasi dalam
sesuatu situasi.
16 | P a g e
BIBLIOGRAPHY
Philip H. Siegel,James W. Smith,Joseph B. Mosca,Mentoring Relationship and Interpersonal Relationship,Leadership and Organization Journal,2001,22/3,114-125
Gerrard Macintosh,Customer Orientation and Relationship Quality,Journal of Service Marketing,2007,21/3,150-159
Philip Salem,The Seven Comunications Reasons Organizations Do Not Change,Corporate Communications:An International Journal,2008,13/33,333-348
Stewart L. Tubbs,Sylvia Moss,Human Communication Principle and Contexts,McGraw Hill,2008
Donnelon,Anne.Team Talk:The Power Of Language in Team Dynamics,Cambridge:Harvard Business Review(1996).
Arygle,Michael,and M.Henderson.The Anatomy of a Relationship.London:Heinemann, 1985.
Berko,R.M.,A.D. Wolvin,and D.R. Wolvin,Communicating:A Social and Career Focus,8th ed(Boston:Houghton Mifflin,2001).
17 | P a g e