jurnal 6

2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH JURNAL Bilangan Jurnal : Ke- 6 Minggu Praktikum : 6 Tarikh Peristiwa / Kejadian : 9.3.2015 HINGGA 13.3.2015 Tajuk Jurnal : Masalah kebersihan murid 1. Masalah /Peristiwa: Sepanjang 6 minggu saya menjalani praktikum, saya berdepan dengan masalah penampilan dan kebersihan diri murid-murid. Murid-murid tidak menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian,dan diri sendiri. Saya dapati, murid-murid tidak mengambil berat dan memandang serius tentang kebersihan dan kekemasan diri. Murid-murid tidak memasukkan baju ke dalam seluar supaya nampak lebih kemas. Selain itu, murid-murid akan bermain dalam berpakaian sekolah sehingga baju mereka kotor dan berbau. Kebanyakan murid-murid datang pada waktu pagi dengan berpakaian bersih dan kemas, akan tetapi, mereka akan mula berkeadaan kotor dan berbau setelah bermain-main terutama selepas waktu rehat.Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid-murid sekolah. Seharusnya, murid-murid menjaga penampilan diri dari segi kekemasan dan kebersihan diri. Sebagai seorang guru, perkara ini membimbangkan kerana ianya melibatkan keselesaan murid pada waktu P&P. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapa berjalan dengan baik dan lancar sekiranya murid-murid berkeadaan bersih dan kemas. 2.Analisis Dalam sesuatu kehidupan manusia, kebersihan diri merupakan salah satu unsur yang penting.Menjaga kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni. Kebersihan menggambarkan perwatakan dan keperibadian seseorang individu di mata masyarakat. Kebersihan perlu diambil berat dandiamalkan sejak masih kecil lagi. Murid-murid sepatutnya menjadikan penampilan yang kemas dan menjaga kebersihan sebagai satu budaya hidup seharian terutama ketika berada di sekolah. Ini kerana, sekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Sekiranya suasana dan diri tidak bersih dan kemas akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu seterusnya mengganggu

Upload: kaisin-toh

Post on 07-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOHJURNALBilangan Jurnal: Ke- 6Minggu Praktikum: 6Tarikh Peristiwa / Kejadian: 9.3.2015 HINGGA 13.3.2015Tajuk Jurnal: Masalah kebersihan murid

1. Masalah /Peristiwa:Sepanjang 6 minggu saya menjalani praktikum, saya berdepan dengan masalah penampilan dan kebersihan diri murid-murid. Murid-murid tidak menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian,dan diri sendiri. Saya dapati, murid-murid tidak mengambil berat dan memandang serius tentang kebersihan dan kekemasan diri. Murid-murid tidak memasukkan baju ke dalam seluar supaya nampak lebih kemas. Selain itu, murid-murid akan bermain dalam berpakaian sekolah sehingga baju mereka kotor dan berbau. Kebanyakan murid-murid datang pada waktu pagi dengan berpakaian bersih dan kemas, akan tetapi, mereka akan mula berkeadaan kotor dan berbau setelah bermain-main terutama selepas waktu rehat.Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid-murid sekolah. Seharusnya, murid-murid menjaga penampilan diri dari segi kekemasan dan kebersihan diri. Sebagai seorang guru, perkara ini membimbangkan kerana ianya melibatkan keselesaan murid pada waktu P&P. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapa berjalan dengan baik dan lancar sekiranya murid-murid berkeadaan bersih dan kemas.2.AnalisisDalam sesuatu kehidupan manusia, kebersihan diri merupakan salah satu unsur yang penting.Menjaga kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni. Kebersihan menggambarkan perwatakan dan keperibadian seseorang individu di mata masyarakat. Kebersihan perlu diambil berat dandiamalkan sejak masih kecil lagi. Murid-murid sepatutnya menjadikan penampilan yang kemas dan menjaga kebersihan sebagai satu budaya hidup seharian terutama ketika berada di sekolah. Ini kerana, sekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Sekiranya suasana dan diri tidak bersih dan kemas akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu seterusnya mengganggu tumpuan dan perhatian murid-murid menimba ilmu pengetahuan.3. Cadangan Tindakan SusulanDalam mengatasi masalah kebersihan dan kekemasan diri murid-murid, ianya menjadi tanggungjawab semua pihak di sekolah. Murid-murid bertanggungjawab terhadap diri sendiri, guru pula bertanggungjawab menegur dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid-murid. Pihak sekolah pula bertanggungjawab seperti mengadakan kempen kebersihan dan menguatkuasakan peraturan kebersihan dan kekemasan diri murid-murid.Guru-guru merupakan individu yang paling penting dalam memastikan murid-murid menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Guru tidak seharusnya membiarkan perkara ini berlaku kerana ianya melibatkan imej guru. Guru perlu sentiasa menegur dan tegas terhadap kebersihan murid-murid. Teguran secara terus merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya terdapat murid-murid yang kemas dan bersih dalam penampilan diri, guru perlumemberi pujian kepada murid tersebut dan menjadikan contoh kepada murid-murid lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................