jurnal 5

4
Bilangan Jurnal : Kelima Minggu Praktikum : Minggu Ke -5 Tarikh Peristiwa / Kejadian : 26 Ogos 2015(Rabu ) Tajuk Jurnal : Pelbagai Kerenah Murid MASALAH Pada praktikal ini saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu (kelas arus perdana) pula, saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar pada tahun 3. Pertama kali mengajar murid di kelas sebenar menimbulkan perasaan yang pelbagai yang sukar untuk dinyatakan. Sebenarnya, saya tiada pengalaman mengajar murid dalam bidang ini, namun saya yakin setiap pengalaman itu akan ditimba dan dipraktikkan dari masa ke semasa. Saya risau memikirkan bahawa sekolah ini terletak tengah bandar dan merupakan salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan kebangsaan . Pelbagai masalah dihadapi terutamanya bagi merapatkan jurang perbezaan murid pemulihan dengan murid kelas arus perdana. Selain itu, kemudahan di kelas pemullihan di sekolah ini juga agak terhad seperti kekurangan bahan bantu mengajar (BBM) dan keadaan bilik pemulihan yang serba kekurangan. Prestasi akademik di sekolah ini juga agak kurang memuaskan sejak kebelakangan ini. Hal ini terutamanya melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup. Oleh yang demikian, saya memikul cabaran yang sukar dan mencabar sekali sebagai guru pelatih disini. Masalah-masalah tersebut seharusnya tidak dijadikan alasan bagi saya untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berkesempatan mengenali kerenah dan perangai murid khasnya dalam kelas yang bakal saya ajar bagi tempoh 1 bulan ini. Sesungguhnya 1 bulan ini adalah satu tempoh yang amat singkat untuk membuat perubahan mendadak terhadap prestasi murid. Hal ini sebaliknya adalah tempoh terbaik bagi saya untuk mempelajari serta menguasai sistem pengajaran yang konsisten mampan. Semua ini bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan efektif yang akhirnya akan memberi kesan langsung kepada murid. Dalam hal yang lainnya, masalah yang berpunca

Upload: thiradevi-balakrisnan

Post on 13-Dec-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal mingguan praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal 5

Bilangan Jurnal : Kelima

Minggu Praktikum : Minggu Ke -5

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 26 Ogos 2015(Rabu )

Tajuk Jurnal : Pelbagai Kerenah Murid

MASALAH

Pada praktikal ini saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa

Melayu (kelas arus perdana) pula, saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar

pada tahun 3. Pertama kali mengajar murid di kelas sebenar menimbulkan perasaan

yang pelbagai yang sukar untuk dinyatakan. Sebenarnya, saya tiada pengalaman

mengajar murid dalam bidang ini, namun saya yakin setiap pengalaman itu akan

ditimba dan dipraktikkan dari masa ke semasa. Saya risau memikirkan bahawa

sekolah ini terletak tengah bandar dan merupakan salah sebuah sekolah kluster

kecemerlangan kebangsaan . Pelbagai masalah dihadapi terutamanya bagi

merapatkan jurang perbezaan murid pemulihan dengan murid kelas arus perdana.

Selain itu, kemudahan di kelas pemullihan di sekolah ini juga agak terhad seperti

kekurangan bahan bantu mengajar (BBM) dan keadaan bilik pemulihan yang serba

kekurangan. Prestasi akademik di sekolah ini juga agak kurang memuaskan sejak

kebelakangan ini. Hal ini terutamanya melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu

dan Kemahiran Hidup. Oleh yang demikian, saya memikul cabaran yang sukar dan

mencabar sekali sebagai guru pelatih disini. Masalah-masalah tersebut seharusnya

tidak dijadikan alasan bagi saya untuk melaksanakan sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Saya berkesempatan mengenali kerenah dan perangai murid khasnya dalam kelas

yang bakal saya ajar bagi tempoh 1 bulan ini. Sesungguhnya 1 bulan ini adalah satu

tempoh yang amat singkat untuk membuat perubahan mendadak terhadap prestasi

murid. Hal ini sebaliknya adalah tempoh terbaik bagi saya untuk mempelajari serta

menguasai sistem pengajaran yang konsisten mampan. Semua ini bagi mewujudkan

suasana pembelajaran yang sesuai dan efektif yang akhirnya akan memberi kesan

langsung kepada murid. Dalam hal yang lainnya, masalah yang berpunca dari

Page 2: jurnal 5

kalangan murid terhadap kelas juga telah difikirkan dan dapat dilihat. Antara

masalah yang bakal ditimbulkan oleh murid termasuklah membuat bising dan

berjalan-jalan dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan yang lain ketika sesi

pengajaran. Ada kalanya disebabkan kenakalan itu, mereka seolah-olah tidak

menghiraukan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Sifat kenakalan yang

sebegini tidak boleh di benarkan kerana menjejaskan proses pengajaran dan

pembelajaran. Sifat kenakalan mereka akan menjadi lebih ketara semasa

melakukan aktiviti di dalam kelas sebagai contoh semasa melakukan aktiviti

berkumpulan.

Menurut Harry K.Wong ( 1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh

guru sendiri.

“Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to

teach students how to follow procedure”.

Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dalam kelas-kelas saya. Saya ingin murid-murid

memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali kelas dijalankan dan

mendapatkan sebanyak mungkin input yang disampaikan. 

ANALISIS MASALAH  

Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi

masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang

menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya memerhatikan guru yang

sedang mengajar didalam kelas, terdapat beberapa orang murid suka membuat

bising dan tidak fokus kepada pengajaran. Beberapa andaian awal yang satu

termasuklah:

1. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami apa

yang disampaikan dalam kelas.

2. Kebiasaannya, murid-murid yang biasa menimbulkan masalah dalam kelas

tersebut terdiri dari kumpulan yang lemah dan tidak berminat dengan pelajaran.

3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi stratergi pengajaran

Page 3: jurnal 5

dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru?

Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian awal, saya mendapati

murid-murid yang pandai juga biasanya akan membuat bising dalam kelas. Hal ini

berlaku biasanya, setelah mereka terlalu cepat menyiapkan sesuatu tugasan yang

diberikan oleh guru dalam sesuatu aktiviti berbanding dengan kawan-kawan mereka

dari golongan murid yang lemah. Setelah tugasan disiapkan, mereka akan membuat

bising dan berjalan-jalan di dalam kelas. 

Selain itu, jika dilihat dari perspektif yang lain penggunaan bahasa Inggeris dalam

pengajaran subjek matematik turut menyukarkan murid untuk memahami perkara

yang diajar. Hal ini juga telah turut menimbulkan kecenderungan mereka untuk

membuat bising. 

CADANGAN  

Penyelesaian kepada murid-murid yang bermasalah ini adalah, dengan saya sendiri

mengambil beberapa langkah yang boleh bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan

oleh murid seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuklah dengan cara mengingati

nama setiap murid. Ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap

murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini murid akan lebih takut untuk

menimbulkan masalah. 

Selain itu, penyusunan semula kedudukan muri-murid dalam kelas juga boleh

dilakukan dengan cara meletakkan murid yang bermasalah di hadapan guru bagi

memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini murid akan memberi lebih

tumpuan kepada setiap pengajaran guru. 

Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah:

1. Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat

menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu

kreatif.

2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan

yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid

Page 4: jurnal 5

kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.

3. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat

pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan

yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika

aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.

TEMPOH PENYELESAIAN  

( 2 minggu)

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan

mengemasmkini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya

seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi

menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

KESIMPULAN  

Secara kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu besar

yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga

tamat. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa

dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada

penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan : .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................