jurnal 1

9
1) Masalah / Peristiwa Sepanjang minggu ini saya telah mennghadapi masalah iaitu kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran sekolah. Peranan semasa berada di IPG, adalah sebagai pelajar dan tugas utama saya hanya perlu menyiapkan tugasan dan kerja kursus yang diberi oleh pensyarah. Sebagai seorang guru, tanggungjawab yang begitu banyak diamanahkan kepada saya pada hari pertama bersekolah memang tidak boleh dinafikan memberi tekanan kepada saya. Hal ini telah menimbulkan masalah kesukaran menyesuaikan diri untuk menjalankan tugas sebagai seorang guru. Masalah seterusnya adalah saya menghadapi kekangan dalam mengurus masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Hal ini disebabkan saya tidak biasa dalam merancang aktiviti P&P. Pengalaman saya tidak cukup dan saya sering gagal mengurus masa. Hal ini telah menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu. 2) Analisis Masalah-masalah yang saya hadapi merupakan perkara yang biasa dihadapi oleh guru-guru pelatih yang baru berpraktikum. Hal ini disebabkan saya masih tidak biasa dengan perubahan persekitaran. Oleh itu saya harus mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dalam Bilangan Jurnal : 1 Tempoh : 27 Julai 2015 – 31Julai 2015 Tajuk Jurnal : Praktikum Minggu Pertama

Upload: ky-kam

Post on 12-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal 1

1) Masalah / Peristiwa

Sepanjang minggu ini saya telah mennghadapi masalah iaitu kesukaran untuk

menyesuaikan diri dalam persekitaran sekolah. Peranan semasa berada di IPG,

adalah sebagai pelajar dan tugas utama saya hanya perlu menyiapkan tugasan dan

kerja kursus yang diberi oleh pensyarah. Sebagai seorang guru, tanggungjawab

yang begitu banyak diamanahkan kepada saya pada hari pertama bersekolah

memang tidak boleh dinafikan memberi tekanan kepada saya. Hal ini telah

menimbulkan masalah kesukaran menyesuaikan diri untuk menjalankan tugas

sebagai seorang guru.

Masalah seterusnya adalah saya menghadapi kekangan dalam mengurus masa

yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Hal ini disebabkan saya tidak

biasa dalam merancang aktiviti P&P. Pengalaman saya tidak cukup dan saya sering

gagal mengurus masa. Hal ini telah menimbulkan masalah bagi mencapai objektif,

khususnya objektif yang akhir dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari

tertentu.

2) Analisis

Masalah-masalah yang saya hadapi merupakan perkara yang biasa dihadapi

oleh guru-guru pelatih yang baru berpraktikum. Hal ini disebabkan saya masih tidak

biasa dengan perubahan persekitaran. Oleh itu saya harus mengambil sedikit masa

untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dalam sekolah. Selain itu, saya

dikehendaki menyesuaikan diri digelar sebagai guru oleh murid-murid di sekolah dan

bukannya lagi sebagai guru pelatih yang dipanggil oleh pensyarah-pensyarah di IPG.

3) Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya akan minta tunjuk ajar guru-guru yang berpengalaman di sekolah tersebut

dan senior-senior daripada IPG kami mengenai peranan yang dimainkan ataupun

kerja-kerja yang wajar saya lakukan selaku seorang guru.

Bilangan Jurnal : 1

Tempoh : 27 Julai 2015 – 31Julai 2015

Tajuk Jurnal : Praktikum Minggu Pertama

Page 2: jurnal 1

b. Saya akan mengambil inisiatif untuk berbincang dengan guru-guru berpengalaman

di sekolah tersebut dan mendengar cadangan daripada mereka.

c. Saya juga berbincang sesama rakan-rakan saya yang berpraktikum di sana dan

mengajar darjah yang sama dengan saya.

d. Saya akan membuat sumbang saran idea-idea mengenai aktiviti-aktiviti yang

boleh dijalankan melalui apa yang dimainkan pada permikiran masing-masing.

e. Saya membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan tentang aktiviti-aktiviti yang

dicadangkan supaya aktiviti yang dijalankan adalah menarik dan bersesuaian

dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Perancangan

dan penulisan RPH yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses

pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat

mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

Tandatangan : ……………………………………..

Nama : ……………………………………………..

Tarikh : ……………………………………………

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Tandatangan : ……………………………………..

Nama : ……………………………………………..

Tarikh : ……………………………………………

Page 3: jurnal 1

1) Masalah / Peristiwa

5H merupakan kelas yang saya ajar untuk subjek Reka Bentuk dan

Teknologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kelas ini merupakan kelas yang

paling lemah dan terakhir di kalangan 3 kelas Tahun 5. Sepanjang seminggu saya

mengajar kelas ini, saya dapati terdapat beberapa orang murid lelaki yang agak

nakal. Mereka selalu membuat bising dalam kelas. Mereka tidak mahu mengikut

arahan dan pengajaran yang diberi oleh saya. Selain itu, mereka selalu mengganggu

rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti p&p. Oleh itu, saya telah

menegur mereka supaya mereka tidak melakukan perkara tersebut. Walau

bagaimanapun, teguran yang diberikan tidak menghalang, menyekat atau

memberhentikan mereka dari mengulangi tingkah laku yang sama. Mereka hanya

akan diam untuk seketika sahaja dan setelah itu, mereka akan mula membuat bising

dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

2) Analisis masalah

Masalah-masalah yang saya hadapi merupakan tingkah laku beberapa orang

murid 5H ini telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran sering

terganggu. Murid-murid yang nakal ini kebanyakannya dalam kalangan murid yang

lemah daripada segi prestasi akademik. Murid-murid ini tidak berminat dengan

pengajaran dan pembelajaran yang disampai jadi mereka berbuat bising dalam

kelas. Mereka tidak dapat duduk diam dan fokus kepada P&P jadi mereka bermain,

berborak dan tidur dalam kelas. Selain itu, berkemungkinan murid-murid ini hanya

ingin mendapatkan perhatian dari saya yang merupakan guru baru yang memasuki

kelas mereka dengan melakukan tingkah laku yang negatif. Selain daripada itu,

mungkin juga mereka tidak memahami pengajaran saya pada hari tersebut.

3) Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya sebagai guru perlu membina hubungan yang baik dan mesra dengan murid-

murid dengan sering berbual dengan murid-murid tersebut tentang diri, keluarga dan

minat mereka.

Bilangan Jurnal : 2

Tempoh : 3 Ogos 2015 – 7 Ogos 2015

Tajuk Jurnal : Murid-murid 5H sering membuat bising dalam kelas.

Page 4: jurnal 1

b) Saya akan selalu berinteraksi dan berkomunikasi dengan bertanya khabar atau

menegur murid bila mana bertemu dengan mereka.

c) Saya juga boleh memainkan peranan sebagai abang kepada murid-murid supaya

hubungan yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut batas-batas yang tertentu.

d) Saya akan membuat penerokaan untuk mengetahui sebab-sebab mereka selalu

melakukan tingkah laku negatif semasa P&P dijalankan. Setelah mengetahui dan

memahami seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenalpasti punca

mereka berkelakuan tertentu.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Hal ini kerana

ketika berlakunya masalah dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu

memantau dan memerhatikan kelakuan murid-murid terbabit setelah teguran dan

nasihat diberikan. Dalam situasi itu, guru dapat mengenalpasti sama ada teguran

dan nasihat yang diberikan kepada murid terbabit diikuti dan dipatuhi atau tidak.

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

Tandatangan : ……………………………………..

Nama : ……………………………………………..

Tarikh : ……………………………………………

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Tandatangan : ……………………………………..

Nama : ……………………………………………..

Tarikh : ……………………………………………

Page 5: jurnal 1

PERNYATAAN PROFESIONAL

Apa yang diharapkan melalui praktikum ini,

Praktikum pengajaran di sekolah merupakan salah satu pengalaman dan

pendedahan kepada guru pelatih yang akan bergelar sebagai seorang guru kelak.

Praktikum ini dapat memberi pelbagai maafaat untuk guru pelatih dalam memahami

visi dan misi sekolah, mencari maklumat dan mengaplikasikan kemahiran pedagogi

yang dipelajari di IPG. Saya sebagai seorang guru pelatih akan bermula bergelar

sebagai pendidik dan akan menjalankan praktikum yang pertama selama dua bulan

Page 6: jurnal 1

mulai daripada 27 Julai 2015.

Melalui praktikum yang dijalankan ini, saya berhasrat bahawa ia dapat

memberikan peluang kepada saya untuk mengaplikasikan apa yang saya pelajari di

institut dan memperolehi pengalaman pengajaran yang bernilai kepada saya sama

ada untuk masa kini atau masa hadapan. Pengalaman belajar tersebut akan saya

aplikasikan kepada murid-murid sama ada dalam bentuk teori ataupun amali pada

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan saya jalankan. Saya percayai

bahawa praktiku m ini akan memberi impak yang positif dalam diri saya dan juga

mencorak perwatakan saya sebagai seorang guru. Bukan itu sahaja, praktikum ini

dapat memberi peluang kepada guru pelatih mengalami sendiri dunia perguruan

yang sebenar berkaitan dengan pengalaman mengajar, kemahiran komunikasi guru,

tanggungjawab guru kepada sekolah dan sebagainya dan secara tidak langsung

menyediakan diri sebagai insane yang digelar guru pada masa akan datang.

Apa yang dihasratkan melalui praktikum ini merupakan penyampaikan ilmu

pengetahuan secara betul dan efektif terhadap setiap murid yang diajarkan oleh

saya. Saya berharap murid-murid perolehi setiap ilmu yang akan saya sampaikan

dan objektif pembelajaran saya tercapai melalui rancangan pengajaran saya. Selain

itu, saya juga berharap saya berupaya menggunakan kaedah dan strategi

pengajaran yang terbaik untuk menarik minat murid-murid dalam pengajaran dan

pembelajaran. Saya percayai bahawa murid-murid akan memberikan perhatian

sepenuhnya dan minat untuk belajar sekiranya kaedah dan strategi pengajaran yang

digunakan menarik dan sesuai dengan kaedah kognitif murid. Saya akan

mengaplikasikan apa yang saya pelajari di IPG semasa menjalankan proses P&P

bersamaan dengan murid-murid tersebut. Saya berharap murid-murid berasa

seronok sepanjang mengikuti proses pengajaran saya.

Di samping itu, saya juga berharap bahawa saya memperolehi ilmu yang

mencukupi di sekolah melalui praktikum selama sebulan ini dan pengalaman ini akan

amat bermanfaatkan saya untuk memantapkan keprofesionalisma saya sebagai

seorang guru , ilmu yang ingin saya perolehi bukan sahaja dari segi kemahiran

pengajaran dan pembelajaran malahan juga dengan kemahiran berkomunikasi

sesame guru dan pihak pentadbiran sekolah. Hubunan yang baik bersamaan dengan

semua warga dalam sekolah adalah penting supaya proses P&P dapat dijalankan

secara lancar.

Kesimpulannya, saya dapat menyatakan bahawa praktikum ini merupakan salah

satu latihan yang memberikan manfaat bukan sahaja kepada diri saya, malahan juga

Page 7: jurnal 1

kepada semua guru pelatih yang berada di institut-institut Pendidikan Guru. Melalui

praktikum ini, ia akan mencorakkan perwatakan seorang guru pelatih kepada

menjadi seorang guru yang berkemahiran dari segi pedagogi dan berkomited dengan

kerjayanya. Akhir kata, saya berharap bahawa saya dapat menjalankan tugas saya

dengan baik sepanjang masa saya berada di sekolah ini.