jurnal-1

Upload: cik-sarimah

Post on 08-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Jurnal minggu 1 sarimah binti udin [ pismp pkmp sk1 ambilan januari 2013]

Jurnal minggu 1 sarimah binti udin [ pismp pkmp sk1 ambilan januari 2013]

BILANGAN JURNAL : Ke 1MINGGU PRAKTIKUM: Minggu 1TARIKH PERISTIWA/ KEJADIAN: 27 Julai 31 Julai 2015TAJUK JURNAL: Minggu Orentasi di SK Sematan dan kajian mengenai tingkah laku pelajar PPKI

Saya menjalani praktikum di SK Sematan untuk tempoh 8 minggu. Major saya adalah mata pelajaran Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran manakala bagi subjek elektif pula adalah subjek matematik. Pada minggu pertama ini, saya perlu melakukan aktiviti pengurusan seperti mendapatkan jadual waktu, peta lokasi sekolah, senarai tugas, takwim sekolah dan rancangan pengajaran tahunan. Pihak sekolah memberikan jadual kepada kami pada 30 julai dan diarahkan untuk memulakan sesi PdP pada hari isnin hadapan. Saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada 3 Julai 2015 mengikut jadual yang telah ditetapkan.Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar PPKI A dan PPKI B bagi mata pelajaran matematik dan Pendidikan Seni Visual. Pada hari pertama, saya hanya perlu memerhati guru mata pelajaran Matematik dan guru mata pelajaran Pendidikan seni visual melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebelum mula mengajar saya telah membuat analisis tentang pencapaian akademik murid-murid bagi PPKI B dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual serta PPKI A bagi mata pelajaran Matematik. Dari segi tingkah laku pula, saya diberitahu bahawa tingkah laku mereka masih dalam keadaan yang terkawal cuma terdapat sesetengah mereka yang agak bising.Saya berasa agak takut kerana ini merupakan pengalaman pertama saya sebagai seorang guru Pendidikan Khas. Berdasarkan perbincangan dan penelitian saya terhadap kanak-kanak ini, mereka sangat bermasalah dalam tingkah laku mereka. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk saya mendekati mereka dan saya akui bahawa cabaran sebenar telah bermula.Melalui pemerhatian saya pada minggu pertama, saya dapati bahawa murid-murid bagi kelas PPKI A suka berbual dengan kawan lain dan tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Selain itu, daya tumpuan kanak-kanak tersebut juga mudah hilang dan kawalan kelas sangatlah mencabar.Bagi situasi-situasi tersebut, saya perlu merancang masa untuk menyelesaikan masalah tersebut bagi mengelakkan mengganggu pengajaran saya. Disebabkan saya menghadapi masalah tersebut, maka saya pun mengambil keputusan untuk membuat isu tersebut bagi jurnal saya.Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru itu sendiri.Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to teach students how to follow procedures.Guru yang bersikap tidak mempedulikan murid-murid yang bertingkah laku keterlaluan akan menyebabkan murid-murid tersebut mengganggap bahawa guru telah takut akan mereka.Guru-guru yang sentiasa marah akan anak murid mereka juga merupakan salah satu faktor penyebab kerana murid akan berasa guru ini langsung tidak mengambil berat dan menghormati akan mereka.Maka, murid-murid pun tidak menghormati guru mereka dengan cara membuat bising atau berjalan sana sini. Seterusnya, bahan pengajaran dan cara penyampaian pengajaran yang tidak menarik akan menyebabkan murid-murid berasa bosan untuk mengikuti pembelajaran tersebut.Disebabkan kelas ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang berlainan maka terdapat murid yang faham dengan pantas.Bagi mereka yang lemah, mereka lambat dalam pembelajaran dan pemahaman bagi sesuatu isi pelajaran. Tahap pembelajaran murid-murid juga merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin di dalam kelas. Kegagalan dalam kawalan kelas akan menyebabkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas. Para guru biasanya akan menghabiskan sebahagian masa dalam mengawal murid mereka.Selain itu, kegagalan kawalan kelas mungkin akan menjadi faktor murid yang bertingkah laku baik menjadi tidak baik kerana dipengaruhi oleh kawan-kawan mereka yang lain.Sebaliknya, sekiranya seorang guru dapat mengawal murid dengan baik maka objektif pengajaran dan hasil pembelajaran akan tercapai kerana murid-murid menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.Masa tidak akan disia-siakan untuk menyelesaikan masalah yang tidak bermakna dan dapat digunakan dengan maksimum. Oleh itu, suasana bilik darjah yang kondusifamat penting agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter. Model Disiplin Marlene and Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik darjah.Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan murid belajar.Ia berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan murid mempunyai hak untuk mengajar dan belajar. Antara berikut ialah ciri-ciri model ini:a) Peraturan hendaklah disediakan terlebih dahulu kemudian dimaklumkan kepada murid-murid pada hari pertama guru masuk kelas.b) Tingkah laku yang wajar hendaklah diberikan peneguhan.c) Guru hendakalah bersifat asertif jika ingin mengawal bilik darjah.d) Guru perlu merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid-murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.

Bagi cadangan Dorit Sasson, penyusunan tempat duduk dalam kelas adalah salah satu cara bagi mengawaldan mengurus kelas.Social dynamics is a big factor for rowdy behavior. Look at your seating chart. Disruptive students who have been sitting next to each other may now need to be separated. The minute you neutralize the social dynamics, it can be easier to teach.Setelah merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter, saya telah merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengurusan bilik darjah. Pertama sekali, saya harus sentiasa bersifat asertif sepanjang masa terutamanya apabila terdapat murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah. Menurut Canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua.Once you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to this requirement. It is mandatory. You cant enforce the rule with one student-and let it go with another. You cant call students on the rule one day and overlook it the next. Rules must be enforced with the consistency of the second hand one a clock.Seterusnya, saya akan memberi penguhan positif kepada murid-murid yang sentiasa mematuhi peraturan bilik darjah.Contoh peneguhan positif ialah kata-kata pujian, token dan sebagainya. Saya juga merancang satu peneguhan positif iaitu sistem pemberian token kepada setiap murid yang mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Daripada pengalaman menggunakan Model Canter assertive discipline, guru yang asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang dan produktif.Iklim ini dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum.Namun, saya tidak begitu asertif sepanjang waktu pengajaran saya.Hal ini adalah kerana saya menghadapi kesuntukan masa untuk menghabiskan pengajaran.Kadang-kadang saya juga akan memarahi murid-murid disebabkan kebisingan mereka.

KESIMPULANSekarang saya faham bahawa pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu. Guru adalah seperti tukang masak dimana masakan sedap bukan sahaja bergantung kepada bahan-bahan masakan tetapi kawalan api dapur, peralatan di dapur, suasana di dapur dan lain-lain.Semua ini saling bergantung. Sepanjang 8 minggu ini, saya sentiasa berusaha untuk memajukan kemahiran pengurusan bilik darjah. Saya melaksanakan peraturan dan tindakan yang telah ditetapkan selepas merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter.

Disemak oleh Guru Pembimbing,Disemak oleh Pensyarah Penyelia,

Tandatangan: .......Tandatangan: ..............

Nama: Nama: .

Tarikh: ..........Tarikh: .