jilid 2 - spanco · 2016-05-09 · jilid 2 | mac - apr 2016 3 bicara sihat 20 alat pintar kesihatan...

13
Promosi Pemberian Kad Touch ‘n Go: Lakukan Temu Janji Servis dan Dapatkan Kad Touch ‘n Go serta Tambah Nilai PERCUMA Mengiktiraf Khidmat Cemerlang Melalui Program Penghargaan PSD SPANCO 2016 Jabatan Kawalan Senggaraan Dan Teknikal Berkembang Seiring Pertambahan Fleet JILID 2 Mac-Apr 2016 BERITA SPANCO

Upload: others

Post on 29-Dec-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

Promosi Pemberian Kad Touch ‘n Go: Lakukan Temu Janji Servis dan Dapatkan Kad Touch ‘n Go serta Tambah Nilai PERCUMA

Mengiktiraf Khidmat Cemerlang Melalui Program Penghargaan PSD SPANCO 2016

Jabatan Kawalan Senggaraan Dan Teknikal Berkembang Seiring Pertambahan Fleet

JILID 2Mac-Apr 2016

BERITA SPANCO

Page 2: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

JILID 2 | MAC - APR 2016 3

Bicara Sihat20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup

Lebih Sihat

Pilihan Servis Anda22 Pahang, Kelantan dan Terengganu

Pengendalian dan Pandu Uji Kenderaan Pacuan Empat Roda oleh Bahagian Pengangkutan Jabatan Start Bukit Aman

Libur Destinasi18 10 Tip & Rahsia Untuk Jimatkan

PERCUTIAN Anda

JILID 2 | MAC - APR 2016

SUKU PERTAMA TERUS CEMERLANG DENGAN SOKONGAN SEMUA

Sekilas Minda03 Suku Pertama Terus Cemerlang

dengan Sokongan Semua

Yang Perlu Anda Tahu04 Promosi Pemberian Kad Touch ‘n

Go: Lakukan Temu Janji Servis dan Dapatkan Kad Touch ‘n Go serta Tambah Nilai PERCUMA

07 Statistik Komposisi Fleet Terkini dan Rekod Saman Tertunggak

Menjejak Inspirasi08 Jabatan Kawalan Senggaraan

dan Teknikal Berkembang Seiring Pertambahan Fleet

Kata Mereka10 Lt Kol Khairul Anuar Othman

TUDM: Sistem Teknologi SPANCO Lancarkan Pergerakan Operasi ATM

Servis itu Penting12 Mengiktiraf Khidmat Cemerlang

Melalui Program Penghargaan PSD SPANCO 2016

Persada Inovasi14 Sistem Hibrid Revolo Bolehkan

Motor dan Enjin Berfungsi Selari, Serasi

Merakam Catatan16 Program SMART (Service

Maintenance and Risk - Penyenggaraan Servis dan Risiko)

Kursus Latihan Kelengkapan Kereta Peronda PDRM

17 Program Pemeriksaan Kenderaan (VIP) oleh Puspakom

2018

08Alhamdulillah kita telah memasuki suku kedua tahun 2016. Menguruskan pertumbuhan fleet lebih dari 12,000 unit, walaupun agak mencabar namun satu pengalaman yang sangat proaktif untuk semua kakitangan. Tentunya kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan semua pelanggan kami.

Dalam keterujaan menguruskan pertambahan fleet, kami berdepan dengan kadar kemalangan yang meningkat sebanyak 35% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ianya memberi kesan terhadap kesiapsiagaan fleet. Apatah lagi jika melibatkan kes-kes kemalangan maut.

Kekurangan stok kereta baharu akibat kelewatan pengeluar melancar dan menyediakan model-model tertentu juga amat mengganggu kelancaran program penggantian kereta berusia. Perkara yang telah berlarutan terlalu lama ini memberi impak negatif kepada imej SPANCO dari segi kecekapan pengurusan fleet.

Beralih kepada program kami, SPANCO baharu sahaja melancarkan kempen temu janji servis bagi menggalakkan pelanggan membuat temu janji sebelum menghantar kereta untuk diservis. Dengan adanya kempen ini, kami berharap dapat menguruskan masa dan kehendak pelanggan dengan lebih baik.

Pelanggan juga kini boleh menempah temu janji servis melalui laman sesawang baharu kami yang telah dipertingkatkan. Dengan paparan yang mesra telefon pintar, pelanggan boleh terus melihat slot-slot yang tersedia agar mereka boleh menguruskan masa mereka dengan lebih berkesan lagi.

Kami juga telah memulakan satu program percubaan bersama Puspakom di Lembah Klang untuk memberi ketenangan fikiran kepada pelanggan. Program ini adalah untuk memastikan semua kereta yang kami senggarakan berada pada tahap terbaik dan memenuhi standard pengeluar dan ia akan diperluas kepada daerah-daerah lain.

Kami akan terus fokus kepada semua matlamat yang dirancang dan memperkuatkan perkhidmatan kepada semua pelanggan. Semoga suku-suku tahun yang seterusnya akan terus diperhebatkan dengan sokongan semua.

Sila hantar komen, pandangan dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di sebelah. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PenaungDato’ Hamzah Mohd Salleh

SiDang PengarangPeter LimShaheeran Jalalludinrusman Bassri

PencetakMiracle Offset Print Sdn Bhdno. 15, Jalan PBS 14/3taman Perindustrian Bukit Serdang

43300 Seri kembangan.

Tel 03-8941 4013

Faks 03-8941 4014

PerunDing PenerBitanexecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PenerBitSPancO Sdn Bhd (172957-u)no. 2, Jalan Perusahaan 2kawasan Perusahaan Batu caves68100 Batu caves.

Tel 03-6192 8888

Faks 03-6192 8999

emel [email protected]

web www.spanco.com.my

Talian bebas tol 1-800-88-6999

AZMAN IDRISKetua Pegawai Operasi

Pelanggan juga kini boleh menempah temu janji servis melalui laman sesawang baharu kami yang telah dipertingkatkan. Dengan paparan yang mesra telefon pintar, pelanggan boleh terus melihat slot-slot yang tersedia agar mereka boleh menguruskan masa mereka dengan lebih berkesan lagi.

SEKILAS MINDA

Page 3: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

JILID 2 | MAC - APR 20164 JILID 2 | MAC - APR 2016 5

Dalam usaha menggalakkan pelanggan melakukan tempahan temu janji servis

berjadual, SPANCO telah mengambil inisiatif untuk melakukan promosi

pemberian kad Touch ‘n Go serta tambah nilai percuma di dua pusat servis wilayah

(PSW) iaitu di Batu Caves dan Bangi, Selangor.

Pelanggan diberi kad Touch ‘n Go bagi pendaftaran yang pertama dan selepas

itu, menerima tambah nilai sebanyak RM10.00 untuk pendaftaran kedua atau

seterusnya (mengikut terma dan syarat).

yANg PERLu ANDA tAhu

Pelanggan boleh membuat tempahan temu janji servis melalui saluran berikut:

menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6999; atau

secara dalam talian di laman web rasmi SPANCO di www.spanco.com.my; atau

di kaunter khidmat pelanggan di PSW Batu Caves dan di PSW Bangi.

Cara membuat tempahan

Bagi promosi pemberian kad Touch ‘n Go ini, pelanggan boleh membuat tempahan temu janji servis untuk masa berikut:

Dari jam 8 pagi - 2 petang, Isnin hingga Jumaat.

Dari jam 8 pagi - 10 pagi bagi hari Sabtu.

masa tempahan

Untuk mengetahui syarat dan terma promosi dengan lebih lanjut, sila layari laman web SPANCO di www.spanco.com.my

TERMA DAN SyARAT PROMOSi

Kelayakan mendapatkan kad Touch ‘n Go bagi pendaftaran pertama dan tambah nilai RM10 bagi pendaftaran kedua atau seterusnya:

Tempah Temu Janji Servis Untuk Melancarkan Perjalanan Kerja AndaKhidmat tempahan temu janji servis sememangnya memberi banyak manfaat kepada pelanggan. Pelanggan boleh menikmati pelbagai kebaikan dari khidmat ini bermula dari proses penghantaran kereta hinggalah ke proses serahan kereta, dapat disegerakan.

Proses tempahan servis amat mudah di mana pelanggan hanya perlu menghubungi pihak SPANCO tujuh hari sebelum tarikh temu janji servis. Perkara ini perlu dilakukan bagi membolehkan pihak SPANCO melakukan persediaan awal berlandaskan proses 4M (Man, Machine, Material, Method).

Lakukan Temu Janji Servis dan Dapatkan Kad Touch ‘n Go serta Tambah Nilai PERCUMA

Promosi Pemberian Kad Touch ‘n Go:

Hanya tempahan temu janji servis yang dilakukan di PSW Batu Caves atau PSW Bangi sahaja yang sah untuk

promosi ini.

1

Hanya tempahan temu janji servis yang

melibatkan kerja servis minyak pelincir layak

untuk promosi ini.

2

Untuk setiap kereta yang layak,

hanya sekali sahaja Kad Touch ‘n Go

baharu akan diberikan.

3

SPANCO berhak menukar syarat dan

peraturan tanpa sebarang notis.

5

Datang tepat pada waktu yang telah

ditetapkan, iaitu tidak melebihi 30 minit sebelum atau selepas waktu pada

tarikh tempahan servis.

4

Page 4: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

JILID 2 | MAC - APR 20166 JILID 2 | MAC - APR 2016 7

yANg PERLu ANDA tAhu

Lakukan tempahan temu janji servis anda sekarang dan layari tempahan secara online di www.spanco.com.my bagi memudahkan anda membuat temu janji. Promosi tempahan servis dengan pemberian kad Touch ‘n Go ini berlangsung selama tiga bulan bermula 18 April sehingga 18 Julai 2016. Jadi rebutlah peluang yang julung-julung kali ini.

StatistikKomposisi Fleet Terkini dan Rekod Saman Tertunggak

Komposisi Fleet Mengikut Model dan Tahun Pada April 2016 Setakat April 2016, saiz fleet

Kerajaan Persekutuan yang diuruskan SPANCO adalah 12,169 unit.

Proton Prevé adalah model yang tertinggi jumlah yang digunakan di dalam fleet iaitu sebanyak 4,293 unit atau 35%.

Dari keseluruhan saiz fleet, sebanyak:

- 3,429 unit atau 28% berusia 3 tahun,

- 3,132 unit (26%) berusia 1 tahun

- 2,384 unit (20%) berusia 2 tahun.

Kereta peronda (MPV) merangkumi 1,304 unit atau 11% dari saiz fleet di mana 1,300 unit adalah kereta peronda PDRM dan selebihnya, 4 unit (dikategorikan sebagai Waja MPV) adalah kereta pendahulu Jabatan Penjara.

Rekod Saman Tertunggak 2011 -2016 Jumlah saman PDRM tertunggak

direkodkan setakat April 2016 adalah 51,279 saman (Mac 2016: 50,305 saman).

Saman-saman tertunggak yang bertindan dan terkumpul didapati terus meningkat saban tahun. Ini terbukti apabila hanya 10,424 saman berjaya diselesaikan berbanding 11,726 saman baharu yang diterima sepanjang 2015.

Pegawai kenderaan, pengguna dan pemandu bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelesaikan saman-saman tertunggak mereka.

MENDAPATKAN SERViS MELALUi TEMU JANJi

Membuat temu janji lebih awal sebaik-baiknya tujuh (7) hari sebelum menghantar kereta untuk servis berjadual.

Menghadirkan diri dengan menghantar kereta ke pusat servis pada tarikh dan masa yang dijanjikan.

Mengambil nombor giliran dengan memilih butang ‘Temujanji Servis’ pada menu Sistem Perkhidmatan Kiosk.

Berjumpa dan berurusan dengan penasihat servis di kaunter servis sebaik sahaja nombor giliran dipanggil.

Pelanggan boleh memilih untuk menunggu di pusat servis atau pulang ke pejabat sementara penyenggaraan atau pembaikan kereta dilakukan.

Pelanggan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) sebaik sahaja kereta siap untuk diambil (bagi perkhidmatan di PSW Batu Caves dan Bangi).

Semasa mengambil kereta, pelanggan akan dimaklumkan oleh penasihat servis akan perincian kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

Akhir sekali, pelanggan juga akan diingatkan mengenai tarikh atau perbatuan servis yang berikutnya. Pelanggan disarankan untuk mencatatkannya di dalam diari mereka.

1LANgKAh

2LANgKAh

3LANgKAh

4LANgKAh

5LANgKAh

6LANgKAh

7LANgKAh

8LANgKAh

0 500 1,000 1,500 2,000 2,500 3,000 3,500 4,000 4,500

Perdana 2.4 PremiumPerdana 2.4 Executive

Perdana 2.0 Standard

Inspira 2.0Inspira 2.0 Premium MPV

Inspira 2.0 Executive MPV

PersonaPrevé

Prevé MPV

WajaWaja MPV

Saga

Model

Tahun1 2 3 4 5 >5

PRDM PBT Jumlah keseluruhan

39,8

33

47,8

33

41,6

76

51,8

65

53,1

67

51,2

79

4,87

6

6,98

5

9,72

3

14,8

06

18,4

55

19,1

93

44,7

09

54,8

18

51,3

99

66,6

71

71,6

22

70,4

72

2011 2012 2013 2014 2015 YTD 2016(April)

Page 5: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

JILID 2 | MAC - APR 20168 JILID 2 | MAC - APR 2016 9

MENJEJAK INSPIRASI

Jabatan Kawalan Senggaraan danTeknikal Berkembang Seiring Pertambahan Fleet

Jabatan Kawalan Senggaraan dan Teknikal merupakan antara jabatan paling penting di SPANCO yang menjadi tulang belakang kepada Pengurusan Fleet. Ditubuhkan pada 1994, ia kini dianggotai 13 orang kakitangan pakar yang diterajui Pengurus Kawalan Senggaraan dan Teknikal, Tuan Haji Azahari Md Lazim.

Selaras matlamat menyediakan khidmat berkualiti lagi berkesan dalam Servis dan Pembaikan kenderaan, Jabatan ini memantau perkhidmatan yang diberikan setiap Pusat Servis Diiktiraf (PSD) supaya sentiasa mematuhi tanda aras, di samping mempunyai liputan yang meluas dan mudah untuk dikunjungi serta servis yang ramah, mesra lagi efisien.

Untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan bantuan dan servis yang diberikan, Jabatan Kawalan Senggaraan dan Teknikal menyediakan Pusat Panggilan 1-800-88-6999 yang beroperasi 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu serta disokong oleh rangkaian khidmat trak tunda yang terdapat di seluruh negara.

Turut menyokong ialah sistem teknologi maklumat yang sentiasa dipertingkatkan dan menggabungkan pelbagai modul perkhidmatan pengurusan fleet yang berintegrasi sepenuhnya.

Berikut adalah ringkasan sejarah perkembangan Jabatan Kawalan Senggaraan dan Teknikal SPANCO:

1994 | Jabatan Kawalan Senggaraan ditubuhkan seiring pengambilalihan pentadbiran kereta-kereta Kerajaan Pusat yang berjumlah 2,267 buah oleh SPANCO.

1996 | Sistem pengurusan fleet berkomputer SIKOM dilaksanakan, menggantikan sistem CFC sebelum itu, yang mencantumkan operasi penyenggaraan, kewangan, insurans dan pajakan.

2004 | Kriteria kepakaran dan kemahiran dalam pemilihan PSD diperketat selaras perkembangan kemajuan teknologi pemotoran.

Turut menyokong ialah sistem teknologi maklumat yang sentiasa dipertingkatkan dan menggabungkan pelbagai modul perkhidmatan pengurusan fleet yang berintegrasi sepenuhnya.

Menilai dan mengaudit kualiti kerja PSD di seluruh Malaysia;

Memastikan kenderaan disenggara mengikut kelulusan pembaikan dan spesifikasi pengilang;

Menyediakan laporan prestasi fleet dan PSD;

Bertanggungjawab terhadap operasi harian yang meliputi Pusat Panggilan 24 jam, Kelulusan Senggaraan dan Pembaikan;

Menguruskan kemalangan dan menyediakan bantuan sekiranya terdapat sebarang kerosakan, dan

Menyelesaikan masalah teknikal kenderaan.

FUNGSi JABATAN

2005 | Jabatan Kawalan Senggaraan dikembangkan kepada Jabatan Kawalan Senggaraan dan Teknikal seiring dengan pembukaan Pusat Servis Wilayah Batu Caves yang baharu.

2007 | Sistem perisian pengurusan fleet yang baharu, T9 mula beroperasi sepenuhnya.

2008 | ASC e-approval diperkenalkan, merupakan satu kemudahan di dalam talian khusus untuk PSD mendapatkan kelulusan melalui Internet.

2009 | Program pemeriksaan kenderaan yang dikenali sebagai Klinik Servis dilaksanakan dari negeri ke negeri.

2011 | Jumlah fleet bertambah kepada 9,559 buah.

2012 | Fleet Management System(FMS) 1.0 dan Sistem ASC e-approval yang diperbaharui dilancarkan bagi meningkatkan lagi kawalan dan kecekapan transaksi.

2015 | FMS 2.0 dilancarkan.

2016 | Jumlah fleet mencecah lebih 12,000 buah.

1990-an

2000-an

2016

Page 6: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

JILID 2 | MAC - APR 201610 JILID 2 | MAC - APR 2016 11

KAtA MEREKA

Dua puluh tahun menggunakan perkhidmatan SPANCO, Lt Kol Khairul Anuar Othman merasakan tahap keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam melaksanakan perbekalan, penyenggaraan dan baik pulih fleet kenderaan adalah di tahap yang tinggi melalui sistem, teknologi dan aplikasi lancar yang dibangunkan oleh SPANCO.

Baginya yang bertugas sebagai Pegawai Staff 1 Khidmat Materiel di Markas Tentera Udara (MTU), SPANCO telah menjalankan tugas yang efisien terutama dari segi mutu perkhidmatan serta pengurusan keperluan kenderaan TUDM sejak dari awal perkhidmatan SPANCO digunakan untuk kenderaan saloon Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga kini.

Menjalankan bidang tugas mengkoordinasi dan mengawal selia

keperluan dan kepenggunaan serta penyenggaraan konsesi SPANCO bagi Kenderaan Jabatan dan Kenderaan Rasmi Jabatan seluruh TUDM, beliau juga bertindak merancang dasar dan peraturan berkaitan pengurusan kontrak konsesi SPANCO.

“Sejak SPANCO mengambil alih fleet kenderaan saloon milik Kerajaan Malaysia, saya telah melihat perkembangan yang positif terutama dari segi mutu perkhidmatan serta pengurusan keperluan kenderaan TUDM. Saya harap SPANCO akan dapat mengekalkan tahap perkhidmatan ini jika tidak pun meningkatkan ke aras yang lebih baik atau cemerlang.

“Strategi pengoptimum sumber hendaklah diguna pakai seiring dengan hasrat Kerajaan mengoptimumkan sumber yang terhad. Dalam hal

keperluan kenderaan ATM, sumber ini adalah pemandu, pengurusan bahan api kenderaan dan kenderaan itu sendiri. Saya percaya SPANCO mampu merealisasikan hasrat tersebut.” ujarnya yang telah berkhidmat selama 35 tahun dengan TUDM khasnya dan ATM amnya selain ditugaskan di merata pangkalan dan unit di dalam dan luar negara.

Beliau turut merasai perbezaan ketara apabila Kerajaan Malaysia menyewa kenderaan-kenderaan secara pajak berbanding membeli secara terus dahulu.

“Isu Perjawatan Pasukan dan hak pegangan, proses perolehan, isu proses penerimaan selepas perolehan, perakaunan dan inventori serta keperluan penyenggaraan cegahan dan berjadual adalah antara isu yang lazim yang terpaksa ditanggung sewaktu kenderaan masih diuruskan sendiri oleh ATM.

“Kini, melalui perkhidmatan pajakan kenderaan oleh SPANCO, pihak fleet kenderaan Pasukan khususnya TUDM telah dapat memberikan tumpuan terhadap aktiviti pengurusan pergerakan dan pengurusan pemandu. Malah, tahap kebajikan anggota-anggota pemandu turut diperbaiki seiring dengan peningkatan perjawatan dan pangkat dalam perkhidmatan,” jelas anak kelahiran Alor Setar, Kedah dan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja ini lagi.

Lt Kol Khairul turut merasakan SPANCO telah memberikan nilai tambah kepada Fleet MTU untuk menekankan aspek kawalan dan pengurusan secara optimum sumber yang ada melalui pengasingan fungsi penyenggaraan. Malah, SPANCO telah membantu dalam peranannya memastikan semua kenderaan adalah boleh pakai pada sebilangan masa. Ini memberikan Fleet MTU keupayaan mengekalkan tempo dan kesinambungan operasi kenderaan yang berterusan dalam melaksanakan semua tugasan atau keperluan

kenderaan dari pengguna atau aktiviti yang datang setiap hari.

“Saya juga merasakan SPANCO mampu memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam menyediakan penyelesaian untuk keperluan fleet MTU di masa hadapan. Ini kerana SPANCO telah pun mengepalai program pajakan kenderaan saloon yang besar bagi ATM dan saya tidak sangsi terhadap keupayaan SPANCO untuk mengembangkan sayap ke pengurusan lain-lain jenis kenderaan.

“Malah, saya berpandangan SPANCO mampu menanggung sepenuhnya fungsi pengurusan kenderaan dan

ini memberikan Fleet MTU keupayaan mengekalkan tempo dan kesinambungan operasi kenderaan yang berterusan dalam melaksanakan semua tugasan atau keperluan kenderaan dari pengguna atau aktiviti yang datang setiap hari.

penugasan pemandu ATM sekiranya teknologi digunakan secara keseluruhan dan menyerap sumber sedia ada bagi membawa Fleet Kenderaan ATM ke satu aras pemodenan optimum yang lebih berdaya saing. Malahan bersifat bersama (jointness) iaitu tugasan pemandu dan keperluan kenderaan diwujudkan di semua peringkat perkhidmatan,” ujar pemegang Sarjana Pengurusan (MIM) ini.

Selain kenderaan saloon, beliau berpendapat SPANCO boleh mengembangkan aktivitinya kepada membekal dan menguruskan kenderaan seperti bas dan trak serta kenderaan-kenderaan fungsi khas seperti kembalik dan lain-lain.

“Perkembangan teknologi membolehkan perancangan pergerakan berpusat diaturkan melalui sistem komputer yang mana perisian boleh dibina oleh SPANCO untuk mengira serta mengoptimumkan perancangan pergerakan kenderaan serta mengaturkan sumber manusia iaitu pemandu yang ada dengan lebih tersusun dan berkualiti.”

Lt Kol Khairul Anuar Othman TUDM:Sistem Teknologi SPANCO Lancarkan Pergerakan Operasi ATM

Lt Kol Khairul Anuar Othman, sarat dengan idea-idea bernas untuk mempertingkatkan bidang tugasnya. Sentiasa bersedia memikul tugas dan amanah yang diberikan.

Tegas namun mesra bersama pegawai-pegawai dan kakitangan.Memeriksa kenderaan TUDM bagi memastikan kelancaran perjalanan kerja.

Page 7: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

JILID 2 | MAC - APR 201612 JILID 2 | MAC - APR 2016 13

SERvIS Itu PENtINg

Mengiktiraf Khidmat Cemerlang Melalui Program Penghargaan PSD SPANCO 2016Program Penghargaan Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO 2016 adalah satu program penghargaan kepada PSD yang memberikan perkhidmatan servis cemerlang kepada pelanggan SPANCO, diadakan bermula 15 Mac hingga 31 Disember 2016. Ia bertujuan untuk menghargai PSD yang telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap pelanggan dan kenderaan SPANCO di samping mewujudkan motivasi serta persaingan sihat di antara PSD.

Proses Penilaian dilakukan berdasarkan dua kategori iaitu:

1. Penilaian Tahap Kepuasan Pelanggan (merangkumi 60% dari keseluruhan markah).

2. Penilaian Pusat Servis Berdasarkan Konsep 4M (40%).

Prestasi kepuasan pelanggan diukur melalui panggilan telefon oleh Pegawai Khidmat Pelanggan SPANCO selepas pelanggan datang ke pusat servis bagi tujuan senggaraan kenderaan. Setiap bulan, pelanggan yang mengunjungi PSD akan menerima panggilan telefon secara rawak bagi tujuan penilaian maklum balas.

Manakala penilaian pusat servis berdasarkan konsep 4M (Man, Machine, Method, Material) terbahagi kepada lima kategori iaitu:

1. Pusat Servis BEBAS

2. Pusat Servis Tayar

3. Pusat Servis Penghawa Dingin

4. Pusat Servis Pembaikan Kemalangan

5. Pusat Servis Proton Edar Sdn Bhd (Cawangan dan Wakil Servis Yang Sah)

Psd yang berjaya mendaPat markah PencaPaian tertinggi akan menerima Penghargaan beruPa:• Cenderahati serta Sijil

Pengiktirafan Cemerlang dari SPANCO.

• Majlis pengiktirafan yang diwartakan dalam Majalah PRIHATIN.

• Majlis Minum Petang akan diadakan di PSD tersebut, dihadiri oleh para Pegawai Kerajaan Tempatan, para pelanggan dan pegawai atasan SPANCO serta pegawai dari Seksyen Pengurusan Kenderaan (SPK) Kementerian Kewangan.

enam Psd yang diberikan Pengiktirafan mengikut wilayah masing-masing

Wilayah UtaraPerlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang

Wilayah SelatanNegeri Sembilan, Melaka dan Johor

Wilayah Pantai TimurKelantan, Terengganu dan Pahang

Sabah

Sarawak

Wilayah TengahKuala Lumpur dan Selangor

carta aliran Pemilihan anugerah Program

Penghargaan Pusat serVis

diiktiraf (Psd) sPanco 2016

Pelaksanaan Audit PSD &

VOC/CSI

Pengumpulan Data Penilaian

Lengkap

Penyerahan Kepada Pasukan

Penilai

Pemilihan

Keputusan Penerima Anugerah

Majlis Penganugerahan

Irwan Iskandar IsmailPengurus Besar, Bahagian Servis

Tuan haji Azahari Md LazimPengurus Kawalan

Selenggaraan dan Teknikal

Shaheeran JalalludinPengurus Kanan

Khidmat Pelanggan

Pasukan Penilai terdiri dariPada

Proses pemilihanpenerima anugerah akan

dilakukan pada bulanJanuari 2017 dan akan diumumkan pada suku

pertama tahun 2017.

Page 8: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

JILID 2 | MAC - APR 201614 JILID 2 | MAC - APR 2016 15

PERSADA INovASI

Revolo merupakan Teknologi Kenderaan Hibrid Elektrik pasang palam (plug-in) yang inovatif, yang mampu menangani masalah pelepasan karbon di samping memperbaiki kecekapan penggunaan bahan api.

Sistem Hibrid Revolo Bolehkan Motor dan Enjin Berfungsi Selari, Serasi

Sistem Hibrid Revolo membolehkan enjin dan motor berfungsi secara selari. Ciri-ciri lain seperti sistem pengesan kenderaan, pemantauan data, gabungan telefon pintar, pelumpuhan enjin secara kawal jauh dan fungsi ‘start stop’ juga boleh diintegrasikan ke dalam sistem.

bagaimana revolo berfungsi?Teknologi Revolo memberi bantuan pergerakan sesebuah kenderaan melalui penggunaan motor elektrik yang diletakkan pada lokasi paling optimum dalam ruang enjin.

Motor dijanakan oleh bateri yang dicas dari sumber luar melalui palam 3 pin yang biasa selain dari tenaga elektrik yang disumbangkan oleh sistem brek penjanaan semula.

Pembrekkan janaan semula mengubah tenaga kinetik yang terhasil semasa memberhentikan kenderaan, kepada tenaga elektrik yang digunakan untuk mengecas bateri.

Algoritma pintar yang diprogramkan ke dalam litar unit kawalan elektronik akan peka bertindak terhadap sebarang perubahan enjin, membolehkan bateri dan motor beroperasi dengan lebih cekap.

Sistem Revolo tidak terikat kepada mana-mana bahan kimia yang terkandung dalam bateri justeru boleh digunakan dengan pelbagai jenis bateri dari asid plumbum kepada

PeNJIMATAN DAN KeCeKAPAN DARI SISTeM ReVOLO

Sasaran penjimatan bahan api Sehingga 25% apabila dicas

8-10% setelah bateri habis sepenuhnya

Sasaran pengurangan pelepasan karbon

15-20% apabila dicas

5-10% setelah bateri habis sepenuhnya

Sasaran kos senggaraan

Lebih rendah dari kos penyenggaraan asal

Laporan pelestarian

Boleh dijana melalui telemetri di mana sebuah pusat kawalan akan ditubuhkan

Manfaat Prestasi

Memperbaiki pecutan

bagaimana sistem dipertingkatkan dari generasi terdahulu?Hasil ujian sejauh 10,000 km di atas jalan raya menggunakan Proton Inspira, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberikan maklum balas dan tindakan telah diambil seperti berikut:

maklum balas

Bateri terlalu berat dan besar dalam ruang simpanan

Bateri yang perlu dicas setiap 80 km agak tidak sesuai untuk operasi kepolisan. Sistem hibrid sepenuhnya tanpa pasang palam dirasakan lebih sesuai.

tindakan / penyelesaian

• Bateri litium ion (LiFePO4)• Pengurangan berat dari 158kg kepada

52kg• Pemasangan bateri yang lebih

menjimatkan ruang dengan penampilan lebih menarik

• Sistem Revolo boleh berfungsi seperti hibrid biasa sebagaimana Honda Civic Hybrid, Honda Accord Hybrid dan Mercedes S400 Hybrid. Kini berupaya melakukan pengecasan semula secara automatik dengan hasil penjimatan 8-10%, tanpa dicas semula melalui soket elektrik.

• Penjimatan meningkat sehingga 25% jika menggunakan pengecasan pasang palam.

• Boleh dicas semula dari mana-mana grid elektrik 13A menggunakan soket 3 pin.

litium ion. Juga tidak bergantung pada tahap kerumitan kawalan elektronik pada kenderaan asas yang akan menggunakan sistem ini.

Reka bentuk motor elektrik yang unik dengan saiz yang boleh disesuaikan mengikut pengeluaran kuasa, membenarkan pengubahsuaian pada kos rendah diterapkan ke dalam pelbagai model ‘powertrain’ termasuklah dari jenis mekanikal sepenuhnya.

Pek Bateri

Sistem Pengurusan Bateri

Modul Antaramuka Pengesan

Penyambung Penghantaran Kuasa

Algoritma Kawalan

Pengawal Motor

Lapik dan Pemasangan Mekanikal

Motor

Enjin

Dilindungi paten

Untuk maklumat lanjut, layari

www.kpit.com/

engineering/products/revolo

• RM2.09 untuk mengecas penuh bateri berkapasiti 4.8 kWh. • Penjimatan 24% berbanding enjin petrol biasa

menggunakan kenderaan yang sama.

kos seCara ringkas

Page 9: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

JILID 2 | MAC - APR 201616 JILID 2 | MAC - APR 2016 17

Program SMART (Service Maintenance and Risk - Penyenggaraan Servis dan Risiko)

Proton Edar Jalan Makloom Pulau Pinang16 Mac 2016

Pengendalian dan Pandu Uji Kenderaan Pacuan empat Roda oleh Bahagian Pengangkutan Jabatan Start Bukit Aman

Sungai Rui Gerik, Perak29 April - 1 Mei 2016

Kursus Latihan Kelengkapan Kereta Peronda PDRM

ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Cawangan Pengangkutan19 April 2016

MERAKAM CAtAtAN

Program Pemeriksaan Kenderaan (VIP) oleh Puspakom

Pusat Servis Wilayah Bangi22 April - 17 Jun 2016

JILID 2 | MAC - APR 2016 17

Page 10: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

JILID 2 | MAC - APR 201618 JILID 2 | MAC - APR 2016 19

temPah Parkir kereta lebih awal

Anda mungkin perlu meninggalkan kereta di parkir lapangan terbang agak lama. Oleh itu, tempahlah parkir lebih awal kerana caj parkir pada hari penerbangan adalah lebih mahal berbanding jika menempah awal.

manfaatkan gajet

Telefon pintar, iPad atau komputer riba adalah satu keperluan dewasa ini. Malah, ia sebenarnya dapat menjimatkan masa, wang dan perjalanan semasa melancong. Gunakan aplikasi seperti waze untuk mengetahui tempat yang hendak dituju atau Google untuk melakukan pencarian tempat-tempat menarik.

tukar mata wang sebelum bertolak

Jika melancong ke luar negara, pastikan anda menukar mata wang sebelum sampai ke lapangan terbang. Ini lebih menjimatkan kerana nilai tukaran wang di lapangan terbang atau di negara yang anda lawati lebih mahal berbanding di sini. Malah, kadang-kala anda terpaksa membayar bayaran tambahan jika mengeluarkan wang di luar negara.

bawa makanan sendiri

Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan makanan dibawa ke dalam pesawat. Anda mungkin perlu membayar sedikit atas harga makanan yang dibawa tetapi jika berbaloi dan anda merasa selesa, mengapa tidak.

makan di gerai

Tidak perlu memilih restoran yang mahal, anda masih boleh menikmati makanan tempatan yang enak di mana-mana kedai makanan yang murah dan selesa. Malah, anda juga boleh mencuba warung-warung sekitar sambil merasai pengalaman persekitaran tempat yang anda lawati.

cari laluan alternatif

Sekarang terdapat banyak syarikat menawarkan tambang murah ke destinasi seluruh negara. Anda mungkin terpaksa bertolak dari lapangan terbang yang agak jauh dari kediaman tetapi jika kos penerbangannya lebih murah, apa salahnya penat sedikit tetapi puas hati.

kurangkan caj bagasi

Dari menyimpan pakaian atau aksesori di dalam beg, anda mungkin boleh memakainya atau simpan barangan yang kecil di dalam tas tangan. Timbang dahulu sebelum bertolak ke lapangan terbang dan hanya bawa barangan yang perlu sahaja.

tinggal di ‘homestay’

Mendapatkan hotel yang murah dan selesa kadang-kala agak memeningkan. Apa kata anda dapatkan rumah sewa atau ‘homestay’ yang selesa. Lebih menjimatkan dan selesa jika anda melancong bersama keluarga. Untuk yang melancong berdua atau seorang, dapatkan bilik sewa pada harga yang lebih murah.

Berlibur dan melancong boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja malah sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan untuk berjimat dan menjadikan percutian

anda lebih menarik. Ketahui 10 tip dan rahsia melancong yang bukan sahaja menjimatkan malah menyeronokkan.

LIBuR DEStINASI

10

Pilih waktu bukan Puncak

Jadilah pelancong yang bijak! Selalulah semak promosi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Anda mungkin tidak mendapat tarikh atau hari yang anda idamkan kerana selalunya harga promosi akan diberi pada hari bekerja. Namun, apa salahnya jika anda melancong pada hari-hari yang bukan cuti umum, perayaan atau persekolahan. Lagi pun ia lebih murah bukan!

gunakan ‘search eVerywhere’

Tidak kira ke mana destinasi yang ingin dituju asalkan ianya murah dan laman web seperti Skyscanner, Vayama, Orbitz dan eDreams boleh membantu anda mendapatkan senarai penerbangan yang terendah. Gunakan pilihan ‘search everywhere’ dan anda bersedia untuk membandingkan harga paling jimat untuk destinasi anda.

JIMATKAN PERCUTIAN ANDATIP & RAhSIA UNTUK

Page 11: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

JILID 2 | MAC - APR 201620 JILID 2 | MAC - APR 2016 21

ALAT PINTAR KESIHATAN MEMBANTU HIDUP LEBIH SIHAT

BICARA SIhAt

Dalam dunia yang serba canggih ini, pelbagai alat pintar kesihatan turut tersedia untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada anda sama ada di rumah atau di mana sahaja. Mari kita lihat antara yang menarik di bawah.

Vessyl CupBukan sekadar cawan tetapi ia adalah cawan pintar yang boleh menganalisis jenis minuman yang anda minum dan memberitahu kandungan gula, kalori, lemak dan kafein yang terkandung di dalamnya, malah turut mengenal pasti nama minuman tersebut. Anda kemudian boleh terus menyelaraskan maklumat itu ke dalam telefon pintar anda.

CueMakmal perubatan kini berada di rumah anda! Cue, alat yang boleh mengecam tahap testosteron, radang, Vitamin D dan kesuburan dengan hanya mengambil sedikit darah, air liur atau sampel usapan hidung. Ia kemudian boleh dihubungkan ke telefon pintar anda.

PERESAnda seorang yang suka makan di luar? Nah, alat ini amat sesuai untuk menilai kebersihan

makanan yang kita makan apabila berada di restoran atau di gerai-gerai makan. Ia

membantu menentukan kualiti dan kesegaran daging yang dimakan bagi mengelakkan

keracunan makanan.

Kinsa‘Jangka suhu terpintar

di dunia’ ini berfungsi seperti jangka suhu lain

tetapi memudahkan anda mengambil suhu anak

kecil dengan aplikasi yang membantu menenangkan

mereka. Aplikasi ini turut membantu mengesan

perubahan dan membolehkan maklumat

itu diserahkan kepada pakar perubatan anda.

TellSpecAlat bioteknologi yang boleh menyenaraikan kandungan makanan ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap pelbagai makanan atau mereka yang ingin mengawal diet pemakanan. Anda hanya perlu menghalakannya pada makanan dan ia akan menghantar analisis kepada aplikasi telefon pintar anda.

HAPIforkSatu lagi alat yang sangat menarik dan pintar, mengajar anda mengamalkan tabiat makan yang sihat. Garpu ini akan menyala jika anda makan terlalu cepat, jadi anda harus memperlahankannya. Hubungkan ke telefon pintar anda dan lihat statistik cara pemakanan anda.

BedditKini anda boleh mendapatkan tidur

yang berkualiti dengan alat sensor ini. Hanya letakkan di bawah cadar dan

ia akan mengesan pernafasan, kadar degupan jantung, pergerakan, dengkuran,

persekitaran dan corak tidur anda. Kemudian, ia akan menghantar data tersebut kepada telefon pintar anda

dan akan memberikan tip peribadi untuk membantu anda tidur dengan

lebih baik lagi.

Skulpt AimBagi mereka yang serius menjaga otot dan

mengurangkan berat badan, alat ini amat sesuai kerana ia akan mengukur kualiti otot dan peratus lemak di

tubuh serta memberikan penunjuk yang jelas mengenai kemajuan program kecergasan anda.

Page 12: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

JILID 2 | MAC - APR 201622 JILID 2 | MAC - APR 2016 23

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

PaHang - PuSat ServiS PrOtOn eDar - kuantan

PUSAT SeRVIS PROTON eDAR - KUANTAN

PT 7138, SemambuIndustrial Estate25350 Kuantan, PahangTel 09 566 1611 / 09-566 1411Faks 09 566 1413Juruteknik | 17 Orang hoist | 17 Unit

terengganu - PuSat ServiS PrOtOn eDar - kuaLa terengganu

PUSAT SeRVIS PROTON eDAR - KUALA TeReNggANU

LOT 14947, Kampung Padang MidinJalan Kuala Berang21400 Kuala TerengganuTel 09 631 8181Faks 09 631 8182Juruteknik | 9 Orang hoist | 13 Unit

PUSAT SeRVIS PROTON eDAR - KOTA BhARU

Lot 249-253, Seksyen 25Langgar, Jalan Sultan Yahya Petra15200 Kota Bharu, KelantanTel 09 743 5858Faks 09 744 9442Juruteknik | 13 Orang hoist | 13 Unit

keLantan - PuSat ServiS PrOtOn eDar - kOta BHaru

PILIhAN SERvIS ANDA

Page 13: JILID 2 - SPANCO · 2016-05-09 · JILID 2 | MAC - APR 2016 3 Bicara Sihat 20 Alat Pintar Kesihatan Membantu Hidup Lebih Sihat Libur Destinasi Pilihan Servis Anda 22 Pahang, Kelantan

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

Weaving_Prihatin.pdf 1 5/5/16 12:03 PM