jenis-jenis kitab hadis

21
8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 1/21 Jenis-Jenis Kitab-Kitab Hadis  Dipetik dari web: www.darulkautsar.net Berikut adalah 29 jenis kitab hadis: 1) Jami’/ jawami’ 2) Sunan/ ahkam 3) Mathani/ musnad 4) Ma’ajim/ mu’jam 5) Masyikhat 6) Ajza’/ rasail 7) Arbainat 8) Afrad dan Gharaaib 9) Mustadrak 10) Mustakhraj 11) ’ilal 12) Atraf 13) Tarajim 14) Ta’aliq 15) Taghrib wa tarhib 16) Mursalsalat 17) Tsulasiyyat 18) Al-amali 19) Zawaid 20) Al-Mukhtasarat 21) Takharij 22) Syarhul atsar 23) Asbab nuzul hadis 24) At-tartib 25) At-Ta’liq 26) Al-Mawdhu`at

Upload: darulkautsar

Post on 30-May-2018

471 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 1/21

Jenis-Jenis Kitab-Kitab Hadis

  Dipetik dari web: www.darulkautsar.net 

Berikut adalah 29 jenis kitab hadis:

1) Jami’/ jawami’ 

2) Sunan/ ahkam

3) Mathani/ musnad

4) Ma’ajim/ mu’jam

5) Masyikhat

6) Ajza’/ rasail

7) Arbainat

8) Afrad dan Gharaaib

9) Mustadrak

10) Mustakhraj

11) ’ilal

12) Atraf 

13) Tarajim

14) Ta’aliq

15) Taghrib wa tarhib

16) Mursalsalat

17) Tsulasiyyat

18) Al-amali

19) Zawaid

20) Al-Mukhtasarat

21) Takharij

22) Syarhul atsar

23) Asbab nuzul hadis

24) At-tartib

25) At-Ta’liq

26) Al-Mawdhu`at

Page 2: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 2/21

27) Al-ma’thurat

28) an-Nasikh wal Mansukh

29) Mutasyabih/ Musykil hadis

1) Jami’ atau Jawami’ 

Penulisan Jami` bermaksud menghimpunkan hadis-hadis berkenaan dengan bidang

aqidah, ahkam, riqaq, adab, tafsir, tarikh dan sirah, fitan dan manaqib.

 

Kitab hadis Sahih Bukhari merupakan salah satu kitab yang digelar kitab Jami’ (atau

Jawami’) . Untuk dipanggil sesebuah kitab hadis sebagai  Jami ’ sebuah kitab

hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya lapan bidang . Di kalangan ulama

ada yang menyusun hadis-hadis dalam bidang-bidang ini secara berasingan.

Antaranya ialah:

1. Aqaid (akidah): Contohnya: Kitab al-Tauhid  karangan Abu Bakar Ibn Abi

Khuzaimah, Kitab al-Asma wa al-Sifat oleh al-Baihaqi

 

2. Ahkam: Kitab hadis hukum yang disusun seperti dalam kitab-kitab fiqh

seperti Bulugh maram dan Umdatul ahkam. 

3. Riqaq ( raqaaiq) : dinamakan juga sebagai Ilmu al-Suluk wa al-Zuhd iaitu

menyebut tentang peringatan di hari akhirat dan azab kubur yang akan

melembutkan hati sesiapa yang mendengarnya dan menjadikannya seorang

yang zuhud.

Page 3: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 3/21

Contohnya: Kitab Zuhud oleh Abdullah Ibn Mubarak, Imam Ahmad

4. Adab: Adab sopan, adab tidur, adab solat, adab makan dan sebagainya.

Contohnya kitab al- Adab al-Mufrad  oleh al-Bukhari dan Kitab Syamail  oleh

Tirmizi

5. Tafsir: Hadis-hadis yang mentafsirkan al-Quran.

Contohnya kitab Tafsir ibn Mardawaih, ibn Jarir at-Tabari , Tafsir al-Dailami  

dan Tafsir Jailani .

6. Tarikh: Sejarah

Terbahagi kepada dua jenis:

a- Sejarah tentang kejadian alam ( bada’ al-khalq) seperti kejadian langit dan

bumi,syurga,neraka,jin,syaitan, malaikat dan sebagainya

b- Sejarah tentang kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sepertiSirah Ibn Hisyam, Sirah Mulla Umar ,dan sebagainya.

7. al-Fitan iaitu fitnah-fitnah yang muncul di akhir zaman bermula selepas

kewafatan Rasulullah s.a.w. Contohnya, kitab Muin bin Hammad (guru al-

Bukhari) tentang Dajjal, turunnya nabi Isa as, kemunculan Imam Mahdi, dan

sebagainya. Beliau telah mencampuradukkan antara yang sahih dan tidak

sahih.

 

8. Manaqib (tentang kelebihan seseorang seperti Abu Bakar,Umar,Uthman,dan

Ali, tabi’in, ahlul bait, isteri-isteri Rasulullah s.a.w., Nawasib dan sebagainya)

Page 4: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 4/21

contohnya, al-Riyadh al-Nadhirah Fi   Manaqib al-`Asyarah oleh Muhib al-

Tabari, Zakhair al-`Uqba Fi Manaqib Zawi al-Qurba dan lain-lain.[1]

Antara kitab-kitab hadis yang termasuk dalam kategori ini ialah Sahih al-

Bukhari   Jami’ al-Tirmizi, Sahih Muslim, Misykat al-Masabih, Jami` Suyfan al-

Thauri, Jami`  Abdul Razzaq bin Hammam al-San`ani, Jami’ al-Darimi , dan

lain-lain.

Kitab Sahih Muslim pula terdapat pertikaian tentangnya. Jumhur ulama mengatakan

ianya termasuk kitab Jami’ namun sebahagian yang lain menyatakan tidak kerana

hadis-hadis tafsir di dalam kitabnya terlalu sedikit.

2) al-Sunan dan al-Ahkam 

Ianya disusun mengikut tertib fiqh yang bermula dengan bab Taharah, sembahyang

dan seterusnya. Walaubagaimanapun di dalam sunan sendiri ianya tidak hanya

memuatkan tentang hukum-hakam tetapi ada juga perkara-perkara lain yangdibincangkan.

Contoh kitab-kitab yang termasuk dalam kategori ini ialah: Sunan al-Nasai’e, Jami`

al-Tarmizi, Sunan Ibn Majah, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Daruqutni , Sunan Abi Ali 

bin al-Sakan dan lain-lain.

3- Masanid dan Musnad 

Penulisan Musnad bermaksud menyusun hadis-hadis mengikut nama-nama sahabat.

Sama ada mengikut susunan abjad atau terdahulu memeluk Islam.

Page 5: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 5/21

Imam Ahmad yang menulis musnad telah mendahulukan hadis-hadis Abu Bakar

daripada hadis-hadis sahabat yang lain.

Antara cara penyusunan musnad:

1. memuatkan hadis-hadis tentang 10 orang sahabat yang dijamin masuk

syurga, atau tentang khalifah yang empat.

2. mengikut siapa yang lebih dahulu yang memeluk Islam. 

3. dengan melihat siapakah ahli Badar/ Hudaibiah dahulu. 

4. dengan melihat siapakah yang memeluk Islam terlebih dahulu ketika

Pembukaan Mekah. 

5. dengan melihat lelaki dahulu perlu diutamakan. Tetapi dari kalangan wanita

pula isteri-isteri nabi diutamakan terlebih dahulu. 

6. atau dengan melihat jenis qabilah (qabilah bani Hasyim didahulukan).

Di dalam musnad juga taraf hadis tidak diambil kira. Ia cuma mengumpulkan

sebanyak mungkin hadis-hadis yang menerangkan tentang sesuatu perkara.

Namun begitu musnad yang paling sahih adalah Musnad Ahmad kerana beliautelah menyaring hadis-hadisnya. Kebanyakan ulama salaf menulis hadis-hadis

dalam bentuk musnad.[2]

 

4- Ma’ajim dan mu’jam 

Mu’jam pula disusun mengikut tertib huruf ejaan, atau mengikut susunan nama

guru-guru mereka. Nama guru-guru mereka pula disusun mengikut ejaan nama atau

kelebihan mereka.

Page 6: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 6/21

Mu’jam juga hanya mengumpulkan hadis-hadis nabi saw tanpa melihat taraf hadis-

hadisnya.

Contoh kitab-kitab mu’jam ialah Mu’jam Tabrani, Mu’jam kabir, Mu’jam as-Sayuti ,

dan Mu’jam as-Saghrir , Mu’jam Abi Bakr, ibn Mubarak , dan sebagainya.

Kitab rijal yang mengumpulkan orang-orang yang tersebut dalam meriwayatkan

hadis-hadis nabi s.a.w. mengikiut ejaan bersama dengan kuniyyahnya. Ini semua

adalah untuk memastikan kesahihan sesebuah hadis. Golongan. Orientalis sendiri

mengakui kehebatan ilmu hadis. [3]

5- Masyikhat 

Di dalam penulisan masyikhat, hadis-hadis dikumpul dari seorang syeikh sama ada

dia mengumpulkan sendiri hadis tersebut atau orang lain yang mengumpulkannya.

Contohnya, Masyikhat  Ibn al-Bukhari, yang dibuat tambahan oleh Hafiz al-Mizzi,

Masyikhah Ibn Syadam al-Kubra dan al-Sughra, dan dibuat tambahan oleh al-`Iraqi.

Ali bin Anjab al-Baghdadi mempunyai 20 jilid kitab masyikhat.

Antara kitab Masyikhat yang disebutkan juga ma’ajim seperti Mu’jam al-Sayut i, Abu

Bakar Ibn Mubarak. Kitab yang ada sanad pula seperti Musnad al-Firdaus oleh al-

Dailami,

Istilah lain bagi mu’jam dengan makna kamus dan bukannya bermaksud penulisan

hadis. Ada juga yang menyebut mu’jam itu sebagai kamus geografi yang menyebut

tentang geografi sesuatu tempat seperti Mu`jam al-Buldan oleh Yaqut al-Hamawi.

Ada juga yang mengumpulkan tentang biografi seseorang tokoh di dalam kitab

mu’jamnya seperti al-Mu`jam fi Athar Muluk al-`Ajam.

Page 7: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 7/21

6- Ajza’/ Rasail 

Hadis-hadis yang dikumpulkan berhubung dengan sesuatu perkara atau tajuk seperti

Raf` al-Yadaian oleh al-Bukhari. Dalam kitab ini beliau mengemukakan hadis-hadis

tentang mengangkat tangan tanpa membahaskan kedudukan hadis-hadis tersebut

samada mansukh, syaz, atau mujmal dan sebagainya.

Contoh-contoh lain seperti Juz al-Niyyah oleh Ibn Abi al-Dunya, Juz al-Qira’ah Khalf 

al-Imam oleh al-Baihaqi[4],  Juz Fadhail Ahl al-Bait oleh Abu al-Husin al-Bazzar, Juz 

al-Munziri Fi Man Ghufira Lah Ma Taqaddama Min Zanbih, Juz Asma al-Mudallisin[5] 

dan Juz `Amal al-Yaum wa al-Lail .

Tujuan kitab Rasail ini ditulis adalah:

1- Untuk membuktikan sesuatu perkara itu sabit daripada Rasulullah s.a.w dengan

mengumpulkan pelbagai riwayat tanpa mengira kedudukan hadis-hadis tersebut.

2- Supaya lebih mudah untuk membuat kajian terhadap sesuatu perkara.

7- Arbainat 

Kitab-kitab hadis yang mengumpulkan hadis sebanyak 40 buah hadis. Usaha ini

dilakukan berpandukan hadis riwayat dari Abu al-Darda’ yang disebut oleh al-

Baihaqi: “Sesiapa yang hafal untuk ummatku 40 hadis berhubung urusan agamanya,

Allah akan bangkitkannya nanti sebagai seorang faqih dan aku (Muhammad) pada

hari kiamat nanti akan menjadi syafaat kepadanya”. Imam Ahmad berkata, hadis ni

masyhur tetapi tidak sabit.

Page 8: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 8/21

Hadis-hadis dikumpul dalam bentuk ini juga disebabkan ianya termasuk dalam bab

fadhail seperti pendapat al-Nawawi.

Abdullah bin Mubarak adalah orang pertama yang menulis kitab arbainat ini.

Ibn Hajar pula telah menulis 2 kitab Arbain. Kitab Arba`inat yang paling mashyur

ialah karangan al-Nawawi. Antara syarahnya pula ialah Syarah Ibn  Rajab, Syarah

Mulla Ali al-Qari dan lain-lain.

Ada juga ulama yang mengumpul Hadis 40 berkenaan tauhid, mensabitkan sifat-sifat

Allah, hadis hukum, hadis-hadis yang sanadnya semua sahih, mengumpulkan hadis-

hadis yang mempunya lafaz panjang, mengumpul hadis-hadis yang mengambil

hadis-hadis tersebut dari 40 tokoh ulama atau 40 orang sahabat. Ada juga hadis-

hadis dikumpulkan mengikut keturunan yang sama, dan ada juga kumpul hadis yang

sanadnya hanya ‘daripada Malik daripada Nafi` daripada Ibn Umar’ sahaja.

Selain itu ada hadis-hadis dikumpul tentang jihad dan hadis-hadis yang mengatakan

ketika berdoa tangannya diangkat. Ibn Hajar pula mengumpulkan hadis-hadis yang

diambil dari Sahih Muslim yang mana hadis-hadisnya lebih tinggi sanadnya dari

Bukhari.

8- Afrad dan Gharaaib 

Penulisan tentang hadis-hadis yang hanya terdapat pada seorang syaikh tetapi tidak

ada pada syaikh yang lain. Tegasnya hadis-hadis yang mempunyai seorang perawi

sahaja pada setiap generasi sama ada:

Fard nisbi atau fard mutlak (seorang sahaja yang meriwayatkannya dari sahabat).

9- Mustadrak 

Page 9: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 9/21

Iaitu kitab hadis yang mengumpulkan hadis-hadis yang tidak disebutkan oleh

seseorang pengarang sebelumnya secara sengaja atau tidak. Contohnya kitab

Mustadarak al-Hakim setebal 4 jilid di mana hadis-hadis tersebut dikumpul menepati

syarat-syarat yang digunakan oleh Bukhari dan Muslim.

Kitab ini tidak boleh dibaca begitu sahaja, tetapi mesti bersama dengan takhrijnya

oleh al-Zahabi.

Antara contoh kitab-kitab mustadrak yang lain adalah seperti Mustadrak Hafiz 

 Ahmad al-Maliki.

Di dalam kitab masyikhat ianya dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian ketiga

tersebut adalah tentang Mustadrak. Oleh itu kitab Mustadrak boleh dikatakan kitab

Masyikhat.

Tujuan penyusunan kitab Mustadarak ialah:

Supaya kita tidak menganggap hadis sahih hanyalah apa yang terkandung di dalam

Sahih al-Bukhari dan Muslim sahaja.

10- Mustakhraj 

Mengumpulkan hadis-hadis yang sama dalam satu kitab tetapi sanadnya berlainan di

mana sanadnya bertemu dengan syeikh kitab asalnya (gurunya) seperti hadis

tentang niat.

Page 10: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 10/21

Contoh kitab Mustakhraj ialah Mustakhraj Abu ‘Awanah `Ala Sahih Muslim.

Ada juga yang hanya membawa hadis-hadis tersebut tetapi tidak membawa

sanadnya. Beliau cuma menyebut kitab-kitab yang menyebut tentang perawinya.

Tujuannya adalah: Supaya hadis-hadis tersebut akan lebih meyakinkan tambahan

pula jika lafaznya hampir sama antara satu sama lain.

Contoh lain pula ialah Mustakhraj ala Sahihain:

1) Mustakhraj atas kitab Sahih Muslim oleh Abu Ja`far bin Hamdan, Abu Bakar al-

Jauzaqi, Abi Imran Musa bin Abbas, Abi Said bin Utsman dan sebagainya.

2) Mustkhraj ke atas Bukhari sahaja seperti karangan al-Ismaili, Abu Abdillah dan

lain-lain.

3) Mustakhraj ke atas Bukhari dan Muslim pula seperti Mustakhraj oleh Abi Abdillah,

Abi Muhammad al-Khallan, Abi Bakar al-Siraji, dan sebagainya.

Ada juga Mustakhraj atas al-Tirmizi oleh Abi Ali al-Tusi, Mustakhraj atas Abu Daud,

Kitab al-Tauhid  karangan Ibn Khuzaimah. Bagaimanapun mereka tidak beriltizam

tentang kesahihannya.

Ada juga yang mentakrifkan Mustakhraj yang mana sanadnya bertemu dengan

tabi`in tetapi ada iktilaf mengenainya.

Page 11: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 11/21

 

Faedah penyusunan kitab Mustakhraj:

 

1-Ketinggian sanad- ia ditulis untuk menunjukkan sanadnya lebih tinggi dari kitab

asal seperti Muslim. Contoh Abu `Awanah dalam kitabnya Mustakhraj Abu ‘Awanah

yang mengambil sanad hadis tersebut atas lagi daripada guru Muslim.

2-Menunjukkan kekuatan hadis itu. Contohnya jika hadis itu hanya disebutkan di

dalam Sunan Abu Daud sahaja, tetapi tidak diriwayatkan oleh orang lain. Sekiranya

hadis tersebut terdapat dalam Sunan Abu Daud itu pula bertentangan dengan hadis

yang lain, maka ia perlukan penguat. Dengan adanya kitab Mustakhraj, kita dapatmencari penguat-penguatnya yang lain supaya proses pentarjihan dapat dilakukan

dengan baik. Oleh itu, kitab Mustakhraj penting sebagai penguat apabila riwayatnya

bertentangan dengan riwayat yang lebih kuat.

3-Menerangkan sanad yang tidak jelas. Contohnya pada peringkat permulaan

seseorang perawi itu masih kuat ingatannya tetapi semasa menghampiri akhir

hayatnya ia menjadi seorang yang mukhtalit (nyanyuk). Dengan itu dapat dipastikan

bilakah sesebuah hadis itu diambil samada ketika ingatannya masih kuat atau

selepas menjadi nyanyuk. Contohnya perawi Bukhari dan Muslim, Hisyam bin Urwah

bin Zubair yang nyanyuk selepas berhijrah ke Iraq.

 

4-Kitab asal riwayat dari mudallis yang dikira daif sekiranya menggunakan lafaz ‘an.

tetapi dengan adanya Mustakhraj, adanya sanad lain yang mengunakan lafaz yang

menunjukkan dengan jelas yang dia mendengar hadis.

5-Riwayat secara mubham- iaitu perawi yang tidak dijelaskan namanya seperti

 ‘haddatsana rajulun min ahli bait’ . Tidak diketahui siapa ‘rajulun’ itu? Nama perawi

mubham akan diketahui apabila memeriksa kitab Mustakhraj.

Page 12: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 12/21

6-Mengetahui siapakah orang yang disebut namanya secara muhmal  tanpa

kunyahnya-contoh Muhammad. Muhammad yang mana?

7-Isnad asal ada `illah yang sukar untuk diselesaikan tanpa berpandukan kepada

riwayat yang bebas `illah. Contohnya perawi tersebut dituduh sebagai Syiah,

Irja’[6]dan sebagainya.

11-`Ilal 

Sesebuah kitab yang menyebut tentang penyakit pada riwayat trsebut pada

matannya atau sanadnya. Contohnya kitab al`Ilal  karangan Ibn al-Jawzi dan

Muhammad Abu Hatim al-Razi yang mengikut susunan bab-bab fiqh.

12-Atraf  

Kitab yang mana menyebut sebahagian dari hadis sama ada menyebut

permulaannya sahaja, di tengah-tengahnya, atau diakhir sahaja. Hal ini banyak

dilakukan terutama oleh Bukhari untuk mengeluarkan sesuatu hukum dari sesebuah

hadis.

Ada juga Atraf Sunan Abi Daud, Jami’ al-Tirmizi dan Sunan al-Nasa’i dan sebagainya.

Ibn Hajar al-Asqalani pula ada mengarang kitab yang berjudul Ithaf  al-Mahara  Bi 

  Atraf al-`Asyarah yang mengumpulkan 10 buah kitab hadis di dalamnya berserta

sanadnya iaitu:

Page 13: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 13/21

1-al-Muwatta’ 

2-Musnad Ahmad

3-Musnad al-Syafi`e

4-Sahih Ibn Khuzaimah5-Mustadrak al-Hakim

6-Sunan al-Daruqutni

7-Jami’ al-Darimi

8- Muntaqa Ibn al-Jarud

9-Sahih Ibn Hibban

10-Mustakhraj Abi Awanah

13-Tarajim 

Penulisan yang mengumpulkan hadis-hadis dari sanad-sanad yang tertentu seperti

 “Malik daripada Nafi` daripada Ibn Umar.” 

14- Ta’aliq 

Penulisan yang mengumpulkan hadis-hadis dari sesebuah kitab tanpa menyebutkan

sanad seperti yang disebut oleh Bukhari secara ta’liq.[7] 

15- Taghrib Wa Tarhib

Hadis-hadis tentang galakan dan ancaman terhadap sesuatu perkara. Contohnya,

Targhib al-Solat karangan al-Baihaqi, al-Targhib wa al-Rahib oleh Ibn al-Munzir.

Page 14: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 14/21

Termasuk dalam kategori ini ialah kelebihan amalan khusus seperti Fadhail al-Jihad 

Ibn Syaddad al-Musuli dan Fadhail al-A`mal oleh Ibn Zanjuwaih

16-Musalsalat 

Hadis yang mengumpulkan isnad yang disebut secara berturut-turut seperti

semuanya dengan lafaz sami’tu, sami’tu hinggalah akhir sanad. Ada juga riwayat

yang mana perawi meriwayatkan hadis-hadis dengan memegang janggut kerana

semasa Nabi s.a.w. meriwayatkannya, baginda memegang janggutnya.

Musalsalat ini termasuk dari sudut Qauli (ucapan) atau Fi’li (perbuatan) Nabi s.a.w.

 

Contohnya seseorang perawi itu akan memberi buah tamar dahulu kepada

seseorang itu sebelum dia meriwayatkannya kepada orang tersebut sepertimana

Nabi s.a.w. meriwayatkan hadis tersebut pada asalnya.

 

17-Thulathiyyat 

Hadis yang mempunyai jumlah perawinya hanya 3 orang sahaja antaranya dan Nabi

s.a.w. (sanadnya pendek). Contohnya seperti thulathiyyat Bukhari, Muslim, dan

sebagainya. Ada juga hadis berbentuk ruba’iyat (empat orang perawi) dan thunaiiyat 

(dua orang perawi)

18-al-Amali 

Page 15: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 15/21

Kitab yang ditulis oleh seseorang anak murid daripada syaikh yang mendiktekkan

hadis. Contohnya dia mengatakan kitab ini adalah yang dibaca oleh syaikh dan

dicatat oleh muridnya. Imlak ini berdasarkan kepada tulisan, kitab atau ingatan.

19-Zawaid 

Hadis yang dikumpul sebagai tambahan dari kitab asal tetapi syarat-syarat

pengumpulannya sama dengan kitab asal. Contohnya kitab Zawa’id Ibn Hibban Ala

al-Sahihain oleh Ibn al-Mughalta’i, Zawa’id Sunan al-Baihaqi al-Kubra, Zawa’id Imam

 Ahmad  dan Zawa’id Abi Ya l̀a. Walaubagaimanapun, kitab Zawaid tidak setaraf 

dengan kitab asalnya.

20-al-Mukhtasarat 

Penulisan yang berbenutuk saringan dan ringkasan kepada sesebuah kitab.

21-Takhrij 

Kitab yang membahaskan hadis-hadis yang hanya disebutkan dalam sesebuah kitab

di mana hadis-hadis tersebut tidak dihukum oleh pengarang asalnya seperti yang

dibuat oleh al-`Iraqi terhadap kitab Ihya al-Ghazzali. Begitu juga dengan takhrij

terhadap kitab Tafsir Kasyaf .Contoh lain ialah takhrij hadis Tirmizi.

Page 16: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 16/21

Salah satu keistimewaan Jami` al-Tirmizi ialah apabila Imam al-Tirmizi selesai

mengemukakan sesebuah hadis seperti hadis daripada Abu Hurairah, diakhirnya

beliau akan mengatakan seperti “dalam bab ini, ia juga diriwayatkan oleh Ali, Ibn

Abbas, Ibn Mas`ud, al-Zubair dan lain-lain tanpa mengemukakan sanadnya secaralengkap. Oleh itu ulama mengarang kitab-kitab lain secara khusus untuk

menyebutkan kembali sanad yang tidak disebutkan oleh Imam al-Tirmizi.

22-Syarh al-Atsar 

Kitab-kitab yang mengumpulkan atsar-atsar sahabat. Di dalam bab hukum-hakam

pula kitab yang masyhur ialah Syarhu Ma’ani Athar oleh Imam al-Tahawi. Kitab ini

telah disyarah oleh Amir Jamaah Tabligh, Maulana Muhammad Yusuf yang

mengarang kitab Hayat al-Sahabat . Bagaimanapun, kitab syarah tersebut tidak

dapat disiapkan kerana ajal lebih dahulu menjemputnya. Di antara kitab-kitab yang

lebih lama pula ialah Musannaf Ibn  Abi Syaibah yang mengandungi banyak atsar-

atsar sahabat.

Faedah penyusunan kitab syarah atsar ialah:

 

Memudahkan proses pentarjihan hadis. Contohnya tentang hadis jilatan anjing. Ada

yang berpendapat wajib membasuh sebanyak 7 kali, salah satu dengan tanah. Ada

yang mengatakan tiga kali dan ada yang berpendapat sekali basuh sahaja.

Bagaimana mentarjihkan jika terdapat begitu banyak pandapat?

Antara caranya ialah dengan melihat pada atsar sahabat iaitu bagaimana

kebanyakan sahabat mengamalkannya.

Page 17: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 17/21

23- Asbab Wurud al-Hadith 

Penulisan kitab hadis tentang sebab-sebab hadis disabdakan. Antara ulama yang

menulis kitab seperti ini ialah Taqiyudiin Ibn Daqiq al-‘Iid, Abi Ya`ala, Ibn Hamzah

al-Husaini, dan sebagainya. Amatlah penting bagi kita untuk mengetahui latar

belakang kenapa sesebuah hadis itu datang supaya tidak berlaku salah faham dan

tafsiran.

Contohnya:

1- Tentang hadis Nabi s.a.w. melarang makan di atas meja. Sekiranya kita tidak

mengetahui sebab-sebabnya, pastinya kita juga di zaman sekarang ini tidak akan

makan di atas meja. Tetapi baginda melarangnya pada masa itu ialah untuk

menghapuskan budaya orang-orang bangsawan yang sombong kerana mereka

menganggap meletak dan makan makanan di atas lantai itu adalah taraf orang

miskin dan tidak layak bagi mereka.

2- Nabi s.a.w. mengatakan bahawa sesiapa yang melabuhkan kain melebihi buku lali

akan masuk neraka atau Allah s.w.t. tidak memandang kepada mereka di akhirat

nanti.

3-Sesiapa yang berbekam maka batal puasanya. Bagi Imam Ahmad, beliau hanya

berpegang dengan zahir hadis tersebut sahaja iaitu memang batal puasanya, tetapi

Imam al-Syafi`e mengatakan tidak kerana hadis tersebut ada latar belakangnya.

Sebenarnya terbatalnya puasa tersebut merujuk kepada terhapusnya atau batalnya

pahala orang yang berbekam tersebut kerana pada masa itu mereka yang

membekam dan dibekam itu sedang mengumpat.

Page 18: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 18/21

24- al-Tartib

 

Oleh kerana ada sesetengah kitab hadis yang ditulis tidak mengikut susunan atau

bab yang tertentu, maka ada ulama lain yang menyusun kembali hadis-hadis

tersebut mengikut bab-bab yang tertentu.

Tujuannya ialah supaya senang untuk membuat rujukan serta mencari hadis yang

terdapat di dalamnya. Contohnya, seperti Musnad Imam Ahmad yang tidak tersusun

mengikut bab-bab tertentu. Ini kerana kaedah penyusunan musnad adalah dibuatmengikut susunan nama sahabat yang meriwayatkan sesebuah hadis. Antara ulama

yang menyusun kitab tartib ialah bapa kepada Hasan al-Banna, Abdul Rahman al-

Banna yang menyusun Tartib Musnad  Imam Ahmad mengikut tartib fiqh. Nama kitab

tersebut ialah al-Fath al-Rabbani Fi Tartib Musnad Ahmad al-Syaibani . Tetapi kitab

tersebut juga tidak siap kerana beliau meninggal dunia terlebih dahulu.

Contoh-contoh lainya seperti Tartib kitab al-Umm, Tartib Musnad Ahmad  oleh Ibn

Kathir dan lain-lain.

25- At-Ta’lif `ala Huruf fil mu’jam 

Penulisan hadis berdasarkan kepada huruf yang pertama iaitu bermula dengan huruf 

alif, ba’ dan seterusnya. Contohnya, al-Jami` al-Saghir  karangan al-Suyuti,al-

Maqasid al-Hasanah oleh al-Sakhawi, al-Maudhu`at al-Kubra dan al-Maudhu`at al-

Sughra oleh Mulla Ali al-Qari.

Page 19: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 19/21

26- Al-Muadu’at

 

Kumpulan hadis-hadis maudu’ iaitu menghimpunkan hadis-hadis palsu. Antara ulama

yang menyusun hadis-hadis palsu dan mendedahkan kedudukannya termasuklah Ibn

al-Jauzi, al-Suyuti, al-Syaukani, Muhammad bin Tahir al-Fattani dan lain-lain.

Sementera kitab yang menyebutkan perawi-perawi yang melakukan pendustaan dan

perawi yang dhaif ialah al-Kamil oleh Ibn Adi, al-Dhu`afa wa al-Matrukin, Mizan al-

I`tidal oleh al-Zahabi, Lisan al-Mizan oleh Ibn Hajar dan lain-lain lagi.

27- Al-Ma’thurat 

Kitab tentang doa-doa yang mathur iaitu doa yang terdapat di dalam hadis-hadis

Rasulullah s.aw.seperti al-Azkar karangan Imam al-Nawawi,  Amal al-Yaum wa al-

Lailah oleh al-Munziri dan sebagainya.

28- al-Nasikh wa al-Mansukh 

Mengumpulkan hadis yang nasikh dan mansukh. Contoh tentang solat dengan

memakai selipar yang sudah mansukh, Rasulullah s.a.w. sembahyang lepas asar dan

subuh (mansukh), mut’ah (mansukh), angkat tangan lepas bangun dari sujud yang

pertama (sudah mansukh) tetapi tetap dilakukan oleh Syi`ah. Antara ulama yang

menulis tentangnya seperti Qasim bin Asbagh, al-Nuhhas, Abu `Ubaid, Ibn al-Anbari,

al-Hazimi, Ibn al-Jauzi dan Ibn Shahin. Orang pertama yang menulis kitab tentang

hadis-hadis mansukh ialah Muhammad bin Syihab al-Zuhri.

Page 20: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 20/21

29- Mutasyabih/ Musykil hadis

Penulisan ini mengumpulkan hadis-hadis yang sukar untuk difahami sebagai terdapat

di dalam al-Quran beberapa ayat yang samar-samar. Contohnya, hadis neraka tidak

akan penuh selagi Allah tidak letakkan tapak kaki-Nya sehinggalah neraka berkata,

cukuplah, cukuplah. Antara kitab yang baik iaitu Musykil al-Hadith wa Bayanuhu

hadis karangan Ibn Furak dan Takwil   Muktalif al-Hadith karangan Ibn Qutaibah.

Jawapan bagi kemusykilan di atas ialah perkataan “qadam” dalam hadis tersebut

adalah mutasyabih. “Qadam” itu tak semestinya bermakna tapak kaki akan tetapi ia

bermakna keputusan atau taqdir Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya.

(Saringan dan adaptasi dari “Muqaddimah Lami` al-Darari Ala Jami` al-Bukhari” karangan

Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi oleh Ust Muhammad Hanief Awang Yahya dan

Hakim-eze)

 

[1] Nawasib atau nasibi (golongan Syiah memanggil Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan nama nasibi di

dalam kitab-kitab muktabar mereka). Nasibi sebenarnya golongan-golongan yang berlebih-lebihan

terhadap Muawiyah. Imam al-Nasai’e dibunuh kerana menulis kitab berkenaan manaqib ahlul bait kerana

pada masa tersebut terlalu kuat pengaruh Nawasib.

2. Kata Imam Ahmad “al-hadisu daif aqwal min ra’yu” Maksudnya hadis daif itu lebih baik dari pendapat

akal. Kenapa hadis itu daif lebih baik dari ra’yu?

Jawab: Ini kerana, hadis daif itu walaupun ianya daif tetapi ianya adalah kata-kata yang berkemungkinan

datangnya dari nabi s.a.w. yang ma’sum. Sebenarnya hadis itu daif disebabkan kecacatan pada sanadnya

atau perawinya. Akan tetapi ra’yu pula berada dalam keterbukaan yang luas untuk berlakunya kesalahan,

kerana akal manusia itu amatlah terbatas.

Page 21: Jenis-Jenis Kitab Hadis

8/14/2019 Jenis-Jenis Kitab Hadis

http://slidepdf.com/reader/full/jenis-jenis-kitab-hadis 21/21

3. Ingatlah Imam al-Bukhari sendiri kencing berdarah dalam mengkaji hadis . Imam Muslim pula

meninggal dunia disebabkan tidak cukup makan, mati dalam lautan ilmu.

4. Di dalam masalah bacaan makmun di belakang imam, Abu Hanifah dan pengikut-pengikutnya

berpendapat bacaan imam itu sudah menjadi bacaan mereka.

5. Perawi-perawi yang melakukan Tadlis iaitu mereka yang menyembunyi nama-nama guru mereka di

dalam periwayatan hadis.

[6] Irja’, fahaman yang mengatakan keimanan tidak akan terjejas kerana maksiat dilakukan.

[7] Membuang sanad daripada matan dengan mengekalkan perawi teratas atau tidak.