agung warisan berharga -...

1
ABO RAZAK MUTHALIB FIKRAH , I Penulis ialah Master Trainer di Akademi Magnet Sukses. Grad uan Ij azah Sarjana Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa. agung wa risan berharga SAHIH AL-BUKHARI &SAHIH MUSLIM, PENINGGALAN TOKOH YANG ALLAH ANUGERAHKAN BUAT UMAT "KITAB" dalam bahasa Arab bermaksud buku (pJuran . Manakala "kutub" pula merujuk kepada banyak buku (singuJar) bermula dari tiga ke atas. Dalam ilmu hadis ada satu istilah terkenal iaitu aJ../wtub aJ-sittah. Ia merujuk kepada enam kitab utama yang menjadi rujukan dalam had is . Enam kitab tersebut ialah: Sahih Al-Bukha ri Sahih Muslim Sunan Abu Daud Jami' Al-Tirmizi Sunan Al-Nasaie Sunan Ibn Majah Sa hih Al-Bukhari dan Sahih Musli m juga dikenali sebagai aJ- Sahihain bermaksud dua kitab hadis sahih. Manakala istilah Sunan aJ- Ar baa 'h merujuk kepada empat kitab yang lain iaitu Sunan Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. SAHIH AL-BUKHARI Tajuk lengkap kitab ini ialah aJ-Jami' aJ-Musnad aJ-Sahih aJ-Mukhtasar min umur RasuJuJilJah saJJaJJahu 'aJaihi wasaJJam wa sunanihi wa ayyamihi. Lebih terkenal dengan tajuk Sahih Al- Bukhari kerana disandarkan kepada penulisnya. Nama penulisnya ialah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah Al-Bukhari. AI-Bukhari ialah nisbah kepada tempat kelahiran beliau iaitu Bukhara. Dilahirkan pad a tahun 194H. Imam AI-Bukhari banyak mengembara ke serata tempat bertujuan menuntut ilmu khususnya berkaitan hadis. Beliau mengembara bertemu dengan ahli ha d is di Syam, Mesir, Basrah, Hijjaz , Kufah , Baghdad dan tempat-tempat lain lagi. Meninggal dunia pada ma la m Aidil fitri tahun 256H. Antara sumbangan terbesar Imam AI-Bukhari dalam dunia Islam ialah kitab Sahih AI-Bukhari. Sebuah kitab yang beliau syaratkan hanya menghimpunkan hadis Rasulullah SAW yang telah dipastikan mencapai tahap sahih. Beliau telah menghambakan dirinya selama 16 tahun bagi kerja-kerja ini. Setiap kali ingin menulis hadis, beliau akan berwuduk dan solat dua rakaat memohon petunjuk agar hadis yang dikumpulkan memang benar- benar sahih. Sahih AI-Bukhari ialah kitab pertama dalam sejarah yang menghimpunkan hadis sahih sahaja. Ia disebut sebagai kitab kedua paling sahih di atas muka bumi selepas al-Quran. Namun, bukan semua hadis sahih yang ada dimuatkan dalam kitab ini. Masih terdapat banyak lagi hadis sahih lain yang tidak dimasukkan dalam kitab beliau. Imam AI-Bukhari mengarang dan mengumpulkan hadis berdasarkan topik fiqah. Jumlah hadis yang dikumpulkan sebanyak 2602 hadis (tidak dikira hadis yang berulang-ulang di bab yang berbeza). Terdapat hadis sarna diulang- ulang dalam banyak bab kerana dalam satu hadis terse but mengandungi pelbagai hukum hakam yang berbeza. Penguasaan Imam AI-Bukhari bukan hanya semata-mata dalam menilai kesahihan hadis, bahkan beliau sangat menguasai hukum hakam yang boleh difahami daripada hadis tersebut. Kepakaran beliau dalam memahami hukum hakam fiqah ini dapat dilihat melalui caranya meletakkan nama bab dalam kitabnyC! atau ia disebut sebagai "terjemah". Jus teru, ada ungkapan yang terkenal iaitu fi qh aJ-8ukhari terletak pad a terjemahnya (nama-nama bab)". Cara Imam Al-Bukhari mengarang kitabnya dengan membahagikan kepada "kitab". Kitab ialah istilah yang digunakan bagi topik besar. Dalam setiap "kitab" pula dibahagikan kepada beberapa "bab" iaitu tajuk kecil (sub topik). Terdapat 97 kitab dan 3450 bab dalam Sahih al-Bukhari. Ramai ulama hadis menghuraikan ki tab S ah ih AI-Bukhari. A ntara yang popular ial ah kitab Fath aJ-8ari karangan AI-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani dan kitab Umdat aJ- Qari yang dikarang oleh Imam Badruddin "AI-'Aini. SAHIH MUSLIM Judul lengkap kitab Sahih Muslim ialah aJ -Jami' aJ-M usna d aJ-Sahih aJ- Mukhtasar min aJ-Sunan binaqJ i aJ-'Adli 'an aJ- AdJi 'an RasuJilJah saJJaJJahu 'aJaihi wasaJJam. Lebih dikenali dengan tajuk Sahih Muslim kerana disandarkan kepada nama penulisnya. Penulisnya ialah Muslim bin Hajjaj bin Muslim Al-Naisaburi. Dilahirkan di Naisabur pada tahun 206H dan meninggal pada tahun 261H. Mengembara menuntut ilmu di banyak tempat seperti Hijjaz, Syam, Mesir, Iraq dan lain-lain lagi. Imam Muslim juga mensyaratkan, beliau hanya mengumpul hadis-hadis yang dinilai sahih. sahaja di dalam kitabnya. Oleh sebab itu, Sahih Muslim berada dikedudukan kedua selepas Sahih AI-Bukhari kerana syarat Imam AI- Bukhari dalam menilai hadis sahih lebih lagi ketat berbanding Irriam Muslim. Sarna seperti Sahih Al-Bukhari, hadis- hadis dalam Sahih Muslim juga disusun mengikut bah-bab dalam hukum hakam fiqah. Cuma, perbezaannya ialah Imam Muslim tidak meletakkan apakah tajuk babnya seperti yang dilakukan oleh Imam AI-Bukhari. Walaupun begitu, keistimewaan Sahih Muslim ialah apabila dikaji hadis-hadisnya memang disusun mengikut bab-bab fiqah dan diletakkan dalam satu tempat yang sarna. . Kemudian, apabila Imam Nawawi menghuraikan Sahih Muslim, beliau memberikan nama-nama bab yang sesuai comyanwar. com dengan hadis-hadis terse but. Jumlah hadis yang dikumpulkan oleh Imam Muslim di dalam kitab ini sebanyak 3033 hadis. Antara yang popular menghuraikan Sahih Muslim ialah Imam Nawawi. Kitab beliau diberi judul aJ- Minhaj fi Syarhi Sahih Muslim. Demikian serba ringkas pengenalan dua kitab ut ama dalam hadis yang menghimpunkan hadis sahih. Namun, perlu diketahui apa yang dikumpulkan Imam AI-Bukhari dan Imam Muslim bukanl ah menunjukkan keseluruhan hadis sahih. Masih terdapat banyak lagi hadis sahih yang tidak dimasukkan di dalam kitab mereka. Kefahaman kita berkaitan agama perlu bersumberkan hadis yang sahih. Jadi, sekiranya kita ingin mencari hujah dan dalil berkaitan agama, maka dua kitab ini patut dijadikan keutamaan. Bukannya berhujah dengan hadis palsu C\tau kata-kata tok guru, tuan syekh dan habib yang tidak ada sandarannya. Lebih malang lagi sekiranya kita memberikan fo kus untuk menghafal dan memahami bait-bait lagu dan qasidah, sedangkan usaha untuk memahami hadi s-hadis Rasulullah SAW tidak pu la dilakukan dengan bersungguh-sungguh: Dua kitab agung in\ adalah warisan berharga yang ditinggalkan oleh dua orang tokoh yang ALLAH anugerahkan buat umat ini. Warisan ini tidak akan bererti jika ia hanya tersusun indah di rak-rak perpustakaan atau sekadar dijadikari kata-kata slogan. Khazanah ini bukan hanya untuk ditatap sep i. Ia mesti dipelajari, diamalkan dan dihayati. Inilah tanda kita cintakan sunnah Nabi SAW. Rujukan: Abu Syahbah, Muhammad bin Muhammad, al-Ta'rif bikutubi al-Hadith al-Sittah (Kaherah: Maktabah al-Ilm, 1988). Al-Khair Abadi, Muhammad Abu aI-Laith, 'Ulum al-Hadith (Kuala Lumpur: Dar al-Syakir, 2003).

Upload: others

Post on 13-Feb-2020

43 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ABO RAZAK MUTHALIB FIKRAH ,

I

Penulis ialah Master Trainer di Akademi Magnet Sukses. Graduan Ijazah Sarjana Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa.

agung warisan berharga SAHIH AL-BUKHARI &SAHIH MUSLIM, PENINGGALAN TOKOH YANG ALLAH ANUGERAHKAN BUAT UMAT

"KITAB" dalam bahasa Arab bermaksud buku (pJuran. Manakala "kutub" pula merujuk kepada banyak buku (singuJar) bermula dari tiga ke atas. Dalam ilmu hadis ada satu istilah terkenal iaitu aJ../wtub aJ-sittah. Ia merujuk kepada enam kitab utama yang menjadi rujukan dalam had is.

Enam kitab tersebut ialah:

Sahih Al-Bukhari

Sahih Muslim

Sunan Abu Daud

Jami' Al-Tirmizi

Sunan Al-Nasaie

Sunan Ibn Majah

Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim juga dikenali sebagai aJ­Sahihain bermaksud dua kitab hadis sahih. Manakala istilah Sunan aJ-Arbaa 'h merujuk kepada empat kitab yang lain iaitu Sunan Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.

SAHIH AL-BUKHARI Tajuk lengkap kitab ini ialah aJ-Jami'

aJ-Musnad aJ-Sahih aJ-Mukhtasar min umur RasuJuJilJah saJJaJJahu 'aJaihi wasaJJam wa sunanihi wa ayyamihi. Lebih terkenal dengan tajuk Sahih Al­Bukhari kerana disandarkan kepada penulisnya.

Nama penulisnya ialah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah Al-Bukhari. AI-Bukhari ialah nisbah kepada tempat kelahiran beliau iaitu Bukhara. Dilahirkan pad a tahun 194H. Imam AI-Bukhari banyak mengembara ke serata tempat bertujuan menuntut ilmu khususnya berkaitan hadis. Beliau mengembara bertemu dengan ahli hadis di Syam, Mesir, Basrah, Hijjaz, Kufah, Baghdad dan tempat-tempat lain lagi. Meninggal dunia pada malam Aidilfitri tahun 256H.

Antara sumbangan terbesar Imam AI-Bukhari dalam dunia Islam ialah kitab Sahih AI-Bukhari. Sebuah kitab yang beliau syaratkan hanya menghimpunkan hadis Rasulullah SAW yang telah dipastikan mencapai tahap sahih. Beliau telah menghambakan dirinya selama 16 tahun bagi kerja-kerja ini. Setiap kali ingin menulis hadis, beliau akan berwuduk dan solat dua rakaat memohon petunjuk agar hadis yang dikumpulkan memang benar­benar sahih.

Sahih AI-Bukhari ialah kitab pertama dalam sejarah yang menghimpunkan hadis sahih sahaja. Ia disebut sebagai kitab kedua paling sahih di atas muka bumi selepas al-Quran. Namun, bukan semua hadis sahih yang ada dimuatkan dalam kitab ini. Masih terdapat banyak lagi hadis sahih lain yang tidak dimasukkan dalam kitab beliau.

Imam AI-Bukhari mengarang dan mengumpulkan hadis berdasarkan topik fiqah . Jumlah hadis yang dikumpulkan sebanyak 2602 hadis (tidak dikira hadis yang berulang-ulang di bab yang berbeza). Terdapat hadis sarna diulang­ulang dalam banyak bab kerana dalam satu hadis terse but mengandungi pelbagai hukum hakam yang berbeza.

Penguasaan Imam AI-Bukhari bukan hanya semata-mata dalam menilai kesahihan hadis, bahkan beliau sangat menguasai hukum hakam yang boleh difahami daripada hadis tersebut. Kepakaran beliau dalam memahami hukum hakam fiqah ini dapat dilihat

melalui caranya meletakkan nama bab dalam kitabnyC! atau ia disebut sebagai "terjemah".

Justeru, ada ungkapan yang terkenal iaitu fiqh aJ-8ukhari terletak pad a terjemahnya (nama-nama bab)".

Cara Imam Al-Bukhari mengarang kitabnya dengan membahagikan kepada "kitab". Kitab ialah istilah yang digunakan bagi topik besar. Dalam setiap "kitab" pula dibahagikan kepada beberapa "bab" iaitu tajuk kecil (sub topik). Terdapat 97 kitab dan 3450 bab dalam Sahih al-Bukhari. Ramai ulama hadis menghuraikan kitab Sahih AI-Bukhari. Antara yang popular ialah kitab Fath aJ-8ari karangan AI-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani dan kitab Umdat aJ­Qari yang dikarang oleh Imam Badruddin "AI-'Aini.

SAHIH MUSLIM Judul lengkap kitab Sahih Muslim

ialah aJ-Jami' aJ-Musnad aJ-Sahih aJ­Mukhtasar min aJ-Sunan binaqJi aJ-'Adli 'an aJ-AdJi 'an RasuJilJah saJJaJJahu 'aJaihi wasaJJam. Lebih dikenali dengan tajuk Sahih Muslim kerana disandarkan kepada nama penulisnya.

Penulisnya ialah Muslim bin Hajjaj bin Muslim Al-Naisaburi. Dilahirkan di Naisabur pada tahun 206H dan meninggal pada tahun 261H. Mengembara menuntut ilmu di banyak tempat seperti Hijjaz, Syam, Mesir, Iraq dan lain-lain lagi.

Imam Muslim juga mensyaratkan, beliau hanya mengumpul hadis-hadis yang dinilai sahih. sahaja di dalam kitabnya. Oleh sebab itu, Sahih Muslim berada dikedudukan kedua selepas Sahih AI-Bukhari kerana syarat Imam AI­Bukhari dalam menilai hadis sahih lebih lagi ketat berbanding Irriam Muslim.

Sarna seperti Sahih Al-Bukhari, hadis­hadis dalam Sahih Muslim juga disusun mengikut bah-bab dalam hukum hakam fiqah. Cuma, perbezaannya ialah Imam Muslim tidak meletakkan apakah tajuk babnya seperti yang dilakukan oleh Imam AI-Bukhari. Walaupun begitu, keistimewaan Sahih Muslim ialah apabila dikaji hadis-hadisnya memang disusun mengikut bab-bab fiqah dan diletakkan dalam satu tempat yang sarna.

. Kemudian, apabila Imam Nawawi menghuraikan Sahih Muslim, beliau memberikan nama-nama bab yang sesuai

comyanwar.com

dengan hadis-hadis terse but. Jumlah hadis yang dikumpulkan oleh Imam Muslim di dalam kitab ini sebanyak 3033 hadis. Antara yang popular menghuraikan Sahih Muslim ialah Imam Nawawi. Kitab beliau diberi judul aJ­Minhaj fi Syarhi Sahih Muslim.

Demikian serba ringkas pengenalan dua kitab utama dalam hadis yang menghimpunkan hadis sahih. Namun, perlu diketahui apa yang dikumpulkan Imam AI-Bukhari dan Imam Muslim bukanlah menunjukkan keseluruhan hadis sahih. Masih terdapat banyak lagi hadis sahih yang tidak dimasukkan di dalam kitab mereka.

Kefahaman kita berkaitan agama perlu bersumberkan hadis yang sahih. Jadi, sekiranya kita ingin mencari hujah dan dalil berkaitan agama, maka dua kitab ini patut dijadikan keutamaan. Bukannya berhujah dengan hadis palsu C\tau kata-kata tok guru, tuan syekh dan habib yang tidak ada sandarannya. Lebih malang lagi sekiranya kita memberikan fokus untuk menghafal dan memahami bait-bait lagu dan qasidah, sedangkan usaha untuk memahami hadis-hadis Rasulullah SAW tidak pula dilakukan dengan bersungguh-sungguh:

Dua kitab agung in\ adalah warisan berharga yang ditinggalkan oleh dua orang tokoh yang ALLAH anugerahkan buat umat ini. Warisan ini tidak akan bererti jika ia hanya tersusun indah di rak-rak perpustakaan atau sekadar dijadikari kata-kata slogan. Khazanah ini bukan hanya untuk ditatap sepi. Ia mesti dipelajari, diamalkan dan dihayati. Inilah tanda kita cintakan sunnah Nabi SAW.

Rujukan: • Abu Syahbah, Muhammad bin

Muhammad, al-Ta'rif bikutubi al-Hadith al-Sittah (Kaherah: Maktabah al-Ilm, 1988).

• Al-Khair Abadi, Muhammad Abu aI-Laith, 'Ulum al-Hadith (Kuala Lumpur: Dar al-Syakir, 2003).