kritikan terhadap buku hadis tasawuf dalam kitab hidayah al-salikin

14
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR NAMA KURSUS : AUTHORITY OF PROPETIC TRADITION KOD KURSUS : IQEU1112 NAMA PENSYARAH : DR. KHADER BIN AHMAD PENSYARAH JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADIS TAJUK TUGASAN : KAJIAN TERHADAP BUKU “HADIS TASAWUF DALAM KITAB HIDAYAH AL-SALIKINDISEDIAKAN OLEH : AHMAD ZA’IM SABIRIN BIN MOHD YUSOFF IEU120025 SESI : 2012/2013

Upload: abu-bakar-gilbert

Post on 29-Nov-2015

185 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

ni assignment 2013 sebenarnya. hehe

TRANSCRIPT

Page 1: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,

UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR

NAMA KURSUS :

AUTHORITY OF PROPETIC TRADITION

KOD KURSUS :

IQEU1112

NAMA PENSYARAH :

DR. KHADER BIN AHMAD

PENSYARAH JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADIS

TAJUK TUGASAN :

KAJIAN TERHADAP BUKU

“HADIS TASAWUF DALAM KITAB HIDAYAH AL-SALIKIN”

DISEDIAKAN OLEH :

AHMAD ZA’IM SABIRIN BIN MOHD YUSOFF

IEU120025

SESI :

2012/2013

Page 2: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

1

:: PENDAHULUAN ::

Segala puji-pujian bagi Allah SWT, selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi

Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda semuanya.

Buku “Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin” ditulis oleh Dr. Khader Ahmad dan

Prof Madya Dr. Ishak Suliaman yang dihasilkan dengan tujuan untuk mengetengahkan hasil

penyelidikan yang telah dilakukan selama dua tahun bagi membongkar sebuah karya Jawi

berjudul Hidayah al-Salikin yang merupakan tulisan seorang tokoh ulama di Nusantara, Syeikh

‘Abd Samad al-Falimbani.

Buku ini terdiri daripada enam bab dengan fokus utama kepada kajian terhadap hadis-

hadis yang dijadikan sumber dalil dalam kitab tersebut. Bab pertama buku ini tertumpu dalam

memperkenalkan karya-karya tasawuf yang lahir di Alam Melayu dan sejarah

perkembangannya. Manakala dalam bab kedua memfokuskan perbincangan terhadap kitab

Hidayah al-Salikin yang merangkumi maklumat kitab, latar belakang kitab, dorongan penulisan,

metodologi penyusunan, biodata pengarang serta kekurangan dan kelebihan kitab tersebut.

Bab ketiga pula, fokus perbincangan lebih kepada aspek-aspek tasawuf yang dibincangkan

dalam kitab berkenaan.

Kemudian, bab keempat, perbincangan tertumpu kepada penilaian terhadap hadis-hadis

tasawuf dalam kitab tersebut terutamanya dalam aspek yang berkaitan dengan bilangan hadis,

metodologi penulisan hadis, aspek sanad dan perawi serta perbincangan terhadap hukum

hadis. Pada bab kelima, penulis berusaha untuk menganalisis keseluruhan hadis tersebut agar

pada akhir perbincangan ini dapat menunjukkan secara jelas keautoritian keseluruhan hadis-

hadis tasawuf di dalam kitab ini. Manakala pada bab akhir, dinyatakan beberapa saranan

kepada pelbagai pihak yang mahukan khazanah ilmu berkenaan.

Buku “Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin” perlu dikaji dan dinilai melalui

penilaian berasaskan konsep Bedah Buku dan kajian ini merupakan tugasan individu yang perlu

disempurnakan sebaiknya. Tugasan ini diberikan oleh Dr Khader Ahmad selaku pensyarah bagi

subjek Autoriti Hadith (IQEU1112) berdasarkan kepada beberapa objektif utama, iaitu :

1- Mengkaji metodologi penulisan buku “Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin”.

2- Meneliti semula hadis-hadis yang telah ditakhrijkan.

3- Mengemukakan kekurangan yang terdapat dalam buku tersebut.

4- Memberikan satu cadangan penambahbaikan buku ini.

Page 3: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

2

:: BAB 1 ::

METODOLOGI PENULISAN BUKU “HADIS

TASAWUF DALAM KITAB HIDAYAH

AL-SALIKIN”

Secara keseluruhannya, buku ini dipersembahkan dengan baik dan setiap perbahasan

dijelaskan secara teratur dan sempurna ditambah pula dengan muka hadapannya yang dihiasi

dengan menarik dan mampu menarik masyarakat untuk memilikinya terutamanya kepada

semua pihak yang sering menjadikan kitab “Hidayah al-Salikin” sebagai bahan pengajaran dan

kuliah agama untuk mengetahui tentang kedudukan kitab ini serta nilai keautoritian dalil

daripada hadis yang dikemukan.

Buku ini mengandungi enam bab utama dengan satu Prakata sebagai maklumat awal

berkenaan dengan buku ini. Setiap bab dimuatkan dengan beberapa fasal kecil.

Perbahasan didahului dengan Prakata, yang merupakan kata-kata pengenalan awal

yang menerangkan serba sedikit berkaitan dengan buku. Dimulai dengan puji-pujian kepada

Allah SWT, selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan

sahabat-sahabat baginda semuanya dan disusuli dengan kenyataan yang menyebutkan serba

sedikit tentang perkembangan kajian dan penyelidikan terhadap kitab-kitab Jawi di Nusantara

yang dijalankan oleh para pengkaji dari pelbagai institusi. Seterusnya, dinyatakan secara

terperinci tujuan buku ini dihasilkan dan turut dinyatakan fokus utama perbincangan buku ini

yang lebih kepada aspek-aspek tasawuf. Kemudian, penyebutan nama buku ini yang terdiri

daripada enam bab utama.

Pada bab pertama di bawah tajuk Tasawuf di Alam Melayu, penulis memuatkan tiga

fasal kecil iaitu;

i. Islam dan Tasawuf.

ii. Peranan Ulama Menghasilkan Karya Tasawuf dan Mengembangkan Ajarannya.

iii. Aliran dan Pengaruh Tasawuf Di Alam Melayu.

Dalam bab ini, penulis menjelaskan perkembangan Tasawuf secara ringkas di Alam

Melayu serta dinyatakan bahawa antara ilmu yang mendapat tempat dalam kalangan

masyarakat dan diberi penekanan oleh para tok guru dan para ustaz adalah aspek tasawuf

dalam konteks pendidikan seperti penekanan kepada bidang ilmu tauhid dan fiqah. Penulis juga

menjelaskan beberapa karya yang dihasilkan di Alam Melayu yang menjadi bukti jelas kepada

perkembangan dan penyebaran ilmu-ilmu tasawuf di Alam Melayu itu.

Page 4: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

3

Selepas itu, penulis memulakan penerangan terhadap tiga fasal yang disebutkan

sebelum ini. Penulis lebih cenderung memetik kata-kata dari Dr. Othman Napiah, pensyarah

Universiti Teknologi Malaysia berhubung dengan tasawuf. Penulis turut mengemukakan

maksud nas al-Quran dan beberapa buah hadis yang berkaitan dengan Islam dan Tasawuf

seterusnya dinyatakan kepentingan ilmu tasawuf yang menjadi pelengkap kepada iman dan

Islam.

Penulis juga telah menyenaraikan tokoh-tokoh ulama Nusantara beserta dengan karya-

karya Jawi yang telah dihasilkan khususnya dalam bidang Tasawuf. Antara tokoh-tokoh

tersebut ialah Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Syeikh Nuruddin al-

Raniri, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Syeikh Ahmad al-Fatani, Tok Kelaba al-Fatani,

Syeikh ‘Abdul Samad al-Falimbani, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Syeikh Ahmad Khatib

Minangkabau, Syeikh ‘Abd al-Qadir al-Mandili, Tuan Tabal dan Haji Abdul Malik Karim Abdullah

(HAMKA).

Disusuli pula pada bab kedua, perbahasan memfokuskan kepada perbincangan

terhadap karya tasawuf yang berjudul “Hidayah al-Salikin” atau judul lengkapnya ialah “Hidayah

al-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin” (Pedoman Bagi Orang Yang Berjalan Pada Perjalanan

Orang Yang Takut Akan Alaah Ta’ala). Karya ini merupakan tulisan Syeikh ‘Abd al-Samad al-

Falimbani yang merupakan karya saduran daripada kitab asal Imam al-Ghazali yang berjudul

“Bidayah al-Hidayah”. Dalam bab ini, penulis membincangkan secara terperinci tentang kitab

“Hidayah al-Salikin” ini seperti maklumat nama, terbitan, cetakan, perbahasan yang terkandung

dalamnya serta dorongan dan faktor penulisan kitab ini. Penulis juga menceritakan secara

terperinci latar belakang penulis kitab “Hidayah al-Salikin” iaitu Syeikh ‘Abd al-Samad al-

Falimbani, bermula dengan nama dan asal usul keturunannya, perselisihan pendapat terhadap

nama bapanya, latar belakang bapanya, maklumat kelahiran dan kematian al-Falimbani.

Penulis juga menjelaskan pendidikan yang diperoleh oleh al-Falimbani yang dibahagikan

kepada dua peringkat yang berbeza iaitu Pendidikan di Alam Melayu dan di Timur Tengah.

Seterusnya, penulis menyenaraikan beberapa tokoh ulama yang pernah menjadi guru al-

Falimbani serta maklumat karya-karya penulisan yang telah dihasilkan olehnya. Penulis turut

menjelaskan metodologi penyusunan kitab “Hidayah al-Salikin”, pendalilan bersumberkan al-

Quran dan Hadis yang dimuatkan dalam satu jadual serta dinyatakan kelebihan dan

kekurangan kitab ini.

Dalam bab ketiga, di bawah tajuk aspek tasawuf dalam kitab “Hidayah al-Salikin” penulis

memperincikan lagi aspek-aspek tasawuf yang dibincangkan dalam kitab ini dan dihuraikan

berdasarkan perbahasan yang dikemukakan oleh Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani dalam

kitabnya itu. Antara aspek tasawuf yang dibincangkan oleh al-Falimbani ialah;

i. Penekanan kepada Kelebihan dan Adab dalam Menuntut Ilmu.

ii. Aspek Akidah yang Jelas Sebagai Asas kepada Pemahaman Tasawuf.

iii. Penekanan Beberapa Aspek Tasawuf dalam Ibadah Zahir.

a. Aspek Kesucian dan Kebersihan Diri daripada Hadas.

b. Penekanan kepada Aspek Tempat Ibadah.

c. Persediaan untuk Kesempurnaan Amal Ibadah Harian.

Page 5: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

4

iv. Larangan Melakukan Perkara Maksiat yang Zahir.

v. Teguran dan Peringatan kepada Beberapa Aspek yang Meruntuhkan Sifat Peribadi

Seseorang Muslim.

vi. Penekanan kepada Beberapa Aspek Tasawuf dalam Pembentukan Rohani yang Baik.

vii. Penekanan kepada Aspek Zikir Sebagai Kunci dan Asas Pembinaan Tasawuf dalam

Diri.

viii. Penekanan kepada Aspek Pemeliharaan Mu’amalah dengan Allah dan Sesama

Manusia.

Semua aspek tasawuf yang dibicarakan dalam kitab tersebut adalah bertunjangkan

akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Segala saranan, nasihat, cadangan dan penekanan yang

dikemukakan oleh al-Falimbani ini jelas menunjukkan beliau sebagai salah seorang ahli dalam

bidang tasawuf dan memiliki tarekat yang tersendiri.

Menyusul pada bab keempat pula dengan tajuk Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-

Salikin, perbicaraan yang memfokuskan kepada aspek hadis yang menjadi hujah terhadap

aspek-aspek tasawuf yang dikemukakan. Keseluruhan hadis yang terdapat dalam kitab tersebut

disenaraikan dan ditakhrij untuk mendapatkan maklumat hadis terbabit. Penulis juga

meletakkan setiap hadis ditetapkan hukum hadis tersebut sama ada dalam kategori hadis

diterima atau ditolak.

Penulis mengemukakan analisis bilangan hadis dalam kitab Hidayah al-Salikin iaitu

sebanyak 176 hadis. Penulis turut membahaskan metodologi penulisan hadis yang digunakan

oleh Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani dalam kitabnya disamping penulis memetik beberapa

buah hadis dan dibuat perbandingan dengan matan penuh dagi hadis tersebut daripada

beberapa kitab yang lain dan dijadikan sebagai contoh. Penulis juga membincangakan tentang

sanad dan perawi hadis disamping martabat dan kualiti hadis-hadis yang terdapat dalam kitab

jawi tersebut. Tambahan pula, penulis menyenaraikan, mencari sumber dan membuat penilaian

terhadap hadis-hadis tasawuf dalam kitab itu dengan menomborkan hadis-hadis tersebut

berdasarkan susunan awalan dan akhiran mengikut penyebutkan hadis-hadis itu dalam karya

tersebut. Penulis juga membuat kesimpulan terhadap status hadis berkenaan sama ada dalam

kategori hadis yang diterima atau ditolak pada akhir penilaian terhadap hadis tersebut.

Disusuli dengan bab kelima iaitu Autoriti Hadis Tasawuf. Dalam bab ini, perbahasan

tertumpu kepada analisis terhadap hadis-hadis tasawuf yang telah dicatatkan dan ditakhrijkan

dalam kitab . perbahasan ini disertakakan dalam bentuk jadual, graf dan carta yang sesuai bagi

pemahaman terhadap analisis tersebut. Penulis mengemukakan empat perkara utama yang

dianalisis daripada data-data berhubung dengan hadis-hadis tasawuf dalam karya tersebut.

Empat perkara tersebut ialah;

i. Analisis dari sudut Kekerapan Sesuatu Sumber Meriwayatkan Hadis-hadis dalam

Kitab al-Hidayah al-Salikin.

ii. Analisis dari sudut Kekerapan Seseorang Perawi Terdekat Meriwayatkan Hadis

dalam Kitab al-Hidayah al-Salikin.

iii. Analisis dari sudut Kekerapan Periwayatan Hadis dalam Kitab al-Hidayah al-Salikin

Mengikut Jantina Perawi.

Page 6: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

5

iv. Analisis Status Hadis dalam Kitab al-Hidayah al-Salikin.

Perbahasan diakhiri dengan satu kesimpulan. Dalam kesimpulan ini, penulis

mengemukakan beberapa saranan dan cadangan kepada pelbagai pihak dalam usaha untuk

menambah baik kekurangan khususnya dari sudut penggunaan kitab ini dalam masyarakat.

Page 7: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

6

:: BAB 2 ::

PENILAIAN TERHADAP HADIS-HADIS DALAM

BUKU “HADIS TASAWUF DALAM KITAB

HIDAYAH AL-SALIKIN”

Secara keseluruhannya, saya cukup tertarik dengan penilaian yang dilakukan oleh penulis

terhadap hadis-hadis tasawuf yang terdapat dalam kitab “Hidayah al-Salikin” walaupun terdapat

beberapa perkara yang kurang menarik pada pandangan saya.

Penulis menyenaraikan hadis-hadis dan terjemahan hadis serta menyatakan sumber

hadis tersebut. Kemudian, penulis menyenaraikan hadis tersebut mengikut susunan

sebagaimana yang disusun oleh Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani dalam kitabnya itu tanpa

mengabaikan nama bab-bab dan fasal-fasal kecil yang terdapat dalam kitab tersebut. Penulis

turut membuat kesimpulan terhadap status hadis berkenaan sama ada dalam kategori hadis

yang diterima atau ditolak.

Secara peribadinya, usaha menilai dan mentakhrij hadis-hadis tersebut melalui kaedah

yang digunakan oleh penulis sudah memadai dan merupakan satu usaha yang patut dipuji.

Walaupun begitu, ada satu perkara yang tidak releven digunakan dalam buku ini iaitu pada

bahagian terjemahan hadis. Pada pandangan saya, penulis menterjemahkan hadis mengikut

apa yang diterjemahkan oleh Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani dalam kitabnya yang

menggunakan bahasa melayu lama. Bahasa ini mungkin menyukarkan golongan generasi

sekarang untuk memahaminya dan sebaiknya digantikan dengan bahasa melayu yang moden

sesuai dengan zaman kini.

Selain itu, terjemahan hadis seeloknya diitalickan atau dicondongkan untuk

membezakan terjemahan dengan huraian hadis tersebut. Tambahan pula, ada hadis yang

diterjemahkan secara tidak lengkap oleh penulis. Contohnya pada hadis yang kelapan dalam

fasal Hadis Tentang Kelebihan Penuntut Ilmu pada bahagian Muqaddimah.

معته أبا ذر يقول كنت محاضر النبي صلى هللا عليه وسلم يوما إلى منزله فس .8

يقول أنا من غير الدجال أخوف عليكم من الدجال. فقيل: وما هو يا رسول هللا؟ فقال:

علماء السوء.

Maksudnya: “Aku lebih takut selain daripada Dajjal, (Dajal dalam

kalangan kamu). Maka sembah sahabat: Siapa mereka itu ya

Rasulullah? Maka sabdanya: Mereka itulah ulama yang jahat.”1

1 Khader Ahmad, Ishak Suliaman. 2013. Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin. Kuala Lumpur, Malaysia :

Penerbit Universiti Malaya, h. 88.

Page 8: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

7

:: BAB 3 ::

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BUKU

“HADIS TASAWUF DALAM KITAB HIDAYAH

AL-SALIKIN”

Kelebihan buku “Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin”

Dari sudut kelebihan dan keistimewaan buku ini yang dapat dilihat secara zahirnya ialah;

Pertama, buku ini adalah sebuah buku yang ringkas dan padat dengan ilmu tasawuf

yang terdapat dalam kitab jawi “Hidayah al-Salikin” yang merupakan tulisan seorang tokoh

ulama di Nusantara, Syeikh ‘Abd Samad al-Falimbani. Kitab jawi ini adalah kitab yang

menggabungkan tiga bidang keilmuan iaitu akidah, fiqah dan tasawuf. Namun, kitab ini lebih

dominan kepada perbahasan berkaitan aspek-aspek tasawuf. Apa yang menariknya, penulis

berjaya mempersembahkan dan menjelaskan ilmu tasawuf ini dengan ringkas dan padat pada

setiap perbincangan khususnya dalam bab-bab yang disusun dalam buku ini.

Kedua, buku ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada penganalisis keseluruhan hadis

yang terdapat dalam kitab “Hidayah al-Salikin” terutamanya dalam ilmu tasawuf kerana penulis

buku “Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin” ini telah menganalisis dan menilai

keseluruhan hadis dari aspek keautoritian sesuatu hadis samada hadis tersebut dalam kategori

sahih dan hasan yang dapat digunakan sebagai dalil.

Ketiga, perbahasan setiap bab dikupas dan disusun dengan sempurna, baik dari sudut

penyusunan sesuatu bab mahupun dari sudut penyampaian dan penerangan sesuatu

perbahasan.

Keempat, buku ini turut menyentuh perkembangan ilmu tasawuf di Alam Melayu.

Disamping itu, penulis juga menjelaskan aliran dan pengaruh tasawuf yang lahir di Alam Melayu

ini dan ianya adalah satu kelebihan yang tidak terdapat pada buku-buku ilmiah yang lain

khususnya yang membincangkan tentang ilmu tasawuf ini.

Kekurangan buku “Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin”

Terdapat beberapa kekurangan pada buku ini jika dilihat kepada pelbagai sudut. Namun,

kekurangan tersebut tidaklah mencacatkan keseluruhan kandungan yang bicarakan. Antara

kekurangan yang dapat dikenalpasti ialah;

Page 9: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

8

Pertama, perbahasan pada setiap bab tidak disertakan dengan gambar sebenar atau

ilutrasi. Setiap bab hanya dihiasi dengan bahan teks sahaja, manakala di bahagian lampiran

pula hanya diletakkan beberapa gambar kulit hadapan beberapa edisi cetakan kitab “Hidayah

al-Salikin”.

Kedua, penggunaan Endnote untuk menjelaskan sesuatu perkataan atau dari rujukan

mana sesuatu penyataan itu diambil. Endnote digunakan untuk memberi panduan kepada

pembaca tentang rujukan-rujukan yang dirujuk oleh penulis untuk menghuraikan sesuatu

perbahasan pada setiap bab. Namun, Endnote yang digunakan oleh penulis itu merupakan satu

kekurangan yang patut diperbaiki.

Page 10: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

9

:: BAB 4 ::

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BUKU

“HADIS TASAWUF DALAM KITAB HIDAYAH

AL-SALIKIN”

Metodologi Penulisan

Buku “Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin” ini merupakan buku yang

mempunyai bahan ilmiah yang berat, khususnya untuk orang awam. Jadi, metodologi penulisan

sesuatu ilmu perlu disesuaikan untuk semua lapisan masyarakat. Bahan ilmiah yang berat ini

perlu disertakan ilutrasi atau gambar sebenar untuk masyarakat boleh memahami dan

menghayati setiap perbincangan yang dikupaskan oleh penulis. Gambar sebenar atau ilutrasi

boleh membantu pembaca memahami secara mendalam tentang sesuatu isu yang terdapat

dalam sesuatu bab disamping menghiasi bahan teks. Hal ini akan menyebabkan ilmu ilmiah

yang berat ini diterjemahkan dalam bentuk yang santai dan tenang.

Penggunaan Endnote

Secara peribadinya, saya tidak bersetuju dengan penggunaan Endnote dalam buku ini.

Seeloknya ia digantikan dengan Footnote. Sebagaimana yang kita maklum, Footnote berada di

halaman pada kata yang dijelaskan tetapi Endnote berada pada akhir sesuatu bab atau

perbahasan. Kekurangan yang jelas bagi Endnote ialah akan membantutkan perjalanan

pembacaan seseorang kerana pembaca perlu merujuk halaman yang dikhususkan untuk

Endnote. Sekiranya Endnote digantikan denga Footnote, masalah ini tidak berlaku.

Page 11: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

10

:: BAB 5 ::

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian dan penelitian yang telah dijalankan terhadap buku ini, saya dapat

merumuskan keseluruhan perbahasan kepada beberapa perkara berikut;

Buku ini menjelaskan secara ringkas tentang perkembangan tasawuf di Alam Melayu

serta menjelaskan beberapa karya yang telah dihasilkan oleh tokoh ulama Nusantara di Alam

Melayu yang menjadi bukti jelas kepada perkembangan dan penyebaran ilmu-ilmu tasawuf di

Alam Melayu itu.

Perbahasan yang memfokuskan kepada perbincangan terhadap karya tasawuf yang

berjudul “Hidayah al-Salikin” tulisan Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani turut dijelaskan secara

rapi dan tersusun. Karya ini diteliti dengan terperinci dan dibahaskan dalam buku ini.

Seterusnya, buku ini juga membentangkan aspek-aspek tasawuf secara terperinci dan

dihuraikan berdasarkan perbahasan yang dikemukakan oleh Syeikh ‘Abd al-Samad al-

Falimbani dalam kitabnya. Aspek-aspek tersebut dijelaskan bagi membuktikan bahawa kitab

“Hidayah al-Salikin” adalah sebuah karya tasawuf ulung yang pernah lahir di Alam Melayu.

Buku ini juga membincangkan aspek hadis yang menjadi hujah terhadap aspek-aspek

tasawuf yang dikemukakan. Hadis-hadis ini ditakhrij dan dianalisis secara sistematik sehingga

dapat dikenali dan ditentukan sesuatu hadis yang dikemukakan itu berautoriti atau tidak.

Akhir sekali, buku ini boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada semua

pihak yang sering menjadikan kitab “Hidayah al-Salikin” sebagai bahan pengajaran dan kuliah

agama untuk mengetahui tentang kedudukan kitab ini serta nilai keautoritian dalil daripada

hadis yang dikemukan.

Page 12: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

11

:: BIBLOGRAFI ::

Khader Ahmad, Ishak Suliaman. 2013. Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin. Kuala

Lumpur, Malaysia : Penerbit Universiti Malaya.

Khader Ahmad. 2008. Sumbangan Syeikh ‘Abd Samad al-Falimbani: Analisis Metodologi

Penyususunan dan Takhrij Hadis dalam Kitab Hidayah al-Salikin. Disertasi Sarjana,

Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Bahagian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Fauzi Deraman. 1997. Kedudukan Hadis dalam Kitab Jawi: Satu Kajian Terhadap Karya-karya

Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fataniy. Disertasi PhD, Bahagian Usuluddin, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd Adli Mohamed Amin. 1998. Suatu Kajian Analisis Terhadap Beberapa Fahaman Syeikh

‘Abd Samad al-Falimbani Dalam Tasawuf Dengan Merujuk Kepada Kitab Siyar al-

Salikin. Disertasi MA, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Bahagian Usuluddin,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Maktabah al- Syamilah.

Page 13: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

12

:: LAMPIRAN ::

Kulit Hadapan Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin.

Page 14: Kritikan Terhadap Buku Hadis Tasawuf dalam Kitab Hidayah al-Salikin

13

Kulit Hadapan Kitab Hidayah al-Salikin.