kitab-kitab hadis dalam pengajian di masjid- masjid...

12
KITAB-KITAB HADIS DALAM PENGAJIAN DI MASJID- MASJID SELANGOR: KAJIAN TINJAUAN Mohd Norzi bin Nasir, Mohd Khafidz bin Soroni, Rosni binti Wazir, Muhammad Fairuz A. Adi, Nor Asyikin binti Hasan Adali Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] ABSTRAK Masjid merupakan pusat pembangunan dan pengembangan ummah yang menjalankan pelbagai aktiviti ibadah, ceramah agama dan pengajian talaqqi selain berfungsi sebagai nukleus ke arah melahirkan masyarakat muslim madani. Di Selangor, pengajian hadith seperti kuliah, syarahan kitab hadith turut diajarkan di kebanyakan masjid. Melihat kepada usaha menyampai dan mengembangsuburkan pengajian hadith ini, maka keperluan untuk menyebarluaskan hadith-hadith yang bersifat autentik (sahih dan hasan) amat penting agar masyarakat tidak bersandarkan kepada hadith-hadith yang lemah dan tertolak. Kertas kerja ini cuba untuk memperkenalkan kitab-kitab hadith yang digunakan dalam pengajian hadith oleh tiga buah masjid daerah di Selangor dan meninjau pandangan peserta yang mengikuti kelas pengajian yang ditawarkan. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, menerusi instrumen kajian kepustakaan, analisis dokumen, temubual dan observasi. Kajian ini diharapkan dapat menarik minat masyarakat untuk berinteraksi dengan hadith-hadith Rasulullah saw. dan menambah keyakinan mereka untuk berpegang kepada warisan hadith-hadith baginda saw. Selain itu, ia dapat memberi pencerahan kepada masyarakat untuk memahami penggunaan hadith sebagai salah satu pendekatan utama dalam merungkai setiap permasalahan dalam kehidupan mereka. Malah, lebih utama apabila masyarakat menjadikan maslak al-taharri sebagai kerangka pertimbangan dan piawaian utama dalam menerima sesuatu perkhabaran terutama dari golongan anti hadith hadith hadith yang menolak autoriti hadith Rasulullah saw sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran. Kata kunci; Kitab hadis, masjid, Selangor

Upload: tranthu

Post on 12-Mar-2019

335 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KITAB-KITAB HADIS DALAM PENGAJIAN DI MASJID-

MASJID SELANGOR: KAJIAN TINJAUAN

Mohd Norzi bin Nasir, Mohd Khafidz bin Soroni, Rosni binti Wazir,

Muhammad Fairuz A. Adi, Nor Asyikin binti Hasan Adali

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

ABSTRAK

Masjid merupakan pusat pembangunan dan pengembangan ummah yang menjalankan

pelbagai aktiviti ibadah, ceramah agama dan pengajian talaqqi selain berfungsi

sebagai nukleus ke arah melahirkan masyarakat muslim madani. Di Selangor,

pengajian hadith seperti kuliah, syarahan kitab hadith turut diajarkan di kebanyakan

masjid. Melihat kepada usaha menyampai dan mengembangsuburkan pengajian

hadith ini, maka keperluan untuk menyebarluaskan hadith-hadith yang bersifat

autentik (sahih dan hasan) amat penting agar masyarakat tidak bersandarkan kepada

hadith-hadith yang lemah dan tertolak. Kertas kerja ini cuba untuk memperkenalkan

kitab-kitab hadith yang digunakan dalam pengajian hadith oleh tiga buah masjid

daerah di Selangor dan meninjau pandangan peserta yang mengikuti kelas pengajian

yang ditawarkan. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, menerusi

instrumen kajian kepustakaan, analisis dokumen, temubual dan observasi. Kajian ini

diharapkan dapat menarik minat masyarakat untuk berinteraksi dengan hadith-hadith

Rasulullah saw. dan menambah keyakinan mereka untuk berpegang kepada warisan

hadith-hadith baginda saw. Selain itu, ia dapat memberi pencerahan kepada

masyarakat untuk memahami penggunaan hadith sebagai salah satu pendekatan

utama dalam merungkai setiap permasalahan dalam kehidupan mereka. Malah, lebih

utama apabila masyarakat menjadikan maslak al-taharri sebagai kerangka

pertimbangan dan piawaian utama dalam menerima sesuatu perkhabaran terutama

dari golongan anti hadith hadith hadith yang menolak autoriti hadith Rasulullah saw

sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.

Kata kunci; Kitab hadis, masjid, Selangor

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-

45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute

(Institut Kajian Hadith-INHAD)

2

PENDAHULUAN

Masjid adalah institusi yang terpenting dalam perkembangan dan pendidikan agama Islam.

Sejak zaman Rasulullah s.a.w., masjid telah menjadi pusat kegiatan pelbagai program

keagamaan. Selain menjadi pusat ibadat, masjid juga berperanan dalam setiap kegiatan

masyarakat seperti pusat pentadbiran, pendididkan, kesenian dan ekonomi. Dalam konteks

pendidikan, masjid memainkan peranan penting sebgai tempat tumpuan umat Islam

mendapatkan pendidikan secara formal atau tidak formal.1

Usaha untuk memberi kefahaman hadis yang tepat kepada masyarakat menjadi tanggungjawab

dan kewajipan bersama, terutamanya bagi para ahli ilmu. Menyampaikan hadith di masjid dan

surau melalui pelbagai metode semasa oleh eseorang pengajar hadith juga dilihat sebagai usaha

untuk memberi kefahaman hadis kepada masyarakat.2

Pengajian ilmu berkitab merupakan medium pengajaran dan pembelajaran yang telah

dipraktiskan oleh para ulama dan ilmuwan Islam sejak sekian lama. Tradisi ini berkembang

seiring dengan perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan Islam yang asasnya bersumberkan

wahyu. Institusi masjid dilihat sebagai pusat utama dan elemen asas yang telah memainkan

peranan penting terhadap perkembangan tradisi ini. Fenomena semasa memperlihatkan

kesedaran dan minat masyarakat yang semakin mendalam terhadap pengajian-pengajian ilmu

yang dilakukan di masjid-masjid serata negeri, khususnya di Selangor. Terdapat kira-kira

392buah masjid di seluruh negeri Selangor yang meliputi 9 daerah, iaitu Kuala Selangor, Hulu

Selangor dan Sabak Bernam, Petaling, Klang, Gombak, Sepang, Kuala Langat dan Hulu

Langat.

1.0 Kitab–Kitab Hadis Yang Digunakan Dalam Pengajian Hadis Di Masjid Selangor

1. Al-Adhkar

Buku ini dikarang oleh Muhyiddin Abi Zakariyah Yahya bin Sharaf Al-Nawawi Al-Dimashqi

juga dikenali sebagai Imam Nawawi (631 H-676H). Mempunyai 19 kitab, 337 bab dan 15 fasal.

Imam Nawawi meletakkan hadis berkaitan taharah, solat, tilawah al-Quran, sakit, kematian,

puasa, haji, jihad, musafir, makan dan minum, salam, nikah, nama, menjaga lisan dan lain-lain.

Pengarang mengambil inspirasi daripada surah surah al-Baqarah ayat 152 dan adz-Zariyat : 56.

Hadis-hadis tersebut berkait rapat dengan zikir dan fadhilatnya dalam kehidupan masyarakat.

Kitab terkenal iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Tirmizi, dan Nasae’i,

menjadi rujukan utama Imam Nawawi dalam meletakkan hadis di dalam buku ini.

1 Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, 2011. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

Islam. hlm. 170, Bangi: Penerbit UKM. 2 Bazmul, Muhammad bin Umar. t.t. ‘Ilm Syarh al-Hadith Wa Rawafid al-Bahth fihi. hlm. 7-8 t.p.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-

45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute

(Institut Kajian Hadith-INHAD)

3

Beliau mengatakan bahawa ramai ulama yang mengarang buku berkenaan amalan seharian,

nasihat serta zikir namun, sanadnya terlalu panjang dan menyukarkan mereka yang ingin

mempelajari dan menghafalnya. Maka, buku ini dikarang bertujuan untuk memudahkan

pembaca. Jika terdapat sanad perawi yang tidak masyhur, maka Imam Nawawi akan

menyatakan: “ telah diriwayatkan daripada si fulan, bahawa tidak ada syak pada perawi

tersebut”.3

2.Riyad al-Salihin

Buku ini dikarang oleh Muhyiddin Abi Zakariyah Yahya bin Sharaf Al-Nawawi Al-Dimashqi

(631 H-676H).4 Di dalamnya terdapat 16 kitab, 334 bab. Imam Nawawi menyatakan bahawa di

dalam buku ini, beliau mengumpulkan hadis-hadis mengenai akhirat, adab, akhlak, penyucian

hati, dan perkara yang menuju ke arah kebaikan. Hadis tersebut ialah hadis yang jelas sahihnya,

adapun yang dha’if, beliau mengambil daripada kitab sahih yang mashyur.5 Metodologi

penulisan kitab ini ialah Imam Nawawi meletakkan ayat al-Quran bagi setiap permulaan bab dan

menerangkan makna tertentu secara ringkas. Beliau turut menggunakan istilah mutaffaqun `alaih

pada sesetengah akhir hadis.

3. Bulugh al-Maram

Buku yang diberi nama Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam, ditulis oleh Ibn Hajar al-

Asqalani (773 H - 852 H). Nama lengkap beliau ialah Ahmad bin Muhammad Alias Abu al-

Fadhi al-Kannani asy-Syafi’i.6 Di dalamnya terdapat 16 kitab dan 97 bab disusun menggunakan

tema fiqah. Ianya merupakan ringkasan yang memuatkan dalil-dalil pokok mengenai hukum-

hukum syariah. Membicarakan mengenai taharah, salat, mengurus jenazah, zakat, puasa, haji,

berjual-beli, faraidh, nikah, jinayat, hudud, jihad, makanan, sumpah dan nazar, keputusan atau

pengadilan, memerdekakan budak, dan lain-lain.

Setelah menyatakan hadis, Imam Ibnu Hajar memberi penerangan dan membawa padangan

hukum daripada ulama’ lain seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu

Hanifah. Status sebahagian sesuatu hadis juga turut dinyatakan di dalam buku ini.

Pengarang menyusun kitab ini dengan sebaik mungkin supaya dapat dihafal dengan mudah,

membantu para penuntut ilmu, dan memberi manfaat yang maksimum bagi sesiapa yang ingin

mendalaminya.

4. Kitab Mastika Hadis

Pada tahun 1973, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menerbitkan Kitab Mastika Hadis. Buku

yang ditulis oleh Abdullah Basmeih bin Muhammad Basmeih ini mengandungi 3 jilid iaitu

bahagian mukaddimah dan jilid 1, jilid 2 (ibadah), jilid 3 Pada buku jilid 1, terdapat 42 hadis

dan disusun dalam 10 bab. Sebelas tahun kemudian, Mastika Hadis jilid kedua dihasilkan.

3 Imam Nawawi. 2006. Al-Adzkar . Kaherah : Dar al-Aqidah. Hlmn 5-6.

4 Imam Nawawi. 2008. Matan al-Arbain an-Nawawi (text, translation and notes). Cet 3. Petaling Jaya : Islamic

Book Trust. Hlmn vi. 5 Imam Nawawi. 1987. Riyadhus Solihin. Beirut : Dar al-Jil. Hlmn. 4-5.

6 Imam Ibn Hajar. 2007.Terjemahan Lengkap Bulughul Maram. Jakarta : AKBAR. Hlmn xiii.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-

45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute

(Institut Kajian Hadith-INHAD)

4

Penulisan pada jilid kedua memberi fokus kepada hadis-hadis berkaitan taharah dan solat.

Seterusnya, Mastika Hadis jilid ketiga, dihasilkan pada tahun 1997. Di dalamnya dimuatkan

sebanyak 191 buah hadis. 7

Pengarang menggunakan pendekatan yang sesuai dengan segenap lapisan masyarakat. Hal ini

kerana, pengarang menjelaskan hukum sesuatu masalah itu dengan baik dan mudah difahami.

5. Arba‘un Nawawiyyah

Buku ini ditulis oleh Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif Al-Nawawi. Beliau

mengikut jejak imam-imam terdahulu yang mengumpulkan hadis empat puluh. Cuma yang

membezakan ialah tema kumpulan hadis yang dikumpulkan. Ulama terdahulu sebelum Imam

Nawawi, ada yang mengumpulkan empat puluh hadis mengenai usul al-Din (tauhid), cabang-

cabang hukum agama, jihad, zuhud, adab dan ucapan nabi dalam berbagai keadaan.8

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada pendahuluan ilmu

hadis, mustalah hadis, bahagian nama hadis, dan riwayat ringkas imam hadis yang masyhur.

Pada bahagian kedua pula, baharulah diletakkan matan hadis-hadis. Meskipun dinamakan hadis

empat puluh, namun, di dalamnya buku ini, Imam Nawawi memuatkan sebanyak 42 hadis sahih

sahaja.

Metodologi yang digunakan ialah pengarang mendatangkan matan hadis, kemudian

mensyarahkannya dengan sokongan hadis atau ayat al-Quran Hadis yang dipilih oleh Imam

Nawawi untuk dimuatkan dalam buku ini ialah hadis yang diriwayatkan daripada Imam Bukhari

atau Imam Muslim. Uniknya, hadis-hadis tersebut merupakan hadis yang hampir dengan

kehidupan masyarakat dan perkara-perkara asas bagi seorang muslim. Di akhir setiap syarahan

hadis, beliau menyenaraikan isi-isi penting atau pengajaran yang boleh diambil daripada hadis

tersebut. Oleh kerana itu, buku ini mudah diterima oleh masyarakat.

6. Syama’il Muhammadiyyah

Buku ini ditulis oleh Imam Tirmizi atau nama lengkapnya ialah Muhammad bin Isa bin Surah

bin Musa ibnu adh-Dhahhak as-Silmi at-Tirmidzi adh-Dharir (214 H-274 H)9. Syamail

Muhammad memaparkan secara detail semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi

berkaitan susuk peribadi tubuh badan Rasulullah s.a.w serta perilaku dan sahsiah baginda zahir

dan batin.

Imam Tirmizi memuatkan sebanyak 56 bab yang menggambarkan keindahan perilaku, sifat

rendah hati, cara baginda duduk, berpakaian, makan, minum, tidur, melaksanakan solat,

beribadah, berbicara, bergaul bersama keluarga dan para sahabat, sikap kepada tetamu serta

bagaimana baginda memperlakukan kaum muslimin secara umumnya.10

7 Mohd Farid Ravi Abdullah. Syeikh Abdullah Basmeih bin Muhammad Basmeih : Kajian Terhadap Mastika Hadis.

Jurnal INHAD. 1:3. Hlmn 16. 8 Imam Nawawi. 1989. Hadis 40 (terjemahan dan syarahnya). Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar. Hlmn 53.

9 Imam Tirmizi. 2008. Syamail Muhammad (keperibadian Rasulullah s.a.w). Kuala Lumpur : Telaga Biru. Hlmn

xxi. 10

Ibid. Hlmn xxiii.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-

45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute

(Institut Kajian Hadith-INHAD)

5

7. Bahr al-Madhi

Nama lengkap buku ini ialah Bahr al-Madzi li Syarah Mukhtasar Sahih At-Tirmizi atau dalam

Bahasa Malaysia, Ringkasan Sahih Tirmizi. Buku yang disusun oleh Muhammad Idris Marbawi

(1313 H – 1408 H) ini merupakan terjemahan dan ulasan lengkap sesudah diringkaskan daripada

Sahih at-Tirmizi. Buku ini mengandungi 22 juzu’ , 1305 bab dan 8200 permasalahan agama

yang berkaitan dengan hal ehwal dunia dan akhirat. Ssusunan bab yang diterangkan di dalam

buku ini, sama seperti bab di dalam Sahih at-Tirmizi kecuali segelintir terdapat beberapa

pertambahan dan keterangan. Buku yang berbahasa Malaysia ini pernah dicetak dan diterbitkan

di Mesir.

Uniknya metodologi buku ini, sebelum beliau menyatakan hadis, akan terdapat sedikit

pengenalan mengenai bab tersebut, kemudian dituruti dengan hadis yang akan menjadi hujah dan

dalil bagi mazhab Syafi’I dan lain-lainnya. Setelah itu, dinyatakan masalah-masalah diikuti

dengan penerangan masalah tersebut bagi memudahkan pembaca.11

8. 40 Hadis Akhir Zaman – Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam12

Buku Siri 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman karangan Syeikh Ahmad Fahmi al-Banjari menjadi

bahan pengajaran di masjid dan surau serta menjadi bahan rujukan di sekolah dan universiti.

Kitab ini membicarakan tanda-tanda Kiamat yang telah dan sedang kita alami. Buku ini

membantu para pembaca untuk mengetahui golongan-golongan yang sesat dan memaparkan

kepada mereka haluan keselamatan.Selesai ditulis pada 7 Rajab 1411 H, bertepatan dengan 23

11

Muhammad Idris Al-Marbawi. 2008. Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtasar Shahih Al-Tirmizi . Cet 2. Kuala Lumpur

: Al-Hidayah Publication. Hlmn 3. 12 Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari Al Maliki, yang nama penanya “Abu Ali Al-Ban­jari An-Nadwi Al-

Maliki”, lahir di Amuntai, Kalimantan Se­latan, pada 9 Juni 1959. Pendidikan awalnya didapat di kampungnya sendiri. Seterusnya pada tahun 1973-1978, ia melanjutkan pelajarannya di Pondok Pe­santren Darussalam Martapura, Kali­man­tan Selatan. Pada tahun 1979, ia melangkahkan kaki ke Jawa untuk melanjutkan pelajar­annya di Yayasan Pesantren Islam (YAPI) di Bangil, Jawa Timur. Pada ta­hun 1980, ia melanjutkan pendidikannya di Nadwatul Ulama, Lucknow, India, di bawah asuh­an tokoh ulama sangat terkemuka di dunia Islam, Sayyid Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi (wafat 1420 H/1999 M) hingga memperoleh ijazah pertama (BA) pada tahun 1983. Banyak ilmu yang didapatnya dari Sayyid Abul Hasan An-Nadwi dan para tokoh ulama lain di sana. Pada tahun 1984, Ustadz Fahmi Zam­zam berkunjung ke negeri Kedah, Malaysia, dan tinggal di Ma‘had Tarbiyah Islamiyah Derang, Pokok Sena, Kedah. Inilah awal mula pengabdiannya di sana.Pada tahun 1985 ia kembali ke India untuk menyelesaikan pelajarannya pada tingkat sarjana (MA) dalam bidang Dakwah dan Sastera Arab yang diselesaikan­nya tahun 1987. Pada tahun 1988, Ustaz Ahmad Fahmi sempat berguru di Makkah kepada Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani (wafat 1410 H/1990 M) dan memperoleh Ijazah ‘ammah dalam ilmu hadits dari gurunya itu. Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari Al Maliki telah ber­khidmat lebih dari 20 tahun di Ma‘had Tarbiyah Islamiyah, Derang, Kedah, dalam usaha mendidik tunas-tunas muda dan memimpin mereka ke jalan Allah. Selama di Kedah, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari Al Maliki sering menyampaikan pengajaran di masjid-masjid, terutama di Kedah. Sebagai seorang guru yang tinggi ilmunya, pengajaran-pengajaran­nya mendapat sambutan hangat dari masyarakat. Selain itu, ia juga diminta oleh Radio RTM Kedah untuk mengisi ruang Ke­musy­kilan Agama (Masalah-masalah Agama), yang disiarkan secara langsung sejak tahun 1994 sehingga 2001. Melalui acara tersebut, ia membantu masya­rakat dalam menyelesaikan masalah-ma­salah agama berkaitan dengan ke­hidupan keseharian.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-

45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute

(Institut Kajian Hadith-INHAD)

6

Januari 1991 M.

2.0 ANALISA DEMOGRAFI TENAGA PENGAJAR

2.1 Pendidikan

Dilihat kebanyakan tenaga pengajar mempunyai latar belakang pendidikan daripada pelbagai

negara. Sebahagian daripada mereka menyambung pengajian di peringkat sarjana muda

mahupun sarjana di universiti tempatan dan luar negara seperti Indonesia, Thailand, Pakistan,

Mesir dan sebagainya. Ada di antara tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dalam tiga

bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Arab dan Bahasa Urdu rentetan pengalaman beliau yang

melanjutkan pelajaran di sebuah negara yang terletak di Asia Selatan. Selain itu, sesetengah

tenaga pengajar juga mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perguruan sekaligus

menjadi satu kelebihan ketika berkomunikasi dengan masyarakat. Kesemua tenaga pengajar

mempunyai pengalaman berkhidmat dengan masyarakat sebelum mereka menabur bakti secara

langsung di masjid di mana ianya menjadi faktor besar kelangsungan pengajaran pengajian kitab

hadis.

Hal ini berdasarkan hasil analisa daripada pihak responden sebagai berikut:

Responden 6: ….Saya, sekolah dulu sekolah agamalah. Kelantan. Habis sekolah darjah 9, terus

ke Indonesia belajar di... Pergi Indonesia tahun 69. Sekolah Tarbiyatul Atfal, Pasir Putih...

pasal amik dia punya Sijil Tinggi Agama tu kan ada kan. Sekolah tu bukan ada lagi... dibangun

cantik. Dapat bantuan kerajaan pusat punya tu... yang diambil kerajaan negeri punya sekolah

tu. Ha... tahun 69, 76 balik. Di Universiti Islam Tunang Kali Jaga. Dulu IIM, Institut Agama

Islam Negeri Tunang Kali Jaga. Sekarang ni, Universiti Islam Jogjakarta. Saya habis B.A

kahwin, anak sulung lahir kat sana, tahun 73. Tahun 76 balik. Pastu berkhidmat di depan rumah

Tun Langkah Muar, Johor... SAB, Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Muar, Johor 10 tahun.

Pastu masuk Maktab Perguruan Islam, 16 tahun habis pencen lah. Jadi, nak tanya-tanya hadis

ni saya... tak belajar hadis sebenarnya. Saya amik satu matapelajaran ja dengan Pak Hasbi As-

Siddiq, professor di sana. Pastu ujian pun syafawi aja... nak lulus matapelajaran. Jadi saya,

mengajar ni bukan ajar hadis, baca hadis. Dah tak ada orang, suruh kita baca hadis. Jadi, bila

syeikh ni tak ada, kita boleh bagi.

Responden 7: Mus bukan nama sebenar pernah merupakan tenaga pengajar di STAM, School

of Tahfiz and Arabic Malaysia. Beliau berkata, “Pertama, saya belajar sekolah umum lah.

Sampai tingkatan 3. Di Acheh. Haa... asal Acheh. Habiskan pengajian umum sampai tingkatan

3. Pastu, saya pergi ke Thailand Selatan. Thailand Selatan sana... ambil tahfiz Quran, selama 3

tahun lah. Selesai sana. Thailand Selatan di Yala. Umur... 15 sampai 18. 3 tahun. Lepas itu,

balik ke Indonesia pergi ke Jakarta. Jakarta tu ada satu sekolah jugak iaitu di bahagian Jakarta

Timur. Di situ memang kita memperdalam mengenai asas-asas Bahasa Arab lah dan permulaan.

Err... sekolah Madrasah an-Nur namanya di Jakarta Timur mengajar dasar-dasar fikih, Bahasa

Arab, kemudian aqidah. Selepas di sana... kita di sana selama 2 tahun lebih kurang. Habis di

sana pengajian, belajar dasar Bahasa Arab tu, dasar fikih... kita bertolak pergi Sri Langka dekat

di India lah... yang negara kecil itu. Di situ kita mulai belajar daripada awal dalam syariatnya

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-

45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute

(Institut Kajian Hadith-INHAD)

7

lah... bahagian syariat lah. Kolej. Arabic College. Belajar selama 4 tahun di sana. Memang di

sana tu belajar, kita nama kolej tapi dia punya sistem pengajaran... sistem turath lah. Kitab-

kitab turath lah. Itu 4 tahun. Degree. Antara kitab-kitab yang kita belajar tu, seperti kalau dalam

Hadis tu... Bulughul Maram. Kalau dalam Fekah tu... Kitab ‘Undah, kemudian seperti ilmu

Nahu... Qatrun Nada’, kemudian dari segi bidang Mantik... Tafshilul Mantik nama kitab dia, dan

tafsirnya Tafsir Jalalain kita belajar. Jadi di sana, kalau Hadis memang kita hanya belajar kitab

Bulughul Maram sahaja lah. Lebih menjurus kepada fikihnya Syafie lah.. dalil-dalil yang Syafie

dalam hadis tersebut. 4 tahun di sana sampai 2009 lah tu, mula daripada 2005. Daripada Sri

Langka, kita balik Indonesia dalam 2 minggu... lepas itu, bertolak lagi pergi ke Pakistan.

Pakistan, kita dapat belajar di Karachi. Karachi ni satu negeri lah yang termasuk bandar paling

besar di Pakistan. Dalam belajar, kita memang khusus ambil Fakultas Hadis lah.Jamiah bi

Nurriyyah al-‘Alamiyyah, Pakistan.

Responden 8: Bismillahirrahmanirrahim, ana akhukum fillah, nama saya Us. Has. Berasal

daripada Klang, Meru. Bertugas di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Jeram Kuala Selangor

dan juga sebagai penceramah di masjid-masjid sekitar negeri Selangor. InsyaAllah. Saya

berkelulusan sarjana muda Pengajian Islam takhassus dalam Dakwah wa al- Qiyadah di

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Responden 10: Niz bukan nama sebenar berasal dari Sabak Bernam Selangor. Mendapat

pendidikan awal di Maahad Sultan Salahuddin Batu 38, Sabak Bernam. Kemudian, menyambung

pelajaran ke UNISZA. Kemudian menyambung pengajaran di IPTQ Kuala Lumpur.. Degree di

Mesir, dan membuat diploma pendidikan di IPG.. Selepas itu, menyambung kembali pelajaran

dalam master di Universiti al- Azhar, Mesir dalam bidang Qiraat. Kemudian beliau pulang ke

Malaysia pada tahun 2005 dan terus berkhidmat di masjid-masjid di negeri Selangor.

2.2 Pentauliahan

Selain itu, secara asasnya, tenaga pengajar mestilah bertauliah dalam mencurahkan ilmu kepada

ahli jemaah masjid. Hal ini kerana, pentauliahan tersebut memberi kesan sedikit sebanyak

kepada masyarakat berkenaan tahap kefahaman mereka terhadap ilmu hadis. Ilmu hadis tidak

hanya berfokus kepada pembacaan semata, tetapi mestilah diterangkan sebaik mungkin dari

sudut kesahihan dan martabat sesuatu hadis. Sekiranya tenaga pengajar tidak mempunyai tauliah,

pihak masjid akan menjemput mereka secara berkala iaitu sebulan sekali disamping

mengusahakan pentauliahan sementara di JAIS.

Hal ini berdasarkan hasil analisa daripada pihak responden sebagai berikut:

Responden 9: iya betul. Kalau dia tak ada tauliah pun, kalau kita panggil dia untuk sebulan

sekali, kita akan dapatkan tauliah sementara di JAIS.

Responden 11: kita memang kalau bab-bab hadis apa semua macam tu, terutamanya mesti

kena yang bertauliah lah.Sebab kita kata orang tu mengajar, baca saje pun, tak faham lah, ini

hadis ke bukan, apa semua.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-

45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute

(Institut Kajian Hadith-INHAD)

8

3.0 ANALISA RESPONDEN

3.1 Pemilihan Kitab Pengajian Hadis

Pemilihan kitab hadis yang menjadi rujukan dalam pengajian mestilah kitab yang mu’tabar dan

bersesuaian dengan tahap pemahaman ahli jemaah masjid. Perkara ini adalah berdasarkan konsep

yang ditekankan oleh pihak masjid sendiri dalam menetapkan pengajian yang berbentuk

pembacaan matan serta terjemahan dan kemudiannya disyarahkan oleh tenaga pengajar atau

penceramah tersebut.

Kitab hadis tidak hanya tertumpu kepada pemilihan pihak masjid sahaja. Bagi sesetengah masjid

yang lain, kitab tersebut ditentukan oleh tenaga pengajar sendiri dan dibawa kepada

perbincangan lujnah masjid untuk dibincang kesesuaian. Kitab hadis juga dibekalkan oleh tenaga

pengajar dan pihak masjid berperanan untuk menjualnya kepada ahli jemaah.

Hal ini berdasarkan hasil analisa daripada pihak responden sebagai berikut:

Responden 9: Dia tengok nilah…kadang-kadang kita lebih memudahkan kepada penceramah.

Kita tahu penceramah tadi dia pakar dalam bahagian apa…walaupun dia semua dia boleh..tapi

apa yang dia lebih pakar. Ha. Jadi kita utamakan itulah. Aa..jadi dia kata saya boleh hadis, saya

boleh tafsir, saya boleh fiqah, aaa… betul. Tapi bukan semua lah macam tu…kadang-kadang

kita bagi nama kitab, ustaz tadi pilih.

Responden 4: Sebab kita pun kadang-kadang, kita pun sebenarnya tak berapa suggest kita yang

kitab.. kalau diorang sendiri yang…takut apa yang kita cadang tu berat bagi dia ke…betul,

betul, kitab yang mu’tabar. Bersesuaian, sebabnya kita kalau boleh ada matan ada terjemah..

dan disyarah oleh penceramah. Kita punya konsep macam tu..

Responden 6: Dia punya jawatankuasa masjid tanya kita, ustaz kitab apa baca. Ha... itu ja lah...

pastu kita pilih lah. Tenaga pengajar kita ni, dia menentukan kitab... lepas tu, ada lujnah kita

punya lah, pakar rujuk kita, bincang dalam dia punya jawatankuasa... aa begitu lah.

Responden 11: dia dualah… dua-dua. Ada yang dicadang oleh guru yang mengajar, dan ada

yang maknanya pihak masjid tentukan, tapi biasanya, pihak masjid dia tak faham, apa jenis

kitab-kitab. Biasanya, guru yang mengajar tu, dia akan berikan kitab dan dijual pada pihak

masijd lah. Diberikan kepada jemaah dan biasanya ahli jemaah yang membayar tu. haa’ah,

jemaah yang beli lah kiranya, tapi guru yang bekalkan..

Terdapat juga kitab yang dijual sendiri secara terus oleh tenaga pengajar kepada ahli jemaah.

Justeru ahli jemaah boleh membuat pilihan sama ada mendapatkan kitab hadis daripada pihak

masjid, tenaga pengajar, ataupun membelinya sendiri.

Hal ini berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh responden berikut:

Responden 1: Kita belilah.. kita tak payah cari mana-mana, dia jual.

Responden 9: belum, belum …tapi ada setengah jemaah beli sendiri, dia bawak sendiri…ada

jugak penceramah yang bawak kitab dia, sesiapa nak beli..

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-

45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute

(Institut Kajian Hadith-INHAD)

9

3.4 Pengaruh Penentuan Kitab Hadis Terhadap Penyertaan Jemaah (Responden)

Persepsi tentang penentuan kitab hadis sama ada mempengaruhi penyertaan jemaah atau pun

tidak dapat ditinjau dari sudut pandangan ahli jemaah dan sudut pandangan tenaga pengajar.

i. Ahli jemaah

Kebanyakan ahli jemaah nampaknya tidak mengambil kira sama ada kitab yang digunakan

oleh tenaga pengajar itu mempengaruhi minat mereka atau pun tidak. Mereka memberi

kepercayaan kepada tenaga pengajar sebagai guru yang bertauliah dalam soal ini.

Responden 1: Tidak jugak. Makna, ustaz yang memilih satu-satu kitab itu, jelas

memperkatakan isu.. yelah isu akidah, isu Islam, dan segala- galanya memfokuskan pada Islam

kan.. mudah fahami.. jadi amalan kita hari-hari, tidaklah mempengaruhi sesuatu hukum,

sesuatu kefahaman... tidak.

Responden 2: Itu, tak ada masalah lah. Apa-apa pun tak ada masalah lah.

ii. Tenaga pengajar

Manakala bagi pihak tenaga pengajar, kebiasaannya mereka mengambil kira dalam

menentukan kitab yang digunakan di dalam pengajian dengan dugaan ia akan dapat memberi

kesan kepada penyertaan dan minat jemaah. Ini seperti yang digambarkan dalam respon

berikut:

Responden 7: Ya, pemilihan kitab ni memberi kesan. Kerana mungkin seperti saya bawa

kitab sekarang ini adalah Tuhfatul Ahwazi. Tuhfatul Ahwazi ni, syarah kepada Imam Tirnidzi

ni dikarang oleh Sheikh Mubarak Abdul Wahid ‘Abdullah Mubarak-Furi daripada India.

Kenapa kitab ini saya pilih, kerana dia masa dia dengan kita ni, belum terlalu lama lagi. Jadi,

bukan terlalu klasik gitu. Jadi, apabila masuk dengan zaman moderate kita ni, masih sesuai

dan termasuk memang kitab Tuhfatul Ahwazi ni, kitab yang diiktibar di kalangan ulama, kitab

syarah yang diiktibar lah. Ulama memang menganggap kitab ini sebagai kitab yang penting,

Tuhfatul Ahwazi.

3.5 Sambutan Jemaah Terhadap Kitab Hadis yang Diajar

Semua responden menyatakan sambutan jemaah terhadap kitab hadis yang diajar adalah baik.

Ini kerana kepercayaan penuh mereka kepada tenaga pengajar yang sudah tentunya mempunyai

pengetahuan yang mencukupi.

Responden 1: Sambutannya bagus. Kat dewan kuliah...penuhlah.

Responden 2: Boleh lah... dapat sambutan lah.

Responden 3: Betul, Tapi ramai perempuan.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-

45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute

(Institut Kajian Hadith-INHAD)

10

Responden 5: Tapi kita depend lah... kalau ustaz dia yang bersemangat, kita pun ok kan... kita

akan stay. Macam ustaz, maknanya hari tu... walaupun 9.30, kita stay jugak... sebab kita suka

cara penyampaian dia, isi-isi dia, nak duduk lama sikit... hari ni pun hari Ahad kan.

Responden 10: Saya rasa baik sebab mereka minta ulang. Dah habis tu.. ulang balik. Ini kali

kedua la ni.

3.6 Kesesuaian Kitab Yang Digunakan Dengan Tahap Kemampuan Jemaah

Semua responden menyatakan kitab yang digunakan sesuai dengan tahap kemampuan jemaah.

Responden 1: Saya rasa peserta-peserta sini semuanya dah mahir, dah lama pengajian tu,jadi

diaorang dah mantap, dan diaorang dah faham. Jadi satu fakta tu, dia terus dapat tangkap.

Semua orang yang datang sini bukan orang jahil, semuanya orang pandai-pandai.

Responden 2: Sesuailah. Tak da berat sangat.Tapi kalau dia bawak macam penceramah tu

dengan cara yang boleh memahami... tak ada masalah. Ha... kan dia, macam dia baca dulu, dia

baca memang orang tak berapa ni kan, tapi bila dia sampaikan, dia perjelaskan. dan orang

faham. Ha, jangan salah ja.

Responden 3: Dia ada dua tu.. satu rumi dan satu jawi. Jadi, sapa yang tak pandai baca jawi,

dia boleh amik yang rumi.

Responden 5: Tak susah... senang.

KESIMPULAN

Kajian mendapati kesemua tenaga pengajar mempunyai pengalaman dan tauliah di mana ianya

menjadi faktor besar kelangsungan pengajaran pengajian kitab hadis. Bentuk pengajian biasanya

berbentuk pembacaan matan serta terjemahan dan kemudiannya disyarahkan oleh tenaga

pengajar yang dilantik. Pengajian kitab hadis dilihat sebagai usaha yang dilakukan untuk

memberi kefahaman hadis kepada masyarakarat.

Pemilihan kitab hadis juga bersesuaian dengan tahap pemahaman ahli jemaah masjid. Pengajian

biasanya berbentuk pembacaan matan serta terjemahan dan kemudiannya disyarahkan oleh

tenaga pengajar yang dilantik. Kebanyakan kitab hadis ditentukan oleh tenaga pengajar

sendiri. Ia sama ada dibekalkan oleh tenaga pengajar dan pihak masjid berperanan untuk

menjualnya kepada ahli jemaah atau dijual sendiri secara terus oleh tenaga pengajar kepada

ahli jemaah. Penyediaan buku teks bagi jemaah yang mengikuti pengajian, sama ada oleh

tenaga pengajar atau pihak masjid adalah satu perkara yang perlu diambil serius oleh semua

pihak. Ini untuk memastikan keberkesanan pengajian adalah pada tahap yang memuaskan.

Penentuan kitab hadis oleh tenaga pengajar juga tidak mempengaruhi penyertaan jemaah

keranakebanyakan ahli jemaah nampaknya tidak mengambil kira sama ada kitab yang

digunakan oleh tenaga pengajar itu mempengaruhi minat mereka atau pun tidak. Ini kerana

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-

45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute

(Institut Kajian Hadith-INHAD)

11

mereka memberi kepercayaan penuh kepada tenaga pengajar sebagai guru yang bertauliah

dalam soal ini.

Berdasarkan hasil analisis didapati semua responden menyatakan kitab yang digunakan sesuai

dengan tahap kemampuan jemaah. Bagaimanapun, penggunaan pendekatan soal jawab dalam

pengajian ada yang dilakukan secara kerap oleh setengah tenaga pengajar dan ada yang jarang

dilakukan oleh setengah yang lain. Ruang untuk soal-jawab sebaiknya hendaklah dibuka dalam

membentuk komunikasi dua hala di antara tenaga pengajar dan jemaah.

Pengajian kitab hadis di masjid-masjidnegeri Selangor dilihat aktif dan rancak dikawasan bandar

namun ia kelihatan kurang diberi perhatian di kawasan luar bandar. Hal ini mungkin disebabkan

maklumat pengajian tidak sampai kepada para jemaah melihat kepada kurangnya penggunaan

medium perantaraan terkini yang menghubungkan pihak masjid dan para jemaah seperti

kemudahan internet dan aplikasi terkini seperti whatsapp, telegram, facebook dan sebagainya.

Justeru, usaha menyebarkan hadis melalui kitab-kitab hadis muktabar serta penambahbaikan

pengajiannya di seluruh masjid perlu dilakukan agar para jemaah dapat menyedari akan

kepentingan hadis baginda Nabi SAW sebagai sumber kedua dalam perundangan Islam

seterusnya pelaksanaannya amat membantu dalam menambahkan kefahaman para jemaah

tentang hadis.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, 2011. Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam, Bangi: Penerbit UKM.

Fauzi Deraman, Ishak Hj. Suliaman & Faisal Ahmad Shah. 2010. Pengajian Hadith di Malaysia:

Tokoh, Karya dan Institusi. Universiti Malaya, Kuala Lumpur: Jab. al-Quran dan

al-Hadith.

Mohd Akil (2010). Perkembangan Pengajian Hadis di Riau, Indonesia. Seminar Serantau Ilmu

Hadis Dalam Peradaban di Alam Melayu – 25 Oktober 2010, Anjuran : Institut

Islam Hadhari (UKM), Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD) KUIS,

Kumpulan Ilmu Wahyu Dan Turath Islam (KWTI UKM) dan Jabatan al-Quran

dan al-Sunnah UKM.

Lucky Isnaeni (2011). Response Jama’ah Pengajian Hadis di Masjid al-Salam Bintang Jaya 3A

Tangerang. Tesis Sarjana Fakulti Ilmu Dakwa dan Ilmu Komunikasi, Jurusan

Komunikasi & Penyiaran Islam, Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah,

Jakarta, 2011.

al-Qudhah, Syaraf Mahmud. (2003). al-Manhaj al-Hadith Fi ‘Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur:

AlBayan Corporation Sdn. Bhd.

al-Qattan, Manna’ Khalil. (2007). Mabahith Fi ‘Ulum al-Hadith. Kaherah: Maktabah Wahbah

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-

45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute

(Institut Kajian Hadith-INHAD)

12

al-Khatib, Muhammad ‘Ajjaj. (1981). Ushul al-Hadith “ulumu Wa Musthalahuh. Beirtu : Dar al-

Fikr.

Bazmul, Muhammad Bin Umar. (t.t.). ‘Ilm Syarh al-Hadith Wa Rawafid al-Bahth fihi. t.p.

Ibn al-Salah. (t.t). Muqaddimah Ibn al-Salah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Mahmud al-Thahhan. (1985). Taisir Musthalah al-Hadith. Iskandariah: Markaz al-Huda

Lildirasat.

Mohd. Muhiden Abd. Rahman. (2010). ‘Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa &

Pustaka. hal. 2

Muhammad Mustafa Al-‘Azhami. (1977). Studies In Hadith Methodology And Literature.

Indianapolis: American Trust Publications.

Nuruddin ‘Itr. (1989). Manhaj al-Nuqud Fi ‘Ulum al-Hadith. Damsyik: Dar al-Fikr

Subhi al-Saleh. (2000). ‘Ulum al-Hadith Wa Musthalahuh. Lubnan: Darul Ilm Lilmalayin.

T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy. (1974). Sejarah Dan Pengantar Ilmu Hadith. Jakarta: Kramat

Kwitang. hal. 63

Website ;

www.mssaas.gov.my