hadis hasan dan hadis sahih - marsah

29
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2 JAMAL@AMIRUL HAKIM BIN HASHIM MUHAMAD SHAIRAZI BIN ABDUL MAJID 2014 Ulum Hadith Hadis Hasan dan Sahih Pensyarah : Ustazah Dzakiah

Upload: jamalmaklumi

Post on 25-Jun-2015

368 views

Category:

Presentations & Public Speaking


6 download

DESCRIPTION

HADIS HASAN AND HADIS SHAHIH PRESENTATION

TRANSCRIPT

Page 1: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

JAMAL@AMIRUL HAKIM BIN HASHIMMUHAMAD SHAIRAZI BIN ABDUL

MAJID2014

Ulum Hadith

Hadis Hasan dan

SahihPensyarah : Ustazah Dzakiah

Page 2: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Hadis Sahih Dan

Hadis Hasan

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

Page 3: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

Definisi Hadis Sahih

Page 4: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

BAHASA …“Sihat atau tidak sakit”...

ISTILAH :

…“Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang adil sempurna ingatan, sanadnya bersambung-

sambung, tidak ber’illah dan tidak janggal”...

Page 5: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

PenghantarUsul Fiqh

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

Syarat Hadis Sahih

Page 6: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

1. Sanad bersambung

2. Perawi Adil

3. Perawi Dhobit

4. Tidak Syazz

5. Tiada illah

Page 7: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

1. Sanad bersambung

Bersambung sanad bermaksud perawi telah bertemu dan menerima hadis secara langsung daripada gurunya. Keadaan bersambung sanad ini berlaku daripada awal sanad, tobaqoh pertama : Sahabat sehingga kepada perawi terakhir yang menulis hadis tersebut, tanpa tertinggal atau pun terputus walau seorang perawi pun.

Page 8: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

Pendapat harus bertaklid

2. Perawi Adil

Maksud : Seseorang yang soleh dan bertaqwa yang mempunyai ciri-ciri yang berikut :

1. Mengerjakan suruhan dan taat kepada Allah SWT2. Tidak melakuakan dossa besar3. Menjauhi segala perkara yang boleh menggugurkan

iman.4. Tidak mengikut mana-mana hadis yang bertentangan

dengan syarak.5. Menjaga maruah samada sudut syarak mahupun adat.

Page 9: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

Dalam konteks alain sifat adil juga termasuk dia tidak difitnah atau tidak dituduh dengan lima perkara :

1. Berdusta, fasiq, jahil dan bid’ah.2. Bergaul dengan orang yang tidak bermaruah.3. Keterlaluan dalam bergurau senda.4. Membuang air kecil di jalan-jalan.5. Makan di jalanan.

Page 10: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

3. Perawi Dhobit

Perawi dhobit atau penjagaan baik bermaksud perawi yang memiliki daya ingatan kuat cerdik dan faham samada berbentuk hafazan atau tulisan.

Perawi tersebut dapat menjaga tulisan-tulisannya daripada sembarang penambahan, pengurangan atau perubahan diatas sebab cuai atau leka.

Erti kata lain, perawi yang tidak lupa, dapat mengingati betul-betul apa yang didengarinya, mempunyai ketepatan penguasaan secara penuh terhadap hadis yang diterimanya.

Page 11: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

4. Tidak Syazz

Bermaksud tidak janggal iaini tidak ada pertentangan antara hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi dengan hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang lebih baik daripadanya.

Justeru, hadis syaz ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi Siqoh tetapi menyalahi riwayat ramai.

Page 12: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

5. Tiada illah

1.Kecacatan dan kesamaran yang boleh meragui atau merosakkan kesahihan sesebuah hadis.

2.Erti kata lain, hadis yang diriwayatkan secara bersambung, tetapi tertinggal seorang atau lebih perawi yang mana dalam sanadnya seorang fasiq atau dhobit.

Page 13: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

Pembahagian Hadis Sahih

Definisi Taklid

Page 14: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

1) Sahih Li Zatih

2) Sahih Li Ghairih

Page 15: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

1) Sahih Li Zatih

-Sudut bahasa ialah sihat atau tidak sakit

-Sudut istilah ialah Hadis Sahih Li Zatih merupakan hadith yang memenuhi syarak-syarak hadis sahih seperti para perawi adil , para perawi yang dobit dari segi tulisan atau hafazan , tidak janggal dan tidak illah .

Page 16: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

1) Contoh Hadis Sahih Li Zatih

Hadis bermaksud al-Bukhari berkata : Qutaybah bin Said meriwayatkan daripada Jarir daripada Umarah bin al-Qa’qa’ bin Syubrumah daripada Abu Zu’rah daripada Abu Huraira RA katanya: Seorang lelaki telah datang kepada Rasullulah SAW lalu bertanya, Wahai Rasullulah SAW ! Siapakah orang paling berhak aku berlaku baik kepadanya ? Baginda menjawab IBUMU , kemudian lelaki itu bertanya lagi, Kemudiaan siapa lagi ? Baginda menjawab kemudiaan IBUMU, kemudian lelaki itu bertanya lagi, Kemudian siapa lagi ? Baginda menjawab IBUMU, kemudian lelaki itu bertanya lagi, Kemudian siapa lagi ? Baginda menjawab , AYAHMU.

Page 17: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

2) Sahih Li Ghairih

-Sudut istilah ialah Hadis Sahih Li Ghairih merupakan:

1) Hadis yang mana sanadnya bersambung dan perawinya adil serta dobit , cuma sudut keadilan dan dobitnya kurang sedikit Sahih Li Zatih

2) Hadis ini berasal dari Hadis Hassan Li Zatih, namun ia dinaikkan kepada Sahih Li Ghairih ekoran terdapat dua syarat yang melayakkan naik taraf

- Kerana ia telah diriwayatkan melalui perawi yang sudah terkenal dengan kebenaran dan baik , walaupun hanya sedikit kurang pemeliharaan.

- Kerana ia telah diriwayatkan melalui jalan sanad yang sahih dan mempunyai kekuatan dan mempunyai kekuatan untuk menyokong hadis ini .

Page 18: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

2) Contoh Hadis Sahih Li Ghairih

Hadis bermaksud Imama al Tarmizi meriwayatkan melalui jalan sanad Muhammad bin Amru daripada Abu Salamah daripada Abu hurairah, Rasullulah SAW bersabda, Sekiranya tidak kerana bimbang menjadi bebanan terhadap umatku , nescaya aku akan memerintahkan mereka agar bersugi setiap kali hendak menunaikan solat.

Page 19: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

HADIS HASAN

Page 20: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

DASAR/POKOK

HADIS HASAN

Hadis Hasan Li Zatihi

Hadis Hasan Li Ghairihi

Page 21: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

1.Hadis Hasan Li zatihi

BAHASA : Arab, al-Hasan adalah sifat musyabbahat dari perkataan al-Husn(sesuatu yang elok). Antonimnya ialah perkataan al-Qubh (sesuatu yang buruk). Al-Hasan juga membawa maksud al-Jamil (sesuatu yang cantik)

ISTILAH : dalam ilm al-Hadith, al-Hasan Lizatih adalah suatu hadith yang bersambung sanadnya daripada awal sehingga akhir, dipindahkan oleh perawi yang adil, dabit namun kurang sedikit dabitnya berbanding perawi hadith sahih, tidak terdapat syaz, dan tiada illat.

Page 22: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

Syarat-Syarat al-Hasan Lizatih

Sebagaimana yang telah dikemukakan melalui takrif al-Hasan Lizatih, syaratnya juga terbahagi kepada lima iaitu:

i) Bersambung sanadnya dari awal sehingga akhir.ii) Perawinya seorang yang adil.iii) Bentuk dabit perawinya kurang sedikit berbanding perawi al-Sahih Lizatih.iv) Selamat daripada syaz.v) Selamat daripada illat.

Page 23: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

Hukum al-Hasan Lizatih

Dari sudut hukum, hadith-hadith yang martabatnya al-Hasan Lizatih adalah sama seperti hadith sahih dalam berhujah dari sudut aqidah, ibadah, muamalah, akhlak, adab, dan lainnya.

Martabat al-Hasan Lizatih

Kedudukan atau martabat al-Hasan Lizatih adalah terletak antara al-Sahih Lighayrihdan al-Hasan Lighayrih. Hadith yang martabatnya al-Sahih Lizatih dan al-Sahih Lighayrih adalah lebih diutamakan apabila berlaku pertentangan dengan al-Hasan Lizatih. Namun begitu, sekiranya berlaku pertentangan pula antara al-Hasan Lizatihdan al-Hasan Lighayrih, maka al-Hasan Lizatih akan diutamakan.

Page 24: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

“Diriwayatkan daripada Qutaybah bin Sa’id, daripada Ja’far bin Sulayman al-Quba’iy, daripada Abi ‘Imran al-Juni, daripada Abi Bakr bin Abi Musa, katanya: Aku mendengar al-‘Aduwwi berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

Terjemahan:“Sesungguhnya pintu-pintu syurga (terletak) dibawah bayangan pedang”.

�ُي�وِف الُّس! �ِظ�َال&ِل َت&ْح*َت& �َّن.ِة ال*َج& &ْب*و&اَب& َأ ِإ�َّن.

Contoh hadis hasan lidzatihi

Page 25: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

2.Hadis Hasan Li Ghoirihi

Al-Hasan Lighayrih menurut istilah ilmu hadith ialah hadith daif yang keadaan daifnya sedikit. Ia diangkat

martabatnya disebabkan bilangan jalur sanadnya yang banyak.

Dari takrif tersebut, al-Hasan Lighayrih pada asalnya adalah hadith Ìaif. Ia diangkat martabatnya lantaran dua syarat berikut :

Page 26: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

1. Keadaan daifnya adalah rendah. Daifnya hadith ini adalah disebabkan buruknya hafalan salah seorang perawinya, atau terputus (jalur) sanad, atau disebabkan perawinya tidak dikenali.

2. Hadith tersebut hendaklah telah diriwayatkan oleh jalan sanad yang lain sama ada setaraf atau lebih kuat daripadanya.

Page 27: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

Martabat al-Hasan LighayrihAl-Hasan Lighayrih berada pada tahap terakhir atau paling rendah dari segi penerimaan sesebuah hadith. Oleh kerana itu, martabat-martabat yang sebelumnya adalah lebih didahulukan untuk diterima sekiranya berlaku sebarang pertembungan hadith.

Hukum al-Hasan LighayrihDari segi hujah, kita dibolehkan untuk mengambilnya sebagai dalil dari aspek aqidah, hukum hakam, ibadat, muamalat, akhlaq, adab, dan lainnya.

Page 28: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

Contoh Penaiktarafan Hadith Daif  Dengan Hadith Daif

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (m. 279 H) dari jalur Hajjaj, daripada ‘AÏiyyah, daripada Ibn ‘Umar, beliau berkata :

Terjemahan :“Aku bersolat bersama Nabi s.a.w pada waktu Zohor ketika musafir dua rakaat dan diikuti selepasnya dua rakaat.”

- وسلم - علُيه الله صلى الَّن.ِب�ى< َع& َم& ل.ُي*َت� ص& �ْك*َع&َت&ُي*ِن َر& ا ْب&َع*َد&َه& و& �ْك*َع&َت&ُي*ِن َر& �ِر َف& الُّس. ِف�ى ِر& الُّظ!ْه*

Page 29: Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DPI 2

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (m. 275 H) dari jalan Khusaif, daripada ‘Ikrimah, Mujahid, dan ‘Ata’, daripada Ibn ‘Abbas, Nabi s.a.w bersabda:

Terjemahan:“Wanita yang didatangi haid dan nifas pada waktu (mengerjakan haji), hendaklah keduanya membersihkan diri, berihram, dan menunaikan keseluruhan ibadat (haji) selain tawaf di Baitullah.”

�ُي&اَّن �ِض َت&ْق* و& �ِر�َم&اَّن َت�ْح* و& �َال&َّن �َت&ْغ*َت&ُّس �ال*و&ْق*َت ع&ل&ى &َت&َت&ا َأ �َذ&ا ِإ اُء� ُّس& الَّن!َف& و& اِئ�ُض� ال*ْح& �ْب�ال*ِب&ُي*َت �الَّط.و&اِف َغ&ُي*ِر& ا ْك�ل.ْه& َك& �َّن&اس ال*َم&

Contoh Penaiktarafan Hadith Daif Dengan Hadith Yang Lebih Kuat Darinya