jelutong barat pulau pinang suatu dilema

4
Memorandum dari Warga Jelutong Barat Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat Pulau Pinang sedang melalui suatu dilema yang telah menyimpang kemajuan sekolah ini ke arah kemerosotan yang berpunca dari pengurusan yang tidak cekap oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran. Guru Besar bersikap kurang sopan semasa bercakap dengan guru-guru dalam mesyuarat atau sebarang perjumpaan. Mengeluarkan kata kata yang kurang sedap didengar dan menyinggung perasaan guru serta mematahkan semangat semua guru. Mencaci dan merendahkan martabat guru dihadapan pelajar dalam perhimpunan. Memberi tugas yang membebankan guru dan tidak dapat fokas kepada tugas pengajaran. Mengugut guru-guru dengan APC dan markah prestasi. Guru Besar yang menyambung pelajaran (Program Ijazah Kepengetuaan) telah menyerahkan tugas pentadbiran sekolah kepada PK1 yang baru melangkah kesekolah ini pada penghujung tahun 2008. Kini guru besar tidak berkuasa dan tak sanggup untuk menegur PK1 walaupun beliau akur dengan sikap ego dan tamak kuasa yang dicerminkan oleh penolong nya. Beliau seolah –olah seperti kena pukau oleh kuasa sihir yang dilemparkan oleh PK1 Urusan sekolah berjalan lancar sehinggalah PK1 mula menunjukkan belang nya sehingga seluruh tenaga pengajar di sekolah ini membencikan beliau. Perhubungan ramai guru dengan PK1 terputus kerana PK1 bersikap ‘menegakkan benang basah’. Berikut adalah antara beberapa ‘anggkara’ PK1 SK Jelutong Barat . Memperkecilkan kebolehan guru dengan menunjukkan beliau lebih tahu dari semua. Guru guru yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 dikatakan tidak layak menerimanya walaupun beliau tidak bertugas di sekolah ini pada ketiga pemilihan dibuat. Mengatakan kelemahan seseorang guru kepada orang lain sebelum berbincang dengan individu yang terlibat atau mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang sebenarnya.

Upload: suddakar-narayanan

Post on 29-Jun-2015

114 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jelutong Barat Pulau Pinang suatu dilema

Memorandum dari Warga Jelutong Barat

Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat Pulau Pinang sedang melalui suatu dilema yang telah menyimpang kemajuan sekolah ini ke arah kemerosotan yang berpunca dari pengurusan yang tidak cekap oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran.

Guru Besar bersikap kurang sopan semasa bercakap dengan guru-guru dalam mesyuarat atau sebarang perjumpaan. Mengeluarkan kata kata yang kurang sedap didengar dan menyinggung perasaan guru serta mematahkan semangat semua guru. Mencaci dan merendahkan martabat guru dihadapan pelajar dalam perhimpunan. Memberi tugas yang membebankan guru dan tidak dapat fokas kepada tugas pengajaran. Mengugut guru-guru dengan APC dan markah prestasi.

Guru Besar yang menyambung pelajaran (Program Ijazah Kepengetuaan) telah menyerahkan tugas pentadbiran sekolah kepada PK1 yang baru melangkah kesekolah ini pada penghujung tahun 2008. Kini guru besar tidak berkuasa dan tak sanggup untuk menegur PK1 walaupun beliau akur dengan sikap ego dan tamak kuasa yang dicerminkan oleh penolong nya. Beliau seolah –olah seperti kena pukau oleh kuasa sihir yang dilemparkan oleh PK1

Urusan sekolah berjalan lancar sehinggalah PK1 mula menunjukkan belang nya sehingga seluruh tenaga pengajar di sekolah ini membencikan beliau. Perhubungan ramai guru dengan PK1 terputus kerana PK1 bersikap ‘menegakkan benang basah’.

Berikut adalah antara beberapa ‘anggkara’ PK1 SK Jelutong Barat . Memperkecilkan kebolehan guru dengan menunjukkan beliau lebih tahu dari semua.

Guru guru yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 dikatakan tidak layak menerimanya walaupun beliau tidak bertugas di sekolah ini pada ketiga pemilihan dibuat.

Mengatakan kelemahan seseorang guru kepada orang lain sebelum berbincang dengan individu yang terlibat atau mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang sebenarnya.

Tidak bersikap professional dengan melemparkan tohmahan keatas guru-guru kepada Guru Besar yang sekali sekala datang ke sekolah.

Tidak bersikap terima kasih kepada guru-guru yang menjayakan sesuatu program sekolah. Sebaliknya menggosip di pejabat tentang kelemahan dan kekurangan yang remeh dan memperbesarkanya sebagai satu isu.

Menghabiskan masa yang banyak dengan bersembang ‘kedai kopi’ dengan kerani yang satu-satunya orang yang sanggup mendengar dan menyaksikan sendiwara beliau.

Mengeluarkan kenyataan ’ I am the boss’ kepada penolong kanan dan kakitangan pejabat dan menggesa semua mesti ikut cakap nya.

Page 2: Jelutong Barat Pulau Pinang suatu dilema

Melarang kakitangan pejabat masuk dalam biliknya kerana kononnya cincin berlianya hilang. Perkara ini telah menyinggung perasaan kakitangan pejabat dan PK yang lain termasuk pekerja yang membersihkan pejabat.

Berikutan dari insiden ini salah seorang dari kerani sekolah yang begitu cekap dalam tugas dan hanya mempunyai 2 tahun utk pencen telah bertukar ke sekolah lain dengan kenyataan ‘Saya tidak tahan dengan perempuan itu dan tak sanggup melihat mukanya lagi’.

Menyekat kemudahan fotostat dan riso di pejabat. Bahan tambahan tidak dapat dihasilkan oleh guru untuk pelajar kerana terpaksa melalui tapisan beliau. Kebanyakan bahan yang hendak dicetak tidak dibenarkan dan tidak pula menerima keterangan guru-guru yang memerlukanya. Tindakan beliau merugikan pelajar yang menjadi mangsa dalam sekolah ini.

Makmal ICT dikunci dan peralatan ICT tidak dapat dimanafaatkan oleh guru untuk pelajar. School net tidak dapat digunakan. Alasan banyak komputer yang rosak. Beliau tidak mengambil langkah untuk membaiki keadaan atau memulihkanya.(Lari dari masalah).

Tandas juga dikunci pada pukul satu. Pelajar kelas tambahan berjalan jauh ke tandas yang berada jauh dari tempat belajar. Pembuangan masa belajar. Pelajar jadi mangsa. Jika hari hujan mereka terpaksa basahkan diri untuk membuang air kerana tandas-tandas itu berada diluar laluan berbumbung.

Pintu belakang ke padang sekolah menengah juga di kunci dan sekolah menengah tidak di beri salinan. Pihak pentadbiran SMK Jelutong mesti mendapatkan kebenaran beliau untuk membukanya. Tindakan ini telah mengeruhkan hubungan baik SK Jelutong Barat dengan SMK Jelutong.(SKJB berkongsi padang dengan SMK J utuk hari sukan dan aktiviti lain.)

Mengeluarkan Fitnah Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak mahu membuat sebarang program walaupun beliau bertungkus lumus menjalankan program untuk pelajar.

PK1 mahu kroni-kroni beliau sahaja untuk memberi motivasi disekolah. Rakan rakan guru yang selama ini datang kesekolah untuk program teknik menjawab soalan UPSR ditolak. Beliau ada orangnya sendiri. Kali pertama panggil adik kemudian abangnya pula datang untuk memberi ceramah yang lebih kurang sama isinya.

Bayaran RM200/ dipaksa beri kepada penceramah yang dijemput oleh PK1 . Lain lain penceramah kurang dari jumlah itu.

Pelajar tahun 6 yang terlibat hanya diberi RM1 satu kepala bagi kos belanja makan dari pukul 7.30 – 12.30 tengahari. Pelajar jadi mangsa!

Menugaskan pelajar tahun 6 mengedarkan slip jadual ganti kepada guru-guru. Lebih sejam waktu belajar pelajar yang tidak berdosa dirompak dengan tindak tanduk buta perutnya itu. Sebaliknya pula seperti orang alim melarang guru-guru menggunakan pelajar untuk menghantar buku dan sebagainya ke bilik guru dan tempat tempat lain.

Page 3: Jelutong Barat Pulau Pinang suatu dilema

Menghalang guru-guru tertentu menghadiri kursus/program tertentu dan memberikanya kepada guru lain yang tidak kena mengena dengan bidang tersebut. Seperti menghantar guru kaunseling dan guru agama ke pameran sains.

Menyorokkan surat surat tententu yang sepatutnya sampai ke tangan guru, sehingga guru dapat tahu dari sumber luar dan meminta darinya. Kes sebegini beliau putarbelitkan dengan menyalahkan budak pejabat tidak member padanya walaupun ada bukti penyerahan.

Kami boleh terus mengatakan pengalaman perit kami disekolah ini yang tidak berkesudahan . Namun pokoknya apakah langkah pihak yang bertanggung jawab walaupun kami telah menyuarakan pandangan kami kepada Guru Besar yang cuma besar tapi tak berdaya di hadapan PK1. Guru Besar bersikap talam dua muka dalam menangani masalah ini. Kami hilang kepercayaan dengan beliau untuk terus meredakan keaadaan.

Bilangan pelajar disekolah ini semakin merosot ditambah pula dengan guru guru yang telah hilang semangat dan mengalami ganguan serta kecederaan emosi akhibat sikap ‘ego’ yang keterlaluan sehingga menghancurkan visi dan misi sekolah ini. Sebelum perkara yang lebih serius berlaku kami warga jelutong barat memohon kedua-dua GB dan PK1 ditukarkan ke sekolah lain supaya dengan barisan pentadbiran baru yang lebih nilai kemanusian dapat menjernihkan keadaan.

Sekian dari Warga Jelutong Barat Pulau Pinang