dilema wanita berkerjaya - pnm...dilema wanita bekerjaya / suzana ghazali. isbn 978-683-042-538-2 1....

30

Upload: others

Post on 11-Dec-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan
Page 2: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan
Page 3: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

DILEMA WANITA BERKERJAYA

Page 4: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan
Page 5: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

DILEMA WANITA BERKERJAYA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

PANEL ISU-ISU SEMASA WANITA ISLAM (PISWI)

SUZANA GHAZALI

Page 6: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Suzana Ghazali, 1974-DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI.ISBN 978-683-042-538-21. Women employees. 2. Women in Islam. 3. Muslim women--Conduct of life.I. Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam.I. Judul.331.44

Diterbitkan oleh:JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIABlok D7 & D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62519 Putrajaya.Tel: 03-8886 4000 Faks: 03-8889 1997Laman web: www.islam.gov.my

Cetakan Pertama 2014

Page 7: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

Kandungan

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ... V

Pengenalan ... 1

Perlukah Wanita Punya Pendapatan Sendiri ... 2

Nafkah Isteri Bekerja ... 4

Membantu Suami Dalam Membiayai Keperluan Rumahtangga ... 7

Wujudkan Keseimbangan Antara Kerjaya ... 10

Batasan Berkawan Bagi Seorang Isteri ... 13

Penutup ... 17

Page 8: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan
Page 9: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan-Nya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat merealisasikan penerbitan Siri Risalah Wanita dan Isu dengan kerjasama padu daripada para Ahli Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI).

Sesungguhnya, kemunculan pelbagai aliran pemikiran daripada pihak-

pihak yang berusaha melakukan rekonstruksi, purifikasi, dan inovasi terhadap ajaran-ajaran dan normatif dalam sesebuah agama perlu dibendung dengan bijaksana. Menyedari hakikat ini, sebagai usaha menangani polemik dalam perkembangan aliran pemikiran yang wujud, Jakim mengambil pendekatan secara berhikmah dengan memberi kefahaman yang benar kepada umat.

Islam sebagai agama yang diredhai Allah SWT merupakan satu cara

hidup yang lengkap. Sepertimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 19; “Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam…” Ia adalah suatu sistem yang mencakupi peraturan-peraturan secara menyeluruh, serta undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk kita terima dan mengamalkannya secara total.

Oleh yang demikian, sebagai sebuah sistem kehidupan yang diredhai Allah, Islam meletakkan wanita pada tempat yang tinggi dan mulia iaitu sesuai dengan fitrahnya. Penegasan yang dijelaskan dalam al-Quran dan as-Sunnah sudah cukup untuk menolak beberapa gambaran negatif terhadap wanita dalam apa jua bentuk eksploitasi mahupun penganiayaan.

Sehubungan itu, Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI) ditubuhkan bagi memperbetulkan salah faham yang berlaku, berdasarkan isu yang ditimbulkan daripada semua aspek yang berkaitan wanita daripada perspektif

Kata Alu-Aluan Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Page 10: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

Islam. Selain itu, ahli PISWI juga bertanggungjawab memperjelaskan kepada masyarakat berkaitan norma-norma agama yang tinggi dengan gambaran yang benar dan jelas supaya ia dapat dihayati sepenuhnya.

Bertepatan dengan objektif itu, penerbitan siri risalah ini adalah bagi memberi pemahaman kepada masyarakat berhubung pelbagai isu berkaitan wanita Islam. Secara tidak langsung ia dapat menangkis salah faham yang ditimbulkan dan meningkatkan kesedaran wanita Islam dari semua sudut bagi menjawab segala persoalan.

Semoga Allah SWT meredhai penerbitan siri risalah ini dan dapat dimanfaatkan oleh umat Islam, khususnya dalam memahami isu-isu berkaitan supaya dapat dijadikan panduan dalam mendepani segala polemik dengan betul seterusnya melaksanakan segala perintah Allah SWT.

Page 11: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

PengenalanMengikut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki dan sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah SWT. Malah Rasulullah SAW memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” – hadis riwayat Muslim.

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Di dalam al-Quran pula, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting:

Pertama : wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua : wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Ketiga : wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Namun, tika meneruskan hidup dalam era penuh ketamadunan, wanita Islam kini terpaksa berdepan dengan kemelut utama – sama ada perlu bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa? Andai tak bekerja, terjaminkah kehidupan ketika suami sendiri tidak boleh diharapkan untuk menampung keperluan keluarga? Jika bekerja, terlucutkah hak sebagai isteri untuk dibiayai segala keperluan harian oleh suami? Risalah ini bakal menjawab segala persoalan tersebut insyaAllah!

1

Dilema Wanita Berkerjaya

Page 12: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

Persoalan ini bukan sahaja satu soalan yang sering berlegar-legar di dalam pemikiran kaum wanita sebaliknya juga menjadi isu hangat terutama ketika pelbagai tragedi menimpa anak-anak ketika si anak terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh.

Wanita kini, kebanyakannya sudah sinonim dengan status dwi kerjaya. Namun ada juga yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dengan alasan-alasan yang boleh dikira kukuh dan masuk akal. Cuma, saya masih ingat pesanan seorang pensyarah saya ketika di Universiti Malaya dahulu, sebolah-bolehnya jika telah bekerja, cubalah usahakan agar dapat bertahan dan jangan berfikir dua kali sahaja untuk meletakkan jawatan. Sebabnya? Kita tidak tahu apa yang akan terjadi di belakang hari. Apa salahnya kita bersedia lebih awal. Bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Saya tahu, ada wanita yang ditakdirkan bersuamikan seorang lelaki berharta. Mungkin tidak perlu risau jika tiba-tiba ditinggalkan suami yang pergi mengadap Ilahi. Namun, apakah jaminannya anda akan mewarisi harta peninggalan tersebut? Jangan salah faham ya! Saya bukan mengajar anda menjadi materialistik. Saya cuma ingin mengingatkan anda agar tidak mengadah setelah terhantuk. Paling penting, apa yang saya cadangkan bukan semata-mata untuk kepentingan anda seorang wanita tetapi adalah demi kepentingan dan kebajikan anak-anak.

Sebagai seorang wanita, anda perlu lebih bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku di dalam rumah tangga anda. Kematian dan kehilangan kasih sayang. Jangan anda sangka, anda telah menjaga suami anda secukupnya, tidak mungkin suami berpaling kasih. Bayangkan bila tiba satu detik anda diduga, suami menduakan anda malah paling malang, anda

Perlukah Wanita Punya Pendapatan Sendiri?

2

Suzana Ghazali

Page 13: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

dipinggirkan terus kerana suami punya teman yang baru.

Bagaimana anda dan anak-anak? Ya, nafkah anak-anak tanggungan suami tetapi masih ada kes bapa yang tidak tunaikan tanggungjawab. Sekurang-kurangnya jika wanita bekerja, kebergantungan kepada suami bukan lagi 100%. Bukan bermaksud suami tidak diperlukan tetapi wanita akan lebih mudah berdikari dan tidak cepat melatah jika ditimpa apa juga ujian dan dugaan. Sebabnya wanita sudah punya pendapatan sendiri. Tidak perlu menunggu proses pengurusan harta peninggalan suami untuk meneruskan kehidupan sendiri dan anak-anak. Tidak perlu menagih simpati suami untuk menyuap makan anak-anak. Jangan terkejut ya, ada bapa yang sanggup menafikan anak kandung sendiri apabila beristeri baru, nauzubillah.

Saya masih ingat lagi semasa saya merancang untuk mendirikan rumah tangga, perkara pertama yang saya usulkan pada bakal suami ialah: “Jangan minta saya berhenti kerja”. Mungkin ada yang tidak setuju tetapi bagi saya kehidupan wanita akan lebih terjamin jika mempunyai pendapatan sendiri. Tidak kisah lah apa kerja anda - kerja pejabat, memasak, menjahit, menjaga anak jiran - yang penting anda punya pendapatan sendiri. Paling tidak pun, pujuklah suami supaya memberikan anda sejumlah wang untuk simpanan khas anda dan pastikan jumlah tersebut disimpan dan bukan untuk dibelanjakan walau apa juga kecemasan mendatang.

3

Dilema Wanita Berkerjaya

Page 14: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

Isu yang tidak pernah kering liur membincangkannya ialah mengenai nafkah isteri yang bekerja. Yang kerap dikemukakan, benarkah tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri akan gugur sekiranya si suami telah memberi izin kepada isterinya untuk bekerja?

Sebenarnya, satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini ialah sesungguhnya seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” – surah an-Nisa’ ayat 34.

Melihat kepada definisi nafkah iaitu KEPERLUAN ISTERI DAN ANAK-ANAK, maka terkeluarlah segala bentuk kemewahan. Sebagai contoh, seorang suami mampu menyediakan makan minum yang mengenyangkan untuk isteri dan anak-anak berupa nasi dan lauk yang sesuai, itu dikira telah menyediakan nafkah yang cukup walaupun hari-hari makan ikan dan sayur dan hanya sekali dalam sebulan makan daging atau ayam. Apabila suami telah menyediakan

Nafkah Isteri Bekerja

4

Suzana Ghazali

Page 15: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

rumah yang sesuai dan munasabah, menyediakan pakaian yang sesuai dan menutup aurat, memberikan pendidikan kepada anak-anak atau secara mudahnya, segala keperluan harian telah disediakan dan tidak mengganggu perkembangan hidup isteri serta pembesaran anak-anak, bererti si suami telah menjalankan kewajipan nafkah yang patut dan munasabah dari hukum syarak.

Wang poket walaupun tidak termasuk dalam kewajipan nafkah tetapi tetap perlu diberikan kepada isteri dalam kadar yang sesuai dan munasabah untuk tabungan dan simpanan bagi menghadapi kes-kes kecemasan. Seorang suami yang tidak memberikan duit poket yang sesuai dan munasabah adalah dikira telah melakukan keganasan kewangan kepada si isteri sekiranya si isteri adalah seorang suri rumah yang tidak mempunyai apa-apa hasil pendapatan selain daripada wang yang diberikan oleh si suami.

Sekiranya si isteri bekerja atau pun suri rumah yang mempunyai pendapatan dari hasil kerja sampingan seperti menjahit, menjaga anak orang atau apa sahaja, suami boleh tidak berikan wang poket kepada isteri dengan syarat segala keperluan isteri dan anak-anak telah disediakan sepenuhnya oleh si suami.

Hukum juga menetapkan, kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar membebankan dirinya melebihi dari kemampuannya yang sebenar. Maksud membebankan diri di sini ialah melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan atau di luar upaya suami. Sebagai contoh berhutang dengan mana-mana pihak bagi merealisasikan kehendak isteri yang melampau.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” – surah al-Talaq ayat 7.

5

Dilema Wanita Berkerjaya

Page 16: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

Kemampuan juga bererti atas segala daya dan usaha suami, bukannya sekadar usaha setapak mengharapkan rezeki sebukit. Paling penting, tanggungjawab ditunaikan secara sedaya upaya sebab setiap suami akan disoal di akhirat nanti atas kegagalannya menyediakan segala keperluan tersebut.

6

Suzana Ghazali

Page 17: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

7

Dilema Wanita Berkerjaya

Membantu Suami Dalam Membiayai Keperluan Rumahtangga

Saya tidak ada statistik yang tepat tentang sejauh mana penglibatan kaum isteri dalam membiayai keperluan rumahtangga. Namun, berdasarkan kes-kes yang saya kendalikan; saya boleh putuskan; daripada 10 rumahtangga, hanya dua dibiayai sepenuhnya oleh suami; tiga dibiayai sebahagiannya oleh suami dan sebahagiannya oleh isteri; dua dibiayai kebanyakannya oleh isteri dengan bantuan suami dan tiga kes pula dibiayai sepenuhnya oleh isteri; sama ada si suami tidak bekerja atau suami bekerja tetapi tidak membantu dalam perbelanjaan keperluan rumahtangga.

Realitinya, saya yakin sangat ramai yang telah maklum; tanggungjawab membiayai keperluan rumahtangga menjadi tanggungjawab wajib seorang suami, tanpa sebarang pengecualian kecuali kes-kes dharurat yang munasabah menurut syarak. Biarpun begitu, tidak salah jika si isteri membantu.

Malah, dalam arus kehidupan moden sekarang ini, dalam keadaan selangkah gerak berharga hampir seringgit atau mungkin lebih; ketika kaum wanita rata-ratanya berpendidikan tinggi dan berpangkat besar, ada kalanya melebihi suami sendiri; membantu suami membiayai keperluan rumahtangga bukanlah sesuatu yang tidak wajar malah juga tidak berdosa.

Perkahwinan dan rumahtangga adalah satu perkongsian. Bukan saja perkongsian kasih dan sayang; bukan juga hanya perkongsian hak sebaliknya juga perkongsian tanggungjawab. Jika tanggungjawab yang perlu dilakukan secara bersama-sama, beban yang dipikul akan terasa lebih ringan dan mudah. Malah membantu menyemarakkan lagi kasih sayang yang ada.

TETAPI ada syarat dan ketetapannya! Kedua-dua pihak perlu ikhlas dalam berkongsi menjalankan tanggungjawab ini. Jangan pula ada yang mengambil

Page 18: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

8

Suzana Ghazali

kesempatan. Sebagai contoh; si suami mempunyai pendapatan yang lebih kecil berbanding si isteri maka si isteri berusaha membantu suami dalam membiayai segala keperluan rumahtangga. Hanya dengan satu hasrat; rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia. Sekiranya si suami terus ikhlas menerima bantuan si isteri; dia akan tetap berusaha menjalankan bahagian tanggungjawabnya sekadar yang terdaya dan bukan mengambil peluang. “Haaa!! Isteri dah tolong.. apa lagi, biar dia saja lah yang buat semuanya....”

Syarat kedua; Para isteri perlu benarkan si suami menjadi tunggak utama keluarga. Biarkan si suami usahakan dulu tanggungjawabnya sedaya upaya. Apabila suami telah berusaha tetapi masih belum mencukupi, hulurkanlah bantuan. Jangan senang-senang saja anda pula hendak mendahului tanggungjawab suami, beri muka yang berlebihan sangat; sampaikan suami boleh terasa dirinya tidak diperlukan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. Akhir nanti anda yang akan merasa siksanya, nauzubillah!

Suami dan isteri ibarat matahari dan bulan. Suami adalah matahari. Isteri pula adalah bulan. Matahari memberi cahaya dan haba pada siang hari. Bila malam, matahari tiada dan bulan pula yang muncul memberi cahaya tetapi masih menggunakan khidmat daripada matahari, tak gitu?

Syarat ketiga; catatkan segala perbelanjaan, duit keluar masuk, deposit atau kredit daripada bank dan macam-macam lagi. Pentingnya catatan ini ialah jika berlalu perkara yang tidak diingini di belakang hari, anda boleh menuntut hak anda kembali.

Mungkin ada yang menghadapi situasi seperti yang dibincangkan ini malah lebih teruk lagi apabila si isteri yang perlu menanggung semuanya disebabkan keengganan suami; bukan tidak mampu tetapi sengaja enggan! Jika anda berada dalam situasi ini; saya mohon, berunding secara baik dengan suami; ‘paksa’ dengan lembut agar suami menjalankan tanggungjawabnya dan jika masih gagal juga, segeralah ke Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk mendapatkan perintah menjalankan tanggungjawab nafkah.

Kalau anda tidak kisah sangat sebab memang anda berkemampuan, saya mohon pengertian dan pemahaman, jangan benarkan suami anda menjadi

Page 19: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

9

Dilema Wanita Berkerjaya

seorang yang gagal menunaikan amanah Allah. Perlu diingat! Suami yang biasa bersenang dengan harta isteri, akan mudah untuk melupakan pengorbanan si isteri tersebut disebabkan tiada bebanan tanggungjawab di dalam diri yang perlu difikirkan.

Mereka ini akan cenderung untuk mencari keseronokan lain dan tika ini, apabila si isteri tahu diri telah dikhianati; mengungkit kesilapan suami seakan tiada harganya lagi. Beringatlah sebelum terlambat!

Page 20: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

10

Suzana Ghazali

Keseimbangan antara kerjaya dan rumahtangga adalah penting dalam misi dan usaha seorang wanita berstatus isteri mengekalkan keharmonian rumahtangganya. Maksud keseimbangan bukanlah sama rata atau sama banyak masa diperuntukan untuk kedua-duanya tetapi keseimbangan yang diperlukan ialah memberikan seluruh perhatian dan penumpuan kepada kerjaya ketika waktu anda bekerja dan ketika anda di rumah pula, berikan seluruh perhatian dan penumpuan kepada kehendak pasangan dan anak-anak. Cuma, waktu luang masa ketika rehat bekerja, peruntukan sedikit untuk pasangan dan anak-anak.

Kenapa perlu ada luang masa untuk pasangan dan anak-anak ketika bekerja? Mohon dijawab dulu persoalan di bawah ini:

Tahukah anda, berapa jam sehari anda luangkan masa bersama anak-anak anda? Berapa jam dalam seminggu? Dalam sebulan? Setahun? Pernahkah anda melakukan kiraan masa- masa tersebut?

Dalam tempoh masa tersebut pula, apakah yang anda lakukan bersama pasangan dan anak-anak?

Cuba perhatikan senarai dan jumlah masa yang anda luangkan bersama pasangan dan anak-anak, mana yang lebih? Kuantiti masa anda atau kualitinya?

Ada yang berpendapat; tak perlu masa yang lama tetapi memadai masa yang sedikit tetapi digunakan sepenuhnya. Ada yang mencadangkan, cukuplah digunakan masa satu hari siang di hari minggu untuk bersama isteri atau suami dan anak-anak. Kalau sebelum ini, ketika zaman belum berteknologi sepenuhnya, mungkin pendapat ini boleh diterima. Tetapi zaman kebelakangan ini, tika anak yang baru pandai mengagah sebutan Mama sudah pandai bercakap menggunakan telefon bimbit, saya tidak rasa pendapat tersebut masih

Wujudkan Keseimbangan Antara Kerjaya

v

v

v

Page 21: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

11

Dilema Wanita Berkerjaya

relevan.

Sebabnya? Pertama: Anda masih boleh meluangkan masa bersama anak-anak walaupun anak-anak tiada di depan mata. Kedua: Anak-anak mampu mencari ‘pengganti anda’ andai anda terlupakan mereka sesaat pun walau tanpa sengaja. Ketahuilah, kesan dan natijah sebab kedua adalah amat besar dan terlalu payah untuk anda berpatah balik jika ianya berlaku. Bagi mengelakkan masalah besar inilah, anda perlu selarikan antara kuantiti dan kualiti masa anda bersama pasangan anda dan anak-anak anda khasnya.

Fikirkan! Anda meninggalkan rumah sekitar jam 8.00 am, menghantar anak ke taska atau tadika. Ada yang perlu keluar lebih awal dari rumah jika tempat kerja agak jauh atau waktu kerja lebih awal. Balik kerja dan sampai ke rumah lingkungan jam 7.00 pm. Kalut itu ini, paling cepat jam 8.00 pm barulah boleh bersama anak-anak. Sekitar jam 10.00 pm, dah nak suruh anak-anak masuktidur. Kiralah sendiri berapa masanya anda dapat luangkan bersama anak-anak?

Dengan masa yang ada tersebut, jika anda tidak menggunakan sepenuhnya, tidak mustahil anda akan mengabaikan anak-anak anda tanpa sedar.Bila terasa mereka diabaikan, anak-anak akan mencari pengganti anda. Mungkin pembantu anda. Mungkin pengasuh atau mungkin juga kawan-kawan mereka. Pasangan yang terabai juga mudah dirampas kasih sayangnya daripada anda!

Sebab itulah saya katakan, anda perlu gunakan ruang masa rehat anda untuk pasangan anak-anak anda. Segala kemudahan ada di hujung jari. Rata-rata ahli masyarakat hari ini mempunyai kemudahan telefon bimbit hatta anak-anak juga telah diberikan hak menggunakan telefon bimbit. Bererti, tiada alasan untuk anda rasa sukar untuk meluangkan masa dengan anak-anak anda.

Saya tak suruh anda gunakan telefon bimbit yang ada kemudahan 3G atau yang seumpamanya. Meluangkan masa bersama anak-anak mempunyai pelbagai cara. Antaranya cukuplah dengan anda menefon bertanyakan apakah aktivitinya tika itu? Paling penting, anak-anak dapat merasakan keakraban hubungan antara anda dan mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu segala tindakan mereka diambil peduli dan anda mengambil berat mengenai kehidupan mereka.

Page 22: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

12

Suzana Ghazali

Ingatlah! Setiap daripada kita mempunyai jumlah masa yang sama iaitu 24 jam. Rutin harian ialah 8 jam untuk bekerja tetapi kita selalunya mengambil masa hingga 10 jam, mengambil kira waktu pergi dan balik. Ditolak daripada 24, masih berbaki 14 jam. 14 jam adalah waktu yang agak bebas untuk anda gunakan, bezanya waktu tersebut bukanlah keseluruhannya waktu yang sesuai untuk anda meluangkan masa dengan anak- anak selain daripada dua hingga tiga jam yang pertama. Tahu kenapa saya membuat kiraan ini? Saya yakin, ramai yang bekerja lebih masa bagi menampung nafkah keluarga.

Cadangan saya, gunakan waktu selepas jam 10 pm untuk anda melakukan kerja tambahan tersebut. Jangan gunakan waktu sebelumnya kerana waktu tersebut adalah milik anak-anak anda. Hidup ini tidak dapat lari daripada melakukan pengorbanan. Sebaiknya, korbankanlah sedikit masa rehat anda tetapi jangan sesekali korbankan masa penting anda bersama pasangan dan anak-anak.

Seandainya dalam kesibukan bekerja, anda masih mampu mengambil berat dan memberikan perhatian kepada pasangan dan anak-anak, yakinlah anda takkan menghadapi masalah dalam kerjaya anda kerana pasangan dan anak-anak akan memahami tika anda terlalu sibuk hingga tidak dapat meluangkan masa seperti biasa buat sementara. Namun, seandainya anda memang jenis kurang peduli daripada awal, mana mungkin pasangan dan anak-anak akan memahaminya?

Praktikkan juga untuk meminggirkan emosi secara professional. Maksudnya, ketika penumpuan perlu kepada kerjaya sedangkan anda bermasalah dalam rumahtangga, usahakan agar emosi anda tidak mengganggu rutin pekerjaan anda. Jika anda gagal, kerja anda mungkin tertangguh dan boleh menyebabkan kerjaya anda bermasalah. Jangan mudah mengharapkan simpati orang lain kerana sekali mungkin boleh diterima tapi jika selalu? Untuk menguasai emosi, banyakkan zikir mengingati Allah dan berdoa mohon diberikan kekuatan minda dan kelapangan fikiran. Urusan anda akan dipermudahkan jika anda sendiri berusaha ke arah tersebut.

Page 23: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

13

Dilema Wanita Berkerjaya

Berkawan biar beribu, bercinta biarlah satu. Saya yakin, ramai yang maklum dan arif dengan falsafah ini. Malah ramai juga yang menukar falsafah tersebut menjadi pelbagai falsafah lain menurut citarasa dan kehendak sendiri. Tak kisahlah walau apa pun falsafah yang anda cipta, yang penting setiap perkara ada limit dan batasannya termasuklah istilah berkawan bagi seorang isteri.

Ingat ya! Ada bezanya bila seorang gadis atau wanita menjadi isteri kepada seseorang berbanding dirinya sewaktu bergelar bujang, dara atau janda. Walau secanggih mana pun ketamadunan dunia kini, status dan martabat seorang isteri tetap sama, tidak pernah berubah daripada dulu, kini dan selamanya. Tak kiralah isteri tersebut bekerja ataupun menjadi suri rumah sepenuh masa. Semuanya tertakluk kepada satu prinsip pergaulan yang sama iaitu setiap isteri mempunyai batasan yang tersendiri di dalam berkawan dengan seorang lelaki.

Ya, batasan yang saya maksudkan ialah apabila anda berkawan dengan seorang lelaki.

Kalau dengan perempuan, masih ada batasannya tetapi tidaklah seperti batasan yang perlu ada apabila anda berkawan atau bersahabat dengan seorang lelaki. Kebelakangan ini, terlalu banyak aduan yang saya terima daripada para suami yang berasa tidak sedap hati melihat cara dan corak isteri masing-masing berkawan dan bersahabat. Malahan, ada isteri yang mempersoalkan hak asasi mereka apabila persahabatan mereka dengan lelaki lain dipersoalkan oleh suami masing-masing?

Seperti yang saya tegaskan di awal tadi, ada perbezaan yang jelas dan ketara apabila seorang gadis atau wanita sah menjadi isteri kepada seorang lelaki. Jika tahap ketaatan boleh berubah daripada seorang ibu dan bapa kepada seorang suami, ini kan pula tahap dan batas pergaulan sehari-hari.

Batasan Berkawan Bagi Seorang Isteri

Page 24: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

14

Suzana Ghazali

Bukan bererti seorang isteri tidak boleh berkawan dengan mana-mana lelaki tetapi cara dan corak anda berkawan dan bergaul, itu yang diambil kira. Jika sebelum ini anda bebas menerima atau membuat panggilan, menghantar atau menerima sms ataupun berbual bersemuka atau berjumpa, semua itu mempunyai batasan yang tersendiri setelah anda sah menjadi milik sepenuhnya kepada seorang lelaki bernama suami. Anda masih boleh berkawan dengan syarat sebagai seorang kawan yang biasa-biasa sahaja.

Anda tidak boleh berkongsi rahsia apatah lagi berkongsi rasa dengan kawan-kawan lelaki anda walau sekadar rasa simpati. Bukan bermaksud anda tidak boleh dipercayai tetapi satu perkara yang jelas ialah ’wanita adalah fitnah’. Kata-kata ini bermaksud apa sahaja perlakuan kita sebagai wanita mampu menimbulkan buruk sangka yang kesannya adalah perkara yang tidak diingini. Jika tidak, tidak timbullah pendapat ulama yang mengharamkan kaum wanita yang mempunyai suami yang mampu membiayai perbelanjaan rumahtangga sepenuhnya, keluar bekerja.

Pendapat ini timbul adalah sebagai satu tindakan bagi menyekat pergaulan seorang wanita terutamanya seorang isteri. Bukan bererti menyekat kebebasan seorang wanita tetapi membantu wanita menjadi seorang wanita dan isteri yang solehah, yang diredhai suami dan Ilahi.

Dalam kebanyakan kes melibatkan hubungan kawan yang melampau antara seorang lelaki dan wanita hatta isteri orang ini, mengundang masalah yang berat termasuklah menjejaskan hubungan suami isteri. Ada juga isteri yang membandingkan suaminya dengan kenalan barunya hingga sanggup menduakan suami, nauzubillah.

Memang tidak dapat dinafikan, tidak semua isteri yang mempunyai kawan lelaki gagal memainkan peranan sebagai seorang kawan seperti yang ditetapkan oleh syarak. Inilah yang termasuk di dalam kategori wanita yang mengetahui batasan untuk berkawan dengan seorang lelaki.

Perkara yang peling penting ialah setiap daripada lelaki yang menjadi kawan, sahabat atau kenalan anda perlu diketahui oleh suami anda. Bermaksud, seorang isteri diharamkan berkawan dengan mana-mana lelaki

Page 25: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

15

Dilema Wanita Berkerjaya

yang tidak disukai atau dilarang oleh suaminya. Kecualilah rakan sekerja di pejabat kerana mereka adalah orang yang memang akan berurusan sepanjang masa dengan anda termasuklah klien atau pelanggan syarikat tempat anda bekerja. Terkecuali juga di dalam kes-kes suami yang bertindak cemburu buta.

Walaupun mereka tidak perlu dikenali oleh suami anda, anda tetap mempunyai tahap pergaulan yang tersendiri. Anda tidak boleh sewenangnya keluar makan berdua-duaan sahaja ataupun keluar ke mana-mana atas urusan persendirian dan bukannya urusan kerja. Jika anda bertindak di luar batasan tersebut, anda boleh dikategorikan sebagai isteri yang curang walaupun anda tidak melakukan apa-apa perkara yang melanggar batasan syariat.

Kenapa? Seorang isteri adalah hak mutlak seorang suami. Suami mempunyai hak mutlak ke atas anda kerana suami adalah insan yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kebajikan anda, makan minum anda, tempat tinggal, pakaian, perubatan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan kehidupan anda termasuklah segala dosa yang anda lakukan, suami akan turut sama mendapat habuannya. Lantas, jagalah maruah anda sebagai isteri.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” – hadis riwayat Abdullah ibn Humaid.

Hadis ini menjelaskan, aspek keagamaan dalam diri seorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumahtangga yang dibina dan dibentuk. Agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa akan mendorong ketaatan kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali

Page 26: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

16

Suzana Ghazali

dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah SWT yang bermaksud: “...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah...” – surah an-Nisa, ayat 34.

Page 27: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

17

Dilema Wanita Berkerjaya

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ramai personaliti wanita terbilang yang mampu menjadi teladan kepada wanita-wanita dewasa ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah SAW dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” – hadis riwayat Bukhari.

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah SWT, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah SWT. Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah SWT serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.

Khadijah adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah ketua segala wanita dan juga seorang wanita mithali. Setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan wanita hari ini.

Paling penting: pahatkan dalam minda anda, wanita adalah insan istimewa. Wanita adalah bak sebutir berlian yang makin tinggi harganya jika makin keras tekanan yang dihadapi. Menepati ayat 5-6 surah al-Insyirah/as-Syarh:

Penutup

Page 28: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

18

Suzana Ghazali

Dua ayat diulang sebagai janji pasti dari Allah buat hamba yg redha! Percayalah!!

“Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada

kemudahan.”

Page 29: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

19

Risalah

Page 30: DILEMA WANITA BERKERJAYA - PNM...DILEMA WANITA BEKERJAYA / SUZANA GHAZALI. ISBN 978-683-042-538-2 1. Women employees. 2. Women in Islam. ... Persoalan ini bukan sahaja satu soalan

20

Nota