jelaskan & huraikan prinsip pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak 1.perkembangan...

20
1.0 PENGENALAN Jika 50 tahun dahulu pendidikan prasekolah dianggap sebagai suatu kemewahan , tetapi kini, ia dianggap sebagai suatu keperluan asas bagi kanak-kanak. Pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah) telah menjadikan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika. Program pendidikan prasekolah ini memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendidikan prasekolah diakui boleh memberi kesan positif seperti sabda Rasulullah s.a.w. bahawa "Kanak-kanak mula bercahaya akalnya pada umur lima tahun...." Ini jelas menunjukkan kanak-kanak telah mempunyai keupayaan untuk menerima sebarang pengetahuan yang diajarkan. Pendidikan prasekolah merupakan peringkat formatif dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat menggerakkan pemikiran, meningkatkan kreativiti dan membina akhlak yang baik bagi kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun. Pengetahuan mereka perlu dikukuhkan agar dapat menjamin pembangunan minda, penyuburan fizikal, pengukuhan kestabilan emosi dan persediaan untuk hidup bermasyarakat. 2.0 KONSEP PENGAJARAN Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Faktor terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluan keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Walaubagaimanapun pengajaran membawa maksud yang meluas iaitu : Pengajaran ialah menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat. 1

Upload: nor-haiza

Post on 28-Jul-2015

716 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT TAHAP YANG BERBEZA-BEZA

TRANSCRIPT

Page 1: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

1.0 PENGENALAN

Jika 50 tahun dahulu pendidikan prasekolah dianggap sebagai suatu ‘kemewahan’,

tetapi kini, ia dianggap sebagai suatu keperluan asas bagi kanak-kanak. Pindaan Akta

Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah) telah menjadikan Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika.

Program pendidikan prasekolah ini memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara

menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

Pendidikan prasekolah diakui boleh memberi kesan positif seperti sabda Rasulullah

s.a.w. bahawa "Kanak-kanak mula bercahaya akalnya pada umur lima tahun...." Ini jelas

menunjukkan kanak-kanak telah mempunyai keupayaan untuk menerima sebarang

pengetahuan yang diajarkan. Pendidikan prasekolah merupakan peringkat formatif dalam

perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat

menggerakkan pemikiran, meningkatkan kreativiti dan membina akhlak yang baik bagi

kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun. Pengetahuan mereka perlu dikukuhkan

agar dapat menjamin pembangunan minda, penyuburan fizikal, pengukuhan kestabilan emosi

dan persediaan untuk hidup bermasyarakat.

2.0 KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan

yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian.

Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta

memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu

seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum.

Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Faktor terpenting

dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluan–keperluan pembelajaran yang spesifik

dan mengaplikasi strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar.

Walaubagaimanapun pengajaran membawa maksud yang meluas iaitu :

Pengajaran ialah menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat.

Menghormati kanak-kanak dan remaja.Berkongsi pengetahuan.

Membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang.

1

Page 2: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

Menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid.

Menghadapi cabaran diri dan profesional.

Menyalurkan budaya dan nilai nasional.

3.0 KONSEP PEMBELAJARAN

Slavin mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang individu

akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua

pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman. Pembelajaran tidak semestinya terhad di

sekolah. Pembelajaran boleh berlaku dalam pelbagai cara sama ada disengajakan atau tidak.

Pelajar sentiasa belajar tetapi pendidik lebih mengutamakan pengetahuan, kemahiran dan

konsep-konsep yang boleh digunakan oleh pelajar pada masa depan. Walaubagaimanapun,

pembelajaran membawa maksud yang meluas antaranya :

Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu

perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang.

Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih

buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar.

Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (TeukuIskandar, 1986) yang berlaku

dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan

pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan

tingkah laku.

Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk

menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai

bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985).

Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau

kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya

dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang.

4.0 HAKIKAT PERKEMBANGAN

Perkembangan dan pertumbuhan merupakan satu proses dalam kehidupan manusia

yang berlangsung secara berterusan dari dalam kandungan ibu hingga akhir hayat. Tahap

perkembangan merupakan satu fasa mengenai perjalanan kehidupan individu yang

mengandungi ciri-ciri khusus atau pola-pola tingkah laku tertentu. Perkembangan memiliki

prinsip-prinsip seperti berikut :

2

Page 3: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

Perkembangan merupakan proses yang tidak henti-henti.

Semua aspek perkembangan saling mempengaruhi.

Perkembangan mengikut pola atau arah tertentu.

Perkembangan terjadi pada tempat yang berlainan.

Setiap fasa perkembangan mempunyai ciri khas.

Setiap individu yang normal akan mengalami tahap perkembangan.

5.0 PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Prinsip merupakan hukum atau asas yang menjadi dasar pemikiran ataupun tindakan

sesuatu perkara. Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah bermaksud hukum

atau asas dalam mendidik kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Terdapat beberapa

prinsip-prinsip asas yang perlu ditekankan dalam prinsip pengajaran dan pembelajaran

prasekolah tetapi dengan berdasarkan tajuk tugasan, kami akan menekankan kepada tiga

prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak iaitu :

i. Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh.

ii. Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard.

iii. Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama ada dalam

dirinya sendiri (interpersonal) ataupun antara kanak-kanak lain (intrapersonal).

5.1 Kanak-Kanak Berkembang Bersifat Menyeluruh

Berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan, pendidikan di Malaysia ialah satu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu  untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia  yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal

yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga

enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal.

Berikutan Akta Pendidikan 1996 , Pendidikan Prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem

3

Page 4: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam

semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai

persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Peruntukan ini menunjukkan penumpuan

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah.

Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak

secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di

dalam program prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan

kanak-kanak seterusnya. Justeru, program prasekolah perlu menjamin perkembangan

intelektual, sosial, akhlak, emosi dan jasmani kanak-kanak dijalankan dengan sebaiknya

supaya kanak-kanak boleh berkembang secara optima.

Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek atau kognitif. Dalam pengajaran dan pembelajaran, semua aspek ini

adalah saling berkait. Contohnya, kanak-kanak menyanyi lagu bertemakan binatang akan

melibatkan fungsi jasmani seperti pergerakan, emosi seperti menyanyi dengan penuh

semangat, rohani seperti menghayati, dan intelektual seperti berfikir di samping melibatkan

aspek seperti sosial dan kreatif terutama dalam berkumpulan. Oleh itu, guru perlu fokus pada

perkembangan kanak-kanak hendaklah secara menyeluruh bukannya terpisah dan

pelaksanaan kurikulum prasekolah dapat membantu bagi mencapai aspek ini.

5.1.1 Aspek Perkembangan Kanak-Kanak

i. Aspek Perkembangan Kognitif

Menurut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih

sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

a. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku

yang ketara seperti kebolehan mengira.

b. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan

dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.

c. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan

sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Contoh aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif ialah bermain

bongkah. Ia dapat mengembangkan kognitif kanak-kanak dan meningkatkan

4

Page 5: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

kefahaman kanak-kanak mengenai bentuk, saiz dan ciri-ciri, kanak-kanak

boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti mengumpulkan bongkah

mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan semua bongkah

berwarna merah, mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga,

segi empat dan sebagainya

ii. Aspek Perkembangan Bahasa

Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru

bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa

dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya,

permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan,

mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi.

Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan

daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak guru dapat

meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.

iii. Aspek perkembangan Sosial

Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari

sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah

kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan

bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini

termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang

dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi,

bekerjasama dan mematuhi peraturan.

Semasa bergaul bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar

cara-cara berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar daripada

lingkungan ahli keluarga. Apabila pendedahan sosial yang awal diberi kepada

kanak-kanak mereka mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping

dapat menanam sifat berani dan berani ke hadapan. Secara langsung ia

membantu perkembangan sosial mereka kerana penyesuaian semasa bergaul

adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

iv. Aspek Perkembangan Emosi

5

Page 6: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting.

Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka

mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi

dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi

positif amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah

kerana bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi

kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan

berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.

v. Aspek Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal

kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat

aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan

psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Kanak-kanak harus diberi

peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas, dan

mencabar. Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam

membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak.

5.1.2 Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Setiap guru prasekolah mestilah membentuk aktiviti dan jadual supaya

mengandungi semua aspek perkembangan seperti estetik, kognitif, bahasa, sosial dan

fizikal. Guru mestilah membantu murid-murid agar dapat mencapai semua aspek

perkembangan ini secara menyeluruh. Jadi, guru mestilah merancang pengajarannya

terlebih dahulu agar dapat merealisasikan hasrat ini. Seterusnya guru perlu

memikirkan bagaimana mata pelajaran yang di ajar dapat membantu perkembangan

kanak-kanak.

Pengagihan masa dalam sehari perlu difikirkan dan melibatkan semua aspek

kerana semua aspek perkembangan kanak-kanak adalah sama penting. Contohnya

guru hendak menjalankan pembelajaran bertemakan haiwan peliharaan. Maka guru

harus menyusun setiap langkah-langkah berdasarkan tempoh yang ditetapkan agar

semua aspek perkembangan dan kemahiran dapat dilakukan. Berikut merupakan

peruntukan masa mengikut Kurikulum Standard Prasekolah :

6

Page 7: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

Guru perlu menggabungkan pengalaman dan bukan memisahkannya adalah

mustahak. Hal ini melibatkan integrasi aspek perkembangan, mata pelajaran dan

tanggungjawab. Misalnya, murid-murid akan lebih menumpukan perhatian kepada

pengajaran guru jika dikaitkan dengan pengalaman mereka sendiri. Jadi, guru boleh

mengaitkan pengalaman mereka seperti pengalaman berhari raya di kampung dengan

pengajaran. Pengalaman ini amat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara

yang lebih kompleks. Ini bertepatan dengan teori Lev Vygotsky iaitu kaitkan

pengajaran dan kehidupan seharian kanak-kanak serta pengaplikasian pengetahuan

kanak-kanak kepada pengalaman mereka yang sebenar.

Antara kaedah yang boleh digunakan oleh guru semasa melakukan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin perkembangan kanak-kanak secara

menyeluruh adalah dengan :

i. Menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kanak-kanak tidak

semestinya belajar dalam bilik darjah sahaja. Berikan mereka peluang untuk

merasa sendiri pengalaman di luar bilik darjah untuk memperkaya ingatan dan

fikiran mereka kepada flora dan fauna. Contohnya, guru membuat lawatan ke

Zoo Negara, taman yang berada di sekolah, dan sebagainya. Menerusi

7

Page 8: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

pengalaman ini, mereka akan dapat membuka minda mereka dan dapat

menikmati sendiri pengalaman tersebut.

ii. Menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar dalam mempelajari

kemahiran yang baru. Bahan-bahan ini mestilah menarik dan bersesuaian

dengan pelajaran yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh,

guru boleh menggunakan model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan

mainan untuk mewakili objek yang dipelajari oleh mereka. Pendekatan ini

boleh dipraktikkan untuk kanak-kanak di peringkat operasi konkrit, iaitu

kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun.

iii. Memberi arahan dengan menggunakan ayat yang pendek dan disertai dengan

contoh agar mudah difahami oleh murid. Contohnya, arahan untuk murid

mengutip sampah yang berada disekeliling mereka, diberi dengan

menggunakan ayat mudah dan jelas. Arahan yang pendek serta jelas ini akan

memudahkan murid untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru.

iv. Memberi peluang kepada murid melakukan `hands-on’ terhadap sesuatu

kemahiran. Sebagai contoh, murid diberi peluang untuk membentuk perkataan

daripada potongan-potongan huruf. Dengan kaedah atau cara ini, murid akan

dapat meningkatkan lagi keyakinan terhadap diri mereka.

v. Memberi peluang kepada murid-murid agar dapat memanipulasi dan menguji

objek-objek yang diajarkan kepadanya. Berilah mereka peluang untuk

mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari agar mereka dapat berfikir secara

kritis dan kreatif di bawah bimbingan guru. Contohnya, membuat eksperimen

dalam subjek sains tentang keperluan cahaya matahari untuk melakukan proses

fotosintesis tumbuhan. Dengan memberi mereka peluang untuk melakukan

eksperimen, murid-murid akan lebih faham dengan apa yang dipelajarinya dan

lebih mengetahui perkara tersebut berdasarkan pengalamannya tadi.

vi. Murid-murid juga seharusnya diberi pembacaan dan pembentangan yang

ringkas dan tersusun. Pembacaan dan pembentangan ini akan meningkatkan

keupayaan berbahasa mereka ke arah yang lebih baik. Guru juga mesti

memberi peluang kepada murid-murid untuk melahirkankan ideanya sendiri.

Contohnya, berikan mereka buku-buku yang mudah untuk dibaca, iaitu buku

yang mempunyai ayat-ayat mudah, kemudian beransur kepada yang lebih

kompleks. Kanak-kanak juga bebas untuk memberikan pandangannya sendiri.

8

Page 9: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

Kemudian, guru membimbing kanak-kanak untuk membentangkan idea-idea

mereka dengan langkah-langkah mudah.

5.2 Perkembangan Kanak-Kanak Mengikut Urutan Standard

Perkembangan kanak-kanak adalah berurutan dan perubahan perkembangan setiap

kanak-kanak adalah berbeza-beza daripada semasa ke semasa mengikut aturan yang tertentu.

Semua kanak-kanak akan menghadapi corak perkembangan yang sama yang meliputi semua

aspek perkembangan. Dalam perkembangan kanak-kanak, urutan standard yang berlaku

didapati berkait rapat dengan pergerakan seorang kanak-kanak. Contohnya, untuk bergerak

dari satu ke satu tempat yang lain, bayi mulanya belajar mengangkat kepala, kemudian

mereka akan untuk duduk, berdiri dengan bantuan yang ada disekeliling mereka, merangkak,

berdiri tanpa bantuan, kemudian berjalan dan berlari.

Selain itu juga, kanak-kanak yang mula belajar memegang pensil dan menulis di atas

kertas akan cuba membentukkan cakaran sebelum mula menulis. Kemudian, kanak-kanak

akan beralih kepada pengulangan pergerakan, membentuk daripada satu huruf kepada

perkataan, menggabungkan huruf untuk tujuan mengeja sehingga menjadi pelbagai ejaan yang

standard.

Perubahan yang berlaku terhadap kanak-kanak selalunya tidak akan sama keadaannya.

Seorang kanak-kanak selalunya memerlukan sama ada lebih ataupun kurang masa bagi

mencapai sesuatu perubahan tingkah laku. Kanak-kanak berkemungkinan akan bergerak ke

hadapan dan ke belakang sedikit, dan akan ke depan semula. Ada juga kanak-kanak yang

mungkin tidak mengikut urutan seperti sedemikian kerana tidak sesuai dengan keadaanya dan

perkembangan kanak-kanak juga adalah berbeza-beza.

5.2.1 Implikasi Prinsip Terhadap Pembelajaran Kanak-kanak

Setiap perkembangan yang berlaku terhadap kanak-kanak dapat memberikan implikasi

ke atas pembelajaran kanak-kanak. Implikasi pembelajarannya ialah, memerhati dan

membaca berkenaan dengan kanak-kanak dapat membantu pendidik mengenal pasti pelbagai

9

Page 10: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

urutan standard yang berlaku terhadap perkembangan kanak-kanak tersebut. Contohnya, para

guru harus mengenali dan mengetahui urutan standard yang berlaku keatas diri kanak-kanak

supaya dapat membantu kanak-kanak untuk memperkembangkan lagi pembelajaran mereka.

Prinsip yang seterusnya ialah, sebagai guru perlu mengetahui mengenai pengetahuan

yang berkenaan dengan urutan perkembangan kanak-kanak supaya dapat digunakan bagi

menentukan cara yang mencabar kanak-kanak ketika berada di dalam kelas dan ekspetasi

yang sesuai untuk individu juga perlu. Ini menunjukkan bahawa apabila guru dapat mengenali

urutan perkembangan yang berlaku dalam diri kanak-kanak, guru dapat meneruskan sesi

pengajaran mengikut tahap perkembangan yang berlaku mengikut urutan standard.

Mengelakkan daripada mempercepatkan progress kanak-kanak juga adalah salah satu

implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak. Para guru tidak boleh mempercepatkan

proses pembelajaran kanak-kanak ketika kanak-kanak itu baru bermula untuk menulis dan

sebagainya. Setiap kanak-kanak perlu melalui urutan standard yang tertentu seperti mengeja,

mengenal nombor, dan menulis supaya mereka akan dapat berkembang dengan cepat dalam

pembelajaran. Selain itu, ketika berlakunya perkembangan urutan standard dalam diri mereka,

pergerakan yang berlaku juga dapat membantu perkembangan menguatkan lagi psikomotor

halus.

Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak yang terakhir ialah, kebolehan

seorang guru dalam memperjelaskan urutan standard kepada orang lain juga penting

terutamanya ibu bapa kanak-kanak, supaya dapat membantu mereka untuk memahami dengan

lebih jelas tentang perkembangan kanak-kanak ketika berada dirumah. Guru juga perlu

menjelaskan kepada mereka tentang bagaimana amalan dan tujuan yang dititikberatkan di

dalam kelas dapat membantu pembelajaran kanak-kanak.

5.2.2 Peringkat Prasekolah Adalah Masa Terbaik Untuk Perkembangan Kanak-

Kanak

Pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak, masa yang terbaik adalah ketika

perubahan yang penting sedang berlaku. Perubahan ini berkaitan dengan interaksi yang

kompleks, iaitu antara struktur dalaman dan fikiran kanak-kanak, serta pengalaman mereka

10

Page 11: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

dengan persekitaran fizikal dan social. Pada waktu ini juga, kanak-kanak lebih mudah

menerima pengaruh di persekitarannya yang positif mahupun negatif berbanding dengan

masa-masa yang lain. Di luar masa tersebut, kurang manfaat untuk pendidik memaksa kanak-

kanak untuk mencapai fungsi kognitif, emosi, social ataupun fizikal kerana struktur dalaman

kanak-kanak belum bersedia lagi.

Apabila kanak-kanak tidak diberi pengalaman yang menggalakkan perkembangan

mereka pada masa ini yang terbaik ini, mereka menjadi tidak bermotivasi dan tidak Berjaya

mencapai potensi. Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah akan lebih cenderung kepada

mengembangkan lagi kemahiran motor kasar mereka seperti berlari, menangkap, melompat,

dan lain-lain lagi. Kemudian kanak-kanak ini akan menggabungkan kemahiran tersebut

dengan kemahiran yang lebih kompleks. Ketika di tahap ini, kebanyakkan kanak-kanak dapat

menerima pengajaran dan sanggup menghabiskan banyak masa dengan aktiviti fizikal yang

dapat meningkatkan kemahiran mereka.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang tidak diberi peluang sedemikan menjadi

kurang sanggup untuk memulakan pembelajaran dan berlatih kemahiran motor asas pada

masa yang akan datang iaitu ketika di sekolah rendah. Kekurangan kemahiran dan

kesanggupan, membentuk satu halangan yang menyebabkan kanak-kanak menjauhkan diri

daripada terlibat dengan aktiviti fizikal dan permainan. Tindakan ini berkumpul dan selalunya

sepanjang hayat akan menghadapi kesan. Ini menunjukkan bahawasanya, pendidikan

peringkat awal kanak-kanak adalah yang terbaik untuk mencapai kecekapan motor.

Terdapat banyak bukti menunjukkan, peringkat awal kanak-kanak adalah masa yang

terbaik bagi mencapai pelbagai perkembangan berasaskan proses dan kemampuan.

Kecekapan kemahiran motor dapat merangkumi perkara-perkara berikut:

Sikap dan tingkah lakuu prasosial

Gabungan berkemahiran

Kecekapan dalam berkomunikasi

Harga diri

Strategi penyelesaian masalah secara umum

Proses pemikiran logikal matematik

Kemunculan literasi

Kesedaran estetika

Sikap terhadap peraturan dan orang yang berkuasa

11

Page 12: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

Sikap terhadap kerja

Sikap terhadap diri sendiri sebagai seorang pelajar

Senarai diatas tidak bermakna lengkap ataupun sebaliknya, tetapi memberi idea kepada

pendidik berkenaan dengan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dan pada peringkat ini

juga, perkembangan akademik tidak perlu diperkenalkan secara terasing.

5.3 Perkembangan Kanak-Kanak Mengikut Tahap Yang Berbeza-Beza

Setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza-beza peringgkatnya, ini

adalah kerana setiap kanak-kanak berkembang mengikut masa biologikalnaya sendiri, kerana

tidak semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.

Antara faktornya adalah faktor kelahiran. Mereka mungkin lahir pada tahun yang sama tetapi

bulan yang berlainan. Oleh sebab itu, kanak-kanak ketika dialam prasekolah, mereka tidak

mempuyai pemikiran dan keserasian yang sama, mereka berbeza sekali dan oleh itu juga guru

tidak sepatutnya memarahi mereka dengan alasan yang tidak betul.

Contohnya, kanak-kanak yang lahir pada awal bualan iaitu antara bulan januari hingga

april, kemunggkinan kanak-kanak ini serasi oleh kerana perkembangannya terlebih dahulu,

dan mempunyai banyak pendapat dan aktiv bersama rakan-rakannyan yang lain, manakala

kanak-kanak yang lahir pada hujung tahun, antara bulan September hingga disember mereka

mencapai tahap perkembangan yang agak lewat tetapi tetap sama memasuki alam prasekolah

bersama dengan mereka yang lahir pada awal tahun. Dengan itu, kanak-kanak yang lahir pada

awal tahun dan hujung tahun tidak mungkin dapat menerima antara satu sama lain. Pada

ketika itu guru haruslah memainkan peranan yang penting ketika berada di dalam kelas.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-

kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Menurut Ee Ah Meng (2005), prinsip perkembangan

kanak-kanak dapat dikelaskan kepada 8 bahagian. Prinsip yang pertama ialah mengikut arah

tertentu. Arah -arah itu seperti arah kepala ke kaki (cephalocaudal) yang mana struktur dan

12

Page 13: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

fungsi berlaku di bahagian kepala terlebih dahulu sebelum bahagian badan dan kaki . Arah

kedua ialah arah tengah ke tepi (proximodistal). Perkembangan berlaku dari bahagian tengah

menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota. Prinsip kedua ialah

berlaku secara berterusan yang mana perkembangan berlaku secara berterusan daripada lahir

sehingga mati. Perkembangan ini juga berlaku pada kelambatan atau kecepatan yang berbeza-

beza. Prinsip yang ketiga adalah susun atur yang tersendiri. Corak perkembangan bayi adalah

sama daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Sebelum berjalan, lazimnya seorang

kanak-kanak berdiri terlebih dahulu.

Selain daripada itu, antara faktor lain adalah persekitaran. Persekitaran juga

menpengaruhi perkembangan kanak-kanak, bagi kanak-kanak yang tinggal dipendalaman,

mereka lebih kepada perkembangan yang kurang meluas, kerana disana hanya terdapat

keluarga mereka dan pokok-pokok, akan tetapi mereka akan begitu arif apabila dewasa

mengenai yempat yang mereka tinggal, seperti hutan. Manakala kanak-kanak yang tinggal

dikawasan Bandar pemikiran mereka agak meluas kerana mereka membesar dengan

kemajuan yang Negara perolehi, kanak-kanak ini juga dapat mengenali kenderaan yang

dipakai dan perubahan semasa. Perkembangan mereka juga adalah perkembangan teknologi,

iaitu mereka dapat mengenali komputer terlebih dahulu berbanding kanak-kanak yang tinggal

di pendalaman.

Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi

perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan- perubahan tersebut

melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.

Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses

penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Setiap ibu bapa memainkan

peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak - anak dengan

mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti, Memberikan makanan berkhasiat yang

berkualiti kepada anak-anak, ini kerana dengan pemakanan yang berkhasiat ianya dapat

membantu perkembangan fizikal dan mentel yang baik dan cerdas.

Ibu bapa juga adalah orang yang penting bagi perkembangan kanak-kanak ini kerana

sebelum mereka memasuki alam pprasekolah ibu bapa telah membentuk kanak-kanak ini

menjadi seorang yang aktiv atau sebaliknya. Selain daripada itu juga ibu bapa perlu

13

Page 14: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal seperti, memberi peluang kanak-

kanak ini bermain, dan sifat ingin tahu kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bertanya dan

ibu bapa perlu menjawapnya dengan tepat agar pemikiran mereka tidak terbantut. Dengan

bermain kanak-kanak dapat berkembang minda dan fizikal. Pemikiran yang kreatif bermula

dengan cara ibu bapa mengendalikan anak-anak mereka.

Mungkin berlainan pula dengan kanak-kanak yang ibu bapa tidak menghiraukan mereka,

kanak-kanak akan menjadi pendiam dan kurang ingin bergaul dengan kanak-kanak lain, iaitu

terkurung didalam rumah dan tidak diberi pendedahan kepada permainan dan berkawan. Oleh

itu, intrapersonal dan interpersonal kanak-kanak tidak berkembang dengan sempuna

berbanding dengan kanak-kanak yang ibu bapa memahami mereka.

Kesimpulan yang dapat dinyatakan dalam perkembangan yang berbeza-beza ini

adalah, selain daripada guru ibu bapa juga turut memainkan peranan dalam membentuk

perkembangan kanak-kanak sebelum memasuki alam prasekolah. Dengan persekitaran yang

berbeza, maka terbentuklah kanak-kanak yang datang dari pelbagai aspek dan karenah.

Kanak-kanak seharusnaya diberi peluang untuk meluahkan cara mereka untuk perkembangan

yang memerangsangkan kanak-kanak. Pada peringgkat kanak-kanaklah harus diberi

penekanan yang teliti daripada ibu bapa mahupun guru-guru agar mereka apabila mencapai

umur yang diwasa tidak akan merasa segan atau kekok dengan persekitaran.

5.3.1 Implikasi Prinsip Terhadap Pembelajaran Kanak-Kanak

Kanak-kanak ketika berada di dalam kelas prasekolah mereka menpunyai kebolehan

yang berbeza-beza. Ini mungkin kerana dengan latar belakang kanak-kanak yang datangnya

daripada keluarga yang senang dan susah atau faktor tarikh lahir yang berbeza-beza. Ketika

kanak-kanak berada di alam prasekolah mereka mempelajari sesuatu perkara baru daripada

guru dan rakan sebaya mereka, dan sikap mereka juga berlainan ketika berada di dalam kelas.

Guru atau seorang pendidik haruslah dapat mengenal pasti atau memahami perbezaan-

perbezaan kanak-kanak ini, dan guru atau pendidik haruslah berusaha untuk membantu

kanak-kanak ini.

Guru harus mengelakan daripada memberi tumpuan kepada sesuatu perkara sahaja

sebagi ukuran pencapaian atau pontensi kanak-kanak secara menyeluruh. Ini kerana sifat

14

Page 15: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

kanak-kanak yang siansetif atau mudah terasa akan membuatkan kanak-kanak tersebut

merasakan dirinya lemah dan kurang kebolehan daripada rakannya yang lain. Sebagai seorang

guru, guru haruslah memberikan layanan yang sama dan berpatutan dengan kanak-kanak yang

lain. Apabila guru berhadapan dengan pelajar yang dilihat pontensinya lemah, maka guru

tersebuat haruslah member perhatian dan layanan kepada kanak-kanak tersebuat agar layanan

seperti itu dapat meningkatkan keyakinan dan harapan kanak-kanak tersebuat.

Selain daripada itu, pemerhatian yang teliti ke atas kanak-kanak, dapat mendedahkan

corak tingkah laku individu daripada pelbagai aspek perkembangan, oleh itu, guru mestilah

dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi agar pengajaran individu dan bukan untuk

pengajaran semua kanak-kanak dengan perkara yang sama dan menggunakan cara yang sama

untuk mengajar pada masa yang sama. Daripada pemerhatian saya, guru dapat menggunakan

altenatif lain bagi memudahkan cara pembelajaran dan pengajaran ketika berada di dalam

kelas dengan cara mengumpulkan pelajar dengan mengikut pencapaian kanak-kanak

tersebuat.

Menggunakan altenatif lain sebagai jalan mudah bagi pengajaran, ianya dapat

membanntu guru tersebut untuk mengendalikan pengajaran dan pempelajaran ketika berada

didalam kelas. Dengan cara mengumpulkan pelajar mengikut pencapaian mereka, iaitu guru

mengasingkan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A, B, dan C. dengan cara ini guru dapat

memberi bimbingan yang lebih kepada pelajar yang lemah, yang berada di kumpulan C

manakala pelajar yang cerdas dalam kumpulan A boleh digalakkan membantu pelajar yang

serderhana pencapaiannya di dalam kumpulan B. Dengan cara itu guru dapat memantau

kesemua pelajarnya dengan cepat dan memudahkan tugasan guru itu.

Selaian daripada itu, ketika guru menjalankan aktiviti di dalam kelas, guru haruslah

mengambil kira tentang kesesuaian dengan kebolehan dan minat pelajar, supaya kanak-kanak

ini dapat menjalankkan aktiviti tersebut dengan seronok dan gembira. Apabila aktiviti yang

telalu sukar, ianya akan membosankan bagi pelajar yang lemah, manakala aktiviti yang terlalu

senang dan tidak mencabar bagi kanak-kanak yang cerdas dan bijak akan mengalihkan

tumpuan mereka kepada perkara yang menarik perhatian mereka iaitu membuatkan mereka

menggangu kanak-kanak yang lain.

Walaubagaimanapun, Aktiviti didalam kelas juga meliputi pelbagai objektif

pembelajaran berbanding satu objektif. Ketika di dalam kelas, guru haruslah memberi banyak

peluang kepada kanak-kanak agar mereka dapat menikmati kejayaan terutamanya kepada

15

Page 16: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

kanak-kanak yang lemah. Dengan cara ini guru dapat mendorong kanak-kanak serta dapat

meningkatkan keyakinan dalam diri kanak-kanak itu, dan dapat menimbulkan perasaan ingin

tahu kanak-kanak terhadap pengajaran di dalam kelas mahupun di luar pembelajaran kelas.

Begitu juga dengan pembelajaran yang menggunakan projek. Ketika guru

mengendalikan projek, guru haruslah memastikan pelajar mempunyai pelbagai kebolehan dan

minat untuk diberi peluang yang aktif dalam menjalankan pembelajaran yang diberikan oleh

guru. Apabila berlaku pada pelajar yang tidak mengambil bahagian disebabkan tidak tahu

dengan aktiviti yang dijalankan, mereka akan merasa rendah diri serta kecewa, ianya akan

menyebabkan mereka itu mulai menarik diri dan menjadi lebih pasif ketika berada didalam

kelas.

Sehubungan dengan itu, standard perkembangan kanak-kanak sentiasa berubah-ubah,

oleh itu kanak-kanak tidak boleh digelar sebagai “ cepat ” atau “ lambat ” dan dibandingkan

dengan kanak-kanak lain yang berada di dalam kumpulannya, ianya akan membuatkan kanak-

kanak itu rendah diri atau menbanggakan diri dengan rakannya yang lain apabila dipuji dan

ditegur secara terang terangan dihadapan rakan-rakan mereka. Walaubagaimanapun guru

boleh menggunakan cara tersebut bagi tujuan menegur dan memuji kanak-kanak dengan cara

memanggil kanak-kanak itu dan bersembanglah secara berhadapan dengan baik dan

menenangkan kanak-kanak tersebut. Ini adalah cara yang terbaik bagi guru untuk

mengenalpasti masaalah yang dihadapi oleh kanak-kanak itu.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam

mencapai perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dari aspek kognitif, bahasa, fizikal,

sosial dan emosi yang optimum, begitu juga dalam mencapai perkembangan kanak-kanak

mengikut urutan standard serta perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang berbeza-

beza. Jadi, guru mestilah merancang aktiviti untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana

16

Page 17: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

yang telah disarankan. Selain itu, guru perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya

untuk mencapai semua aspek perkembangan ini.

Rujukan

Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan

Prasekolah. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

www.sribd.com

zackzahran.blogspot.com

17

Page 18: JELASKAN & HURAIKAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERSIFAT MENYELURUH 2.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT URUTAN STANDARD 3.PERKEMBANGAN

18