japanese companies · boleh menjadi contoh dalam aspek ini. ... operate - transfer [bot]), bina -...

8

Upload: lamxuyen

Post on 27-Jun-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kejayaan Jepun sebagai negara maju dan terkehadapan dalam pelbagai bidang telah

lama menjadi penanda aras kepada Malaysia untuk mencapai matlamat

pembangunan negara yang setara. Bagi melunaskan hasrat tersebut, prestasi

pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta perlu diberi perhatian yang

serius.

Sehubungan itu, penganjuran program Executives Overseas Programme (EXOP

2018) anjuran bersama JALUMA dan UPM pada 10 hingga 17 April 2018 adalah

seiring dengan inisiatif terkini Kerajaan untuk melihat Jepun sebagai negara yang

boleh menjadi contoh dalam aspek ini. Program ini yang bertemakan Solving Human

and Organizational Problems: Teamwork and Leadership Skill Improvement in

Japanese Companies mengandungi matlamat penting untuk mendedahkan peserta

tentang kepimpinan gaya Jepun, mengganalisis isu-isu bagi mencari kaedah efektif

dalam mengoptimumkan pelbagai sumber dalam pengurusan, serta mengenalpasti

pendekatan yang mampu menilai kemajuan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Hasil program ini telah memberi ilmu dan pengalaman yang bermakna terutama dalam

melihat falsafah korporat ala Jepun yang berbeza daripada amalan biasa. Amalan

pengurusan oleh semua (konsep amoeba) melalui keharmonian antara arahan

topdown dan bottom-up juga memperlihatkan kelainan dalam pengurusan organisasi.

Kepimpinan yang mementingkan personal touch serta kemampuan mengejar

kesempurnaan ketika menjalankan tugas adalah antara aspek yang ditekankan dalam

kepimpinan Jepun. Kesimpulannya, program ini berjaya memberi input yang boleh

dikongsi oleh peserta dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin organisasi.

Program Sangkutan Industri di Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) menumpukan

pada pengumpulan maklumat dan pengamalan praktis kerajaan dalam projek- projek

“Private Finance Initiative” (PFI) atau Projek Kerjasama Awam dan Swasta.

Memahami peranan serta tanggungjawab Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)

adalah amat penting. Melalui program ini, dapat diketahui bagaimana proses penilaian

sesuatu projek dikendalikan. Pengurusan projek-projek “Private Finance Initiative”

(PFI) di Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) meliputi tiga peringkat utama.

Peringkat pertama adalah cadangan awal daripada ketua/pengendali projek. Peringkat

kedua pelaksanaan polisi/dasar projek sebelum kelulusan dan peringkat ketiga

pemantauan projek serta tinjauan semasa dan selepas perlaksanaan projek.

Program Kerjasama Awam Swasta atau Public Private Patnership (PPP) merupakan

satu bentuk kerjasama di antara sektor awam dan sektor swasta di mana satu stand

alone business diwujudkan, dibiayai dan diuruskan oleh sektor swasta sebagai satu

pakej yang merangkumi pembinaan pengurusan, penyenggaraan, pembaikan dan

penggantian aset sektor awam meliputi bangunan, infrastruktur, peralatan dan

kemudahan.

Kaedah-kaedah pelaksanaan projek melalui PPP adalah termasuk Bina - Kendali -

Pindah (Build - Operate - Transfer [BOT]), Bina - Pajak - Pindah (Build - Lease -

Transfer [BLT]), Bina - Kendali - Milik (Build - Operate - Own [BOO]), Bina - Pajak -

Selenggara – Transfer (Build - Lease - Maintain - Transfer [BLMT]), pertukaran tanah

(land swap), kontrak pengurusan dan pengkorporatan.

Isu-isu berkaitan prestasi dan produktiviti syarikat berkaitan kerajaan banyak

dibincangkan oleh masyarakat kerana syarikat berkaitan kerajaan merupakan tulang

belakang kepada ekonomi negara dan ia membawa simbol kebanggaan negara dan

reputasi.

Kajian ini akan merungkaikan tentang impak struktur hak milik kepada produktiviti

syarikat berkaitan kerajaan Malaysia dengan membandingkannya dengan syarikat

berkaitan kerajaan Indonesia. Objektif kajian ini adalah untuk menunjukkan terdapat

hubungan perbezaan antara syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia dan syarikat

berkaitan kerajaan di Indonesia dari segi produktiviti, keuntungan dan kecekapan.

Kajian ini mendapati bahawa tiada perbezaan di antara min setiap nisbah produktiviti

bagi produktiviti modal, keuntungan dan pusing ganti stok kecuali produktivti daya

saing, produktiviti tenaga kerja, dan produktiviti tempoh kutipan di kedua-dua negara.

Pendekatan kajian mixed method (kuantitatif dan kualitatif) ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan dan kecerdasan emosi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Awam (UA) Malaysia. Dua ratus tiga puluh lapan orang ahli MPP telah dipilih sebagai sampel kajian dengan mengadaptasi teknik asas (elementary sampling marble from jar) di mana dua universiti awam dipilih bagi setiap zon. Data kuantitatif telah dikumpulkan menggunakan dua jenis instrumen iaitu Ayu-Noriah Student Leadership Audit Trail Inventory (SLATI) dan Inventori Kepintaran Emosi Malaysia-Dewasa (IKEM-MEQI). Data telah dianalisis secara deskriptif (min dan peratusan) dan melalui statistik inferensi (Ujian-t, MANOVA sehala dan dua hala, Korelasi Pearson r dan Regresi Berganda) dengan menggunakan perisian SPSS 22.0. Kajian kualitatif dijalankan bagi menyokong kajian kuantitatif di mana adalah untuk melihat bagaimanakah hubungan antara kepimpinan dengan setiap subdomain pengurusan personal dan pengurusan sosial kecerdasan emosi itu terbentuk. Data temu bual telah dianalisis menggunakan perisian NVivo11. Dapatan kajian kepimpinan menunjukkan bahawa subjek memperoleh skor peratus yang tinggi bagi ketujuh-tujuh faktor kepimpinan. Dapatan kajian kecerdasan emosi pula menunjukkan, subjek mendapat skor yang tinggi dalam empat daripada lima domain kecerdasan emosi (Regulasi Kendiri, Motivasi Kendiri, Empati dan Kemahiran Sosial). Subjek mendapat skor yang sederhana tinggi bagi domain Kesedaran Kendiri. Hasil analisis bagi subdomain menunjukkan subjek memperoleh 17 daripada 28 subdomain KE di tahap yang tinggi dan 11 subdomain pula berada di tahap sederhana tinggi. Analisis ujian-t pula menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kepimpinan dan pengurusan personal dan sosial KE untuk subjek yang berlainan bangsa, tahap umur, program pengajian dan jantina. Begitu juga dengan analisis MANOVA, analisis tersebut menunjukkan tidak wujud kesan interaksi yang signifikan antara faktor demografi ke atas kepimpinan dan kecerdasan emosi bagi subjek kajian. Analisis Korelasi Pearson r menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor kepimpinan dengan domain pengurusan personal dan sosial kecerdasan emosi (p>0.05). Analisis regresi berganda pula menunjukkan bahawa kelima-lima domain kecerdasan emosi menjadi faktor penyumbang kepada kepimpinan subjek. Hasil analisis regresi juga menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap pengurusan personal dan pengurusan sosial KE, semakin tinggi tahap kepimpinan subjek. Dapatan data kualitatif telah menghasilkan 129 tema yang menggambarkan hubungan antara kepimpinan dengan domain-domain kecerdasan emosi. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa domain-domain kecerdasan emosi menjadi penyumbang kepada kepimpinan Ahli MPP UA Malaysia. Cadangan agar kajian ini diperluaskan lagi untuk melihat perbezaan tahap kepimpinan antara pemimpin pelajar universiti awam dengan universiti swasta. Modul kepimpinan dan kecerdasan emosi juga turut dicadangkan agar dimasukkan di dalam silibus ko-kurikulum di IPT.