jangan malu sekiranya gagal

1
Jangan Malu Sekiranya Gagal... Oleh: Irfan Khairi Bila perniagaan tak berjaya, memang rasa perit, sedih, down, stress dan sebagainya ada. Sememangnya lumrah berjaya dan gagal dalam perniagaan. Memang rezeki perniagaan 9/10, tetapi yang gagal dalam perniagaan pun 9/10… mungkin lebih lagi. Sekiranya anda pernah melalui kegagalan dalam perniagaan, jangan bersedih lama sangat. Kalau nak sedih pun, kejap-kejap sahaja. Lagi lama sedih, lagi down dan tertekan kita. So, bak kata mat salleh, Snap out of it! Apa yang penting apabila gagal dalam perniagaan, jangan sesekali ada perasaan “malu” kerana gagal. Mungkin malu dengan rakan-rakan. Mungkin malu dengan keluarga. Mungkin malu dengan pesaing. Tak kira kawan atau lawan, jangan ada perasaan malu. Perasaan malu bila gagal itu, akan membuatkan kita tidak mencuba lagi. Sebab takut nanti malu pula kali kedua. Takut nanti apa pula orang kata lagi: “Dah gagal dalam bisnes, tak serik-serik lagi tu!” Tanya sahaja pada mana-mana usahawan yang berjaya, pastinya mereka akan kata gagal dalam perniagaan adalah biasa. Melakukan teknik atau strategi yang silap dalam perniagaan juga sering terjadi. Gagal dalam perniagaan akibat pihak lain yang tidak bertanggungjawab seperti menipu, mencuri, pecah amanah pun selalu terjadi Jadi, apa yang hendak dimalukan. Daripada malu gagal dalam perniagaan, lebih baik malu sebab TIDAK MULA BERNIAGA yang merupakan sesuatu yang amat mulia. Ianya adalah ibadah dan sunnah Rasulullah SAW. Kegagalan dalam perniagaan adalah perkara biasa. Saya sendiri juga pernah gagal dalam perniagaan Internet saya yang pertama pada tahun 2000. Perniagaan saya yang pertama, hanya berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja dalam masa satu tahun. Kiranya gagal la tu… pastinya orang lain yang rasakan diri mereka gagal dalam perniagaan pun boleh dapat lebih dari 3 pelanggan setahun. Tetapi, bayangkan sekiranya saya malu sebab dapat 3 pelanggan. Sekiranya saya malu untuk mulakan perniagaan ke dua. Sekiranya saya malu kerana “kegagalan”, maka tiada la saya mencapai tahap kejayaan dalam perniagaan sehingga hari ini. Alhamdulillah! Berbanyak bersyukur sekiranya mencapai kejayaan. Berbanyak bersabar sekiranya terjumpa kegagalan. Apa yang penting adalah ibadah dan sunnah perlu diteruskan tidak kira berjaya atau gagal dalam hasilnya…

Upload: redhuan1978

Post on 24-Sep-2015

234 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Bisnes

TRANSCRIPT

  • Jangan Malu Sekiranya Gagal...

    Oleh: Irfan Khairi

    Bila perniagaan tak berjaya, memang rasa perit, sedih, down, stress dan sebagainya ada. Sememangnya lumrah berjaya dan gagal dalam perniagaan. Memang rezeki perniagaan 9/10, tetapi yang gagal dalam perniagaan pun 9/10 mungkin lebih lagi.

    Sekiranya anda pernah melalui kegagalan dalam perniagaan, jangan bersedih lama sangat. Kalau nak sedih pun, kejap-kejap sahaja. Lagi lama sedih, lagi down dan tertekan kita. So, bak kata mat salleh, Snap out of it!

    Apa yang penting apabila gagal dalam perniagaan, jangan sesekali ada perasaan malu kerana gagal. Mungkin malu dengan rakan-rakan. Mungkin malu dengan keluarga. Mungkin malu dengan pesaing. Tak kira kawan atau lawan, jangan ada perasaan malu.

    Perasaan malu bila gagal itu, akan membuatkan kita tidak mencuba lagi. Sebab takut nanti malu pula kali kedua. Takut nanti apa pula orang kata lagi:

    Dah gagal dalam bisnes, tak serik-serik lagi tu!

    Tanya sahaja pada mana-mana usahawan yang berjaya, pastinya mereka akan kata gagal dalam perniagaan adalah biasa. Melakukan teknik atau strategi yang silap dalam perniagaan juga sering terjadi. Gagal dalam perniagaan akibat pihak lain yang tidak bertanggungjawab seperti menipu, mencuri, pecah amanah pun selalu terjadi

    Jadi, apa yang hendak dimalukan. Daripada malu gagal dalam perniagaan, lebih baik malu sebab TIDAK MULA BERNIAGA yang merupakan sesuatu yang amat mulia. Ianya adalah ibadah dan sunnah Rasulullah SAW.

    Kegagalan dalam perniagaan adalah perkara biasa. Saya sendiri juga pernah gagal dalam perniagaan Internet saya yang pertama pada tahun 2000. Perniagaan saya yang pertama, hanya berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja dalam masa satu tahun. Kiranya gagal la tu pastinya orang lain yang rasakan diri mereka gagal dalam perniagaan pun boleh dapat lebih dari 3 pelanggan setahun.

    Tetapi, bayangkan sekiranya saya malu sebab dapat 3 pelanggan. Sekiranya saya malu untuk mulakan perniagaan ke dua. Sekiranya saya malu kerana kegagalan, maka tiada la saya mencapai tahap kejayaan dalam perniagaan sehingga hari ini. Alhamdulillah!

    Berbanyak bersyukur sekiranya mencapai kejayaan. Berbanyak bersabar sekiranya terjumpa kegagalan. Apa yang penting adalah ibadah dan sunnah perlu diteruskan tidak kira berjaya atau gagal dalam hasilnya