it & perniagaan

7
TEKNOLOGI MAKLUMAT & PERNIAGAAN LIHAT APA YANG BERLAKU SEKARANG Cara Kita Berhubung Cara Pemakanan Kita Keadaan Di Pejabat Keadaan Di Plaza Tol Keadaan Di Kilang Cara kita belajar

Upload: stpd2213

Post on 18-Jul-2015

432 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

TEKNOLOGI MAKLUMAT & PERNIAGAANLIHAT APA YANG BERLAKU SEKARANG

Cara Kita BerhubungCara Pemakanan KitaKeadaan Di Pejabat

Keadaan Di Plaza Tol Keadaan Di KilangCara kita belajar

TIDAKKAH KITA MENYEDARINYA?

SIAPA YANG ENGGAN MENERIMA…..

TERSINGKIR……

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan inovasi dalam sistemdigital melambangkan satu revolusi digital yang telah dan akan mengubah cara manusiaberfikir, berhubung, bertindak dan bekerja.

Antara kepentingan teknologi maklumat ialah:-

-Dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan.-Sebagai alat perniagaan dan sosial.-sebagai syarat untuk penyertaan dalam persaingan dan perkembangan ekonomi, sosialdan pendidikan.-mampu memperoleh segala informasi yang diperlukan.-merapatkan hubungan sesama manusia.-merapatkan jurang pemisahan antara guru dengan pelajar.-menjadi pemangkin kepada perkembangan industri dan ekonomi tempatan.-dapat menggalakkan pengaliran wang asing ke negara kita.-dapat memajukan sistem pertahanan dan keselamatan negara.-berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat.-mampu menjimatkan bayaran kos komunikasi.-negara dipandang tinggi oleh kawan dan lawan.

Informasi Teknologi adalah berkisar kepada menyimpan,memanipulasi,menyebarkan dan memproses maklumat. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, IT telah mengambilalih perniagaan konvensional melalui penggunaanalat teknologi yang canggih dan inovatif dalam rangka meningkatkan pengeluaran dan kecekapan.

PRODUKTIVITIAplikasi teknologi seperti Database Perniagaan, Rekabentuk Grafik berkomputer, AutoCad, Pemprosesanperkataan dan lain-lain pengaturcaraan computer telah membantu meningkatkan produktiviti sesuatu perniagaan. Aplikasi ini juga telah mengubah cara hidup kita,cara kita memandu dijalanraya,cara kita berhubung,cara kita bekerja dan cara kita berkomunikasi.

SIGNIFIKANOrganisasi korporat memaksimakan kelebihan komersil mereka dengan penggunaan alat IT yang sesuai.Sebagai contoh pengasas Dell Inc. Michael Dell memperkenalkan konsep pembelian online untuk komputer peribadi. Hari ini pelanggan seluruh dunia membuat pesanan produk Dell hanya dari rumah melalui internet.

PENGAWALAN ( MONITORING )IT digunakan sebagai mekanisma kawalan terhadap bahagian tertentu syarikat atau organisasi yang tidakmenggunakan sumber dengan cekap. Sebagai contoh Dell menggunakan “ REAL-TIME INVENTORY & SUPPLY MONITORING “ untuk mengeluarkan hanya bilangan computer yang diperlukan oleh pelanggan.Dengan ini dapat mengurangkan kos pengeluaran yang berlebihan.

PENGURUSAN PRESTASI PERNIAGAAN ( BPM)Sistem “ Best Performance Management” membolehkan perniagaan memaksimakan prestasi dengan membuatanalisa menggunakan aplikasi seperti OLAP ( Online Analytical Processing ) dan EIS ( Executive Information System )

E-COMMERCEMerupakan penjualan dan pembelian produk atau perkhidmatan melalui internet. Operasi secara online ini menjimatkanmasa dan kakitangan yang diperlukan untuk aktiviti perniagaan disamping mengurangkan kos buruh,penyediaandokumen,bil telefon dan surat-menyurat.

•FACEBOOKMampu menjadi senjata pemasaran yang berkesan kerana fakta berikut :-500 juta pengguna facebook di internet masakini200 juta masuki facebook guna telefon bimbit700 billion minit diluangkan di facebook59,600,000 pengguna facebook di Asia7.5 juta pengguna facebook di Malaysia3 juta pengguna facebook di singapura

Usahawan boleh senaraikan apapun jenis perniagaan dan tunggu serta lihat berapa ramai prospek yang bakaldiperolehi jika berjaya memasuki trafik di facebook.

•ENJIN PENCARI ( SEARCH ENGINE )YAHOO.COM,GOOGLE.COM dan lain-lain enjin pencari di internet boleh digunakan untuk mempelajari sesuatudaripada syarikat-syarikat yang berjaya di seluruh dunia, mendapatkan maklumat terkini mengenai pesaing danmemperolehi tips-tips perniagaan terkini di samping memeriksa dan menyemak perkembangan terbarudi pasaran dengan hanya klik pada tetikus di rumah atau pejabat anda.

•E-MAILPenggunaan Email untuk berkomunikasi,menyebarkan maklumat,menghantar surat dan iklan kepada prospektelah menjadi satu trend yang begitu efektif buat usahawan yang aktif membuat pemasaran dengankaedah yang paling jimat.

•WEBSITE,BLOG DAN PORTALBerupaya menjadi sebuah kedai maya dan ruang berkongsi idea terhadap sesuatu aktiviti perniagaan.Dengan website dunia berupaya mengenali produk anda sebelum membuat keputusan pembelian ataumenjalin usahasama.

TWITTERTwitter membantu berkongsi maklumat tentang produk, mendapatkan maklumat danmaklumbalas dari pengguna serta menyebarkan iklan perniagaan secara lebih pantasdan cekap,sekiranya kita mempunyai followers yang bertambah dari masa ke semasadan sentiasa mengikuti perkembangan terkini syarikat kita.

YOUTUBEDengan aplikasi ini anda boleh menghasilkan video korporat atau video produk andasendiri menggunakan webcam dan kemudiannya upload secara percuma di internet bagi menerangkan mengenai produk dan perkhidmatan anda untuk disaksikan olehbakal pelanggan walau di mana sahaja mereka berada.

FOTOPAGECerita bergambar mengenai produk dan perkhidmatan anda boleh dimuatkan di dalamfotopage.com untuk simpanan,tatapan dan pengetahuan pelanggan.

Teknologi Maklumat yang memberi pelbagai kemudahan kepada usahawan ini jugamempunyai beberapa kelemahan sekiranya disalahgunakan oleh mereka yang tidakbertanggungjawab atau digunakan untuk aktiviti yang tidak berfaedah serta membuangmasa.