zawiyatul siber : remaja it @masjid

16
1 ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID Norita Md Norwawi, Mohd Ilias M. Shuhud, Syed Najihuddin Syed Hassan Universiti Sains Islam Malaysia Abstrak Rasulullah telah menyatakan bahawa golongan pemuda yang terikat hatinya dengan masjid adalah di antara tujuh golongan yang akan dinaungi Allah di Padang Mahsyar kelak. Baginda juga menyeru agar kita mengasihi dan meraikan golongan yang lebih muda ini dengan memberikan bimbingan yang berterusan kepada mereka. Mereka sebenarnya adalah generasi pelapis kepimpinan pada masa akan datang. Namun begitu, perkembangan terkini mendapati wujudnya keciciran sesetengah golongan ini. Mereka dilaporkan terlibat dengan kegiatan tidak sihat yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan. Mereka lebih gemar melibatkan diri dengan gejala lepak di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, pusat-pusat hiburan seperti karaoke, disko dan sebagainya. Siber kafe juga menjadi salah satu tempat pilihan mereka berkumpul dan bersosial sesama rakan sebaya. Senario sebegini menjadikan remaja mudah terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat seperti pembaziran masa dan wang dengan permainan komputer, melayari laman web yang tidak bermoral dan memuat turun bahan-bahan porno dari Internet. Kertas kerja ini bertujuan untuk mencadangkan agar program remaja IT@masjid untuk dilaksanakan di masjid-masjid dengan mewujudkan Zawiyatul Siber atau sudut siber yang berkonsepkan pendidikan Islam. Ini dapat membantu mengimarahkan masjid yang juga berfungsi sebagai pusat pendidikan dan latihan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasullullah . Konsep Zawiyatul Siber ini mestilah bersifat mesra remaja dan dalam masa yang sama mendidik pengguna remaja dengan etika dan adab pengguna IT Muslim. Perisian dan perkakasan yang bersesuaian dengan hasrat murni ini perlu dibangunkan untuk diaplikasikan seperti sistem pengoperasian komputer dari sumber terbuka Ubuntu for Muslim Edition yang dikenali sekarang sebagai Linux Sabily yang sememangnya dibangunkan berkonsepkan Islam. 1.0 PENGENALAN Golongan pemuda dan pemudi adalah kumpulan masyarakat yang perlu diberikan perhatian dan bimbingan sewajarnya agar menjadi insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Mereka juga merupakan harapan pelapis kepimpinan generasi akan datang. Usaha mendidik dan mentarbiah agar mereka agar menjadi pemimpin yang berwibawa, amanah dan bertanggung- jawab amat perlu melalui penghayatan nilai-nilai Islam yang disebatikan dalam diri mereka yang sebaik-baiknya dimulakan sejak dari kecil. Tanpa pegangan agama sebagai benteng pertahanan diri, remaja akan mudah terjebak kepada masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, melepak, pergaulan bebas yang akhirnya membawa kepada pembuangan bayi dan sebagainya. Rasulullah telah mengingatkan umatnya di dalam sebuah hadis yang memperihalkan bahawa di antara 7 golongan yang dilindungi oleh Allah dengan naungan-Nya di Padang Mahsyar nanti adalah

Upload: truongthuan

Post on 19-Jan-2017

252 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

1

ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

Norita Md Norwawi, Mohd Ilias M. Shuhud, Syed Najihuddin Syed Hassan

Universiti Sains Islam Malaysia

Abstrak

Rasulullah telah menyatakan bahawa golongan pemuda yang terikat hatinya dengan masjid

adalah di antara tujuh golongan yang akan dinaungi Allah di Padang Mahsyar kelak.

Baginda juga menyeru agar kita mengasihi dan meraikan golongan yang lebih muda ini

dengan memberikan bimbingan yang berterusan kepada mereka. Mereka sebenarnya adalah

generasi pelapis kepimpinan pada masa akan datang. Namun begitu, perkembangan terkini

mendapati wujudnya keciciran sesetengah golongan ini. Mereka dilaporkan terlibat dengan

kegiatan tidak sihat yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan. Mereka lebih

gemar melibatkan diri dengan gejala lepak di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah,

pusat-pusat hiburan seperti karaoke, disko dan sebagainya. Siber kafe juga menjadi salah satu

tempat pilihan mereka berkumpul dan bersosial sesama rakan sebaya. Senario sebegini

menjadikan remaja mudah terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat seperti pembaziran masa

dan wang dengan permainan komputer, melayari laman web yang tidak bermoral dan memuat

turun bahan-bahan porno dari Internet. Kertas kerja ini bertujuan untuk mencadangkan agar

program remaja IT@masjid untuk dilaksanakan di masjid-masjid dengan mewujudkan

Zawiyatul Siber atau sudut siber yang berkonsepkan pendidikan Islam. Ini dapat membantu

mengimarahkan masjid yang juga berfungsi sebagai pusat pendidikan dan latihan sebagaimana

yang ditunjukkan oleh Rasullullah . Konsep Zawiyatul Siber ini mestilah bersifat mesra remaja

dan dalam masa yang sama mendidik pengguna remaja dengan etika dan adab pengguna IT

Muslim. Perisian dan perkakasan yang bersesuaian dengan hasrat murni ini perlu dibangunkan

untuk diaplikasikan seperti sistem pengoperasian komputer dari sumber terbuka Ubuntu for

Muslim Edition yang dikenali sekarang sebagai Linux Sabily yang sememangnya dibangunkan

berkonsepkan Islam.

1.0 PENGENALAN

Golongan pemuda dan pemudi adalah kumpulan masyarakat yang perlu diberikan perhatian dan

bimbingan sewajarnya agar menjadi insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara.

Mereka juga merupakan harapan pelapis kepimpinan generasi akan datang. Usaha mendidik dan

mentarbiah agar mereka agar menjadi pemimpin yang berwibawa, amanah dan bertanggung-

jawab amat perlu melalui penghayatan nilai-nilai Islam yang disebatikan dalam diri mereka yang

sebaik-baiknya dimulakan sejak dari kecil. Tanpa pegangan agama sebagai benteng pertahanan

diri, remaja akan mudah terjebak kepada masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, melepak,

pergaulan bebas yang akhirnya membawa kepada pembuangan bayi dan sebagainya. Rasulullah

telah mengingatkan umatnya di dalam sebuah hadis yang memperihalkan bahawa di antara 7

golongan yang dilindungi oleh Allah dengan naungan-Nya di Padang Mahsyar nanti adalah

Page 2: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

2

pemuda-pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah , serta orang yang hatinya terikat

dengan masjid sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis berikut:

Berkata Abu Hurairah : Nabi telah bersabda: “Ada 7 kelompok yang akan

mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali

perlindungan-Nya. Mereka adalah pemimpin yang adil, anak muda yang

senantiasa beribadah kepada Allah , seseorang yang hatinya selalu dipertautkan

dengan masjid, 2 orang yang saling mencintai kerana Allah , yakni keduanya

berkumpul dan berpisah kerana Allah , seorang lelaki yang ketika digoda oleh

seorang wanita bangsawan lagi rupawan lalu ia menjawab: “Sesungguhnya aku

takut kepada Allah”, seseorang yang mengeluarkan sedekah lantas

disembunyikannya sampaikan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang

diperbuat oleh tangan kanannya, dan seseorang yang berzikir kepada Allah di

tempat yang sunyi lalu ia mencucurkan air mata (HR. Bukhary-Muslim)

Ini mengambarkan peri pentingnya anak-anak muda dibimbing dengan agama dan

kewujudan kumpulan yang mengimarahkan masjid hingga diberi keistimewaan oleh Allah di

Padang Mahsyar kelak. Golongan remaja patut menjadikan Rasulullah serta para sahabat

yang telah mendapat didikan Baginda yang merupakan remaja gemilang seperti Ali bin Abu

Talib, Abd Allah bin al-‟Abbas, al-Zubair bin Al-Awwam, Talhah bin Ubaidillah, Saad bin Abi

Waqqas, Fatimah binti Muhammad dan Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar . Mereka

memeluk Islam sewaktu umur mereka belasan tahun lagi. Mereka menjadi tulang belakang

kepada usaha dakwah Rasulullah dalam meninggikan syiar Islam dan menyebarkan mesej-

Page 3: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

3

mesej Islam. Jiwa dan keimanan mereka begitu mantap tanpa gentar dengan penentangan dan

penindasan golongan yang bencikan risalah disebarluaskan.

Remaja perlu dididik agar mematangkan mereka dan mampu berfikir serta menjadi

manusia yang bertanggung jawab memikul amanah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah .

Mendidik anak-anak muda golongan remaja terutamanya adalah tanggungjawab bersama bukan

sahaja oleh keluarga malahan setiap anggota masyarakat yang prihatin sebagaimana Allah

berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api

neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-

malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang

diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang

diperintahkan.” (QS, al-Tahrim:6)

2.0 PENDIDIKAN REMAJA

Untuk mendidik remaja mempunyai cabarannya yang tersendiri apatah lagi di zaman

kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang begitu pesat. Saidina Ali

berpesan “Ajarlah anak kamu dengan perkara lain yang kamu pelajari. Mereka hidup pada

zaman yang bukan zaman kamu”.

Kita harus memahami persekitaran zaman remaja ini dibesarkan dan berusaha

menyesuaikan pendidikan selari dengan apa yang mereka hadapi dalam zaman semasa. Ini dapat

membantu dalam mengurangkan jurang komunikasi yang mungkin timbul dlam usaha mendidik

mereka. Adalah tidak adil untuk mendidik remaja sekarang sebagaimana zaman kita didik oleh

ibubapa dan guru dahulu. Zaman mereka TV hitam putih pun sukar untuk diperolehi dan dilihat

lagi. Sekarang bukan sahaja dengan TV warna tetapi wujud juga stesyen penyiaran awam

malahan swasta serta TV satelit seperti Astro di samping DVD dan sebagainya.

Page 4: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

4

Malahan di kala ini, teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi sebahagian dari

hidup mereka. Facebook, MySpace, Friendster, Yahoo Messenger adalah sebahagian dari “alat

permainan” mereka. Jika tidak dibimbing mungkin mereka akan hanyut dan

menyalahgunakannya. Pemikiran remaja zaman ICT ini perlu difahami agar pendidikan lebih

relevan dengan dunia mereka. Adalah tidak adil untuk kita mmendidik mereka sebagaimana ibu-

bapa kita mendidik kita. Kata-kata Saidina Umar bin Al-Khattab yang masyhur tentang

mendidik anak iaitu “Bermainlah dengan anak kamu selama 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa

untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, bersahabatlah dengan mereka”.

Pemasalahannya ialah bagaimanakah kita menterjemahkan “bersahabat dengan anak yang dalam

peringkat umur remaja” dalam kehidupan kita seharian dan masyarakat?

3.0 MASALAH SOSIAL MELIBATKAN REMAJA

Kajian telah dijalankan untuk meneliti punca-punca berlakunya masalah sosial seperti budaya

lepak di kalangan remaja. Azizi Yahaya dan Nalini a/p Madavan (2007) antaranya melaporkan

hubungan kekeluargaan merupakan faktor yang dominan dan signifikan yang mempengaruhi

remaja di samping faktor kendiri remaja dan pendidikan agama. Corak asuhan ibu bapa dan

peranan ibu bapa sebagai contoh teladan adalah pengaruh utama. Hubungan kekeluargaan yang

renggang, kurang pendidikan agama serta kebosanan duduk di rumah kerana ibu bapa bekerja

menjadi antara punca remaja melepak seterusnya terlibat dengan gejala sosial seperti

penyalahgunaan dadah, merempit dan pergaulan bebas sehingga membabitkan pembuangan bayi

dan sebagainya.

Remaja yang kini begitu sinonim dengan gejala lepak sama ada di kompleks membeli-

belah, pusat-pusat hiburan seperti karaoke, disko dan snuker. Kafe siber juga dilaporkan menjadi

sarang mereka menghabiskan masa dengan permainan komputer, melayari laman-laman web

yang tidak berfaedah dan memuat turun bahan-bahan porno. Perkara ini pula disokong oleh

premis-premis kafe siber yang berorientasikan perniagaan dan keuntungan yang dilengkapi

peralatan komputer yang canggih. Fenomena “ketagihan dengan permainan komputer telah biasa

dilaporkan yang melibatkan pembaziran wang, masa dan cuai dengan tanggungjawab sebagai

seorang pelajar malahan sebagai seorang Muslim seperti mengabaikan solat dan sebagainya.

Sebahagian dari premis juga menyediakan makanan dan minuman bagi kemudahan pelanggan

Page 5: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

5

mereka. Maka dengan demikian, begitu selesalah pelanggan untuk duduk selama berjam-jam

sehingga larut malam bersama kawan-kawan untuk bermain permainan komputer hatta

melibatkan perjudian..

Sehubungan dengan itu, beberapa kajian telah dijalankan berkaitan pengunaan kafe siber

di kalangan remaja melaporkan bahawa majoriti pengguna kafe siber adalah mereka yang dalam

lingkungan umur 15 hingga 35 tahun (Furuholt, Kristiansen, & Wahid, 2005). Mereka ini

didapati mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan belajar sesama sendiri cara-cara

penggunaan Internet. Kajian tersebut juga merumuskan bahawa kafe siber telah dijadikan

sebagai pusat melepak, pusat permainan, tempat berhubung dengan rakan-rakan melalui emel

serta sembang secara online, muat turun bahan seperti muzik, membuat pembelian online,

berjudi, melayari Internet untuk tugasan sekolah, membaca berita mengenai artis-artis dan

melawat laman web lucah, ( Jamaluddin, 2008; Wishart, 2004; Furuholt & Kristiansen, 2007).

Oleh itu para remaja Muslim perlu dibimbing mengenai penggunaan Internet dengan konsep

Allah yang Maha Melihat. Walau bagaimanapun dengan persekitaran kafe siber yang

berorientasikan perniagaan bukanlah ruang yang sesuai untuk mendidik mereka menjadi

pengguna IT Muslim yang amanah dan bertanggung jawab. Oleh itu kertas kerja ini

menyambung perbincangan Ariffin Abdul Mutalib et al. (2008) untuk mencadangkan sudut siber

di masjid yang dipanggil Zawiyatul Siber dengan matlamat mentarbiyah golongan sasar remaja

Muslim dengan pendidikan ICT yang bersesuaian dengan etika Islam dalam masa yang masa

menjadi tarikan untuk mereka ke masjid dan tidak lalai dalam tanggungjawab mereka. Mudah-

mudahan usaha ini akan dapat membantu mewujudkan suasana mesra remaja dalam usaha

mengimarahkan masjid-masjid di Malaysia.

4.0 KAFE SIBER DI MALAYSIA

Sehubungan dengan itu, dari pemerhatian penulis, terdapat 3 jenis kafe siber : 1) Berorientasikan

perniagaan dan keuntungan; 2) Berorientasikan khidmat yang biasanya wujud di institusi

Page 6: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

6

pengajian tinggi untuk pelajar menyiapkan tugasan; serta 3) Berorientasikan khidmat untuk

kegunaan pelancong dari luar negara biasanya di lapangan terbang atau hotel-hotel. Walau

bagaimanapun, jika diselidiki tiada definisi jelas untuk kafe siber di Malaysia. Premis kafe siber

seolah-olah telah disamatarafkan sebagai pusat hiburan dan pusat perjudian. Difahamkan bahawa

permohonan lesen dan pembaharuan lesen kafe siber ini adalah di bawah pengurusan Majlis

Perbandaran.

Sejauh manakan penguatkuasaan polisi, prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi di

kalangan pengusaha premis kurang diketahui. Setakat ini jika terdapat penangkapan yang

dilaporkan, adalah melibatkan penggunaan perisian cetak rompak di premis tersebut. Sejauh

mana pemantauan kunjungan para pelajar sekolah, serta aktiviti yang wujud di premis itu kurang

diketahui. Masyarakat juga kurang memberikan perhatian serius kepada gejala sosial yang timbul

hasil daripada kewujudan kafe siber yang kurang bertanggungjawab ini. Perundangan siber

berkaitan kafe siber juga kurang diberikan perhatian. Keadaan ini amat berbeza di Barat, di mana

kumpulan NGO serius dalam memperjuangkan perbuatan salahguna oleh premis kafe siber ke

atas kalangan pengguna remaja khasnya.

Lanjutan dari isu-isu yang timbul berkaitan kafe siber dan remaja, kertas kerja ini

mencadangkan model kafe siber yang berteraskan pendidikan Islam yang disarankan untuk

dilaksanakan di masjid-masjid sebagai satu alternatif yang lebih positif. Usaha ini bukan sahaja

mendedahkan remaja kepada dunia ICT tetapi juga sebagai satu strategi untuk mendekatkan

mereka kepada masjid. Usaha ini juga membantu mengimarahkan masjid terutama dari kalangan

remaja yang begitu kurang bilangannya. Maka fungsi masjid yang bukan terhad hanya kepada

ibadah khusus tetapi juga sebagai pusat pendidikan komuniti sama ada fardu ain mahupun fardu

kifayah dapat dihidupkan. Satu pendekatan yang lebih mesra remaja boleh direalisasikan sebagai

satu tarikan untuk mereka ke masjid. Program-program khas perlu dijalankan untuk mentarbiyah

golongan ini khasnya dan masyarakat umumnya. Personel yang mempunyai kemahiran ICT juga

perlu diwujudkan bagi melaksanakan program ini.

Selari dengan hasrat itu, konsep pendidikan dalam Islam perlu menekankan penawar bagi

keruntuhan akhlak dengan menghubungkan makhluk dengan Allah serta mewujudkan

program-program tarbiyah bagi mengukuhkan iman, ruh dan akhlak yang selaras dengan

tuntutan agama. Penghalang kepada pendidikan golongan remaja ini sebenarnya berpunca dari

Page 7: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

7

ketiadaan falsafah atau ruh Islam yang jelas dalam program pendidikan mereka. Dengan nilai-

nilai agama inilah diharapkan akan menjadi benteng dan perisai mereka dari terlibat dengan

masalah sosial remaja yang semakin lama semakin tenat. Kafe siber adalah menjadi minat remaja

zaman kini yang perlu diambil sebagai satu peluang untuk mendekati mereka di samping

mentarbiyah mereka.

5.0 ZAWIYATUL SIBER : SUDUT SIBER@MASJID

Zawiyatul Siber atau sudut ICT di masjid disarankan untuk diwujudkan sebagai satu platfom

untuk mendidik remaja dalam masa yang sama menjadi daya tarik untuk mereka hadir ke masjid.

Langkah ini sebagai satu alternatif bagi kafe siber dalam mewujudkan persekitaran (bi’ah)

solehah dalam pendidikan mereka khususnya dalam penggunaaan ICT.

Masjid sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah adalah merupakan

institusi pendidikan masyarakat yang tidak terbatas kepada ibadah khusus semata-mata. Pada

zaman Nabi , masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentarbiyahan, pusat komuniti

malahan menjadi pusat latihan ketenteraan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, institusi

masjid perlulah “mesra remaja” agar golongan remaja berminat untuk pergi ke masjid bukan

setakat seminggu sekali pada setiap hari Jumaat.

5.1 Sistem Pengurusan Zawiyatul Siber (SPZS)

Ariffin Abdul Mutalin et al. (2009), telah mencadangkan satu model Sistem Pengurusan

Zawiyatul Siber (SPZS) yang mempunyai beberapa fungsi utama iaitu :

Jaduan 1: Komponen Sistem Pengurusan Zawiyataul Siber (Ariffin et al. 2009).

KOMPONEN KETERANGAN

Pengurusan ZS

Digunakan untuk menguruskan tempahan

komputer yang akan digunakan.

Masa dan kos yang terlibat boleh dipantau.

Page 8: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

8

Komputer akan tidak aktif selepas tempoh tamat.

Jana laporan berkala berkaitan penggunaan ZS

Pemantauan ZS

Perisian untuk memantau aktiviti dan penggunaan

Internet di kalangan pengguna ZS seperti laman

web yang dilawati dan rakan-rakan sembang

online.

Perisian yang boleh memantau penggunaan emel.

Perisian yang boleh menapis dan menghalang

muat turun bahan yang sensitif atau lucah.

Auto Rehat

Perisian yang boleh diset supaya komputer

berehat beberapa minit sebelum azan waktu solat

fardhu. Sistem ZS akan disambung semula secara

automatik setelah solat dijangka selesai.

Latihan IT Perisian E-latihan untuk pendidikan penggunaan

Internet yang selamat dan beretika.

Keselamatan

Komputer

Mekanisme pencegahan dan rawatan dari

serangan virus, pencerobohan dan keselamatan

komputer.

Sehubungan dengan itu, SPZS ini telah mula dibangunkan peringkat demi peringkat. Fasa

pertama adalah untuk melihat dari keperluan infrastruktur. Kajian ini dijalankan di makmal

Fakulti Sains dan Teknologi, USIM. Keperluan rangkaian dan perkakasan seperti server dan

workstation telah dikenal pasti. Sistem pengoperasian berasaskan sumber terbuka (Open source)

Linux iaiatu UBuntu telah dipilih untuk digunakan sebagai platform. Di Indonesia, di kalangan

golongan penggemar Linux menggelarkannya “OS halaalan toyyiban”. Tiada isu cetak rompak

dalam penggunaannya kerana boleh diperolehi secara percuma. Salah satu aplikasi Islamik yang

menjadikan model rujukan adalah aplikasi Linux Sabily. Rajah 1 sehingga Rajah 10 dalam

bahagian seterusnya menunjukkan contoh antara muka Linux Sabily yang memperlihatkan

persekitaran Islamik.

Page 9: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

9

5.2 Contoh Antara Muka (Interface) Linux Sabily

Paparan berikut memberikan beberapa contoh interface perisian yang dibangunkan itu.

Rajah 1 : Paparan loading masuk utama

Rajah 2 : Paparan ayat 108, Surah Yusuf yang menyebut perkataan „Sabili‟ bermaksud „Jalanku‟

Page 10: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

10

Rajah 3 : Paparan login masuk

Rajah 4 : Paparan desktop yang boleh diubahsuai dan zikrullah pada aksara tetikus

Page 11: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

11

Rajah 5 : Paparan perisian Zekr untuk bacaan al-Quran

Rajah 6 : Paparan perisian Zekr untuk bacaan tafsir al-Quran

Paparan zikrullah pada aksara

tetikus yang akan muncul semasa

arahan sedang diproses oleh

komputer

Page 12: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

12

Rajah 6 : Paparan perisian „Minbar‟ untuk waktu solat dan arah kiblat mengikut kawasan tertentu

Rajah 7 : Paparan kalendar Islam

Paparan peringatan kepada Allah

untuk pengguna yang akan

muncul pada masa-masa tertentu.

Page 13: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

13

Rajah 8 : Paparan perisian „Fsool‟ untuk mempelajari sirah Rasulullah

Rajah 9: Paparan pengurusan fail seperti system operasi Microsoft Windows

Page 14: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

14

Rajah 10: Paparan khidmat sokongan sekiranya pengguna memerlukan bantuan dan pertanyaan

Fasa seterusnya aplikasi bagi memantau pelayaran laman web akan dibina bagi

mengawasi dan menapis penggunaan laman Web yang tidak sesuai seperti laman Web berunsur

lucah. Satu aplikasi untuk memantau penggunaan Internet di kalangan pengguna juga akan

dimasukkan dalam SPZS ini. Di samping pengawalan penggunaan yang diaktifkan dan

direhatkan secara automatik mengikut waktu solat juga akan dibina. Asas persekitaran SPZS ini

seterusnya boleh digunakan untuk membangunkan kandungan yang bersesuaian.

Page 15: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

15

6.0 KESIMPULAN

Remaja perlu diberikan alternatif dalam proses pentarbiyahan mereka. Jiwa mereka perlu

difahami agar penyampaian dakwah berjalan dengan lancar. Dalam hal ini, institusi masjid perlu

didekatkan dengan jiwa mereka. Justeru, persekitaran masjid perlulah mesra remaja dan kanak-

kanak.

Adalah diharapkan model SPZS ini dapat digunakan sebagai satu model kafe siber

Muslim yang menekankan kepada tarbiyah, ta’dib dan ta‘lim bertepatan dengan aspek

pendidikan Islam untuk diterapkan dalam penggunaan ICT agar menjadi satu ibadah yang diredai

Allah bukan mengundang kemurkaan-Nya.

Penghargaan

Penulis ingin meyatakan penghargaan dan terima kasih di atas segala pandangan dan input serta

sokongan terutamanya Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, USIM, Pengarah Pusat Teknologi

Maklumat, USIM, Juruteknik Makmal Komputer Nur Nadia Elma, saudara Meor Bu, pelajar

tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer yang terlibat dengan projek ini secara langsung

iaitu Yahya Sjarony dan Wab Marzuki. Semoga usaha ini diberkati.

7.0 BIBLIOGRAFI

Al-Quran al-Karim

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (1400H). Sahih al-Bukhari. Kaherah: al-Maktabah al-

Salafiyah. c.1.

Abd. Hamid, M.A., Suratman, A. S. & Othman, M. F. (2001). Senario Pendidikan Moral

Masyarakat Melayu Zaman Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT): Trend, Hala tuju dan

Model Pendidikan Moral Keluarga Islam. Jurnal teknologi, 35(e) Dis. 2001: 45–70.

Abu Bakar, A. B. (2007). Information and Communication Technology Skills and Mosque

Administrators. In Abrizah Abdullah, et al. (Eds.): ICOLIS 2007, Kuala Lumpur: LISU,

FCSIT, 2007:pp 313-318.

Ahmad, J., Ahmad, S., Ab. Majid, M. & Wahid, H. (2009).Dana dan Harta Masjid di Malaysia:

Ke arah Pengurusan Strategik. Akses pada 29hb Mei, 2009 di

pkukmweb.ukm.my/~ekonis/BI/ proceeding.html .

Page 16: ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID

16

Atan, M. A. (2009) .Pengurusan Masjid : Pengalaman Republik Singapura. Akses pada 29hb

Mei, 2009 di static.scribd.com/docs/2ot21r5rphyxf.pdf .

Furuholt, B. & Kristiansen, S. (2007). Internet Cafés in Asia and Africa –Venues for Education

and Learning? [Online] The Journal of Community Informatics, Vol 3, No 2.

Furuholt, B., Kristiansen, S., & Wahid, F. (2005). Information Disemmination in a Developing

Society: Internet Kafe Users in Indonesia. The Electronic Journal on Information Systems

in Developing Countries. Vol 22 (3). Ms 1-16.

Zakiyah Jamaluddin (2008). Kemudahan Kafe Siber dan Penularan Salah Laku Remaja. In the

Proceedings of The 6th International Malaysian Studies Conference (MSC6), Kucing

Sarawak. 5-7 Ogos.

Junaini, S.N. & Kadikon, S. (2008). Isu dan Cabaran dalam Memperkasakan Ummah melalui

ICT. In the Proceedings of InSIST 2008, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Wahid1, F. (2008). Pemberdayaan Pendidikan Islam Merespon Perkembangan Teknologi

Informasi. El-Tarbawi Jurnal pendidikan Islam. Vol 1 (1) pp 71-82

Wishart, J. (2004).Internet safety in emerging educational contexts. Journal of Computers &

Education 43 ms 193–204.

Azizi Yahaya. & Nalini a/p Madavan (2007). Faktor-Faktor Lepak dan Hubungan Keibubapaan

di Kalangan Pelajar Remaja di Sekolah Menengah di Empat Buah Negeri. Akses pada 2

Jun, 2009 di eprints.utm.my/3864/1/Azizi_lepak.pdf.

Ariffin Abdul Mutalib, Norita Md Norwawi, Siti Norezam Othman, Nadiyah Eliyas (2009).

Zawiyatul Siber: Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengimarahan Masjid.

Seminar Pengurusan Masjud Peringkat ASEAN. Julai. Universiti Utara Malaysia.