isu-isu dalam pengajaran bentuk 2d dan 3d

3
Nama : Ina Rosyaida bt Yahya Norazirah bt Ajali Nur Hidayah bt Dani Unit : PISMP Matematik Januari 2011 TUTORIAL 2 (SOALAN 1) 1) Isu-isu dalam pengajaran topik 2D. i) Apakah kesalahan atau kesilapan dan salah tanggapan yang sering dilakukan oleh murid? - Kekeliruan tentang ciri-ciri bentuk 2D. Murid akan menghadapi masalah untuk membezakan antara bucu dan sisi sekiranya guru tidak memberikan maksud yang jelas bagi kedua-dua istilah tersebut. Hal ini akan menyebabkan murid sukar mengenal pasti ciri-ciri bentuk yang diberikan. - Kesilapan dalam mengenal pasti bilangan paksi simetri. Murid sukar untuk menentukan bilangan paksi simetri bagi sesuatu bentuk disebabkan kurangnya daya imiginasi. Hal ini juga boleh terjadi jika murid tidak faham maksud paksi simetri. Kedua-dua perkara ini akan menyebabkan murid gagal mencari bilangan paksi simetri dengan tepat. Contohnya: Bagi bentuk segi empat sama, sebilangan murid-murid akan mengatakan bahawa bentuk ini mempunyai 2 paksi simetri iaitu, bahagian tengah menegak dan tengah melintang. Sebenarnya, bentuk ini mempunyai 4 paksi simetri iaitu pada bahagian tengah menegak dan melintang dan juga pada dua bahagian pepenjuru. - Menganggap bentuk 2D hanya terdiri daripada bentuk-bentuk yang mempunyai sisi lurus sahaja. Murid sering kali beranggapan bahawa bentuk 2D ialah bentuk yang mempunyai garis lurus. Mereka sering menganggap bentuk-bentuk seperti bulatan, bujur dan separuh bulatan bukan terdiri daripada kumpulan bentuk 2D. Hal ini terjadi kerana apabila murid melihat bentuk bulatan contohnya, murid tidak dapat mengenal pasti bilangan sisi malah ada yang menganggapnya tidak mempunyai sisi. Maka disebabkan itu mereka meminggirkan bentuk-bentuk yang mempunyai sisi melengkung. -Menganggap bahawa bentuk 2D hanya bentuk yang mempunyai nama yang berdasarkan bilangan sisinya. Contohnya: Murid tidak menganggap bentuk bulan sabit sebagai bentuk 2D kerana tidak ada nama tertentu yang diberikan sedangkan murid seharusnya dapat

Upload: ina-rosyaida-yahya

Post on 26-Oct-2015

504 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

MTE 3111

TRANSCRIPT

Page 1: Isu-isu dalam Pengajaran Bentuk 2D dan 3D

Nama : Ina Rosyaida bt Yahya

Norazirah bt Ajali

Nur Hidayah bt Dani

Unit : PISMP Matematik Januari 2011

TUTORIAL 2 (SOALAN 1)

1) Isu-isu dalam pengajaran topik 2D.

i) Apakah kesalahan atau kesilapan dan salah tanggapan yang sering dilakukan oleh

murid?

- Kekeliruan tentang ciri-ciri bentuk 2D.

Murid akan menghadapi masalah untuk membezakan antara bucu dan sisi sekiranya

guru tidak memberikan maksud yang jelas bagi kedua-dua istilah tersebut. Hal ini

akan menyebabkan murid sukar mengenal pasti ciri-ciri bentuk yang diberikan.

- Kesilapan dalam mengenal pasti bilangan paksi simetri.

Murid sukar untuk menentukan bilangan paksi simetri bagi sesuatu bentuk

disebabkan kurangnya daya imiginasi.

Hal ini juga boleh terjadi jika murid tidak faham maksud paksi simetri.

Kedua-dua perkara ini akan menyebabkan murid gagal mencari bilangan paksi

simetri dengan tepat.

Contohnya: Bagi bentuk segi empat sama, sebilangan murid-murid akan

mengatakan bahawa bentuk ini mempunyai 2 paksi simetri iaitu, bahagian tengah

menegak dan tengah melintang. Sebenarnya, bentuk ini mempunyai 4 paksi simetri

iaitu pada bahagian tengah menegak dan melintang dan juga pada dua bahagian

pepenjuru.

- Menganggap bentuk 2D hanya terdiri daripada bentuk-bentuk yang mempunyai sisi lurus

sahaja.

Murid sering kali beranggapan bahawa bentuk 2D ialah bentuk yang mempunyai

garis lurus. Mereka sering menganggap bentuk-bentuk seperti bulatan, bujur dan

separuh bulatan bukan terdiri daripada kumpulan bentuk 2D.

Hal ini terjadi kerana apabila murid melihat bentuk bulatan contohnya, murid tidak

dapat mengenal pasti bilangan sisi malah ada yang menganggapnya tidak

mempunyai sisi. Maka disebabkan itu mereka meminggirkan bentuk-bentuk yang

mempunyai sisi melengkung.

-Menganggap bahawa bentuk 2D hanya bentuk yang mempunyai nama yang berdasarkan

bilangan sisinya.

Contohnya: Murid tidak menganggap bentuk bulan sabit sebagai bentuk 2D kerana

tidak ada nama tertentu yang diberikan sedangkan murid seharusnya dapat

Page 2: Isu-isu dalam Pengajaran Bentuk 2D dan 3D

mengenal pasti bentuk tersebut adalah bentuk 2D apabila ia mempunyai sisi, bentuk

tertutup dan mempunyai ruang.

Murid juga sering beranggapan bahawa bintang bukan bentuk 2D kerana bintang

mempunyai bentuk yang berlainan dengan bentuk-bentuk lain, contohnya ia

mempunyai bucu ke dalam dan ke luar. Sedangkan bintang juga merupakan bentuk

2D kerana mempunyai sisi, tertutup dan mempunyai ruang. Ia juga mempunyai 10

sisi dan boleh dinamakan sebagai dekagon tidak sekata.

Page 3: Isu-isu dalam Pengajaran Bentuk 2D dan 3D

ii) Kesukaran yang dihadapi oleh murid semasa mempelajari topik ini?

- Kesukaran untuk membezakan nama-nama bentuk dalam kumpulan yang sama.

Contohnya: Murid sukar untuk membezakan antara segi empat sama dengan segi

empat tepat disebabkan bentuknya yang hampir serupa dan hanya dibezakan

dengan panjang setiap sisi. Istilah yang digunakan boleh membuatkan murid keliru.

Contohnya: Murid sukar membezakan antara bentuk segi tiga yang berbeza. Ia boleh

berlaku disebabkan murid tidak faham maksud “sama kaki”, “sama sisi” atau

“bersudut tegak”.

- Kesukaran untuk mengenal pasti bentuk dan nama poligon yang bersisi 4 dan ke atas.

Contoh poligon bersisi 4: Kesukaran untuk mengenal pasti nama poligon adalah

disebabkan ia mempunyai ciri asas yang sama iaitu mempunyai 4 sisi. Murid

mungkin keliru dalam menamakan poligon-poligon tersebut dan ia akan berlaku

apabila murid tidak mengetahui ciri-ciri bagi setiap bentuk. Contohnya, murid sukar

untuk menentukan sama ada bentuk tersebut adalah rombus ataupun segi empat

sama. Murid perlu mengetahui ciri-ciri setiap bentuk untuk membezakannya.

Contoh poligon bersisi lebih daripada 4: Murid sukar untuk menamakan poligon yang

mempunyai sisi lebih daripada 4 kerana ia mempunyai nama tersendiri dan tidak lagi

disebut sebagai “segi lima”, “segi enam” dan sebagainya. Murid perlu mengingati

nama setiap bentuk berdasarkan cirinya seperti poligon bersisi lima sebagai “penta”.

- Kesukaran untuk mengenal pasti nama suatu bentuk apabila ia berada dalam bentuk tidak

sekata.

Murid sering kali mengenal pasti nama bentuk berdasarkan bentuk yang dilihat

terlebih dahulu dan bukannya berdasarkan ciri-ciri bentuk tersebut.

Justeru, apabila melibatkan bentuk-bentuk yang tidak sekata, murid sukar untuk

menamakannya. Contohnya: Murid mengenali benuk pentagon seperti (a), dan

apabila ditunjukkan bentuk seperti (b) murid sukar untuk menamakannya dan

mengambil masa untuk mengenal pasti ciri-cirinya terlebih dahulu. Lebih sukar jika

murid tidak tahu perkaitan antara ciri-ciri dengan nama bentuk seperti “lima sisi”

bermaksud “pentagon”.

(a) (b)