isu etika dalam penyelidikan kualitatif

Upload: zaruleliza

Post on 08-Jan-2016

867 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

etika dalam penyelidikan

TRANSCRIPT

  • ISU ETIKA DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF

  • PENGENALANPerkataan etika berasal daripada perkataan Greek Ethos yang bermaksud budi pekerti yang lazim dipadankan dengan kajian sistematik berkenaan konsep nilai baik, tidak baik, betul dan salah. Etika sangat penting dalam kehidupan seharian kerana ia berhubung rapat dengan perlakuan manusia sama ada baik atau buruk.

  • ISU ETIKAIsu penipuanPersoalan penipuan ini timbul apabila tujuan kajian tidak diberitahu kepada subjek. Keadaan ini akan mengakibatkan persoalan lain yang timbul contohnya subjek tidak didedahkan kepada bahaya yang akan timbul semasa proses penyelidikan.

  • Ketepatan tafsiran

    Tafsiran yang dibuat mestilah mempunyai ketepatan, betul dan berkesan. Ini bermaksud setiap penemuan yang dijangka ataupun tidak dijangka perlu dilaporkan bagi mengelakkan sebarang kes kesalahan tafsiran dan hasil kajian perlu direkodkan dan prosedur yang digunakan mestilah sistematik.

  • Tidak melanggar nilai-nilai sejagat

    Kajian yang dijalankan berperanan memajukan pengetahuan demi kepentingan manusia dan tidak melanggar norma-norma masyarakat. Kajian yang dianggap sebagai tidak beretika adalah kajian yang menghancurkan nilai sesuatu masyarakat. Penyelidik tidak boleh mengemukakan soalan yang sensitif kepada responden kerana ia boleh menimbulkan konflik dan ketidakselesaan kepada responden.

  • Peniruan kajian lepas tanpa pengiktirafan

    Dalam membuat kajian seorang pengkaji dikatakan tidak beretika apabila penemuan kajian ditiru daripada pengkaji lain. Bahan pengkaji lain tidak boleh ditiru sebaliknya pengkaji harus menyertakan sumber rujukan yang lengkap. Hasil kajian yang dibuat hendaklah mempunyai keaslian supaya dapat membuat penyelidikan yang berkualiti sebagai panduan sejagat.

  • Memelihara hak kerahsiaan dan dignity responden

    Reka bentuk yang digunakan dalam penyelidikan mesti menghormati dan memelihara kerahsiaan dan maruah responden. Perbuatan yang tidak beretika dalam penyelidikan ini adalah seperti subjek didedahkan kepada sebarang ancaman ke atas maruah mereka.

  • Menghormati jawapan respondenPara responden mengharapkan jawapan-jawapan mereka dihormati dan tidak dikiritik oleh seseorang penemubual yang kreatif. Sebaliknya penyelidik harus memahami keadaan ini dan cuba member perhatian dan peluang kepada responden meluahkan isi hati dalam soal selidik. Ini bersesuaian dengan etika penyelidikan di mana penyelidik memberi ruang kepada responden dan tidak mengganggu responden ketika bercakap dan memberi komen.

  • Bersifat jujur walaupun menghadapi kesukaran dalam penyelidikan

    Terdapat kes-kes yang mana penyelidik menghadapi kesukaran menemubual responden kerana sebab-sebab bahasa, budaya ataupun tidak mahu bekerjasama. Apabila berlaku keadaan sebegini, penyelidik merasakan tidak mampu berurusan lagi dengan responden maka penyelidik tidak perlu meneruskan temu bual.

  • KESIMPULANEtika yang perlu dipatuhi dalam penyelidikan adalah garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap penyelidik setiap kali menjalankan kajian. Dalam penyelidikan etika dapat membantu penyelidik dan juga responden memainkan peranan masing-masing dalam menanyakan soalan-soalan bagi pihak penyelidik dan kebebasan bersuara dan meluahkan rasa hati, cadangan dan maklumat bagi pihak responden. Justeru, isu yang berkaitan etika ialah kejujuran pengkaji.