isu etika ahli sains

4
ISU ETIKA AHLI SAINS Walaupun pada zahirnya ahli sains bebas menjalankan sebarang penyelidikan mengikut minat dan kehendak mereka, hakikatnya mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang tersurat atau yang tersirat. Mereka sedar terhadap norma-norma yang harus dipatuhi. Berikut adalah antara norma-norma menjadi panduan kepada ahli sains: KEMASYARAKATAN Sains ialah pengetahuan yang harus dikongsi oleh masyarakat umum. Ini menegaskan bahawa dapatan sains tidak seharusnya menjadi milik ahli sains individu sahaja. Dapatan sains hendaklah dikomunikasikan secepat mungkin kepada masyarakat umum dan ahli sains yang lain. KESEJAGATAN Sains menegaskan bahawa setiap dapatan hendaklah diberi wajaran berdasarkan kepada nilai intrinsiknya tanpa mengira kewarganegaraan, bangsa, agama, warna kulit, jantina, umur atau kedudukan orang yang menemui dapatan tersebut. KEPENTINGAN ILMU DAN UMMAH Sains diterokai untuk tujuan perkembangan sains itu sendiri dengan hasrat untuk memakmurkan ummah. Ini bererti ahli sains hendaklah melakukan penyelidikan mereka dan mempersembahkan dapatan mereka tanpa motif yang tersembunyi. Adakah norma ini dipatuhi oleh ahli sains hari ini? KEASLIAN Sains mengutamaan kajian dan penemuan baru. Kajian yang tidak menghasilkan dapatan yang baru tidak memberi sumbangan yang bermakna kepada sains. KESANGSIAN Ahli sains sentiasa menganalisis secara mendalam untuk mencari kemungkinan wujudnya kesilapan atau ketidaksahihan sebelum menerima sesuatu kenyataan atau pendapat. http://dukeamienerev.blogspot.com

Upload: yunohu

Post on 25-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

momodelinainverse

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Etika Ahli Sains

ISU ETIKA AHLI SAINS

Walaupun pada zahirnya ahli sains bebas menjalankan sebarang penyelidikan mengikut minat dan kehendak mereka, hakikatnya mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang tersurat atau yang tersirat. Mereka sedar terhadap norma-norma yang harus dipatuhi. Berikut adalah antara norma-norma menjadi panduan kepada ahli sains: 

KEMASYARAKATAN 

Sains ialah pengetahuan yang harus dikongsi oleh masyarakat umum. Ini menegaskan bahawa dapatan sains tidak seharusnya menjadi milik ahli sains individu sahaja. Dapatan sains hendaklah dikomunikasikan secepat mungkin kepada masyarakat umum dan ahli sains yang lain. 

KESEJAGATAN 

Sains menegaskan bahawa setiap dapatan hendaklah diberi wajaran berdasarkan kepada nilai intrinsiknya tanpa mengira kewarganegaraan, bangsa, agama, warna kulit, jantina, umur atau kedudukan orang yang menemui dapatan tersebut. 

KEPENTINGAN ILMU DAN UMMAH 

Sains diterokai untuk tujuan perkembangan sains itu sendiri dengan hasrat untuk memakmurkan ummah. Ini bererti ahli sains hendaklah melakukan penyelidikan mereka dan mempersembahkan dapatan mereka tanpa motif yang tersembunyi. Adakah norma ini dipatuhi oleh ahli sains hari ini? 

KEASLIAN 

Sains mengutamaan kajian dan penemuan baru. Kajian yang tidak menghasilkan dapatan yang baru tidak memberi sumbangan yang bermakna kepada sains. 

KESANGSIAN 

Ahli sains sentiasa menganalisis secara mendalam untuk mencari kemungkinan wujudnya kesilapan atau ketidaksahihan sebelum menerima sesuatu kenyataan atau pendapat.

http://dukeamienerev.blogspot.com

Etika Dalam sains

Page 2: Isu Etika Ahli Sains

Etika dalam penyelidikan sains berkaitan rapat dengan pemikiran Barat terhadap

sains dan peranannya untuk menolong manusia memahami dunia di sekeliling

mereka. Etika dalam sains berasaskan kepada satu falsafaah teras , iaitu kaedah

kajian sistematik yang menggunakan sukatan mutlak. Falsafah ini menganggap

bahawa semua perkara mampu dikaji oleh manusia menggunakan sukatan mutlak.

Untuk membolehkan pengetahuan sains terus berkembang , etika dalam

penyelidikan sains tertumpu kepada kaedah-kaedah dalam sesuatu kajian tersebut.

Semua kajian perlu dijalankan di dalam keadaan yang terkawal. Seorang pengkaji

mempunyai satu idea bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dan membuat kajian

untuk membuktikan sama ada idea tersebut

 ( dikenali dengan nama hipotisis) benar atau tidak.

Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajian-kajian

tersebut berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil

penyelidikan itu. 

Kerjasama Ke Arah Minat Sains Yang Mendalam

Azrina Binti SobianFellow

21/10/2011 | Utusan Malaysia

Jika membaca akhbar-akhbar utama negara, berita-berita tentang bajet 2012 dan PRU 13 merupakan antara berita yang mendapat perhatian. Apakan tidak, kedua-duanya, secara langsung atau tidak amat berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Namun, mari kita berehat sebentar dan alihkan perhatian terhadap perbincangan yang lain pula.

Perbincangan yang dimaksudkan ialah tentang dunia sains, yang sebenarnya penting tetapi kelihatan amat terasing dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Perhatikan sekeliling. Bila bercakap tentang bajet mahupun PRU, semua orang merasakan diri mereka layak dan boleh berbicara tentang dua isu tersebut tetapi bila bercakap tentang dunia sains, ramai yang berasakan bahawa biarlah pihak pakar sahaja yang menguruskannya. Ini satu cara berfikir yang salah kerana peranan ahli masyarakat sebenarnya penting dalam usaha melonjakkan dunia sains negara ke arah kejayaan dan dalam masa yang sama dapat dipastikan bahawa aktiviti sains berjalan pada landasan yang benar.

Dalam sebuah buku bertajuk "Science and Ethics" yang ditulis oleh Bernard E. Rollin, seorang Profesor dalam bidang veterinar dan kini memberi tumpuan terhadap persoalan nilai dan etika dalam dunia sains, terdapat beberapa perkara menarik yang boleh dikongsikan bersama.

Di dalam buku ini dinyatakan bahawa satu ketika dahulu, dunia sains merupakan satu dunia yang hebat dan dikagumi di Barat. Maka, tidak hairanlah, kita melihat ada kumpulan yang menganggap sains sebagai satu "agama" baharu. Namun, kehebatan dunia sains itu semakin terhakis dan tercemar. Menurut Rollin, hal ini berlaku kerana pengabaian terhadap aspek-aspek nilai dan etika dalam sains. Beliau merujuk contoh permasalahan alam sekitar kini sebagai sebahagian daripada pengabaian terhadap nilai dan etika sains.

Page 3: Isu Etika Ahli Sains

Oleh sebab itu, Rollin menyeru ahli sains kembali kepada nilai dan etika kerana dengan cara ini, bukan sahaja dapat mengelakkan salah laku dalam kegiatan sains tetapi dalam masa yang sama dapat mengembalikan kepercayaan dan minat masyarakat terhadap sains. Katanya, jika ahli sains tidak cuba membincangkan serta melibatkan nilai dan etika dalam kegiatan sainsnya, maka persoalan itu akan dibincangkan oleh "orang lain" yang bukan pakar dalam sains. Perbincangan oleh orang lain ini akan hanya memburukkan keadaan, iaitu melemahkan imej sains dan saintis. Antara "orang lain" yang dimaksudkan Rollin ialah golongan agama.

Dalam masa yang sama, Rollin melihat bahawa ahli sains perlu bergaul dengan pakar-pakar atau individu-individu dari pelbagai bidang lain. Ini kerana kesepaduan pelbagai pakar atau ahli dalam pelbagai bidang boleh membentuk aspek "check and balance" dalam kegiatan sains. Hal ini perlu kerana bagi Rollin, saintis kadang kala gagal melihat sesuatu perkara atau kegiatannya dari sudut etika, maka kumpulan dalam bidang lain itu akan bertindak sebagai "tukang tegur."

Berdasarkan penerangan di atas, elok juga kita lihat perbincangan Rollin ini dalam konteks negara kita Malaysia. Secara umumnya, penulis tidak nampak masyarakat Malaysia hilang keyakinan terhadap sains dan saintis. Ini kerana, pada asalnya pun, masyarakat Malaysia seakan tidak peduli akan sains dan apa yang dilakukan oleh saintis. Antara masyarakat dan dunia sains di Malaysia seolah-olah ada satu jurang. Malah boleh dikatakan bahawa masyarakat tidak tahu (dan mungkin tidak peduli) apa yang dilakukan saintis. Jika ini diterima maka persoalan hilang keyakinan sebenarnya tidak wujud langsung.

Namun, dari satu sudut yang lain, banyak perkara yang berlaku di sekeliling masyarakat memerlukan penjelasan dan penyelesaian dari sudut sains. Malah, jika dilihat dalam konteks masyarakat Muslim di Malaysia, penjelasan dan penyelesaian sains demi kelangsungan dan kelancaran hidup masyarakat Muslim, adalah amat diperlukan.

Pada masa kini, dengan perkembangan sains dan teknologi yang pesat, penjelasan dan penyelesaian sains dalam aspek-aspek pemakanan dan perubatan amat diperlukan. Misalnya, isu makanan ubahsuai genetik, biofarmaseutikal, pendermaan organ, kesan merokok, pengklonan, bank genetik, kaedah persenyawaaan tiruan dan yang terbaharu Bank Susu Ibu, semuanya memerlukan penjelasan dan penyelesaian sains. Penjelasan dan penyelesaian sains ini pula tidak seharusnya berdiri sendiri tetapi perlu dibantu dari sudut syariah Islam. Dengan itu, peranan ahli agama amat diperlukan.

Oleh itu, dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, golongan agamawan tidak boleh dianggap sebagai "memburukkan keadaan" seperti mana yang dijelaskan di atas. Sewajarnya, golongan ini dianggap sebagai pelengkap kepada kegiatan dan dunia sains demi kesejahteraan umat Islam di Malaysia. Malah, golongan saintis seharusnya melihat golongan agama sebagai salah satu "rakan pergaulan dari pelbagai bidang" seperti mana yang disarankan Rollin tadi.

Dalam hal ini, kerjasama saintis dan ahli-ahli dalam pelbagai bidang bukan bersifat "sekali sekali." Malah, sewajarnya menjadi satu budaya dalam masyarakat kita, saintis dan ahli-ahli dalam pelbagai bidang berbincang dan berdebat tentang pelbagai persoalan sains pada setiap masa. Walaupun ini agak sukar dilakukan namun jaringan hubungan seperti ini wajar diusahakan, sama ada dalam keadaan yang formal mahupun tidak formal.

Akhirnya, kesepaduan seperti ini akan memberi manfaat yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi menyelesaikan masalah sains yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat Muslim. Di Malaysia, terdapat pelbagai isu berkaitan sains yang memerlukan pandangan dan penyelesaian dari sudut syariah Islam, misalnya dalam bentuk fatwa. Pada ketika ini, masyarakat bukan sahaja perlu mematuhi apa-apa fatwa yang dikeluarkan tetapi dalam masa yang sama memahami sebab-sebab fatwa tersebut dikeluarkan dan kesannya dalam kehidupan mereka.

Bukan itu sahaja, dengan perkembangan pesat dunia sains dan teknologi masa kini, perbincangan, penjelasan dan penyelesaian dari sudut sains dan syariah Islam dapat digerakkan secara bersepadu dan segera jika wujudnya kerjasama yang baik antara saintis, golongan agama dan pakar-pakar dalam bidang lain seperti sosial, ekonomi, budaya dan sebagainya.

Page 4: Isu Etika Ahli Sains