isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

30
135 KESULTANAN MELAYU DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA Oleh: Dr. Mohd Roslan Bin Mohd Nor Ruzanah Binti Mohd Rozi ** PENGENALAN Hubungan antarabangsa dalam institusi kesultanan Melayu bermula bilamana berlakunya pelepasan negeri-negeri yang berada di bawah penaklukan Srivijaya pada abad keempat belas. Institusi Kesultanan Melayu yang merangkumi beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Brunei dibina sebagai tanda kedaulatan dan kekuasaan negara mereka. Untuk mengukuhkan lagi kedudukan institusi kesultanan Melayu ini, jalinan hubungan antarabangsa dimeterai antara kesultanan Penulis merupakan Profesor Madya di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau turut menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected]. ** Penulis merupakan calon sarjana Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected].

Upload: votuyen

Post on 05-Feb-2017

284 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

135

KESULTANAN MELAYU

DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

Oleh:

Dr. Mohd Roslan Bin Mohd Nor

Ruzanah Binti Mohd Rozi**

PENGENALAN

Hubungan antarabangsa dalam institusi kesultanan Melayu

bermula bilamana berlakunya pelepasan negeri-negeri yang

berada di bawah penaklukan Srivijaya pada abad keempat belas.

Institusi Kesultanan Melayu yang merangkumi beberapa kawasan

di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Brunei dibina

sebagai tanda kedaulatan dan kekuasaan negara mereka. Untuk

mengukuhkan lagi kedudukan institusi kesultanan Melayu ini,

jalinan hubungan antarabangsa dimeterai antara kesultanan

Penulis merupakan Profesor Madya di Jabatan Sejarah dan Tamadun

Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau turut

menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan

Pembangunan), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau

boleh dihubungi melalui [email protected]. ** Penulis merupakan calon sarjana Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi

melalui [email protected].

Page 2: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

136

Melayu dengan negara-negara luar bagi memberi jaminan

kedaulatan kepada sesebuah negeri. Bertitik-tolak dari

kepentingan ini, institusi kesultanan Melayu melihat wujudnya

peluang untuk membantu kesultanan Melayu meningkatkan taraf

sosial penduduk tempatan seperti menampung kekurangan bahan

mentah yang terdapat di dalam negeri sekali gus mengukuhkan

sosio politik dan ekonomi tempatan.1 Di sini, peranan sultan

terhadap hubungan antarabangsa jelas ternyata bilamana

hubungan antarabangsa menjadi dasar utama kepada

penggubalan dasar luar dan diplomasi negeri dalam institusi

kesultanan yang ada di Nusantara.

EMPAYAR MELAYU SEBELUM ERA KESULTANAN MELAYU

DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA.

Penaklukan Srivijaya ke atas Malayu (Jambi) telah memperluaskan

kuasa pentadbiran Srivijaya di rantau Melayu sehingga berhasil

menjadikan Srivijaya sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai

kelestarian kuasa yang masyhur di Asia Tenggara. Penguasaan

kerajaan Srivijaya terhadap hampir keseluruhan kawasan di

Kepulauan Melayu telah membolehkan kerajaan ini menjalin

hubungan antarabangsa dengan kerajaan luar. Kedudukan

geografi kerajaan Srivijaya di Asia Tenggara telah menjadikan

Kepulauan Melayu sebagai pusat perdagangan antarabangsa

seawal abad ketujuh. Perkara ini dapat dilihat menerusi

pelabuhan-pelabuhan yang wujud di tenggara Sumatera yang

telah memainkan peranan penting kepada aktiviti pelayaran

antara lautan dengan menjadi tumpuan kepada para pedagang

untuk melakukan aktiviti pemindahan barangan dagangan. Tidak

hanya itu, pelabuhan-pelabuhan ini turut menjadi tempat untuk

1 Mazlan Zulkifly, “Dasar Luar Singapura (1965-1992)”, Disertasi Sarjana,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999), 3.

Page 3: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

137

para pedagang menginap, memasarkan produk dagangan dan

membaik-pulih kapal.2

Tambahan pula, keupayaan kerajaan Srivijaya dalam

menyediakan bekalan hasil tempatan untuk memenuhi pasaran

sendiri dan pasaran perdagangan China telah membolehkan

kerajaan Srivijaya menguasai laluan perdagangan antarabangsa di

semua pelabuhan Sumatera dan kepulauan Riau-Lingga. Dengan

menjalin hubungan erat antara kerajaan Srivijaya dengan orang

Laut atau diistilahkan juga sebagai “orang selat”, Kerajaan

Srivijaya mampu mengawal aktiviti kapal perdagangan di segala

rantau gugusan kepulauan Melayu.3 Sokongan padu yang

diterima dari pihak penguasa pelabuhan di sepanjang pantai

Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang mengakui dan

menerima kekuasaan Sirivijaya sebagai pusat pentadbiran telah

membawa keuntungan kepada kerajaan Srivijaya.4

Selain itu, Kerajaan Srivijaya ini juga berhasil menjadikan

Kepulauan Melayu sebagai pusat penyebaran agama dan budaya

bilamana pengaruh budaya Hindu beraliran Brahma di

laksanakan di Srivijaya.5 Namun, pegangan agama ini berubah

bilamana Srivijaya berpindah ke Malayu (Jambi), ajaran

Buddhisme Mahayana disebarkan sehingga berhasil

mengembangkan ideologi tersebut dan berjaya memasuki Selat

Melaka. Keunggulan pentadbiran kerajaan Srivijaya ini telah

menjulang kedudukan Maharaja Srivijaya sehingga ke benua

2 Syed ZulFlida S.M. Noor, Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka:

Kemunculan dan Kegemilangan (Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia,

2006), 4. 3 Ibid., 11. 4 Ibid., 11. 5 Seorang pendeta China, I-Ch’ing dalam catatannya pernah mengatakan

bahawasanya lebih seribu rahib Buddhis berada di Srivijaya sekitar

tahun 671. Lihat ibid., 11.

Page 4: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

138

India, China6 dan Timur Tengah. Perkara ini dapat ditelusuri

menerusi catatan Arab yang menyebut Srivijaya sebagai Zabaj7

dan Sribuza8.

Jalinan hubungan antarabangsa ini juga menjadi faktor

penting kepada kerajaan Srivijaya dalam mempertahankan

kawasan-kawasan takluknya. Perkara ini dapat dilihat pada akhir

abad ke sepuluh dalam tahun 992 bilamana Kerajaan Srivijaya

telah memohon perlindungan dari Maharaja China dari serangan

Jawa. Meskipun dalam masa yang sama, kerajaan Jawa mengutus

utusan ke China memaklumkan keadaan perselisihan dan

peperangan yang sering terjadi antara Jawa dan Srivijaya, namun,

Srivijaya berjaya menangkis serangan dari Jawa pada tahun 1016

hasil dari hubungan diplomatik dengan China.9 Tidak hanya itu,

hubungan perdagangan dengan China juga telah memberikan

kelebihan kepada kerajaan Srivijaya sebagai penguasa tempatan

dan pembawa barangan dagangan yang berhak membawa ufti ke

China.10

6 Pada awalnya, kerajaan Srivijaya merujuk istilah China dengan Shih-li-

fo-shi dan kemudiannya menggunakan istilah san-fo-ch’i. Istilah ini

telah digunakan sejak awal abad kesepuluh hingga akhir abad keempat

belas iaitu semasa zaman dinasti Ming. 7 Istilah “Zabaj” ini merujuk kepada keseluruhan gugusan pulau yang

berada di bawah kekuasaan Srivijaya yang meliputi Sumatera dan

Semenanjung Tanah Melayu. 8 Istilah “Sribuza” pula merujuk kepada panggilan Srivijaya. 9 Ibid, 4-5. 10 Penghormatan ini diberikan oleh kerajaan China sebelum China

mengamalkan sistem ufti yang hanya membenarkan perdagangan asing

masuk sebagai barang ufti yang hanya dibawa oleh utusan dari sebuah

negara besar.

Page 5: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

139

KELAHIRAN KESULTANAN MELAYU DI TANAH MELAYU

DAN KESULTANAN MELAYU BRUNEI

Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas Tanah Melayu telah

menghadapi cabaran bilamana negeri-negeri naungannya

berhadapan dengan perubahan dasar perdagangan negeri China

sekitar abad kedua belas dan abad ketiga belas. Pelabuhan-

pelabuhan yang berada di bawah pengawasan kerajaan Srivijaya

dilihat telah mula beroperasi secara bersendirian dan melakukan

aktiviti perdagangan yang bebas terus kepada China. Negeri-

negeri bahagian Sumatera seperti Barus, Po-lo dan Kampe (Aru)11

telah berdagang secara bersendirian tanpa melalui kerajaan pusat

Srivijaya dan berhasil menjadi pesaing utama kepada Srivijaya.

Manakala pelabuhan-pelabuhan yang berada jauh dari

kawasan pentadbiran pusat Srivijaya mula meminggirkan diri

daripada perikatan naungan dengan kerajaan Srivijaya.

Kebanyakan pelabuhan-pelabuhan ini terletak di pantai timur

Semenanjung Tanah Melayu telah mempunyai hubungan

langsung dengan China. Aspek jaminan keselamatan yang

diberikan oleh pelabuhan-pelabuhan utama di Semenanjung

Tanah Melayu telah berjaya menarik perhatian para pedagang

luar untuk berdagang secara langsung dengan kerajaan tempatan

semenanjung Tanah Melayu. Apatah lagi, berleluasanya aktiviti

lanun di sekitar jalan masuk ke Palembang dan Jambi akibat

penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh orang laut Srivijaya.

Dalam keadaan ini, seluruh alam Melayu di sepanjang pantai

timur Semenanjung Tanah Melayu telah menjalankan aktiviti

perdagangan dengan China dengan dagangan barangan seperti

tembikar, sutera dan barang sampang (lacquerware). Manakala

11 Kampe (Aru) telah mengisytiharkan kebebasan negeri mereka dari

naungan Srivijaya pada abad ketiga belas. Tindakan Kampe ini turut

disertai oleh pengisytiharan Perlak dan Pasai terutama setelah dua

kawasan ini dipengaruhi dengan ajaran agama Islam.

Page 6: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

140

barang dagangan dari Tanah Melayu pula adalah seperti gading,

damar, kulit penyu, rotan, timah dan lilin lebah. Tidak hanya itu,

catatan China ada mengatakan bahawasanya, kesemua negeri

Melayu di sepanjang pantai timur telah ada penguasa ataupun

rajanya sendiri pada abad keempat belas.12

Kepesatan aktiviti perdagangan yang dilakukan oleh negeri-

negeri di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu ini turut

memberikan impak kepada Brunei. Brunei atau disebut sebagai

P’o-ni dalam catatan China pada sejak abad kesembilan turut

berhasil menarik diri dari naungan kerajaan Srivijaya setelah

berupaya menjadikan kawasan tersebut maju dan makmur.

Ketegangan hubungan yang sememangnya wujud antara

kerajaan Srivijaya dan Jawa telah membawa kepada serangan ke

atas Jambi iaitu pusat pentadbiran kerajaan Srivijaya setelah

pengaruh Srivijaya semakin hilang dalam kalangan negeri-negeri

takluknya. Kejayaan raja Singasari (Jawa) dalam serangan tersebut

telah membolehkan Jawa membuat tuntutan ke atas Pahang dan

menganggap dirinya berkuasa di seluruh tenggara Sumatera.13

Melihat kepada ambang kejatuhan kerajaan Srivijaya ini,

kerajaan Siam turut mengambil peluang untuk meluaskan

kawasan takluknya sehingga menyaksikan penguasaan penguasa

Ligor, Selatan Siam berjaya menakluki negeri-negeri di utara

Semenanjung Tanah Melayu.14

Natijahnya, negeri-negeri ini

menjadi negeri di bawah naungan raja-raja Sukhothai. Impian

untuk menakluki negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah

12 Perkara ini telah menunjukkan bahawasanya negeri-negeri ini sudah

menetap di satu kawasan (bermula dengan kawasan berhampiran

sungai yang dijadikan sebagai pelabuhan dan telah mewujudkan

pentadbiran negeri yang lebih tersusun. Lihat Ibid., 6. 13 Lihat Ibid., 8. 14 Antara faktor utama kepada kejayaan Selatan Siam menakluki negeri-

negeri utara Semenanjung Tanah Melayu adalah kerana kedudukan

negeri-negeri ini yang jauh dari kerajaan pusat.

Page 7: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

141

Melayu semakin menjadi-jadi setelah tertubuhnya kerajaan

Ayudhya sehingga membawa kepada penguasaan tentera Thai ke

atas negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu

dari utara terus ke selatan. Penaklukan ini telah memberikan

manfaat kepada kerajaan Thai selepas itu kerana negeri-negeri ini

perlu menyerahkan hak dan ufti yang tetap kepada kerajaan

Thai.15

KESULTANAN MELAYU DAN HUBUNGAN

ANTARABANGSA

i) Kesultanan Melayu Melaka dan Hubungan Antarabangsa

Pembukaan negeri Melaka yang dilakukan oleh Parameswara

telah membawa kepada pemerintahan kesultanan Melayu Melaka

dengan pengiktirafan sebagai raja yang diberikan oleh Maharaja

China kepada Parameswara.16

Pengislaman Parameswara pada

tahun 1414 telah membawa kepada penggunaan istilah sultan

kepada diri baginda dan baginda sendiri dikenali sebagai Sultan

Iskandar Shah.17

Dengan menjadikan Selat Melaka sebagai pusat terdirinya

kesultanan Melayu Melaka, Sultan Iskandar Shah berjaya

menjadikan Selat Melaka sebagai pelabuhan perdagangan utama

di Asia Tenggara. Kedudukannya yang strategik di Asia Tenggara

telah menjadi tumpuan utama kepada para pedagang untuk

menjalankan perniagaan di kawasan tersebut. Tidak hanya itu,

pelabuhan Selat Melaka ini turut menjadi tempat persinggahan

15 Situasi ini telah menyebabkan kerajaan Melayu tidak dapat memajukan

tanah sendiri bahkan hanya mewujudkan ketegangan yang berterusan

selama beberapa abad. 16 Syed Ahmad Syed Kassim, et al., Melaka: Di Sinilah Segala-galanya

Bermula, (Johor: Penerbit Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, 2012), 3. 17 Pengislaman baginda ini berlaku setelah baginda berkahwin dengan

Puteri Raja Pasai.

Page 8: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

142

buat para pedagang yang berdagang ke Asia Tenggara ketika

menunggu angin monsun berubah sebelum meneruskan

pelayaran mereka. Aktiviti seperti ini, telah menjadikan Selat

Melaka semakin terkenal dan menarik perhatian para pedagang

untuk berdagang. Bertitik-tolak dari permintaan ini, kesultanan

Melayu Melaka berusaha untuk meningkatkan produktiviti dan

daya tarikan di pelabuhan tersebut. Oleh itu, kerajaan Melaka

pada ketika itu, berusaha memberikan layanan yang terbaik

kepada para pedagang yang berlabuh di Selat Melaka.

Dalam keadaan ini, kesultanan Melayu Melaka berusaha

memberikan perkhidmatan kepada saudagar-saudagar yang

berlabuh di pelabuhan Selat Melaka seperti jaminan keselamatan

kepada para pedagang yang melalui laluan di pelabuhan tersebut

mahupun di laluan Laut China Selatan. Selain itu, kesultanan

Melayu Melaka turut menampung bekalan makanan kepada para

pedagang sepanjang mereka berada di Tanah Melayu. Bagi

memenuhi perkara di atas, kesultanan Melayu Melaka turut

memutuskan untuk memeterai hubungan antarabangsa dengan

kerajaan-kerajaan yang lain dalam memberikan mutu

perkhidmatan yang terbaik kepada saudagar-saudagar yang

belayar ke pelabuhan Selat Melaka.

Institusi kesultanan Melayu Melaka yang jelas dengan tujuan

terhadap hubungan antarabangsa yang dimeterai telah membawa

kepada penilaian asas yang jelas ke atas dasar luar yang

diamalkan oleh kerajaan Melaka. Di antara negeri-negeri yang ada

di gugusan Kepulauan Melayu, kelihatan seperti Melaka

mempunyai empat peringkat dalam perhubungan Melaka dengan

negara-negara luar. Dalam konteks ini, Zainal Abidin (1990)

merumuskan bahawasanya empat peringkat tersebut adalah

negara yang punyai taraf yang sama dengan Melaka, kedua;

negara yang “bernaung” atau negara yang menerima ketuanan

Melaka tetapi tidak bermaksud tiada raja, ketiga; negara yang

hubungannya tidak dimasukkan dalam salah satu daripada dua

Page 9: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

143

kategori ini dan keempat; adalah negeri yang menjadi sebahagian

dari Melaka tetapi seolah-olah seperti tanah jajahan.

Bil Peringkat perhubungan

Melaka-Negara luar

Contoh

negara

yang

terlibat

1 Negara yang dianggap

setaraf dengan Melaka

Majapahit

Pasai

*Haru

2 Negeri yang “bernaung” di

bawah Melaka

Pattani

Kedah

3

Negeri yang tidak

tersenarai dari salah satu

peringkat di atas

Mangkasar

4 Negeri yang menjadi

sebahagian dari Melaka

tetapi seolah-olah menjadi

tanah jajahan Melaka

Kelang

Inderagiri

Kampar

Siak

* Hari tidak lagi dijadikan negara setaraf dengan Melaka setelah menyerang Melaka

** Ringkasan oleh penulis dari artikel Zainal Abidin Abdul Wahid, Kerajaan Melaka dalam Hubungan Antarabangsa.

a) Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan negeri-negeri

jiran di Tanah Melayu

Bagi membantu Melaka mengukuhkan aktiviti perdagangan

di Selat Melaka, kesultanan Melaka telah mengikat perjanjian

dengan beberapa buah negeri yang berkaitan seperti Kelang,

Selangor, Perak, Bernam dan Beruas. Negeri-negeri ini

mengirimkan bekalan bijih timah dan beberapa jenis makanan

Page 10: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

144

kepada Melaka untuk beberapa tahun sehingga ia berjaya

dijadikan sebagai bahan eksport kerajaan Melaka.18

Antara lain kekuasaan yang dimiliki oleh kesultanan Melayu

Melaka dapat diperhatikan menerusi peranan sultan Melaka

yang menjadi penabal dan penaung kepada sultan yang lain.

Dalam keadaan ini, peranan kesultanan Melayu Melaka

sebagai penabal sultan bagi negeri lain dapat dilihat

berdasarkan peristiwa penabalan Sultan Abdul Jamil sebagai

raja di Pahang dengan nobat yang diberikan oleh Sultan

Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah.19

Tidak hanya itu, kesultanan Melayu Melaka juga pernah

menabalkan Raja Patani sebagai sultan setelah kawasan

tersebut dibuka oleh seorang raja Siam yang bernama Cau

Seri Bangsa20

di Kota Mahligai. Kota Mahligai ini

kemudiannya ditukar namanya kepada Patani dan

menghantar utusan bernama Ukon Pola ke Melaka dengan

membawa surat sembah.

18 Prof. Emeritus Dato’ Dr. Muhammad Yusof Hj. Hashim, Kisah Melaka

1511, (Melaka: Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia

(IKSEP), 2006), 56. 19 Penabalan sultan Abdul Jamil sebagai sultan Pahang oleh Sultan

Mahmud Shah adalah kerana kemangkatan Sultan Mahmud Pahang

yang telah meninggalkan tiga orang putera iaitu Sultan Abdul Jamil,

Raja Mudzaffar dan Raja Ahmad. Maka, setelah mendengar

perkhabaran mengenai kemangkatan Sultan Mahmud Pahang, sultan

Mahmud Shah telah melantik waris sultan Pahang yang paling tua. 20 Niat awal Raja Cau Seri Bangsa menakluki Kota Mahligai adalah jika

baginda dapat menawan Kota Mahligai, baginda akan memeluk Islam.

Page 11: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

145

Sultan Mahmud Shah dari kesultanan Melayu Melaka

menabalkan Raja Patani dengan gelaran Sultan Ahmad Shah.

Raja Abdullah dari Kampar dan Raja Kedah juga pernah

ditabalkan oleh kesultanan Melayu Melaka.21

Selain itu, hubungan antara kesultanan Melayu Melaka

dengan negeri yang lain adalah bersifat sebagai penyelamat

dan pelindung kepada negeri-negeri kecil yang berada di

dalam kawasan takluknya dari diserang oleh kuasa asing.

Sebagai contoh, Sultan Mahmud pernah membantu Pahang

menghadapi serangan daripada Raja Siam, Maharaja Dewa

Sura dari Legor.22

b) Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Wilayah

Sumatera

Wilayah Sumatera juga merupakan sebahagian wilayah yang

berada di bawah kawasan takluk kerajaan Melaka. Dalam

keadaan ini, kawasan pantai timur Sumatera yang mencakupi

kawasan Kampe (Aru), Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri,

Jambi dan Tungkal adalah kawasan yang dikatakan seolah-

olah seperti tanah jajahan Melaka, meskipun kawasan-

kawasan ini mempunyai pemerintahnya sendiri. Penguasaan

Melaka ke atas kawasan-kawasan ini dilakukan dengan

beberapa cara.

21 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa

Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah

Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989), 50-51. 22 Ibid., 51.

Page 12: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

146

Sebagai contoh, penguasaan Melaka ke atas Inderagiri dan

Siantan adalah berdasarkan anugerah yang diberikan oleh

kerajaan Majapahit kepada Melaka. Berbeza pula di bahagian

kawasan Kampar dan Siak, kawasan ini dikuasai oleh Melaka

melalui perang yang pernah berlaku antara kerajaan Melaka

dengan Kampar23

dan Siak.

Kekalahan Siak di dalam perang antara Melaka dengan Siak

telah membawa kepada kemangkatan Maharaja Permaisura

Siak24

sewaktu perang yang berlaku antara kedua-dua

kerajaan.25

Maka, hubungan antara Melaka dan Siak bermula

bilamana Sultan Mansor Shah menjadikan Putera Raja

Permaisura Siak, Megat Kudu sebagai menantu (setelah

dikahwinkan dengan Raja Mahadewi) dan kemudiannya

dilantik menjadi raja di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim.

Hubungan antara Melaka dan Siak ini disifatkan sebagai

hubungan politik kekeluargaan di antara Melaka dengan

Siak26

bagi memastikan jaminan keselamatan para pedagang

yang melalui Selat Melaka terjaga. Meskipun negeri-negeri ini

mempunyai raja-rajanya sendiri tetapi segala keputusan

dalam negeri adalah tertakluk kepada kata putus dari Melaka.

23 Penguasaan ke atas Kampar juga adalah berdasarkan kepada perang

yang dilakukan oleh kerajaan Melaka dengan Kampar bagi menjaga

keselamatan perdagangan di Selat Melaka. Setelah berjaya

mengalahkan Kampar, kerabat diraja kesultanan Melayu Melaka

ditempatkan di situ bagi menjaga hal-ehwal pentadbiran negeri

Kampar. Selain itu, Kampar juga adalah kawasan yang boleh

menyumbangkan barang dagangan kepada Melaka seperti lada dan

emas yang kebanyakannya boleh didapati di Minangkabau. 24 Maharaja Permaisura dikatakan dari keturunan Raja Pagar Ruyung. 25 Perang yang tercetus antara kerajaan Melaka dengan Siak adalah

disebabkan keengganan Siak untuk tunduk kepada kerajaan Melaka

pada ketika itu. Maka, Sultan Mansor Shah iaitu Sultan Melaka telah

memerintahkan untuk menyerang Siak. 26 Ibid., 60.

Page 13: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

147

Perkara ini dapat diperhatikan menerusi peristiwa yang

berlaku di antara tahun 1477-1488 iaitu semasa Melaka di

bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah I yang

marah dengan perbuatan Siak kerana telah menjatuhkan

hukuman bunuh kepada seorang pesalah tanpa pengetahuan

istana Melaka. Maka di sini, dapat difahami bahawasanya

hubungan politik yang dijalin antara Melaka dan Siak adalah

bersifat kuasa penakluk dengan kerajaan yang tertakluk.27

Berbeza dengan hubungan antara Melaka dengan kawasan-

kawasan di timur Sumatera, hubungan antara Melaka dengan

kawasan-kawasan di utara Sumatera bersifat negeri setaraf.

Dalam keadaan ini, kawasan yang terlibat adalah kawasan

kesultanan Pasai. Hubungan antara kesultanan Melaka

dengan kesultanan Pasai lebih cenderung kepada hubungan

persahabatan dan pengukuhan antara kedua-dua kerajaan. Ini

adalah kerana, Sultan Iskandar Shah telah mengahwini puteri

Raja Pasai, Sultan Nur El-Abedin pada tahun 1414 setelah

memeluk Islam. Jalinan hubungan antara kedua-dua kerajaan

ini bukan sahaja membawa kepada perkembangan aktiviti

perdagangan di Selat Melaka bahkan membantu proses

penyebaran agama Islam di Melaka.28

c) Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Siam

Aktiviti perdagangan yang pesat di Selat Melaka telah

membawa kepada jalinan hubungan politik antara Melaka

dengan kerajaan Siam. Dalam keadaan ini, jalinan ini boleh

dilihat dari aspek dua hala yang mana Siam berusaha

menakluki Melaka bagi meluaskan kawasan takluknya. Ini

dapat dilihat menerusi kebijaksanaan kesultanan Melayu

Melaka yang mendapat perlindungan dari kerajaan China

27 Ibid., 61. 28 En. Khamis bin Hj. Abas, ed., Melaka Dalam Dunia Maritim (Melaka:

Perbadanan Muzium Melaka, 2004), 29.

Page 14: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

148

menerusi pengiktirafan Maharaja China ke atas Parameswara

sebagai pemerintah Melaka. Pengiktirafan ini adalah bagi

mengelakkan sebarang bentuk serangan dari Siam ke atas

Melaka setelah bertahun sebelum itu Melaka memberi ufti

kepada kerajaan Siam sebagai balasan untuk tidak menyerang

Melaka.29

Namun, di sebalik itu juga, kerajaan Melaka memerlukan

Siam bagi menampung keperluan bekalan makanan untuk

pedagang yang singgah di Pelabuhan Selat Melaka. Pada

ketika itu, penduduk Melaka yang bergiat dalam aktiviti

pertanian hanyalah dalam bilangan yang kecil.

d) Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Asia Timur

Antara kerajaan yang terbesar di Asia Timur adalah China.

Seperti yang dikatakan oleh penulis pada awal perbincangan,

hubungan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan

kerajaan China telah lama dilakukan iaitu sejak semenanjung

Tanah Melayu berada di bawah kekuasaan Srivijaya. China

merupakan salah sebuah negara yang dianggap sebagai kuasa

yang kuat dan giat berdagang di rantau Asia termasuklah di

rantau Asia Tenggara telah mengalami kepesatan dan

kemajuan dalam negara mereka.

Makanya, kesultanan Melayu Melaka terus yang dimiliki oleh

China dilihat sebagai satu bentuk peluang untuk Melaka

mempertahankan negara dari serangan Siam. Dalam konteks

ini, keselamatan negara sangat berkait rapat dengan

hubungan politik sesebuah negara dengan negara yang lain.

Siam yang pada waktu itu dilihat sering mengancam

keselamatan Melaka telah mendorong Melaka untuk menjalin

hubungan dengan China bagi mengimbangi kekuatan Siam

29 Prof. Emeritus Dato’ Dr. Muhammad Yusof Hj. Hashim, Kisah Melaka

1511. Op. Cit., 55.

Page 15: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

149

menerusi kuasa China. Perkara ini lebih dikenali sebagai

pelaksanaan dasar perseimbangan kuasa atau disebut sebagai

“balance of power”, telah membantu Melaka bersiap sedia

menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sekiranya

Siam bertekad untuk berhadapan dengan Melaka.30

Tidak hanya itu, hubungan yang dijalin antara institusi

kesultanan Melayu Melaka dengan China juga adalah bagi

menjamin laluan perdagangan kapal-kapal dagang di

bahagian Laut China Selatan dari serangan lanun China.

Keadaan ini adalah kerana perairan Laut China Selatan

merupakan salah satu jalan dagangan yang menghubungkan

pusat perdagangan Melaka dengan negara lain, maka Melaka

perlu mengambil inisiatif untuk menjamin perjalanan kapal

dagangan ke China dari diserang oleh lanun-lanun China.

Dalam konteks ini, Melaka adalah salah sebuah negara yang

membawa ufti kerajaan China bagi mengelak rompakan dari

lanun-lanun China kerana para lanun dikatakan takut kepada

kerajaan China.

e) Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Asia Barat /

Timur Tengah

Jalinan hubungan antara kesultanan Melayu Melaka tidak

hanya terbatas terhadap wilayah Asia Timur dan Nusantara,

bahkan meliputi Asia Barat, termasuklah hubungan dengan

negara-negara di wilayah Timur Tengah. Dalam keadaan ini,

dikatakan bahawasanya hubungan antara kesultanan Melayu

dengan Timur Tengah telah bermula sejak pengislaman

Parameswara pada tahun 1414. Bermula dari itu, Melaka

menjadi tumpuan para pedagang dari Tanah Arab untuk

berdagang di Melaka. Hubungan ini telah membawa kepada

30 Zainal Abidin bin Abdul Wahid, “Kerajaan Melaka Dalam Hubungan

Antarabangsa” (makalah, Malaysian Journal of History, Politics and

Strategic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1990), 74.

Page 16: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

150

hubungan perdagangan antara kesultanan Melayu dengan

Timur Tengah.

Tidak sekadar itu, sikap sultan Melayu dalam mengalu-

alukan kedatangan para pedagang dari Timur Tengah turut

menarik perhatian mereka untuk menyampaikan dakwah dan

ajaran Islam dalam kalangan masyarakat tempatan sehingga

ada yang mengambil peluang ini untuk berkahwin dengan

masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Hubungan

antarabangsa yang dimeterai secara tidak langsung yang

bersifat perkahwinan ini telah memberi impak kepada

perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu dan

sekitarnya.

Selain itu, kefahaman Islam dalam masyarakat tempatan juga

turut mendorong kepada jalinan hubungan antarabangsa

dengan Timur Tengah. Dengan bermusafir secara kolektif

bersama-sama rakan, masyarakat Melayu telah melakukan

ibadah haji sebelum abad ke-19 yang mana kebanyakan

mereka ini adalah dari golongan pembesar negara.31

Kemudiannya, rombongan jemaah haji ini diketuai oleh wakil

Sheikh dari Arab Saudi yang menguruskan dan membawa

jemaah haji ke Tanah Suci Mekah. Sistem ini digunakan

sehingga sebelum penubuhan Jawatankuasa Pengagihan Haji

pada tahun 1948.32

Sultan Alauddin Riaayat Shah merupakan

sultan pertama yang telah menunaikan haji pada abad ke-15

bagi menyempurnakan hajat ayahandanya Sultan Mansur

31 Nang Nashirah Binti Nik Dahalan, “Perjalanan Orang-orang Melayu

Dalam Menunaikan Ibadah Haji: Kajian dalam Kitab Pelayaran

Abdullah Ka-Judah” (Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,

2013), 68. 32 Syahidawati Binti Haji Shahwan, “Pelaburan Lembaga Tabung Haji

(LTH) Dalam Sektor Perladangan: 1990-2000,” Disertasi Sarjana,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003), 26.

Page 17: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

151

Shah yang tidak dapat melaksanakan ibadah haji atas sebab

kesihatan.33

ii) Kesultanan Melayu Negeri-negeri Lain dan Hubungan

Antarabangsa

Meskipun kesultanan Melayu Melaka merupakan kuasa

kesultanan Melayu yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu.

Namun, negeri-negeri yang berada di sekitarnya juga mempunyai

institusi kesultanan Melayu sendiri. Sebagaimana Melaka, negeri-

negeri di Semenanjung Tanah Melayu turut mempunyai cara

pemerintahan dan pentadbiran negeri yang tersendiri walaupun

berada di bawah naungan kesultanan Melayu Melaka. Negeri-

negeri ini juga telah menjalinkan hubungan diplomasi dengan

negara seawal setelah keluar dari penguasaan Srivijaya ke atas

Tanah Melayu.

Kesultanan Melayu yang berada di utara Semenanjung Tanah

Melayu ialah Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Manakala institusi

kesultanan Melayu di bahagian selatan Semenanjung Tanah

Melayu pula terdiri dari kesultanan Melayu Johor, kesultanan

Melayu Bentan, kesultanan Melayu Lingga, kesultanan Melayu

Linga-Riau dan kesultanan Melayu Singapura.

Antara peranan dan hubungan antarabangsa yang dimeterai

antara kesultanan Melayu yang lain di Tanah Melayu adalah

kesultanan Johor. Hubungan politik antara kesultanan Melayu

Johor dengan negeri-negeri Melayu ini dapat kita lihat menerusi

peranan kesultanan Melayu Johor dalam melakukan pertabalan

raja-raja di negeri Melayu. Contohnya, YDPM Daeng Marewah

telah diberikan tanggungjawab untuk melantik putera Raja Kedah

yang tua sebagai Yang Di-pertuan Kedah. Tidak hanya itu,

33 Ibrahim Haji Ismail, “Kaji Selidik Mengenai Penyediaan Kemudahan

dan Perkhidmatan bagi Jemaah Haji Sebelum dan Semasa Mengerjakan

Haji di Tanah Suci Yang Disediakan oleh Lembaga Urusan dan Tabung

Haji” (Tesis Diploma, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 1987), 1.

Page 18: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

152

hubungan antara kesultanan Melayu Johor dengan negeri-negeri

yang lain turut bersifat pengukuhan hubungan antara kedua-dua

negeri sepertimana perkahwinan antara YDPM Daeng Marewah

dengan saudara perempuan Sultan Kedah sebagai kesinambungan

hubungan antara kedua-dua negeri. Selain itu, hubungan

diplomatik yang dimeterai antara Johor dengan sesebuah negeri

itu adalah bersifat diplomatik yang mana ia adalah hubungan

kekeluargaan bagi mendapatkan pengiktirafan dan kedaulatan.

Hubungan seperti ini boleh dilihat menerusi hubungan

diplomatik kekeluargaan yang dilakukan menerusi perkahwinan

antara suku Bugis34

yang ada di sekitar Johor dengan keturunan

kerajaan Johor.35

Hubungan diplomatik yang bersifat persahabatan turut dijalin

antara kerajaan Johor dengan kerajaan Siak, meskipun Siak pernah

cuba beberapa kali untuk menyerang Johor. Toleransi yang

ditunjukkan oleh Sultan Johor menerusi Sultan Sulaiman yang

bersedia untuk menerima permohonan maaf dari Siak36

pada

sekitar 1740an telah membawa kepada jalinan persahabatan

seterusnya dipererat dengan hubungan kekeluargaan di antara

kedua-dua buah negeri menerusi perkahwinan antara dua buah

negeri.37

Selain itu, hubungan diplomatik yang dimeterai antara

kesultanan Melayu Johor dengan negeri-negeri yang berada di

34 Keturunan suku Bugis ini telah didapati dikebanyakan kawasan di

Alam Melayu terutama di Johor dan Selangor. Selain itu, suku Bugis ini

juga menetap di pesisir pulau Borneo seperti di Sambas, Mempawah,

Matan, Sukadana dan Banjar. 35 Mardiana Nordin, Politik Kerajaan Johor 1718-1862 (Johor: Yayasan Johor,

2008), 84-86. 36 Permohonan maaf dari kerajaan Siak ini dilakukan oleh putera kecik

iaitu Sultan Mahmud Siak sehingga berjaya membuat kesultanan

Melayu Johor bersetuju untuk memberikan sebarang bentuk

pertolongan kepada Siak sekiranya diperlukan. 37 Ibid., 88-89.

Page 19: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

153

kawasan jajahan Johor telah membawa kepada keharmonian

pentadbiran kerajaan Johor dan melancarkan aktiviti perdagangan

kerajaan Johor. Tambahan pula, hubungan diplomatik ini turut

membantu Johor dalam memulihkan hubungan dengan kuasa

besar yang lain sepertimana yang dilakukan oleh kesultanan

Melayu Terengganu yang telah membantu kerajaan Johor dalam

memulihkan hubungan antara Johor dengan Belanda menerusi

utusan yang dihantar oleh kerajaan Terengganu.38

Tidak hanya itu, kesultanan Melayu Johor juga menjalin

hubungan antarabangsa dengan kuasa barat sepertimana yang

telah berlaku pada awal abad ke-17, Johor telah menandatangani

perjanjian dengan Belanda yang mana Johor membantu Belanda

dalam aspek ketenteraan untuk menyerang Melaka.39

Hubungan

ini juga turut melibatkan hubungan perdagangan dengan Belanda

yang mana Johor telah menandatangani beberapa kali perjanjian

perdagangan dengan Vereenigde Oost-Indischee (VOC)40

bagi

memberikan kebenaran kepada pedagang-pedagang Belanda

bebas berdagang di Johor.41

Kesultanan Melayu Johor juga pernah

menjalin hubungan dengan Portugis. Hubungan antarabangsa

yang bersifat persahabatan ini bertahan sehingga tahun 1585 yang

38 Meskipun perutusan yang dilakukan oleh sultan Terengganu ini gagal,

namun ia memperlihatkan kepada hubungan diplomatik yang erat

antara kesultanan Melayu Johor dengan kesultanan Melayu

Terengganu. Lihat Ibid., 96. 39 Hubungan antara Johor dengan Belanda telah terjalin sejak 1602

sebelum perjanjian dimeterai pada 17 Mei 1606. 40 Merupakan syarikat yang menggabungkan pedagang-pedagang

Belanda. 41 1642: Sebarang kapal yang ingin menggunakan perairan Selat Melaka

dan Riau dan pedagang yang ingin terlibat dengan perdagangan timah

di Kedah, Perak dan Selangor perlu mendapat kebenaran Belanda

terlebih dahulu. Manakala 1685, 1689 dan 1713 adalah “Perjanjian

Persahabatan dan Perdagangan” yang menyerahkan kebebasan kepada

pedagang Belanda untuk berdagang di Johor dan di semua wilayah

yang tertakluk di bawah kuasa Sultan. Lihat Ibid., 97.

Page 20: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

154

mana Portugis pernah memberikan bantuan ketenteraan kepada

Johor dalam memerangi Aceh.42

Berbeza dengan negeri lain, kesultanan Melayu Terengganu43

mengamalkan dasar luar yang mesra, bersifat bersahabat dan

tidak mencampuri hal-ehwal negeri-negeri lain. Dasar luar yang

diamalkan ini telah membawa kepada hubungan persahabatan

antara Terengganu dengan Siam bilamana Sultan Mansor I

menghantar bunga emas ke Siam dan London. Selain itu,

Terengganu juga pernah menjalin hubungan dengan British

sebagai jaminan keselamatan dari diserang oleh Siam.44

Kesultanan Melayu Terengganu turut mengadakan hubungan

perdagangan dengan China45

dan Arab. Tidak hanya itu

Terengganu turut menjalin hubungan dagangan dengan Perancis

bilamana Perancis datang ke Terengganu dalam misi

membangunkan semula ekonomi mereka setelah rangkaian

perdagangan Syarikat Hindia Perancis di India dimusnahkan oleh

British.46

42 Op. Cit., 92. 43 Kesultanan Melayu Terengganu bermula pada tahun 1708 bilamana

Tun Zainal Abidin Ibn Bendahara Tun Habib Abdul Majid Johor

dilantik oleh Sultan Johor sebagai Sultan Terengganu dengan gelaran

Sultan Zainal Abidin Shah. Lihat Abdullah Zakaria Ghazali, Pentadbiran

Terengganu Sebelum 1942 dalam Pentadbiran Tentera Jepun dan Thai di

Terengganu 1942-1945 (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,

1996),5. 44 Mohamed Anwar Omar Din & et. al, Dirgahayu Tuanku: Sejarah

Kesultanan Terengganu 1708-2008, (Kuala Terengganu: Yayasan

Diraja Sultan Mizan, 2009), 163-165. 45 Aktiviti perdagangan dengan China adalah pelayaran pedagang dari

China yang ulang-alik ke Kuala Terengganu dalam rangkaian

perdagangan ke Siam, Kemboja, Tongking dan Sambas. 46 Pedagang Perancis ini datang dengan rangkaian perdagangan dengan

utara Luzon (Filipina), Solomon dan New Zealand.

Page 21: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

155

Hubungan antara kesultanan Melayu Terengganu dengan

negeri-negeri lain turut boleh dilihat menerusi hubungan

kekeluargaan dengan hampir kesemua kesultanan Melayu seperti

hubungan kekeluargaan dengan kesultanan Melayu Melaka,

kesultanan Aceh, kesultanan Riau, kesultanan Siak47

, kesultanan

Singapura, kesultanan Kelantan48

, kesultanan Johor, kesultanan

Pahang49

dan kesultanan Selangor.50

Penentuan Pemeringkatan Negara-negara Yang Berhubung

Dengan Melaka

Dalam perbincangan ini, Zainal Abidin bin Abdul Wahid

(1990) dalam artikel beliau merumuskan bahawasanya perbezaan

dalam layanan yang diberikan oleh kesultanan Melaka dalam

hierarki setiap negeri dan kerajaan adalah berbeza menerusi

susunan protokol kerajaan Melaka. Sebagai contoh, perbezaan ini

dapat diperhatikan menerusi sambutan perutusan (wakil) negara

yang mana ada sesetengah perutusan negara disambut dengan

keseluruhan muzik istana kecuali medeli dan surat perutusannya

pula dibawa dengan menaiki gajah. Tetapi ada sebahagian

perutusan negara yang lain pula disambut dengan sebahagian

dari kumpulan muzik istana manakala surat perutusan pula

dibawa di atas kuda. Taraf kedudukan sesebuah negara turut

dapat dibezakan dengan warna payung yang digunakan ketika

menyambut perutusan yang mana jika perutusan disambut

47 Perkahwinan antara Baginda Sultan Omar dengan Tengku Bukit binti

Tengku Wook Ismail. 48 Selain dari ikatan perkahwinan antara kerabat diraja, jalinan ini adalah

kerana Sultan Terengganu mempunyai hubungan dengan keturunan

dinasti Long Yunus Kelantan iaitu bonda angkat Sultan Zainal Abidin

Shah I. 49 Terjalin dengan perkahwinan antara Tun Esah (anak Bendahara Husain

Terengganu) dengan Tun Abdul Majid (Keturunan pengasas kesultanan

Pahang yang ada sekarang). 50 Ibid., 228-231.

Page 22: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

156

dengan warna payung putih dan kuning, maka negara tersebut

adalah dalam kalangan negara yang besar. Jika perutusan hanya

disambut dengan payung warna kuning sahaja maka kedudukan

negara tersebut adalah kurang penting kepada kerajaan Melaka.

Kesan Dari Hubungan Antara Kesultanan Melayu Di Tanah

Melayu dan Antarabangsa

Keberkesanan sistem pentadbiran yang dilakukan oleh

institusi kesultanan Melayu Melaka telah memperluaskan

kawasan perdagangan kerajaan Melaka dengan negara luar.

Dalam keadaan ini, pengendalian dalam hubungan perdagangan

yang luas sehingga meliputi hubungan perdagangan dengan Asia

Tenggara, Asia Timur, Asia Barat dan Asia Selatan telah

menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pusat dagangan utama di

Asia Tenggara sekali gus membolehkan barang dagangan dari

kawasan-kawasan tersebut dapat didagangkan di Melaka. Tidak

hanya itu, barang dagangan dari Eropah turut dapat dibawa

masuk ke Asia Tenggara melalui pelabuhan Selat Melaka.

Selain itu, hubungan antarabangsa yang dimeterai oleh

kesultanan Melayu Melaka dengan negara dan kerajaan luar telah

memberikan peluang kepada pedagang dari Melaka51

sendiri

untuk melakukan aktiviti perdagangan dengan negara luar di

sekitar Asia Tenggara. Penguasaan bidang perniagaan dalam

kalangan pedagang Melaka juga telah membuka jalan kepada

pedagang-pedagang Melaka untuk meluaskan kawasan

perniagaan dengan berniaga sehingga ke India dan Sri Lanka.52

Tambahan pula, interaksi yang berlaku dalam hubungan

antarabangsa ini juga telah mempengaruhi kepercayaan dan

51 Golongan ini digelar sebagai ‘orang kiwi’. 52 Zainuddin Hassan dan Rozeyta Omar, “Aktiviti Keusahawanan

Masyarakat Melayu Pada Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu

Melaka,” (Makalah, Universiti Teknologi Malaysia, Johor), 16.

Page 23: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

157

kebudayaan masyarakat tempatan Melaka khususnya dan

masyarakat di Tanah Melayu amnya. Penyebaran agama Islam di

Tanah Melayu menerusi hubungan perdagangan antarabangsa di

pelabuhan Melaka telah menyaksikan pengislaman raja-raja di

Tanah Melayu pada ketika itu.

Tidak hanya itu, toleransi yang ditonjolkan oleh kesultanan

Melayu Melaka dalam hubungan antarabangsa ini turut

membawa kepada pengembangan ilmu pengetahuan di Tanah

Melayu. Keadaan ini dapat diperhatikan menerusi layanan yang

diberikan kepada Maulana Abu Bakar yang datang ke Melaka

pada zaman Sultan Mansor Shah telah membawa kepada

penterjemahan kitab Durrul Manzum dalam bahasa Melayu.53

Selain itu, perluasan dalam bidang kajian agama Islam turut

membawa kepada penterjemahan kitab sejarah Islam seperti buku

Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah.

Hubungan antarabangsa ini turut telah menjadikan Melaka

sebagai sebuah pusat perniagaan yang mempunyai pelbagai

bangsa sehingga dikatakan terdapat 84 buah bahasa dituturkan di

Melaka. Natijahnya, penggunaan bahasa Melayu telah tersebar

dalam kalangan pedagang sehingga bahasa Melayu menjadi

bahasa antarabangsa seawal tahun 1726.

53 Penterjemahan ini dilakukan dengan mengirimkan kitab Durul Manzum

ke Pasai setelah kitab tersebut dibawa masuk oleh Maulana Abu Bakar.

Dalam masa yang sama, beberapa orang sultan turut pernah

menitahkan pegawainya untuk ke Pasai bagi bertanyakan beberapa

masalah yang berkaitan dengan agama Islam seperti yang dilakukan

oleh Sultan Mansor Shah dan Sultan Mahmud.

Page 24: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

158

iii) Kesultanan Melayu Brunei dan Hubungan Antarabangsa

Pada awalnya, Brunei merupakan sebahagian dari kerajaan

jajahan takluk Majapahit, Namun akhirnya Raja Brunei

mengisytiharkan untuk keluar dari jajahan takluk Majapahit.

a) Hubungan Kesultanan Melayu Brunei dengan Kerajaan China

Hubungan antara Brunei dan kerajaan China berlaku selepas

pengisytiharan Raja Brunei untuk keluar dari kawasan jajahan

Majapahit.54

Bermula dengan hubungan perdagangan dan

persahabatan, kesultanan Melayu Brunei telah mengirimkan

ufti kepada kerajaan China sebagai tanda hubungan antara ke

dua-dua buah negara bagi memperkembangkan sosio

ekonomi. Sebagai balasan, kerajaan China turut memberikan

ufti kepada Brunei bagi memberikan jaminan keselamatan

kapal dagangan Brunei dari dirompak oleh lanun China.55

Tidak hanya itu, kesultanan Melayu Brunei turut

memperkukuhkan jalinan hubungan dengan kerajaan China

melalui perkahwinan antara keluarga sultan Brunei dengan

Maharaja China. Ini dapat diperhatikan menerusi keturunan

kesultanan Brunei, Sultan Brunei kedua iaitu Sultan Ahmad

telah mengahwini adik seorang utusan Maharaja China.

Meskipun begitu, Brunei pernah memutuskan hubungan

diplomatik dengan kerajaan China apabila Brunei

mengamalkan dasar British semasa Brunei dikuasai oleh

54 Hashim Abd Hamid, Melayu Islam Beraja: Brunei di Tengah-tengah

Nusantara (Bandar Seri Begawan: Jabatan Pusat Sejarah, 1994), 62. 55 Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee dan Jakaria Dasan, “Pengaruh

Kesultanan Brunei Kepada Masyarakat Sabah (Siri I),” Utusan Brunei, 3

April 2008, 13.

Page 25: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

159

Komunis sebelum Brunei mencapai kemerdekaan pada

1991.56

b) Hubungan Kesultanan Melayu Brunei dengan Kesultanan

Melayu lain

Jalinan hubungan antarabangsa kesultanan Melayu Brunei

juga meliputi hubungan dengan negeri-negeri dari Tanah

Melayu dan Sumatera seperti hubungan perdagangan antara

Brunei dengan Melaka, Jawa, Siam, dan Kemboja. Antara

barang dagangan adalah merangkumi barangan seperti

pakaian, barang perhiasan dan peralatan dapur.57

Barangan

dagangan ini diniagakan di kawasan pelabuhan Limbang

sebelum Limbang menjadi sebahagian dari Malaysia.58

c) Hubungan Brunei dengan Timur Tengah

Kepesatan aktiviti perdagangan membawa kepada

perkembangan hubungan antarabangsa di Brunei bilamana

pelabuhan yang ada di Brunei turut menjadi tumpuan para

pedagang yang berdagang di pelabuhan-pelabuhan Melaka,

Tiongkak, China, dan Tanah Melayu. Penyebaran dakwah

dengan cara ini dilakukan di sekitar kawasan-kawasan

terpencil di Brunei kerana penyebaran Islam telah berlaku di

kawasan ibu kota lebih awal berbanding di kawasan-kawasan

56 Wan Ariffin Wan Yon, “Kesultanan Melayu Brunei: Kemunculan,

Perkembangan dan Pertembungan Dengan Peradaban Asing” (Disertasi

sarjana, Universiti Malaya, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 2005), 46-47. 57 Sabihah Osman, Muhammad Hadi Abdullah, Sabullah Hj. Hakip,

Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1995) 34-37. 58 Amaluddin bin Bakeri, “Hubungan Petempatan Kampung Air Sarawak

dengan Negara Brunei Darussalam: Kajian Kes di Kampung Seberang

Kedai” (Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Fakulti Sastera dan Sains

Sosial, 2002), 50.

Page 26: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

160

terpencil.59

Menerusi kaedah ini, institusi kesultanan Melayu

Brunei mengukuhkan hubungan kesultanan Melayu Brunei

dengan kemasukan para da’i atau mubaligh dari Arab dan

Parsi seawal abad ke-11 melalui jalan dari China dan Tanah

Melayu.60

Kesan dari Hubungan antara Kesultanan Melayu di Brunei

dan Antarabangsa

Hubungan antarabangsa yang dimeterai antara kesultanan

Melayu di Brunei dengan negara-negara luar telah membawa

kepada pembentukan masyarakat majmuk di Brunei. Malah

wujud keturunan Cina misalnya di Brunei yang mempunyai

kedudukan dan pengiktirafan istimewa dari pemerintah terhadap

golongan ini lantaran peranan yang dimainkan oleh golongan ini

terhadap perkembangan dan pembangunan Brunei Darus Salem

terutama dalam aspek ekonomi.61

PENUTUP

Langkah untuk keluar dari kawasan takluk Srivijaya pada awal

abad ke empat belas telah membawa kepada penubuhan institusi

kesultanan Melayu di Asia Tenggara dan Nusantara yang mana

akhirnya institusi kesultanan Melayu ini memainkan peranan

utama dalam menjalin hubungan di peringkat antarabangsa bagi

menjamin kedaulatan negara, sekali gus meningkatkan taraf

59 Berdasarkan kepada penemuan arkeologi pada tahun 440H/1048M di

Brunei yang memberi gambaran bahawa penyebaran Islam telah

berlaku di Brunei sejak abad ke-11. 60 Ruliyadi, “Brunei Darussalam Di Bawah Kepemimpinan Sultan Bolkiah

V (1485-1524),” (Disertasi Sarjana, Universitas Islam Negeri Syarif

Hidayatullah, Jakarta, 2011), 21. 61 Wan Ariffin Wan Yon et al., “Kesultanan Melayu Brunei: Interaksi

Antara Peradaban Melayu dan Peradaban China” (makalah, Seminar

Tamadun, Perak, 2009), 17.

Page 27: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

161

kehidupan rakyat tempatan dengan dasar luar negara dan

diplomatik yang diamalkan. Meskipun begitu, hubungan

antarabangsa dalam Kesultanan Melayu di negeri-negeri ini

mempunyai persamaan dalam pelaksanaan dasar di beberapa

sudut. Sebagai contoh, menerusi pengamalan undang-undang

negara Melaka dan Brunei, kedua-dua institusi kesultanan Melayu

telah mengamalkan nilai-nilai Islam dalam melaksanakan

hukuman. Dalam konteks ini, kesultanan Melaka menggunakan

Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.

Manakala Brunei pula menggunakan Hukum Kanun Brunei yang

telah menjadi batu asas syariah Islam dalam melaksanakan

undang-undang negara. Sebagai contoh, Mohammad Abdul

Rahman merujuk kepada catatan W.H. Trecher menyatakan

bahawa Sultan Brunei pernah menjatuhkan hukuman potong

tangan kepada seorang pencuri yang didapati bersalah mencuri

jam emas dan selaras senapang dari kapal Perang British.62

62 Wan Ariffin bin Wan Yon (2005), “Kesultanan Melayu Brunei:

Kemunculan, Perkembangan dan Pertembungan dengan Peradaban

Asing.” (Latihan Ilmiah. Universiti Malaya: Fakulti Sastera dan Sains

Sosial) h., 71.

Page 28: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

162

SENARAI RUJUKAN

Abdullah Zakaria Ghazali. Pentadbiran Terengganu Sebelum 1942 dalam

Pentadbiran Tentera Jepun dan Thai di Terengganu 1942-1945. Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1996.

Amaluddin bin Bakeri, “Hubungan Petempatan Kampur Air Sarawak

dengan Negara Brunei Darussalam: Kajian Kes di Kampung

Seberang Kedai”. Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Fakulti

Sastera dan Sains Sosial, 2002.

Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee dan Jakaria Dasan, “Pengaruh

Kesultanan Brunei Kepada Masyarakat Sabah (Siri I),” Utusan

Brunei, 3 April 2008, 13.

En. Khamis bin Hj. Abas ed. Melaka Dalam Dunia Maritim. Melaka:

Perbadanan Muzium Melaka, 2004.

Hashim Abd Hamid, Melayu Islam Beraja: Brunei di Tengah-tengah

Nusantara. Bandar Seri Begawan: Jabatan Pusat Sejarah, 1994.

Ibrahim Haji Ismail, “Kaji Selidik Mengenai Penyediaan Kemudahan dan

Perkhidmatan bagi Jemaah Haji Sebelum dan Semasa Mengerjakan

Haji di Tanah Suci Yang Disediakan oleh Lembaga Urusan dan

Tabung Haji”. Tesis Diploma, Universiti Teknologi MARA, Shah

Alam, 1987.

Mardiana Nordin, Politik Kerajaaan Johor 1718-1862. Johor: Yayasan Johor,

2008..

Mazlan Zulkifly, “Dasar Luar Singapura (1965-1992)”, Disertasi Sarjana,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999.

Mohamad Abu Bakar, “Dunia dan Barat: Pandangan Hidup dan

Pembabitan Antarabangsa”. artikel, Malaysian Journal of History,

Politics and Strategies Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1995.

Mohamed Anwar Omar Din & et. al., Dirgahayu Tuanku: Sejarah

Kesultanan Terengganu 1708-2008. Kuala Terengganu: Yayasan Diraja

Sultan Mizan, 2009..

Page 29: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Kesultanan Melayu dan Hubungan Antarabangsa

163

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa

Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.

Nang Nashirah Binti Nik Dahalan, “Perjalanan Orang-orang Melayu

Dalam Menunaikan Ibadah Haji: Kajian dalam Kitab Pelayaran

Abdullah Ka-Judah”. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala

Lumpur, 2013.

Prof. Emeritus Dato. Dr. Muhammad Yusof Hj. Hashim, Serangan Sultan-

Sultan Aceh Darussalam Terhadap Portugis di Melaka dalam Kisah

Melaka 1511. Melaka: Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme

Malaysia (IKSEP), 2006.

Ruliyadi, “Brunei Darussalam Di Bawah Kepemimpinan Sultan Bolkiah

V (1485-1524),” Disertasi Sarjana, Universitas Islam Negeri Syarif

Hidayatullah, Jakarta, 2011.

Sabihah Osman, Muhammad Hadi Abdullah, Sabullah Hj. Hakip, Sejarah

Brunei Menjelang Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1995.

Syahidawati Binti Haji Shahwan, “Pelaburan Lembaga Tabung Haji

(LTH) Dalam Sektor Perladangan: 1990-2000,” Disertasi Sarjana,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003.

Syed Ahmad Syed Kassim, et. al., Melaka: Disinilah Segala-galanya Bermula.

Johor: Penerbit Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, 2012.

Syed ZulFlida S.M. Noor, Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka:

Kemunculan dan Kegemilangan. Kuala Lumpur: Arkib Negara

Malaysia, 2006.

Wan Ariffin Wan Yon et. al., “Kesultanan Melayu Brunei: Interaksi

Antara Perdaban Melayu dan Peradaban China”. makalah, Seminar

Tamadun, Perak, 2009.

_______________, “Kesultanan Melayu Brunei: Kemunculan,

Perkembangan dan Pertembungan Dengan Peradaban Asing”.

Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Fakulti Sasteradan Sains Sosial,

2005.

Page 30: isu dan pengaruh orientalisme di malaysia : satu analisa

Baldatun Tayyibah: Model Kesultanan Melayu Nusantara

164

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, “Kerajaan Melaka Dalam Hubungan

Antarabangsa”. makalah, Malaysian Journal of History, Politics and

Strategic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1990.

______________ et. al., Malaysia: Warisan dan Perkembangan, ed. Ke-2.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996.

Zainudin Hassan & Rozeyta Omar, Aktiviti keusahawanan Masyarakat

Melayu pada Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, Perak:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.